Khamis, 9 Oktober 2014

JANGAN JADI ORANG TUA YANG FASIK..JANGAN JADI ORANG KAYA YANG KEDEKUT...JANGAN JADI ORANG MISKIN YANG SOMBONG...



Takut mengandung akibat perbuatan bapa tiri




Bapa-perkosa-tiga-anaknya-selama-8-tahunKUALA KRAI - Seorang penoreh getah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut berhubung kes rogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang juga merupakan anak tirinya.
Suspek berusia 39 tahun itu ditahan di kediamannya di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Mengkebang kira-kira jam 1.15 petang 1 Januari 2013 selepas mangsa membuat laporan polis pada 31 Disember 2013.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, mangsa mendakwa dirogol bapa tirinya sekitar jam 2.30 pagi November 2013 ketika mangsa berada di bilik tidurnya.
Menurutnya, kerana tidak tahan dengan suspek yang didakwa melakukan perbuatan tersebut sejak mangsa masih berusia 10 tahun, remaja perempuan itu telah menyerahkan sepucuk surat kepada adiknya berusia 8 tahun pada kira-kira jam 8 pagi, 3 Disember lalu.
“Siasatan awal polis mendapati mangsa merupakan anak sulung daripada lima beradik telah menyerahkan surat kepada ibunya melalui adiknya, ketika bapa tirinya keluar menoreh getah untuk memaklumkan kejadian yang berlaku ke atas dirinya.
“Dalam surat tersebut, mangsa memaklumkan rasa takut sekiranya dirinya mengandung akibat perbuatan bapa tirinya. Mangsa juga meminta ibunya membuat pilihan sama ada masih ingin tinggal bersama bapa tirinya yang dipanggil papa dan dia pula mahu tinggal bersama datuknya jika ibunya tinggal bersama lelaki itu,” katanya.
Ab Rahim berkata, ibu mangsa kemudiannya bertanyakan lebih lanjut mengenai kejadian yang berlaku ke atas diri mangsa.
Katanya, mengikut maklumat diterima, perlakuan suspek ke atas mangsa boleh dikatakan berlaku seminggu sekali setiap kali ibu dan adik-adiknya sedang nyenyak tidur pada waktu tengah malam.
“Mengikut aduan mangsa, kali terakhir dia dirogol adalah pada dua minggu sebelum cuti penggal akhir persekolahan tahun 2013 pada waktu dan tempat yang sama.
“Berdasarkan aduan mangsa, layanan bapa tiri terhadapnya baik di depan keluarga dan orang lain termasuk tidak pernah dipukul, tetapi dimarahi sekiranya membuat salah kepada adiknya,” katanya.
Tambah Ab Rahim, mangsa kurang berkomunikasi dengan bapa tirinya dan sering bersikap tidak endah apabila ditanya atau ketika bercakap dengan suspek.
Menurutnya, mangsa mendakwa jarang keluar bersama rakan-rakannya dan tidak mempunyai teman lelaki serta tidak pernah melakukan hubungan seks, menurut sumber Sinar Harian.
“Berdasarkan laporan pemeriksaan dari Hospital Kuala Krai, terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa, namun tiada kecederaan lain,” katanya.

Anwar: golongan hartawan dapat kelonggaran bayar cukai?

PARLIMEN, 7 OKT: Berapa banyak cukai dikutip daripada 20 hartawan terkemuka negara, soal Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar menggesa Putrajaya mendedahkan berapa jumlah cukai yang dipungut daripada golongan elit itu terutamanya ahli perniagaan Tan Sri T Ananda Krishnan dan Tan Sri Vincent Tan, serta anak kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Mokhzani Mahathir.
Beliau membuat gesaan itu sewaktu menyokong Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan 2014) di Dewan Rakyat, hari ini.
“Saya menyokong pindaan ini yang memberikan lebih autonomi kepada LHDN.
anwar“Saya mahu tahu daripada 20 billionaire di negara kita ini berapakah jumlah cukai yang kita kumpulkan?” soal Anwar, memetik laporan Malaysiakini.
Menjelaskan sokongan beliau, Anwar berkata terdapat dakwaan golongan kaya diberi kelonggaran tertentu dalam pembayaran cukai mereka.
“Tidak mudah bagi orang biasa bagi mendapat kelonggaran tapi ada maklumat di mana LHDN ditekan.
“Di mana orang-orang kaya boleh diberi kelonggaran, bayaran ansuran 18 bulan, umpamanya,” kata Ketua Umum PKR itu.
Anwar mahu Putrajaya menjelaskan pendirian berhubung perkara ini dan melaksanakan kutipan cukai secara adil dan saksama.
LHDN (1)“Kalau ini cara yang konsisten diberi kepada semua, yang berhak, saya tidak masalah.
“Tetapi tentunya tidak boleh diberi pengecualian kerana perkara ini dari segi fakta pernah berlaku dan saya harap dengan perubahan ini, kita dapat jamin (LHDN) lebih efisien, lebih profesional dan autonomi bermakna ada tekad untuk melaksanakan (kutipan cukai) tanpa memilih kedudukan atau kekayaan seorang itu,” kata Anwar.
HM
KISAH KEAJAIBAN : Seorang ISTRI dan PENGEMIS
Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumahnya. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, si isteri merasa terharu dan dia bermaksu
d hendak memberikan sesuatu.
Tetapi sebelumnya sebagai seorang wanita yang patuh kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu kepada suaminya, "Suamiku, bolehkah aku memberi makanan kepada pengemis itu ?".

Rupanya suaminya memiliki karakter berbeda dengan wanita itu. Dengan suara lantang dan kasar menjawab, "Tidak usah! usir saja dia, dan tutup kembali pintunya!" Si isteri terpaksa tidak memberikan apa-apa kepada pengemis tadi sehingga dia berlalu dengan kecewa.
Pada suatu hari yang naas, perdagangan lelaki itu jatuh bangkrut. Kekayaannya habis dan ia menderita banyak hutang. Selain itu, karena ketidakcocokan sifat dengan isterinya, rumah tangganya menjadi berantakan sehingga terjadilah perceraian.
Tidak lama sesudahnya bekas isteri yang pailit itu menikah lagi dengan seorang pedagang dikota dan hidup berbahagia. Pada suatu ketika wanita itu sedang makan dengan suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah pintunya dibuka ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?". Suaminya menjawab, "Berikan makan pengemis itu!".
Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk kedalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan heran bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? apakah engkau menangis karena aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?".
Wanita itu menggeleng halus, lalu berkata dengan nada sedih, "Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalanan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada diluar itu ?............ Dia adalah suamiku yang pertama dulu."
Mendengar keterangan isterinya demikian, sang suami sedikit terkejut, tapi segera ia balik bertanya, "Dan, tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini?.................. Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya!".
Roda hidup selalu berputar. Anda tidak akan pernah tahu posisi Anda akan diatas atau di bawah.
Renungan :
"Jangan Bersikap Sombong ketika berada diATAS, tebarkan perbuatan baik dimana - mana maka anda akan menerima balasannya" Silahkan LIKE and SHARE jika anda setuju..
Building a Better Future Together.
Stefanus Sandy SE ,MM (Ivan)
LikeLike · ·
Abu Hashim Jalal added a new photo.
4 hrs ·

Abu Hashim Jalal added a new photo.
bila hutang negara nk abih da,duaplohpatjam dok cari salah pembangkang.aku pi join mujahedin lg best la rasa,semak la dok Malaysia, xhabih2 kuar statement bangang!!
Nasihat Kubur:
Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.
Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.
Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.
Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH
Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..
Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"...
Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." (Surah Ali Imran 3:185) -n.i-
LikeLike · ·
Wan Hadi added a new photo.
21 hrs ·
LikeLike · · · 10,07

Mahfuz Omar selar Rosmah


DATIN SERI ROSMAH MANSOR
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang enggan mendedahkan kos penerbangan yang membawa isteri Perdana Menteri Datin Rosmah Mansor ke Padang, Indonesia.
“Secara jelas, isteri Perdana Menteri telah menyalahgunakan kemudahan dan harta milik kerajaan untuk kepentingan peribadi.
Pada 27 Ogos lalu, Rosmah telah terbang ke Padang, Indonesia untuk menerima satu anugerah dari komuniti Minangkabau.
Sebelum ini, gesaan yang sama dibuat oleh Anthony Loke apabila beliau meminta pihak kerajaan mendedahkan tujuan penggunaan pesawat NR1 dengan nombor pendaftaran 9M-NAA pada 27 Ogos lalu.
Gesaan dari dua ahli parlimen tersebut dibuat berikutan penerbangan Rosmah ke Qatar pada Mac lalu mencecah kos RM426,489.46.
Anthony turut terkilan kerana pihak menteri di Jabatan Perdana Menteri enggan memberikan jawapan terperinci.
“Mengapa butiran dan kos terperinci itu dirahsiakan, dan adakah ia bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap pihak kerajaan,” soalnya.
Dalam satu jawapan bertulis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyatakan bahawa pesawat pengangkut VIP Airbus A319CJ untuk penerbangan dari KLIA ke Padang, Indonesia merupakan pesawat rasmi kerajaan.
“Ia hanyalah digunakan atas urusan Perdana Menteri dan segala kos yang terlibat dalam penerbangan tersebut adalah dalam anggaran yang bersesuaian dengan perkhidmatannya,” katanya dalam satu kenyataan.
Pesawat itu dikesan laman web pengesan pesawat FlightRadar24 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Padang dan ke Singapura sebelum kembali semula ke KLIA pada 27 Ogos, lapor FMT.





4:58PM - 9 Oct 2014

PTPTN: Peminjam culas ke senarai CCRIS


Para peminjam yang culas membuat bayaran kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bakal disenarai hitam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

Laporan Berita Harian menyebut, langkah terbaru itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Tindakan disenarai hitam dalam sistem yang ditubuhkan oleh Bank Negara itu akan menyekat peluang peminjam terbabit untuk memohon pembiayaan dengan agensi kewangan lain.

Langkah berkenaan akan dimulakan dengan usaha mengutip semula dana berjumlah kira-kira RM1.2 bilion daripada 170,000 peminjam yang dilaporkan langsung tidak pernah membuat bayaran sejak 1998 hingga 2010.

Ia bagi menampung dana perbadanan tersebut yang dilaporkan mengalami penyusutan yang serius.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan