Khamis, 13 November 2014

ADAKAH TV/RADIO MENDIDIK YANG BAIK2...ADAKAH PROGRAM2 HIBURAN MENDIDIK YANG BAIK2...PAKAI AKAL BILA BERTUTUR


3:42PM - 13 Nov 2014

'Didik mereka jangan nakal-nakal di Golok'


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam meminta pemimpin PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz untuk “mendidik” penduduk Kelantan untuk tidak menyeberang sempadan ke Thailand dan kemudian dijangkiti HIV.

Nik Abduh dalam forum pada Selasa berkata, kadar HIV dan Aids yang tinggi di Kelantan berlaku ekoran kedudukan negeri itu yang dekat dekan Golok, Thailand – yang mana dadah dan pelacur mudah ditemui.

Ekoran itu, Subramaniam berkata, tindakan menyeberang sempadan adalah keputusan peribadi dan beliau menyarankan Nik Abduh (kanan) mendidik rakyat setempat tidak terjebak dalam aktiviti yang menjejaskan kesihatan.

“Ia pilihan individu. Jadi saya fikir MP Pasir MAS harus pulang bertemu rakyat Kelantan, didik mereka, kuatkan mentaliti mereka dan lain-lain.

“Jadi, di sebalik pilihan yang ada, mereka tidak menyeberang sempadan dan buat perkara-perkara nakal,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang turut hadir ke majlis itu menyuarakan pandangan sama.
 

Org yg tidak bertanggungjawab terhadap dirinya dan keluarganya (tidak menjaga haq agama haq Allah), tidak akan bertanggungjawab terhadap agama org di bawahnya.
VIDEO: KiniTV BM Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak mempunyai masalah jika
audit penuh sambutan tahunan Hari Belia yang menelan perbelanjaan kos RM30 juta pada tahun lalu didedahkan kepada umum.

Berita: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak mempunyai masalah jika audit penuh sambu...
kinitv.com
Mohamad Khir tarik balik saman fitnah
  • Mohamad Khir Toyo Mohamad Khir Toyo
1 / 1
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menarik balik saman fitnah RM10 juta yang difailkannya terhadap Adun Sekinchan Ng Suee Lim berikutan pendedahan skandal banglo yang didakwa bernilai RM24 juta.

Dr Mohamad Khir menerusi peguamnya, M Athimulan memaklumkan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam, Datuk Azimah Omar  sebentar tadi.

“Saya juga memohon tiada sebarang kos yang perlu dibayar kepada Suee Lim,” katanya.

Peguam yang mewakili Suee Lim, M Manoharan berkata, tiada sebarang bantahan terhadap permohonan tersebut.


Artis Buat Maksiat Di Bilik Hotel...Siapakah Artis ini??


Ini bukan kes kecil hati lagi, tetapi boleh dikategorikan sebagai ‘makan hati’ 
dan‘sakit hati’ kerana tempat untuk mencari rezeki sudah bertukar jadi sarang 
maksiat.
Dalam ruangan gosip di akhbar Harian Metro menyebut, seorang artis veteran 
ternampak sendiri perlakuan dua artis yang tidak teragak-agak dan tanpa segan
silu masuk ke bilik.
Mustahil artis wanita itu mahu membantu artis lelaki itu membetulkan cadar 
ataupun menukar sarung bantal kerana pihak pengurusan penginapan itu sudah
menyediakan pekerja yang ramai untuk membuat kerja-kerja itu semua.

Lagipun takkan artis wanita itu sanggup menggunakan jari jemarinya yang mulus itu untuk mengemas bilik artis lelaki itu.

Khabarnya artis veteran artis veteran itu marah benar akan perlakuan tidak 
senonoh kedua-dua artis itu. Ia turut memalitkan arang ke wajah artis lain yang 
mana kalau masyarakat tahu macam gitulah perangai artis, langsung hilang 
hormat pada penggiat seni tanah air.

Di manakah letak­nya maruah mereka sebagai manusia sehingga sanggup 
melempiaskan nafsu tanpa mempedulikan orang sekeliling.

Suatu ketika dulu artis wanita itu khabarnya bakal menamatkan zaman solonya, 
tetapi sayang sekali jodohnya bersama buah hati tidak kesampaian dan sejak itu 
dia bagaikan kehilangan arah.Masakan artis itu tidak ‘naik sawan’ kerana rakan
seang–katannya ramai yang sudah berkahwin dan ada anak, lapor Hmetro.


2 hrs ·

Hentikan rasuah jika tidak mahu sindiran politik, kata Zunar


Kartunis Zulkifli Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar mendapat ilham bagi kartunnya daripada pemimpin yang mengamalkan rasuah dan bukan rekaannya semata-mata. – Gambar The Malaysian Insider, 13 November, 2014.Kartunis Zulkifli Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar mendapat ilham bagi kartunnya daripada pemimpin yang mengamalkan rasuah dan bukan rekaannya semata-mata. – Gambar The Malaysian Insider, 13 November, 2014.Pemimpin politik perlu segera menghentikan amalan rasuah dan salah guna kuasa jika enggan menerima sindirin melalui kartun, kata Zulkifli Anwar Ulhaque.
Kartunis politik itu yang lebih dikenali dengan panggilan Zunar itu berkata, kerajaan tidak boleh menyalahkan hasil lukisannya kerana ilham lukisan tersebut diperoleh daripada pelbagai salah laku dan skandal pemimpin berkenaan.
"Untuk pengetahuan semua, yang saya lukis ini ideanya daripada ahli politik di Malaysia. Apa yang mereka lakukan, ini saya lukis. Bukan salah saya. Bukan saya mencipta rasuah ini untuk mereka. Tidak.
"Mereka yang melakukan rasuah. Saya kartunkan. Jadi jangan salahkan saya dalam soal-soal ini. Soal skandal ini bukan berpunca daripada kartunis. Puncanya daripada pemimpin sendiri.
"Kalau tak mahu bagi saya lukis kartun, pemimpin ini kena hentikan tindakan rasuah dan letak jawatan kalau takut pada kartunis. Bagi kartunislah jadi ahli politik pula. Tidak sepatutnya begitu," katanya pada sidang media di pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini.
Zunar berkata, kartunis politik memainkan peranan mereka tersendiri dalam mengkritik kerajaan dan ia sudah menjadi kelaziman di luar negara.
Katanya, Putrajaya perlu berterima kasih kepada kumpulan kartunis dan bukannya memberi pelbagai ancaman melalui undang-undang jenayah.
“Kita harus faham kartunis politik ini ada peranannya dalam negara demokrasi. Mereka memainkan peranan penting iaitu sebagai pengkritik kerajaan hari ini. Itu adalah tugas kartunis politik di mana juga di dunia ini.
“Di Amerika, kartunis politik yang melukis di akhbar utama, kerjanya memang mengkritik Obama. Itu memang diterima. Ada antara mereka walaupun mengkritik presiden, mendapat anugerah presiden. Sesebuah negara perlu menghormatinya.
“Kartunis politik membantu membangunkan negara, mengingatkan pemimpin dan juga membantu menyuburkan demokrasi. Sepatutnya begitu tetapi di Malaysia, kartunis politik menjadi musuh negara dan sasaran kerajaan,” katanya.
Beliau berkata kerajaan perlu bersikap lebih terbuka dengan karya kartun nukilannya kerana segalanya berdasarkan fakta dan kajian mendalam.
Katanya, pelbagai desakan diberikan kerajaan boleh diterimanya namun bukanlah mengganggu periuk nasi mereka yang berada di sekitarnya.
“Bila saya melukis kartun politik, saya bertanggungjawab terhadap semua fakta dan jenaka kerana saya lakukan homework yang begitu panjang. Saya tidak mempunyai masalah sekiranya ada pemimpin berasa mereka difitnah oleh kartun saya. Pemimpin tertentu boleh saman saya secara sivil, saman malu silakan. Itu hak mereka.
“Yang saya bantah sekarang adalah menggunakan undang-undang jenayah untuk menghentikan saya daripada melukis seperti Akta Hasutan. Saya sebelum ini sudah ditangkap pada 2011. Mereka datang ke pejabat saya dengan 10 orang polis. Datang jaga pintu belakang. Macam saya penjenayah yang nak lari.
“Ini layanan yang diberikan. Saya digari selama 8 jam. Bukan beginilah sepatutnya kerajaan melayan kartunis politik. Tiga pencetak yang pernah cetak buku saya sudah diserbu. Mereka sudah tidak berani mencetak buku saya,” katanya.
Zulkifli berkata terpaksa mengambil inisiatif sendiri menutup nama pencetak di bukunya bagi mengelak pencetak diserbu pihak berkuasa.
Katanya, tindakan berkenaan bertentangan dengan undang-undang namun terpaksa berbuat demikian kerana desakan kerajaan.
“Tiada pencetak di Malaysia sekarang berani mencetak buku saya kerana mengundang polis datang ke pejabat mereka. Bila polis pergi, mereka memberi amaran sekiranya terus mencetak buku saya, lesen akan dibatalkan. Mencetak buku kartun, lesen pencetakan akan dibatalkan. Ini tekanan yang sangat kuat pada peniaga.
“Begitu juga di kedai-kedai, polis dan KDN memberi amaran sama, jika terus menjual buku saya, lesen mereka juga akan menjadi masalah. Tidak ada ahli perniagaan sanggup mengorbankan perniagaannya kerana sebuah buku.
“Bukan sahaja terhadap saya, pencetak, penjual dan sekarang webmaster. Dia hanya menjalankan kerja web. Webmaster bukan memberi idea kartun kepada saya. Orang yang menjalankan web secara teknikal, kenapa dia juga dipanggil untuk disiasat?” katanya.
Kartunis itu berkata, Putrajaya menunjukkan sikap pelik apabila tidak berani dikritik melalui kartun yang jarang ditemui di negara lain.
“Saya ingin bertanya kenapa kerajaan Malaysia sangat takut kepada kartun? Susah saya nak jumpa. Saya dah pergi banyak tempat Sepanyol, UK, US dan banyak tempat lagi. Jarang saya temui negara yang pemimpinnya takut pada kartun.
“Di Amerika dan Indonesia, pemimpin ketawa kalau dilukiskan mengenai mereka. Mereka ketawa saja. Ketawalah. Pemimpin dan kerajaan begini adalah kerajaan yang sangat lemah, takut pada karya seni.”
Beliau berkata, Pakatan Rakyat (PR) tidak menjadi sasaran karyanya kerana salah guna kuasa lebih ketara berlaku di pihak kerajaan persekutuan.
Katanya, Putrajaya mempunyai kuasa menggubal undang-undang, memantau pihak polis dan sebagainya namun masih enggan membanteras rasuah.
“Sekiranya berlaku rasuah, saya kritik kerajaan yang tidak mahu membanteras rasuah. Kamu ada polis, SPRM, mahkamah tetapi tidak lakukan sesuatu untuk menghentikan rasuah. Itu yang jadi isu.
“Keutamaannya sekarang sebagai contoh adalah kes rasuah Scorpene RM500 juta. Ini fakta dan bukan saya cipta. Ia masuk ke poket perdana menteri. Ini rasuah besar. Adakah kita akan mencari rasuah kecil di peringkat PBT dan tidak highlight pada rasuah besar?
“Saya tak minat kritik PR kerana mereka sudah dikritik hari-hari. Mereka menjadi satu pihak yang sangat lemah sekarang ini terutama dari segi media. Tiada apa-apa untuk mempertahankan diri. Orang ada kuasa layak dikritik. Lagi besar kuasanya, lagi besar kritikan yang saya beri,” katanya. – 13 November, 2014.

“Saya memang tak pakai apa-apa”


kristel
Manila – Bekas ahli kumpulan Sexbomb Girls, Kristel Moreno, mengaku beliau tidak memakai seluar dalam ketika menyarungkan gaun hitam pada majlis Star Magic yang ke-8 Sabtu lalu.
Ketika ditemuramah secara langsung di majlis tersebut, pelakon berusia 23 tahun itu ditanya sama ada beliau memakai seluar dalam atau tidak di sebalik gaunnya yang jarang, beliau dengan bangganya menjawab, ‘Saya tidak memakai apa-apa…’
Bekas bintang filem kanak-kanak itu juga menerima kritikan yang hebat gara-gara pakaian tersebut malah dilabelkan sebagai ‘Worst Dressed’ pada majlis tersebut yang berlangsung pada 6 September lepas di Makati Shangri-La Hotel, lapor Pilihan anda.

Pakaian Nora Danish dikecam hebat

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/
Nora2
Dek kerana memakai baju ala-ala arab yang seksi, Nora Danish mendapat kecaman hebat oleh pengikutnya di Instagram. Difahamkan Nora Danish berpakaian sedemikian rupa kerana menghadiri satu majlis bagi memperkenalkan dirinya sebagai duta kecantikan sesebuah produk. Difahamkan juga baju berkenaan adalah hasil ciptaan pereka muda Rizman Ruzaini.
norapakaiketat5
Bagaimanapun, Nora Danish dikecam teruk oleh pengikut Instagramnya keran menggayakan pakaian tersebut sehingga ada yang menyamakannya dengan arab jahiliyah.
Tapi Nora Danish dilihat tidak membalas sebarang komen yang dikemukakan oleh pengikutnya dan mengambil pendekatan mendiamkan diri sahaja, lapor Siakapkeli.com.my


Wahai pak menteri yang hidup mewah balak minyak hasil negara semua kau sapu tapi bila nyawa rakyat dlm bahaya hanya meminta sedikit ehsan atas dasar sesama manusia ko berang tak tentu pasal apakah nyawa mereka itu lebih murah dari hasil negara yang berbilion itu Berita Kes culik: Jangan cakap pasal duit, kata menteri yang berang | KiniTV - Your Story, Our Camera - http://m.kinitv.com/video/12762O74 ‪#‎bnbankrubnegara‬

 

9 PETUA SEMULAJADI UNTUK MEMERAHKAN BIBIR ANDA !!!


1. Madu

Madu merupakan penawar atau ubat semulajadi untuk berbagai masalah kesihatan dan kecantikan termasuklah untuk memerahkan bibir. Sapu madu pada bibir anda setiap malam sebelum tidur.

2. Air Mawar

Setiap kali anda hendak tidur malam, usap lembut bibir anda dengan bola kapas yang dibasahi air mawar dingin untuk membuat bibir kelihatan lebih lembut dan merah keesokan harinya...

3. Limau nipis

Limau nipis pada dasarnya adalah bahan pemutih semulajadi. Campur 2 sudu makan air masak suam dan jus limau dengan 2 sudu makan madu, lalu sapukan pada bibir, biarkan selama 10-15 minit . Akhir sekali bila bibir dengan air suam. Jika ini dilakukan secara rutin, warna bibir yang kehitaman akan berubah menjadi lebih merah.

4. Kunyit

Campurkan isi kunyit yang telah ditumbuk dengan 1 sudu teh susu suam atau susu krim. Urut bibir anda dengan ramuan ini setiap hari selama 5 minit. Ini akan membuat bibir anda kelihatan merah secara semulajadi dan lebih kenyal.

5. Daun ketumbar

Daun ketumbar akan memudarkan warna gelap pada bibir. Hancurkan 2 lembar daun ketumbar dengan air, kemudian sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air suam. Lakukan ini secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksima.

6. Minyak Almond (Badam)

Perubahan warna bibir boleh terjadi disebabkan kurangnya kelembapan. Minyak almond (badam) mengandungi zat yang dapat membantu melembabkan bibir anda. Hanya sapukan minyak almond pada bibir sebelum tidur. Untuk hasil yang lebih maksima, campurkan minyak almond dengan jus lemon dan madu. Jika anda tidak ada minyak almond, anda boleh gantikannya dengan minyak zaitun...

7. Gliserin

Gliserin adalah satu bahan kimia yang memiliki banyak manafaat bagi kecantikan termasuk untuk bibir. Urutilah bibir anda dengan gliserin setiap hari. Hal ini akan membantu mengembalikan bibir anda menjadi merah aslinya...

8. Mentega

Anda boleh juga sapukan mentega di bibir setiap malam sebelum masuk tidur. Ini juga dapat membantu mengembalikan warna bibir menjadi lebih segar dan kemerahan...

9. Yoghurt

Campuran madu, yoghurt dan tepung beras serta beberapa titik jus limau nipis juga dapat digunakan secara teratur pada bibir untuk membuatnya kelihatan lebih merah...

Selamat mencuba.

Tak guna jadi negara pendapatan tinggi kalau rakyat tak mampu beli rumah, kata Daim

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengkritik Putrajaya yang menginginkan status negara berpendapatan tinggit tetapi rakyat sendiri tidak mampu membeli rumah. – Gambar The Malaysia Insider oleh Afif Raiezal, 11 November, 2014.Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengkritik Putrajaya yang menginginkan status negara berpendapatan tinggit tetapi rakyat sendiri tidak mampu membeli rumah. – Gambar The Malaysia Insider oleh Afif Raiezal, 11 November, 2014.Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin membidas usaha Putrajaya ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi sehingga mengabaikan kedudukan ekonomi majoriti rakyat.
Beliau mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang bercita-cita mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi tetapi dalam masa sama, rakyatnya masih tidak mampu memiliki sebuah rumah sendiri.
"Tidak ada maknanya kerajaan mendabik dada mengatakan kita sedang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi jika masih ramai rakyat tidak mampu memiliki sebuah rumah biasa," katanya hari ini.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan buku berjudul “The Colour of Inequality” di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac), Kuala Lumpur hari ini.
Lebih membimbangkan Daim adalah hartanah kini sukar untuk dimiliki khususnya mereka yang berumur bawah 40 tahun kerana nilai yang melambung naik akibat spekulasi.
"Hakmilik hartanah antara yang membimbangkan di kalangan rakyat Malaysia, khususnya mereka bawah umur 40 tahun, berdepan kesukaran untuk memiliki aset penting ini.
"Perumahan menjadi kelas aset kewangan, malah ia menjadi alat spekulasi daripada menjadi tempat untuk kita tinggal," katanya.
Daim menegaskan rakyat Malaysia masih tidak mencapai tahap pendapatan yang baik dan ramai yang masih berpendapatan di bawah tahap kemiskinan.
"Tiada maknanya kita ke arah negara berpendapatan tinggi, pada ketika rakyat, anak-anak kita, jiran dan rakan kita masih berpendapatan bawah tahap kemiskinan," katanya.
Walaupun negara memiliki pengguna barangan mewah terbesar di rantau Asia, Daim berkata masih ramai rakyat yang masih terpaksa bergelut dengan kehidupan.
"Masih ramai pakcik dan makcik di kampung dan bandar yang masih bergelut untuk mendapat sesuap nasi dan menghantar anak mereka ke sekolah setiap hari."
Pentadbiran Najib menyasarkan negara beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Bagaimanapun, usaha tersebut dilihat tidak memberi gambaran sebenar terhadap situasi kewangan dan ekonomi rakyat Malaysia, malah satu kajian bersama Universiti Malaya dan Institut Penyelidikan Khazanah mendapati jurang semakin melebar di kalangan rakyat Malaysia dari segi pendapatan dan pemilikan rumah.
Menurut data daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dana persaraan terbesar di Malaysia, pekali Gini daripada akaun simpanan meningkat daripada 0,643 pada 2004 kepada 0.661 pada 2013.
Gaji pekerja berumur 26-35 juga berkembang pada kadar lebih perlahan daripada 2004 hingga 2013, dan tertinggal di belakang pendapatan yang berumur 40 tahun ke atas, kata mereka.
Sementara itu dalam sektor awam, pangkat pengurus dan profesional berkembang lebih cepat secara tidak seimbang sejak 1999 hingga 2012, menurut kompilasi mereka daripada Senarai Pekerjaan Kementerian dan Jabatan dalam Anggaran Belanjawan Persekutuan.
Kaji selidik itu juga mengatakan pekali Gini Malaysia berkaitan hartanah kediaman dijual tahun meningkat daripada 0.51 pada 1996 kepada 0.53 pada 2011, menurut perkiraan mereka berdasarkan data daripada Napic.
"Nilai harta yang dibeli pembeli atasan berkembang lebih cepat daripada harta yang dibeli pembeli ‘low-end’ sepanjang tahun," kata kajian tersebut.
Bahagian daripada jumlah nilai harta dengan bahagian bawah 20% dari 2006 hingga 2011 kekal tidak berubah pada 5%, manakala 10% menikmati pertumbuhan daripada 35% kepada 40% dalam tempoh yang sama, menurut data. – 11 November, 2014.

Wednesday, November 12, 2014

Oh! Di Sini Rupanya Tembok Besar China Ini Berakhir. Sungguh Tak Sangka!


Merupakan antara binaan unik di dunia, kebanyakan pelawat yang mengunjungi lokasi ini tidak pernah melihat penghujungnya.
Tembok Besar China biasanya hanya di kunjungi diluar bandar Beijing.
Dan kebanyakan gambaran di sepanjang laluan great wall ini adalah di pergunungan dengan pemandangan yang berbeza di setiap lokasi.
Lihatlah, di bahagian ini memberikan suasana begini



Dan di lokasi lain pula, gunung menghijau..Tk The Vocket




Lagi suasana berbeza


Gunung yang kontang?



Kat sini rasa hidup sikit

Sunyi dan jauh dipuncak




Batu batan saja. Mudah nak tengok musuh di zaman perang
Siapa sangka, rupanya tembok ini berakhir di laut dengan gambaran yang sama sekali sangat jauh berbeza?
Sumber : Kuriositas dan Metalfloss
Kami juga tak sangka rupanya tembok besar ini berakhir begini.
Setelah lembah didaki dan lurah dilalui akhirnye ke laut jua, eh?
Like page The Vocket di Facebook

1 ulasan:

  1. Sains Perubatan Telah menemui Cara baru Untuk pertempuran HIV AIDS DENGAN MENGGUNAKAN Seorang Lelaki bernama Dr Boadi !!
    NAMA SAYA Barbar Keltner. SAYA SAW A COMMENT ON BLOGS Positif DAN SAYA Akan LOVE TO TELL SETIAP BADAN CARA MY PERUBAHAN STATUS DENGAN Negatif dan SAYA Mendapat sembuh, dan AM Sekarang Saksi Hidup OF IT DAN SAYA RASA YANG Memalukan A ON ME JIKA SAYA TIDAK ovum INI LOVELY KISAH DENGAN ORANG LAIN dijangkiti DENGAN INI VIRUS BERBAHAYA. HIV TELAH Berterusan DALAM KELUARGA SAYA, SAYA HILANG KEDUA-DUA IBU BAPA DENGAN HIV. AND IT IS PAIN SO MUCH SAYA Masih TIDAK mampu Untuk Mengatasi .. Seperti Yang Kita SEDIA PERUBATAN TIDAK ADA Penyelesaian UNTUK IT..AND UBAT ADALAH SESEORANG SANGAT MAHAL .. SO memperkenalkan SAYA Kepada Seorang HERBAL pengamal DI AFRIKA .. SAYA MEMPUNYAI ADA KERJA UNTUK Menunaikan SO SAYA MENGAMBIL MASA UNTUK CHECK OUT ON HIM.I menunjukkan
    HIM SEMUA PEPERIKSAAN DAN KEPUTUSAN SAYA .. SAYA SUDAH teratur DENGAN HIV DAN TELAH TELAH MENGAMBIL TOLL ITS ON ME .. SAYA Telah membelanjakan Beribu-ribu dolar jadi SAYA memutuskan Untuk TRY HIM OUT WALAUPUN SAYA did'nt PERCAYA DALAM IT, SAYA WAS JUST CUBAAN IT kecewa kerana? DAN SELEPAS 14 HARI, beliau Memberitahu SAYA PERGI UNTUK PEPERIKSAAN PERUBATAN.
    DAN ANDA TIDAK PERCAYA Akan 5 DOCTORS BERBEZA DISAHKAN IT YANG AM NEGATIF ​​.. IT WAS LIKE DREAM A ,, SAYA JANGAN PERCAYA HIV HAS CURE..AM Sekarang Negatif ,, AM A WITNESS..I HIDUP TIDAK Tahu Bab bagaimana TERIMA MAN INI ? SAYA Hanya Mahu Membantu LAIN-LAIN DALAM APA CARA I CAN .. SAYA Telah menyertai Forum BANYAK DAN TELAH DISIARKAN INI Perakuan DAN BANYAK ORANG MEMPUNYAI MAIL DAN DIPANGGIL MAN INI PADA TELEFON DAN SELEPAS 14 HARI Mereka Semua DISAHKAN Negatif .. BBC NEWS MENGAMBIL IT LIVE DAN SEMUA ORANG SETIAP SAW IT DAN Sekarang ITS OUT IN KERTAS DAN MAJALAH YANG ADA CURE HERBA UNTUK HIV DAN SEMUA DENGAN Bantuan MAN INI ,, JIKA ANDA INGIN AMBIL IT OR NOT .. ALLAH MENGETAHUI SAYA Telah mencuba MY BEST. ABOUT 28 orang disahkan Negatif MELALUI CURE HERBA DARI DR HERBA Boadi CENTRE. DAN Acha HANTAR MEL KE THANKS ME SELEPAS Acha TELAH DISAHKAN Negatif ,, MAN INI REAL..DON'T MISS peluang-peluang INI ,, HIV virus maut ,, MENGHILANGKAN Sekarang .. JIKA ADA sesiapa Yang mempunyai sama Masalah dan Masih Mencari jalan Keluar , e-mel beliau Masih Kekal, (drboadiherbalcentre@yahoo.com) Atau hubungi Dia Atau whataspp dia di 2348156769001
    Terima kasih

    BalasPadam