Ahad, 16 November 2014

BERAT

Nora Danish anggap kutukan satu gurauan
  • Nora Danish Nora Danish
1 / 1
KELIBAT figura ini dalam industri seni sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Apa saja yang dilakukannya, baik soal karier mahupun kehidupan peribadi pasti menjadi bualan.

Bahkan sejak 10 tahun berada dalam industri seni, sudah pelbagai onak ranjau yang dilalui sehingga membuatkan dia kebal dengan segala kutukan dan penghinaan.

"Selama 10 tahun, memang dah banyak yang saya lalui. Kalau dulu orang lebih suka kutuk di dalam blog, tapi kini dengan kecanggihan teknologi, kalau orang nak kutuk, memang terus kepada saya.

"Lima tahun lalu, saya mungkin cepat tertekan kutukan dari orang luar. Tapi kini saya anggap kutukan itu satu gurauan sahaja.

"Bukan senang saya nak tangani 1.3 juta pengikut. Jadi kalau terlalu negatif sangat, saya terus sekat mereka jadi pengikut saya," katanya yang ditemui media pada majlis pelantikannya sebagai duta Safi Rania Gold di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Justeru tatkala ditebak mengenai kutukan pihak lain terhadap hubungan mesra Nora bersama bekas keluarga mertuanya, setelah ada pihak menganggap Nora masih terhegeh-hegeh dengan ibu serta bapa Jejai (Toh Muda Rizal Ashram Ramli), Nora punya jawapan tersendiri.

"Dah lama orang bercakap perkara ini. Tapi bagi saya, walaupun saya dah berpisah, itu bukan bermaksud saya kena berpisah dengan keluarganya.

"Saya juga faham perasaan Fasha. Tapi kami semua bahagia, cuma orang luar yang suka burukkan keadaan," jelasnya.

Tambah Nora lagi, dia sudah menganggap bekas bapa mertuanya, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan ibu mertuanya, Raja Puan Sri Noora Ashikin Raja Abdullah seperti bapa dan ibunya sendiri.

"Kalau orang di luar sana nak tahu, saya dan keluarga hanya sebatang kara di sini, apatah lagi ibu saya berasal dari Myanmar dan keluarga berada di sana.

Jadi bila saya berkahwin dengan Jejai, saya dah anggap keluarga mertua seperti keluarga saya sendiri," katanya.


Rayqal minta adik!

Dalam pada itu, berkongsi perkembangan mengenai anaknya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 5, Nora berkata, dia sedang melalui pengalaman baru setelah Rayqal dimasukkan ke sebuah sekolah antarabangsa.

“Mula-mula itu, saya agak risau kerana usianya baru sahaja 5 tahun. Tetapi mujurlah sekolah tersebut menyediakan satu diari untuk ibu bapa memantau prestasi anak-anak setiap hari. Malah Jejai dan keluarga mertua juga banyak membantu memantau kerja sekolahnya," katanya.

Bagaimanapun ujar Nora, baru-baru ini Rayqal telah membuat permintaan yang membuatkannya terkedu.

"Walaupun dia sudah ada adik, tapi dia tak cemburu. Malah jika dia ke rumah Jejai, dia teruja untuk berjumpa adik-adiknya.

"Sehinggakan dia pernah menyuruh saya melahirkan seorang adik untuknya dan melarang saya diet kerana mahu saya mudah hamil," katanya sambil ketawa.

Bagai memahami soalan seterusnya daripada pihak media, Nora berkata, hubungannya dengan Nedim Nazri berjalan seperti biasa dan jika ada rezeki, dia sememangnya merancang untuk berkahwin.

"Buat masa ini kami fokus pada kerjaya dan anak-anak. Kalau ada rezeki memang kami mahu berkahwin. Jadi doakanlah yang terbaik untuk kami," katanya.


Punca Hanez tersingkir?

Sementara itu, ditebak penyingkiran Hanez Suraya daripada produksi telefilem Cikgu Timah Sekolah Bandar, di mana Nora menjadi salah seorang pelakon dalam telefilem tersebut, Nora menjelaskan, dia amat terkejut selepas dimaklumkan berita itu.

"Saya sebelum ini memang sibuk dengan kerja dan tak tahu mengenai isu Hanez digam. Jadi ketika hari pertama ke set penggambaran, saya memang teruja nampak Hanez di set dan berkongsi gambar bersamanya di Instagram.

"Tapi hari yang sama, kawan saya beritahu ramai yang memberi komen negatif di gambar itu, dan saya telah bertindak memadam komen yang tak sepatutnya.

"Esoknya sebalik kembali ke set, pihak produksi minta saya jalani semula penggambaran kerana Hanez dikeluarkan dari telefilem tersebut dan saya terkejut kerana saya ingatkan sayalah yang menjadi punca Hanez disingkirkan.

Tapi produksi dah beri penjelasan dan saya terpaksa akur keputusan mereka," katanya yang kini fokus untuk mempromosikan produk Safi Rania Gold.

Pada masa sama, dia juga sibuk dengan penggambaran filem Suamiku Jatuh Dari Langit bersama Qi Razali, selain menunggu tiga filem, Gudang Kubur Hantu Bungkus Ikat Tepi dan Polis Evo yang dijangka tayangan tahun depan.
5:00PM - 16 Nov 2014

'Saya bapuk, saya mak nyah, jadi?'


Mereka menang di mahkamah tetapi masih kalah daripada aspek penerimaan orang ramai.

Apakah sebenarnya yang dirasai oleh golongan transgender, yang lebih dikenali sebagai bapuk, mak nyah atau pondan ini?

Muhammad Izat Hasmi, seorang transgender yang ditemui Malaysiakini di Batang Kali, Selangor mengakui, menjadi seperti dirinya perkara yang sukar.

Katanya, beliau mengalami krisis identiti sejak kecil dan mula mengubah penampilan diri kepada wanita ketika berusia 18 tahun.

Izat, 25, ketika ditemui berpakaian wanita, dalam baju merah dan jaket hitam serta olesan alat solek di wajah, sekali di imbas seperti seorang wanita sempurna.

Keluar daripada tanggapan klise bahawa trangender seorang pekerja seks, Izat yang dikenali di kalangan rakan-rakannya sebagai “Girl Girl”, sebaliknya pernah bekerja sebagai pembantu makmal di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, akibat tidak tahan dengan teguran kasar dan kurang sopan yang dilontarkan, beliau akhirnya berhenti kerja.

“Saya ada dinasihati tetapi kebanyakannya melalui cara kasar, dengan niat untuk membuat saya terasa.

“Mereka cakap pondan tak boleh masuk syurga. Tapi mereka tu tuhan ke?”ujarnya sambil membetulkan rambutnya.

Menceritakan masalahnya sebagai seorang transgender, Girl Girl berkata kebiasaannya mereka mengalami masalah ketika menunjukkan identiti, seperti untuk membuat kad pengenalan dan lesen memandu.

“Biasanya hal yang melibatkan jantina mereka akan lihat saya atas bawah, mungkin kerana saya lain daripada lelaki tulen,” jelasnya yang tidak lekang dengan senyuman.

Bukan itu sahaja, beliau juga tidak nampak masa depannya yang cerah di negara ini kerana undang-undang sedia ada di Malaysia.

“Saya tahu, untuk golongan macam saya ini kami tidak ada apa-apa pilihan melainkan berubah namun kerajaan haruslah beri kelonggaran kepada kami, jangan main tangkap kami.

"Apa salah kami? Kami tak melakukan jenayah,” kata Izat.

Beliau berharap sebelum sebarang penguatkuasaan dibuat, kerajaan harus memahami naluri mereka terlebih dahulu.

Mengaku ada 'anu'

Walaupun berperwatakan perempuan, Izat tidak membuat pembedahan untuk menukar jantina dan atas faktor agama membayangkan tidak akan melakukannya.

“Jujur ya, saya tidak pernah membuat pembedahan, saya masih ada anu, saya cuma ambil hormon.

“Saya sedar, agama kita tidak benarkan kita tukar alat kelamin sebab nanti kita mati, kita akan kembali sebagaimana kita diciptakan,”katanya yang sedar mengenai kehendak agama.

Beliau juga berkata sudah lali diejek masyarakat dan kini hanya menerimanya sahaja.

“Pada awalnya saya memang marah, tapi nak buat macam mana kami ini memang dipandang hina.

I am bapuk, I am mak nyah, so what? (Saya bapok, saya mak nyak, jadi?)” ujarnya disambut dengan tawa temannya.

Azad jadi lelaki

Izat ditemani rakannya Azad Abdullah yang juga seorang trangender tetapi akhirnya memilih menjadi seorang lelaki sejati dengan berkahwin.

Lelaki 37 tahun itu berkata, beliau mengalami konflik identiti sejak berusia 6 tahun lagi apabila “dilahirkan lembut”.

“Saya turut diusir daripada rumah ketika berusia 15 tahun bila keluarga tidak dapat terima saya,”ujar Azad memulakan bicara.

Bagaimanapun, beliau diterima semula apabila pulang ke rumah selepas tamat pengajian universiti.

“Tipulah kalau keluarga dapat terima saya, ada marah-marah namun kerana sudah lama, mereka boleh menerima saya.

“Habis universiti, saya mula bekerja dan saya sara ibu bapa saya,”katanya.

Azad yang bekerja sebagai juru solek perkahwinan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dengan wanita yang boleh menerima keadaan dirinya.

“Alhamdulillah, ada yang sudi terima saya dan memahami saya,” katanya.

“Selepas 31 tahun berperang dengan perasaan sendiri saya akhirnya jumpa jalan yang terbaik iaitu berubah.”

Walaupun memilih jalannya sendiri, beliau masih mempunyai rasa simpati terhadap teman-teman transgender yang masih bergelut dengan pelbagai cabaran, termasuk undang-undang.

Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 7 November memutuskan bahawa seksyen yang yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan dan terbatal.

Ia secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender dan disambut gembira oleh aktivis dan golongan itu.

Izat menyambut baik keputusan kes itu dan menganggap mahkamah mendengar rintihan insan sebegitu.

Diam seketika dan tersenyum, dia akhirnya berkata: "Harapan baru buat golongan “transgender”.

Wajah Remaja Mangsa Samun, Ditikam dan Dicampak Ke Lombong Oleh Mat Rempit


Polis mengesahkan kematian seorang lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai dibelasah sekumpulan lelaki sebelum di tolak kedalam lombong di Taman Tasik, Setapak di sini, malam Khamis lalu adalah disebabkan lemas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, hasil bedah siasat menunjukkan suspek meninggal dunia kerana lemas selepas dipercayai diserang sekumpulan lelaki ketika sedang duduk berbual bersama lima lagi rakannya yang lain.

“Hasil bedah siasat yang dikeluarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunjukkan suspek meninggal dunia kerana lemas, namun terdapat kesan kecederaan di belakang kepala mangsa. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati berlaku pergelutan di antara mangsa dan kumpulan penyerang sebelum mangsa terjatuh ke dalam lombong di lokasi kejadian.

Menurutnya, sehingga kini tujuh suspek berusia 15 hingga 18 tahun sudah ditahan bagi membantu siasatan dan polis masih memburu beberapa lagi suspek dipercayai terbabit dengan insiden berkenaan.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa, Khairul Fadzmi Shahrulnizam bersama lima lagi rakannya dipercayai diserang 20 lelaki bermotosikal yang bersenjatakan besi, kayu dan topi keledar disyaki cuba menyamun mereka.





Difahamkan, rakan mangsa yang cedera dibelasah memberitahu mangsa dipercayai dirodok dengan pisau sebelum ditolak ke dalam lombong kerana terdengar jeritannya mengerang kesakitan. Al-fatihah Credit HM dan T.Times sumber


Takkan Khalid terkejut kalau dirinya juga terima RM700 000!!


TKSICuba kita perhatikan dua berita berikut. Ini berita yang dipetik dari mStar;
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa tidak mengetahui jumlah pembayaran pemberhentian kepada lapan bekas pegawainya yang masing-masing menerima sebanyak RM700,000.
Khalid yang kelihatan terkejut dengan jumlah tersebut berkata, beliau tidak pasti sama ada jumlah yang dibayar dibawah skim tersebut turut diberikan kepada setiausaha politiknya.
“Jika pengiraan itu betul, jadi ia memang betul, saya tidak fikir begitu (salah),” kata ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu di Pangsapuri Permai, Sungai Besi dekat sini, Sabtu.
Khalid menyifatkan wang tersebut sebagai bayaran pemberhentian kerja yang ditawarkan kepada kakitangan selepas perubahan menteri besar negeri berkenaan.
Jelasnya, keputusan mengenai pembayaran itu dibuat oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI).
“Ahli lembaga pengarah MBI terdiri daripada tiga individu – menteri besar, setiausaha kerajaan dan pegawai kewangan. Mereka yang membuat keputusan,” katanya.
Tambahnya, Exco hanya perlu dimaklumkan mengenai pembayaran tersebut kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.
Beliau memberitahu, MBI mempunyai simpanan tunai lebih RM112 juta dan bayaran yang dibuat kepada pegawainya pula tidak melebihi 2 peratus seperti yang disyaratkan.
“Ia mengikut prosedur, mereka boleh melakukan audit,” kataya.
Pada Jumaat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dari PKR membangkitkan perkara itu menerusi tulisannya di Twitter dengan mendakwa kerajaan negeri tersebut dalam proses mendapatkan semula wang berkenaan.
“Kerajaan Selangor mengarahkan MBI untuk mendapatkan semula RM2.5 juta yang diberikan kepada bekas pembantu TSKI,” tulis Dr Xavier di laman Twitternya.
Malah, Dr Xavier turut memberitahu sebuah portal berita pada Jumaat bahawa beliau menerima maklumat berkenaan daripada seorang ahli Exco Selangor yang kononnya ditugaskan untuk mendapatkan semula wang tersebut. – mStar
Berikut pula adalah berita yang dipetik dari The malaysian Insider;
Kemelut pengunduran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan menteri besar Selangor masih belum berakhir apabila kerajaaan negeri mendapati wujudnya unsur salah guna peruntukan RM2.5 juta Perbadanan Menteri Besar (MBI) semasa pengundurannya September lalu, kata Mohamed Azmin Ali.
Menteri besar Selangor itu berkata, hasil siasatan Jabatan Audit Negeri mendapati ada beberapa perkara yang tidak dipatuhi Khalid apabila menggunakan jumlah wang itu sebagai pampasan kepada dirinya dan 7 pegawainya yang meletakkan jawatan secara sukarela.
“Hasil siasatan yang dijalankan memang ada beberapa perkara yang tidak dipatuhi dalam pemberian ganjaran tersebut dan sudah tentulah jumlah ganjaran begitu besar luar biasa jumlahnya perlu disemak semula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘MB Terjah Kampungku Meriah’ di Kampung Tengah Gombak, pagi tadi. – The Malaysian Insider
Persoalannya kalaulah TKSI sendiri yang menerima wang tersebut, takkan pula beliau boleh terkejut.
Persoalannya juga takkan TSKI yang menjadi Menteri Besar tidak pula mengetahui perkara tersebut. Berita yang dipetik mStar juga seolah-olah TKSI berpendirian tak mengapa kerana MBI mempunyai simpanan tunai lebih RM112 juta dan bayaran yang dibuat kepada pegawainya pula tidak melebihi 2 peratus seperti yang disyaratkan.
Adakah ini juga salah satu punca TSKI diminta melepaskan jawatan MB Selangor sebelum ini.
Ibu mangsa culik akui anak berani
  • Rita Rita
1 / 2
KOTA BHARU - Ibu kepada mangsa cubaan culik, Rita Kumari, 36, mengakui anak perempuannya memang seorang yang berani sejak kecil dan dia dilatih bergaul dengan rakan-rakan lain di kampung.

Rita berkata, semasa kejadian itu, anaknya, Irishqa Devia, 10, ada meminta izin daripadanya untuk keluar bersama kawannya Montha a/p Kang, 12 dengan membonceng basikal.

“Saya diberitahu oleh anak sepupu yang mengatakan Irishqa diculik dengan kereta berdekatan kedai kopi, berhampiran kawasan rumah.

“Saya terkejut dan meminta ahli keluarga mencarinya. Mereka memang berusaha mengejar kereta terbabit, tetapi kereta tersebut dipandu laju,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Aril, Melor, di sini, semalam.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Irishqa terselamat dari cubaan culik oleh seorang lelaki selepas suspek itu sengaja langgar mangsa dan kemudian mendukungnya ke dalam kereta lalu membawanya lari.

Bagaimanapun, cubaan culik itu tidak berjaya apabila kereta suspek terlekat pada lumpur sawah di Banir Belikong, Selising, Pasir Puteh menyebabkan mangsa dengan berani berlari sekuat hati lebih setengah jam dan menemui rumah untuk meminta bantuan.

Kata Rita, lebih sejam dia hanya berdoa semoga anaknya selamat dengan apa juga bantuan dan dia hanya mampu menangis selepas diberitahu usaha mencari kereta berkenaan gagal dikesan.

Alangkah terkejut apabila Rita menerima panggilan dari nombor telefon yang tidak dikenali dan suara Irishqa kedengaran menyatakan dia berjaya meloloskan diri.

“Umi, Irish lari!” katanya menangis gembira sambil menanyakan di mana anaknya berada, lalu memberikan telefonnya kepada adik, Rajandran.

Anaknya kemudian diambil Rajandran di Balai Polis, Selising dan membuat laporan di Balai Polis Melor, seterusnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pemeriksaan kesihatan.

Rita dan suaminya, Surendharan Kumar, 49, bersyukur kerana anaknya berjaya diselamatkan dan akan menjadikan peristiwa tersebut sebagai iktibar.

ARTIKEL BERKAITAN: [ 'Hanya fikir mahu selamatkan diri' ]
Tangan penyamun putus kena libas
  • Mohd Rofik menunjukkan bagaimana dia melibas parang untuk selamatkan diri dan isterinya ketika biliknya dipecah masuk. Mohd Rofik menunjukkan bagaimana dia melibas parang untuk selamatkan diri dan isterinya ketika biliknya dipecah masuk.
1 / 2
SEREMBAN - Seorang penjenayah putus pergelangan tangan kanan akibat dilibas dengan parang oleh mangsa ketika cuba menyamun di sebuah rumah di Taman Sikamat Utama di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, suspek, dipercayai warga Myanmar, bersama tiga lagi rakannya memasuki rumah terbabit yang dihuni pasangan suami isteri warga Myanmar juga.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Hamzah berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kesemua suspek memasuki rumah berkenaan menerusi tingkap bahagian dapur ketika penghuni sedang tidur.

“Pasangan suami isteri itu dikejutkan dengan kehadiran kumpulan penjenayah terbabit yang menendang pintu biliknya sebelum masuk.

“Kesemua suspek yang menutup muka dengan baju dan kain terus meluru ke arah mangsa yang berada di atas katil lalu menumbuk mangsa lelaki bertubi-tubi.

“Mangsa yang melawan sempat mengambil parang miliknya yang diletakkan di bawah almari pakaian, untuk mempertahankan diri,” katanya.

Menurutnya, libasan parang mangsa menyebabkan pergelangan tangan seorang suspek putus sebelum kesemua mereka melarikan diri dengan keluar mengikut pintu hadapan rumah.

Muhamad Zaki berkata, suspek berusia 26 tahun yang putus pergelangan tangan ditemui terbaring di kawasan semak berhampiran sebuah rumah iaitu lebih kurang 50 meter dari rumah mangsa.

“Difahamkan, tiga lagi suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah van warna putih. Kesemua mereka dipercayai merupakan warga Myanmar dan salah seorang daripada mereka dipercayai dikenali oleh mangsa,"katanya.

Video: Gadis Ais Krim Cun Ini Menjadi Popular Selepas Videonya Tersebar


A pretty stall vendor from a night market in Taipei has become an internet sensation
after a video of her making ice cream went viral.

The video of the girl going about her job was posted on YouTube, and has since 
drawn the attention of people worldwide.Most have commended her looks, with some
even offering to travel to Taipei to try the ice cream.

Although from the video it looks like she was making crepes, the Taiwan delicacy 
is actually a type of ice cream.However, viewers are probably more interested in her
looks than what she is making.Source



6:30PM - 16 Nov 2014

Hadi: Ikut sayalah nak hadir atau tak


Di tengah-tengah desakan daripada DAP, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, terpulanglah pada beliau untuk hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

“Saya tak perlu diminta (hadir), (kalau) saya nak hadir, hadirlah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Gombak hari ini.

Beliau diminta mengulas resolusi oleh jawatankuasa eksekutif pusat DAP yang mendesak Hadi menghadiri mesyuarat gabungan itu.

Bapa cari dan tangkap pembunuh anaknya

pada 16-11-2014 10:11 
Post Pic
KUALA LUMPUR:  Gara-gara berang terhadap kumpulan perompak yang membunuh anaknya, seorang ahli perniagaan bertindak mencari  dan menangkap ketua geng terbabit secara sendirian.
Anaknya, Muhammad Khairul bersama lima rakan dikatakan duduk di sebuah pondok di tasik Taman Tasik Ing Tai Kim, Setapak sebelum mereka ternampak sekumpulan 20 lelaki menunggang motosikal menghampiri dua lelaki yang berjalan di taman rekreasi itu untuk merompak pada pukul 11.36 malam.
Apabila dua lelaki tersebut melarikan diri, kumpulan bermotosikal itu beralih arah kepada Muhammad Khairul dan kawan-kawannya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Supritendan A. Asmadi Abd. Aziz, berkata, kumpulan 20 lelaki itu kemudian memaksa enam remaja terbabit menyerahkan telefon bimbit dan barangan berharga sehingga menyebabkan tercetus pergaduhan.
"Muhammad Khairul enggan mengikut arahan kumpulan itu sehingga menyebabkan perompak terbabit berang dan memukulnya dengan objek tumpul.
"Ketika pergelutan berlaku, Muhammad Khairul terjatuh ke dalam tasik. Salah seorang rakannya cuba menyelamat mangsa tetapi gagal.
"Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Setapak bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan dan menjumpai mayat mangsa pada pukul 1.30 pagi," katanya.
A. Asmadi berkata, bapa mangsa tiba di Setapak dari Johor dan bercakap dengan kawan-kawannya mengenai kejadian itu.
"Salah seorang kawan mangsa memberitahu mereka kenal dengan ketua kumpulan itu.
"Ahli perniagaan itu kemudian mencari dan menangkap seorang remaja lelaki serta menyerahkan kepada polis," katanya sambil menambah telah menangkap enam remaja berumur 13 hingga 16 tahun.
Jelas A.Asmadi, polis kini sedang mengesan tujuh lagi remaja yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes tersebut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi polis di talian 03-21159999 atau ke balai polis berhampiran.
Ditanya sama ada beliau akan hadir ke mesyuarat akan datang, Hadi hanya berkata, “atas sayalah nak hadir (atau) tak mahu hadir”.

DAP sebelum ini mengkritik Hadi kerana tidak hadir ke mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan dan perkara itu menyukarkan kerjasama mereka dengan parti Islam itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan