Sabtu, 25 Oktober 2014

PUSAT ZAKAT...JANGAN SAMPAI PEKERJA/AMIL2 NI...TAK MAMPU JAWAB DIAKHIRAT KELAK...SALAH TADBIR NERAKALAH TEMPATNYA...WANG ZAKAT JANGAN MAIN2



Sentuh anjing haram, sebar gambar, video lucah tidak haram

Md Izwan

Md Izwan adalah wartawan The Malaysian Insider. ‎Beliau berkicau di @izwan_noborders.
Nampaknya ulama dan agamawan kita lebih takut apabila Melayu menyentuh anjing, bila berbuat demikian tandanya kita tidak berakhlak atau sudah mencemari kesucian agama Islam.
Saya tidak tahu atau tidak nampak bagaimana kalau dengan menyentuh anjing, akhlak atau iman saya tergugat.
Semua orang mengetahui mengenai isu penyebaran gambar dan video lucah, tidak kisah ia membabitkan rakyat biasa, ahli politik atau artis.
Baru-baru ini kita mengetahui tentang gambar intim ahli politik lawan yang sudah tersebar, sama ada palsu atau tidak gambar tersebut ia belum disahkan.
Ini bukan kali pertama gambar atau video lucah tersebar, sebelum ini pemerintah pun pernah menggunakan modal sama menggunakan video lucah ini dalam berkempen pilihan raya. Lebih melucukan, seluar dalam juga dijadikan bahan kempen.
Lebih teruk sekali, ada satu ketika itu dimana akhbar berbahasa Melayu meletakkan gambar lucah di muka depan akhbar mereka. Tidak pula ulama atau agamawan ini tampil ke depan.
Itu sudah cukup melambangkan tahap dan kelas orang Melayu kita berkempen, jadi tidak hairan dalam isu menyentuh anjing ini kita boleh lihat ulama atau agamawan ini meloncat.
Daripada sibuk untuk menjatuhkan hukum halal dan haram kepada seseorang, lebih baik sekiranya ulama dan agamawan ini menjelaskan bagaimana dan mengapa menyentuh anjing ini haram?
Adakah si penyentuh anjing tersebut mencuri, adakah bila menyentuh anjing saya akan mengambil wang rasuah, adakah bila saya menyentuh anjing itu saya tidak bersembahyang atau adakah ulama dan agamawan lebih suka bercakap tentang perkara remeh-temeh begini.
Lebih lagi tidak masuk akal apabila ada ulama dan agamawan mengatakan sentuh anjing boleh bawa kepada penzinaan. Ini betul-betul hujah longkang, saya tidak faham apakah kaitannya.
Janganlah jadi seperti pepatah, "Gajah di depan mata tidak nampak".
Dalam isu gambar atau video lucah yang tersebar secara sengaja atau tidak sengaja, tidak pula ulama dan agamawan ini ke depan, alih-alih isu sentuh anjing juga dijadikan sasaran.
Bukanlah bertujuan untuk menyuruh orang Melayu menyentuh anjing, cuma saya mahu bangkitkan sedikit tentang golongan agamawan ini. Adil dan bijak berhujah dalam televisyen tidak sama dengan realiti.
Kalau diberikan peluang, saya juga mahu membela anjing, kalau boleh baka Rottweiler, bukan apa, cuma kerana banyak sangat peragut dan penyamun sekitar kawasan saya tinggal.
Lebih-lebih, banyaknya daripada orang Melayu dan Islam. Sekurang-kurangnya saya rasa selamat bila ada anjing di sisi, takkan saya nak harap agamawan ini yang bercakap sahaja lebih.
Mungkin mereka melabelkan anjing ini sebagai najis berat, tapi saya lihat lebih berat lagi najis yang dibuat oleh mereka dalam pentadbiran yang saban hari membocorkan wang rakyat yang membayar cukai.
Lebih baik sekiranya, ulama dan agamawan ini berbicara tentang najis berat ini. Atau ulama dan agamawan tidak melihat ini sebagai najis berat? Terserah kepada mereka.
Sempena perayaan cahaya atau Deepavali, saya berharap sangat ulama dan agamawan kita ini diberikan cahaya hidayah juga. Selamat Menyambut Deepavali. – 22 Oktober, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Friday, October 24, 2014

Pusat Zakat mana?.. jenguk-jenguklah sama Ibu Tunggal ni..


“Saya hanya mampu berdoa supaya tiada kejadian buruk berlaku apabila tinggal dalam rumah yang usang, tambahan pula saya hanya berseorangan,” kata Asiah Ariffin, 57.

Ibu tunggal itu kembali tinggal di rumah pusaka ibunya di Jalan Hutan Lipur, Sungai Buaya di sini, sejak lima tahun lalu.

“Sebelum ini, saya tinggal di Ijok, Perak bersama anak bongsu, manakala rumah pusaka ini disewakan kepada orang lain. Tetapi, selepas suami meninggal dunia dan rumah pusaka ini tiada penyewa, saya kembali tinggal di sini sejak lima tahun lalu kerana tidak sanggup membiarkan ia kosong walaupun keadaannya semakin uzur.

“Apabila hujan lebat dan ribut, saya selalu kesejukan kerana bumbung bocor dan tidak dapat tidur lena waktu malam,” katanya.

Mengimbas kisah hidupnya, dia dianugerahkan 10 anak hasil perkahwinan dengan suami pertamanya, tetapi mereka berpisah sejak 20 tahun lalu, manakala suami keduanya meninggal dunia.

Semua anaknya yang berusia antara 22 dan 38 tahun kini tidak lagi tinggal sebumbung memandangkan mereka sudah berumahtangga serta mempunyai komitmen sendiri.

Disebabkan dia hanya tinggal bersendirian, segala makan minum serta pengurusan dirinya diuruskan sendiri memandangkan keadaannya masih mampu berdikari.

Untuk menyara kehidupannya, Asiah bekerja sebagai pembantu kedai makan di Kampung Sungai Kechil di sini, dengan upah RM35 sehari dengan waktu bekerja dari jam 7 pagi hingga 3 petang dan menggunakan basikal sebagai pengangkutannya.

“Untuk ke tempat kerja, saya perlu mengayuh basikal selama 30 minit sehala. Walaupun hujan, saya tetap berkayuh ke kedai berkenaan demi mencari rezeki kerana itu saja mata pencarian yang mampu saya lakukan dalam usia sebegini.

“Memang agak memenatkan kerana mengayuh basikal ke tempat kerja yang agak jauh dari rumah, namun saya bersyukur mempunyai basikal ini yang membolehkan saya terus bergerak.

“Saya kini menghidap kencing manis, tetapi kerana faktor kewangan tidak mencukupi saya hanya membeli ubat sebanyak RM60 untuk dua bulan sekali,” katanya.

Asiah tetap bersyukur kerana pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghulurkan bantuan barangan kering setiap kali menjelang musim perayaan ~ UtaraNews

Bolivia declares Israel ‘terrorist state’, scraps visa exemption agreement

Published time: July 30, 2014 21:58
Edited time: July 31, 2014 02:19

The President of Bolivia Evo Morales (AFP Photo)
The President of Bolivia Evo Morales (AFP Photo)
Bolivia has declared Israel to be a “terrorist state” and renounced a visa exemption agreement with the country in protest over the ongoing Israeli military offense in Gaza which already killed more than 1,300 dead and left over 7,000 wounded.
LIVE UPDATES: Israel launches ground incursion in Gaza Strip
Canceling the 1972 agreement which allowed Israelis to travel freely to Bolivia “means, in other words, we are declaring (Israel) a terrorist state,” the country's President Evo Morales announced.
Morales explained that Operation Protective edge clearly shows that “Israel is not a guarantor of the principles of respect for life and the elementary precepts of rights that govern the peaceful and harmonious coexistence of our international community.”
The announcement came after a cabinet meeting of the government of Evo Morales which decided that; “The Bolivian state and people have made a firm decision to terminate the agreement on visas to Israel, from August 17, 1972, signed under a regime of dictatorship in Bolivia and that allowed Israeli citizens to enter Bolivia freely without even entry visa."
Earlier in July, Morales filed a request with the UN High Commissioner for Human Rights to prosecute Israel for “crimes against humanity.”
Other Latin American countries including Chile and El Salvador recalled their ambassadors in Israel on Tuesday for consultations due to the increased violence in the Gaza Strip against civilians. The move follows similar actions by Ecuador, Brazil and Peru who have also recalled their ambassadors.

Palestinians carry the body of a local Palestinian journalist, whom medics said was killed by Israeli shelling near a market in Shejaia, as smoke rises in the east of Gaza City July 30, 2014. (Reuters/Ashraf Amrah)
Palestinians carry the body of a local Palestinian journalist, whom medics said was killed by Israeli shelling near a market in Shejaia, as smoke rises in the east of Gaza City July 30, 2014. (Reuters/Ashraf Amrah)
Bolivia broke off diplomatic relations with Israel in 2009 over a previous military operation in Gaza.
Just on Wednesday morning shelling of a UN School in Gaza, left at least 20 dead. The incident has brought worldwide condemnation.


United Nations Secretary General Ban Ki-moon has condemned a deadly attack by Israel against a UN school in the besieged Gaza Strip.
"It is outrageous. It is unjustifiable. And it demands accountability and justice," said the UN chief in Costa Rica on Wednesday.
The IDF military campaign which began July 8, so far has left more than 1,300 dead and over 7,000 wounded.


Sentuh anjing tak haram dalam Islam, kata bekas mufti

‎‎Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak setuju dengan pandangan menyentuh anjing adalah semestinya haram hanya kerana mazhab Syafie tegas tentang aspek tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2014. Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak setuju dengan pandangan menyentuh anjing adalah semestinya haram hanya kerana mazhab Syafie tegas tentang aspek tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2014. Hukum menyentuh anjing tidak haram walaupun haiwan itu tergolong dalam najis berat, kata bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Asri berkata ulama sepakat mengatakan anjing yang kering tidak najis, namun ‎najis boleh disentuh tetapi dengan syarat perlu dibasuh jika hendak beribadat atau pun berurusan dengan masyarakat.
"Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah.
"Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis, "Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah," katanya memetik Riwayat al-Bukhari dalam responnya terhadap program "I Want To Touch A Dog", semalam.
Katanya, jika najis itu dianggap haram, ‎maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. ‎
Begitu juga dengan ‎mereka yang bekerja yang membabitkan bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain, katanya.‎
"‎Begitu juga dengan doktor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek."
‎Menyentuh isu memelihara anjing dalam rumah, katanya jika tiada tujuan selain buruan atau menjaga ternakan, hukumnya adalah makruh.
Katanya, walaupun ada ulama yang mengharamkan, tetapi hadis Islam tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja.
"Maka hukum makruh dipilih oleh sebahagian ahli fekah.
"Hikmahnya mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakatan," katanya.
Menurut pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Islam ada sebab menghalang penganutnya memelihara anjing, antaranya baunya dan salakannya menakutkan sesetengah orang.‎
Katanya aspek fizikal anjing itu bertentangan dengan agama yang mementingkan kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara dan sahabat sandai.‎
"Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan.
"Salakan anjing dan bulu di sana sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu," katanya.
Tambahnya, anjing juga berisiko dari segi keselamatan dan kesihatan termasuk gigitan, najis, serta jilatannya.
Namun beliau menegaskan, cubaan Islam mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian tidak bererti membenarkan penindasan terhadap anjing.
"Un‎tuk mengelak jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan saintifik, maka Islam melarang kita memelihara anjing dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan," katanya.
Program itu dianjurkan bagi menghapuskan perasaan takut dan skeptikal masyarakat terutamanya Melayu dan Islam terhadap anjing.
Walaupun mendapat sambutan, namun ia juga mendapat kecaman termasuk mufti di beberapa negeri yang menganggapnya melanggar budaya masyarakat.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapa dilaporkan berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung anjuran tersebut yang dianggap tidak sepatutnya berlaku.
Kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini, katanya Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis berat.
"Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.
"Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan yang ada," katanya dipetik laporan Bernama. – 20 Oktober, 2014.

2:13PM - 25 Oct 2014

Siswa ikat perut kerana kos makanan

Beban kos untuk menyiapkan tugasan, penginapan dan untuk perjalanan setiap hari menyebabkan golongan siswa ini amat berkira-kira untuk berbelanja bagi makanan harian.

Ada yang terpaksa makan mi segera setiap malam demi menikmati hidangan nasi, ayam goreng dan sedikit sayur untuk makan tengahari dengan harga RM7.

Buat masa ini mereka masih mampu untuk menganggung kos makan minum namun bimbang jika harga barangan akan terus meningkat.

Pelajar tahun tiga Universiti Selangor ini berkata beliau menyaksikan harga makanan di sebuah restoran yang sering dikunjunginya di Shah Alam naik saban tahun.

"Disebabkan kenaikan harga makanan, ia menyebabkan saya terpaksa menyekat keinginan untuk berbelanja lebih,” kata siswi jurusan seni fotografi, Nur Afiqah Anissa (kiri).

Seorang lagi pelajar universiti itu berpendapat, kos untuk makan minum itu tidak akan memberi beban sekiranya mereka bijak merancang perbelanjaan.

“(Kenaikan harga) tak menjejaskan (kemampuan) untuk beli makanan, tapi kita kena buat perkiraan setiap apa yang kita makan, takut terlebih dan bila hujung bulan duit tak ada.

“Kalau kita pandai bahagikan duit kita, dan beli untuk keperluan sahaja, rasanya tak perlu belanja lebih,” kata Noor Syamimi, seorang pelajar jurusan kewartawanan.

Pandangan itu dipersetujui seorang lagi siswi dari fakulti sama, Monika Lok (kanan) yang pasrah dengan kenaikan harga makanan yang menurutnya “tidak akan turun”.

"Semuanya semakin mahal. Cuma kita perlu pilih dengan berhati-hati dan pastikan pembelian tidak melampaui bajet," kata gadis kelahiran Sarawak itu.


SYIFA AZHAR adalah wartawan foto pelatih Malaysiakini.
 
 10:29AM - 25 Oct 2014

Rogol pelajar: Hukuman bekas guru dikekalkan

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan, hukuman penjara 15 tahun dan empat sebatan dengan rotan terhadap seorang bekas guru disiplin bagi kesalahan merogol pelajar perempuan 15 tahun kira-kira tiga tahun lepas.

Panel hakim tiga anggota dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan Ahmad Shukran Ramli terhadap sabitannya, memutuskan terdapat bukti kukuh terhadapnya.

Beliau juga berkata mahkamah tidak mempunyai alasan untuk menganggu keputusan penjara diputuskan Mahkamah Sesyen dan dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi kerana Ahmad Shukran merupakan guru pada ketika kejadian itu dan mangsa ialah pelajarnya.

"Ini adalah jenayah serius," kata Hakim Md Raus, yang turut menolak rayuan  Ahmad Shukran bagi pengurangan tempoh penjara.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

Ahmad Shukran dituduh merogol pelajar perempuan itu di sebuah bilik tidur di kuarters guru di sebuah sekolah menengah di Pahang pada 3.30 petang, 5 Mei 2011.

Pada 19 Mac tahun lepas, Mahkamah Sesyen mendapatinya bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan empat sebatan dengan rotan.

Mahkamah Tinggi menolak rayuannya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 17 Sept tahun lepas.

Menurut fakta kes, Ahmad Shukran telah menelefon ibu pelajar itu untuk membenarkan pelajar itu pergi ke kuartersnya untuk menyiapkan kerja projek bagi kelab seni sekolah itu.

Ibu pelajar itu pada awalnya enggan membenarkan anaknya pergi tetapi Ahmad Shukran memberitahunya pelajar lain akan turut serta berada di kuarters.

Dia kemudian meminta seorang daripada kawan pelajar itu pergi ke rumah pelajar itu untuk menjemputnya dan membawanya ke kuarters itu, dan merogolnya.

Ahmad Shukran diwakili peguam G Nanda Goban manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kee Wei Lon.

- Bernama
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan