Rabu, 26 November 2014

MANUSIA TAK DAPAT MENGAWAL NAFSUNYA LEBIH2 LAGI SYAITAN TELAH MENGUASAINYA...HUDUD TIADA UNTUK MENGERUNKAN DAN MEMALUKANNYA...SELAMBALAH MEREKA BUAT MAKSIAT




Bagaimana Membuat Rumah Agar Aurat Keluarga Tidak Nampak?

Rubrik: Konsultasi Arsitektur | Oleh: Andan Nadriasta, ST - 25/08/14 | 12:12 | 29 Shawwal 1435 H
PATRIA CIPUTAT view 1dakwatuna.com – 

Pertanyaan:
Assalaamu’alaikum wrwb
Pak Andan di dakwatuna.com , saya ingin merenovasi rumah lama kami. Denah awal kami lampirkan di email. Dengan kondisi 3 kamar tidur di bawah dan 1 gudang + cuci jemur di atas.
Rencananya kami ingin ada 2 ruang tidur di lantai dasar. 2 kamar tidur di lantai atas. Carport mobil yang selama ini terpisah ingin kami satukan. Lalu kami ingin membuat privacy yang baik bagi keluarga. Hingga jika tamu berkunjung ke rumah, aurat keluarga tidak nampak.
Lalu kami juga ingin membuat dapur yang lega dan lapang. Hingga ruang makan dan ruang keluarga yang selama ini sempit menjadi nampak luas.
Demikian pertanyaan kami. Terima kasih atas perhatian Pak Andan. Semoga dakwatuna dapat tetap istiqamah memberikan jawaban-jawaban yang bermanfaat.
Wassalaamu’alaikum wrwb
Patria-Ciputat

Jawaban:
Wa’alaikum salam wrwb
Pak Patria di Ciputat, terima kasih atas aksesnya kepada kami. Semoga silaturahim ini dapat berlanjut. Hingga kelak rumah yang dibangun dapat terlaksana sesuai dengan keinginan dan sesuai pula dengan kaidah arsitektur yang baik.
Netters dakwatuna sekalian, carport rumah Pak Patria yang terbelah 2 saya satukan di sisi kiri bangunan. Karena dapur ada di area ini. Hingga pola service areanya tidak berubah. Langsung tegak lurus dan tidak saling silang yang membuat boros sirkulasi.
Pintu dapur saya buat dari samping. Hingga jika pintu dibuka aurat tidak nampak langsung dari muka jalan atau rumah tetangga depan. Pola ini juga menjadikan pintu utama masuk ke dalam rumah menjadi tegas. Karena pintu dapur menjadi tersamar.
Aurat keluarga dapat juga dijaga dengan membuat teras tamu. Bagian muka rumah yang biasa disebut teras sering kita abaikan. Padahal jika dibuat lega dan nyaman, ruang ini bisa menjadi teras tamu. Biasa kita sebut juga dengan istilah beranda.
Konsep ini sebenarnya menghilangkan ruang tamu. Karena tamu cukup diterima di beranda saja. Atau teras tamu. Namun jika masih ingin tetap membuat ruang tamu, maka kita bisa membuatnya kecil saja. Dengan partisi pembatas ke ruang makan dan keluarga. Hingga masing-masing area memiliki privacynya sendiri-sendiri.
Netters sekalian, tembok lama kamar tidur di sisi kiri saya bongkar. Hingga kesan ruang keluarga dan ruang makan menjadi lapang dan lega. Area ini menjadi hall besar yang cukup menampung orang banyak jika sedang ada hajatan.
Pola ini juga membuat saya mudah meletakkan tangga ke lantai 2. Area samping kamar mandi yang agak berbelok saya manfaatkan untuk peletakan tangga. Hingga sirkulasi menjadi mudah dan tidak makan tempat.
Untuk lantai 2 saya dapat memanfaatkan bangunan lama yang ada. Gudang saya ubah menjadi ruang tidur. Lalu ruang cuci jemur saya jadikan ruang duduk hingga memiliki void ke bawah. Pola ini menjadikan peletakan tangga hemat, karena tinggal disambung ke cor dak beton lama.
Bangunan baru di atas hanyalah kamar tidur yang ada di belakang, lalu ruang cuci jemur dan kamar mandi yang tepat berada di atas kamar mandi bawah.
Alhamdulillah, selesai sudah desain kita kali ini. Semoga bisa bermanfaat bagi kita semua. Semoga Pak Patria diberi kelapangan harta yang berkah, hingga rumah idaman ini dapat segera terwujud.
Akhirul kalam,
Wassalaamu’alaikum wrwb
Andan Nadriasta, ST
Kirimkan email pertanyaan/order desain dan pelaksanaan ke: andanarsitek@gmail.com (0817-496-5742)
PATRIA CIPUTAT denah renov detailPATRIA CIPUTAT denah renovPATRIA CIPUTAT DETAIL ATAPPATRIA CIPUTAT view 1PATRIA CIPUTAT view 8PATRIA CIPUTAT view 9PATRIA CIPUTAT view 11
Andan Nadriasta, ST

Tentang Andan Nadriasta, ST

Lulusan Teknik Arsitektur angkatan 90 Univ. Pancasila. Bisa dihubungi di 0817-496-5742. Aktif menulis di media tahun 99. Sebagai pengisi rubrik griya di koran Republika. Sebelumnya sempat aktif di Tabloid Nova.… [Profil Selengkapnya]
Redaktur: Saiful Bahri
Topik:
Keyword: , ,

Bertindik Telinga, Lidah dan Pusat

by admin on February 21, 2012


Hukum asal bagi perhiasan sama ada yang berada pada tubuh badan, pakaian atau tempat tinggal adalah halal dan dibenarkan. Ini berdasarkan kepada dalil-dalil yang menyatakan tentang nikmat kurniaan Allah kepada hamba-hambaNya. Dalam surah al-Baqarah ayat 29 :
“(maksudnya): Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu apa yang ada di bumi kesemuanya”
Antara salah satu contoh perhiasan yang diamalkan ialah menindik anggota badan dengan meletakkan barang perhiasan, samada berbentuk emas, perak berlian dan sebagainya.
Amalan bertindik merupakan satu amalan yang mula menjadi trend remaja masakini. Kebiasaan masyarakat Melayu di Malaysia sejak dahulu mengenali amalan bertindik ini hanya terbatas di bahagian telinga. Namun, masa merubah segala dengan perkembangan teknologi dan pengaruh budaya luar membuatkan semakin ramai yang bertindik di bahagian selain dari telinga, seperti di pusat, lidah, bibir dan kening. Malah ianya sudah mula melarat kepada golongan lelaki.


Sebenarnya perbuatan bertindik ini merupakan suatu amalan yang sudah dikenali pada zaman Rasulullah SAW. Ini dapat dilihat pada hadis riwayat al-Bukhari daripada Ibn Abbas katanya :
Pada suatu hari raya, selepas baginda Nabi SAW solat dan berkhutbah, Baginda SAW pergi menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada golongan wanita. Sambil Baginda SAW menyeru supaya mereka semua bersedekah. Ibn Abbas mengatakan bahawa : Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga-telinga mereka dan leher mereka. Lalu menyerahkan ( barang perhiasan mereka ) kepada Bilal RA.
Di dalam hadis berkenaan, isyarat yang diberikan oleh wanita-wanita (sahabiyyah ) berkenaan adalah anting-anting. Ianya merupakan perhiasan yang sudah diketahui umum merupakan perhiasan sejak dari zaman awal Islam. Dan perhiasan ini merupakan perhiasan khusus kepada golongan wanita.
Disebabkan itulah golongan lelaki dilarang dari menindik telinga mereka kerana ianya dengan jelas menyalahi kebiasaan perhiasan bagi lelaki. Kerana anting-anting itu sudah menjadi perhiasan khusus kepada wanita. Penyerupaan lelaki dengan mengenakan perhiasan wanita adalah suatu yang dilarang di dalam Islam. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi SAW riwayat al-Bukhari dari Ibnu Abbas mengatakan: “Nabi SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” Pendapat ini juga disokong oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami di dalam kitab karangan beliau Tuhfatul Muhtaj yang mana beliau mengharuskan tindik itu bagi perempuan dan haram bagi lelaki .
Begitu juga pandangan ulama kontemporari seperti Dr Mustafa al-Khin dan Dr Mustafa al-Bugha dalam kitab mereka Fiqh Manhaji ‘Ala Mazhab al-Imam al-Syafie’, yang meletakkan contoh khusus perbuatan lelaki menyerupai wanita adalah dengan mengenakan anting-anting di telinga.
Itu permasalahan menindik telinga. Bagaimana pula dengan keadaan orang yang menindik di kawasan selain telinga? Boleh atau tidak.
Perbuatan menindik selain dari kawasan telinga tidak pernah didengari pada zaman Nabi dan Salafussaleh. Namun ianya bukanlah jawapan yang menunjukkan keharusan amalan ini. Walaupun ianya tidak dibincangkan secara khusus didalam nas yang jelas, namun perkembangan fiqh Islam tetap berkembang dalam menjawab setiap persoalan baru yang timbul hasil ijtihad para ulama semasa.
Islam mendatangkan kaedah umum dalam etika berhias. Antaranya ialah, perhiasan yang dikenakan oleh mana Muslim mestilah tidak digambarkan seolah-olah ianya meniru atau menyerupai orang kafir atau golongan fasiq.
Dalil bagi syarat ini ialah sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu, maka ia tergolong dari golongan tersebut”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar r.a.)
Menurut Imam Ibnu Kathir, hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam).
Ia bukan sahaja mengkhususkan kepada penyerupaan dengan orang kafir sahaja. Namun termasuk juga disini dalam meniru perbuatan orang yang fasiq (iaitu orang yang biasa dalam melakukan maksiat). Jelasnya disini, amalan bertindik selain anggota telinga ini merupakan amalan yang diambil bukan daripada golongan para solehin. Apatah lagi ianya hasil dari ikutan budaya negatif remaja di barat yang jelas jauh dari adat budaya tatasusila seorang Muslim.
Islam melarang kita untuk meniru kebiasaan dan gaya hidup tertentu yang dilakukan oleh orang lain tanpa membawa manfaat yang jelas. Apatah lagi ianya menyeksa diri dan juga dibuktikan boleh memberi kesan sampingan terhadap kesihatan tubuh badan dan mampu mendekatkan si pelaku dengan jangkitan Hepatitis B (rujuk ; http://www.bphealthcare.com, 2 Mac 2007 )
Sebenarnya permasalahan ini sudahpun dijawab dalam Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam, terbitan Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cetakan Pertama 2009, hal. 51, dengan menyatakan bahawa : “Perbuatan berhias secara aneh dan berlebih-lebihan seperti bertindik anggota badan selain daripada cuping telinga adalah dilarang oleh Islam.
Apapun di sini, etika berhias yang terbaik adalah pakaian taqwa. Semoga dengan mengikut suri teladan terbaik iaitu baginda Nabi SAW, maka membuatkan kita terselamat dari segala kecintaan melebihi dari cinta kepada Baginda.

Sumber: http://www.imamudasyraf.com/

Kerana Rumah Kos Rendah,Rela Tadah Kemaluan


Tindakan seorang penjawat awam berusia 50-an yang disyaki meminta rasuah
dalam bentuk layanan seks sebagai dorongan untuk mendapat kelulusan rumah
mampu milik membawa padah apabila dia ditahan Suruhanjaya Pencegahan 
Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang, pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan itu ditahan 
di sebuah bilik hotel di Jalan Putra, di sini, ketika bersama seorang janda berusia 
lingkungan 20-an dipercayai mangsanya.
Sumber SPRM ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek, namun identiti 
lelaki terbabit termasuk di jabatan mana dia bertugas tidak dinyatakan.
“Kami tahan suspek berdasarkan maklumat awam yang diterima dan hasil siasatan 
dijalankan sejak beberapa bulan lalu.
“Ketika ditahan anggota kami, suspek berdua-duaan dengan wanita terbabit dan 
dipercayai menuntut rasuah terbabit.
“Berdasarkan maklumat, kami percaya ini bukan kes pertama dan suspek mungkin
 pernah melakukan perbuatan sama sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta SPRM 2009, 
namun dibebaskan dengan jaminan, semalam.

Kantoi Bersekedudukan Dengan Bekas Isteri, Bini Orang



JITRA: Seorang lelaki dipercayai gila talak apabila didapati bersekedudukan 
dengan bekas isterinya yang juga isteri orang, malah kerap mengunjungi rumah 
jandanya di Tunjang, dekat sini, sebelum mereka dicekup kerana disyaki berkhalwat,
malam kelmarin.

Lelaki berusia 46 tahun itu dikatakan sudah lama berpisah dengan bekas isterinya
berusia 45 tahun dan mempunyai tiga anak yang masih kecil, tetapi dikesan menjalinkan
hubungan sulit ketika suami wanita terbabit tiada di rumah.

Bagaimanapun, kegiatan mereka akhirnya dapat dihidu sebelum dicekup kira-kira jam
11 malam oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu 
(PAKDP) selepas menerima maklumat.

Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya
menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat membabitkan pasangan itu lalu
membuat pemeriksaan lanjut.Beliau berkata, sebaik anggota penguat kuasa tiba, mereka 
mendapati keadaan luar rumah itu gelap dan berkunci dari dalam sehingga menimbulkan
syak.

“Sejurus mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali, ia dibuka seorang wanita 
yang berpakaian lengkap dan terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa PADKP

Bapa Rakam Anak Gadis Sendiri Mandi Tanpa Seurat Benang Di Tapah


TAPAH – Sudahlah mencabul, seorang bapa bertindak mengugut untuk 
membunuh anak gadisnya jika perbuatan tidak bermoral itu dihebahkan
kepada orang lain.

Lelaki berusia 45 tahun itu dikatakan bertindak sedemikian ke atas anaknya 
yang berusia 14 tahun sejak tahun lalu menyebabkan mangsa takut untuk
melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar apabila isterinya menemui beberapa
gambar anaknya dalam keadaan separuh bogel yang disimpan dalam telefon
bimbit milik suspek pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah Superitendan Som Sak Din Keliaw berkata, pada 
mulanya anak kedua daripada tiga beradik itu enggan menceritakan perkara
sebenar kepada ibunya kerana bimbang akan diapa-apakan oleh suspek.

Menurutnya, setelah didesak beberapa kali, mangsa menceritakan perkara 
sebenar sebelum membuat laporan polis bersama ibunya di Balai Polis Tapah,
kelmarin.

“Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua memberitahu dia dicabul 
bapanya di sebuah kampung di kawasan Temoh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas Majlis Perkhidmatan 
Cemerlang dan Pemakaian Pangkat peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Tapah, disini, semalam.

Som Sak berkata, bapa mangsa turut mengulangi perbuatan terkutuk itu 
di beberapa kali di lokasi berlainan termasuk rumah mereka ketika ketiadaan 
ibunya.

Jelasnya, suspek juga mengambil gambar separuh bogel ketika mangsa mandi
tanpa disedarinya menggunakan telefon bimbit.

"Perbuatan jijik suspek dikesan apabila ibu mangsa memeriksa telefon bimbit 
 milik suaminya yang mengandungi gambar separuh bogel anaknya pada 12 
 November lalu sebelum membuat satu laporan polis kelmarin.

“Suspek telah ditahan semalam (kelmarin) bagi bantu siasatan manakala mangsa
 dihantar ke Hospital Tapah sebelum dipindahkan ke Hospital Teluk Intan untuk 
 pemeriksaan.

“Kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 354 serta 506 Kanun 
 Keseksaan,” katanya.

Pelakon Terkenal Jual Diri RM150 Setengah Jam


Prague : Seorang bintang siri televisyen dipecat selepas didapati menawarkan 
perkhidmatan seks apabila pelanggannya menghebahkan aktiviti itu di media sosial.
Diana Korbelova, 18, mencipta nama selepas membawa watak pelajar bernama Maria
dalam drama popular di Czech, The Street.
Media melaporkan, ketika tidak melakukan penggambaran, Diana ‘menjual’ dirinya
sebagai Ester untuk dilanggan lelaki bernafsu besar di kawasan Vinohrady.
Aktiviti pelacuran itu diadakan di sebuah rumah sewa dan Diana mengenakan harga 
£28 (RM150) untuk perkhidmatan selama setengah jam dan £56 (RM300) untuk sejam.
Namun ‘kerja tambahan’ itu akhirnya dihidu penerbit rancangannya selepas seorang
lelaki menguar-uarkan pengalamannya di media sosial.
Petr Cisek, 54 memberitahu, Diana mendakwa dia bekerja di pusat pelacuran itu sejak
dua bulan lalu dan amat menggemari seks.“Kata Diana, dia mendapat tempahan lebih 
banyak berbanding pelacur yang lebih lama di situ.
“Nampaknya Diana memberitahu dia memang dicemburui pelacur lain,” katanya.
Jurucakap TV Nova, Anna Sucha berkata, Diana tidak menimbulkan sebarang masalah 
sehinggalah aktivitinya terdedah.
“Kami tidak akan meminta dia kembali dan kami tidak merancang untuk bekerjasama 
 dengannya lagi. Karier dia telah berakhir,” katanya. – Agensi

Hancur Hati Isteri Terjumpa Video Seks Suami Bersama Wanita Lain Dalam Laptop


Hancur luluh hati seorang isteri apabila terjumpa video aksi lucah suaminya
bersama beberapa wanita lain yang disembunyikan dalam laptop.Wanita berusia 
24 tahun itu terjumpa rakaman video seks berkenaan secara tidak sengaja ketika 
sedang mengemas rumah mereka di Salak Selatan.
Mangsa terjumpa laptop suaminya yang masih belum ditutup. Mangsa kemudiannya
cuba menutup laptop itu, namun terkejut apabila terjumpa satu fail video yang 
mencurigakan.Sebaik saja dibuka, mangsa terkejut melihat video itu mengandungi 
rakaman video suaminya sedang melakukan hubungan seks dengan wanita yang tidak
dikenalinya.
Sedih dengan penemuan itu, mangsa kemudian meminta penjelasan daripada suaminya
mengenai video panas itu.Namun, si suami terus mengamuk dan mengarahkan mangsa
tidak mencampuri urusannya.
Namun, pertengkaran berlaku menyebabkan lelaki itu mengamuk dan menampar pipi 
isterinya. Tidak cukup dengan itu, dia juga menumbuk muka mangsa berulang kali 
sehingga bibir mangsa pecah.

Gempar !!!! Video Klip Bongkar Nelayan Setubuh Pelajar Tingkatan 4


Rahsia seorang nelayan merogol teman wanitanya, pelajar tingkatan empat dari
sebuah sekolah menengah di sini terbongkar selepas video klip perbuatan lelaki 
itu tersebut didakwa tersebar.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ab Rahman Raja Mohamed berkata, klip video
yang merakamkan perlakuan seks pelajar itu dengan teman lelakinya berusia 23
tahun yang dirakamkan lelaki itu, dikatakan telah tersebar di sekolah mangsa.
Menurutnya, mangsa dari sebuah kampung di Penarik mengetahui video klip 
hubungan seks itu tersebar selepas ia heboh di sekolahnya pada dua minggu lalu.
“Pada Ahad lalu, mangsa memberitahu suspek bersama keluarganya datang ke rumah 
mangsa menceritakan tentang perkara itu dan minta untuk berkahwin, namun keluarga
mangsa enggan menerima dan membuat laporan polis,” katanya.
Ab Rahman berkata, siasatan awal mengatakan mangsa mengaku mengenali suspek 
pada 12 Disember tahun lalu dan dia mendakwa dirogol teman lelakinya itu sebanyak
tiga kali iaitu pada Februari, April dan pertengahan Mei lalu.
Menurutnya, selepasperbuatan suspek terbongkar, mangsa tampil membuat laporan 
dan bertindak ataslaporan itu, polis berjaya menahan suspek di rumahnya pada jam
12.45 malam kelmarin untuk membantu siasatan.Kes disiasat di bawah Seksyen 376 
Kanun Keseksaan kerana merogol.-sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan