Selasa, 11 November 2014

HIDUP BERCELARU BILA TAK IKUT AJARAN ISLAM...ISLAM SAJA SATU2 AGAMA YANG ALLAH SWT TERIMA




 

Teroka tanah: Penguatkuasa terima ugutan bunuh
  •  Adnan Yaakob Adnan Yaakob
1 / 1
KUANTAN - Ugutan bunuh yang diterima pihak berkuasa di Cameron Highlands adalah antara halangan yang menjadikan usaha penguatkuasaan di daerah itu gagal dilaksanakan mengikut undang-undang.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri bertanggungjawab melindungi keselamatan mereka yang bertugas menjalankan penguatkuasaan.
Justeru, katanya, kerajaan negeri mengalu-alukan Kerajaan Persekutuan untuk bertindak berdasarkan kuasa yang ada.

“Langkah penguatkuasaan di Cameron Highlands sudah dilaksanakan sebelum ini, namun anggota penguat kuasa berdepan pelbagai halangan termasuk menerima ugutan bunuh,” katanya pada Majlis Perasmian Wisma Kastam Sultan Haji Ahmad Shah yang disempurnakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, semalam.

Beliau turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyegerakan siasatan ke atas pihak yang didakwa menjadi dalang pencerobohan tanah secara haram di Cameron Highlands.

Katanya, banyak spekulasi dibuat dan mengaitkan parti politik dalam aktiviti rasuah serta penyalahgunaan kuasa dalam isu berkenaan.

“Kita mahu siasatan secara telus dijalankan agar pihak didapati bersalah diharapkan ke muka pengadilan.

“Kerajaan negeri juga terbuka dan bersedia memberi kerjasama kepada SPRM, malah kita tidak akan melindungi mana-mana pihak yang melanggar peraturan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri memandang serius kejadian di Cameron Highlands minggu lalu sehingga membabitkan kemusnahan harta benda dan kematian.

“Saya terbuka menerima cadangan Kerajaan Persekutuan melalui mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin yang akan membasmi pendatang asing tanpa izin di kawasan pelancongan itu.

“Usaha itu adalah satu komitmen Kerajaan Persekutuan dalam membantu kerajaan negeri yang mempunyai kuasa yang terhad untuk bertindak,” katanya.

Adnan turut menjelaskan bahawa kejadian banjir lumpur itu tidak dapat dielakkan ekoran berlaku mendapan di kawasan sungai.

Tambahnya, penduduk di kawasan itu harus memberi kerjasama kepada kerajaan untuk memastikan satu penempatan terancang boleh diwujudkan.



5:30PM - 11 Nov 2014

Lagi mangsa 'inspektor kasanova' lapor polis


Seorang lagi wanita mangsa penipuan kasanova yang menyamar Inspektor polis tampil membuat laporan semalam susulan penahanan seorang lelaki di Bayan Baru di sini Sabtu lepas.
  
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata wanita yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di Georgetown itu mendakwa kerugian lebih RM28,000 selepas suspek mengugut mahu menyebarkan gambar seks mereka.
  
"Mereka telah berkenalan selama dua bulan dan melakukan hubungan seks di sebuah hotel bajet di sini. Suspek kemudiannya mengatakan aksi mereka dirakam kamera tersembunyi dan memeras ugut mangsa," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.
  
Beliau berkata wanita berumur 28 tahun itu membuat laporan polis pukul 6.30 petang semalam dan mendakwa terpaksa mengirim wang beberapa kali kepada lelaki terbabit termasuk menggadai barang kemas ibunya kerana bimbang perkara memalukan itu terbongkar.
  
Siasatan polis mendapati tiada sebarang gambar atau video ditemui. Ia hanya rekaan lelaki yang menyamar Inspektor di Cawangan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang itu untuk menakutkan mangsa, katanya.

Mior Faridalathrash berkata lelaki yang telah berkahwin itu mengaku menipu lima wanita menggunakan modus operandi serupa sejak setahun lepas dan sehubungan itu, beliau meminta wanita-wanita yang menjadi mangsa lelaki terbabit tampil membantu siasatan.
  
"Setakat ini, dua wanita telah membuat laporan polis dan kedua-duanya bekerja sebagai jururawat melibatkan kerugian dianggar mencecah RM38,000," katanya.
  
Sabtu lepas, polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun dan hasil pemeriksaan di rumah lelaki terbabit di Paya Terubong, polis menemui pakaian seragam serta tali pinggang berlogo polis, dua pistol mainan, walkie talkie dan gari.
  
Polis turut menemui empat surat pajak gadai, kad Rela dan kad keahlian kepolisan komuniti serta wang tunai RM1,205.
  
Beliau berkata polis kini dalam proses untuk mendapatkan lanjutan reman terhadap lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu.
  
-Bernama

Sardin bukan lagi lauk orang miskin
  • Sardin
1 / 1
KUALA LUMPUR - "Kalau susah-susah masak saja ikan sardin".   Ramai yang mungkin tidak asing dengan ungkapan ini apatah lagi untuk orang bujang atau mereka yang kesuntukan masa untuk memasak.

Malah ada juga yang menyimpan stok ikan sardin tin ini untuk tujuan 'kecemasan', manalah tahu ada tetamu datang tanpa dirancang.

Memasak ikan sardin ini sama ada yang di dalam tin atau segar sememangnya mudah. Tidak memerlukan banyak bahan. Sama ada dijadikan sambal, dimasak kari atau digoreng bersama bawang dan halia, hidangan ini sudah cukup untuk mengalas perut yang lapar.

Ada juga yang menjadikan ikan sardin ini sebagai inti sandwic atau karipap.

Rakan Facebook (FB), Rosie Hashim memberitahu penulis, untuk menjadikan masakan sardin lebih sedap beliau akan menambah air asam jawa dan hirisan cili merah.

"Masak lemak pun sedap", tambahnya.
  

Kenangan silam

Penulis sendiri berasa nostalgik dengan ikan sardin, ikan yang sering dikaitkan dengan rakyat marhaen.

Membesar dalam keluarga yang ramai dengan gaji ayah yang tidak seberapa, ikan sardin adalah sajian lumrah buat kami adik-beradik.

Untuk menjadikannya banyak, emak akan menambah ubi kentang. Cukuplah makanan pada hari itu.

Ikan sardin segar pun pada masa itu harganya mungkin kira-kira RM1.00 sekati (kira-kira 600 gram) dan itu pun boleh berkongsi dengan kucing!

Itu kisah puluhan tahun dulu. Sekarang kalau disebut ikan sardin, ia lebih disebut 'macam ikan sardin', membayangkan keadaan bas atau tren yang sesak dan padat dengan penumpang.
 
Anak zaman sekarang pun mungkin lebih mengenali ikan tuna daripada ikan sardin.


Semahal ayam


Hari ini, kalau nak makan ikan sardin tin mungkin lebih elok beli ayam!

Baru-baru ini penulis membeli setin ikan sardin berjenama. Tin leper yang paling besar dan bila terima resit belian, harganya RM9.30. Balik rumah, buka tin, ada tiga tongkol sahaja.

Congak di kepala tidak memerlukan kalkulator, setongkol RM3.10. Bukankah mahalnya?

Di sebuah pasar raya lain, harga sardin tin yang sama RM9.99! Teringat minggu sebelumnya beli ayam, sederhana saiz, harganya kira-kira RM10.00 sahaja.

Nampaknya, ikan sardin bukan lagi semurah semasa saya kecil dahulu!
  

Menitis air mata
   

Rakan FB, Eta MT memberitahu penulis air matanya masih boleh menitis apabila mengimbau kenangan makan ikan sardin semasa belajar di menara gading.

"Ikan sardin antara memori tak akan dapat saya lupakan semasa belajar dengan rakan seperjuangan", katanya.

Menurut Eta, yang berasal dari Batu Gajah, Perak, beliau dan lima rakan sebiliknya memasak ikan sardin dalam periuk nasi elektrik dan periuk itu juga digunakan untuk memasak nasi.

"Kami hanya tambah bawang dan cili. Makan dengan nasi panas-panas. Biasanya kami masak sardin bila kewangan semakin menyusut.

"Kami akan kutip duit, yang ada banyak bagi banyak. Dapat beli ikan sardin pun dah syukur. Ada duit lebih kami beli telur. Adalah menu tambahan, telur dadar.

"Kami makan berjemaah dan menu sardin menu istimewa kami, Sedap, masyaAllah", kata Eta dan menambah kata bahawa harga setin pada tahun 1997 ialah sekitar RM2.50, yang mengandungi dua tongkol ikan sardin.
  
  
Naik harga
    

Ikan sardin segar yang pada satu ketika dulu dibeli hanya untuk habuan kucing pun tidak kurang mahalnya.

Harga yang pernah penulis beli sedikit masa dulu di pasar tani adalah antara RM7.00 hingga RM9.00 sekilo.

Walau apapun, ikan sardin atau nama lainnya 'pilchard' yang ada kaitannya dengan ikan herring (menurut carian di internet) kaya dengan pelbagai vitamin dan galian.

Istilah sardin dipercayai digunakan orang Inggeris pada awal kurun ke-15 dan mungkin berasal daripada nama pulau Sardinia di Mediterranen yang dikatakan kaya dengan ikan sardin pada suatu ketika dahulu.

Ikan ini juga dikatakan hidangan popular di merata dunia termasuk Kanada, Perancis, Itali, Maghribi, India dan Jepun.

Mungkin ini agaknya yang menyebabkan ikan yang pada satu ketika dikaitkan dengan rakyat marhaen ini semakin mahal harganya.

Meskipun mahal, bagi yang menggemari ikan sardin dalam bentuk apa juga masakan mungkin akan menutup sebelah mata.

Ikan sardin tetap jadi pilihan. Dulu, kini dan selamanya! - Bernama



Mati di kandang lembu

Oleh Kamal Majid
Tanah Merah: Seorang penternak yang sibuk mencari lembunya yang hilang terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki dipercayai warga tempatan dalam keadaan bogel di kandang lembu miliknya di sebuah kampung di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Mohd Hussin, 61, sedang mencari seekor lembu dekat kandang itu selepas gagal menemuinya di lokasi ia ditambat.
"Sejak jam 9 pagi lagi saya keluar dengan seorang rakan, Kiman Hasan untuk cari lembu yang hilang dari tempat ia ditambat.
"Pencarian kami diteruskan ke kandang terdekat dan ketika melalui kawasan kandang itu, saya terkejut melihat seorang lelaki terbaring mengiring dalam keadaan bogel.
"Turut ditemui di situ adalah lembu saya yang sudah mati," katanya ketika ditemui di kampung berkenaan.
Mohd berkata, dia dan Kiman, 47, kemudian membuat laporan di Balai Polis Batu Gajah kira-kira jam 4.15 petang.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.
Hingga tengah hari ini, bedah siasat ke atas mayat mangsa masih belum selesai.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 11:48 AM
« »

ANGGOTA polis mengusung jenazah lelaki yang ditemui mati di kandang lembu di Tanah Merah, Kelantan.
Sempat laungkan Allahuakbar
  • Keadaan kereta Kamariah, tayar belakang tercabut akibat dirempuh kuat Proton Exora Keadaan kereta Kamariah, tayar belakang tercabut akibat dirempuh kuat Proton Exora
1 / 1
KUALA PILAH – "Ketika itu kami hanya fikirkan anak-anak dan sempatkan melaungkan Allahuakbar," kata salah seorang mangsa, Kamariah Nasruddin, 35, yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian melibatkan tiga kenderaan itu, petang kelmarin.

Kata Kamariah, ketika kejadian, dia dan suaminya, Abdul Hadi Ibrahim, 36, dua anaknya berumur 6 dan 3 tahun serta kedua ibu bapanya, dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah menghadiri kenduri kahwin di Felda Raja Alias, Jempol.

"Saya nampak kereta Proton Exora dari arah Kuala Pilah memasuki laluan bertentangan dan menuju tepat ke arah kereta Perodua Alza dipandu suami saya.

“Saya sempat menjerit menyuruh suami mengelak tetapi kejadian begitu pantas.

"Walaupun kami cuba elak, kereta terbabit yang dipandu laju telah merempuh bahagian kanan kereta kami menyebabkan kereta berpusing sebanyak tiga kali," katanya di sini, semalam.

Dalam masa sama, katanya, Proton Exora terbabit turut merempuh sebuah lagi kereta Proton Saga yang dipandu adiknya, Mohd Khalid Nasruddin, 28, bersama isteri dan seorang anaknya berusia 3 tahun.

Kata Kamariah, akibat rempuhan kuat itu menyebabkan tayar semua kenderaan terbabit tercabut.

“Bahagian tepi kanan kereta juga kemek. Namun saya bersyukur kerana kami semua terselamat tetapi adik dan isteri serta anaknya telah dihantar oleh orang awam ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk menerima rawatan lanjut.

“Difahamkan, pemandu dan tiga penumpang kereta Proton Exora turut dikejarkan ke HTAN oleh orang awam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim mengesahkan kejadian ini.

Beliau berkata punca kejadian akan disiasat.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Azmi turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu kerana kecuaian boleh mendatangkan bahaya kepada orang lain.

Kantoi !! Berasmara Dengan Isteri Orang


Seorang lelaki mengaku tidak bersalah dan memberi pelbagai alasan kepada Jabatan
Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat bagi mengelak ditahan selepas didapati 
berkhalwat bersama pasangannya, semalam.
Lelaki tersebut bersama pasangannya ditahan di sebuah kediaman teres dua tingkat 
yang diubahsuai menjadi rumah tumpangan di bandar ini, dalam operasi cegah maksiat 
yang dijalankan.Lebih memeranjatkan lelaki terbabit turut menjerkah anggota operasi 
dengan mengatakan bahawa wanita tersebut adalah miliknya dan tiada siapa boleh 
menghalang hubungan mereka.
Timbalan Penguatkuasa JAIJ Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata,
pasangan berkenaan pada mulanya enggan memberi kerjasama dan membuka pintu 
ketika serbuan dilakukan.
Menurutnya, anggota operasi mengambil masa selama beberapa minit bagi ‘memujuk’
pasangan terbabit untuk membuka pintu, namun usaha dilakukan tidak berhasil.
“Pasangan ini hanya memberi kerjasama dengan membuka pintu apabila anggota 
 operasi menyatakan mahu memecahkan pintu rumah tumpangan itu. Kami mendapati 
 mereka berdua-duaan dalam bilik tertutup dalam keadaan mencurigakan.
“Lelaki terbabit yang membuka pintu memberikan pelbagai alasan agar mereka tidak
 didakwa, manakala pasangannya berada dalam keadaan ketakutan kerana statusnya
 masih lagi isteri orang.
“Antara alasan yang diberikan pasangan berkenaan, mereka saling mencintai, namun
 status menghalang hubungan mereka. Mereka turut memberitahu kini dalam proses
 perceraian dengan pasangan masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian di sini,
 semalam.
Saiful Ariffin berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit sudah lama mendiami rumah tumpangan berkenaan berdasarkan barangan milik mereka di dalam bilik yang 
diserbu.
Tegasnya, pasangan terbabit tetap didakwa kerana tiada ikatan perkahwinan sah selain 
berada dalam keadaan mencurigakan meskipun memberi pelbagai alasan.
“Pasangan berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi 
 proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut dan sebagai pengajaran 
 kepada mereka.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor
 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda
 RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan maksiat atau berada
dalam keadaan mencurigakan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa. – SINAR HARIAN

Suspek terperangkap dalam kedai
  • Lokasi kedai serbaneka stesen minyak di mana seorang penyamun terperangkap dan berjaya diberkas polis. Lokasi kedai serbaneka stesen minyak di mana seorang penyamun terperangkap dan berjaya diberkas polis.
1 / 1
SUBANG JAYA – Niat jahat seorang lelaki yang ingin menyamun kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di SS14 dekat sini gagal, malah dia bukan sahaja terperangkap dalam kedai tersebut tetapi turut diberkas polis selepas itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi semalam, suspek pada mulanya dikatakan berpura-pura hendak membeli kad tambah nilai telefon bimbit.

Pekerja di kaunter meminta suspek menyerahkan wang terlebih dahulu namun dia enggan dan terus naik berang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, tidak puas hati dengan permintaan pekerja tersebut, suspek terus meluru ke pintu masuk kedai serbaneka yang berkunci dengan mangga berantai.

Suspek menolak pintu tersebut dan memasuki premis melalui ruang pintu yang renggang.

“Dia terus ke kaunter di mana pekerja berada dan menumbuk muka mangsa beberapa kali.

“Mangsa pula mempertahankan diri dan berjaya menolak suspek hingga terjatuh ke lantai sebelum berlari keluar dan melaporkan kejadian kepada pihak polis,” katanya.

Bertindak atas laporan, sepasukan anggota polis peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) tiba di stesen minyak tersebut beberapa minit selepas itu.

Suspek didapati terperangkap dalam stesen minyak dan gagal keluar kerana pintu tersebut sukar dibuka dari arah dalam.

Dia yang berasal dari Serendah, Hulu Selangor berjaya diberkas, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda Wave dipercayai digunakan suspek ketika kejadian itu.

Tandas terbiar jadi tempat berteduh
  • Hadi bersama isteri dan lima anaknya menjadikan tandas terbiar ini sebagai tempat berteduh
selepas rumah mereka terpaksa dirobohkan kerana pemilik tanah mahu mengambil semula
tapak rumah yang diduduki sejak lebih 20 tahun lalu. Hadi bersama isteri dan lima anaknya menjadikan tandas terbiar ini sebagai tempat berteduh selepas rumah mereka terpaksa dirobohkan kerana pemilik tanah mahu mengambil semula tapak rumah yang diduduki sejak lebih 20 tahun lalu.
1 / 1
BIJANGGA - “Saya tak pernah termimpi suatu hari saya sekeluarga akan tidur di dalam tandas.. inilah hakikat kehidupan, saya tiada pilihan sebab sudah hilang tempat berteduh selepas rumah saya dirobohkan,” luah Hadi Al Hafiz Musa, 30.

Bapa kepada lima anak itu terpaksa menjadikan tandas awam terbiar sebagai tempat berlindung keluarganya dari panas dan hujan.

Tindakan itu dilakukan Hadi dan isterinya, Nazayana Mat Rudi, 35, sebagai jalan terakhir selepas rumah yang diduduki mereka terpaksa dirobohkan berikutan pemilik tanah ingin mengambil semula tapak rumah yang difahamkan diduduki secara haram sejak lebih 20 tahun lalu.

"Sebagai seorang ayah, pastinya saya pilu lihat lima anak saya terpaksa tidur dalam tandas, mana pernah orang buat sebelum ini.

"Bayangkan tiga anak saya yang masih kecil (Mohd Hazriq Haiqal, 6, Mohd Azwan Rayan, 5, dan Mohd Kalis Hakiki, 2) terpaksa tidur di atas lantai tandas dengan banyak nyamuk dan persekitaran yang kotor," katanya.

Hadi berkata, dia tidak mampu menyediakan rumah lebih selesa kerana kebanyakan rumah yang ditemui sewanya mahal, sedangkan dia tidak berkemampuan.


Nama tidak tersenarai

Dakwa Hadi, sebelum ini, pihak berkaitan berjanji mahu menempatkan penduduk termasuk dirinya berpindah ke kawasan penempatan khas yang sudah dikenal pasti.

Bagaimanapun dia kecewa kerana namanya tidak tersenarai menyebabkan dia buntu sehinggalah saat-saat akhir dia terpaksa keluar  dari rumahnya setelah mendapat perintah mahkamah.

“Saya sudah mencari di kawasan sekitar, tapi tak jumpa rumah yang saya mampu sewa.

"Akhirnya kami terpaksa berlindung di sini buat sementara, kalau tak ada rumah juga, maka di sinilah rumah kami sebagai pilihan terakhir,” katanya.

Kata Hadi, dia sepatutnya mendapat penempatan baharu kerana sudah tinggal di situ sejak puluhan tahun lalu, namun kecewa kerana namanya tidak disenaraikan pada saat-saat akhir, mungkin disebabkan kerenah birokrasi politik.

Lebih menyedihkan, dua anaknya, Nurul Alia Natasha, 11, yang bersekolah di SK Gong Pasir dan Puteri Shahida Amalin, 9, bersekolah di SK Kuala Dungun tidak dapat mengulang kaji pelajaran seperti mana biasa berikutan keadaan persekitaran yang menjijikkan.

“Selagi saya tidak dapat rumah, selagi itulah saya akan tinggal di sini. Mungkin inilah rumah saya, sudah dua malam saya bermalam di sini dan mungkin sampai bila-bila,” katanya.


Adun kesal

Sementara itu, Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik yang mengunjungi keluarga malang itu selepas menerima maklumat berkata, dia kesal dengan apa yang berlaku terhadap keluarga Hadi.

Menurutnya, pihak yang bertanggungjawab dengan urusan penempatan semula penduduk sepatutnya lebih prihatin kerana ia membabitkan soal kehidupan rakyat yang kehilangan tempat berlindung.

“Sebagai wakil rakyat, saya sedih melihat perkara sebegini boleh berlaku dalam masyarakat kita orang Melayu.

“Jika keluarga ini masih tinggal di sini juga, mungkin kita akan cari jalan untuk bantu mereka agar anak-anaknya tidak tidur di tandas lagi,” katanya.

Hadi antara lebih 20 penduduk yang terpaksa berpindah selepas tanah diduduki diambil semula pemilik asal.

Sebahagian daripada penduduk terlibat sudah ditempatkan di perumahan kos rendah di Bukit Tebuk manakala sebahagiannya di Flat Desa Bijangga.

Sinar Harian semalam melaporkan, kira-kira 10 keluarga kini dalam kebimbangan selepas mereka diarahkan mengosongkan kediaman erta-merta, sedangkan mereka masih belum mendapat rumah lain untuk berpindah.

Saturday, November 8, 2014


JPJ VS Rakyat Malaysia Di Media Sosial - Pengarah JPJ Sentap.

Part 1 disini.

Pengarah JPJ sentap. Dia ingat kita nak heran dia punya sentap?

Ale utoo.

G mamposla kau.



Kronologi ;

- JPJ buat keputusan untuk masuk ke kawasan perumahan bagi mencari pemandu2 yang tidak mematuhi spesifikasi kenderaan yang sepatutnya menurut undang2 negara.

- Tindakan JPJ mendapat kritikan negatif orang ramai.

- Gambar2 kenderaan milik JPJ disebarkan oleh orang awam di laman sosial.

- Macam ketam memaksa anak jalan lurus. Sekali mak ketam pun jalan senget. 

- Then geng2 JPJ sentap.

- Mereka rasa sentap sebab tindakan mereka dipersoalkan secara terbuka.

Sebenarnya. Apa je JPJ sibuk nak cari duit dengan saman rakyat huha huha sekarang? Sebab nak bayar gaji kakitangan ka? Kerajaan kekurangan duit ka? Kerajaan kerugian dalam isu 1MDB ka? Isu saham FELDA ka? Isu harga getah yang susut ka? Isu MAS ka? Isu pampasan MH17 ka?

Haiyoo.

Rakyat bukan span untuk serap semua masalah2 tersebut tau. Agak2 la. Letak GST. Tarik subsidi. Kos sara hidup tinggi. Harga rumah mahal. Gaji dengan masa kerja tak sepadan. Pendidikan, kesihatan dan pengangkutan pun mahal. Tak cukup seksa ke rakyat sampai nak tambah beban lagi?

Bongok la lue JPJ. Bongok!

Btw. Cabaran di atas sudah dibuka. Hah, apa lagi pengarah JPJ. Ada kemaluan ke takde kau tue?

WAKAKAKAK..

Suami Upah Lelaki RM 300 - RM 700 Untuk Tiduri Isteri

hasim 23:21

Kerana selera pelik si suami, terdapat segelintir wanita di negara ini yang sudah 
berkahwin dikesan melakukan hubungan s-eks dengan lelaki lain atas kebenaran oleh 
suami mereka sendiri.

Metro Ahad bertanyakan pendapat daripada seorang kaunselor, Dane Husim Salleh 
berkata dia banyak melihat masalah rumah tangga seperti ini.
Suami mungkin ada masalah mental di mana dia hanya boleh terangsang jika melihat
perlakuan s-eks tersebut. Dane Husim Salleh
Seorang pekerja restoran yang dikenali sebagai Maya, 35 mengakui pada mulanya 
dia terkejut apabila suaminya menyuruh dia melakukan perlakuan tersebut. 
Namun, semuanya direlakan kerana dia sayangkan suaminya.
Kerana sayangkan dia, saya melakukan apa yang dia mahu. - Maya
Khairul seorang penyelia kilang mengakui pernah meniduri isteri orang dihadapan 
suaminya setelah kenalanya memperkenalkan dia dengan pasangan tersebut. Malah, 
pertemuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu juga diatur oleh si suami. Bukan itu 
sahaja, suami juga menunjukkan sijil pernikahan mereka kepada Khairul.
Pada mulanya Khairul merasa janggal apabila bermesraan bersama seorang wanita 
sambil diperhatikan oleh suaminya.
Selepas beberapa minit barulah saya lebih selesa, bahkan suaminya teruja bergabung
dengan kami dalam sesi itu. - Khairul
Seorang lelaki berjaya dijejaki oleh Metro Ahad dan berkata dia menawarkan 
perkhidmatan itu di sebelah utara tanah air. Caj yang dikenakan untuk setiap sesi 
bersama isteri atau hubungan bertiga di antara RM 300 - RM 700.

Selepas 2 bulan, Khalid Ibrahim kembali dengan NGO bersama PAS



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih ingin memberikan khidmatnya kepada rakyat, dan akan meneruskan tugas wakil rakyat selepas berehat selama dua minggu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 November, 2014. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih ingin memberikan khidmatnya kepada rakyat, dan akan meneruskan tugas wakil rakyat selepas berehat selama dua minggu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 November, 2014. Selepas dua bulan menghilang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka bakal menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Taski, bersempena namanya dengan bantuan PAS di kawasan Bandar Tun Razak bagi melaksanakan program "Sajian Rakyat" yang dirancangnya.
Perkara itu disahkan kepada The Malaysian Insider oleh individu yang terlibat secara langsung dalam mesyuarat antara ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu bersama PAS yang dijalankan minggu lalu Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur berhubung penubuhan NGO tersebut.
"Khalid akan bergerak menggunakan NGO dan beliau meminta bantuan PAS Bandar Tun Razak untuk melaksanakannya," kata Roslan Baharom (gambar), 59, kepada The Malaysian Insider.
Roslan yang ditemui ketika tinjauan di kawasan Parlimen yang dimenangi Khalid dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu berkata, PAS Wilayah Persekutuan turut memberikan kebenaran cawangan parti Islam dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) itu membantu Khalid.
Roslan, yang merupakan wakil masyarakat dari Zon C di Bandar Tun Razak berkata, tindakan PAS dan Khalid bergerak atas nama NGO itu bertujuan bagi mengelakkan berlakunya krisis antara PKR dan PAS, selepas Khalid dipecat sebagai anggota PKR pada 9 Ogos lalu.
"Kita bergerak menggunakan nama NGO, bukan mewakili parti," kata pesara kakitangan awam itu.
Beliau berkata, antara rancangan Taski adalah menganjurkan Sajian Rakyat seminggu sekali dengan peruntukan sebanyak RM5,000 yang diperuntukkan Khalid untuk setiap program.
"Kita belum membuat keputusan. Kalau seminggu sekali kami tidak sanggup, kami ada program sendiri juga," kata Roslan.
"Tetapi itu peruntukan daripada Khalid sendiri," katanya.
Lokasi pertama Sajian Rakyat juga katanya dijangka akan dilakukan di kawasan perumahan  Flat Paya Permai.
"Mesyuarat sudah dijalankan beberapa kali dan saya sendiri hadir dalam mesyuarat penubuhan NGO itu," katanya.
Turut difahamkan, Taski bakal digerakkan 15 individu yang pernah bekerja bersama-sama Khalid ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini.
Mereka termasuklah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Faekah Husin, yang kini merupakan pegawai khas Khalid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak.
Faekah dalam satu kenyataan sebelum ini berkata Khalid masih lagi ingin memberikan khidmatnya kepada rakyat, dan akan meneruskan tugas wakil rakyat selepas berehat selama dua minggu.
Khalid dipecat sebagai ahli PKR apabila enggan melepaskan jawatan menteri besar Selangor, apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin menggantikan beliau dengan isterinya, yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Krisis berkenaan turut memberi kesan kepada hubungan PAS dengan PKR dan DAP apabila parti Islam itu enggan mencalonkan Dr Wan Azizah sedangkan PKR dan DAP bersepakat menamakan beliau sebagai calon tunggal.
PAS sebaliknya menurut titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mengkehendaki PR menghantar lebih daripada dua nama untuk baginda pertimbangkan sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid.
Krisis berkenaan tamat apabila Mohamed Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR dilantik menggantikan Khalid sebagai menteri besar.
"Beliau (Khalid) juga dijangka bakal membuka pusat khidmat rakyat tidak lama lagi di Bandar Tun Razak," kata Roslan.
Faekah dilaporkan berkata, Sajian Rakyat akan bermula minggu hadapan sebagai usaha Khalid mendekati komuniti dan rakyat di kawasannya dan meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat.
Malah, Faekah juga menolak khabar angin yang mengatakan Khalid akan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat di DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak. – 9 November, 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan