Selasa, 25 November 2014

JODOH KETETAPAN DARI ALLAH SWT...MAKA REDALAH...JANGAN KITA RASA CEMBURU...SUAMI YANG BAIK BOLEH MEMBAWA ISTERI2 DAN ANAK2 KESYURGA...ISTERI YANG BAIK BOLEH MEMBAWA SUAMI DAN ANAK2 KESYURGA....MAKA BEGITULAH SEBALIKNYA

Antara Solat Jumaat & Tutup Aurat – Rizuan Abdul Hamid
Posted on Tuesday, November 25 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



"Isu berkaitan hukuman kepada lelaki beragama Islam yang meninggalkan solat Jumaat di Kelantan dan undang-undang mengenai penutupan aurat MPKB-BRI (Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam) mencetuskan pelbagai kontroversi dan reaksi.

Dalam hal ini saya yakin rakyat dan kerajaan (kerajaan pusat, negeri dan tempatan) harus mengadakan banyak forum dan perbincangan kerana ia melibatkan autonomi rakyat (secara individu atau masyarakat) dan autoriti kerajaan.

Dalam hal yang berkaitan juga penulis cuba untuk memberikan sedikit pandangan.

Solat Jumaat
Penulis berpendapat Kerajaan Negeri Kelantan sewajarnya membincangkan semula pelaksanaan yang bakal memenjarakan lelaki Muslim yang "meninggalkan" solat Jumaat sebanyak tiga kali setahun.

Berkaitan dengan isu solat Jumaat, sewajarnya yang dihukum ialah mereka yang "menghina dan tidak menghormati" kewajipan solat Jumaat, contohnya lelaki Muslim yang membeli-belah, makan di khalayak dan berniaga secara leluasa semasa waktu solat Jumaat berlangsung.

Jika mahu menghukum sesiapa sahaja lelaki Muslim yang "meninggalkan" solat Jumaat, saya fikir ianya sukar dan tidak wajar untuk dilaksanakan.

Bagaimana pihak berkuasa mahu mencari pesalah yang meninggalkan solat Jumaat? Apakah dengan menganggu autonomi peribadi seseorang jika mereka duduk sahaja di rumah?

Sementelahan perintah kewajiban solat itu adalah hak dan autonomi individu bagi muslim yang baligh dan di bawah kuasa kebapaan bagi yang belum baligh.

Disebabkan kerana itu Rasulullah S.A.W. menegaskan seorang bapa melalui kuasa kebapaanlah yang semestinya mengajar anak untuk bersolat dan menghukum anak jika mereka meninggalkan solat melalui suatu riwayat hadith yang bermaksud;

“Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.”

Kuasa ini tidak terletak di bawah kuasa kerajaan. Rasulullah S.A.W. juga, sepengetahuan penulis tidak pernah menghukum umat atas kesalahan dan dosa berkait perkara ibadat khusus.

Justeru itu Rasulullah S.A.W. tidak pernah menghukum Abdullah bin Ubai si bapa kaum munafik itu. Tetapi Rasulullah menunjukkan sisi peribadinya dengan membenci sikap Abdullah bin Ubai dan tidak mensolat jenazahkan jenazahnya setelah meninggal dunia.

Begitu juga dengan gesaan Rasulullah S.A.W. mahu membakar rumah mereka yang tidak mendirikan solat berjemaah, tetapi gesaan yang tegas itu tidak sampai ke tindakan menghukum (benar-benar membakar rumah tersebut).

Tetapi kerana beratnya seruan solat, masyarakat dan kerajaan yang dipimpin orang-orang Islam sewajarnya mengadakan kempen besar-besaran untuk menyedarkan masyarakat Islam tentang kewajipan solat tambahan pula solat Jumaat.

Kerana solat Jumaat adalah syiar dan bersesuaian dengan taraf Islam sebagai Agama Persekutuan, tindakan boleh dikenakan kepada lelaki Muslim yang nyata "menghina dan tidak menghormati" kewajiban solat Jumaat seperti yang penulis nyatakan di atas.

Aurat

Seperti juga solat, penulis juga berpendapat isu aurat adalah di bawah kuasa kebapaan untuk mendidik anak-anak mereka menutup dan bukannya kuasa autoriti kerajaan.

Tambah memeningkan bila undang-undang menutup aurat ini dijadikan sebagai undang-undang sivil di bawah seliaan MPKB-BRI, ini seperti juga kes tangkapan pengusaha salun bukan Melayu dan bukan Islam yang menjadi kontroversi suatu masa dulu.

Saya tidak menentang isu ini sepenuhnya tetapi ada beberapa perkara yang harus diambil perhatian tambahan pula kuatkuasanya melalui undang-undang sivil.

Malah jika ia dikuatkuasa melalui enakmen undang-undang Islam negeri sekalipun, penulis tetap berpendapat pelaksanaannya mesti mengambil kira norma dan tahap kefahaman Islam di dalam sesebuah masyarakat.

Tetapi di suatu sisi lain pula, kod dan undang-undang tentang pakaian di Malaysia juga agak kabur.

Apa limitasi minimum kod dan undang-undang berpakaian di Malaysia? Apakah wanita boleh berbikini dan lelaki boleh tidak berbaju di khalayak?

Pasti kita semua masih ingat tentang peristiwa "pengantin separuh bogel" di Ipoh beberapa ketika lalu.

"Pengantin separuh bogel" tersebut dihukum di Bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu menganggu ketenteraman awam (public nuisance) dan bukannya atas undang-undang yang spesifik tentang kod pakaian.

Tafsiran Seksyen 268 Kanun Keseksaan atas kesalahan yang melibatkan pakaian, pastilah suatu tafsiran yang tertakluk kepada hakim setelah mempertimbangkan norma-norma sosial dan masyarakat.

Tetapi di suatu masa, bukankan norma-norma di dalam masyarakat boleh berubah – seperti di barat, di kawasan pantainya, wanitanya dibenarkan untuk mendedahkan dada.

Disebabkan itu penetapan kod pakaian di khalayak harus ditentukan berdasarkan agama, budaya dan masyarakat yang wujud di Malaysia.

Hatta ada negara-negara lain termasuk di barat yang mengenakan larangan terhadap pakaian yang seksi dan berseluar londeh sehingga menampakkan seluar dalam di khalayak.

Bagi penulis, ini adalah moraliti sejagat dan menjadi sekular sekali pun tidaklah bermakna penghapusan moral dan etika.

Namun persoalannya, wajarkah kod pakaian Islam yang mesti diterapkan secara tegar dalam undang-undang sivil?

Malah apakah wajar pihak kerajaan menghukum masyarakat Muslim yang tidak menutup aurat?

Dalam perkara ini penulis berpendapat moraliti awam yang harus ditekankan supaya keteraturan awam (public order) dapat dikekalkan.

Dalam "bahasa Islam" pula, yang dihukum cuma bagi kesalahan yang menghampiri kepada pendedahan aurat yang berat (aurat meghallazah).

Apakah wajar bagi pemakaian awam yang mendedahkan tubuh sehingga ke pangkal peha, menampakkan pusat serta mendedahkan bahu (sebahagian besar dada)?

Manakala perbuatan mendedahkan aurat ringan (aurat mukhafaffah) tidak wajar dihukum kerana ia masih tidak menganggu keteraturan awam, namun bagi muslim ianya tetap perlakuan yang berdosa.

Untuk menambah maklumat, Qatar menetapkan aturan pakaian untuk menutup bahu di bahagian atas sehingga ke lutut di bahagian bawah (bagi wanita) – mahu tidak mahu, aturan ini juga pasti mengikat rakyatnya yang majoriti muslim.

Ini kerana Qatar tidak mengenakan sebarang kod pakaian terhadap rakyatnya yang masih kuat berpegang kepada kod pakaian Islam. Malah "legging" tidak diiktiraf sebagai seluar di Qatar.

Bagi penulis, ini lebih sesuai dengan moraliti sejagat dan tidak secara tegar memaksakan semua orang dengan kod pakaian Islam.

Dalam masa yang sama juga, pihak berkuasa wajar mengadakan kempen besar-besaran dan dakwah hikmah untuk memberi kesadaran kepada masyarakat muslim untuk berpakaian menutup aurat.

Sekadar suatu pandangan. – 3 November, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
Pejuang_Islam
Posted on Tuesday, November 25 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


MH370 terdampar di Sumatera?
Posted on Tuesday, November 25 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah





SYDNEY 24 Nov. - Pengarah Program Operasi Pencarian MH370 Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Peter Foley mendakwa serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dijangka terdampar di kawasan pantai setelah dibadai ombak dan kemungkinan besar terdampar berhampiran pantai Sumatera.

Laman web Mirror.Uk memetik Foley sebagai berkata, beliau percaya serpihan pesawat itu daripada jenis Boeing 777 akan bergerak ditolak ombak ke Indonesia dan jika perkara itu benar, segala misteri tentang kehilangan pesawat itu bakal terjawab."Sesuatu (daripada pesawat MH370) pasti akan terdampar di kawasan pantai dan kemungkinan besar di kawasan pantai di Sumatera. Kami dimaklumkan banyak orang telah menemui objek pelik di kawasan pantai dan menyerahkannya kepada polis tempatan.
"Kami kemudian menyerahkan objek berkenaan kepada Boeing untuk dikenal pasti, namun sehingga kini tiada sebarang berita positif diterima tentang pesawat itu. Objek yang berada di laut mengambil masa lama untuk terdampar di pantai setelah dibadai ombak," jelas Foley.
Kata Foley, dua buah kapal masih menjalankan kerja-kerja mencari pesawat MH370 di dua buah kawasan yang telah dikenal pasti, menggunakan peralatan pengimbas sonar.
Jelasnya, 40 orang krew bekerja di atas kapal berkenaan 24 jam secara bergilir-gilir bagi memastikan usaha mencari dapat dijalankan dengan lancar.
"Ada kalanya cuaca di laut begitu buruk, tetapi kami percaya kami akan mendapat jawapan misteri tentang kehilangan (MH370) ini. Penting untuk semua pihak mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku kepada pesawat tersebut," ujar Foley.
Kehilangan pesawat MH370 hampir memasuki sembilan bulan sejak dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu, ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 orang penumpang dan anak kapal. - UM 

Tak mampu sekolahkan anak sebab kesempitan hidup
Posted on Tuesday, November 25 @ 07:26:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



"Satu keluarga di Taman Jasmin, Senawang dalam kesempitan sekarang ini. Suami tidak mampu bekerja sepenuh masa kerana mengalami masalah kesihatan. Pendapatan sebulan tidak sampai RM 1000. Mempunyai empat orang anak, salah seorang anak di sekolah rendah tidak mampu ke sekolah kerana masalah kewangan.

Anak kecil tidak lagi diberi susu, hanya diberi minum teh atau air sirap. Dapur selalu tidak berasap, suami pergi kerja berbekalkan RM3 sahaja.


Keluarga ini baru nak buat permohonan Baitul Mal untuk bantuan persekolahan. Tahun hadapan 2 orang anak keluarga ini akan bersekolah rendah.

Kepada mereka yang ingin membantu keluarga ini untuk keperluan makanan asas dan sebagainya sila hubungi saya 012-2267406.
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Akaun Bank Islam atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan no Akaun 05012010047905 atau akaun Maybank saya , no akaun 155126945930
Yang menjalankan amanah,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
24 Nov 2014
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Tuesday, November 25 @ 07:26:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


 DUN Selangor: Khalid Tinggalkan Sidang Sebelum Sesi Soal Jawab
Posted on Monday, November 24 @ 17:51:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah





SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggalkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum penggantinya, Mohamed Azmin Ali berucap pada sesi soal jawab lisan.

Khalid dilihat berbuat demikian selepas DUN Selangor selesai menjalankan proses pengundian pemilihan bagi jawatan timbalan speaker.
Tindakan tergesa-gesa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu bagaimanapun gagal dihidu pihak media yang berada di bangunan tambahan DUN Selangor.
Terdahulu, sebelum persidangan DUN Selangor bermula pada pukul 10 pagi Isnin, Azmin dilihat bersalaman dengan semua wakil rakyat termasuk Khalid.
Sementara itu, Azmin ketika ditemui di luar dewan persidangan hanya tersenyum apabila diminta mengulas mengenai perbualan ringkasnya dengan mantan menteri besar itu.
Baru-baru ini, Khalid dikaitkan dengan kontroversi pembayaran pampasan berjumlah RM2.6 juta kepada lapan bekas pembantunya.
Pembayaran tersebut dibuat Khalid di penghujung tempoh perkhidmatannya sebelum Azmin mengambil alih jawatan menteri besar. - MSTAR


Bakal Bergelar Permaisuri, Inilah Foto Cincin Pernikahan Neelofa Dengan Kerabat Diraja?

Wahhhhh. Okay tu je reaksi kami bila terpandang gambar sebentuk cincin di Instagram Neelofa berserta caption ‘loml’ ala-ala mengundang orang untuk berteka-teki.
Kalau mengikut fahaman dan translasi dari kamus Google‘loml’ yang sering digunakan oleh generasi internet sekarang bermaksud ‘Love of My Life’. Ehemm apakah makna semua ini?
Dari apa yang kami baca di ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan tahniah dan berpendapat cincin berkenaan adalah tanda Neelofa sudah dirisik seseorang.

Kalau betul, maka tak lama lagi kita akan menyaksikan Neelofa menyarungkan pakaian pengantin dan bersanding di atas pelamin. Agak-agak boleh diiktiraf Wedding of the Year tak?
Tapi apa yang kelakar, ada juga yang terus-terusan mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan seakan memberi hint bahawa Neelofa adalah bakal Permaisuri. Hmm tak beranilah kami nak cakap lebih-lebih selagi tuan punya badan belum buat statement.
Apapun, kita doakan yang terbaik sahajalah untuk Neelofa. Mungkin masanya sudah tiba untuk si cantik manis ini menjelaskan apa yang sepatutnya seperti yang telah dikatakan beberapa bulan lepas. Sumber
Tag : Hiburan

Kemusykilan hadis tentang berjimak

http://www.e-fatwa.gov.my/ | .

ISU:

Saya terbaca satu blog yang memberikan info yang agak MUSYKIL dan saya ingin mengetahui sama ada ianya sahih atau tidak. Saya mendapat link daripada facebook. Antara isi kandungan blog adalah seperti dibawah:

Adapun Hadis Rasululah saw mengenai waktu waktu yang dilarang untuk berjimak iaitu:
1. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, padapertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”

2. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”

3. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”

4. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”

5. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”

6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”

7. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”

8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”

9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”
10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”
11. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”

12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”

13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”

14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”

15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “

16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”

17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”
18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”

19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”

20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”

Diharap pihak tuan boleh menjelaskan/mensahihkan info tersebut? Terima kasih. PENJELASAN:
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, hadis tersebut direkodkan oleh seorang ulama Syiah bernama al-Syeikh al-Mufid (meninggal dunia tahun 413 Hijrah), dalam bukunya "al-Ikhtisas", disunting oleh Ali Akbar al-Ghifari dan al-Sayyid Mahmud al-Zirandi, terbitan Dar al-Mufid, Beirut tahun 1993, halaman 132-135. Hadis tersebut juga direkodkan oleh ulama Syiah lain dalam buku 'al-Faqih', 'al-'Ilal', dan 'al-Amali. Menurut Ibnu Nadim, dalam bukunya 'al-Fihris' Syeikh al-Mufid nama sebenarnya Muhammad bin Muhammad bin al-Nu'man Ukbari al-Baghdadi yang dikenali dengan nama al-Syaikh al-Mufid dan Ibn al-Mu'allim, dilahirkan pada 11 Zulkaedah di Ukbari, Iraq pada tahun 338 hijrah dan mati pada bulan Ramadhan tahun 413 Hijrah/1022 Masihi dalam usia 75 tahun. Jenazahnya diimamkan oleh al-Syarif al-Murtadha dan dihadiri oleh 80,000 orang Syiah. Beliau adalah dalam kalangan ulama besar Syiah yang masyhur pada abad ke 4 hijrah. Karangannya melebihi dua ratus buah buku dalam pelbagai bidang keagamaan (hlm 266 –268).
Berdasarkan analisa yang telah dilakukan, tiada dalam kalangan ulama hadis Ahli Sunnah Wal Jamaah yang meriwayatkan hadis seumpama itu. Oleh itu, hadis tersebut adalah diragui kesahihannya, maka adalah lebih utama untuk tidak menerima riwayat tersebut.
Wallahu a'lam
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan