Rabu, 19 November 2014

JALAN RAYA BUKAN MILIK KITA SORANG...BERKONGSI....BERUNTUNGLAH RUMAHTANGGA YANG AMAN BAHGIA...ALHAMDULLILAH...SEGALA2 KETENTUAN ALLAH SWT

DETIK-DETIK KEMATIAN MUSTAFA KAMAL ATATURK
MUSTAFA Kamal Ataturk adalah penggagas Republik Turki . Ia didapuk sebagai pemimpin revolusi, negarawan dan Presiden Turki yang pertama.
Ataturk pula yang memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan membawa Turki ke arah negara modern, demokratik dan negara sekular.
Ataturk memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Di saat kematiannya, ada beberapa penyakit kepadanya, di antara ialah:
1. Dilanda penyakit kulit hingga ke kaki di mana ia merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang waktu.
Pada 26 September 1938, ia pingsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas, lalu ia sempat siuman, namun kemudian hilang ingatan secara permanen.
Pada 9 November 1938, ia pingsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu ia meninggal, konon tidak seorang pun yang memandi, mengafani dan menshalatkannya. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuannya datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengafani dan menshalatkannya.
Menurut banyak sumber, ketika dibawa ke pemakaman, mayatnya tidak mau masuk ke liang lahat. Disebabkan putus asa, akhirnya orang-orang yang menguburkan mayatnya mengawetkan mayat Ataturk sekali lagi dan dimasukkan ke museum yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun atau sampai tahun 1953.
Setelah 15 tahun mayatnya kembali hendak dikuburkan, namun masih juga susah. Akhirnya, jenazahnya dibawa ke satu bukit dan ditanam dalam satu bangunan marmer yang beratnya 44 ton. Mayatnya dikubur di celah-celah batu marmer.
SELENGKAPNYA: http://www.islampos.com/detik-detik-kematian-mustafa-kamal…/


Baru perintah satu negeri, janganlah sombong sangat

HAMBALI AKRAM | .
BARU-baru ini saya agak terkejut dan terkilan apabila Ketua Menteri Pulau Pinang menyerang presiden PAS atas isu tidak hadir mensyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat. Namun, isu itu telah pun selesai dan sewajarnya tidak berbangkit lagi.

Tetapi, apabila saya terbaca berita yang disiarkan dalam portal Selangorkini yang menyatakan bahawa Majlis Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak pernah mengadakan mesyuarat sejak 2009 – mendorong saya untuk meluahkan sesuatu di sini.

Bagi saya, tidak usahlah terlalu sombong dengan rakan-rakan pembangkang yang lain khususnya PAS  hanya kerana sudah menjadi ketua menteri untuk penggal yang kedua. Ya, memang diakui kuasa anda dijangka tidak akan tergugat sekurang-kurangnya untuk beberapa PRU lagi.

Itu baru dapat kuasa satu negeri, bagaimana pula sikap anda jika dapat memerintah Malaysia? Sekali imbas mungkin dilihat serangan hanya kepada PAS. Tetapi perlu diingat majoriti pendokong PAS ialah orang Melayu. Hal ini akan dijadikan modal untuk Umno untuk mempengaruhi undi Melayu supaya menjauhi DAP.

Dari segi sejarah, PAS telah berkuasa di Kelantan sejak PRU 1959 – 1978 dan 1990 hingga sekarang. Walaupun begitu, PAS tidak mudah melatah dan menyerang rakan-rakan pembangkang sesuka hati walaupun ketika Pakatan Rakyat masih belum terbentuk.

Umum mengetahui bahawa tidak ada suatu parti di Malaysia yang boleh membentuk kerajaan pusat secara sendirian. Mahu atau tidak mereka mesti bergabung dengan parti lain. Hal ini kerana, walaupun majoriti penduduk di Malaysia terdiri daripada Melayu dan bumiputera, sokongan daripada kaum lain juga amat penting.

Namun, sikap sombong ini akan menjauhkan orang Melayu khususnya pendokong PAS daripada parti anda. Bak kata pepatah, lukanya sudah sembuh, tetapi parutnya tetap ada. – HARAKAHDAILY 18/11/2014

Waspada Penjenayah Pecah Cermin Kereta, Samun Beg Tangan


pecah CERMIN KERETA SUARA TV

KUALA LUMPUR: Polis menerima 10 laporan kes samun dengan memecah cermin kereta sebelum merampas beg tangan di tempat duduk penumpang.
Ketua Polis Wangsa Maju, Supritendan Nor Azman Muhamad Yusof, berkata semua kes terbabit berlaku sekitar daerah itu termasuk Gombak, Genting Kelang dan Ampang Hilir dengan mensasarkan wanita berusia dalam lingkungan 40-an.
“Kejadian ini biasanya dilakukan ketika waktu hujan, lalu lintas sesak dan ketika kenderaan berhenti di lampu isyarat.
“Modus operandi mereka adalah bergerak berdua menggunakan motosikal dengan memantau kereta yang dipandu wanita dan menggunakan palam pencucuh untuk memecahkan cermin kereta mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Rabu.
Sehubungan itu, Nor Azman menasihatkan orang ramai terutama wanita supaya berhati-hati ketika memandu dan berwaspada jika ada penunggang motosikal yang mencurigakan berada berhampiran kenderaan mereka.
Sementara itu, Nor Azman yakin pihaknya berjaya menyelesaikan sebanyak 50 kes samun di sekitar Wangsa Maju berikutan penahanan tiga lelaki pada 4 Mei lalu.
Katanya, kira-kira pukul 3 pagi polis menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di Taman Sri Rampai selepas menerima aduan mangsa samun.
“Susulan itu, kami dua lagi lelaki berusia 16 dan 21 tahun ditahan di sebuah rumah di Air Panas, Setapak dipercayai terlibat dengan beberapa kes samun.
“Polis merampas sebuah telefon bimbit dan komputer riba di lokasi tersebut dan mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
“Kesemua mereka mengaku terbabit dalam 50 kes samun sepanjang tahun ini,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana kesalahan samun berkumpulan.

‘Samseng Ludah Cermin Kereta’ Ditahan Polis


Samseng Jalanraya

Kuala Lumpur – Seorang lelaki berusia 50-an yang gambarnya tersebar dalam laman-laman sosial kerana disyaki membuli pemandu lain di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) berdekatan susur keluar ke Putrajaya semalam, ditahan malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supritendan Tan Ah Chua berkata, lelaki tersebut ditahan setelah polis bertindak atas maklumat daripada mangsa yang membuat laporan sejurus selepas kejadian.
Lelaki itu mengamuk kerana pemandu wanita berkenaan telah membunyikan hon terhadapnya berikutan pemanduannya keluar masuk laluan secara berbahaya.
Dia melepaskan marahnya dengan merosakkan kereta wanita berkenaan dan meludah di cermin keretanya.
Dalam kejadian yang dipos di laman Facebook lalu menjadi viral itu, lelaki berkenaan menghentikan kenderaan SUV-nya di tengah jalan sebelum keluar lalu menumbuk cermin tingkap kereta Alisia Thean, selain meludah serta merosakkan pengelap dan cermin sisi kereta wanita berkenaan.
Dalam postingnya yang mendapat 5,000 perkongsian serta lebih 1,000 komen itu, Thean menulis dia membunyikan hon terhadap pemandu SUV di hadapannya kerana pemandunya kerap bertukar laluan secara berbahaya. Lelaki berkenaan ketika itu juga membawa seorang penumpang wanita.
Katanya, selepas menghentikan keretanya secara tiba-tiba di hadapannya, “lelaki itu kemudian mengetuk cermin tingkap kereta, merosakkan alat pengelap dan mematahkan cermin sisi kereta saya.”
Posting itu juga menyiarkan 15 keping gambar lelaki berkenaan melakukan perbuatan berkenaan dengan gambarnya serta SUV-nya jelas kelihatan.
Thean juga memberitahu pengguna Facebook yang meninggalkan komen, dia sudah melaporkan kejadian berkenaan kepada polis yang mengesahkan ia jelas perbuatan buli jalan raya.
Awal tahun ini di Kuantan, seorang wanita menyerang seorang lelaki selepas keretanya dilanggar dari belakang.
Samseng Ludah Cermin Kereta


Samseng Ludah Cermin Kereta 1
















Mangsa Samun Serik Bantu Orang Kemalangan


Samun Lahar Minyak

Kepala Batas – Pemandu van kilang yang kenderaannya disamun empat lelaki ketika dia cuba membantu mereka terlibat dalam kemalangan di Lahar Minyak, di sini semalam, serik untuk menolong mangsa kemalangan jalan raya.
Mohd Izhar Aziz, 38, yang menjadi mangsa samun empat lelaki dalam kejadian pukul 8.30 pagi semalam berkata beliau dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian dan terkejut apabila melihat sebuah kereta Kelisa berwarna kelabu terbalik dalam parit.
“Saya melihat dua lelaki melambai-lambai tangan dan seorang daripadanya meminta tolong serta memberitahu bahunya patah. Seorang lagi pula merangkak keluar dari kereta berkenaan dan apabila cuba berdiri, dia terjatuh dan berdasarkan pemerhatian saya, kemungkinan kakinya patah manakala dua lagi rakan mereka tidak mengalami kecederaan.
“Saya dan beberapa pengguna jalan raya di tempat kejadian cuba memberi bantuan kepada mereka,” katanya ketika dihubungi malam tadi.
Mohd Izhar berkata beliau kemudiannya menyuruh empat lelaki berkenaan masuk dan berehat di dalam vannya sebelum beliau pergi semula ke arah kereta mereka yang terbalik dalam parit, terletak kira-kira 10 meter dari situ.
“Tiba-tiba saya dengar bunyi enjin kenderaan dan nampak seorang daripadanya memandu van dan memecut laju, tidak sempat untuk saya berbuat apa-apa,” katanya.
Berikutan kejadian itu, Mohd Izhar berkata beliau kerugian RM3,700 dan sebuah telefon bimbit yang diletakkan dalam van itu.
“Saya baru sahaja membuat pinjaman dengan majikan dan duit RM3,000 itu ingin digunakan untuk perbelanjaan sekolah tiga orang anak saya dan tidak sangka jadi begini,” katanya yang bekerja dengan sebuah syarikat swasta di Seberang Jaya.
Beliau juga tidak menyangka mangsa kemalangan berkenaan merupakan penjenayah kerana sebelum kejadian itu, mereka telah menyamun seorang wanita.
Terdahulu, keempat-empat suspek berkenaan telah menyamun seorang wanita di hadapan rumahnya di Bandar Putra Bertam, di Kepala Batas dan melarikan beg berisi pakaian, wang tunai dan cermin mata.


 

 

Padah skandal, suami belasah kekasih isteri
KUALA TERENGGANU - Angkara cemburu, seorang suami nekad membelasah lelaki dipercayai kekasih isterinya sehingga nyaris buta dalam kejadian di Kampung Baru Kiri, Kemasik, Chukai, Kemaman pada Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa berusia 22 tahun yang cedera di mata dikejarkan ke Klinik Kemasik sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman.

Bagaimanapun, disebabkan kecederaan yang serius pada selaput mata, mangsa terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menjalani pembedahan kecil.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, siasatan awal mendapati, suspek bertindak sedemikian kerana cemburu selepas mengetahui mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Menurutnya, insiden itu diketahui abang mangsa berusia 24 tahun yang sedang berehat di rumah di kampung sama selepas dimaklumkan beberapa penduduk yang melihat kejadian.
“Sejurus dimaklumkan, abang mangsa bergegas ke lokasi kejadian yang tidak jauh dari rumah mereka. Sebaik tiba, abang mangsa melihat adiknya berada dalam keadaan separuh sedar dengan beberapa kesan kecederaan termasuk pada mata.

“Abang mangsa segera membawa adiknya ke klinik berhampiran, namun pihak klinik meminta mangsa dihantar ke Hospital Kemaman bagi rawatan lanjut sebelum dirujuk ke HSNZ untuk jalani pembedahan kecil,” katanya.

Kata Che Suza, kecederaan dialami mangsa dipercayai akibat ditumbuk dengan buku lima dan lebih parah apabila terkena cincin dipakai suspek, tetapi keadaan mangsa dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan.

“Siasatan masih dijalankan. Kita sedang mengenal pasti suspek yang bertanggungjawab. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya,” katanya.8:00AM - 19 Nov 2014

'Pak Menteri, tidak semua orang Cina kaya'

ULASAN Jumaat lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek dipetik oleh blog Umno sebagai berkata bahawa ada “negeri tertentu” yang bersembunyi di sebalik dasar meritokrasi untuk mendiskriminasikan Melayu secara halus.

Walaupun beliau tidak menyebut secara langsung, umum jelas bahawa beliau merujuk kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang menerajui Pulau Pinang.

Pada hari Sabtu, saya menyangkal tuduhan yang tidak berasas itu dengan menyenaraikan pelbagai dasar kebajikan yang bukan berasaskan kaum tetapi berasaskan keperluan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Dasar-dasar ini telah memberi manfaat kepada banyak isi rumah miskin, di mana kebanyakannya merupakan keluarga Melayu. Sementara itu, prosedur pemerolehan yang telus telah membolehkan penganugerahan projek-projek negeri kepada syarikat-syarikat Bumiputera yang benar-benar layak. Ini sangat berbeza dengan pendekatan yang didukung oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Saya juga menzahirkan rasa malu bahawa masyarakat Melayu kekal miskin di Pulau Pinang setelah 50 tahun pemerintahan Barisan Nasional, sementara kerajaan Pakatan Rakyat sedang cuba yang terbaik untuk membantu golongan miskin.

Pun begitu, saya terkejut apabila mendapati bahawa Shabery bukan sahaja gagal memahami maksud kenyataan balas saya, malah beliau menuduh saya sebagai “bias dan rasis.” Tidak cukup dengan itu, beliau lagi menunjukkan bulu perkaumannya dengan berkata: “Mengapa beliau (Zairil) tidak menyatakan kejayaan orang Cina hasil kejayaan BN?”

Kenyataan perkauman sebegitu adalah kelumrahan bagi seorang menteri Umno dan merupakan ciri fitrah Barisan Nasional yang sentiasa gagal untuk memahami bahawa kemiskinan dan kesenjangan pendapatan bukanlah masalah perkauman.

Memetik ahli ekonomi terkenal dan pengarang The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia, Dr Muhammed Abdul Khalid, kemiskinan adalah “masalah Malaysia.”

Malah, buku Dr Muhammed menunjukkan bahawa dua pertiga daripada pekerja Malaysia berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, dan kira-kira 90 peratus daripada semua rakyat Malaysia mempunyai hampir sifar simpanan.

Realiti yang menyakitkan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia daripada semua kumpulan etnik sekadar kais pagi makan pagi.

Fakta ini disokong oleh Kaji Selidik Upah dan Gaji 2013 oleh Jabatan Statistik, yang menunjukkan bahawa gaji penengah atau median bagi Bumiputera berada pada RM1,600 sebulan. Bertentangan dengan apa yang Shabery percaya, orang Cina tidaklah jauh lebih baik, di mana gaji median kumpulan etnik ini hanya RM2,000 sebulan. Orang India pula mendapat gaji median bulanan sebanyak RM1,500.

Dalam erti kata lain, gaji median bulanan bagi ketiga-tiga kumpulan etnik utama di negara kita berada pada tahap RM2,000 ke bawah, lantas melayakkan mereka sebagai golongan berpendapatan rendah.

Tambahan pula, kesenjangan pendapatan sudah menjadi satu masalah yang membimbangkan di Malaysia apabila negara kita mencatat jurang paling besar antara yang kaya dan miskin dalam kalangan negara Asia Tenggara.

Dari segi etnik, kesenjangan ini adalah tertinggi dalam kalangan kaum India, diikuti kaum Cina dan kemudian Bumiputera.

Walau bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari bahawa jurang antara orang Cina kaya dan orang Cina miskin sebenarnya yang paling luas dari segi nominal berbanding kumpulan etnik lain.

Oleh itu, selain semua hartawan Cina yang kita dengar, ada majoriti besar orang Cina berpendapatan rendah yang lebih kurang sama dengan rakan-rakan mereka yang lain di Malaysia.

Walaupun secara empirikal terbukti rakyat Malaysia secara keseluruhannya berada pada tahap sosio-ekonomi yang rendah, namun tidak dapat disangkal memang terdapat suatu golongan rakyat Malaysia yang sangat istimewa.

Rakyat Malaysia terpilih ini istimewa kerana mereka dianggap layak untuk menerima layanan khas dalam bentuk penganugerahan tender rundingan langsung, kontrak murah hati (sweetheart deal), konsesi yang menguntungkan serta projek mega daripada kerajaan Barisan Nasional.

Rakyat Malaysia istimewa ini juga dikenali sebagai kroni, dan mereka juga tidak terpisah mengikut kaum. Jika kerajaan Barisan Nasional ingin diiktiraf kerana berjaya memperkayakan mana-mana golongan, maka golongan kroni inilah yang berjaya diperkayakan tanpa mengira kaum.

Malangnya, dasar-dasar yang membentuk sebuah ekonomi sewaan (rentier economy) berdasarkan kapitalisme monopoli (state monopoly capitalism) telah membawa manfaat hanya untuk kelas kapitalis kroni ini, dan bukan kepada majoriti rakyat Malaysia yang terperangkap dalam jerat kemiskinan dan kesenjangan pendapatan.

Jelas, keadaan ini akan makin parah melainkan polisi proaktif diperkenalkan untuk menangani rasuah dan kronisme yang telah merompak kekayaan negara milik rakyat Malaysia marhaen.

ZAIRIL KHIR JOHARI adalah ahli Parlimen Bukit Bendera dan penolong setiausaha publisiti Kebangsan DAP 
 
Isteri Eizlan Yusof fail pengesahan lafaz cerai
  • Datuk Eizlan Yusof, Datin Vie Santie Harun
1 / 1
KUALA LUMPUR - Isteri kepada pelakon kacak, Datuk Eizlan Yusof, Datin Vie Santie Harun memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini.

Vie Santie, 28, selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Semasa sebutan kes itu dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, Peguam Syarie Syamimi Ab Rahman yang mewakili plaintif memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan tiga keterangan saksi plaintif.

"Terdapat juga beberapa permohonan lain yang berkaitan dengan perkahwinan ini sedang dibincangkan dengan defendan untuk diselesaikan," katanya.

Sehubungan itu peguam itu memohon penangguhan perbicaraan kes itu kerana  saksi-saksi plaintif yang sepatutnya memberi keterangan tidak dapat hadir.

Pada prosiding itu, pasangan itu juga tidak hadir dan berada di luar kawasan.

Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 44, selaku defendan tidak diwakili peguam.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan 13 Januari tahun depan untuk menyambung semula perbicaraan dan meminta pihak-pihak hadir bersama saksi.

Eizlan yang juga merupakan penerbit eksekutif dan ahli pernigaan itu bernikah dengan Vie Santie pada 7 Julai 2007.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan  tiga cahaya mata Vie Zaara; Zareef Yusof dan Vie Zaalia berusia antara satu hingga lima tahun.
Artikel Berkaitan
 

Respon pengguna facebook mengenai kelakuan isteri Eizlan Yusof paling mengejutkan [4 Gambar]


Respon pengguna facebook mengenai kelakuan isteri Eizlan Yusof paling mengejutkan. Tiada angin tiada ribut tahu tahu sahaja pasangan Eizlan Yusof dan isterinya, Vie Santie Harun kini dalam proses penceraian selepas si isteri memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.


Sinar Harian laporkan yang Vie Santie memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Semasa sebutan kes itu dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, Peguam Syarie Syamimi Ab Rahman yang mewakili plaintif memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan tiga keterangan saksi plaintif.

“Terdapat juga beberapa permohonan lain yang berkaitan dengan perkahwinan ini yang sedang dibincangkan dengan defendan untuk diselesaikan,” katanya.

Sehubungan itu peguam itu memohon penangguhan perbicaraan kes itu kerana saksi-saksi plaintif yang sepatutnya memberi keterangan tidak dapat hadir. Pada prosiding itu, pasangan itu juga tidak hadir dan berada di luar kawasan.

Eizlan Yusof selaku defendan tidak diwakili peguam. Sehubungan itu mahkamah menetapkan 13 Januari tahun depan untuk menyambung semula perbicaraan.

Susulan tindakan Vie Santie Harun menfailkan permohonan lafaz cerai hari ini, ia terus mendapat respon dari orang ramai di laman sosial facebook.

Antara respon yang paling mengejutkan kami ialah komen seorang wanita yang dirahsiakan identitinya mengenai kelakuan isteri Eizlan Yusof itu. Begitupun, sejauhmana kesahihan dakwaan wanita terbabit, itu kami tidak pasti setakat ini.

Korang sendiri boleh baca komen tersebut di bawah. Nilai sendiri ya.
Sumber asal : Blog Melvister


Tiada ulasan:

Catat Ulasan