Jumaat, 14 November 2014

PILIH PARTI YANG BERTUNJANGKAN AKIDAH...DAH PILIH JANGAN PULA GILA PANGKAT...GILA KEMEWAHAN DAN GILA WANITA...TAK DE LAH BEZA DENGAN YANG LAIN...NAFSU-NAFSI

Kereta misteri ditunda
  • Sebuah kereta Toyota Estima yang ditinggalkan sejak dua hari lalu ditunda ke Balai Polis Jawi. Sebuah kereta Toyota Estima yang ditinggalkan sejak dua hari lalu ditunda ke Balai Polis Jawi.
1 / 1
PARIT BUNTAR - Kehadiran sebuah sebuah kereta yang ditinggalkan  di sebelah rumah seorang penduduk di Kuala Bagan Tiang sejak dua hari lalu menimbulkan tanda tanya  penduduk setempat.

Bagaimanapun, persoalan mereka terjawab selepas kenderaan itu ditunda oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan malam kelmarin.

Seorang penduduk hanya ingin dikenali sebagai Teoh berkata, pada jam enam petang kelmarin, terdapat sebuah kereta dinaiki dua individu parkir sebelah Toyota Estima itu dan seorang daripadanya mengambil gambar kenderaan tersebut.

“Tindak-tanduk dua individu itu mencurigakan jadi saya dan penduduk pergi meninjau kereta tersebut," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Teoh berkata, mereka terkejut mendapati nombor pendaftaran tertera pada cukai jalan berbeza dengan nombor pendaftaran kenderaan itu dan membuat laporan di Balai Polis Tanjung Piandang.

Katanya, kenderaan tersebut ditunda ke Balai Polis Jawi untuk siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Baktiar Yaacob ketika dihubungi memaklumkan kes berkenaan diambil alih oleh IPD Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad memaklumkan kereta  itu  ditemui di kawasan Sungai Udang dan ada kaitan dengan kes kecurian kereta di Kelana Jaya, Selangor.

“Pemandu kereta  yang dipercayai lari meninggalkan kenderaan itu kini dikenal pasti polis dan sedang diburu untuk membantu siasatan,” katanya.



Poveglia, pulau ‘penjara’ paling tragis di dunia
  • Poveglia, pulau ‘penjara’ paling tragis di dunia
1 / 3
MUNGKIN ramai yang tidak tahu sejarah di sebalik keindahan Pulau Poveglia, iaitu salah satu pulau kecil yang terletak di Itali.

Terletak di antara sempadan Itali dan Lido, pulau in dikatakan menyimpan sejarah yang agak menakutkan.

Sejarah bagi pulau ini bermula pada tahun 1379 apabila ia dikatakan menjadi tempat persembunyian bagi pelarian perang ketika berlakunya siri peperangan di Eropah.

Pulau ini tidak didiami oleh sesiapa pada abad-abad berikutnya.

Kisah hitam pulau ini dicatatkan pada tahun 1793 apabila serangan wabak penyakit melanda Itali.

Dikatakan, pulau tersebut menjadi lokasi ‘ideal’ bagi kerajaan Itali untuk mengkuarantin pesakit bagi wabak bubonik, taun, denggi dan sebagainya daripada menjangkiti atau menyebarkan virus kepada penduduk di tanah besar Itali.

Menurut masyarakat tempatan, pesakit yang dihantar ke pulau itu akan dibakar hidup-hidup atau dibiarkan kelaparan sehingga mati.

Malah ada yang mengatakan, sebilangan pesakit yang dibawa ke pulau itu akan dicampakkan ke dalam sebuah lubang yang dipenuhi rangka dan tengkorak manusia.

Pada tahun 1922, sebuah rumah sakit jiwa dibangunkan di pulau indah itu.

Namun wujud pelbagai laporan mengatakan, kesemua pesakit jiwa yang mendapat rawatan di pulau tersebut mati akibat kekejaman doktor yang melakukan pelbagai uji kaji dan eksperimen kejam ke atas pesakit mereka.

Dikatakan, doktor yang merawat pesakit-pesakit di hospital sakit jiwa itu membunuh diri dengan terjun dari menara lama yang terdapat di hospital berkenaan.

Pulau itu terbiar tanpa penghuni sejak tahun 1968.

Sehingga kini, Pulau Poveglia seluas 68 kilometer persegi ini mencatatkan kematian sehingga 160,000 nyawa.

Menurut laporan portal The Telegraph pada April tahun ini, pulau tersebut sedang dilelong oleh kerajaan Itali untuk dibangunkan kepada pusat peranginan mewah.

Hasil carian Sinar Harian Online menerusi aplikasi satelit Google Map menunjukkan bangunan lama pulau tersebut masih dikekalkan sehingga kini.

Namun pulau itu dilaporkan mulai dikawal ketat oleh pihak kerajaan dan ditutup kepada pelawat mulai tahun ini.


Pegawai kanan kerajaan ditahan rasuah seks
ALOR SETAR - Perlakuan jijik seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri yang tergamak meminta rasuah berupa layanan seks membawa padah setelah ditahan petang semalam.

Suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat dengan kesalahan itu sebagai ‘ganjaran’ untuk membantu meluluskan permohonan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh beberapa orang ibu tunggal di Kedah.

Difahamkan, tangkapan itu dibuat hasil daripada maklumat diterima serta risikan sejak beberapa bulan lalu.

Menurut sumber, tindakan itu satu perbuatan keji yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pegawai kerajaan.

Pengarah SPRM Kedah, Raja Khan Raja Ahmad mengesahkan penahanan itu.
Artikel Berkaitan


1:13PM - 14 Nov 2014

Laporan kait pegawai istana, kes tanah haram


Satu laporan akhbar The New Straits Times mendakwa kes penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands berpunca daripada arahan pegawai kanan Istana Pahang ke atas kelulusan projek tertentu.

Laporan eksklusif muka hadapan itu menyebut, dakwaan berkenaan berdasarkan dokumen digelar “surat kuning”, didakwa dikeluarkan oleh pegawai kanan yang juga waris anggota kerabat diraja.

Surat berkenaan didakwa mengandungi cadangan agar permohonan tertentu diluluskan untuk tujuan “pembangunan”.

Menurut laporan itu, dokumen seperti itu menjadi masalah kepada penguatkuasa yang terpaksa meluluskan permohonan.

"Surat demikian yang biasanya tanpa kepala surat akan dialamatkan kepada pegawai daerah (DO).

"Salinan yang diberikan kepada NST menunjukkan pengirimnya, seorang pegawai kanan istana meminta pegawai daerah Cameron Highlands agar meluluskan sebidang tanah kerajaan di Kampung Raja untuk pembangunan," laporan NST dipetik.

Namun, surat yang dipetik itu tidak pula menyebut tarikh ia ditulis kepada pegawai daerah berkenaan.

Kampung Raja adalah sebahagian daripada tiga kawasan utama di Cameron yang dilanda banjir lumpur pada 5 November yang mengorbankan lima nyawa.

Memetik kenyataan seorang sumber, laporan itu seterusnya menyebut bahawa pihak istana Pahang tidak mempunyai kaitan dengan surat berkenaan.

"Sultan tiada kena mengena dengan perkara ini... Dalam banyak kes, nama baik istana digunakan dengan harapan pihak berkuasa akan menjauhkan diri kerana takut atau hormat,” katanya.

Laporan itu turut memetik kenyataan dua orang bekas pegawai daerah Cameron Highlands yang mengakui kewujudan “surat kuning” tersebut.

Seorang daripadanya, yang tidak dinamakan, berkata surat itu disimpan dalam fail sulit dan hanya boleh diakses oleh pegawai daerah dan setiausahanya.

Laporan itu turut memetik kenyataan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membangkitkan mengenai kelemahan pihak penguatkuasa tempatan.

"Tangan mereka bukannya terikat. Pihak berkuasa boleh kuatkuasa undang-undang jika mereka mahu.

"Apa salahnya kalau mereka ditukarkan atau bertindak menongkah arus? Jika kesemua (penguatkuasa) bertegas, berapa ramai yang boleh dipaksa bertukar?

"Terlalu sedikit yang baik tetapi banyak yang teruk yang bersekongkol dengan peladang yang rakus,” kenyataan pegawai SPRM yang tidak dinamakan itu dipetik.

BEKAS PEMIMPIN PKR MATI GANTUNG DIRI DIPERCAYAI BUNUH DIRI

Bekas Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ampang, Bala Chantar atau nama Islamnya, Sulaiman Abdullah ditemui mati kira-kira jam 6.30 petang Selasa, dalam sebuah bilik di rumahnya, di Flat Desa Lembah Permai, Ampang.

Perkara itu disahkan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi semalam.

Menurut Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang, mayatnya ditemui dalam keadaan tergantung dalam bilik berkenaan.

Beliau turut memaklumkan, mayat Sulaiman telah dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras untuk dibedah siasat.

Menurut Zuraida, Sulaiman dikatakan meninggalkan tiga isteri, namun hanya perkahwinannya dengan isteri pertama didaftarkan.

Pada masa sama, Zuraida bimbang mungkin berlaku perebutan dalam urusan pengebumian mayat Sulaiman antara ahli keluarganya yang tidak memeluk Islam.

Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Khairuldin Saad ketika dihubungi turut mengesahkan kejadian itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

*dikutip dari blog macai hehehehehe

Mahathir serang Najib lagi, BR1M umpama rasuah dan mengelirukan, katanya


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pendapatan per kapita tidak akan menjadikan Malaysia negara membangun, malah ia lebih mengelirukan apabila pendapatan dinaikkan hanya bergantung kepada pemberian wang tunai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 November, 2014. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pendapatan per kapita tidak akan menjadikan Malaysia negara membangun, malah ia lebih mengelirukan apabila pendapatan dinaikkan hanya bergantung kepada pemberian wang tunai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 November, 2014. Bekas perdana menteri yang paling lama memerintah Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai rasuah.
Bagi Dr Mahathir, tindakan Putrajaya memberi BR1M sebagai salah satu cara meningkatkan pendapatan untuk mencapai status negara maju pada 2020 adalah sangat mengelirukan.
Menulis dalam blognya, bekas perdana menteri itu perkata pendapatan per kapita tidak patut dijadikan perkiraan sebagai kejayaan Malaysia mencapai status negara maju.
"Pendapatan per kapita tidak akan menjadikan Malaysia negara membangun, malah ia lebih mengelirukan apabila pendapatan dinaikkan hanya bergantung kepada pemberian wang tunai," katanya melalui blog chedet.cc hari ini.
Beliau berkata sosialis dan komunis cuba memperbaiki pendapatan masyarakat dengan memberi wang tunai dan kemudahan fasiliti.
Tetapi katanya, sosialis dan komunis juga akhirnya gagal dengan kaedah tersebut dan rakyat terpaksa mengambil jalan keluar melalui perusahaan bebas dan bekerja keras.
"Kita mesti meraih pendapatan dengan meningkatkan produktiviti, bukan dengan pemberian wang tunai dari kerajaan."
Beliau juga berkata tidak adil bagi rakyat menuduhnya tidak memahami tujuan pemberian BR1M.
Ini bukan pertama kali Dr Mahathir mengkritik polisi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun Najib mempertahankan pemberian BR1M dengan menyatakan ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat akibat daripada pemotongan subsidi dan juga bertujuan sebagai bantuan kepada rakyat.
Dr Mahathir berkata beliau menentang pemberian wang tunai sebagai kaedah meningkatkan pendapatan sejak dari awal pelaksanaannya.
"Kalau ya pun, bantuan kewangan perlu diberikan kepada yang benar-benar susah dan tidak mampu bekerja bagi meraih pendapatan.
"Bantahan utama saya ialah kerana pemberian wang pada skala begitu sangat kelihatan seperti rasuah," katanya.
Tambahan pula, katanya, apabila BR1M diberikan ketika hampir dengan pilihan raya atau disenaraikan dalam manifesto pilihan raya, ia mewujudkan persepsi bantuan itu bertujuan mendapatkan undi.
"Sekiranya pendapatan perlu ditingkatkan, ia sepatutnya dengan cara mewujudkan peluang pekerjaan atau perniagaan.
"Tetapi BR1M mempunyai lebih banyak implikasi negatif daripada itu. Ia meningkatkan kecenderungan bergantung kepada kerajaan, termasuk bagi meningkatkan pendapatan sendiri, tanpa berusaha sendiri.
"Ia melemahkan karakter rakyat dan mengurangkan daya saing mereka dalam pasaran," katanya.
Pendapatan tinggi perlu datang dari peningkatan produktiviti yang hanya boleh terhasil melalui pendidikan yang lebih baik dan latihan, kata Dr Mahathir.
"Kemampuan meningkatkan produktiviti datang dari nilai tambah yang lebih besar bagi sesuatu produk," katanya.
Beliau berkata, dengan kewujudan lebih banyak industri dengan nilai tambah yang tinggi, pendapatan pekerja akan meningkat berikutan sumbangan besar mereka kepada majikan.
Sambil menyatakan yang hasil kerajaan datangnya daripada cukai, Dr Mahathir berpendapat rakyat tidak akan suka melihat cukai yang mereka bayar digunakan sebagai alat pilihan raya.
"Sudah pasti mereka tidak mahu melihat wang daripada hasil titik peluh mereka digunakan bagi memenangi populariti untuk sesiapa atau mana-mana parti politik atau pentadbiran," katanya. – 14 November, 2014.
 

Pengakuan 4 Orang Isteri Gagal Kawal Nafsu Selepas Ditinggal Suami

Written By canang on Khamis, 13 November 2014 | 11/13/2014 11:51:00 PTG

KUALA LUMPUR: Angkara suami dayus, makin ramai wanita di negara ini menderita zahir dan batin selepas ditinggalkan suami bertahun-tahun lamanya tanpa sebab munasabah.

Ikuti gelora hidup empat wanita yang berkongsi nasib sama iaitu ditinggalkan suami tidak berhati perut, cuma pendekatan mereka mungkin berbeza dalam mengatasi kemelut perkahwinan.

LIZA, 28:
“HANYA Tuhan tahu betapa deritanya jiwa dan batin saya tidak dapat bersama suami selama enam tahun sejak bergelar isteri pada 2004.

Mungkin kerana perkahwinan kami atas dasar menurut kemahuan keluarga dan bukan kerana hubungan cinta, saya menjadi mangsa keadaan, dan enam tahun juga saya tidak mendapat belaian suami.

Kalau enam bulan saya boleh bertahan lagi (tidak bersetubuh bersama suami), tetapi bayangkan sehingga enam tahun dia tidak pernah menyentuh saya, malah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Wanita mana tidak dahagakan belaian lelaki, tambahan pula bila bersuami. Akibat tekanan perasaan, akhirnya saya gagal mengawal nafsu. Saya bertemu kembali bekas teman lelaki dan melakukan hubungan seks dengannya setiap kali bertemu.

Suami mula menjauhkan diri daripada saya selepas setahun mendirikan rumah tangga dan dia kini menetap di sekitar Johor Bahru, Johor.

Saya sedar tindakan mengadakan hubungan bersama bekas teman lelaki adalah salah, lagi pula dia sudah berumah tangga, tetapi saya menganggap suami punca segala kemelut itu berlaku.

Daripada apa yang dapat saya rasakan, dia (suami) seakan-akan sangat membenci saya. Kalau tidak inginkan saya sebagai isteri, mengapa tidak ceraikan saya, sebaliknya dia menghilang entah ke mana.

Saya sungguh menderita, hidup sendiri tanpa ada zuriat. Adakalanya apabila tidak bertemu bekas kekasih, saya terpaksa melakukan sesuatu untuk memuaskan keinginan batin. Ia memang menyakitkan jiwa saya.

Bagaimanapun, perbuatan saya mengadakan hubungan dengan lelaki lain dan pergolakan suami akhirnya sampai ke pengetahuan keluarga masing-masing.

Selepas berubat secara Islam di Sinar Zamdurrani bersama Ustaz Shahran Shafie, suami saya didakwa terkena sihir oleh bekas kekasihnya sehingga membuatkan dia membenci saya.

Saya insaf di atas dosa yang pernah dilakukan dan berharap dapat menyelamatkan kembali rumah tangga. Semuanya terpulang kepada suami, saya berharap dia dapat menerima saya sebagai isteri. Jika tidak, saya mahu dilepaskan.”


SHIMA, 32:
“TIGA tahun digantung tidak bertali, saya terpaksa bekerja keras untuk mencari rezeki menampung hidup bersama dua anak.

Malah kerana gagal menahan gelora nafsu akibat ketiadaan suami, saya sanggup melakukan sesuatu untuk memuaskan nafsu dan kadangkala terlanjur dengan teman lelaki.

Bagaimanapun jauh di lubuk hati, saya menyedari perkara itu mengundang dosa.

Saya sedar mengenai halal dan haram. Malah, saya dan teman lelaki juga bersedia untuk mendirikan rumah tangga, namun saya tidak boleh kerana masih terikat dengan suami.

Kali terakhir saya mendengar berita mengenainya ialah tiga tahun lalu. Itupun daripada seorang kawan yang mengatakan suami saya berkahwin lain. Selepas puas mencari, saya masih tidak menjumpai tempat mereka menetap.

Sebab itu, kerana dahagakan kasih sayang, saya mula mencari teman lelaki. Dua anak saya juga memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang bapa. Alhamdulillah, saya menemui seorang lelaki yang sanggup menerima saya.

Apapun, saya masih berusaha mencari suami untuk mendapatkan kata putus daripadanya. Saya tidak pernah berhenti mencarinya. Lagipun saya tidak tahan menanggung azab digantung tidak bertali seperti ini. Wanita mana sanggup diperlakukan seperti ini?

Jika masih gagal mengesannya, saya akan mendapatkan khidmat nasihat jabatan agama Islam. Mungkin mereka ada cara untuk menyelesaikan perkara ini supaya saya tidak lagi bergelumang dengan dosa.”


ROZANA, 39:
“SUAMI saya ghaib sejak 2004. Mulanya saya mengakui sangat tertekan sehingga hampir gila, tetapi berkat doa dan sokongan berterusan daripada keluarga, sedikit demi sedikit saya bangkit meneruskan hidup.

Siapa tidak tertekan apabila suami yang dicintai hilang begitu saja. Selama 20 tahun kami hidup bahagia dan intim, tetapi suami kemudian meninggalkan saya tanpa alasan serta punca.

Saya menderita zahir dan batin. Saya terpaksa bekerja keras menyara diri dan empat anak selain terlalu rindukan suami yang dulunya selalu berada di sisi.

Suami keluar dari rumah pada Oktober 2004 untuk ke tempat kerja, tetapi selepas itu ghaib. Tiada perubahan ditunjukkan kerana kami sememangnya pasangan bahagia. Memang kami tidak hidup senang, tetapi saya rasa bukan itu alasan dia (suami) menghilangkan diri.

Nak kata dia ada perempuan lain, sepanjang hidup bersama saya, tidak pula dia menunjukkan kelakuan mencurigakan.

Yang mampu saya lakukan hanya membuat laporan polis dan selama beberapa bulan saya bersama ahli keluarga lain cuba mencari suami tetapi tidak berjaya.

Bukan saja saya, malah keluarga mentua dan rakan yang rapat dengannya tidak tahu di mana suami saya. Ketika itu saya tidak kuat menghadapi dugaan ini dan hanya mampu menangis.

Makan dan tidur tidak menentu. Anak pula saya biarkan bebas sampai ada kalanya mereka ponteng sekolah. Setahun saya seperti orang gila kerana kerap berkurung di bilik dan berkhayal.

Mujur adik beradik saya membantu. Mereka tolong jaga anak saya dan cuba memulihkan saya. Mereka sentiasa beri semangat dan bawa saya berubat.

“Mereka juga sentiasa mengingatkan saya supaya banyak melakukan ibadat dan berdoa supaya dikuatkan semangat bagi menempuh dugaan yang terpaksa dilalui.”


sumber : mejabulatku

(Video) Amah Dakwa Didera Raja Bomoh, Terpaksa Terima Jahitan 30cm

</div>



PETALING JAYA: Seorang amah mendakwa telah dibelasah dan dipukul oleh bekas majikannya, Ibrahim Mat Zain atau lebih terkenal dengan panggilan Raja Bomoh 1Malaysia.

Amah berkenaan, Menik Fitriyanti, 47, berkata dia terpaksa menerima jahitan sepanjang 30 sentimeter selain daya ingatannya terjejas.

keratan dari laporan berita mengenaik kes Menik.

Memetik laporan dari Free Malaysia Today, Menik bertindak melarikan diri dan pulang ke Indonesia pada 4 November lalu setelah tidak tahan di dera oleh Mat Zin sejak setahun lalu.

Menurut anak perempuan Menik, Alfa Nurismayanti, ibunya sering kali dipukul oleh Mat Zain sehingga mengalami kecederaan teruk di kepala.

Menurut Alfa lagi, ibunya pernah memberitahu bahawa di tidak mahu bekerja di Malaysia dan ingin pulang ke Indonesia namun dihalang oleh majikannya.

Menik dilihat memegang gambar Ibrahim Mat Zain ketika wawancara TV

Pada jam tiga petang hari berkenaan, tanpa disedari, ibu pulang secara tiba-tiba dan berada di tanah perkuburan ayah, di belakang rumah kami.

Namun begitu, ibu tidak mahu bercakap dan sehingga hari ini, kami sekeluarga tidak mengetahui bagaimana dia boleh pulang ke rumah,” katanya.

Alfa juga turut menerangkan keadaan ibunya dimana terdapat kesan luka di leher, perut serta kaki. Ibunya dikatakan dalam keadaan trauma akibat didera oleh Raja Bomoh itu.

Alfa juga mengatakan oleh kerana ibunya bekerja di Malaysia secara tidak sah, pihaknya tidak mengharapkan sebarang bantuan dari pihak berkuasa. Apa yang penting baginya sekarang adalah merawat dan menyembuhkan kecederaan yang dialami oleh ibunya.

Kes penderaan Menik ini telah mendapat liputan yang meluas media di Indonesia dan pihak berkuasa Indonesia juga akan memberi perhatian terhadap isu penderaan tersebut. - Siakapkeli.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan