Rabu, 29 Oktober 2014

BILA SELALU DI WAR2KAN...BEBAS DITENGOK...MUDAH DIDAPATI...HUDUD DINAFI


Kenapa Semut Berhenti Apabila Bertemu Semut Yang Lain






Jika kita perasan, semut merupakan serangga yang sering bergerak dalam satu barisan yang panjang. Ada kalanya, jika seekor semut itu bergerak secara solo, dan bertembung pula dengan semut yang lain, kita akan dapat melihat mereka akan berhenti untuk beberapa ketika. Namun mengapa ini terjadi?
Adakah mereka sedang menyapa di antara satu sama lain. Sebab Semut Berhenti Apabila Bertemu Semut Yang Lain
C. Schneirla, seorang penyelidik di New York University, pernah mengadakan percubaan dengan semut dimana ia mengambil seekor semut lalu diletakkan dalam tempat yang berisi makanan.
Dan kemudian semut lain diletakkan dalam tempat yang berisi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diamati terutama ketika bertemu dengan semut lain dalam perjalanannya.
Dari penyelidikan itu, Schneirla menyimpulkan bahawa zat kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut akan melekat pada semut itu. Ketika bertemu dengan semut lain, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan). Sebab Semut Berhenti Apabila Bertemu Semut Yang Lain
Maka, dengan saling menyapa inilah zat kimia dari semut tersebut akan memberi tau rakannya (melalui antena di kepala semut) apakah di lingkungan sekitarnya ada makanan atau ada musuh.

Tuesday, October 28, 2014


Anjing 'mutan' (luar biasa) ditemukan di gurun Saudi

28/10/14

Anjing 'mutan' ditemukan di gurun Saudi
Anjing mutan ditemukan di Jeddah. ©2014 Merdeka.com
Aneh tapi nyata, mungkin ini satu-satunya spesies anjing yang bermutasi di dunia. Lelaki dari Kerajaan Arab Saudi menemui hewan teramat aneh, sehingga tidak jelas apa sebutannya.
Hewan ini sekilas mirip anjing. Tapi, bila dilihat-lihat lagi, banyak hal yang terlalu aneh dari tubuhnya. Hewan ini punya rambut gondrong, kaki mirip ayam, dan bulu yang lebih mirip ijuk.

Seperti dilansir Surat Khabar Saudi Sabq, Selasa (28/10), hewan aneh mirip mutan itu ditemuidi sebelah barat Pelabuhan Laut Merah, Kota Jeddah, Arab Saudi.

"Ukurannya juga lebih kecil dari anjing normal, dan yang jelas sangat menakutkan," kata Mutammam Al Rabei, lelaki  yang menemukan hewan tersebut.

Rabei sedang santai memandu keretanya di kawasan gurun dekat pelabuhan. Anjing jejadian itu mendadak muncul dan buat dia terkejut

Lantaran terlalu aneh, Rabei memutuskan membawa hewan itu. "Saya sudah bertanya pada orang-orang yang faham soal hewan di Jeddah. Tak ada yang tahu hewan ini jenis apa," kata Rabei.
sumber:Merdeka.com

Wafa Abdul Kadir bertarung nyawa


wafa 2
PETALING JAYA - Penerbit dan pelakon Wafa Abdul Kadir, 48, terpaksa bertarung nyawa selepas melalui pembedahan besar bagi membetulkan tulang lehernya kesan daripada kemalangan dua tahun lalu.
Rakan baiknya, aktres, Betty Banafe berkata, Wafa telah menjalani pembedahan tersebut pada Selasa yang mengambil masa kira-kira tujuh jam bermula pukul 11 pagi di Pusat Perubatan Tropicana di sini.
“Alhamdulillah, lega hati saya apabila suaminya memberitahu pembedahan yang dijalani itu berjaya dan keadaannya stabil. Saya difahamkan, besi yang dipasang pada tulang leher Wafa pada dua tahun lalu tidak dimasukkan dengan betul dan kerana itu ia telah memberi kesan kepada organ lain.
“Oleh itu doktor terpaksa membuang semula besi tersebut dan membetulkan tulang leher itu. Ia merupakan satu pembedahan yang merumitkan,” katanya yang dihubungi mStar Online  di sini pada Rabu.
Tambah Betty, berdasarkan perbualannya dengan Wafa sebelum ini, aktres itu memaklumkan risiko terhadap pembedahan tersebut, sama dia boleh sembuh ataupun sebaliknya.
“Wafa memberitahu saya, jika dia tidak menjalani pembedahan, dia bakal berdepan dengan risiko hilang nyawa. Sekiranya menjalani pembedahan pula, kesannya juga tetap sama.
“Dan andaikata Wafa selamat, dia mungkin akan lumpuh, hilang peti suara atau tempoh masa untuk sembuh akan memakan masa yang sangat lama. Jadi dia mengambil pendekatan untuk meneruskan pembedahan itu,” ujarnya yang meminta doa daripada semua pihak untuk kesejahteraan sahabat baiknya itu.
Wafa pernah berlakon dalam filem Azizah The Legend dan drama Pasukan Gerakan Khas. Pada 1993, Wafa pernah dicalonkan Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Beliau juga merupakan penerbit filem animasi Budak Lapok dan anak kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talib.
Wafa melalui tiga perkahwinan termasuklah dengan seorang jurutera, Tajul Tamimuddin, 48, pada tahun 2010. Hasil dua perkahwinan terdahulu, dia mempunyai empat orang anak berusia antara 16 hingga 27 tahun.
Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen daripada Tajul Tamimuddin tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab, lapor mStar.

Syaikh Abdurrahman as-Sudais: Tetapilah Jamaah dan Jangan Membuat Perpecahan

Syaikh as-Sudais @answer-question
Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab (LIPIA) mendapatkan kunjungan mendadak dari Imam Besar Masjidil Haram, Syaikh Abdurrahman as-Sudais, Senin (27/10/2014). Dalam kunjungannya, beliau memberikan nasihat dan petuah bagi para pelajar dan penuntut ilmu syar’i di cabang Universitas Imam Muhammad Suud tersebut.
Bertempat di Aula Kampus LIPIA, Syaikh Abdurrahman as-Sudais mengawali nasihatnya di hadapan lebih dari seribu mahasiswa agar terus menjaga niatan yang ikhlas. Keikhlasan akan menuntun seorang hamba kepada baiknya amalan dan perbuatan yang dilakukan.
Berikutnya, Syaikh as-Sudais memberikan wasiat sebagaimana wasiat yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad Saw kepada para sahabatnhya, yaitu wasiat ketakwaan. Beliau kemudian menyitir salah satu firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 131, “Dan sungguh Kami telah memerintahkan kepada orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu; bertakwalah kepada Allah.”
Beliau juga tidak lupa mengingatkan agar para mahasiswa LIPIA betul-betul mensyukuri nikmat bisa mendapatkan ilmu dari para ulama Rabbani di kampus tempat mereka belajar.
“Janganlah kalian menyia-nyiakan setiap menit dan detik yang kalian miliki. Sungguh para ulama tidak membuang waktu mereka melainkan untuk menuntut ilmu,” terangnya.
Setelah berbicara sekitar tiga puluh menit, Direktur Pusat Pelayanan Masjidil haram dan Masjid Nabawi ini menutup perjumpaannya dengan para mahasiswa dan menyebutkan bahwa wajib bagi seorang penuntut ilmu untuk menetapi jalan persatuan, bukannya malah menebar perpecahan dan perselisihan.
“Hendaknya kalian menetapi Jamaah dan jangan membuat perpecahan. Ingatlah bahwa para penuntut ilmu adalah pembuka pintu-pintu kebaikan dan penutup pintu-pintu kejelekan,” pungkasnya.
Syaikh as-Sudais juga datang ke Indonesia untuk menghadiri Seminar Internasional tentang Kemoderatan Islam yang akan diselenggarakan di Hotel Shangrilla Jakarta, Selasa (28/10/2014). [Bahagia/GI]

Chubadak: Rumah diroboh, warga emas tidur dalam khemah

HARAKAHDAILY | .

(Makcik Wahida menunjukkan kesan rumahnya yang telah diroboh)
KUALA LUMPUR: Sepasang warga emas di Kampung Chubadak Tambahan terpaksa tidur dalam khemah malam tadi selepas pondok usang yang mereka diami sebelum ini dirobohkan semalam.

Wahida Mat Salleh, 73, dan suami Pak Cik Halim hilang tempat berteduh dan kini hanya tinggal di khemah sementara yang dibina secara gotong-royong oleh aktivis dan penduduk.

(Khemah didirikan penduduk dan aktivis sebagai tempat berteduh kepada pasangan ini)

Kehidupan yang daif, ditambah lagi dengan keadaan kesihatan yang semakin uzur, pasangan ini langsung tidak mendapat pembelaan dari pihak kerajaan.

Bagi pasangan ini, walau apapun terjadi, mereka tidak akan berganjak dari meninggalkan tapak rumah yang telah mereka diami lebih 40 tahun itu.

Semalam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pemaju berjaya meranapkan tempat berteduh mereka.

Dalam operasi itu, dua aktivis mahasiswa turut ditangkap ketika cuba menghalang rumah pasangan warga emas itu dari dirobohkan.

Mereka adalah Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional Abdul Muqit Muhammad dan Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan Gamis Ahmad Fahmi Mokhtar.

Kedua-dua mereka bagaimanapun dibebaskan petang semalam selepas ditahan dan diambil keterangan lebih empat jam di IPD Sentul. - HARAKAHDAILY 29/10/2014

(Menerima kunjungan aktivis di khemah mereka malam tadi)

(Rumah asal yang dirobohkan semalam)

Aibkan Anwar supaya rakyat hilang kepercayaan

MUHAMMAD FAIZAL | .


Salahuddin bersalaman dengan Anwar sambil disaksikan Mahfuz di kantin Istana Kehakiman, Putrajaya. (Foto Wan Zahari)
PUTRAJAYA: PAS menyifatkan pendakwaan fitnah liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai cubaan terakhir untuk menamatkan karier politik ketua pembangkang itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan juga dilihat untuk mengaibkan Anwar supaya masyarakat hilang kepercayaan terhadapnya.

"Saya tidak boleh menyentuh perjalanan di dalam mahkamah secara langsung tetapi saya yakin apa yang dihadapi Anwar adalah percubaan akhir untuk kerajaan menamatkan karier politik beliau.

"Sama ada memenjara ataupun menghilangkan kredibiliti Ketua Pembangkang itu, tindakan ini secara tidak langsung untuk mengaibkannya supaya masyarakat hilang kepercayaan," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga yakin Anwar tidak akan berganjak dalam menghadapi situasi yang mencabar berhubung tuduhan fitnah tersebut.

Sejarah dan liku-liku kehidupan yang dihadapi Anwar kata Mahfuz, sudah cukup menunjukkan betapa kentalnya pemimpin politik itu.

Mahfuz turut berharap ahli-ahli dan penyokong PAS hadir pada hari esok bagi memberi sokongan moral kepada Anwar dan keluarganya.

"Terlalu banyak perderitaan yang dihadapi Anwar dan keluarganya, sejak dahulu mereka tidak pernah berhenti berhadapan dengan situasi yang cukup pedih dalam kehidupan.

"Saya fikir cara terbaik kita semua hadir memberi sokongan, esok merupakan hari terakhir dan mereka yang menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat wajar hadir," katanya.
PR perlukan Anwar

Sementara itu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula mengharapkan akan ada keadilan ditegakkan dalam kes fitnah Anwar kali ini.

Beliau yang hadir di mahkamah hari ini turut memberitahu selagi doktrin pemisahan kuasa tidak wujud, keadilan di dalam sistem perundangan sukar ditegakkan.

"Saya mengharapkan perbicaraan anwar peringkat terakhir pada hari ini sebelum keputusan akan ada keadilan yang dapat ditegakkan.

"Kita sebenarnya masih dalam suatu perjalanan yang panjang untuk melihat tertegaknya suatu keadilan dalam negara, bila kita bercakap tentang doktrin pemisahan kuasa yang sehingga hari ini menjadi harapan rakyat," katanya.

Naib Presiden PAS itu turut mendoakan agar Anwar dan keluarga diberikan keadilan dalam konspirasi fitnah ini.

"Saya mendoakan dan mengharapkan Anwar serta keluarganya dapat diberikan keadilan dan keputusan yang benar-benar adil.

"Keputusan itu akan memberikan kembali sinar kehidupan kepada beliau sekeluarga, apa yang penting adalah kita masih memerlukan kehadirannya bersama Pakatan Rakyat," ujar beliau lagi.- HARAKAHDAILY 29/10/2013

Al-Quran Di Rumah Angelina Jolie Demi Didikan Untuk Anak-anak


Angelina Jolie
Al-Quran Di Rumah Angelina Jolie Demi Didikan Untuk Anak-anak | Pasangan selebriti dari Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt mengakui mereka telah memberikan pendidikan agama yang cukup buat anak-anak mereka.


Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja tetapi kesemua anaknya mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada.
Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang wujud di dunia ini buat enam anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah mereka.
“Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan,” katanya.
Walau apa pun agama yang dipilih oleh anak-anaknya satu hari nanti, dia tidak akan sesekali membantah. 


Pelajar Darjah Tiga Dirogol Di Sekolah
Posted on Wednesday, October 29 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah





ALOR GAJAH: Seorang murid perempuan tahun tiga sebuah sekolah rendah di daerah ini, trauma selepas mendakwa dirogol dan diugut menggunakan senjata tajam oleh remaja berusia 14 tahun di tangga sekolah berkenaan.
Sumber berkata, murid itu menjadi mangsa kerakusan remaja terbabit yang menyelinap masuk ke sekolahnya pada Isnin, Rabu dan Khamis lalu ketika waktu rehat dan selepas tamat sesi pembelajaran.


Mangsa anak sulung daripada dua beradik tinggal di asrama sekolah berkenaan pada tengah hari untuk menyalin pakaian sebelum diambil ibunya selepas tamat sesi persekolahan petang.
“Pada kejadian pertama kira-kira jam 6.30 petang, Isnin, mangsa yang dikatakan sedang menunggu ibunya di kawasan sekolah dihampiri seorang remaja lelaki sebelum dibawa ke tangga sekolah.
“Mangsa dibawa menaiki tangga sebelum remaja terbabit didakwa merogol mangsa di kawasan tangga berkenaan,” katanya, semalam.
Menurut sumber itu, murid yang menggigil ketakutan cuba menyelamatkan diri namun remaja terbabit menghunuskan senjata tajam dan mengugut akan membunuhnya.
“Pada kira-kira jam 10.30 pagi Rabu lalu, berlaku sekali lagi kejadian sama ketika waktu rehat apabila mangsa seorang diri datangi remaja terbabit.
“Remaja itu didakwa sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk di tangga sekolah dan memberi amaran supaya mangsa merahsiakan perkara berkenaan,” katanya yang memaklumkan ketika kejadian mangsa tidak keluar rehat sebaliknya berada di sekitar kawasan sekolah berkenaan seorang diri.
Kata sumber itu, mangsa yang takut hanya berdiam diri kerana bimbang dicederakannya sebelum remaja terbabit berlalu selepas melakukan perbuatan itu.
“Keesokan paginya (Khamis), kira-kira jam 10.30 pagi Khamis lalu, mangsa sekali lagi mendakwa menjadi habuan nafsu remaja terbabit dan kali ini senjata tajam diacukan di leher mangsa ketika berseorangan,” katanya.

Kes-Rogol-Wanita-AS
Sumber berkata, mangsa diugut bunuh jika perlakuan sumbang itu diketahui orang, namun mangsa yang tidak tahan diperlakukan sedemikian melaporkan kepada pengurusan sekolah.
“Pihak sekolah yang terkejut selepas diberitahu perkara itu segera menyiasat sebelum memanggil ibu mangsa memaklumkan kejadian menimpa anaknya,” katanya.
“Difahamkan, ibu mangsa yang bekerja sendiri datang ke sekolah kira-kira jam 3 petang sebelum bertindak melaporkannya kepada polis,” katanya .
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan, polis ada menerima laporan.
“Polis sedang menjalankan siasatan berhubung laporan dan sudah mengenal pasti suspek seorang remaja lelaki dan tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat,” katanya. – METRO


 7 Juta Muslim Pertahunnya Dimurtadkan, Jumlah Umat Islam Indonesia Menurun Drastis
7 Juta Muslim Pertahunnya Dimurtadkan, Jumlah Umat Islam Indonesia Menurun Drastis

20.577 views


MALANG (voa-islam.com) – Dalam acara Deklarasi Nasional Gabungan Masyarakat Penyelamat NKRI dari Syiah, Salibis, Zionis dan Komunis Gaya Baru (KGB) Ahad (28/10/2014) di Malang, yang dihadiri ribuan masyarakat dan tokoh nasional, baik dari MUI pusat, Jendral Purnawirawan dan cendekiawan Muslim itu, menyajikan orasi-orasi ilmiah seputar hot isue yang sedang ramai dibicarakan, bersangkutan dengan umat Islam dewasa ini.
Dalam kesempatan itu juga Ustadz Ir. Andri Kurniawan, M.Ag, Ketua Markas Dakwah selaku tuan rumah, beliau menyampaikan sebuah orasi yang mengungkapkan data dan fakta kaum Salibis dalam merongrong umat Islam, khususnya di Indonesia. Dengan orasi yang berjudul “Pergerakan Salibisasi di Indonesia”, secara singkat dan padat serta tetap ilmiah beliau paparkan dengan apiknya.
“Tepat pada tahun 1988, ada salah seorang wakil dari rabitoh alam Islami, beliau menyampaikan orasi, di pondok pesantren Gontor Ponorogo, beliau sampaikan tentang pertemuan misionaris internasional di Amerika Serikat. Waktu itu beliau sampaikan pembahasan pertama adalah kristenisasi pulau Jawa, dalam satu hari itu, terkumpul dana Rp. I Milyar US dollar. Untuk Kristenisasi pulau Jawa, akhirnya gerakan itu terus bergerak hingga kini” katanya.
“Kalau kita lihat data statistik 2004 dari hasil sumber survei nasional tahun 90-an, umat Islam masih bertahan dari sisi kulaitas 93%. Data statistik tahun 2000 umat Islam Indonesia mengalami penurunan drastis 21%. Jadi data statistik tahun 2000 umat Islam tinggal 79%” tambahnya memaparkan data dan fakta.
Bukan hanya itu saja, Ustadz Andri, yang sudah melanglang buana dalam berdakwah ini juga memberikan warning kepada kita:
“Bahkan itu diungkap oleh sebuah majalah yang menyebar di gereja-gereja Indonesia yang sering kita kenal dengan majalah transformasi Indonesia. Majalah transformasi Indonesia, tranrformasi Indonesia artinya gerakan pemurtadan kaum muslimin Indonesia,” ujarnya.
Kemudian beliau kabarkan hasil kerja keras kaum Kristen dalam memurtadkan umat Islam. Beliau katakan dengan jelas.
“Diungkap dalam majalah itu, tahun 2000 bahwa mereka berhasil memurtadkan kaum muslimin sebanyak 7 juta orang, dan itu diteliti data itu dicek kebenarnya oleh 4 lembaga nasional dan ternyata valid, real dan benar. Setelah itu diadakan permurtadan disegala aspek dan setiap lini dia bergerak, sehingga setelah tahun 2000 mereka berhasil memurtadkan hinga 7 juta,” paparnya
Perencanaan kaum kafir Kristen untuk menjadi target pemurtadan secara besar-besaran juga tak luput dari penyampaian Ustadz Indri Kurniawan, sehingga beliau mengajak umat Islam untuk menjawab tantangan yang ada.
Maka umat Islam tidak boleh loyo dan pesimis dengan kondisi yang ada, akan tetapi harus bangkit dan bersatu untuk mempersiapkan kekuatan yang besar menghadapi pertempuran masa depan, yaitu jihad antara kaum muslimin dan kafirin dalam perang akhir zaman. [syahid/Protonema-voa-islam.com]

Pasangan gila seks biar anak kebuluran


Pasangan gila seks biar anak kebuluran
Dek kerana nafsu seks melampau, seorang ibu sanggup membiarkan anaknya dengan mengunci bilik tanpa memberi sebarang makanan selama beberapa hari.
Akibatnya, kanak-kanak yang baru berusia 4 tahun itu ditemui dalam keadaan sadis oleh pihak berkuasa tempatan tahun lalu.
Ibu bapa kanak-kanak berkenaan kini didakwa di mahkamah kerana tidak memberi makanan kepada anak mereka dan kes masih dalam proses perbicaraan.
Pasangan gila seks biar anak kebuluran1
Bagaimana pun, ibu kanak-kanak tersebut telah mengaku bersalah memberi layanan buruk kepada anaknya gara-gara sibuk melakukan hubungan seks bersama pasangan.
Tapi jika dilihat suasana rumah pasangan tersebut yang terlalu kotor dan menjijikkan ketika pihak berkuasa melakukan serbuan, nampak gaya semua perkara dalam hidup diabaikan mereka semata-mata melayan hawa nafsu.
Pasangan gila seks biar anak kebuluran2
Kejadian di Adelaide ini mendapat liputan meluas oleh media gara-gara ramai marah terhadap si ibu berusia 24 tahun yang tidak menjaga anak dengan elok malah sanggup membiarkan si kecil hidup dalam rumah yang kotor.
Lebih menyedihkan kanak-kanak malang tersebut kini trauma dan sering ketakutan hingga sanggup menghentak kepalanya ke dinding.
Hari ini ketika kes sedang dibicarakan, ibu kanak-kanak tersebut menangis mendengar keterangan tersebut daripada keluarga angkat baru anaknya, lapor Mynewshub.

Koleksi Kereta Tengku Mahkota Johor (TMJ)



Negeri Johor pada pandangan kami bukan sahaja sebuah negeri yang aman damai serta pesat membangun dan mempunyai pelbagai keunikkan, tetapi mereka juga mempunyai pemerintah yang amat hebat di mata kami. Apa yang kami dapat tahu dari teman-teman berasal dari Johor, negeri tersebut bukan sahaja mempunyai tenteranya yang tersendiri, malah mempunyai pemerintah yang amat-amat dekat dengan rakyat.

Dan pada hemah kami, kami dapat merasakan hobi Tengku Mahkota Johor adalah mengumpul kereta-kereta unik dan bermutu tunggi. Dan berikut adalah koleksi-koleksi kereta yang dimiliki TMJ.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan