Rabu, 15 Oktober 2014

KITA KENA MEMAHAMI RAKAN KITA NON MUSLIM...MAKA MEREKA BERHAK HIDUP CARA NON MUSLIM...JANGAN PERKARA BUDAYA NI KITA TAK FAHAM...NAK DIKIRA RAMAI YANG MUSLIM TERANG2 MEMBUAT BENDA/PERKARA YANG DILARANG OLEH ALLAH...LEBIH2 BAB AURAT SERTA BERCAMPUR GAUL LELAKI DAN PEREMPUAN


Lelaki Australia didakwa bunuh wanita Malaysia
MELBOURNE - AUSTRALIA. Seorang lelaki akan didakwa di Sydney pada Jumaat ini kerana membunuh anak perempuan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Peter Chye di rumahnya di Sydney lebih 24 tahun lepas.

Chye turut kehilangan anak lelakinya Michael, seorang doktor bergelar jutawan, yang ditembak mati di Sydney 10 bulan sebelum itu.

Akhbar Daily Telegraph melaporkan lelaki yang ditahan itu, seorang warga Australia yang tinggal di Thailand, ditahan detektif daripada Skuad Homisid sejurus tiba di Sydney menerusi penerbangan dari Kuala Lumpur pada Ogos lepas.

Rita Caleo (nee Chye), 39, ibu dua anak, ditikam sehingga mati di apartment mewahnya di kawasan eksklusif Double Bay di Sydney pada awal pagi 10 Ogos 1990.

Caleo, seorang ahli perniagaan, ditikam di dalam bilik tidurnya manakala bayi perempuan dan anak lelakinya berusia empat tahun tidur di bilik bersebelahan.

Pengasuh yang tinggal bersama mereka terdengar bunyi bising dari bilik tidur utama sebelum menemui mayat wanita itu pada 1.30 pagi.

Ketika kejadian, Mark Caleo, suami Rita, sedang bekerja di sebuah daripada dua restoran Itali miliknya di Sydney.

Difahamkan, mereka mempunyai sebuah restoran, juga dinamakan Caleo, di Kuala Lumpur.

Lelaki yang ditahan itu masih remaja ketika pembunuhan itu berlaku dan dipercayai mempunyai kaitan dengannya.

Pembunuhan Caleo disusuli insiden tembakan terhadap abangnya yang kaya raya, Dr Michael Chye, pada 16 Oktober 1989.

Dr Chye ditembak mati ketika sedang duduk di dalam kereta Mercedes Benz kepunyaannya yang diletak di dalam gar j rumah agamnya di kawasan mewah pinggir bandar Woollahra di Sydney.

Daily Telegraph melaporkan sungguhpun siasatan menyeluruh dijalankan dalam kedua-dua kes pembunuhan itu pada 1990-an, namun tiada siapa pun yang ditahan.

Detektif dari pasukan homisid Inspektor John Lehmann dilaporkan memberitahu media bahawa polis percaya beberapa orang terbabit dalam pembunuhan Caleo dan Dr Chye, dan siasatan masih dijalankan.

"Kami berharap dapat melakukan lebih banyak tangkapan," Daily Telegraph memetik Lehmann sebagai berkata.

Sementara itu, akhbar Sydney Morning Herald melaporkan tiga bulan sebelum kematiannya, Caleo dikatakan menghantar surat di dalam sampul yang digamkan kepada peguamnya.

Pada sampul surat itu tertera: "Buka hanya sekiranya kematian saya luar biasa."

Sampul surat itu dibuka oleh peguam Caleo di hadapan beberapa detektif selepas pembunuhannya pada 1990. Beliau mendakwa dua orang melakukan pembunuhan abangnya mengikut cara gengster.

Dalam surat itu, Caleo menyatakan sekiranya beliau meninggal dunia secara luar biasa, orang yang sama bertanggungjawab menyebabkan kematiannya itu. - Bernama

Wednesday, 15 October 2014


5 FOTO .. MB SELANGOR TERJAH TURUN PADANG UPTOWN SEKSYEN 24, SHAH ALAM TERBAKAR.


Akhirnya setelah didedahkan melalui blog ini awal pagi tadi maka sebentar tadi Dato' Menteri Besar Selangor YAB Azmin Ali dengan Exco YB Amiruddin Shari dan di iringi ADUN Batu Tiga, YB Hajah Rodziah Ismail sudah terjah turun padang dilokasi Uptown Seksyen 24 terbakar awal pagi tadi.

Salute!!! .. Ini macamlah yang rakyat mau ... bila diterjah di media bukannya melatah tetapi kutip cerita itu lalu pergi terjah turun padang membantu.

Good job Dato' Menteri Besar Selangor, exco dan ADUN Batu Tiga...

Bila yang baik harus diberikan pujian dan sanjungan .. tidak betul wajib diberi teguran tanpa ada sangka dan niat buruk.

KEJADIAN KEBAKARAN KOMPLEKS MUHIBBAH / UPTOWN SHAH ALAM ]

Info : 187 lot kedai & 136 peniaga terlibat

Susulan Lawatan YAB Dato' Menteri Besar sekitar jam 12.45 tengahari :

1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui program CSR akan memberikan bantuan tunai bernilai RM 500 kepada setiap peniaga terlibat.

2. Kerajaan Negeri telah meluluskan pinjaman (tanpa faedah) Program Mikrokredit Miskin Bandar (MIMBAR) sebanyak RM 5,000 kepada setiap peniaga tanpa sebarang birokrasi.

3. Kerajaan Negeri telah meminta MBSA segera menurap kawasan lapang (Milik Kerajaan Negeri) dan menyediakan kemudahan - kemudahan termasuk khemah dan tandas awam supaya para peniaga terlibat dapat meneruskan perniagaan mereka dengan segera.

Pejabat YB Amirudin Shari
EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan & Pembangunan Usahawan.



KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.


Wednesday, 15 October 2014


TAMRIN GHAFFAR SUDAH MENYERAHKAN SURAT KELUAR DARI PAS KE PEJABAT AGUNG PAS.



Omak baru menerima berita bahawa Tamrin Ghaffar baru sahaja menghantar surat memaklumkan telah menarik diri dari menjadi ahli Pas seumur hidup.

Khabarnya surat itu diserahkan dengan tangan oleh Tamrin sendiri di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Alasan apa melakukan sedemikian, belum diketahui, tetapi kuat menyatakan rasa tidak puas hati cara kepimpinan PAS mengendalikan krisis MB Selangor yang bukan ciptaan dan dimulakan oleh PAS sendiri tetapi dari Langkah Kajang.

Berita selanjutnya akan menyusul.
.

13 Oktober 2014


NEPAL DICEKUP SEKS DENGAN BINI CURANG DI KULIM MATI DIBELASAH, INILAH AKIBAT LAMBAKAN PENDATANG ASING

NEPAL DICEKUP SEKS DENGAN BINI CURANG DI KULIM MATI DIBELASAH



KULIM: Seorang warga Nepal ditemui mati dipercayai akibat ditikam di rumah kekasihnya yang merupakan isteri orang di Taman Bersatu di sini awal pagi Isnin.

Lelaki tersebut dipercayai telah diserang oleh anak lelaki wanita itu dan beberapa rakannya yang menyedari mangsa berada di rumah itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Abdullah Arshad berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Kamal Singh, 27, dijumpai tertiarap dalam sebuah bilik di rumah teres di kawasan perumahan itu oleh seorang keluarga wanita tersebut kira-kira 4 pagi tadi.

"Anggota keluarga berkenaan telah melaporkan kejadian itu kepada polis yang berkejar ke tempat kejadian dan menemui mangsa berlumuran darah akibat kesan tikaman dengan senjata tajam di dalam bilik berkenaan," katanya ketika dihubungi Isnin.

Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan rakan sekerja dengan wanita tersebut di sebuah kilang di sini dipercayai mempunyai hubungan intim dengan wanita berusia 42 tahun itu sejak akhir-akhir ini.



"Terdahulu mangsa bersama wanita berkenaan telah pulang ke rumah tempat tinggal wanita tersebut dan seorang lelaki berusia 18 tahun dipercayai anak wanita tersebut telah menyedari kehadiran mangsa lalu memanggil beberapa orang rakannya.

"Mereka dikatakan telah menyerang mangsa dengan senjata tajam menyebabkan mangsa maut dan berlumuran darah," katanya.

Katanya, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa telah meninggal dunia dan setelah pemeriksaan dibuat terdapat satu kesan tusukan senjata di dada kiri mangsa.

"Mayat mangsa telah hantar ke Hospital Kulim untuk tujuan bedah siasat," katanya.

Abdullah berkata suspek dipercayai telah melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka.

"Senjata yang digunakan masih belum dijumpai. Pihak polis kini menyiasat kes tersebut di bawah Kanun Keseksaan 302 kerana membunuh," katanya.~MSTAR

Nik Abdul kecam rakan PR hadir Oktoberfest
  • Nik Abduh Nik Abdul Aziz Nik Abduh Nik Abdul Aziz
1 / 1
SHAH ALAM - Tindakan beberapa pemimpin PKR dan DAP yang didakwa turut serta dalam pesta arak, Oktoberfest baru-baru ini mengundang kecaman Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Nik Abduh menerusi laman sosial Facebook miliknya malam tadi memuatnaik status 'memuji' tindak-tanduk pemimpin rakan sekutunya dalam PR yang secara terang-terangan menyatakan sokongan terhadap pesta berkenaan.

"Terasa 'hebat' tengok pemimpin DAP dan PKR dok teguk arak dalam majlis Oktoberfest. Memang betul-betul DAP dan PKR la..

"Tak mahal rupanya otak dan akal untuk tadbir negara," tulis beliau yang sebelum ini mengundang kontroversi menyatakan Pas dibuli dalam pakatan pembangkang.

Beberapa nama pemimpin PKR dan DAP yang dilaporkan hadir pada pesta arak itu ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua; Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Sementara itu pemimpin PKR, R Sivarasa; Adun Bukit Gasing, R Rajiv; Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yinm dan Exco Selangor, Elizaberth Wong.

Dewan Ulama Pas sebelum ini membantah sekeras-kerasnya penganjuran Oktoberfest.

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas juga turut serta ketika penyerahan memorandum kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membantah penganjuran festival itu.

Pesta arak Oktoberfest ini telah bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi di Selangor.

Oktoberfest turut dilapor akan berlangsung di Jonker Walk, Melaka, Sabtu ini dan di beberapa negeri lain lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan