Jumaat, 24 Oktober 2014

KIAMAT ITU PASTI...TAK TAHU BILA.....MATI ITU PASTI....TAPI APA PERSEDIANNYA







Peniaga didakwa rogol anak tiri
  • Seorang peniaga hanya mengangguk faham ketika dua pertuduhan merogol dan satu pertuduhan
melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap anak tirinya dibacakan di Mahkamah
Majistret Kuala Terengganu, semalam Seorang peniaga hanya mengangguk faham ketika dua pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap anak tirinya dibacakan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga berdepan dua pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap anak tirinya berusia 15 tahun, di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam.
Tertuduh berusia 41 tahun dari Pulau Perhentian, Kuala Besut, mengangguk faham ketika  pertuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 377A Kanun Keseksaan kerana persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa merogol mangsa di Teratak Zulaiqal’s Teluk Dalam, Pulau Perhentian, Besut, jam 2 pagi, 7 September lalu.
Dia sekali lagi didakwa mengulangi kesalahan sama apabila merogol mangsa di lokasi sama, sejam kemudian, iaitu kira-kira jam 3 pagi, 7 September lalu.

Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebat tidak kurang dari 10 sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa di lokasi sama, jam 3 pagi, keesokan harinya iaitu 8 September lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zafirah Rosli di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Rozianti menetapkan 29 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, manakala tiada sebarang jaminan ditawarkan.


Bapa saya sakit hernia, makan ubat sehari sebiji, sebulan 30 biji. 2 tahun lepas sampai bulan september 2014 harga ubat ini adalah rm 63.00 sahaja. Tapi pada hari ini 21 oktober 2014, saya pergi beli ubat yang sama ianya telah menjadi rm 69.00. Saya bertanya kepada casher hospital tersebut iaitu hospital apollo di taiping bila harga ubat itu naik...dia cakap lepas minyak naik dan menyambung katanya itu lagi kene gst. Tergamam saya seketika...
"Di Kedai Rakyat 1 Malaysia. Sebelum minyak naik 20 sen, harga lampin pakai buang bayi rm32.90. Lepas naik 20 sen jadi rm36.90. Itu salah satu contoh dari banyak lagi barangan yang naik harga selepas minyak naik."
Apa kata anda?
p/s : kiriman dari likes


Kereta di Temerloh saman di Miri
  • Tan menunjukkan kompaun kesalahan parkir kereta di Miri dan geran asal nombor pendaftaran terbabit atas nama isterinya. Tan menunjukkan kompaun kesalahan parkir kereta di Miri dan geran asal nombor pendaftaran terbabit atas nama isterinya.
1 / 2
LANCHANG – Seorang pemandu lori terkejut apabila menerima kompaun kesalahan meletak kenderaan dari Majlis Bandaraya Miri sedangkan tidak pernah menjejakkan kaki ke Sarawak sepanjang hidupnya.

Tan Yatib 49, penghantar akhbar Sinar Harian edisi Pahang dari Kampung Sokmek di sini mendakwa dia menerima kompaun kesalahan meletak kereta itu menerusi kiriman pos yang dialamatkan di rumah bapa mentuanya di Kuala Krau.

Menurutnya, kereta Perodua Kancil yang didaftarkan atas nama Nor Aishah Abu Bakar 36, milik isterinya dipercayai diklon pihak tertentu di Sarawak bagi tujuan tertentu yang boleh mengakibatkan sesuatu yang buruk berlaku.

“Kereta ini paling jauh pun masuk ke Felda Chini di Pekan dan Felda Jenderak Utara di Kuala Krau, ke Kuala Lumpur pun tidak pernah.

“Saya sangat terkejut apabila mendapat kompaun RM20 daripada Majlis Bandaraya Miri sedangkan kereta yang didaftarkan atas nombor yang sama kini tersadai di rumah saya kerana mengalami kerosakan,” katanya.

Tan berkata, dia dan isterinya bimbang sekiranya kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran keretanya di Miri itu melakukan kesalahan atau jenayah lain yang boleh mengakibatkan dia dan isteri menerima musibah.

Beliau berkata, sepanjang membeli kereta itu beberapa tahun lalu dia tidak pernah melakukan kesalahan lalu lintas yang serius dan sangat terkejut apabila menerima kompaun itu dari negeri lain yang jauh.

“Kami bimbang jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini atau berlaku jenayah dilakukan pihak yang menggunakan nombor pendaftaran kereta saya.

“Sebab itu kami minta pihak berkuasa menyiasat perkara ini kerana mungkin banyak lagi kes yang sama berlaku kepada orang lain tanpa disedari mereka,” katanya.

Wednesday, October 22, 2014

Polis gangu saksi untuk lindungi Menteri?


Seorang peguam mempersoalkan tindakan polis dan Jabatan Peguam Negara yang mahu menahan dan mendakwa anak guamnya, yang sedang memberi keterangan berhubung dakwaan hubungan seorang pelakon dan menteri Umno.

Latheefa Koya yang mewakili seorang bekas pemandu Noor Azman Azemi (bawah) berkata anak guamnya secara sukarela pergi ke balai polis Bukit Indah semalam.


Ini berlaku selepas polis cuba menahannya semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di mana beliau memberi keterangan dalam samannya terhadap bekas majikan dan pelakon Zahida Mohamed Rafique.

Latheefa berkata, Noor Azman dimaklumkan polis bahawa beliau akan dituduh di mahkamah seawal-awalnya pada Khamis atas tuduhan lain yang tidak mereka ketahui.

 “Noor Azman direman empat hari oleh polis dua tahun lalu ekoran dakwaan dia mencuri RM200,000.

“Bagaimanapun polis dan pendakwaan tidak bertindak ketika itu tetapi memilih semalam dan mahu mendakwanya hari ini ketika beliau memberikan keterangan dan ini gangguan terhadap saksi untuk melindungi menteri,” katanya selepas prosiding.

Sebelum itu, hari ini, Noor Azman, yang juga pemimpin Pemuda Umno sebuah bahagian terus memberikan keterangan hari ini. Zahida hadir memakai jubah hitam dan bertudung.

Di luar mahkamah, beliau turut memakai purdah dan beberapa perempuan lagi bergaya sama.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hue Siew Kheng mengarahkan polis untuk tidak menahan Azman.

Hue berkata perbicaraan dan pemandu itu tidak patut diganggu sehinggalah dia selesai memberikan keterangan.

Noor Azman memberi ketengan dan mendakwa terdapat hubungan antara Zahida dengan menteri luar bandar Datuk Seri Shafie Apdal, yang juga naib presiden Umno.

Shafie dan Zahid dilapor telah menafikan dakwaan itu. Pada 2012, Zahid memberitahu media bahawa Noor Azman mencuri RM200,000 daripadanya.

Noor Azman juga menafikan dakwaan itu dan memfailkan saman terhadap Zahida tahun lepas lapor Malaysiakini
Azmin juga diminta terjah pusat judi, maksiat
  • Azmin Ali Azmin Ali
1 / 1
SUDAH kira-kira sebulan Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.  Antara janjinya sebaik mengangkat sumpah, Azmin mahu menjadi pemimpin negeri yang lebih kerap turun padang bertemu rakyat daripada berada di pejabatnya yang berhawa dingin.

Beliau juga mahu dilihat lebih kerap berpakaian biasa daripada bertali leher dan memakai kot.

Untuk mencapai matlamat itu, pendekatan terjah atau turun padang secara tiba-tiba menjadi simbolik baru kepimpinannya. Tidak lama selepas memegang jawatan Menteri Besar Selangor, beliau telah melakukan terjahan ke pusat pelupusan sampah di Sungai Kertas dan menyerbu lori-lori tanpa permit yang sesuka hati membuang sampah di kawasan itu.

Permulaan yang dilakukannya itu sehingga digelar "Jokowi Malaysia" segera mendapat pujian dan sanjungan banyak pihak, apatah lagi dalam terjahan yang dilakukan itu, Azmin tidak menampakkan beliau berasa geli apabila masuk ke dalam longkang atau memanjat lori sampah yang kotor dan berbau masam itu.

Dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Beruntung dua hari lalu, Azmin sekali lagi melakukan terjahan ke kawasan itu untuk melihat sendiri apa yang berlaku serta mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM500,000 untuk mengatasi masalah itu serta RM150,000 lagi sebagai bantuan kepada 120 keluarga mangsa.

Sekali lagi, tindakan pantasnya menyelesaikan masalah rakyat menggamit pujian dan ucapan terima kasih. Ramai pengundi Selangor yang merasakan beliau mampu memberi perkhidmatan yang lebih baik untuk Selangor.

Namun demikian, di sebalik dua terjahan yang dilakukannya sehingga ini, ramai juga yang mengharapkan beliau tidak sekadar melihat isu sampah dan tanah runtuh saja sebagai sasarannya.

Isu lain yang menjadi kerisauan ramai di Selangor  ialah bercambah dengan meluasnya pusat judi haram, judi internet, pusat hiburan dan pusat maksiat yang berselindung di sebalik nama pusat urut atau refleksologi.

Di kebanyakan bandar sedia ada atau bandar baru, pusat ini bercambah bagaikan cendewan tumbuh selepas hujan. Difahamkan pihak PBT hanya mengeluarkan permit kepada sebahagian kecilnya saja manakala selebihnya adalah tidak berlesen dan dibangunkan secara haram. Walaupun sudah banyak serbuan oleh pihak berkuasa, namun ia tetap tumbuh semula.

Sebenarnya, di sinilah berpuncanya segala macam masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat. Ia bukan saja melibatkan orang dewasa dan mereka yang sudah berkeluarga, tetapi turut melibatkan golongan remaja dan murid-murid sekolah.

Pertumbuhannya, sama ada yang berlesen atau haram, nyata membimbangkan ramai ibu bapa yang merasakan semakin sukar untuk mengawal ahli keluarga masing-masing daripada terjebak dalam kancah tidak sihat itu.

Berdasarkan laporan daripada setiap PBT, bukanlah sesuatu yang sukar untuk  beliau mengetahui antara  tempat yang berlesen dengan yang diuruskan secara haram. Sesetengah yang berlesen pula tidak mustahil menyelewengkan kebenaran yang diberi demi memperolehi keuntungan yang lebih berganda.

Di sinilah pentingnya Azmin melakukan banyak terjahan untuk menunjukkan seriusnya beliau menangani dan mengawal perkara yang sangat membimbangkan itu.

Kiranya Azmin dapat melakukan terjahan ke pusat judi dan maksiat ini, ia bukan saja menaikkan lagi namanya, bahkan pastinya menggembirakan lebih ramai pengundi dan ibu bapa di negeri Selangor ini.

Dengan pembangunan Selangor yang berkembang pesat, ramai yang mengharapkan Azmin tidak menunggu terlalu lama untuk melakukan terjahan ke tempat-tempat yang memberi lebih kesan buruk kepada masyarakat itu tetapi begitu terbuka perniagaannya.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

Saintis USA Ramal Bumi Akan Musnah 100 Tahun Lagi..


Pihak saintis telah memberikan amaran kepada seluruh dunia bahawa di dalam tempoh 100 tahun lagi, medan magnet bumi akan berada dalam keadaan songsang. Para saintis juga meramalkan bahawa medan magnet bumi boleh ‘diterbalikkan’ jauh lebih cepat dari yang difikirkan sekarang dan berkemungkinan planet bumi akan musnah pada masa itu.

Berkeley merupakan seorang saintis mengatakan bahawa medan magnet bumi boleh melemahkan keseleruhannya dalam tempoh hanya 100 tahun, di mana ia mampu menterbalikkan kompas ke selatan . Ini adalah berdasarkan kajian yang dibuat mengikut kepada kelajuan bumi.Kini, medan magnet bumi mampu melemahkan 10 kali lebih cepat berbanding sebelum ini.

“Perubahan ini begitu pantas. Kita sendiri tidak dapat merasai. Hari semakin hari, ia semakin cepat berubah,” ujar Berkeley kepada media.

Selain itu, seorang penulis journal, Robert Felix mendakwa bahawa pembalikan sebelum ini telah dikaitkan dengan gangguan massa seperti kepupusan manusia Neanderthal, dan dengan letusan gunung api yang teruk dan beberapa peristiwa dahsyat yang lain. Secara amnya, pembalikan berlaku secara teratur, namun tidak ada contoh yang didokumenkan untuk 800,000 tahun.

Selain itu, pihak NASA telah memberitahu bahawa kejadian ini berlaku dari segi skala masa geologi iaitu kejadian yang biasa berlaku yang berlaku secara beransur-ansur selama ribuan tahun. Magnet bumi semakin hari semakin lemah. Dunia semakin terancam dengan bencana alam.

“Walaupun syarat-syarat yang menyebabkan pembalikan kutub tidak boleh dijangka sepenuhnya – pergerakan kutub utara yang halus boleh mengubah arah, misalnya – tidak ada dalam berjuta-juta tahun rekod geologi untuk mencadangkan bahawa mana-mana senario hari kiamat yang disambungkan kepada pembalikan kutub,perkara ini harus diberi perhatian serius. Semua ini adalah mangnetik bumi yang tidak dapat dijangka oleh ramai orang,” ujar wakil NASA kepada media. -Agensi

Ya, saya mahu tiru cara Jokowi - Azmin

Ya, saya mahu tiru cara Jokowi - Azmin
AZMIN: Ya, saya mahu tiru cara Jokowi - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengakui program turun padang yang dilaksanakannya setiap minggu merupakan inspirasi daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).

Ujarnya, tugas Jokowi yang dilihat majoritinya bersama rakyat berbanding di pejabat akan diaplikasikan di dalam corak pentadbirannya di Selangor.

"Saya kenal Bapak Jokowi dan pernah mengunjunginya tahun lalu, Jokowi kata kepada saya...Azmin, masa saya hanya 20 peratus di pejabat, selebihnya di lapangan bersama rakyat.

"Ya, saya mahu tiru cara dia, kerana itu, saya komited untuk sentiasa bersama rakyat dan mendengar keluhan hati mereka," katanya semasa majlis perhimpunan pagi penjawat awam daerah Sabak Bernam di sini hari ini.

Azmin sebelum ini dilihat menyamakan tanggungjawab kerjanya sama seperti Jokowi.

Selain digambarkan melalui Tweet, Azmin turut membayangkan kerja-kerjanya lebih kepada meninjau kesusahan rakyat negeri itu sendiri.

Pelantikan Jokowi sebelum ini turut memberi harapan baru kepada anak muda Indonesia yang membentuk peratusan besar dalam populasi rakyat republik itu yang melebihi angka 250 juta orang.

Jokowi sendiri di dalam pidato pertamanya mengajak semua golongan bekerja keras dan menghargai peranan golongan bawahan demi masa depan Indonesia.

Sementara itu, dalam perkembangan perjanjian air Selangor, Azmin dikatakan sudah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkenaan dan meminta kandungan perjanjian didedahkan.

Menurut sumber dalaman, Azmin mahu perincian perjanjian itu dimaklumkan selain mahu rakyat tahu sepenuhnya isu berkenaan.

"Sehingga kini masih belum ada perkembangan, hanya sudah tulis surat sahaja," kata sumber itu.

Azmin sebelum ini dilaporkan ingin melihat kualiti dan pengurusan air yang berkesan di negeri itu dan tidak berniat untuk membatalkan perjanjian air yang dimeterai di antara kerajaan Persekutuan dan negeri.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/ya-saya-mahu-tiru-cara-jokowi-azmin-46865?cp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan