Rabu, 19 November 2014

SEKARANG BARU TAHU SAPE DIA...DAN APA DIA BUAT

6 Hotel Mampu Sewa Paling Unik Di Malaysia


Selalu kalu kita dengar pasal hotel pelik dan unik pasti akan terbayang-bayang hotel di luar negara. Tapi tahukah anda sebenarnya di Malaysia pun ada banyak hotel pelik yang kita tidak ketahui.

Kali ini kami akan berkongsikan kepada anda 6 hotel pelik yang ada di Malaysia

1.Tubotel, Langkawi 





Tubotel adalah sebuah Hotel bajet di Langkawi dengan pemandangan tepi laut yang cantik dan indah.
Hotel ini telah dibina dari paip perbentungan bawah tanah yang terbengkalai tidak siap dan telah dibeli oleh pemilik hotel ini untuk dijadikan hotel. Ada pengunjung yang mengatakan permandangan matahari jatuh dari bilik hotel ini adalah yang terbaik di Langkawi.


1 malam dari RM138

2. Bustel Klebang Melaka




Jika anda ingin mengimbau zaman nostalgia berhimpit-himpit naik bas semasa zaman remaja ke bandar, hotel bas ini memang sesuai. Di Bustel Melaka, katil, bilik mandi dan tandas semua di dalam bas. Untuk makan, anda turun dari bas anda, dan jalan kaki masuk ke bas lain yang menempatkan kafe makan.


1 malam dari RM120

3. Hotel Kapal Selam, Klebang 



Teringin untuk merasa pengalaman dalam kapal selam tapi anda bukan tentera laut. Janga risau kali ini bukan setakat masuk sahaja malah anda siap boeh tidur di dalam kepal selam ini di mana kapal selam yang merupakan muzium menyediakan pakej penginapan  untuk pelancong.


1 malam dari RM150

4. Container Hotel, Kuala Lumpur



Ingat kerja kontrak saja boleh tidur dalam kontena? Anda pun boleh tapi kena bayar la. Hotel ini diilhamkan menggunakan kontena lama yang telah diubah menjadi hotel yang amat menarik dan unik.

Hotel ini terletak di dua lokasi iaitu di KLIA 2 dan di  No. 1, Jalan Delima, Kuala Lumpur


1 malam dari RM 56

5. Time Capsule Retreat Sungai Lembing,Pahang







Suasana hutan yang sunyi dan dingin sesuai bagi anda yang ingin lari dari kesibukan kota dan inilah tempat yang sesuai. Hotel ini terut dibina menggunakan paip perbentungan seperti di Tubotel Langkawi.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik ada di sini termasuklah  kenderaan ATV, air terjun, Jungle Trekking, Muzium Perlombongan, aktiviti merentasi sungai yang jernih yang boleh dirancang mengikut masa anda sendiri. Terdapat juga aktiviti BBQ di sini yang mengenakan caj sebanyak RM26 seorang.

Harga dari RM118

6. Hotel Pelantar Minyak, Sabah







Siapa cakap hanya pekerja pelantar minyak saja boleh naik pelantar minyak. Anda pun boleh berada di pelantar minyak.

Hotel ini merupakan satu-satunya hotel pelantar minyak yang di dunia. Kalau hendak menyelam anda tidak perlu ke kawasan jauh hanya menyelam di bawah pelantar sahaja yang dihuni hidupan laut dan batu karang yang cantik.

Pakej 4 hari dengan trip menyelam dari RM 2730 

Cuti sekolah dah dekat, kepada sesiapa yang ingin bercuti tapi inginkan kelainan boleh la cuba tempat-tempat ini. Pasti menarik.-Siakapkeli.com.my


Rafizi: Najib wajar umum harga RON95, diesel turun
  • Rafizi Rafizi
1 / 1
PENGUMUMAN harga RON97 turun sebanyak 20 sen semalam membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan pentadbirannya tahu kemarahan rakyat yang semakin memuncak apabila harga petrol dan diesel tetap tidak turun sedangkan harga minyak mentah di pasaran dunia telah jatuh sebanyak 20 peratus sejak dua bulan lalu.
Pada harga minyak mentah di pasaran dunia yang berlegar sekitar AS$80 setong, harga pasaran (tanpa subsidi) bagi RON95 ialah RM2.43 seliter sementara harga pasaran (tanpa subsidi) bagi diesel ialah RM2.32 seliter.

Dengan harga RON95 dan diesel yang ditetapkan oleh BN pada harga RM2.30 seliter (RON95) dan RM2.20 seliter (diesel), subsidi bagi setiap liter petrol RON95 adalah 13 sen dan diesel adalah 12 sen.

Dengan unjuran harga minyak mentah dunia kekal sekitar AS$70 hingga AS$80 setong bagi tahun 2015, sebenarnya tanggungan subsidi petrol dan diesel oleh Kerajaan Persekutuan hanyalah RM2 bilion bagi tahun 2015.

Jumlah subsidi ini adalah penjimatan sebanyak RM11 bilion bagi tahun 2015 dan penjimatan RM2 bilion bagi suku terakhir 2014.

Penjimatan ini wajar dipulangkan kepada rakyat dan bukannya disalurkan kepada projek-projek BN yang tidak memanfaatkan rakyat biasa.

Oleh yang demikian, saya tetap dengan pengumuman semalam bahawa sekiranya harga RON95 dan diesel tidak turun menjelang 1 Disember 2014, PKR akan menggerakkan kempen menuntut #turunhargaminyak yang akan memuncak dengan satu demonstrasi pada 31 Disember 2014.

Jalan keluar yang menang-menang (win-win) bagi Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dengan mengumumkan penurunan harga petrol RON95 dan diesel semasa Perhimpunan Agung Umno minggu depan.

Saya pasti pengumuman itu akan mengurangkan juga kritikan dalaman terhadap beliau dan membantu populariti beliau di kalangan rakyat yang semakin merudum.

Sementara itu, saya akan mula menyusun kempen untuk memastikan demonstrasi pada 31 Disember 2014 nanti akan mendapat kehadiran besar dengan memulakan kempen di media sosial sebelum menjelajah negara bermula 1 Disember 2014 sekiranya harga petrol RON95 dan diesel belum turun.


RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong PKR
Ahli Parlimen Pandan
19 November 2014



Sultan murka, henti penerokaan haram
  • Sultan Ahmad Shah Sultan Ahmad Shah
1 / 1
CAMERON HIGHLANDS - Peneroka tanah haram perlu menghentikan serta merta segala aktiviti mereka terutama pertanian di Cameron Highlands, titah Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Baginda bertitah kerajaan negeri memandang serius perkara tersebut dan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka.

"The illegal farmers who are responsible for doing this continously...for ages they are responsible (for) the problem from time to time...they are to blame," (Peneroka haram bertanggungjawab terus melakukan ini...untuk sekian lama mereka bertanggungjawab...mereka harus dipersalahkan), tegas baginda.

Sultan Ahmad Shah bertitah dalam sidang akhbar selepas berkenan melawat kawasan banjir di Lembah Bertam di sini, hari ini.

Turut sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan pimpinan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, baginda menyeru Kerajaan Persekutuan menggunakan segala kemudahan dan agensi-agensi yang sedia ada untuk membantu kerajaan negeri mengatasi masalah tersebut.

"Saya merayu kepada Kerajaan Persekutuan membantu kerajaan negeri terutama negeri-negeri yang banyak peneroka haram terutama di Cameron Highlands kerana ia (Camerong Highlands) merupakan tempat pelancongan," titah baginda.

Baginda bertitah, kegiatan penerokaan tanah haram telah berlaku sejak zaman British lagi.

"Saya sudah penat dengan semua ini. They (peneroka haram) employ (guna) gangsters, saya tahu mereka ada duit," katanya.

Ditanya mengenai wujudnya surat kuning atau surat daripada istana untuk tujuan pembangunan atau pertanian di daerah itu, Sultan bertitah baginda tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.

"Jika ada yang mengemukakan surat kuning terbabit guna nama istana, saya sendiri akan pukul dia, saya nasihatkan jangan percaya," titah baginda.

"Semak dahulu dengan kerajaan negeri, mereka jangan sewenang-wenangnya menggunakan nama orang lain, jika saya tahu siapa, saya akan bagi cukup-cukup," titah baginda.

Dalam lawatannya kira-kira dua jam itu, baginda turut mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan mengenai kerja-kerja membaik pulih Sungai Bertam menerusi peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Baginda dan isteri Sultanah Hajah Kalsom yang menaiki helikopter tiba di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah kira-kira pukul 10 pagi tadi untuk lawatan kerja peribadi.

Baginda dijangka menghadiri taklimat di Pejabat Tanah dan Tanah Cameron Highlands di Tanah Rata esok. - Bernama




Wednesday, 19 November 2014


Najib Bakal Letak Jawatan Bila Isu Ini Meletup?


Perhimpunan agong UMNO kali ini merupakan perhimpunan agong yang sangat dinanti-nantikan oleh orang ramai, bukan sahaja oleh ahli-ahlinya. Rakyat mahu tahu dan melihat apakah perbezaan yang boleh dilihat dalam perhimpunan itu kali ini.

Persoalannya adakah UMNO akan menunjukan ‘seriousness’ untuk menangani masalah kereputan parti itu atau pun perhimpunan agong itu akan hanya seperti lazim kita lihat, dalam mana pemimpin-pemimpinnya akan bercakap dengan nada yang tinggi ibarat hala-lintar dan bergegar-gegar.
Banyak resolusi dan ketetapan telah diambil dalam perhimpunan-perhimpunan yang dulu-dulu tetapi parti itu seperti biasa, semakin hari semakin lusuh seolah-olah tidak bermaya untuk melakukan apa-apa untuk menunjukan perubahan dan perbezaannya.
Adakah perhimpunan kali ini masih seperti perhimpunan yang terdahulunya dengan lawak jenaka yang tidak henti-henti dengan pemimpin di atas pentas ketawa besar yang boleh dilihat dalam akhbar-akhbar pemimpin-pemimpinnya ketawa terbahak-bahak dengan menepuk tangan diatas kepala masing-masing?
Adakah perhimpunan seperti dahulu juga, yang tiada mempunyai ‘substance’ yang boleh membawa perbezaan dari sekarang ini, dan hanya pentas tempat Presidennya berucap bergegar-gegar bagi mengalihkan pandangan ramai terhadap isu-isu besar yang sedang melanda negara?
Jika benar perhimpunan agong itu membawa perubahan kepada parti, kenapa hari demi hari parti itu reput dan ia bertambah lemah dan tidak bermaya menghadapi keadaan dunia yang kian berubah ini?
Jika perhimpunan ini benar-benar menjadi premis dan lonjakan kepada imej parti, kenapa UMNO itu bertambah buruk persepsinya dipandangan rakyat dan parti itu sudah sinonim dengan rasuah? Rasuah dan UMNO itu adalah ibarat aur dengan tebing, saling memerlukan diantara satu dengan lain. Tanpa rasuah UMNO itu tidak dapat kekal dan tanpa UMNO rasuah itu tidak akan berkembang dan berbagai-bagai lagi persepsi buruk yang menghimpit UMNO kini.
Bolehkah perhimpunan kali ini menyatukan ahli-ahli dan pemimpin mereka kerana seperti yang kita ketahui mereka hanya bersatu semasa menyanyikan lagu UMNO itu sahaja. Perhimpunan agong parti itu selama ini hanya merupakan acara pementasan tahunan dan setiap perwakilan akan kembali tanpa apa-apa perubahan dari sikap dan nilai pimpinan mereka sahaja.
Kali ini rakyat mahu tahu, sejauh mana seriusnya UMNO untuk menyelesaikan masalah 1MDB misalnya. Kali ini rakyat yang tahu apa yang berlaku dengan 1MDB itu. Selebar manakah ‘variation’ di antara apa yang diketahui umum tentang 1MDB ini dengan apa yang bakal disebut dan dijawab  oleh pimpinan parti itu dalam perhimpunan itu.
Apakah asas-asas yang mewajarkan usaha kerajaan untuk menyenaraikan syarikat yang paling ‘controversial’ itu di Bursa Saham Kuala Lumpur sedangkan semua tahu yang 1MDB itu mempunyai ‘equity value’ yang sangat rendah. Kita mahu tahu segala-galanya kerana ramai yang berpendapat isu 1MDB ini merupakan isu yang akan membawa pentadbiran Najib ke arah kehancuran yang tidak mungkin mampu mendapatkan ‘mitigations’ yang betul dari tindakan pemimpin yang ‘deceitful’ seperti Najib dan rakan-rakan yang menyokong beliau.
Saya bersetuju dengan pandangan ramai yang 1MDB ini akan menentukan masa depan kepimpinan Najib kerana pelaburan 1MDB dalam bidang ‘equity’ ini merupakan pelaburan yang tersangat tinggi risikonya dan ia hanya mampu dan sesuai dengan sesiapa yang bersedia dan berkesanggupan untuk menghadapi kehilangan seluruh pelaburannya.
Inilah yang di ceburi oleh kerajaan kita dan tentunya ia di sebabkan kepentingan besar individu berkuasa hingga sanggup menceburi bidang pelaburan yang hampir pasti akan merugikan rakyat yang akhirnya akan menanggungnya seratus peratus semua kegagalannya itu.
Saya mempunyai sedikit  minat untuk menulis tentang isu ini, kerana ingin memberikan keyakinan apa yang saya bakal tulis itu akan menjadi kenyataan dan kita semua akan menjadi mangsa ‘devilish leaders’ yang kita ada hari ini.
1MDB ini merupakan ‘financial scandal’ yang terbesar dalam sejarah negara dan jika ada pimpinan di masa depan berhajat untuk melakukan ‘scandal’ besar pun ia tidak akan sebesar apa yang sedang dilakukan oleh 1MDB ini. Sesungguhnya mereka (barisan kepimpinan) yang duduk berhadapan dengan ribuan perwakilan dalam perhimpunan agong nanti adalah mereka yang bertanggungjawab menjahanamkan negara dan rakyat pimpinan mereka.
Kita lihat nanti dalam perhimpunan agong UMNO samada perwakilan yang hampir lima ribu orang itu akan sanggup menyentuh isu ini dengan betul dan memahami yang mereka sedang berhadapan dengan barisan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab diatas isu ini, duduk betul-betul di (high table) dihadapan mereka nanti.
Kita akan memerhati situasi dalam perhimpunan agong tahunan UMNO yang kian reput dari hari ke hari itu. ~aspan alias
Pembuli jalan: Pengarah syarikat didakwa
  • Kok An mengaku tidak bersalah dihadapan Majistret Petaling Jaya. - Foto Sinar Harian oleh SITI AZIELAH WAHI Kok An mengaku tidak bersalah dihadapan Majistret Petaling Jaya. - Foto Sinar Harian oleh SITI AZIELAH WAHI
1 / 1
PETALING JAYA - Seorang pengarah syarikat konsultan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya terhadap dua pertuduhan melakukan khianat dengan meludah dan membengkokkan pengelap cermin kenderaan serta membuat ugutan jenayah terhadap seorang pembantu peribadi dua hari lalu.

Khoo Kok An, 58, mengaku tidak bersalah dihadapan Majistret Salamiah Salleh.

Bagi pertuduhan pertama, Kok An didakwa melakukan khianat dengan membengkokkan pengelap cermin depan kereta dan meludah ke arah cermin hadapan kereta Perodua Kenari putih milik Alisa Thean Wei Yun, 45.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan ugutan jenayah bagi mendatangkan kegentaran terhadap mangsa yang sama dengan menghalang laluan perjalanan.

Bagi kesalahan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa berlaku di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) susur keluar Putrajaya atas jejambat Subang Jaya, jam 8 pagi, 17 November 2014.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua kes atas alasan kes itu mendapat perhatian umum.

Bagaimanapun peguam T. Geetha memohon wang jaminan dikurangkan kepada RM1000 kerana kesalahan itu merupakan kesalahan pertama tertuduh.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Disember depan untuk sebutan kes.





Exco PAS S'gor tak terlibat lulus dana RM2.6 juta

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Exco PAS Selangor tidak terlibat dalam kelulusan bayaran pampasan sebanyak RM2.6 juta kepada pembantu-pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, penafian penglibatan itu dimaklumkan pada pertemuan dengan PAS Negeri Selangor semalam yang turut dihadiri dua bekas exco serta pimpinan negeri dan kawasan.

"Dua bekas exco dan dua exco menafikan telah memberi kelulusan serta terlibat dalam pemberian pampasan kepada orang-orang Khalid.

"Mereka memaklumkan pada mesyuarat 22 Oktober lalu, Khalid‎ hanya memaklumkan pemberian tersebut yang telah dipersetujui pada mesyuarat Lembaga Pengarah Menteri Besar Incorporate (MBI) dengan jumlah tanpa ada pecahan pembayaran," katanya pada sidang media di Parlimen.

Tambah beliau, tindakan mengaitkan PAS dalam isu RM2.6 juta itu hanya bertujuan untuk mencemarkan imej PAS yang sebelum ini mempertahankan Khalid dalam krisis Menteri Besar.

"Kaitkan exco PAS adalah niat jahat Khalid untuk memalitkan PAS dalam isu ini, ia hanya dimaklumkan sahaja dan bukan meluluskan melalui mesyuarat exco.

"Malah pembayaran juga dibuat secara mengejut apabila duit dipindahkan ke akaun masing-masing pada malam itu juga, ini turut mengejutkan exco-exco yang ada ketika itu," sambung beliau lagi.

Beliau yang turut memberitahu, PAS Selangor menggesa agar siasatan terperinci segera dilakukan Kerajaan Negeri Selangor termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani turut menyifatkan ia merupakan satu pembayaran yang keterlaluan dan tidak mengikut undang-undang pekerjaan yang sedia ada.

Katanya, pembayaran dengan jumlah yang besar itu merupakan satu pembayaran yang pertama kali berlaku di negara ini. - HARAKAHDAILY 19/11/2014


MP Pas gesa Selangor siasat pampasan RM2.6 juta
  • Khalid Abdul Samad Khalid Abdul Samad
1 / 1
KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Parlimen Pas menggesa kerajaan negeri menyiasat pembayaran RM2.6 juta kepada bekas pekerja Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, ia perlu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, empat Exco Pas Selangor tidak pernah meluluskan jumlah pampasan yang dibayar kepada bekas pekerja MBI.

“Sebaliknya, mereka hanya dimaklumkan mengenainya oleh Abdul Khalid tetapi kelulusan dibuat oleh Lembaga Pengarah MBI. Usaha melibatkan empat bekas Exco Pas ini dilihat berniat jahat, (iaitu) untuk mencemarkan nama baik mereka.

“Tindakan Abdul Khalid juga menunjukkan fakta beliau sangat kedekut dalam membelanjakan wang rakyat cuma mitos semata-mata. Ini dibuktikan apabila beliau memberi ganjaran yang begitu luar biasa kepada bekas kakitangan MBI,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

AKAN MENYUSUL.
Artikel Berkaitan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan