Khamis, 20 November 2014

BAGAIMANA KEMURKAAN ALLAH... MAKHLUK YANG DICIPTANYA...BERLAGAK...TAK SEDAR DIRI...SOMBONG..BUAT MAKSIAT..LAWAN ALLAH...MENGEJAR DUNIA...PANGKAT...HARTA DAN WANITA...MENOLAK HUDUD DAN BERBAGAI2 LAGI KEJAHATAN DILAKUKAN OLEH MANUSIA DAN JIN...TAK INGAT MATI KE...TAK TAHU KE PENGHUNI NERAKA LEBIH BANYAK...YANG MANA RASULLULLAH SAW JAMIN ISLAMNYA SELEPAS 300 TAHUN BAGINDA SAW WAFAT...NI DAH 1400 TAHUN








Pelajar tingkatan satu korban pertama banjir

Oleh Zatul Iffah Zolkiply dan Aminudin Ismail

am@hmetro.com.my

Permaisuri: Seorang pelajar Tingkatan Satu menjadi korban pertama banjir di Terengganu selepas terjatuh ke dalam telaga di Kampung Jelapang, Bandar Permaisuri, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, Norsyakirah Izati Nazliza, 13, ditemui lemas di dalam telaga yang terletak di belakang rumah datuknya, Mat Daud Dollah, 73.
Sebelum kejadian, anak sulung daripada lima beradik itu dikatakan mengikut datuknya memukat ikan di bendang yang terletak kira-kira 25 meter dari rumah datuknya.
Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, mangsa dikatakan terjatuh ke dalam telaga yang ditenggelami air yang terletak di dalam sawah ketika datuknya sedang memukat.
Beliau berkata, kejadian menimpa mangsa itu dilihat dua sepupunya yang segera memaklumkan kejadian itu kepada datuk mangsa.
"Telaga itu tidak dapat dilihat kerana dipenuhi air sebelum gerakan mencari mangsa dijalankan dengan bantuan penduduk kampung.
"Mangsa berjaya ditemui di penduduk kampung sebelum dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 8:58 PM

SEORANG daripada saudara menutup Nursyakirah Izzati Nazliza yang lemas. FOTO Aminudin Ismail







Perjanjian dengan Yahudi

Setelah Rasulullah berhijrah ke Madinah, dan Baginda yakin dengan kekemasan struktur masyarakat baru Islam, dengan tertegaknya kesatuan akidah, politik dan sistem di kalangan umat Islam, Baginda mengalih pandangan untuk menyusun hubungannya dengan golongan “bukan Islam”, tujuan Baginda ialah untuk mewujudkan keamanan, kesejahteraan, kemuliaan dan kebaikan kepada manusia sejagat, di samping menyusun semula daerah al-Madinah dalam satu keharmonian hidup yang tulin, ke arahnya Baginda menggariskan peraturan-peraturan yang bersifat anjal dan toleransi yang belum pernah dinikmati oleh dunia, yang penuh dengan sikap kefanatikan dan ego.Golongan bukan Islam yang mendampingi Madinah diketika itu ialah golongan Yahudi, sepertimana yang telah kita perkatakan terlebih dahulu, mereka meskipun memendam perseteruan terhadap Islam, namun setakat ini mereka belum lagi memperlihatkan sebarang penentangan atau permusuhan, justeru itu Rasulullah memeteraikan perjanjian dengan mereka dengan memberi kemerdekaan penuh dalam soal agama dan kewangan. Rasulullah langsung tidak mengambil tindakan politik untuk berseteru, menghalau atau merampas harta-harta mereka. Perjanjian yang dimeteraikan itu adalah di antara kandungan perjanjian kaum muslimin sesama mereka, yang telah pun kita perkatakan.

BUTIRAN PERJANJIAN

1. Bahawa kaum Yahudi dari banu Auf adalah satu umat bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri, dan orang-orang Islam dengan agama mereka, begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka, termasuk juga diri mereka sendiri, perkara ini juga untuk bukan Yahudi Banu Auf sahaja.

2. Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah membiayai negara seperti mana orang-orang Islam juga hendaklah membiayai negara.

3. Maka hendaklah mereka sama-sama tolong menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai piagam ini.

4. Maka hendaklah mereka saling nasihat menasihati, saling membuat kebajikan dan bukan dosa.

5. Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya.

6. Dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang kena zalim.

7. Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah bersepakat dengan orang-orang mukmin selama mana mereka tidak berada dalam keadaan perang.

8. Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sepenuhnya tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini.

9. Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertelingkahan di antara sesama peserta piagam ini sekiranya di khuatiri membawa kepada bencana maka hendaklah dirujuk kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad Rasulullah (s.a.w).

10. Bahawa tidaklah boleh di beri perlindungan kepada Quraisy (musuh) begitu juga tidak boleh di beri perlindungan kepada orang-orang yang membantunya.

11. Bahawa hendaklah ada janji bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pihak yang mencerobohinya. Setiap pihak adalah berkewajipan mengambil bahagian masing-masing tentang satu-satu perdamaian.

12. Bahawa piagam ini tidak boleh di pakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah.

Dengan termeterainya perjanjian ini maka Madinah dan persekitarannya menjadi sebuah negara yang aman dan damai. Ibu negerinya adalah al-Madinah, pemimpinnya adalah Rasulullah (s.a.w.), kata-kata pemutus dan kekuasaan yang tertinggi adalah kaum muslimin. Dengan itu maka al-Madinah menjadi sebuah ibu negara Islam dengan erti kata yang sebenarnya. Dan untuk memperluaskan daerah keamanan dan kesejahteraan ini di masa hadapan, maka Rasulullah mengadakan perjanjian dengan qabilah-qabilah yang lain berdasarkan keadaan dan suasana, sepertimana yang diperkatakan nanti.
Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid @IKIM fm
Perjanjian Al-Hudaibiyah
Dalam siri lalu telah dibincangkan muqaddimah berlakunya perdamaian Al-Hudaibiyah.
Orang tengah yang dihantar oleh kaum musyrikin untuk bertemu Rasulullah SAW dan menyampaikan hasrat mereka ialah Urwah bin Mas’ud Al-Saqafi. Selepas kembali daripada pertemuan dengan Rasulullah SAW, Urwah bin Mas’ud Al-Saqafi menceritakan, “Demi Allah, saya tidak melihat Rasulullah SAW meludah, kecuali bilamana ludah itu jatuh ke tangan salah seorang sahabatnya, maka sahabat itu akan mengambil ludah dan mengusapnya pada wajah dan kulit badannya. Kalau Rasulullah menyuruh sesuatu, maka mereka bersegera melakukannya. Jika berwudhuk, mereka hampir berselisih untuk mengambil bekas air wudhuk Nabi SAW. Jika kaum muslimin berbicara di hadapan Rasulullah, mereka merendahkan suara mereka. Mereka juga tidak mengangkat kepala mereka ketika berbicara dengan Rasulullah kerana mereka segan untuk memandang wajahnya sebagai tanda hormat padanya.”
Urwah bin Mas’ud berkata lagi, “Demi Allah, saya pernah datang kepada Raja-raja yang ada – saya pernah berjumpa dengan Kaiser di Rom, saya berjumpa dengan Raja Kisrar di Persia,  saya berjumpa dengan Raja Najasyi. Sungguh, saya tidak pernah melihat orang lain mengagungkan seseorang sebagaimana sahabat Muhammad mengagungkan baginda. Saya menasihati kamu semua untuk menerima tawaran Rasulullah SAW. Sesungguhnya dia telah memberikan tawaran yang baik.” Tawaran yang dimaksudkan ialah rundingan damai antara kaum muslimin dan musyrikin. Pada asalnya, kaum musyrikin bertekad untuk berperang dengan kaum muslimin. Setelah mendengar kata-kata Urwah, barulah mereka bersetuju menerima tawaran baginda Rasulullah SAW.
Setelah itu, kaum musyrikin menghantar seorang jururunding iaitu Suhail ibnu Amar untuk mencatit hasil rundingan. Sebelum itu, Nabi SAW telah bertanya akan siapa yang akan menjadi jururunding dan sahabat memberitahu bahawa Suhail ibnu Umar. Lalu baginda SAW pun berkata, “Urusan ini akan menjadi mudah.” Suhail itu bererti mudah, daripada perkataan ‘suhaidin’. Nabi SAW meletakkan harapan baik pada nama tersebut dan begitulah sifat Rasulullah SAW – meletakkan harapan baik pada nama yang baik. Jika ingin berhenti di satu-satu tempat, baginda SAW akan bertanya dahulu nama tempat itu, jika baik baru baginda SAW berhenti, jika namanya tidak baik, baginda SAW akan meneruskan perjalanan. Baginda SAW suka kepada menyimpan harapan baik kepada nama-nama yang baik.
Ketika Suhail datang kepada Rasulullah SAW, maka baginda SAW pun duduk berhadapan dengannya dan memanggil Sy. Ali bin Abi Talib untuk menulis salinan naskah perjanjian tersebut untuk simpanan pihak muslimin. Satu lagi naskah akan ditulis oleh Suhail untuk pihak musyrikin.
Sy. Ali pun disuruh oleh Baginda SAW untuk memulakan dengan menulis kalimah ‘Bismilahirrahmanirrahim’, maka ditulis oleh Sy. Ali. Suhail mengatakan, “Kami tidak tahu apa itu Ar-Rahman, atau Ar-Rahim.” Maka Nabi SAW pun menyuruh memadamkannya dan menggantikan dengan “Bismikallahumma”. Suhail berbuat demikian untuk menunjukkan bahawa kaum musyrikin mempunyai kuasa yang lebih tinggi dan tidak mahu tertakluk kepada sistem yang digunakan oleh Nabi SAW. Maka, Sy. Ali pun menurutnya. Baginda SAW pun menyuruh Sy. Ali menulis lagi, “Ini adalah yang telah diputuskan oleh Muhammad Rasulullah kepada Suhail ibnu Amar.” Sy. Ali pun menulisnya. Kemudian,  Suhail berkata, “Demi Allah, jika kami tahu dan kami yakin kamu itu Rasulullah, kami tak akan perangi kamu dan kami tak akan halang pun kamu daripada memasuki kota Mekah. Saya tidak setuju, jadi tulis Muhammad bin Abdullah.” Sekali lagi Suhail sengaja ingin menunjukkan kekuatan kaum musyrikan dan menghina kaum muslimin.
Namun, belum tentu orang yang dipandang rendah itu hina, dan belum tentu lagi orang yang dipandang tinggi itu mulia. Kaum musyrikin menganggap diri mereka mulia dan dengan itu mengeluarkan kaum muslimin daripada kota Mekah, tetapi Allah SWT menjawab, “Kemuliaan itu ada pada Allah, pada Rasul-Nya dan pada kaum mukminin”. Oleh itu, jangan kita mencari kemuliaan di mata manusia tetapi kita hancur di mata Allah. Tetapi carilah kemuliaan di mata Allah, walaupun hina di hadapan manusia. Manusia pada hakikatnya takkan dapat memberi apa-apa manfaat kepada kita, tetapi kehinaan di mata Allah akan membawa hukuman kepada kita. Manakala kemuliaan di sisi Allah pula akan membawa darjat dan pangkat yang tinggi di sisi-Nya.
Suhail ibnu Amar melihat bahawa orang muslimin ingin masuk ke kota Mekah yang tertakluk kepada pemerintahan orang musyrikin. Oleh sebab itu, dalam penulisan pun dia ingin orang muslimin tertakluk kepada mereka. Oleh sebab itu dalam hal kalimah Bismillahirrahmanirrahim dan Rasulullah SAW, beliau sengaja membiarkan Sy. Ali menulisnya terlebih dahulu, dan kemudian baru mengatakan yang dia tidak setuju dan meminta ianya dipadam. Dia ingin menunjukkan yang kaum musyrikin lebih berkuasa. Namun, Nabi SAW mempunyai pandangan yang jauh dan mengetahui bahawa kemuliaan ada pada pandangan Allah dan bukan pada pandangan manusia.
Maka, Sy. Ali pun diperintah menghapuskan kalimah Rasulullah SAW. Namun, Sy. Ali enggan dan berkata, “Demi Allah, saya takkan memadamnya.” Kata Rasulullah, “Saya ini tetap Rasulullah walaupun mereka mendustakannya. Tunjukkan saya di manakah letaknya kalimah Rasulullah itu untuk saya hapuskan?” Sy. Ali pun menunjukkan dan Baginda SAW meletakkan jarinya ke dalam air dan kemudian memadamkan perkataan Rasulullah SAW dengan tangannya yang mulia. Lalu kalimah itu diganti dengan ‘bin Abdullah’ seperti yang diminta oleh Suhail.
Dalam hal ini, Sy. Ali menolak permintaan Nabi SAW untuk menghapuskan kalimah Rasulullah bukanlah kerana beliau melanggar arahan baginda Nabi SAW. Sy. Ali merupakan orang pertama yang terdidik daripada madrasah Rasulullah SAW kerana diambil sebagai anak angkat oleh Rasulullah dan terdidik di rumah baginda sendiri. Beliau adalah kanak-kanak lelaki pertama yang memeluk Islam. Beliau ialah lelaki pertama yang tahu turunnya wahyu kepada Rasulullah kerana beliau hidup di rumah Rasulullah sehingga beberapa riwayat mengatakan, ketika awal Islam dan tiba waktu solat, mereka melihat seorang wanita dan seorang kanak-kanak bermakmumkan kepada Rasulullah SAW. Wanita yang dimaksudkan itu ialah Sy. Khadijah, dan kanak-kanak itu Sy. Ali. Beliau juga digelar ‘Karamullahuwajha’ yang bermaksud ‘Supaya Allah merahmati wajah kamu’ kerana dia tidak pernah menyembah berhala.
Nabi SAW tidak pula berkata kepada Sy. Ali, “Kamu tidak patuh pada arahan saya.” kerana baginda memahami maksud sikapnya untuk melindungi Rasulullah di hadapan seorang musyrikin yang sedang menhina baginda SAW. Sahabat Nabi SAW amat setia kepada baginda SAW dan amat cemburu kepada orang yang ingin menghina Baginda SAW.
Setelah digantikan perkataan Rasulullah seperti yang diminta, maka ditulis beberapa isi kandungan perjanjian. Antaranya ialah:
  • Orang muslimin tidak boleh memasuki kota Mekah tahun ini, tetapi hanya tahun hadapan.
Kaum musyrikin mengatakan demikian agar kaum muslimin yang sedang dalam dalam perjalanan tidak meneruskan perjalanan mereka kerana jika begitu, ianya akan menampakkan yang kaum musyrikin telah tertekan sehingga terpaksa membenarkan kaum muslimin masuk juga. Kaum musyrikin ingin menujukkan kekuasan mereka dan Nabi SAW bersetuju dengan permintaan itu.
Perkara kedua yang dipersetujui ialah:
  • Perjanjian damai untuk tidak memerangi satu sama lain, tidak berkhianat dan tidak mendatangkan mudarat kepada satu sama lain selama 10 tahun.
Isi perjanjian ketiga yang dipersetujui ialah:
  • Jika ada orang musyrikin yang datang ke Madinah dan ingin masuk Islam, maka Nabi SAW mesti mengembalikannya kepada kaum musyrikin. Jika ada sahabat Nabi SAW yang kembali kepada Quraisy, maka kaum Quraisy tidak perlu memulangkan mereka kepada Nabi SAW. Baginda SAW bersetuju dengan isi itu.
Perkara-perkara yang dipersetujui ini nampak berat sebelah dan nampak seolah-olah Nabi SAW bersetuju dengan semua permintaan kaum musyrikin. Perkara ini menimbulkan kerisauan kaum muslimin terutamanya Sy. Umar Al-Khattab. Sy. Umar bertanya, “Ya Rasulullah, adakah kita akan mengembalikan orang yang beriman daripada mereka untuk disiksa dan disakiti sementara mereka tidak berhak mengembalikan daripada kami yang datang kepada mereka?” Jawab baginda SAW, “Ya. Siapa antara kita yang kembali ke kota Mekah, semoga dijauhkan oleh Allah (yakni semoga Allah menjauhkan rahmat daripada mereka yang kembali kepada agama musyrikin). Tapi yang datang kepada kita, kita akan pulangkan kepada kaum musyrikin, dan saya berdoa semoga Allah memberinya jalan keluar.”
Maka, Sy. Umar yang risau dan tertanya-tanya apa maksud disebalik perjanjian itu, dan jika melihat perjalanan perjanjian itu, baginda SAW tidak bermesyuarat pun dengan para sahabat. Semasa keluar untuk melangsungkan umrah ke kota Mekah, dan diberitahu bahawa orang musyrikin sedang berkumpul untuk menghalang rombongan baginda, baginda SAW bermesyuarat bersama para sahabat sama ada untuk meneruskan perjalanan atau tidak. Tetapi ketika tiba tawaran perdamaian di Hudaibiyah, Nabi SAW tidak lagi bermesyuarat dan terus bersetuju dengan permintaan-permintaan kaum musyrikin. Dalam hal ini – dimanakah letaknya kebiasaan Rasulullah SAW bermusyawarrah (mesyuarat)?. Nabi ialah orang yang paling banyak bermusyawarah, tetapi dalam hal wahyu, Nabi tidak lagi perlu bermusyawah dengan sesiapa kerana arahan datang daripada Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui. Maka, dalam hal ini, arahan dari Allah tidak lagi boleh dibahaskan sama ada untuk ditunaikan atau tidak ditunaikan. Apabila datang arahan Allah, perlu patuh dan taat untuk menerimanya dan demikian yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Sy. Umar berkata, “Bukankah kamu ini Rasul, yang benar-benar Rasul?”
Jawab Nabi SAW, “Ya.”
Sy. Umar berkata lagi, “Bukankah kita berada di pihak yang benar, dan musuh berada di pihak yang batil?”
Jawab Nabi SAW, “Betul.”
Sy. Umar berkata lagi, “Bukankah kaum mukminin yang mati daripada kami masuk syurga, dan orang-orang yang mati daripada kalangan mereka orang musyrikin masuk neraka?”
Jawab Nabi SAW, “Ya.”
Kata Sy. Umar, “Lalu, mengapa kita memandang diri kita rendah sementara kita berada di pihak yang benar (yakni bersetuju dengan permintaan kaum musyrikin melalu Suhail ibnu Amar) ?”
Jawab Nabi SAW, “Saya ini Rasulullah. Saya tidak akan bermaksiat kepada yang menyuruh saya dan Dia pasti menolong saya.”
-> Maksud Nabi SAW ialah apa yang dilakukan itu bukanlah kehendak baginda, tetapi adalah kehendak Allah SWT.
Maka Sy. Umar yang risau dengan apa yang berlaku datang pula kepada Sy. Abu Bakar dan mengulangi soalan yang sama:
Kata Sy. Umar, “Bukankah dia itu Rasulullah?”
Jawab Sy. Abu Bakar, “Ya.”
Kata Sy. Umar lagi, “Bukankah kita berada di pihak yang benar, dan musuh berada di pihak yang batil?”
Jawab Sy. Abu Bakar, “Betul.”
Kata Sy. Umar pula, “Bukankah kaum mukminin yang mati daripada kita masuk syurga, dan orang-orang yang mati daripada kalangan mereka orang musyrikin masuk neraka?”
Jawab Sy. Abu Bakar, “Ya.”
Kata Sy. Umar, “Lalu, mengapa kita menerima penghinaan terhadap agama kita sedangkan kita berada di pihak yang benar?”
Jawab Sy. Abu Bakar “Ya Umar, dia itu ialah Rasulullah. Dia tidak akan bermaksiat kepada yang Allah dan Allah pasti akan menolongnya.”
-> Jawapan yang diberi Sy. Abu Bakar persis jawapan yang diberi Nabi SAW.
 Mendengar jawapan itu. Sy. Umar merasa bersalah kerana persoalan-persoalan yang ditimbulkannya seolah-olah meragui Rasulullah SAW walaupun itu sebenarnya tidak berlaku. Keraguannya sama seperti keraguan Nabi Ibrahim yang bertanya bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati. Lalu Allah bertanya kepada Nabi Ibrahim, “Tidakkah kamu beriman?” Jawab Nabi Ibrahim, “Ya, tetapi untuk menenangkan hati saya.” Pertanyaan Sy. Umar juga sama maksudnya – berdasarkan kerisauan dan bukan kerana keraguan terhadap Rasulullah SAW. Sesungguhnya, Sy Umar adalah orang yang sangat kuat imannya terhadap Allah dan Rasul-Nya.
Soalan-soalan itu menjadikan Sy. Umar merasa bersalah dan dia berkata, “Aku sentiasa beribadah, bersedekah, berpuasa dan sebagainya kerana aku khuatir Allah Taala akan menurunkan ayat dan ayat itu adalah kerana soalan-soalan yang aku tanya kepada Nabi SAW”. Yakni, Sy. Umar banyak melakukan ibadah agar Allah tidak murka dengan perbuatannya meragui tindakan Nabi SAW dan menanyakan banyak soalan.
Maka, dengan demikian, baginda Rasulullah SAW pada akhirnya mendapat wahyu dalam surah Al-Fatah, ketika dalam perjalanan pulang dari Hudaibiyah.
Apabila disuruh seseoang membacakan ayat itu di hadapan Sy. Umar, dia bertanya, “Adakah akan dibuka kota Mekah untuk orang muslimin?” Jawab Nabi SAW, “Ya.” Sy. Umar pun gembira dengan penurunan ayat tersebut.
Sebagai orang beriman kepada Allah, hendaklah kita lebih percaya kepada Allah dalam perkara yang kita rasa seperti tak mungkin berlaku atau perkara yang kelihatan samar-samar. Allah menurunkan ayat pembukaan kota Mekah dalam keadaan orang muslimin tidak diizinkan pun masuk ke sana dan disuruh kembali.
Sy. Umar ketika itu terus puas hati setelah mendengarkan wahyu yang diturunkan walaupun ada antara kaum muslimin yang kecewa kerana tidak dizinkan masuk ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah dan berjumpa kaum keluarga di sana pada tahun itu. Namun, mereka semua tetap meletakkan keyakinan bahawa disebalik kejadian itu, ada rahsia besar yang akan membawa manfaat kepada kaum muslimin ketika itu dan juga sepanjang zaman.
Nabi SAW menyuruh kaum muslimin mencukur rambut dan menyembelih haiwan kerana tidak jadi mengerjakan umrah. Kaum muslimin kehairanan, terkejut dan kebingungan dengan arahan Nabi SAW kerana arahan itu bermakna mereka tidak akan ke kota Mekah, sementara tujuan asal mereka keluar daripada Madinah adalah untuk masuk ke kota Mekah. Kaum muslimin mempunyai pelbagai kerisauan kerana tindakan/arahan Rasulullah yang diluar jangkaan mereka. Maka, tiada seorang pun melakukan seperti yang diarahkan.
Nabi SAW pun masuk ke dalam khemahnya dan mengadu kepada isterinya, Ummu Salamah. Ummu Salamah memberi nasihat agar Nabi SAW melakukannya terlebih dahulu dan Nabi SAW mengikuti nasihat itu. Lalu, setelah melihat Nabi SAW melakukannya, semua kaum muslimin juga melakukan perkara yang sama.
Daripada apa yang disampaikan tadi, kita dapat melihat sejauh mana seseorang itu menilai kepada sesuatu untuk dikerjakan atau melihat sesuatu sebagai yang dianggap adalah yang terbaik dan apa yang kita rancang itu sebagai yang terbaik, tetapi sebagai manusia kita tidak tahu perkara yang ghaib. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan apa yang akan berlaku setelah kita mengambil sesuatu keputusan. Kaum muslimin ketika itu keluar untuk melakukan perkara yang baik yakni menunaikan umrah di kota Mekah, tetapi mereka ditahan dan Nabi SAW mengajak mereka berpatah balik dan itu adalah diluar jangkaan mereka. Tetapi, sebaliknya apa yang berlaku kesan perjanjian Hudaibiyah itu adalah perkara yang sangat-sangat membawa manfaat kepada kaum muslimin.
Hanya setelah 2 tahun selepas perjanjian itu berlaku, bilangan orang yang memeluk Islam melebihi bilangan selama 16 tahun dakwah Rasulullah di Mekah dan Madinah. Ini kerana Nabi SAW berpeluang berdakwah dengan aman dan tiada yang menganggu. Baginda juga bebas menghantar surat dakwah kepada Hercules, Persia, dan juga menghantar sahabat berdakwah ke negara-negara lain. Inilah hikmahnya Rasulullah SAW patuh kepada arahan Allah SWT yang ghaib hikmahnya kepada kaum muslimin yang mempertikaikan keputusan Rasulullah SAW tunduk menyetujui Perjanjian Hudaibiyah. Jom, kita belajar menerima hakikat ketentuan Allah daripada berharap pada benda yang kita nampak baik tapi hakikatnya ianya akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan yang kita harapkan. Mari kita belajar redha dengan ketentuan Allah, maka kita akan mendapat rahsia redha itu.

Tuesday, May 1, 2012


Perjanjian Hilful Fudhul (Sokongan Rasulullah Terhadap Kafir Quraisy)


Pengenalan

Hilful Fudhul adalah perjanjian yang paling terkenal di dalam sejarah semenanjung Tanah Arab sebelum Islam. Jika diterjemahkan ke dalam bahasa kita bererti "perjanjian yang disertai sumpah yang utama". Nama Hilful Fudhul, diambil dari beberapa nama orang yang mengadakan perjanjian sejenis pada masa sebelumnya. Ketiga-tiga nama orang tersebut masing-masing bernama Fadhal, iaitu

Fadhal bin Fudholah,
Fadhal bin Wad'ah
Fadhal bin al-Harist.

Berdasar pada keterangan kitab Siratul Halabiyah, ketiga-tiga orang tersebut telah mengadakan perjanjian yang bertujuan membela, menolong orang yang teraniaya. Kerana peristiwa perjanjian itu memang penting untuk diperingati dan bagi menghormati ketiga-tiga orang tersebut, maka para ketua Quraisy sebulat suara menamakan perjanjian itu dengan Hilful Fudhul.

Sejarah Hilful Fudhul

Diriwayatkan, apabila meninggalnya pemimpin utama kaum Quraisy iaitu Abdul Mutalib bin Hasyim, Bangsa Quraisy dipandang merosot oleh kabilah-kabilah lain sesudahnya peperangan fujjar. Kelemahan ini timbul akibat kesalahan mereka sendiri. Masyarakat arab ketika itu tidak ada kesatuan dan persatuan yang sepakat. Ikatan kaum Quraisy dan kaum-kaum yang lain mulai longgar. Ada di antara mereka yang cuba menguasai kedudukan-kedudukan penting yang sebelumnya. Kedudukan-kedudukan itu hanya dikuasai oleh kaum Quraisy yang berketurunan Abdul Manaf . Semenjak zaman pemerintahan Qusai bin Kilab hinggalah zaman Abdul Mutalib, Kota Mekkah tidak pernah dicerobohi oleh sesiapa. Kecuali pada zaman Abdul Mutalib iaitu pencerobohan oleh Abrahah dan tentera bergajahnya. Umum mengetahui Abrahah dan tenteranya sememangnya tidak terkalahkan oleh pasukan Quraisy dan kaum-kaum yang lain.

Ketidakstabilan ini diambil kesempatan oleh Kaum Hawazin untuk menyerang Kota Makkah. Faktor yang lain ialah di kota Makkah tiada Jabatan Polis dan Undang-undang yang menahan dan menghukum penjahat walaupun di kalangan pembesar yang mencabuli hak orang lain seperti orang yang sedang bermusafir dan sebagainya. Maksudnya jenayah memang berleluasa di Kota Makkah dan tiada pencegahan serta hukuman. Kerana itu, tidak hairanlah jika ada pihak-pihak yang sewenang-wenangnya menindas golongan bawahan, oleh kerana tidak ada keadilan dan hukuman bagi pelaku penindasan dan tidak ada pula lembaga yang menguruskan masalah itu.

Atas daya usaha Az Zubair bin Abdul Mutalib, pahlawan Bani Hasyim, beliau mengumpulkan bani-bani yang terkemuka dari kaum Quraisy di rumah Abdullah bin Jud'an untuk bermesyuarat. Bani-bani yang terlibat adalah seperti berikut :

Bani Hasyim
Bani Abdul Manaf
Bani Abdul Mutalib
Bani Zuhrah
Bani Taim

Keputusan Mesyuarat

Di Makkah dan kawasan sekitarnya selepas ini tiada lagi penganiayaan walaupun ke atas hamba sahaya, orang yang bermusafir, peniaga, penziarah, kanak-kanak, wanita, lelaki dan orang tua. Orang yang menzalimi akan dihukum manakala orang yang dizalimi akan mendapat pembelaan yang sewajarnya. Hukuman tidak mengira bangsa, pangkat, keturunan dan warna kulit walaupun di kalangan kaum Quraisy. Sekiranya mereka menganiaya, mereka akan dihukum dengan hukuman yang setimpal .

Pada ketika ini, Nabi Muhammad saw baru berusia 20 tahun dan bagindalah peserta yang paling muda di majlis tersebut. Walaupun begitu, Nabi sudah terkenal dengan seorang pemuda yang sangat jujur lagi amanah, berfikiran cerdas dan tajam. Inilah faktor-faktor yang menyebabkan kaumnya memilihnya menjadi salah seorang ahli mesyuarat yang penting ini .

Mesyuarat ini dikenali sebagai Hilful Fudhul. Hilful Fudhul berasal dari persetiaan 3 orang dari Bani Jurhum. Mereka adalah seperti yang dinyatakan di atas tadi iaitu Fadhal bin Fudholah, Fadhal bin Wada'h dan Fadhal bin Al Harist. Mereka bertiga berjanji akan membela orang yang dianiaya dan menghukum orang yang menganiaya tidak mengira rupa, bangsa, warna kulit dan pangkat dan sebagainya. Di atas peristiwa inilah mesyuarat yang dianjurkan oleh Az Zubair ini dikenali sebagai Hilful Fudhul .

Hasil daripada mesyuarat di kalangan kaum Quraisy ini tidak sekadar teori dan retorik tetapi ia dilaksanakan dengan begitu baik sekali. Ia berjalan selama bertahun-tahun lamanya. Rasulullah s.a.w amat memandang tinggi perjanjian ini.
Sabda baginda, “Sesungguhnya Aku telah menyaksikan satu sumpah setia [ perjanjian ] yang dimeterai di rumah Abdullah bin Jad'an . Aku tidak akan suka bahawa aku menerima unta yang hebat sebagai ganti untuk menyalahi sumpah setia itu . Jika Islam mengajak dengan perjanjian yang serupa nescaya aku menerimanya.” -Sirah Ibnu Hisyam dan turut diriwayat di dalam Musnad Imam Ahmad 

Sebab disepakatinnya perjanjian ini
Perjanjian yang menafikan semangat kefanatikan jahiliyah yang biasanya timbul dari perasaan ashobiyah kebangsaan atau sukuisme (perkabilahan). Disebutkan bahawa sebab disepakatinya perjanjian ini adalah lantaran dari seorang pedagang dari Yaman bernama Zubaid, dia ditipu oleh penduduk Makkah oleh kerana barang dagangan yang dibawa pedagang tersebut telah dibeli oleh Al-‘As Bin Wail Al-Sahmy namun harganya tidak diselesaikan oleh penduduk Mekkah. Ketika pedagang tersebut meminta tolong kepada sekutunya iaitu Abdul Al Dar, Makhzum, Jumah, `Adi, dan para penduduk Mekkah, tidak ada seorang pun yang mempedulikannya.

Oleh kerana itu, dia menulis sebuah syair dan membacanya dengan keras di atas sebuah gunung. Kemudian Al Zubair Bin Abdul Muthalib bangun dan bertindak, "Apa kalian ini semua bisu?". Kemudian dengan hal itu mereka yang telah mengikat janji Hilful Fudhul segera bertindak menemui Al-‘As Bin Wail Al-Sahmy dan mengambil barang dagangan lelaki dari Yaman tersebut. Kemudian memulangkan kepadanya, setelah mereka menyepakati perjanjian Al Fudhul tersebut.

Rasulullah mengungkapkan kesaksiannya pada perjanjian Hilful Fudhul, saat beliau belum diangkat Allah menjadi Rasul :

"Ketika aku bersama para bapa saudaraku turut sebagai saksi dalam persekutuan di rumah Abdullah bin Jud'am, betapa senang hatiku menyaksikan hal itu. Seandainya setelah Islam datang, aku diajak mengadakan persekutuan seperti itu, pasti ku sambut dengan baik.” (Muhammad Al-Ghazaly, dalam Fiqhus Sirah).

Penerapan Kisah "Hilful Fudhul" Dalam Dunia Islam Kontemporari

Peristiwa seperti Hilful Fudhul pernah diterapkan oleh salah seorang ulama yang berpegang kepada manhaj yang haq, manhaj Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Iaitu Fadhilatus Syeikh Abdul Aziz Bin Baz Rahimahullah dan Lajnah Ad Daimah Saudi Arabia. Ketika beliau berfatwa membolehkan Pasukan Amerika berada di Pinggir Padang Pasir Perbatasan dengan Iraq dan Kuwait ketika terjadi pencerobohan oleh Saddam Husein (Tokoh Parti Baats Sosialis) Iraq ke Kuwait tahun 1992. Sebenarnya hal ini bukanlah hanya pendapat Syeikh Abdul Aziz Bin Baz rahimahullah saja. Bahkan Imam Syafi'e rahimahullah pernah menyatakan hal tersebut. Imam Syafi'e Rahimahullah menegaskan bahawa yang menjadi ukuran dalam boleh dan tidaknya tahaluf (yang ertinya secara etimologi dari kata al-hilfu yakni ai al-`ahdu iaitu perjajian, dan sumpah) dengan non muslim adalah kemaslahatan umat (lihat Mughni al-Muhtaj; 4/221).

Saat itu, para ulama Lajnah Ad Daimah yang diketuai beliau berfatwa membolehkan meminta bantuan daripada non muslim dalam hal menghentikan kezaliman yang dilakukan oleh saudara yang seagama. Apalagi negara tetangga Saudi Arabia sewaktu itu tidak satu pun yang mendokong negeri Saudi Arabia. Bahkan mereka memberi bantuan moral kepada presiden Iraq yang nyata melakukan kezaliman saat itu dengan menceroboh Kuwait dan akan menyerang Saudi Arabia.

Ibrah Hilful Fudhul

1. Keadilan adalah nilai sejagat yang harus dipertahankan. Penyertaan dan dokongan Nabi Muhammad saw terhadap peristiwa tersebut bertujuan untuk memperkukuh sendi-sendi keadilan. Nilai-nilai kebenaran mesti didukung sekalipun muncul dari kaum jahiliah.

2. Hilful Fudhul adalah sesuatu yang utopia dalam kegelapan jahiliah. Hal tersebut sebagai indikasi bahawa tersebarnya virus-virus yang merosak tuntutan moral dan agama pada suatu masyarakat tidak bererti mensiakan nilai-nilai kebaikan yang lain. Sekalipun masyarakat Makkah majoritinya penyembah berhala (paganisme) dan dekadensi moral bermaharajalela seperti zina, riba dan kezaliman tetapi terdapat juga orang-orang yang berakhlak mulia yang mahu menegakkan keadilan dan menolak penganiayaan.

3. Kezaliman dengan segala bentuk dan tipunya bertentangan dengan ajaran Islam. Keadilan hendaknya ditegakkan tanpa memandang warna kulit, agama, dan suku.

4. Pengesahan hukum bolehnya melakukan perjanjian dan kesepakatan antara perbezaan agama dalam hal-hal yang membawa kepada kebaikan dengan mempertimbangkan pencapaian maslahat (kebaikan) dan mafsadat (kerosakan) dari segala aspek.

5. Seorang muslim sepatutnya memiliki nilai positif untuk merealisasikan kebaikan lingkungan dan masyarakatnya, bukan sebagai penonton yang kagum atau terpana melihat hasil yang muncul dari proses tersebut.

Kesimpulannya

Sikap positif Rasulullah saw terhadap Hilful Fudhul menegaskan betapa Islam mendukung sebuah perjanjian yang sarat dengan nuansa perlindungan dan pembelaan hak asasi manusia, walaupun inisiatif dari perjanjian tersebut datang dari kalangan non muslim, dan bahkan sebelum masa kerasulan nabi Muhammad SAW lagi.

Hadis tersebut menunjukkan sikap Nabi SAW yang sangat prihatin terhadap sebarang pakatan atau tindakan untuk menentang kezaliman. Biarpun sumpah setia ini berlaku sebelum kebangkitan Nabi SAW sebagai Rasul akhir zaman, tetapi naluri seorang Nabi sangat terkesan dengan sebarang tindakan yang dilakukan untuk menentang kezaliman .

Rasulullah SAW telah menjelaskan mengenai keterlibatan baginda di dalam peristiwa Hilful Fudhul di zaman jahiliyyah, baginda menyatakan, jika peristiwa Hilful Fudhul (dimana mereka bahu-membahu untuk kemenangan) terjadi di masa kenabian maka Rasul memilih untuk ikut serta di dalamnya. Dalam kesempatan lain Rasul pernah meminta pertolongan Muth’am bin Ady seorang Nasrani untuk kemanfaatan dakwah. Gambaran tersebut menunjukkan sejauhmana semua peluang dan kesempatan digunakan untuk kemaslahatan dakwah.

Wallahua’lam..
Rujukan : tinta mahasiswa



MP Pas gesa Selangor siasat pampasan RM2.6 juta
  • Khalid Abdul Samad Khalid Abdul Samad
1 / 1
KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Parlimen Pas menggesa kerajaan negeri menyiasat pembayaran RM2.6 juta kepada bekas pekerja Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, ia perlu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, empat Exco Pas Selangor tidak pernah meluluskan jumlah pampasan yang dibayar kepada bekas pekerja MBI.

“Sebaliknya, mereka hanya dimaklumkan mengenainya oleh Abdul Khalid tetapi kelulusan dibuat oleh Lembaga Pengarah MBI. Usaha melibatkan empat bekas Exco Pas ini dilihat berniat jahat, (iaitu) untuk mencemarkan nama baik mereka.

“Tindakan Abdul Khalid juga menunjukkan fakta beliau sangat kedekut dalam membelanjakan wang rakyat cuma mitos semata-mata. Ini dibuktikan apabila beliau memberi ganjaran yang begitu luar biasa kepada bekas kakitangan MBI,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

AKAN MENYUSUL.
Artikel Berkaitan

SAPE PUNYA PAKATAN...SAPE TUBUH....JIKA DAP DAN PKR TAK BETUL...BUBAR...SATU KELUAR MAKA SETEL....TAK PAYAH NAK SURUH....MANA DIA SIYASI...NI SEBAB TSKI SEMUA JADI HARU BIRU

Tuan Ibrahim: DAP boleh undur jika tak setuju
  • Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
1 / 1
SHAH ALAM - Mana-mana parti dalam PR boleh mengundur diri jika tidak boleh menerima kelebihan dan kekurangan parti lain, kata Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata demikian apabila DAP masih tidak henti-henti mengeluarkan kenyataan mengenai Pas walaupun merasakan segala kemelut dalam PR sudah berakhir.

"Saya tidak faham mengapa masih ada kenyataan buruk mengenai Pas selepas selesai kemelut Menteri Besar Selangor.

"Jika DAP rasa tidak boleh sejalan lagi dengan kami, mereka boleh ambil langkah undur diri. Ini kerana dalam PR hanya ada borang masuk, tiada borang keluar. Jadi jika DAP rasa ada yang tidak kena pada Pas, mereka undurlah diri dan biarkan Pas bersama PKR meneruskan perjuangan politik kami," katanya, semalam.

Beliau berkata, apabila ada kenyataan yang dibuat, seolah-olah tuduhan atau berprasangka buruk, sudah tentu ia menjadi tanda tanya mengenai perkara yang dibangkitkan.

"Kalau ada rasa tidak puas hati, seharusnya perlu menggunakan saluran yang betul. Saya salah seorang ahli jawatankuasa pimpinan tertinggi parti. Jadi, kalau ada yang tidak puas hati, boleh bawa dalam mesyuarat atau panggil sahaja untuk bincang dari hati ke hati.

"Bercerita kepada umum bukan cara terbaik, malah boleh menimbulkan lebih banyak konflik. Seperti saya katakan, jika ada yang rasa tidak boleh duduk dalam PR, mereka boleh tarik diri. Dalam PR tiada tiket keluar, ada tiket masuk sahaja. Jadi kenalah undur diri," katanya.

AKAN MENYUSUL.
Artikel Berkaitan


PUTAR ALAM SHAH..
Hari tu tuduh PKR seolah2 mendesak PAS keluar PR
Lepas tu marah bila DAP kata kalau PAS tidak boleh bagi kerjasama PAS boleh keluar dari PR.
TAPI mereka lupa bahawa sebenarnya merekalah yang terlebih dahulu berkata mahu keluar dari PR.
Pening palo doh..
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO
 11:50AM - 18 Nov 2014

'DAP boleh keluar Pakatan, jangan desak PAS'


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengingatkan DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman PAS.

Katanya, DAP dialu-alukan meninggalkan Pakatan Rakyat jika tidak senang dengan parti Islam itu, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Laporan itu juga menyebut, timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata DAP tidak perlu mencari jalan menggunakan "isu kecil" untuk menyingkirkan PAS dari gabungan parti pembangkang itu.

“Kalau Lim Guan Eng nak keluar Pakatan, silakan. Kalau DAP nak keluar Pakatan, keluarlah. Jangan desak PAS untuk keluar Pakatan,” kata seperti dilapor dalam akhbar itu hari ini.

Mohd Amar mengulas resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mendesak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Kenyataan Mohd Amardibuat selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menempelak tindakan pemimpin DAP yang mempersoalkan kegagalan Hadi hadir ke mesyuarat itu kerana keuzuran.

Bekas menteri besar Kelantan itu menyifatkan tindakan mempersoalkan ketidakhadiran presiden PAS itu sebagai "kerja orang bodoh".

Malah, Hadi sebelum itu turut mempertahankan tindakannya dan terpulang kepada beliau untuk hadir atau tidak perlu diminta hadir ke mesyuarat berkenaan.






Kalau beta tahu, beta pukul dia – Sultan Pahang


Sultan_Pahang_CameronSultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa dukacita terhadap aktiviti penerokaan tanah secara haram untuk tujuan pertanian di daerah ini.
Baginda yang menyifatkan kegiatan itu sebagai penyakit yang melarat turut menitahkan supaya segala aktiviti penerokaan haram berkenaan dihentikan segera.
Sultan Ahmad Shah juga mengakui bahawa kegiatan berkenaan mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng.
“Perkara ini telah lama berlaku, sejak zaman British lagi. Beta sudah penat dengan semua ini, beta tidak dapat menghentikan (kegiatan) kerana mereka menggaji kumpulan samseng.
“Mereka (peneroka haram) melakukannya di dalam negeri beta, sudah tiba masanya kegiatan haram ini dihentikan serta-merta. Semua tertakluk kepada undang-undang, beta sebagai pemerintah juga tertakluk kepada undang-undang.
“Dalam hal ini, beta berharap kerajaan Pusat akan membantu kerajaan negeri mengatasi masalah ini kerana mereka mempunyai kelengkapan secukupnya menerusi agensi-agensi sedia ada,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian dalam sidang akhbar selepas berkenan mencemar duli melawat kawasan Lembah Bertam yang terjejas ekoran banjir kilat pada 5 November lalu di sini hari ini. Yang turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Menjawab soalan pemberita mengenai pengeluaran ‘surat kuning’ dari istana yang kononnya membenarkan aktiviti penerokaan tanah di daerah ini untuk tujuan pembangunan dan pertanian, Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa baginda tidak tahu menahu mengenainya.
Baginda juga menafikan bahawa pihak istana sewenang-wenangnya mengeluarkan surat berkenaan dan meminta pihak berkuasa tempatan memeriksa terlebih dahulu dengan kerajaan negeri sekiranya ada kontraktor atau syarikat yang mengemukakannya.
“Beta tidak tahu-menahu mengenai perkara ini. Kalau beta tahu, beta pukul dia (orang yang guna surat kuning),” titah baginda. – Utusan Malaysia

Senaman Paling Latest dan Rare

Written By canang on Rabu, 19 November 2014 | 11/19/2014 05:53:00 PTG

 

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan