Khamis, 13 November 2014

KHIDMAT BULUH KASAP




Mufti: Lelaki macam wanita dilaknat
Posted on Tuesday, November 11 @ 20:33:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




KUANTAN - Lelaki yang menyerupai perempuan ataupun sebaliknya perempuan menyerupai lelaki merupakan perbuatan dilaknat ALLAH yang jelas menunjukkan perkara itu haram dalam Islam.
Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abd Rahman Osman berkata, kalau lelaki menyerupai perempuan, kita halalkan, ertinya kita telah menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh ALLAH.


"Hukumnya orang yang bercakap begitu kalau dia sedar dia boleh syirik kepada ALLAH, dia boleh terkeluar daripada Islam kerana dia telah mengubah hukum ALLAH ertinya tidak memperakui peraturan ALLAH," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Melainkan, katanya, golongan 'khunsa muskhil' yang dilahirkan dalam keadaan dua sifat lelaki dan wanita yang boleh dinasihatkan berjumpa doktor bagi membuat pengesahan identiti mereka.

Dalam pada itu, beliau turut menyokong supaya semua majlis agama Islam di negeri-negeri bersama-sama untuk mencelah dalam rayuan kerajaan Negeri Sembilan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan bahawa undang-undang jenayah syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam, melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Pada Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-undang Syariah Negeri Sembilan bahawa golongan lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah dan tidak sah di sisi Perlembagaan.
Panel tiga hakim mahkamah itu yang dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membuat ketetapan tersebut selepas membenarkan rayuan tiga lelaki yang bekerja sebagai mak andam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan  yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu. - Bernama

 Respond Dan Sikap Terhadap Kanun Jenayah Syariah: Barakah Untuk Brunei
Posted on Tuesday, November 11 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Kanun Jenayah Syariah yang diumum perlaksanaannya  di Brunei  pada 2013, sebenarnya bukan asing bagi Brunei yang telah menggunakannya sejak 600 tahun lepas, penerusannya tetap berlaku, walaupun tidak sepenuhnya. Pengumuman bererti dari satu segi peningkatan dan pengukuhan kembali nilai-nilai Islam yang sebenarnya sebagaimana disifatkan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam adalah, ``Pengukuhan cara hidup `Din Islam` di tengah masyarakat umat di Brunei.

Pengucaputama menegaskan bahawa,` `Din Islam adalah cara hidup yang ditentu oleh Allah adalah indah sebagaimana fenomena alam yang diciptaNya adalah Indah.``  Pengucaputama bertanya, 
``Mengapa semuanya indah ?``Jawabnya,
``Kerana Penggubalnya ialah Allah Maha Pencipta bagi segala,``  sambil beliau merujuk kepada maksud Hadith:  ``Sesungguhnya Allah itu Baik, Dia tidak menerima melainkan yang baik.``
 
Walau bagaimana menurut Pengucaputama, pengukuhan yang diambil oleh Kerajaan Negara Brunei tidak semua menerima baik. Ada yang menyifatkan sebagai ``orthodox, kembali kepada zaman kuno, kejam, bengis dan bertentangan dengan lunas-lunas kemanusiaan.
 
Pengucaputama mengklasifikasikan tentang respond dan sikap kepada tiga
1)      Golongan yang menerima secara mutlak
2)      Golongan yang menolak secara mutlak
3)      Golongan separuh menerima  dan separuh menolak dan penerimaan adalah bersyarat.
 
Golongan yang menerima secara mutlak ialah golongan beriman yang sifat iman sebagaimana ditakrifkan hakikat iman ialah. `Qasad dengan hati, iqrar dengan lisan dan beramal dengan arkan. Pengucaputama menyifatkan golongan ini mereka yang kukuh-kental dengan keimanan, laksana gunung batu pejal, tidak dihakis oleh cuaca dan tidak mampu diluluhawa.
 
Golongan yang menolak dengan mutlak, ialah mereka yang di luar dari Islam. Pengucaputama menyebut isyarat dari Al-Qur`an bermaksud:
``Tidak akan reda akan engkau (wahai Muhammad) dari kalangan Yahudi dan Nasara hingga engkau mengikut millah (agama)  mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka)  sesungguhnya pertunjuk Allah (agama Islam) itulah pertunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datang (wahyu yang member) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran) , maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi  pertolongan kepadamu.``  (Al-Baqarah: 120).  
 
Menurut Pengucaputama, belum sampai  24 jam dari pengumuman berbagai  reaksi  negative  dan tuduhan sebagai mundur ke belakang, kuno dan tidak bertamadun diterima. Tekanan juga diterima dari luar yang mengambil sikap yang tidak menyenangkan termasuklah dari media-media berpengaruh di dunia. Brunei di dalam hal ini mengambil sikap mesra dan mengharapkan pihak-pihak berkenaan menghormati kami sebagaimana kami menghormati orang lain.
 
Bagi golongan yang separuh menerima dan separuh menolak membayangkan ketidakyakinan mereka dan menimbulkan berbagai kekhuatiran dan persoalan. Contoh: Mereka menimbulkan persoalan tiadanya hukum rejam dalam Al-Qur`an berhubung dengan kesalahan berzina. Kata Pengucaputama, bahawa ianya ada di dalam Hadith. Beliau mengkiaskan `Perintah solat` secara ijmal di dalam Al-Qur`an, maka secara detailnya diikut dari amalan Nabi yang Baginda sendiri bersabda bermaksud:
 
Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat.``


Menurut Pengucaputama, ``Ada yang bersetuju dengan  Kanun Hukum Jenayah Syariah,  tetapi tidak bersetuju dilaksanakan dengan segera. Menurut Pengucaputama, ``Pendapat ini tidaklah tepat, Brunei  tidaklah tergesa-gesa, tetapi sudah mula melaksanakannya sejak 600 tahun lepas. Perlaksanaan dalam Islam juga tidak terlambat, kerana ianya terlaksana sejak satu setengah milinium yang lalu.
 
Pengucaputama amat berpegang pada hidayah, kurniaan dari Allah yang membalas kebaikan  pemerintah dan hamba dengan memetik firman Allah bermaksud:
 
``Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya. Sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan perkara yang dikehendakiNya. Allah telah pun menentukan  qadar dan masa bagi berlakunya  tiap-tiap sesuatu (Al-Talaq: 2 – 3).
 
Juga dengan beriman dan ketaqwaan Allah memberi  keberkatan dan kurniaanNya, sebagaimana firmanNya: Bermaksud:
``Kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu kurniaan yang melimpah-limpah) berkatnya, dari  langit dan bumi.`` (Al-A`raf: 96).
 
Pengucaputama memberi  contoh dengan rasa syukur, bahawa sejak Negara Brunei melaksanakan Kanun Hukum Jenayah Syariah dengan kemurahan Allah dan berkat ketaatan, Allah menemukan sebanyak enam telaga minyak di Brunei. Katanya, sesungguhnya Allah boleh menggandakan penemuan dengan kehendakNya.
 
Begitu juga Berkat ketaatn dan keadilan semasa pemerintah Khalifah Umar Ibn Al-Aziz  Negara makmur, hasil mahsul melimpah ruah sehingga sukar mencari orang miskin yang layak menerima zakat.
Sesungguhnya kepatuhan kepada Allah dan taqwa kepadaNya membuka pintu hidayah dan barakah.

Sekian.
Dr Shafie Abu Bakar 
 
 MP dedah 'surat sokongan' RM9.6bil untuk 1MDB
Posted on Tuesday, November 11 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



 
 
 Dua anggota parlimen Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan “surat sokongan” kerajaan untuk menjamin hutang RM9.6 bilion 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
 
 


Ia didedahkan oleh Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara ) dan Rafizi Ramli (PKR-Pandan).

Minggu lepas, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menafikan kewujudan surat itu.

Surat tiga halaman, yang ditandatangani oleh menteri kewangan, dikatakan sebahagian daripada “surat tawaran” Goldman Sachs International, yang mempertingkatkan bon untuk 1MDB.

Ia mempunyai tempoh sah 10 tahun dan jelas menyatakan bahawa Malaysia akan membayar balik wang yang dipinjam oleh 1MDB jika syarikat itu tidak mampu membayar.

Pua meminta kerajaan “menyenarai hitamkan” Goldman Sachs jika firma perbankan pelaburan multinasional Amerika itu “berbohong” berhubung kesahan surat sokongan itu.

Manakala Rafizi pula mendakwa Ahmad “menipu” Dewan Rakyat dan mahu merujuknya kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.

Kerajaan berulang kali berkata mereka hanya menjamin RM5.8 bilion daripada keseluruhan hutang 1MDB.
 
Beri 663 Juta kepada YTL kemudian denda 2.4 Juta - Itu kan BODOH!!!
Posted on Tuesday, November 11 @ 08:37:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memaklumkan YTL Communications Sdn Bhd didenda RM2.4 juta pada bulan lalu kerana gagal melengkapkan sekolah seluruh negara dengan perkhidmatan 1BestariNet.

KPM berkata, berdasarkan kontrak yang diberikan selama dua tahun setengah bermula 13 Disember 2011, YTL gagal merangkaikan 1,003 sekolah dengan perkhidmatan internet tersebut."KPM ingin menjelaskan bahawa sehingga tamat tempoh kontrak pada 12 Jun 2014, pihak syarikat berjaya merangkaikan sebanyak 8,886 daripada 9,889 buah sekolah di seluruh negara dengan perkhidmatan 1BestariNet.
"Manakala sebanyak 1,003 sekolah tidak dapat dirangkaikan dengan 1BestariNet kerana syarikat gagal untuk mendapatkan kelulusan dari pihak berkuasa tempatan bagi membina menara telekomunikasi di beberapa negeri, khususnya di Sarawak, Pulau Pinang dan Kelantan.
"Bagaimanapun, bagi 1,003 sekolah yang belum dirangkaikan, KPM sudah menyediakan perkhidmatan internet melalui talian internet interim yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan internet yang lain bagi membolehkan sekolah melaksanakan aktiviti pembelajaran murid secara dalam talian," kata KPM dalam satu kenyataan hari ini.
Laporan Ketua Audit Negara hari ini mendedahkan Projek 1BestariNet KPM tidak memenuhi sasaran tempoh dua setengah tahun selain gagal menyediakan Platform Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) kepada 10,000 sekolah di seluruh negara.
Laporan itu mendakwa, projek 1BestariNet dilaksanakan sebelum guru dan pelajar dilatih sepenuhnya mengguna VLE.
"Penggunaan VLE oleh guru, pelajar dan ibu bapa adalah sangat rendah, 0.01% ke 4.69%," dedah laporan berkenaan.
KPM berkata tahap penggunaan VLE dalam tempoh tiga tahun pertama berada dalam lingkungan 5% ialah lazim, sebagaimana program transformasi pengintegrasian ICT.
Katanya, kementerian sedang memastikan tahap penggunaan VLE ditingkatkan kepada 30-35% dalam tempoh setahun, selain menetapkan KPI penggunaan VLE, khususnya di kalangan guru pada 2015, di antara 25% dan 40% penggunaan.
KPM sudah mengambil langkah-langkah kukuh seperti berikut:
* memastikan prestasi capaian Internet berupaya memberi pengalaman pengguna yang baik melalui pemantauan kualiti rangkaian yang proaktif dan rapi;
* memastikan setiap sekolah mempunyai kelengkapan ICT untuk melaksanakan e-Pembelajaran melalui program 1Murid 1Peranti serta program penyenggaraan peralatan ICT;
* memastikan semua pengurus sekolah mempunyai kemahiran menguruskan sumber terhad melalui penjadualan optimum; dan
* memastikan VLE mempunyai bilangan kandungan (pelajaran) yang mencukupi dan boleh dicapai semua murid tanpa intervensi guru.
Berhubung laporan audit yang mendakwa sambungan jalur lebar di hampir 90% daripada 46 sekolah yang diuji 'tidak memuaskan', KPM berkata pengauditan ke atas rangkaian 1BestariNet secara rawak pada Disember 2013 sudah dilakukan.
KPM berkata dalam tempoh pengauditan tersebut, kelajuan jalur lebar, kependaman (latency), penurunan paket dan "jitter" merupakan antara kriteria ujian yang digunakan.
"Kesemua pengauditan yang dijalankan sepanjang tempoh kontrak mendapati rangkaian 1BestariNet memenuhi Aras Jaminan Perkhidmatan (SLG) yang ditetapkan.
"Bagi mengesahkan kualiti rangkaian yang dibekalkan serta dapatan pengauditan KPM, pengauditan agensi luar dan pihak berkecuali juga dilaksanakan dari semasa ke semasa."
Antara agensi luar yang pernah dilibatkan dalam pengauditan rangkaian 1BestariNet ialah Mampu dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Setakat ini, berdasarkan pengauditan rangkaian yang dilaksanakan secara berkala, pembekal didapati memenuhi SLG seperti dalam kontrak 1BestariNet, katanya.
KPM berkata perolehan perkhidmatan 1BestariNet adalah dilakukan secara tender terbuka bagi tempoh 15 tahun pada 15 Mei 2011 di mana 16 syarikat telekomunikasi menyertai tender tersebut.
Katanya, berdasarkan penilaian teknikal dan kewangan yang dilaksanakan Lembaga Perolehan KPM, YTL Communications ditawarkan kontrak berdasarkan kedudukan penilaian spesifikasi teknikal yang terbaik dan harga yang munasabah, konsisten dengan keputusan Kementerian Kewangan membahagikan tempoh pelaksanaan mengikut fasa.
"Pelaksanaan 1BestariNet mengambil kira dapatan kajian impak yang dilaksanakan oleh pakar perunding berkecuali yang diselaraskan Unit Perancang Ekonomi.
"Reka bentuk rangkaian, spesifikasi perkhidmatan serta skop kerja sudah dimuktamadkan Jawatankuasa Spesifikasi Teknikal Perkhidmatan 1BestariNet, KPM," katanya. - 10 November, 2014.

 Jenazah mufti di perkuburan Kristian
Posted on Monday, November 10 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Kisah ini terjadi di India. Pada suatu hari, seorang mufti meninggal dunia dan beliau pun disemadikan di tanah perkuburan Islam. Pada hari yang sama, seorang remaja perempuan Kristian telah meninggal dunia dan disimpan di tanah perkuburan Kristian.

Disebabkan oleh suatu kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan, pihak polis terpaksa menggali semula kubur remaja perempuan Kristian tersebut. Alangkah terkejutnya mereka tatkala mendapati mayat perempuan tersebut tidak ada di situ bahkan di kubur itu tersemadinya jenazah seorang mufti!

Mereka semua bingung dan hairan bagaimana jenazah boleh bertukar dengan lain. Hasil perbincangan bersama-sama penduduk Muslim, pihak polis kemudiannya menggali semula kubur mufti tersebut yang asalnya berada di tanah perkuburan Islam. Sekali lagi mengejutkan. Di kubur tersebut, mereka telah menjumpai jenazah remaja perempuan Kristian tadi.

Orang ramai semakin bingung. Berita itu tersebar luas sehingga memaksa mereka bertanya kepada waris si mati mengenai apa yang telah remaja perempuan dan mufti itu amalkan ketika di dunia. Mesti ada sesuatu yang Allah hendak jadikan pengajaran terhadap peristiwa bertukarnya kubur itu.

Ibu bapa kepada jenazah perempuan Kristian itu memberitahu, ”Ketika anak kami hidup, dia ada berhasrat untuk memeluk agama Islam tetapi kami menghalangnya. Kami sendiri tidak tahu status agamanya ketika dia meninggal dunia. Adakah masih dalam Kristian atau memeluk Islam secara senyap-senyap.”

Isteri kepada mufti itu pula menceritakan, ”Sepanjang hidup, suami saya memang seorang yang banyak membantu masyarakat menyelesaikan pelbagai masalah agama. Ramai orang bertanyakan kepadanya pelbagai perkara dan dia dapat menyelesaikannya dengan baik. Setiap malam dia akan bangun bersolat tahajjud.”

Mereka yang mendengar masih tidak menemui kecacatan kepada sifat mufti itu. Dia seorang yang mulia dan berjasa kepada masyarakat. Tapi, mengapa Allah menukarkan kuburnya ke tanah perkuburan Kristian. Sehinggalah, si isteri meneruskan ceritanya.
”… Cuma, kadang-kadang saya terdengar suami saya merungut sesuatu. Sewaktu dia bangun untuk solat malam, dia berkata, ’Susahnya jadi orang Islam. Kena solat, kena buat itu … kena buat ini … . Jadi orang agama lain kan senang? Tak perlu nak susah-susah buat semua tu’.”

Kadang-kadang, kita tak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Sebab itulah, kita perlu menjauhi semua perkara dan jangan banyak soal mengapa Allah menyuruh kita berbuat sesuatu dan melarang kita berbuat yg lain. Kadang-kadang, dengan niat yang salah pun Allah murka!

Kita juga tidak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan ’senyuman’ Allah. Sebab itulah, kita mesti berusaha untuk melakukan segala kebaikan dan jangan banyak soal mengapa Allah perintahkan kita berbuat itu dan berbuat ini. Dengan niat yang baik pun, Allah suka!

Berhati-hatilah tatkala anda memberi pendapat mengenai sesuatu pelaksanaan hukum-hukum Allah. Tidak takutkah anda dimurkai Allah? Siapa kita untuk mempertikaikan perintah Allah?- Wallahua'lam

Amaran tidak cukup, pecat penjawat awam terlibat ketirisan, kata Daim
Posted on Wednesday, November 12 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin menggesa Putrajaya memecat penjawat awam yang terlibat dalam ketirisan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.Beliau berkata, tindakan memberi amaran sahaja tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya kerajaan perlu tegas membuang mereka bagi memberi contoh terbaik supaya berdisiplin.


"Amaran-amaran ini tidak boleh, buat salah terus sahaja tendang keluar. Kamu (kerajaan) perlu lakukan. (Dengan) memecat, dapat beri contoh."Mereka perlu berdisiplin, bila tidak berdisiplin, ini masalahnya. Mereka tidak kisah," kata beliau kepada media selepas merasmikan buku berjudul "The Colour of Inequality" di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac), Kuala Lumpur hari ini.
Katanya, pendedahan yang dibuat saban tahun melibatkan kebocoran wang negara menunjukkan mereka tidak peduli dan bimbang walaupun berkali-kali diberi amaran.
"Sejuta, dua juta mereka buat tak faham. Buang terus. Kenapa perlu simpan? Kalau mahu jujur, tendang mereka," katanya.


Semalam, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terkejut kerana lebih banyak kementerian ‎bakal dipanggil jawatankuasanya berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3 yang baru didedahkan.
PAC akan memanggil 13 kementerian dan dua agensi berdasarkan kepada laporan tersebut dan ‎prosiding dijangka bermula pada sesi Dewan Rakyat akan datang.
Antara kementerian yang akan dipanggil segera adalah Kementerian Pendidikan berhubung program 1Bestarinet dan Kementerian Kesihatan bagi pembinaan hospital di Shah Alam.
Laporan Audit Negara mendapati projek 1Bestarinet yang bernilai ‎RM663 juta mempunyai tahap penggunaan yang sangat rendah.
Laporan itu men‎yatakan penyambungan Internet ke 4,176 tapak pengguna lewat disiapkan, antara 12 ke 439 hari dari tempoh pelaksanaan yang ditetapkan.
Tambahan, tiada lanjutan masa dilakukan dan kontraktor tidak dikenakan denda lewat sejumlah RM2.4 juta.
Bagi prosiding kategori program, PAC bakal memanggil Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Sementara itu, PAC juga sudah menghantar surat teguran pengesahan penyata kewangan 2013 dikenakan terhadap Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Finas, Lembaga Pembangunan Seni Visual, Lembaga Wakaf Hindu Penang, Perbadanan Aset Keretapi, dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana.

Petrol RON95 patut diapungkan
Posted on Wednesday, November 12 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Kerajaan wajar memanfaatkan aliran harga rendah minyak mentah dunia dengan mengapungkan harga petrol RON95, mengikut harga pasaran.

Sebelum ini, sudah ada perbincangan bahawa kerajaan berhasrat berbuat demikian, di samping menyediakan dasar subsidi petrol yang lebih khusus kepada kumpulan berpendapatan rendah, dan berikutan kejatuhan harga minyak semasa, mengapa tidak dilakukannya sekarang?

Ketua Ekonomi Kumpulan Maybank Investment Bank Research, Suhaimi Ilias mengunjurkan kejatuhan harga minyak dunia sekarang ini akan kekal untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi.

"Melihat kepada keadaan ini, lebih baik apungkan harga runcit RON95.

"Dengan berbuat demikian, harga minyak akan menjadi rendah dan ini merupakan perkhabaran baik untuk rakyat daripada kerajaan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kali terakhir harga minyak mentah jatuh ke tahap sekarang ialah pada 2010, dengan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada US$79 setong dan Brent pada US$88.

Ketika itu, RON95 dijual pada harga RM1.85 seliter sebelum dinaikkan kepada RM2.30 seliter sekarang, termasuk subsidi kerajaan sebanyak 28 sen seliter.

Pada RM2.30 seliter, ahli ekonomi menganggarkan tanpa subsidi, harga minyak mentah dunia akan berlegar sekitar US$84.80 setong.

Hari ini, harga minyak mentah Brent US$82.34 setong dan WTI pada US$78 setong.

Pada hakikatnya kerajaan sedang melakukan usaha terbaik untuk membantu keperluan rakyat, dan pada masa yang sama memastikan kemampanan ekonomi negara.

Ini terbukti daripada sasaran mekanisme subsidi minyak akan datang yang bakal diperkenalkan pada Jun tahun depan, serta, pengecualian Cukai Barang dan Perkhidmatan ke atas RON95, diesel, gas petroleum cecair, berkuat kuasa mulai April akan datang.

Suhaimi berkata walaupun mekanisme subsidi ini merupakan idea yang baik, ia akan mengambil masa yang lama untuk menjadi kenyataan disebabkan pihak berkuasa perlu menjalankan ujian perintis untuk program itu.

- Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan