Isnin, 10 November 2014

SAPE HIDUP SEMPIT...RAKYAT KE ATAU PEMIMPIN KE

Muhyiddin: Tiada maaf bagimu
  • Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama
1 / 1
PUTRAJAYA - "Tiada maaf bagimu", tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap pendatang tanpa izin yang menceroboh dan ahli politik yang melindungi pencerobohan di tanah tinggi Cameron Highlands sehingga menyebabkan banjir lumpur dan tanah runtuh Rabu lepas.
  
Timbalan Perdana Menteri berkata bagi membanteras gejala yang berleluasa itu, kerajaan akan menggerakkan operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan bagi memastikan pihak terlibat segera dikenakan tindakan tegas.
  
"Satu daripada sebab kenapa perkara ini (kejadian banjir dan tanah runtuh) berlaku adalah tidak ada ketegasan dari segi pelaksanaan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap mereka yang melanggarnya.
  
"Jadi, kita telah putuskan bahawa kerajaan perlu ambil tindakan tegas dan saya telah arahkan satu operasi besar-besaran dilaksanakan bagi memastikan hal ini dihentikan segera," katanya.
  
Operasi itu akan dilakukan seberapa segera berikutan sudah ada pihak yang berani mencabar kerajaan dan agensi penguatkuasaan untuk mengambil tindakan terhadap mereka, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bencana banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands di bilik operasi Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini hari ini.

Berhubung dakwaan aktiviti pencerobohan oleh pendatang asing itu dilindungi 'orang politik', Muhyiddin berkata ia tidak boleh dijadikan alasan untuk penguatkuasaan undang-undang dikecualikan terhadap mereka.
  
"Bagi saya sama ada ia politik atau bukan politik, yang penting alam sekitar tidak boleh terus dimusnahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
  
"Kita tidak bimbang, kita tak kisah. Kita perlu ambil tindakan terhadap siapa saja yang melindungi. Orang sebegini kalau terbukti mereka itu adalah antara dalang-dalang, tindakan dari segi undang-undang boleh diambil," katanya.
  
Timbalan Perdana Menteri berkata apa yang penting bagi kerajaan ialah alam sekitar perlu dijaga dan keselamatan penduduk di kawasan terlibat perlu diutamakan melebihi kepentingan lain.
  
Kejadian banjir dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada Rabu lepas, mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet. - Bernama

Si kafir masuk campur hal Islam
* LIMA nyawa tidak berdosa melayang, berpuluh kenderaan musnah, banyak rumah rosak teruk, dan beratus penduduk berduka kerana kehilangan dan kemusnahan harta benda. Dalam sekelip mata kehidupan dilanda mala petaka.

Itulah yang terjadi di Lembah Bertam dan Ringlet Cameron Highlands Rabu lalu apabila hujan lebat turun tidak berhenti dan air sungai melimpah menyebabkan banjir lumpur. Sebenarnya kira-kira setahun lalu – 23 Oktober, 2013 – bencana yang serupa berlaku di tempat yang sama, mengorbankan empat orang. Ketika itu peringatan telah diberi mengenai kemungkinan berlaku lagi perkara buruk ini sekiranya kita tidak prihatin terhadap alam.

Tetapi seperti biasa kita selalu lupa kepada peringatan, kita tidak pernah belajar, dan kita terus degil dan angkuh terhadap alam. Sebab itu mala petaka berulang, kali ini lebih teruk dari setahun lalu.

Semua orang tahu salah satu puncanya ialah penebangan hutan di sekitar kawasan berkenaan. Seperti yang diakui sendiri oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob penerokaan haram tanah di situ dilakukan secara berleluasa.

Cakap mengenai penerokaan haram, tidak sahaja di Lembah Bertam dan Ringlet, banyak lagi kawasan hutan telah ditebang secara haram. Hutan dibotakkan sesuka hati, balak dikebas rakus pihak tidak bertanggungjawab. Anak cucu kita ditinggalkan kawasan botak dan gersang.
Peliknya penerokaan hutan secara haram terjadi di hadapan mata, sudah sekian lama, tetapi dibiarkan tanpa tindakan. Rasuah melanda pihak tertentu, kita semua akan menerima akibatnya!

*PELIK lagi menyakitkan hati! Peraturan untuk orang Islam, tetapi orang bukan Islam pula menyibuk tidak tentu fasal. Itulah yang terjadi apabila Kerajaan Pas Negeri Kelantan melakukan Operasi Gempur Aurat ke atas pekerja wanita Islam yang tidak memakai tudung.

Seperti yang dijelaskan di bawah peraturan yang baru dikuatkuasakan itu semua pekerja wanita Islam, termasuk yang bekerja dengan majikan bukan Islam, dikehendaki menutup aurat, termasuk bertudung kepala, jika tidak akan didenda RM500.

MCA menentang peraturan itu. Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata peraturan itu boleh menjejaskan peniaga komuniti Cina. Tidak masuk akal, apakah kaitan menutup kepala dengan peniaga Cina?
Naib Presiden parti itu, Datin Paduka Chew Mei Fun lebih mengarut apabila menentang peraturan tersebut atas alasan diskriminasi. Katanya berpakaian adalah hak individu.

Untuk makluman, menutup aurat adalah tuntutan Islam, bukan tuntutan parti politik. Adalah berdosa bagi mana-mana orang Islam – lelaki atau wanita – yang tidak mematuhi peraturan menutup aurat seperti yang telah disyariatkan.

Apa hak MCA untuk menghujah peraturan Islam? Tiong Lai dan Mei Fun bukan Islam, jadi lebih baik jangan masuk campur urusan dan peraturan Islam.

*WALAUPUN berlainan parti, Wanita Umno menyokong peraturan berpakaian yang ditetapkan di negeri Serambi Makkah itu. Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin meminta orang bukan Islam sensitif dengan isu ini.
Katanya, seperti yang dilaporkan media: “MCA perlu menghormati undang-undang yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri terutama perkara yang melibatkan agama Islam kerana ia amat sensitif.”

Kurang pasti saya, apa yang MCA dan pihak bukan Islam lain susah hati sangat apabila ada peraturan menutup aurat. Sepatutnya mereka lebih prihatin dan bimbang dengan pendedahan betis, paha, pusat, ketiak dan punggung yang keterlaluan sekarang. Itu lebih berbahaya sebab boleh merangsang nafsu!

Tetapi di tempat kita banyak sangat orang bukan Islam ingin masuk campur hal-hal Islam, sehingga mengganggu-gugat dan menghalang pelaksanaan undang-undang Islam. Orang kafir yang tidak tahu mengenai hudud pun sibuk bercakap dan menentang hukum ALLAH itu. Mereka ingat mereka siapa?

*AKHIR kalam, berita dari Kabul menyebut Afghanistan membantah penggunaan model wanita sebagai hiasan dalam mana-mana kempen iklan. Tambah berita itu, banyak iklan menampilkan wanita muda untuk menarik perhatian pengguna.

Kerajaan negara itu berpendapat model wanita tidak boleh dieksploitasi bagi tujuan komersial, termasuk menggayakan fesyen, kerana itu dengan sendirinya merendahkan kedudukan kaum Hawa.

Saya tidak dapat membayangkan sekiranya peraturan yang sama dikuatkuasakan di tempat kita. Tentu produk kecantikan tidak menarik perhatian sekiranya digayakan oleh model lelaki. Susahlah ‘Kak Ton’ kalau macam itu!9:30PM - 9 Nov 2014

Apa itu ISIS?

Perang di Timur Tengah hari ini semuanya bermula dengan ledakan WTC pada 9/11. Ini kenyataan salah. Semuanya bermula dengan perang Iraq. Ini juga kenyataan salah. Semuanya bermula dengan Iran. Ini juga salah. Semuanya bermula dengan Zionis Israel. Ini juga salah. Semuanya bermula dengan Saddam dan Gaddafi. Ini juga salah. Semuanya bermula dengan pertelingkahan Sunni dan Syiah. Ini juga tak betul. Semuanya bermula dengan CIA dan KGB. Dengan MI6? Ini juga salah.

Jika semua salah, jika semua tak betul, apa puncanya perang yang sedang melanda Timur Tengah hari ini?

Biar saya nyatakan di sini, perang dan pergolakan politik dunia hari ini semuanya berpunca daripada petrol – bahan bakar petroleum. Minyak petrol telah menjadi punca perang dunia kedua. Dan kini perang dunia bahagian ke-2 juga disebabkan oleh minyak petrol. Pergolakan politik dunia hari ini adalah pergolakan pengeluaran bahan bakar petroleum.

Saya telah banyak menulis tentang teori peak oil atau puncak minyak. Saya juga telah cuba membawa pencerahan tentang peranan minyak dalam tamadun manusia moden. Semua ini saya lakukan dengan harapan para pembaca akan memiliki latar untuk memahami apa yang sedang berlaku dalam dunia hari ini.

Memahami apa yang sedang berlaku di hadapan mata kita semua.
Sayugia diingatkan bahawa dunia hari ini amat jauh bezanya dari dunia arwah ibu dan ayah saya. Malah dunia hari ini amat jauh bezanya dari dunia yang saya lalui ketika saya membesar di sekolah rendah hingga ke universiti.

Dalam masa yang amat singkat Malaysia telah mengalami perubahan mendadak. Dalam masa yang singkat dunia telah berubah. Perubahan mendadak ini berlaku kerana wujudnya bahan bakar petroleum. Semenanjung Malaysia mula menjadi pengeluar minyak pada tahun 1974. Asas ekonomi Malaysia mula beralih.

Dari getah dan bijih, kini dengan duit modal minyak, Malaysia mula membina infrastruktur untuk menjemput pemodal luar. Tanpa bahan bakar minyak Malaysia pasti bukan Malaysia yang kita hadapi hari ini.

Dunia hari ini adalah dunia petroleum. Asas dunia hari ini ialah minyak. Tanpa minyak dunia hari ini akan terhenti dan tidak bergerak. Terhenti dan tidak bergerak? Betul, apabila minyak habis maka dunia ini akan terhenti. Tamadun kita hari ini akan terhenti.

Tamadun kita hari ini ialah tamadun minyak. Dunia hari ini bergerak kerana wujudnya minyak. Tamadun minyak ini bergerak melalui satu sistem ekonomi yang dipanggil sistem ekonomi kapitalis. Daripada tamadun minyak dan sistem ekonomi kapitalis ini muncul budaya, nilai, politik dan negara bangsa. Umat manusia hari – anak semua bangsa - semuanya adalah umat minyak.

Persoalan muncul berapa lama agaknya minyak akan terus mengalir dari perut bumi? Berapa lama lagi bahan bakar ini akan terus dapat menjana dan membakar agar sistem kapitalis ini terus bergerak?

Salah satu jawapan datang dari peak oil theory atau teori puncak minyak. Teori ini telah cuba menjawab soalan ini. Teori ini secara ilmiah dan berdasarkan fakta telah meramalkan kehabisan minyak dalam dunia ini. Apabila minyak habis maka tamadun minyak yang berumur kurang lebih 150 tahun ini akan terhenti dan runtuh.

Mengikut teori ini kita telah melintasi puncak dan sedang memasuki zaman meleset. Ini bermakna dari hari ke hari bahan bakar minyak petroleum akan berkurangan. Permintaan makin bertambah. Ekonomi kapitalis bergantung kepada pengeluaran dan permintaan. Perusahaan dan kilang memerlukan bahan bakar minyak untuk bergerak. Permintaan untuk minyak bertambah manakala pengeluaran minyak makin berkurangan. Harga minyak tidak menentu dan semakin mahal.

Jika minyak menjadi begitu mahal dan pengeluaran berkurangan maka tamadun kita akan runtuh. Keruntuhan tamadun bukan satu yang baru. Dari kajian arkeologi kita membaca bagaimana tamadun Inca berkembang dan runtuh di Amerika Latin. Kita juga membaca bagaimana tamadun Lembah Ganges berkembang dan runtuh di India. Kita juga membaca bagaimana tamadun Mesir kuno maju dan runtuh. Malah dalam kita-kitab suci agama-agama ada kesah dan surah tentang tamadun kuno yang telah runtuh.

Al-Quran ada menyebut tamadun Aad dan Thamud untuk dijadikan pengajaran.

Apa yang saya lakarkan di sini bukan satu dogeng. Fakta-fakta telah membuktikan bahawa bahan bakar petroleum ini akan habis. Minyak adalah sumber asli – mengalir keluar dari perut bumi. Minyak bukan macam getah atau sawit yang boleh ditanam untuk dituai. Lima leter minyak yang dibakar bermakna minyak dunia berkurangan sebanyak lima liter. Minyak yang telah dibakar tidak dapat ditokok tambah.

Dari data resmi International Energy Agency tahun 2011, dunia telah membakar 89 juta tong minyak sehari. Satu tong ialah 156 liter. Dalam setahun dunia membakar 32 bilion tong setahun. Ini data tahun 2011. Tahun 2014 pasti bertambah.

Fakta minyak semakin berkurangan ini diketahui oleh Obama, diketahui oleh Putin, di ketahui oleh pemodal antarabangsa, diketahui oleh CIA, diketahui oleh perancangan dasar Rumah Putih dan juga perancang dasar untuk Kremlin. Fakta ini juga diketahui oleh Beijing dan Parti Komunis China. Malah Najib Razak empat tahun dahulu pernah berkata bahawa pada tahun 2016 Malaysia juga akan kekeringan minyak.

Perang Dunia Kedua telah membuktikan bagaimana Hitler telah cuba masuk ke Afrika untuk menawan telaga minyak di Mesir. Bahan bakar petroleum adalah asas utama penggerak sistem ekonomi kapitalis hari ini. Tanpa minyak maka sistem ekonomi kapitalis ini akan runtuh. Bibit-bibit keruntuhan ini semakin jelas dapat dilihat. Krisis kewangan yang bermula pada September 2008 telah melanggar dunia kapitalis masih menggelodak. Sistem kapitalis kelihatan rebah bangun. Harga minyak naik dan turun. Setiap kali ianya bangun sistem ini semakin lembik dan rapuh.

Justeru para pemikir, para perancang dan panglima perang penyokong tegar sistem ekonomi kapitalis berkumpul berfikir dan merancang. Kaum imperialis Anglo-Amerika menyedari perkara ini. Mereka melahirkan strategi untuk memastikan diri mereka selamat dari ledakan kekeringan bahan bakar petroleum.

Strategi ini ialah mengepong dan menawan semua telaga-telaga minyak mentah dalam dunia ini. Ini adalah prinsip asas perancangan ini. Selainnya hanya mekanisme dan taktik untuk memastikan telaga minyak ini akan dapat mereka miliki.

Justeru, Islam, Sunni, Syiah, Arab, Parsi, Kurdish, Boko Haram, al-Qaeda, KMM, Al-Nusra, Mujahiden termasuk ISIS hanyalah projek sampingan. Semua ini adalah pecahan dari projek induk untuk memastikan bahan bakar petroleum ini jatuh ke tangan kuasa imperial Anglo-Amerika.

Project for New American Century (PNAC) – Alaf Baru untuk Amerika - telah difikirkan, dirancang dan ditulis. Projek PNAC ini sedang dijalankan satu persatu. Projek ini berpayung di bawah projek induk untuk mewujudkan New World Order atau tata baru dunia. Peraturan baru dunia di mana semua umat manusia ini akan dikawal dan menjadi hamba kepada kuasa imperial Anglo-Amerika.

Mungkin ada yang menganggap tulisan ini agak susah untuk dipercayai. Atau kurang diyakini. Saya menyedari perkara ini kerana apa yang saya cuba paparkan di sini ialah gambaran besar (the big picture). Saya melukis hutan belantara yang penuh dengan duri dan ranjau. Saya tidak berkisah tentang kayu jati atau meranti. Melihat sebatang kayu lebih senang dari melihat hutan. Tetapi batang-batang kayu inilah yang menjadikan hutan.

Maka ISIS, al-Qaeda atau al-Nusra hanyalah batang-batang kayu yang diwujudkan oleh kuasa imperial Anglo-Amerika untuk memastikan projek menawan semua telaga minyak di Timur Tengah. Mereka ini hanya 'aparacik' untuk menjayakan Projek Alaf Baru Amerika.

Iraq dilaporkan sebagai wilayah yang memiliki minyak terbanyak sesudah Arab Saudi. Ini diikuti oleh Iran dan Rusia. Iran dan Rusia bukan sekutu Amerika. Begitu juga Iraq ketika di bawah Saddam Hussein. Dari perancangan strategi Projek Alaf Baru Amerika ini seluruh Timur Tengah termasuk Iran, Turki, Afghanistan dan Pakistan wajib dimasukkan dalam bakul Anglo-Amerika. Justeru Perang Drones di Utara Pakistan, serangan gerila Sunni ke Timur Iran, Perang 'non stop' di Afghanistan adalah sebahagian dari strategi ini.

Sebenarnya Perang Dunia Kedua yang berpunca dari perebutan telaga minyak hanya berhenti 'rehat' sebentar. Dunia hari ini masih lagi berperang. Di Yemen Perang Drones sedang berjalan. Boko Haram di Nigeria ialah perang perebutan telaga minyak. Perang juga sedang berjalan di Libya untuk merebut telaga minyak.

Kurdish dan Arab berperang di Iraq untuk merebut Kirkuk wilayah telaga minyak Iraq.

Bagaimana dengan ISIS? Bukankah ISIS ini berjuang untuk menegakkan Islam. Bukankah ISIS ini ingin mendirikan kembali sistem Khalifah Islam?

Akan bersambung.
Gambar petugas JKM Hulu Langat dikatakan tidak mesra jadi viral
pada 09-11-2014 02:11 
Post Pic
SHAH ALAM: Penjawat awam menjadi mangsa kutukan pelayar internet sebagai pemalas selain tidak ikhlas dalam menjalankan tugas mereka.
 
Semua ini gara-gara status seorang pelayar internet yang bertindak memuatnaik gambar seorang pekerja kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Langat yang dikatakan melayan nya dengan kasar dan tidak mesra.
 
Wanita itu menceritakan dia mewakili neneknya pergi JKM untuk permohonan menyambung bantuan bulanan daripada badan itu.
 
Tidak pernah berurusan dengan JKM, wanita itu bertanyakan petugas kaunter terbabit. Namun pertanyaannya dijawab acuh tak acuh oleh pertugas terbabit sehingga dia berkata 'itu bukan masalah kami di JKM'.
 
 
Reaksi petugas itu menyebabkan wanita terbabit berang dan bertindak mengambil gambar dan menyebarkannya ke laman internet.
 
Tindakan wanita itu mengundang perbahasan di kalangan pelayar internet dan rata-rata mereka mengutuk petugas kaunter JKM itu.
 
 
Namun perbahasan itu meleret-leret, sehingga menyaksikan penjawat awam yang lain turut dikritik pelayar internet.
 
Masing-masing menyifatkan penjawat awam pemalas dan tidak cekap dalam menjalankan tugas.
 
Malah ada yang mempersendakan mereka dengan berkata penjawat awam hanya tahu minta bonus tapi enggan meningkatkan kuali kerja mereka.
 
 
 

Cara membuat isteri bahagia

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, seni hubungan suami isteri bukan datang dengan sendiri tetapi perlu dipelajari. Kalau dulu sebelum berkahwin ibu bapa akan mengajar anak perempuannya bagaimana cara menambat nafsu suami dengan betul tetapi zaman sudah berubah. Pasangan muda sekarang tidak mahu mengorek rahsia rumahtangga bahagia dan belajar teknik mendidik anak cemerlang daripada orang tua seperti zaman dahulu.
Pasangan suami isteri sekarang terlalu fokus kepada ekonomi tidak kira siang atau malam. Yang lelaki sibuk bekerja tidak kira waktu dan kepada yang berniaga sibuk dengan pelaburan saham, pelaburan emas, mencari kontrak kerajaan dan sekarang pulak sibuk mencari duit sampingan secara online apabila kawan-kawan kata boleh buat berpuluh ribu ringgit secara online.  Yang isteri sibuk berbisnis menggunakan facebook jual tudung, alat solek, jubah dan sebagainya sehingga dapat income ratusan ribu ringgit. Memang betul kalau tak ada duit susah hidup tetapi hidup suami isteri bukan segalanya duit.
rahsia hubungan suami isteri
Duit banyak ditambahkan hidup bahagia pasti menjadi idaman sebuah keluarga tetapi bukan semua dapat menikmati keindahan hidup suami isteri. Suami pasti ada cara untuk memuaskan dan membahagiakan hati isteri begitu juga sebaliknya. Mungkin cara berikut dapat membuatkan suami atau isteri anda bahagia. Asal tips cara membuat isteri bahagia dapat daripada sebuah group wassap yang tidak tahu asal usulnya. Terima kasih kepada insan yang telah menulis panjangan lebar tips ini untuk dijadikan bahan guraun suami isteri tetapi ada pengajarannya.
BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT SUAMI GEMBIRA :
1. Jaga makan minumnya
2. Tidur dengannya
3. Biarkan dia dengan ketenangan
4. Jangan memeriksa telefonnya
5. Jangan mengganggu pergerakannya
Jadi APA YG SUSAH sangat tentang itu?
luahkan rasa sayang kepada isteri
CARA MEMBUAT ISTERI PUAS & GEMBIRA :
Ia benar-benar tidak terlalu sukar tetapi..
Untuk membuat wanita bahagia, seorang lelaki hanya perlu jadi :
1. Rakan
2. Teman
3. Kekasih
4. Saudara
5. Bapa
6. Induk
7. Tukang masak
8. Juruelektrik
9. Tukang paip
10. Mekanik
11. Seorang tukang kayu
12. Penghias
13. Stylist
14. Sexologist
15. Pakar sakit puan
16. Ahli psikologi
17. Pembasmi perosak
18. Psikiatri
19. Penyembuh
20. Pendengar yang baik
21. Penganjur
22. Bapa yang baik
23. Sangat bersih
24. Bersimpati
25. Olahraga
26. Pemanas
27. Pemberi perhatian
28. Gagah
29. Pintar
30. Lucu
31. Kreatif
32. Penggoda
33. Kuat
34. Pemahaman tinggi
35. Toleransi tinggi
36. Berhemat
37. bercita-cita tinggi
38. Mampu
39. Berani
40. Pembuat keputusan
41. Berkata benar
42. Boleh dipercayai
43. Bersemangat
TANPA lupa untuk:
44. Kerap memberi pujian
45. Pergi membeli-belah dengannya
46. Jujur
47. Menjadi sangat kaya
48. Tidak terlalu menekan
49. Tidak melihat perempuan lain
DAN PADA MASA YANG SAMA, ANDA MESTI JUGA:
50. Memberikan banyak perhatian kpdnya
51. Memberikan banyak masa kpdnya terutama masa untuk dirinya sendiri
52. Memberi beliau banyak ruang
53. Tidak pernah imbang tentang di mana dia pergi.
Namun yang paling penting.
INI SANGAT PENTING
54. Tidak pernah lupa hari lahirnya
55. Tidak pernah lupa hari ulang tahun perkahwinan
56. Mesti alim dan
57. Tolong buang sampah dan
58. Cuci keretanya
59. Bayar cukai jalan dan
60. Bawa melancong dan
61. Jangan LEBIH tidur dan
62. Makan habis2 masakan dia dan
63. Bila nak tidur cakap i luv u dan
64. Berhenti membaca akhbar @ memberi perhatian apabila dia bercerita dan beberapa lagi..
Dan oh ya anda juga perlu menjadi spiderman atau superman pada masa-masa tertentu untuk menyelamatkan beliau…
Kepada suami yang sudah bekerja kuat jangan lupa bawa isteri pergi umrah sebagai menghargai kesetiaannya.
Mane yg senang jaga… suami or isteri….

4 Beradik Berumur 2-7 Tahun Ditinggalkan Bersama RM70 Untuk Hidup



Sarawak, 9 Nov - Empat orang kanak-kanak, berusia antara 2 hingga 7 tahun telah dijumpai berlegar tanpa arah tujuan di Sibu Jaya semalam oleh pihak polis.

Menurut laporan polis , mereka dijumpai bersama dengan wang tunai RM70, dua pasang payung serta be dan mengikut laporan tersebut juga, kanak-kanak tersebut dipercayai berketurunan Iban.

Polis dikatakan sudah cuba mengesan lokasi ibu bapa mereka tetapi tidak berjaya dan telah menyerahkan kes tersebut kepada jabatan kebajikan untuk diselesaikan.



Berikut adalah senarai nama empat orang kanak-kanak tersebut, yang juga adik beradik:

  1. Menai (7 tahun)
  2. Iyen (7 tahun)
  3. Echa (4 tahun)
  4. Olivia (2 tahun)

Menurut laporan polis itu juga, ada tertulis bahawa kanak-kanak tersebut telah dihalau dari rumah ibu mereka. - Siakapkeli.com.my


Sumber: Bintulu.org
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan