Isnin, 27 Oktober 2014

MASUK PENJARA LAIN...MASUK NERAKA LAIN...YANG TAK MASUK PENJARA DALAM DUNIA TAK MESTI TAK MASUK NERAKA KELAK...BEGITU SEBALIKNYA...KAKI MAKSIAT...KAKI DERHAKA PADA ALLAH MEMANG MASUK NERAKA ITU HUKUM...ALLAH TAK MUNGKIR JANJI...APA2 PUN SEMUA HAK MUTLAK ALLAH SWT...TIADA SAPE BOLEH GANGGU GUGAT

12:32PM - 27 Oct 2014

MP: K'jaan habiskan lebih RM300j insuran BR1M


MP Pandan Rafizi Ramli berkata kerajaan menghabiskan RM350 juta dari wang subsidi kepada rakyat untuk membayar syarikat insurans bagi pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Beliau berkata kutipan itu adalah berdasarkan jawapan bertulis di mana setiap penerima BR1M membayar RM50 untuk bayaran Takaful.

Bagaimanapun jawapan sama daripada Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak 9 Oktober lalu mengesahkan setakat September lalu hanya RM42 juta dituntut daripada RM350 juta yang dibayar.

Ini bermakna, menurut Rafizi, kerajaan memberi untung bersih lebih RM300 juta kepada syarikat konsortium insurans ini.

"Duit yang dibayar adalah termasuk duit bantuan. Jadi bantuan tidak sampai kepada rakyat sebaliknya kepada syarikat besar dan ejen yang mendapat untung dari perkara ini," kata beliau dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Bayaran insurans yang dipanggil i-BR1M itu adalah penambahbaikan program BR1M di mana RM50 daripada jumlah bantuan tersebut ditolak bagi pembayaran premium insurans.

Ia memberi perlindungan takaful kepada penerima BR1M bagi kategori isi rumah dengan kerajaan menyediakan premium sebanyak RM50, dan nilai perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Rafizi turut mempersoalkan sama ada kerajaan mengkaji terlebih dahulu jumlah tuntutan skim berkenaan dan penggunaan wang yang sepatutnya diberikan kepada rakyat.

"Oleh demikian saya yakin ada unsur mengambil keuntungan oleh pihak tertentu dengan menggunakan nama rakyat sebagai alasan.

"Siapa individu yang bertanggungjawab membawa cadangan ini kepada kerajaan? Broker ini perlu dihukum.

"Dan syarikat mana yang mendapat komisen memperkenalkan skim i-BR1M kepada konsortium syarikat insurans dan berapa komisen yang dibayar kepada mereka?" katanya. 











Jalan empat kampung ditutup
  • Jalan Kampung Tasek Bakong ke Putat Tujoh ditutup untuk semua jenis kenderaan kerana kenaikan paras air sehingga 0.5 meter dan mungkin meningkat ke dua meter pada musim banjir. Jalan Kampung Tasek Bakong ke Putat Tujoh ditutup untuk semua jenis kenderaan kerana kenaikan paras air sehingga 0.5 meter dan mungkin meningkat ke dua meter pada musim banjir.
1 / 1
RANTAU PANJANG - Hujan berpanjangan pada sebelah petang menyebabkan paras air di Kampung Bongor, Jejawi Meranti, Tasek Bakong serta Seberang Merbau Repek, di sini naik dan jalan di semua kampung tersebut ditutup untuk semua jenis kenderaan sejak minggu lalu.

Penduduk Tasek Bakong, Abdullah Yusof, 71 memaklumkan, jalan Tasek Bakong - Putat Tujuh dinaiki air sehingga paras 0.5 meter dan mungkin akan meningkat ke paras dua meter sekiranya hujan berterusan.
Menurutnya, buat masa ini tiada penduduk dipindahkan kerana banjir berikutan kawasan ditenggelami air hanya melibatkan padang ragut, kebun getah dan kebun kelapa sawit.

"Jalan sepanjang 300 meter ini digunakan hampir 200 keluarga untuk ke Kuin Merah, Kubang Kuau dan merupakan laluan untuk ke Rantau Panjang serta Jeli.

"Oleh kerana jalan ini ditutup, penduduk terpaksa menggunakan jalan alternatif yang jaraknya lebih jauh untuk ke kawasan-kawasan tersebut," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mat Yazid Awang Padang, 63 berkata, walaupun kawasan hulu belum dilanda banjir, namun beberapa kampung di sini telah dinaiki air.
Dakwanya, keadaan itu berpunca daripada masalah perparitan yang berlaku sejak Lebuh Raya Pasir Mas - Rantau Panjang dibina pada penghujung 1979 lalu.

"Air dari Sungai Lubok Jong dan Sungai Garu akan melalui anak sungai di kampung ini sebelum masuk ke Sungai Golok.

"Kebiasaannya, apabila berlaku banjir, air di kawasan ini tidak akan surut selama beberapa bulan sehingga tamat musim tengkujuh," katanya.

Rintihan Hati Isteri Pertama Ustaz Azhar Idrus..


849

Boleh dikatakan, antara perkara paling hangat diperkatakan sekarang adalah penyebaran gambar dan video perlakuan seks yang dikaitkan dengan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.
Isu sebegini pastilah meninggalkan impak yang amat besar bukan sahaja kepada UAI tetapi juga keluarganya kerana ia melibatkan soal maruah.
Antara paling terkesan adalah isteri pertama UAI yang mesra digelar Ummi.
Berdasarkan status dimuat naik di Facebook, isu ini ternyata memberi pukulan hebat kepadanya dan keluarga.
1458485_582718765133406_1965429050_n
Pemeriksaan kami mendapati terdapat dua status dimuat naik berkaitan isu kontroversi yang sedang menimpa UAI pada hari ini iaitu:
ummi1
“Subhanallah..hebatnya ujian n dugaan yg kau berikan pd keluarga kami..tak tertanggung rsanya..ku mohon ya Allah agar kau tutupilah segala keaiban kami dan berilah kami kekuatan dlm menghadapi musibah ini..mekasih tak terhingga kpd yg sudi mendoakan..semoga Allah merahmati kita semua dunia n akhirat…aameen”
dan;
“Duhai hati…bykkanlah bersabar.yakinlah bahawa setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..Àllah sebaik2 perancang .hanya pdMulah kami berserah dan kami mohon pertolongan….”
ummi2
Kasihan pula membaca rintihan hati wanita ini.
Apatah lagi, baru tiga hari lalu dia berkongsi gambar-gambar bahagia di sisi UAI dan madunya ketika mereka berbulan madu di Cameron Highlands bersama-sama.
Apa pun, didoakan semoga kontroversi ini segera berakhir dengan kemenangan berada di pihak yang benar. Juga, semoga Allah SWT memelihara keaiban kita semua.. - mynewshub.cc
REM RAMZI/MYNEWSHUB


JPJ fokus tiga jenis kesalahan
  • Johari menunjukkan risalah yang akan diedarkan oleh anggota JPJ semasa membuat operasi nanti. Johari menunjukkan risalah yang akan diedarkan oleh anggota JPJ semasa membuat operasi nanti.
1 / 1
JOHOR BAHRU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor akan mengadakan Operasi Khas terhadap kesalahan berkaitan nombor pendaftaran kenderaan, penggunaan strobe light dan lampu HID bermula 1 November depan.

Pengarahnya, Johari Yusof berkata, Operasi Khas itu akan diadakan secara bersepadu melibatkan agensi penguatkuasaan lain seperti polis dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Menurutnya, JPJ sebelum ini telah mengambil pendekatan berhemah dengan melakukan operasi tanpa mengeluarkan saman, sebaliknya mengeluarkan notis amaran dan nasihat kepada orang ramai.

“Beberapa siri operasi yang kita jalankan sebelum ini menemui banyak kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya yang tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan, tetapi kita tidak saman.

“Bagaimanapun bermula 1 November depan, tiada lagi surat amaran dikeluarkan, tetapi saman akan diberikan kepada semua pengguna yang melakukan kesalahan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Johari berkata, kesalahan nombor pendaftaran membabitkan motosikal kurang 250cc akan dikenakan kompaun RM200 dan akan dikurangkan kepada RM120 sekiranya bayaran dibuat selepas dua minggu disaman serta RM70 untuk bayaran dalam tempoh dua minggu.

Menurutnya, bagi kesalahan nombor pendaftaran membabitkan kereta dan motosikal lebih 250cc, penggunaan strobe light dan lampu HID akan dikenakan denda RM250 setiap kesalahan.

“Sekiranya pesalah membuat bayaran dalam tempoh dua minggu selepas menerima saman, kompaun akan dikurangkan kepada RM100, manakala bayaran selepas dua minggu hingga sebulan pula kompaun dikurangkan kepada RM150.

“Sekiranya pesalah ingkar membayar saman, kes akan dibawa ke mahkamah dan denda akan dikenakan dalam kadar yang berlipat kali ganda sekiranya didapati bersalah,” katanya.

Katanya, kadar ketelusan cahaya (VLT) baharu bagi penggunaan cermin gelap telah diputuskan kerajaan yang mana cermin hadapan dan cermin sisi pemandu serta penumpang kekal 70 peratus dan 50 peratus.

Menurutnya, bagi cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang yang sebelum ini 50 peratus telah ditetapkan kadar VLT baharu yang lebih gelap kepada 30 peratus.

“Tempoh advokasi telah diberikan kepada orang ramai bagi mengambil tindakan pembetulan khususnya kepada pemilik kenderaan import mendapatkan gantian cermin mengikut kadar baharu VLT sehingga 30 April tahun depan.

“Selepas tempoh tersebut bermula 1 Mei 2015, tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap penggunaan cermin gelap yang tidak mematuhi VLT yang ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

“Kita minta orang ramai tahu mengenai perkara ini supaya mengelakkan daripada melakukan kesalahan-kesalahan ini,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan