Jumaat, 7 November 2014

MOHONLAH KESEMBUHAN PENYAKIT KEPADA ALLAH SWT...AGAR KITA BERTAMBAH RAPAT/DEKAT DENGAN ALLAH SWT



Bekas kapten dipenjara tembak mati bomoh jalin hubungan sulit dengan isteri

TERTUDUH, Shahrunizam Salleh, 44, dibawa keluar oleh anggota polis TERTUDUH, Shahrunizam Salleh, 44, dibawa keluar oleh anggota polis selepas dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini. Dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang bomoh yang menjalin hubungan sulit dengan isterinya dengan menembak mati mangsa, awal tahun lepas. - UTUSAN
SHAH ALAM 6 Nov. - Seorang bekas kapten kapal dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang bomoh yang menjalin hubungan sulit dengan isterinya dengan menembak mati mangsa, awal tahun lepas.
Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim memerintahkan tertuduh, Shahrunizam Salleh, 44, dari Bandar Kinrara, Puchong, Petaling Jaya, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 8 Januari tahun lalu.
Shahrunizam didakwa menyebabkan kematian Asli Hamid, 44, di tepi Jalan Pekaka 8/70A, Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, antara pukul 8.30 malam dan 9.30 malam, 4 Januari tahun lalu.-BERNAMA

Hukum Jampi dan Pembomohan

Filed under: Analisa,Fiqh Kontemperor,Karya |


Pengenalan
Terdapat beberapa istilah penting yang wujud dalam amalan perubatan tradisional dan perbomohan ini. Maka, wajar kita memahami beberapa istilah ini terlebih dahulu sebelum kita berpindah kepada hukum-hukum berkaitan amalan ini menurut Islam. Pertama , bomoh, dukun, atau pawang yang merujuk kepada pengamal perubatan tradisional di dalam masyarakat Melayu yang menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai sumber perubatan serta menggunakan kepercayaan roh dan semangat alam sekeliling bagi mengubati pesakiti atau aktiviti-aktiviti lazim masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu[1].  Kedua, sihir atau ilmu hitam. Menurut Syeikh al Jazairi, sihir ialah suatu ilmu ghaib yang boleh dipelajari oleh seseorang yang didalangi oleh syaitan bagi tujuan keseronokan diri atau menyakiti orang lain dengan perantaraan makhluk halus[2].  Sihir atau ilmu hitam lazimnya digunakan untuk menyakiti atau mempengaruhi akal, hati dan badan orang yang disihir secara tersembunyi ( ghaib ).
Ketiga, jampi, mentera atau di dalam bahasa Arab disebut “al Ruqyah”, ia diertikan sebagai mendoakan kesembuhan pesakit dengan kesejahteraan dan beberapa bacaan-bacaan tertentu[3]. Ia merujuk kepada bacaan-bacaan yang memiliki ciri-ciri berdoa dan memohon perlindungan dan pertolongan yang dibacakan terhadap mereka yang sakit dengan tujuan untuk merawat daripada penyakit seperti demam, disengat ular, dirasuk jin, syaitan dan sebagainya[4].  Keempat, tangkal dan azimat, kedua-duanya merujuk kepada sesuatu benda yang digantung atau dipakaikan pada diri seseorang seperti rantai atau gelang di mana mereka yang memakai azimat tersebut menyakini bahawa azimat tersebut berkuasa untuk melindungi dirinya daripada kesusahan dan kejahatan yang berlaku[5].

1) Hukum perbomohan
Pertama : Bomoh hukumnya harus
Hukum perbomohan adalah harus, namun terdapat beberapa syarat-syarat yang harus dipatuhi agar mana-mana individu yang terlibat dalam perbomohan ini tidak tersesat dan jauh daripada perbuatan mensyirikan Allah SWT, antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak kepada individu yang bergelar bomoh sebagaimana garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysis ( JAKIM )[6] adalah :
  1. Tujuan atau matlamat seorang bomoh adalah semata-mata untuk mengubati pesakit daripada penyakit seperti demam, ganguan makhluk halus dan lain-lain, serta mewujudkan keharmonian masyarakat dan kerukunan hidup dalam rumahtangga bukannya untuk menzalimi atau menganiya orang lain.
  2. Seorang bomoh hendaklah mengubati pesakit dengan menggunakan ayat-ayat al Quran atau doa-doa syifa yang diajar oleh Rasulullah SAW atau zikir-zikir serta asma’ al Husna dengan hanya mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT semata-mata. Penggunaan sihir, jin, atau syaitan adalah diharamkan dan dilarang keras oleh Allah SWT.
  3. Seorang bomoh perlu meyakini bahawa kesembuhan dan kesihatan hanya datang daripada Allah SWT dan dia hanya berusaha menyembuhkan dengan mengharapkan pertolongan Allah SWT.
  4. Bomoh juga ialah hendaklah seorang yang bergama Islam, baligh serta berakal, apa yang penting bomoh itu seorang yang mengamalkan segala tuntutan kewajipan syarak seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya.Begitu juga, dia seorang yang baik akhlaknya serta mempunyai sahsiah yang luhur.
  5. Seorang bomoh juga tidak boleh meramalkan apa jua perkara yang akan berlaku pada masa akan datang sama ada baik atau buruk, begitu juga dia tidak boleh memberi tangkal atau azimat kepada pesakit dengan tujuan tangkal atau azimat tersebut boleh melindungi dirinya daripada bahaya.
Oleh yang demikian, syarat-syarat di atas wajib dipatuhi oleh seseorang yang dianugerahkan Allah SWT ilmu untuk mengubat pesakit atau membantu masyarakat dengan niat dan tujuan yang baik, selagi mana pengamalan seorang bomoh itu tidak bercanggah dengan syariat Islam serta tidak membawa kepada kekufuran, maka ia adalah diharuskan. Dalam hal ini, Rasulullah SAW juga melakukan ruqyah atau mendoakan pesakit dengan beberapa bacaan agar pesakit tersebut dikurangkan daripada kesakitan dan diberi kesembuhan oleh Allah SWT.
Dalam satu riwayat Imam al Bukhari[7], Thabit telah berkata kepada Anas, ” Wahai Abu Hamzah, saya mengalami kesakitan”. Lalu jawab Anas, ” Tidakkah engkau mahu aku merawat engkau dengan ruqyah ( jampi ) Rasulullah SAW?”. Maka jawab Thabit, ” Sudah tentu”, lalu Anas membacakan jampi berikut:
(( اللهم رب الناس ، مذهب البأس ، اشف انت الشافي ، لا شافي إلا انت ، اشف شفاء لا يغادر سقما ))
Ya Allah Tuhan sekalian manusia, Tuhan yang menghilangkan penderitaan, berikanlah kesembuhan, Engkaulah zat yang menyembuhkan, tidak ada penyembuh ( yang sebenar ) melainkan Engkau, kesembuhan yang tidak akan meninggalkan sebarang kesakitan.

Kedua : Bomoh hukumnya haram
Perbomohan juga boleh dihukumkan haram bahkan boleh jatuh kepada kufur sekiranya seseorang bomoh itu melakukan perkara-perkara yang bertentangan dan bercanggah dengan syariat Islam, antaranya seperti berikut:
  1. Seorang bomoh menggunakan ilmunya untuk tujuan riak atau bermegah-megah dengan menunjukkan kehebatannya atau dengan tujuan memecah belahkan masyarakat atau perkara yang dianggap boleh merosakkan keharmonian masyarakat dan individu.
  2. Menggunakan makhluk-makhluk halus sebagai perantaraan, atau sahabat, atau pendamping, atau pembantu seperti jin, iblis, syaitan serta kuncu-kuncunya dalam membantunya merawat pesakit atau perkara yang lain[8].
  3. Bomoh tersebut bukan beragama Islam seperti bomoh siam, atau beragama Islam tetapi meninggalkan kewajipan yang diwajibkan oleh Allah SWT. Dia juga tidak mempunyai akhlak yang baik serta sahsiah yang keji.
  4. Menurun, atau memuja makhluk-makhluk halus untuk mendapatkan bantuan dengan menggunakan alat-alat seperti kain kuning, kemenyan untuk memanggil mereka, atau membaca jampi dengan nama-nama jin atau syaitan[9].
  5. Apa jua perkara yang dianggap sebagai mensyirikkan Allah SWT dan mengandungi unsur-unsur sihir yang jelas betentangan dengan akidah dan hukum-hukum syarak.
Hal ini telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam surah al Fathir, ayat 6 :
Maksudnya : Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu, maka anggaplah ia musuh (mu) kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak pengikut-pengikutnya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a  katanya, Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang menemui bomoh atau orang pandai  yang jelas mensyirikkan Allah lalu dia membenarkan segala pengakuan bomoh tersebut, maka dia telah kufur dengan  apa yang diturunkan ke atas Nabi SAW[10]

2) Hukum sihir dan ilmu hitam.                                       
            Seperti yang telah dijelaskan, sihir dan ilmu hitam kedua-dua merupakan ilmu ghaib yang secara jelas menggunakan perantaraan makhluk halus seperti jin, iblis dan syaitan bagi tujuan jahat atau menganiya seseorang. Kedua-duanya merupakan amalan yang bersifat kufur dan keji yang wajib dihapuskan daripada masyarakat kerana ia mendatangkan kemudaratan yang serius kepada masyarakat dan individu[11]. Antara sihir yang diamalkan di kalangan masyarakat melayu seperti ilmu kebal, penunduk, pengasih, pukau, penunduk, santau dan sebagainya.
Oleh yang demikian para ulama bersepakat mengatakan sihir dan seumpamanya seperti ilmu hitam, santau, santet dan sebagainya adalah haram serta kufur dan salah satu daripada dosa besar. Ini kerana kedua-dua ilmu tersebut dan cabang-cabangnya jelas menggunakan unsur-unsur syirik seperti pemujaan jin, syaitan serta meminta pertolongan mereka bagi melaksanakan niat dan tujuan yang buruk dan keji[12]. Tambahan pula ia menolak ajaran Islam dan al Quran secara terangan. Hal ini ditegaskan oleh Allah SWT di dalam surah al Baqarah, ayat 102:
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud “Jauhilah kamu daripada tujuh perkara yang membinasakan iaitu syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan hak, mengambil riba, mengambil harta anak yatim, lari dari medan peperangan, dan melakukan qazaf[13]

Jumhur Fuqaha menegaskan bukan sahaja orang yang menggunakan sihir hukumnya haram tetapi mengajarkannya atau mempelajarinya juga dihukumkan haram. Ibnu Syuja’ menyatakan orang yang melakukan sihir dianggap sebagai orang murtad sama ada lelaki atau perempuan[14].

3) Hukum jampi, mentera dan ruqyah
            Jampi, mentera dan ruqyah merupakan satu entiti yang sama iaitu merujuk kepada sesuatu bacaan yang tertentu sama ada diambil daripada ayat-ayat al Quran atau nama-nama Allah SWT atau doa-doa syifa atau tidak. Tujuan jampi dan ruqyah ini hanya digunakan untuk mengubati pesakit khususnya, dan ada juga yang digunakan untuk tujuan lain seperti menyihir atau menyakiti seseorang[15].

Pertama : Jampi dan ruqyah yang diharuskan
Jampi, mentera dan ruqyah yang diharuskan di dalam Islam adalah segala bentuk jampi dan ruqyah yang bersumberkan daripada amalan-amalan Nabi Muhammad SAW dan segala ruqyah yang diajarkan oleh malaikat Jibrail a.s kepada Nabi Muhammad SAW[16]. Para ulama bersepakat mengaharuskan jampi dan ruqyah daripada sumber ini. Justeru itu, seorang bomoh Islam atau orang Islam yang lain sepatutnya melazimkan dirinya dengan ruqyah-ruqyah Rasulullah SAW kerana ia mengandungi doa dan permohonan perlindungan kepada Allah SWT dalam bentuk kata-kata dan ayat yang paling baik. Oleh itu, mereka yang mengamalkan jampi dan ruqyah Rasulullah SAW ini akan mendapat dua ganjaran[17] iaitu ganjaran kerana telah melakukan zikir serta ganjaran kerana telah mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW dengan mengamalkan doa-doa baginda.
Di antara jampi dan ruqyah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW mengandungi ayat-ayat al Quran seperti surah al Ikhlas, surah al Fatihah, al Ma’uzataini, serta zikir-zikir dan doa-doa syifa yang mengungkapkan maksud-maksud yang tersirat. Dalam hal ini, Allah SWT menyeru kepada hamba-hamba-Nya agar memperbanyakkan doa memohon pertolongan Allah SWT dalam apa jua perkara, firman Allah SWT dalam surah al Ghafir ayat 60:
Maksudnya : Dan Tuhanmu berfirman “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan aku kabulkan bagimu


Terdapat banyak hadis-hadis Rasulullah SAW yang mengajarkan tentang bacaan-bacaan ruqyah sebagai pelindung diri daripada sebarang penyakit dan gangguan syaitan, maka ruqyah seperti ini adalah diharuskan dan menepati sunnah Rasulullah SAW, antaranya :
Hadis Abdullah Bin Amr Bin al ‘As r.a, sabda Rasulullah SAW “Bila seorang kamu takut ketika tidur, maka bacalah doa,
أعوذ بكلمات الله التامة من غضبه وعذابه وشر عباده ومن همزات الشيطان وأن يحضرون
Nescaya tidak terkena mudaratnya”[18]

Hadis ‘Aisyah r.a katanya, “Apabila Rasulullah SAW didatangi seorang pesakit, baginda SAW akan berdoa dengan membaca,
(( اللهم رب الناس ، مذهب البأس ، اشف انت الشافي ، لا شافي إلا شفاؤك ، شفاء لا يغادر سقما ))
Ya Allah Tuhan sekalian manusia, Tuhan yang menghilangkan penderitaan, berikanlah kesembuhan, Engkaulah zat yang menyembuhkan, tidak ada penyembuh ( yang sebenar ) melainkan Engkau, kesembuhan yang tidak akan meninggalkan sebarang kesakitan

Kedua : Jampi dan ruqyah yang diharamkan
Terdapat juga ruqyah dan jampi yang tidak diharuskan dan diharamkan di dalam Islam apabila jelas setiap bacaannya bertentangan dengan syariat Islam, antaranya :
  1. Jampi dan ruqyah yang menggunakan bahasa yang tidak difahami atau bercampur aduk antara kebenaran dan kepalsuan[19].
  2. Terdapat unsur-unsur syirik dan pemujaan kepada jin dan syaitan untuk mendapatkan pertolongan.
  3. Melibatkan bacaan-bacaan yang memohon perlindungan kepada kuasa jin dan syaitan, berdoa memohon selain daripada Allah SWT[20].
Antara jampi-jampi dalam masyarakat Melayu yang diwarisi daripada kepercayaan anisme dan Hindu, lalu dimasukkan unsur-unsur Islam adalah seperti mentera pakaian diri, mentera pengasih, mentera pendinding, mentera kecantikan dan sebagainya[21]. Namun jampi-jampi seperti ini tidak diharuskan kerana ia bercampur aduk dengan istilah-istilah Islam dengan perkataan-perkataan yang sukar difahami maksudnya, tambahan pula tujuannya menyimpang daripada kebaikan bahkan lebih kepada keseronokan diri .

Justeru itu, menurut Imam Ibn Hajar, para ulama telah bersepakat mengenai keharusan melakaukan jampi, mentera dan ruqyah dengan mematuhi tiga syarat[22] iaitu :
1)      Jampi tersebut hendaklah diadunkan daripada ayat-ayat al Quran atau Asma Allah al Husna, atau doa-doa syifa yang diajarkan Rasulullah SAW.
2)      Hendaklah bacaan-bacaan jampi itu di dalam bahasa arab atau bahasa yang mudah difahami maknanya.
3)      Mereka yang melakukan jampi, harus beri’tiqad bahawa Allah SWT sahajalah yang berkuasa memberi kesan dan kesembuhan.
Oleh itu, segala jampi dan ruqyah yang jelas mengandungi unsur-unsur syirik, pemujaan roh, jin dan syaitan, atau mencampur adukkan ayat al Quran atau nama-nama Allah SWT dengan bacaan-bacaan yang songsang, maka ia jelas ditolak dan diharamkan kerana membawa kepada kekufuran dan menghina ajaran Islam. Ibnu Mas’ud dalam satu riwayat berkata, Rasulullah SAW telah bersabda :
إن الرقي والتمائم والتولة شرك
Sesungguhnya jampi mentera ( yang batil ) tangkal dan tiwalah[23] adalah perkara syirik

Allah SWT juga menegaskan di dalam al Quran melalui surah al Luqman ayat 13 yang bermaksud ” Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa memberinya pengajaran kepadanya, “Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah sebenar-benar kezaliman yang besar”

4) Hukum tangkal dan azimat
            Penggunaan tangkal dan azimat telah bermula sejak zaman Arab Jahiliyyah lagi di mana mereka mempercayai objek-objek tersebut mempunyai kuasa melindungi mereka daripada musibah. Menurut Imam Munziri, azimat dan tangkal merujuk kepada batu manik (al Kharazah) yang digantung atau dipakai pada diri dan mempercayai azimat tersebut berkuasa menolak kesusahan daripada diri mereka[24].
Ibn al Athir menyatakan al Tamimah yakni tangkal biasanya diperbuat daripada batu-batu manik di mana orang-orang Arab biasa memakaikannya pada anak-anak mereka dengan tujuan melindungi mereka daripada sihir. Amalan ini berterusan sehingga meresap ke dalam masyarakat Melayu, di mana apabila berlaku ganguan makhluk halus atau sakit atau buatan orang,  seseorang diberikan tangkal oleh bomoh lazimnya untuk dipakai bagi melindugi dirinya dan keluarganya daripada kejahaan dan keburukan. Ini kerana mereka mempercayai tangkal dan azimat tersebut mempunyai kuasa menolak segala bentuk kejahatan dan kesusahan. Perkara ini jelas membawa kepada kesyirikan kerana mempercayai objek tersebut lebih berkuasa daripada kekuasaan Allah SWT.

Oleh itu, terdapat dua jenis azimat dan tangkal yang biasa diamalkan di kalangan masyarakat Melayu iaitu:

1) Azimat dan tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat al Quran, nama-nama Allah, serta doa-doa zikirullah yang digantung atau ditulis di atas kertas-kertas[25]. Termasuk juga dalam katogeri ini, objek-objek yang digantung di hadapan rumah, di dalam kereta atau di mana-mana tempat seperti menggantung ayat-ayat al Quran, ayat kursi, al fatihah dan sebagainya.
Sekiranya mereka yang melakukan amalan ini dengan beri’tiqad bahawa objek-objek tersebut mempunyai kuasa untuk memelihara mereka, kenderaan, dan rumah mereka daripada bencana, atau musibah atau kejahatan, maka dihukumkan syirik dan haram kerana mereka mempercayai dengan meletakkan ayat-ayat tersebut akan menjauhkan dirinya daripada keburukan[26]. Tetapi, jika tujuan mereka menggantungkan atau meletakkan ayat-ayat tersebut sebagai peringatan kepada diri mereka supaya sentiasa mengingati Allah SWT atau mengamalkan bacaan-bacaannya atau sebagai panduan pengajaran dan penghafazan, maka ia diharuskan selagi mana tujuannya tidak menyimpang.

2) Tangkal dan azimat yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti kain hitam, atau kuning atau sebagainya yang diletakkan di dalamnya batu, atau rambut, atau objek-objek lain yang dilihat mempunyai kuasa atau juga berbentuk rantai-rantai manik yang dijampi dengan bacaan-bacaan tertentu[27], maka kesemua tangkal dan azimat jenis ini adalah perbuatan syirik dan diharamkan oleh Islam, kerana tujuannya hanaya satu sebagai pendinding dan pelindung diri daripada ganguan sihir, jin dan makhluk halus atau apa saja yang boleh mendatangkan bala bencana.
Oleh yang demikian, setiap penggunaan tangkal dan azimat walaupun ianya berbentuk kalimah-kalimah suci seperti ayat-ayat al Quran, zikir-zikir atau Asma al Husna, maka tujuannya tidak lain hanya sebagai pelindung diri daripada kejahatan dan keburukan, maka secara tidak langsung mereka mempercayai bahawa objek-objek tersebut mempunyai kuasa melindungi mereka lebih-lebih lagi jika diperbuat daripada ayat-ayat suci. Sepatutnya mereka mempercayai dan meyakini kekuasaan pencipta ayat-ayat tersebut iaitu Allah SWT yang hanya boleh memberi kesan yang baik atau buruk. Maka adalah terlebih baik bagi mereka memahami dan mengamalkan setiap bacaan ayat-ayat al Quran, nama-nama Allah SWT dan zikir sebagai perlindungan diri mereka daripada kejahatan, bukan sekadar menggantungnya semata-mata tanpa mengambil sebarang manfaat darinya..
Rasulullah SAW memberi amaran keras terhadap mereka yang mempercayai tangkal dan azmimat sebagai sesuatu yang berkuasa menolak keburukan dan menganggap perbuatan tersebut sebagai syirik, antaranya hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aqabah Bin ‘Amir katanya, Rasulullah SAW telah bersabda[28],
(( من علق تميمة فلا أتم الله له ، ومن علق ودعة فلا ودع الله له ))
Barangsiapa yang menggantungkan azimat, maka Allah tidak menyempurnakan hajatny, dan barangsiapa yang menggantungkan al wada’ah ( kulit siput) maka Allah tidak akan menjadikannya dalam ketenteraman dan kerehatan.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imran Bin Husain, Rasulullah SAW telah melihat sejenis gelang ( al halqah ) yang dipakai oleh seorang lelaki, lalu Baginda bertanya,”Apakah ini?”. Jawab lelaki itu, “Aku memakainya sebagai pendinding daripada kelemahan. Lalu Nabi SAW bersabda ,” Sesungguhnya benda ini tidak akan menambahkan kepada engkau melainkan kelemahan, buanglah ia kerana seandainya engakau mati dalam keadaan memakainya, engkau akan diserahkan kepada benda tersebut”

5) Hukum mempercayai perkara-perkara khurafat
            Istilah khurafat dan tahyul sememangnya sinonim dengan masyarakat Melayu, walaupun kepercayaan ini telah wujud sejak zaman Arab Jahiliyyah. Perkataan khurafat berasal daripada bahasa Arab iaitu kharafa-yakhrifu-kharfan-khurafatan yang bermaksud sesuatu yang karut.

Manakala dari aspek teknikal, khurafat ditakrifkan sebagai berikut[29] :
1)      Kepercayaan atau i’tiqad yang tidak disandarkan kepada realiti sebenar dan tidak juga bersandarkan asas agama seperti dongeng, kisah, legenda, yang tidak benar.
2)      Setiap pengajaran yang jelas bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasulullah  s.a.w.
3)      Semua perkara yang dicipta oleh manusia melalui pemikiran karutnya tanpa asas syariah atau akal sihat; kemudian diyakini pula sebagai boleh mendatangkan manfaat ataupun menolak bala.
Di antara bentuk-bentuk khurafat[30] yang diamalkan di kalangan masyarakt Melayu adalah seperti mempercayai kekuasaan yang terdapat pada pokok-pokok tua, busut dan kubur-kubur lama yang dianggap keramat sehingga meminta izin untuk lalu dan sebagainya, pesta mandi safar ketika masuk bulan Safar, kewujudan benda-benda pelik tanda kepada sesuatu yang tidak elok akan berlaku dan apa jua amalan yang bertentangan dengan akidah Islam dan syariat Islam.
Oleh yang demikian, hukum beramal dengan perkara-perkara khurafat ini adalah ditolak dan tidak dibenarkan sama sekali di dalam ajaran Islam. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda

من أحدث فى أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد
Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak[31].
Allah SWT juga berfirman di dalam al Quran melalui surah al Jin ayat 6 yang bermaksud“Dan bahawa sesungguhnya adalah ( amat salah perbuatan ) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat
Oleh itu, jelas di sini, mempercayai amalan khurafat termasuk di antara perkara bid’ah dari aspek akidah dan seharusnya tidak boleh diamalkan kerana mengandungi unsur-unsur syirik kepada Allah iaitu mempercayai dan meyakini wujud kekuasaan lain selain dari Allah SWT dan dapat meramalkan sesuatu perkara pada masa akan datang.

Oleh,
Khairul Azhar Bin Meerangani
Sarjana Muda Syariah, Universiti Malaya

Rujukan:
[1] Rujuk artikel dari laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Bomoh
[2] Abu Bakar Jabir al Jazairi (2001) Aqidah al Mu’min. Maktabah al ‘Ulum wa al Hukm.hlm. 222
[3] Al Zuhaily, Wahbah (2007) Fiqh Islami Wa Adilatuh. Dar al Fikr. Hlm. 1473
[4] Rushdi Ramli (2003) Azimat, Jampi, Sihir & Berubat Menurut Islam. Intel Multimedia And Publication. Hlm.17
[5] Ibid. Rushdi Ramli. Hlm. 5
[6] Rujuk Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam http://www.islam.gov.my/e-rujukan/bomoh.htm
[7] Op.cit. Wahbah al Zuhaily. Hlm1473
[8] Rujuk artikel http://perubatanalhaz.tripod.com/id12.html
[9] Rujuk artikel http://www.rawatanislam.com
[10] Hadis Riwayat Muslim
[11] Op.cit. Lihat Rushdi Ramli. Hlm. 81
[12] Op.cit. Lihat al Jazairi. Hlm. 222
[13] Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
[14] Muhammad Ali al Sayis. Tafsir ayat al Ahkam. Hlm. 77
[15] Zulkifli Mohamad al Bakri (2005) Hukum jampi dan pakai tangkal. Darul Fuqaha, Kajang. Hlm. 11
[16] Op.cir. Lihat Rushdi Ramli. Hlm 28
[17] Ibid. hlm 29
[18] Op.cit. Lihat Zulkifli Mohamad al Bakri. Hlm. 27
[19] Ibid. hlm 12
[20] Lihat artikel http://perubatanalhaz.tripod.com/id12.html
[21] Lihat artikel Lihat artikel sihir http:// ms.wikipedia.org/wiki/mentera
[22] Op.cit. Lihat Rushdi Ramli. Hlm 21
[23] Tiwalah ialah sejenis sihir yang digunakan untuk menjadikan suami kasih kepada isterinya.
[24] Op.cit. Lihat Rushdi Ramli. Hlm. 5
[25] Op.cit. Lihat Zulkifli Mohamad al Bakri. Hlm 12
[26] Op.cit lihat Rushdi Ramli. Hlm 6
[27] Op.cit. Lihat Zulkifli Mohamad al Bakri .hlm. 12
[28] Hadis riwayat Ahmad, Abu Ya’ala, al Tabarani dan al Hakim
[29] Latipah Omar (2007) Perubatan melayu tradisional satu kajian mengenai unsur-unsur khurafat dalam permbomohan : satu tinjaun khusus di jajahan Bachok, Kelantan. Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Hlm. 30
[30] Lihat artikel http://www.rawatanislam.com./khurafat
[31] Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Banyak amalan bomoh bertentangan hukum syarak

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak laporan akhbar mendedahkan penyelewengan dan penipuan dalam amalan bomoh tradisional. Lebih mengejutkan lagi, bomoh berkenaan mengubati pesakit dengan kaedah pelik yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan ajaran Islam.

Malangnya, masih ramai orang Islam percaya kepada amalan bomoh yang bercanggah dengan hukum syarak seperti memanggil roh, jin dan sebagainya. Segala amalan yang tidak berdasarkan sumber al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias adalah dilarang sama sekali.

Di dalam sejarah Islam, memang ada kaedah perubatan tertentu yang diamalkan Rasulullah dan sahabat bagi menyembuhkan penyakit. Selain cara perubatan biasa, mereka juga menggunakan doa ma'thur khusus untuk mengubati beberapa jenis penyakit seperti yang dijelaskan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya al-Tibb al-Nabawiyy dan Imam Muwaffiq al-Din Abdul Latif dalam kitabnya al-Tibb min al-Kitab wa al-Sunnah.

Amalan rawatan yang dibenarkan syarak perlu disertai dengan doa ma'thur daripada Rasulullah. Baginda pernah membenarkan seorang sahabat untuk menjampi dengan membaca doa kepada sahabatnya yang terkena sengatan kala jengking.

Dalam satu hadis Imam Muslim, Abu Zubair berkata, "Aku mendengar Jabir bin Abdullah berkata ada seorang lelaki daripada kalangan kami terkena sengatan kala jengking. Ketika itu, kami duduk bersama Rasulullah. Lalu seorang lelaki bertanya, "Wahai Rasulullah, bolehkah aku jampi? Jawab Baginda, "Sesiapa daripada kamu yang berupaya memberi manfaat terhadap saudaranya, maka hendaklah dia lakukannya".

Perlu ditegaskan bahawa Islam amat menitikberatkan persoalan akidah, syariah dan akhlak dalam kehidupan Muslim seharian. Oleh itu, apa saja amalan, perkataan dan kepercayaan yang tidak berasaskan kepada sumber yang dijelaskan di atas adalah ditolak. Ini berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud, "Dan berjaga-jagalah kamu. Jauhkanlah diri kamu daripada perkara baru (bidaah) kerana setiap perkara yang diadakan itu bidaah, dan setiap bidaah itu sesat. (Hadis riwayat Abu Dawud)

Menurut perspektif akidah Islam, persoalan perubatan terhadap pesakit adalah satu persoalan yang sewajarnya difahami setiap Muslim. Ini kerana dalam Islam, hanya Allah saja yang berkuasa. Setiap manusia dikehendaki berikhtiar merawati penyakit dan kesakitan yang dihadapinya berdasarkan garis panduan ditetapkan syarak.

Firman Allah yang bermaksud, "Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain daripada Allah yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu jadilah engkau daripada kalangan orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). (Surah Yunus: 106)

Ayat di atas jelas melarang umatnya meminta pertolongan selain daripada Allah seperti bomoh, jin, roh datuk nenek, roh wali, syeikh, amalan syirik yang terkutuk. Oleh yang demikian, setiap Muslim dituntut meminta pertolongan dan berdoa secara langsung ke hadrat Allah yang Maha Esa dan Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Selain itu, Islam juga melarang umatnya daripada menggunakan sihir kerana Rasulullah SAW bersabda, "Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Golongan sahabat bertanya, "Apakah tujuh perkara itu? Jawab Baginda, " Mensyirikkan Allah, melakukan sihir, membunuh orang tanpa hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan zina". (Hadis Bukhari)

Dalam konteks ini, kita harus berwaspada terhadap amalan perbomohan terutama yang mengandungi unsur syirik dan juga amalan sihir kerana ia boleh membatalkan iman seseorang.

Sehubungan itu, seseorang pesakit hendaklah memastikan tabib atau bomoh yang hendak ditemuinya itu seorang Islam yang tidak meninggalkan ibadat wajib seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain, berakal waras, tidak melakukan perkara yang boleh membawa kepada syirik sama ada melalui kepercayaan, perkataan atau perbuatan.

Seorang bomoh juga hendaklah seorang yang adil iaitu tidak melakukan maksiat dan jenayah yang bertentangan dengan undang-undang negara.

Masyarakat Islam perlu berhati-hati menggunakan khidmat bomoh supaya tidak terjebak dalam amalan syirik yang akan menjejaskan akidah. Yang penting di sini, setiap Muslim diwajibkan berusaha dan berikhtiar serta seterusnya bertawakal kepada-Nya kerana Allah saja yang Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu.

Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Kesilapan Umat Islam Dalam Kepercayaan & Aqidah

Umat Islam, Virus Aqidah & Skim Cepat Kaya
Oleh: Ust Hj Zaharuddin Abd Rahman
Unsur Merosakkan aqidah bakal merosak seluruh hidup
 
Umat Islam di Malaysia kelihatan kelam kabut dengan munculnya fatwa pengharaman Skim Pelaburan Cepat Kaya Riba baru-baru ini. Ramai yang insaf dan tidak kurang juga masih ramai yang cuba mempertahankannya. Ramai yang bertanya kepada saya,
« Mengapa agaknya ramai umat Islam mudah terlibat dalam hal seperti ini? »
Sebelum saya menjawab soalan itu, suka saya bawakan undian yang telah dilakukan oleh utusan online berkenaan hal ini :-
Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa sebarang pelaburan saham melalui Internet yang menjamin keuntungan secara tetap adalah haram kerana ia mengandungi unsur riba dan gharar (keraguan). Ramai rakyat Malaysia dipercayai terjebak di dalam pelaburan sedemikian kerana:
Budaya cepat kaya menjadi ikutan masa kini.

 39.9%
(10241)
Ramai yang mudah percaya, senang diperdaya.

 19.5%
(5010)
Tiada maklumat, panduan kepada orang ramai.

 19.8%
(5065)
Pihak-pihak berkuasa gagal melaksanakan tugas.

 14.5%
(3730)
Lumrah dunia akan ada orang yang mahu menipu.

 6.2%
(1598)
Jumlah Undi: 25644
Hasil dari bancian tersebut lebih 10241 individu berpendapat ia adalah satu budaya yang menjadi ikutan masa kini, jelasnya,
"ia adalah satu budaya yang kurang sihat dan sememangnya sinomin dengan sifat orang melayu" kata seorang Dr yang saya temui selepas kuliah maghrib saya.
Bagaimanapaun dalam tulisan saya kali ini saya suka untuk mengajak kita berfikir lebih jauh dari semua bancian di atas. Bagi saya umat Islam kini ditimpa penyakit dan ‘virus' aqidah dan kepercayaan yang agak serius.
Hasil dari penyakit ini, ‘antibodi' iman umat Islam menjadi semakin luntur dan amat goyah, sehingga timbulnya isu murtad, kebencian kepada hukum hakam Islam, ambil sambil lewa berkenaan hukum dan tidak mempelecehkan Islam secara sedar mahupun tidak sedar. Minat untuk menimba ilmu Islam juga menjadi semakin pudar, yang meningkat adalah minat untuk menjadi jutawan cepat dan secara mudah tanpa usaha yang banyak. 
Sedangkan di dalam kaedah Islam tiada kebaikan yang boleh ditempa dengan mudah kecuali beberapa bentuk yang amat terhad sahaja. Allah SWT berfirman
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا  إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Ertinya : " Sesungguhnya selepas kesukaran itu adalah kemudahan, dan sesungguhnya selepas kesukaran itu adalah kemudahan" (As-Syarh :5-6)
"Apakah maksud ustaz virus dalam aqidah tu ustaz? " tanya seorang muslimat melalui nota bertulis dalam ceramah saya.
Inilah keterangannya..
Kepercayaan Dalam Hal Ehwal Ghaib & Virusnya
Perlu difahami bahawa, isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara yang akan datang, mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti di sumberkan kepada 3 sumber sahaja. Iaitu :-
a) Al-Quran       
b) Hadith Sohih dan Hasan      
c) Fitrah kejadian alam (sunatullah)
Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah SWT dan RasulNya sebagainya firmanNya di dalam surah al-Naml ayat 65 : ertinya :
قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ
Ertinya : " Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" .
Malah Nabi juga bersabda :
"Sesiapa yang menemui tukang tilik atau tenung, lalu mempercayai ramalannya (ghaibnya) maka ia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi SAW" (
Sunnatullah ( Hukum Alam) Boleh Dipercayai
Maksudnya adalah mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri ghaib seperti meyakini esok akan berlaku hujan berdasarkan sunnatullah iaitu dilihat dari satelit maka di dapati kumpulan awan tebal di atas Malaysia. Ia adalah bentuk ramalan yang didasari oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan.
Alah SWT menyatakan : Ertinya : "Andaikata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, niscaya akan rusaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya." (al-Mu'minun: 71)
Inilah yang perlu dimaklumi, bahwa alam ini dikendalikan dengan undang-undang dan hukum yang tetap, tidak pernah berubah dan berganti, sebagaimana telah dinyatakan oleh al-Quran dalam beberapa ayat, antara lain sebagai berikut:
Firman Allah ertinya : "Kamu tidak akan menjumpai sunnatullah itu berganti." (Fathir: 43)
Hasil dari kepercayaan ghaib tanpa didasari oleh tiga asas tadi, maka ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan aqidah. Secara mudahnya virus ini terbentuk dari amalan dan kepercayaan berikut :-
1) Si Bomoh & Ramalan
Nabi Muhammad s.a.w. datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya.
Justeru itu Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara'.
Rasulullah membacakan kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi:
"Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta." (an-Naml: 65)
Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut:
"Kalau saya dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya saya dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan saya tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain saya hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau beriman." (al-A'raf: 188)
Oleh karena itu, barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib yang sebenarnya, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia banyak.
Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Nabi, mereka menganggap bahwa Nabi adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi: Tahukah tuan apakah ini? Maka Nabi menjawab dengan tegas:
"Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka."
Inilah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti dimana boleh dijumpakan orang hilang, siapa yang melakukan kejahatan kepada individu tertentu dan pelbagai lagi.
Bomoh atau dukun biasanya akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut.
Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا
Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :
مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )
Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Sohih menurut Albani ; Muntaqa , 2/791 )
2) Sihir
Sihir ialah sesuatu yang sebabnya sangat halus dan tersembunyi yang tidak dapat dilihat oleh pandangan mata. Sihir adalah kerjasama seseorang dengan syaitan. Syaitan akan melakukan tugasnya sebagaimana yang diingini oleh tukang sihir dengan syarat ia juga memenuhi kehendak syaitan.
Termasuklah di dalam sihir adalah menggunakan minyak pengasih samada dikenakan kepada suami atau isteri mahopun orang lain. Semuanya syirik yang disebutkan oleh Nabi SAW :
إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ
Sesungguhnya jampi, tangkal dan pengasih adalah syirik.( Riwayat Ahmad dan Abu Daud - Menurut Syeikh Albani : Hasan )
Sihir termasuk ke dalam syirik atas dua sebab, iaitu :
a- Sihir pasti menggunakan khidmat syaitan dan tukang sihir sangat tergantung kepadanya malahan sampai ke peringkat mesti menurut kehendaknya dan melakukan apa yang disukainya.
b- Dalam amalan sihir terdapat dakwaan mengetahui perkara ghaib padahal yang dapat mengetahui perkara ghaib hanya Allah S.W.T.
3) Tamimah (Tangkal Azimat )
Tamimah atau tangkal berasal dari perkataan ( أَتَمَّ - يُتِمُّ - تَمِيْمَةً ) : menyempurnakan. Menurut bahasa Tamimah akan menyempurnakan apa yang dimaksudkan. Tamimah (tangkal) telah digunakan oleh orang Arab di zaman jahiliyah untuk tujuan agar terhindar dari sihir atau niat jahat orang lain.
Tamimah yang digantung pada badan atau pada binatang atau dalam rumah terkadang dibuat dari tulang, taring binatang buas, tulisan tertentu dan lain-lain. Terkadang tamimah dibuat dari ayat Al-Quran. Para ulama' berbeza pendapat tentang tamimah dari Al-Quran. Pandangan yang lebih kuat juga melarang berbuat demikian sebab Nabi Muhammad s.a.w. melarang tamimah secara umum termasuk dari ayat Al-Quran.
Abdullah Bin Mas'ud berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ
Sesungguhnya jampi, tangkal dan pengasih adalah syirik.( Riwayat Ahmad dan Abu Daud - Menurut Syeikh Albani : Hasan )
Daripada ‘Uqbah Bin ‘Aamir (marfu') :
مَنْ عَلَقَ تَمِيْمَةً فَقَدْ أَشْرَكَ
Barangsiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya syirik-lah dia.
Antara bentuk tangkal cara baru umat Islam di Malaysia ketika ini adalah seperti meletakkan pisau atau gunting di bawah tilam bayi kononnya agar tidak diganggu, memakai cincin dan rantai atau tasbih kayu kokka dengan kepercayaan bahawa ia dapat mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan, meminum air za'faran tertentu dengan yakin ia membawa kebaikan. Semua ini adalah bentuk tangkal dan boleh membawa kepada syirik.
4)  Tatayyur  / Tiyarah ( Sial Menyial) :
Tatayyur atau Tiyarah berasal dari perkataan ( الطَّيْرُ ) : burung. Menurut kepercayaan orang Arab jahilyyah jika mereka akan mengadakan safar (perjalanan) maka mereka terlebih dahulu akan melepaskan burung. Jika burung tersebut terbang ke arah kanan rumah maka mereka akan gembira tetapi jika sebaliknya terbang ke arah kiri maka mereka akan bersedih hati kerana itu petanda musibah akan menimpa dan mereka selanjutnya akan menangguhkan pemergian.
Mengambil sempena perbuatan inilah maka muncul istilah Tatayyur atau Tiyarah. Islam melarang keras tatayyur / tiyarah. Rasulullah s.a.w. bersabda :
اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ ، اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ
Ertinya : Tiyarah itu syirik , tiyarah itu syirik ( HR Abu Daud dan Tarmidzi - Menurut Tarmidzi : Sahih )
Tiyarah atau Tatayyur atau ‘sial menyial' dalam akidah bukan hanya terbatas pada rasa sedih atau pessimis ( اَلتَّشَاؤُمُ ) terhadap burung tetapi juga berkaitan dengan nama-nama tertentu, ucapan-ucapan tertentu, tempat-tempat tertentu, orang-orang tertentu dan sebagainya.
Jadi jika ada perasaan murung mengenang nasib malang (musibah) yang akan menimpa (bad luck - unlucky) yang dikaitkan dengan hari, bulan, angka, ucapan, orang tertentu dan lain-lain seperti keyakinan kenan, kesialan angka 13, bulan-bulan tertentu tidak elok mengadakan walimah, membina rumah, maka contoh-contoh itu boleh dimasukkan ke dalam tiyarah.
Tiyarah dihukumkan syirik kerana mengaitkan musibah yang menimpa kepada selain Allah dan meyakini musibah berpunca dari makhluk yang tidak sedikitpun memiliki kuasa mendatangkan manfa'at atau mudharat. Sebenarnya tiyarah berpunca daripada was-was syaitan yang menimbulkan perasaan takut. Jika hal ini terjadi maka ia dapat merosakkan tawakkal seseorang kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.
Tiyarah sebenarnya penyakit yang muncul sejak zaman silam lagi. Allah menerangkan orang-orang kafir telah melakukan tiyarah terhadap manusia pilihan Allah dari kalangan para rasul dan orang-orang yang beriman.
قَالُوا إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ لَئِنْ لَمْ تَنْتَهُوا لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُمْ مِنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ (18) قَالُوا طَائِرُكُمْ مَعَكُمْ أَئِنْ ذُكِّرْتُمْ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ (19)
Mereka menjawab : " Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), niscaya kami akan merajam kamu dan kamu pasti akan mendapat siksa yang pedih dari kami ". Utusan-utusan itu berkata: " Kemalangan kamu itu adalah kerana kamu sendiri. Apakah jika kamu diberi peringatan (kamu mengancam kami)? Sebinarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas ". ( Yaasiin : 18 - 19 )
Oleh itu Rasulullah s.a.w. mengajar umatnya jika ditimpa perasaan tersebut maka ia jangan hiraukan perasaan tersebut dan hendaklah ia segera berserah diri kepada Allah dengan membaca doa ini :
اَللَّهُمَّ لاَ يَأْتِى بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ يَدْفَعُ السَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِك .
Ya Allah, tiada yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali Engkau, dan tiada yang dapat menolak keburukan kecuali Engkau, dan tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Engkau. ( Riwayat  Abu Daud )
Yang sama dengan ini, yaitu apa yang kini berlaku di masyarakat kita, seperti bertenung dengan menggaris-garis di tanah, pergi ke kubur, membuka Quran, membaca piring dan sebagainya. Semua ini perbuatan mungkar yang oleh Islam diharamkan.
5)                 Menjadi bomoh secara tidak rasmi.
Jika hukum berjumpa bomoh amat-amat dilarang kerana kepercayaan kepada ramalan ghaibnya boleh menjadikan seseorang itu syirik. Maka menjadi bomoh sudah tentulah lebih dilarang.
Malangnya tanpa disangka-sangka sebahagian orang Melayu kita telah secara tidak langsung hampir menjadi bomoh apabila turut suka meramalkan seusatu yang ghaib tanpa sebarang dalil syara' dan juga logik sains. Sebagai contoh :-
* Meramalkan jika kupu-kupu masuk ke dalam rumah, ia bermakna ada sesorang akan datang.
* Meramalkan masa depan si bayi dengan menentukan tempat tanam uri bayi tersebut ( selepas dilahirkan). Hingga ada yag percayakan bahwa jika di tanam di depan rumah beserta pensil sebatang maka dapat mencerahkan masa depan si anak. !.
* Meramalkan sesuatu yang buruk akan berlaku apabila cawan dan pinggan pecah atau kunci jatuh di ketika ingin keluar rumah.  
* Meramalkan rezeki bertambah hanya dengan menggantung ayat seribu dinar di rumah dan di kedainya. Sedangkan ayat tersbeut menuntut agar seseorang agar bertaqwa kepada Allah bagi mendapat ganjaran kelaur dari sebarang masalah dan rezeki dari sumber yag tidak dijangka dan bukannya hanya digantung.
* Meramalkan akan mendapat duit apabila tangan merasa gatal.
* Meramalkan hafalan al-Quran akan hilang jika lalu di bawah ampaian baju.
* Meramalkan ruh si mati akan kembali ke rumahnya semula. Sedangkan ia bercanggah dengan firman allah dalam surah al-Mukminun ayat 100 yang menerangkan tidak bolehnya ruh seseroang itu kembali ke dunia semula.
* Kepercayaan ramalan buruk oleh si penyebar surat atau sms berantai.
* Meramalkan kayu koka boleh menjadi penyelamat.
Ini adalah antara bentuk kepercayaan karut, khurafat lagu tahyul dan sebahagiannya membawa kepada syirik tanpa disedari oleh individu itu. Akibatnya hati menjadi rosak, iman tergadai dan di ketika itu, perbincangan hukum halal haram tidak lagi menjadi kepentingan buatnya.
6)  Percaya ilmu Bintang
Imam Bukhari di dalam sahihnya berkata : Imam Qatadah berkata : Allah menjadikan bintang untuk tiga tujuan, iaitu : Perhiasan langit, perajam syaitan dan pedoman arah tuju ; Barangsiapa yang mentakwilkannya kepada selain tiga tujuan itu maka ia telah melakukan kesalahan dan menyia-nyiakan usahanya serta membebankan dirinya dengan sesuatu yang dia tidak tahu.
Rasulullah s.a.w. melarang ilmu perbintangan tersebut di dalam sabdanya :
مَنِ اقْتَبَسَ شُعْبَةً مِنَ النُّجُومِ ، فَقَدِ اقْتَبَسَ مِنَ السِّحْرِ ، زَادَ مَا زَادَ .
Barangsiapa yang mengambil panduan satu cabang daripada ilmu perbintangan maka itu bermakna ia telah mengambil satu cabang daripada ilmu sihir. Dan bertambah selama ia bertambah. ( Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah )
Dalam bentuk moden, jenis kesyirikan ini boleh berlaku apabila ada individu yang kerap dan suka menilik bintang kelahirannya seperti Leo, Capricon, Sagittarius dan lain, maka dirujuknya apakah yang akan berlaku hari ini baginya. Inilah bentuk virus aqidah yang merosakkan aqidah umat Islam.
Kesimpulan
Inilah beberapa bentuk yang sempat saya tuliskan berkenaan punca dan sebab musabab jiwa dan hati umat Islam hari ini langsung tidak sensitive dengan pahala dan dosa serta tiada risau akan sesuatu dosa mahupun sebesar Riba sekalipun. Berhati-hatilah, dosa syirik adalah amat besar, firman Allah SWt :
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا
Ertinya : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. ( Al-Nisa' / 4 : 48 )
BERTAWBATLAH SEGARA DARI DOSA SYIRIK SEBELUM SAMPAINYA AJAL, KERANA APABILA TELAH SAMPAI AJAL, SI PELAKU SYIRIK TIADA HARAPAN LAGI MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH SWT. Nauzubillah min zalik.
Sekian
UZAR
3 Mei 2007
Kuala Lumpur

Kaki mangsa pula ditemui di tempat buang sampah
PULAU AMAN - Semalam badan seorang wanita tanpa kepala dan kaki ditemui di dalam beg pakaian di Taman Botani, George Town dan pada hari ini, sepasang kaki dipercayai milik mangsa pula ditemui di tempat pembuangan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kaki hingga paras lutut itu dijumpai dalam keadaan terpisah beberapa meter antara satu sama lain kira-kira 12 tengah hari.
"Kaki sebelah kanan dijumpai orang awam manakala sebelah lagi ditemui anggota polis yang memeriksa kawasan itu.
"Kaki berkulit cerah itu didapati sudah mengembang serta berbau busuk dan terdapat kesan darah kering," katanya kepada pemberita pada program High Profile Policing bersama penduduk Pulau Aman hari ini.
Beliau berkata kaki berkenaan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk ujian DNA bagi mengesahkannya sama ada ia milik mangsa atau sebaliknya.
Abdul Rahim berkata, pihaknya turut menghantar Unit Anjing Pengesan K9 di tempat kejadian untuk mengumpul bukti lanjut.
Beliau turut mengesahkan mayat wanita yang ditemui itu adalah warga asing.   

Pihak polis sedang mencari kepala mangsa dan meminta orang ramai yang menemui objek seperti kepala agar menghubungi balai berhampiran.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa dijerut sehingga mati sebelum badannya dipotong dengan peralatan tajam. - Bernama
Artikel Berkaitan

Wanita dibunuh kejam, kepala, kaki dipotong

Mayat ditemui dalam bagasi berhampiran surau

PULAU PINANG 6 Nov. - Mayat seorang wanita tanpa kepala dan kaki yang dibunuh dengan kejam ditemui di dalam sebuah bagasi yang ditinggalkan ber­hampiran Surau Al-Aslah, di Kebun Bunga di sini awal pagi ini.
Abdul Rahim
Bagasi itu ditemui oleh seorang wanita yang baru selesai bersenam di situ kira-kira pukul 7 pagi yang curiga dengan bau busuk yang dihidunya ketika sedang menuju ke keretanya.
Wanita berkenaan yang berusia lingkungan 20-an kemudiannya melihat bagasi berkenaan sebelum menghampiri dan membukanya.
Dia yang terkejut kemudian terus memaklumkan kepada seorang pekerja Majlis Perbadaran Pulau Pinang (MPPP) yang berada tidak jauh dari situ sebelum mereka menghubungi polis.
Sementara itu, Ketua Polis ne­geri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, berdasarkan pemeriksaan awal oleh pakar patologi Hopsital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr, Bhupinder Singh, wanita berke­naan dipercayai telah mati dalam tempoh antara 24 hingga 36 jam lalu.
Abdul Rahim berkata, pihaknya percaya wani­ta berkenaan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di situ.
“Mayat dalam beg jenama Rofina itu hanya mempunyai bahagian badan iaitu dari pusat hingga ke leher dan mempunyai kedua-dua belah tangan. Pemeriksaan turut menemukan beberapa helai pakaian dalam bagasi berkenaan yang mempunyai kesan darah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Katanya, setakat ini identiti mangsa belum dikenal pasti selain berkemungkinan warga asing kerana tiada kesan suntikan BCG.
Katanya, mayat dihantar ke HPP untuk soal siasat dan orang awam yang mempunyai maklumat tentang kes berkenaan diminta meng­hubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
Amalan perbomohan yang diharuskan oleh Islam
1.0 Amalan perbomohan yang diharuskan oleh Islam.

1.1 Pendahuluan.

Setiap penyakit yang dijadikan oleh Allah diiringi dengan penawarnya atau ubatnya. Islam menganjurkan umatnya agar berusaha mencari penawar atau ubat bagi penyakit yang dihidapi di samping berdoa kepada Allah agar menyembuhkan penyakit tersebut. Amalan mengubati penyakit menggunakan khidmat bomoh sangat sinonim dengan masyarakat Melayu.

1.2 Takrif bomoh.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka istilah bomoh ditakrifkan dengan maksud mengubati penyakit atau pengubat penyakit. Manakala dalam minda pemikiran masyarakat Melayu khususnya di Malaysia, bomoh ditakrifkan dengan maksud mengubati penyakit atau pengubat penyakit secara tradisional.

Walaupun terdapat berbagai pandangan tentang definisi bomoh, sejarah perkembangan Islam membuktikan bahawa amalan perbomohan atau mengubati penyakit adalah harus hukumnya dengan syarat kaedah bomoh sama ada melalui jampi, pengamatan psikologi, penggunaan herba dan akar-akar kayu tidak menyalahi akidah Islam.

Keharusan menggunakan khidmat bomoh dalam perubatan tradisional tidak bersifat mutlak. Perubatan tersebut hendaklah mematuhi syarat :
Perubatan bomoh itu menyebut nama Allah atau salah satu namanya.
Menggunakan ayat Al-Quran dan doa yang diamalkan oleh nabi dan rasul.
Menyakini bahawa perkara itu tidak dapat memberi kesan secara tersendiri,bahkan

1.3 Hukum Perbomohan mengikut Islam.
Hukum menggunakan khidmat bomoh dalam perubatan terbahagi kepada dua iaitu harus dan haram.

1.4 Penggunaan khidmat bomoh yang diharuskan

Seorang Islam yang mengamalkan perbomohan hendaklah mempastikan bahawa setiap sesuatu yang dilakukannya itu adalah kerana Allah dan sentiasa memohon pertolongan Allah, bukan dari yang lain seperti jin dan syaitan. Pada masa yang sama, orang yang menerima rawatan daripada bomoh pula harus memastikan rawatannya tidak bercanggah dengan Islam.

1.5 Penggunaan khidmat bomoh yang diharamkan.
Cara rawatannya itu bertentangan dengan syarak, iaitu, menggunakan khidmat jin, pemujaan, jampi, mentera dan sebagainya yang tidak mengikut cara rawatan yang diharuskan oleh Islam.
Orang yang berubat benar-benar beriktikad bahawa bomoh itulah menyembuhkan pesakitnya tanpa bergantung kepada Allah.
Amalan mempercayai bomoh ini mempunyai kesan yang sangat besar kerana amalan ini boleh mengakibatkan seseorang itu menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain tanpa mereka sedari. Jika ia terus diamalkan, akan mendatangkan imej buruk kepada Islam dari pandangan agama lain.

Berubat dengan menggunakan bahan yang diharamkan adalah dilarang kerana cara ini merupakan satu perbuatan yang keji dari sudut hukum akal dan perspektif syara`. Contohnya, memberi pesakit memakan daging ular, katak bertanduk atau haiwan-haiwan berbisa untuk tujuan penyembuhan. Menggunakan arak dan dicampur dengan ramuan herba-herba yang lain untuk tujuan perubatan. Oleh yang demikian, bomoh perlu memastikan tidak menggunakan bahan-bahan terlarang dalam merawat pesakit.

Penggunaan ayat al Quran secara tidak wajar dalam perubatan bomoh adalah dilarang, seperti menggantung Al-Quran dan tunggu berpusing atau tidak untuk dijadikan alasan tertentu. Jika berpusing begini, dan jika tidak, begini pula maksudnya. Perkara yang dilakukan ini termasuk menghina Al-Quran (Istihza’).
Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah SWT dan sifat-Nya atau maksud disebalik kalimah atau nama Allah atau sifat-Nya. Contohnya, mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus daripada Allah atau kudratnya adalah kudrat Allah atau melalui mimpi berjumpa wali, malaikat atau lainnya. Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada diri atau jasad dan roh Rasulullah SAW, malaikat, nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma ke dalam diri dan sebagainya.

Bagi mengelakkan berlakunya amalan yang tersasar dan bertentangan dengan aqidah Islam , Jabatan agama Islam Malaysia telah mengeluarkan garis panduan Perbomohan Menurut Islam, iaitu :
1 Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang. Contohnya seperti wali syeikh, rijalul ghaib, roh datuk nenek, sahabat, hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu, cincin, kain kuning atau putih.
2 Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah atau tulisan yang tidak difahami seperti objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat Al-Quran. Dilarang menganggapkan tangkal mempunyai kuasa

3 Tidak menggunakan sihir, ilmu hitam, tilik, tenung nasib, nujum, ramalan tapak tangan, astrologi atau ramalan mnggunakan buruj bintang dan silap mata.
4. Tidak mengaitkan pengeras atau bayaran dengan sesuatu dan meminta-minta pengeras atau perkhidmatan yang tinggi dan melampau.

5. Tidak percaya kepada fahaman sesuatu boleh membawa sial dan mudharat menimpa seseorang.

6. Tidak melakukan perkara syirik, khurafat dan bid'ah yang keji seperti sembah pantai, sembelih binatang untuk korban dan buang ancak.

7. Tidak menyembelih binatang sebagai korban selain untuk Allah dan bukan untuk tujuan yang bukan syari`e,

8. Tidak mengamalkan amalan atau bacaan tertentu menggunakan unsur meminta izin serta bantuan daripada makhluk halus sebagai khadam.

9. Tidak menyajikan makanan untuk menjamu penunggu atau jin yang tinggal di sesuatu tempat.

10. Tidak mentaati bomoh atau seseorang pengubat pada sesuatu perkara yang jelas bercanggah dengan akidah dan syariat Islam. Ini kerana matlamat tidak menghalalkan cara. Meskipun bertujuan baik seperti penggunaan haikal/jaljalut untuk menangkis serangan musuh, ilmu guna-guna, pencuri, kebakaran jin dan lain-lain. Isi kandungan haikal ini bertentangan akidah seperti mempercayai adanya sesuatu yang dapat memberi manfaat dan menolak bencana.

11. Menolak syarat yang bertentangan dengan akidah, syariah dan akidah Islam.

Individu yang mengamalkan perubatan bomoh biasanya menggunakan doa dan jampi sebagai doa memohon menyembuhkan pesakit. Penggunaan jampi dibolehkan dalam Islam sekiranya menggunakan ayat al Quran, menggunakan bahasa yang difahami serta tidak mengiktikadkan bahawa jampi itu memberi kesan menyembuhkan pesakit, sebaliknya Allah yang berkuasa menyembuhkan segala penyakit.


1.6 Penutup

Garis panduan yang ditetapkan oleh Islam dalam memgharuskan aktiviti perbomohan adalah bertujuan untuk menyelamatkan umatnya daripada amalan yang salah dan sesat. Mengamalkan perbomohan dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan Islam dapat memelihara aqidah umat Islam seterusnya sentiasa menyakini kekuasaan Allah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber asal Al-Quran, hadis, ijmak dan qias adalah ditolak.
sumber : http://ummahmud.blogspot.com/

PBB didesak gesa Israel henti provokasi di Masjid Al-Aqsa

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Palestin dan Jordan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya mendesak Israel menghentikan serta-merta segala provokasi dan perbuatan menghasut orang Islam di tempat suci di Baitulmaqdis.
Kedua-dua negara berpendapat sebarang provokasi secara berterusan boleh mencetuskan satu lagi krisis yang boleh mengancam keamanan di Asia Barat.
Amaran itu dikeluarkan berikutan tindakan puak ekstremis Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa semalam dengan dilindungi lebih 300 askar rejim menyebabkan perbalahan dengan jemaah Palestin.
Seorang pejuang Hamas dilaporkan berang dengan pencerobohan itu, kemudiannya memandu sebuah van ke arah orang ramai yang menunggu kereta api sehingga menyebabkan seorang maut.
Beberapa jam kemudian, seorang pemandu Palestin dikatakan merempuh sekumpulan askar di Tebing Barat menyebabkan tiga orang mengalami kecederaan.
Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour menegaskan perbuatan Israel secara sengaja itu bertujuan memperlihatkan cengkaman berterusan mereka untuk menguasai kawasan berkenaan.
Dalam suratnya kepada Majlis Keselamatan, Mansour menegaskan jemaah di Masjid Al-Aqsa terkejut dengan letupan bom tangan dan tembakan peluru getah yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 30 orang cedera parah.
Katanya, ekstremis Israel itu menceroboh tempat suci termasuk memasuki salah satu masjid dan memanjat mimbar dengan memakai kasut iaitu perbuatan yang tidak menghormati orang Islam.
Dalam surat berasingan, Duta Jordan ke PBB, Dina Kawar berkata, pasukan khas Israel dan polis melarang jemaah Islam daripada memasuki masjid dan sebaliknya membenarkan golongan ekstremis agama dan politik ke dalam pekarangan masjid berkenaan.
Raja Abdullah II dari Jordan adalah penjaga tapak suci di Baitulmaqdis dan Kawar mendakwa tentera Israel mencabuli perjanjian damai 1994 antara kedua-dua negara dengan menahan kakitangan Jordan yang bertanggungjawab bagi mentadbir dan menjaga tapak berkenaan.
Jordan memanggil balik dutanya ke Israel, dan Kawar menggesa Majlis Keselamatan supaya meletakkan kesalahan ke atas Israel bagi serangan semalam. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan