Sabtu, 20 September 2014

TAK PENAH DAPAT SENANG...DAH SENANG JANGAN LUPA WAKTU SUSAH...DULU NAK TEBANG POKOK KERANA ELAKKAN SYIRIK MANUSIA....MENANG...BILA TAK DAPAT DUIT...BERJUANGAN DENGAN SYAITAN KALAH...KENAPA KALAH KERANA MARAH SEBAB TAK DAPAT DUIT...DULU BERJUANG KERANA ALLAH TU SEBAB MENANG...MANUSIA TAK CUKUP SATU LEMBAH EMAS...DAH SATU...NAK LAGI SATU...NI YANG RASULLULLAH BIMBANGKAN....BEREBUT NAK KUASA DAN KEMEWAHAN

Yahya Ayyash shared NorGee Hj Nordin's photo.
9 hrs ·
Hebat... siap dengan ugutan... Rupa-rupanya ada keaiban dalam PAS Selangor. Ingat bersih ... rupanya.....
Saya sudah bersedia untuk terima apa juga akibatnya dari tindakan saya.
Buatlah tindakan ke atas saya kalau berani sebelum saya buka semua keaiban semua pimpinan PAS Selangor.

Hasnul Bin Baharuddin ADUN Morib

Suami Isteri Terkejut Anak Remaja Lahirkan Bayi Lelaki Dalam Tandas

Suami Isteri Terkejut Anak Remaja Lahirkan Bayi Lelaki Dalam Tandas
BERA: Sepasang suami isteri amat terkejut apabila anak perempuan mereka yang baru berusia 16 tahun melahirkan anak lelaki di dalam tandas rumah mereka di Felda Bandar 32 dekat sini awal pagi Jumaat.
Wanita tersebut mendapati anaknya itu berlumuran darah, ketika dia hendak bersolat Subuh kira-kira 5.45 pagi.
Ketua Polis Daerah Bera, DSP Zul Haizal Zainal Abidin berkata bapa pelajar berkenaan kemudiannya membawa anaknya ke klinik kesihatan, sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 7.10 pagi.
Pelajar berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah,Temerloh.
Remaja itu dikatakan sudah mengandung sembilan bulan, tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda dia mengandung.
sumber

Gambar aksi terlampau anggota Tentera Udara





Tentera Udara Diraja Thailand bakal mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawainya yang disabitkan dalam sebuah persembahan wanita bogel dalam satu persembahan di kelab tentera.

Jurucakap Tentera Udara, Marsyal Monthol Satchukorn mengesahkan lelaki yang berpakaian seragam tentera dalam klip video yang dikongsi di internet dikenal pasti anggotanya.

Klip video yang bertajuk penyanyi bogel meraikan tentera mula tersebar di internet sejak minggu lalu dan telah mendapat kritikan hebat daripada pelayar media sosial.

Tambahnya, para pegawai yang terbabit dalam klip video itu telah melanggar peraturan mengenai penggunaan kemudahan premis kerajaan dan satu jawatankuasa khas turut ditubuhkan. 

Kisah Pomen Putus Tunang Yang Mendapat 1,600 Share Di Facebook

Gambar sekadar hiasan

"Kau okay ke?"

Aku menyapa sepupuku. Seorang pomen. Dengan muka tak bermaya, dia membuka mulut,

"Tak lama lagi dah nak nikah. Persiapan semua dah buat. Kad pun dah tempah.

Tapi, beberapa hari ni aku sedih sangat. Kadang-kadang, macam nak gila pun ada rasanya. Kerja apa pun tak boleh buat. Bengkel terpaksa tutup selama dua hari. Fikiran entah ke mana.

Tunang aku minta putus. Dia dah ada orang lain."

Aku terkejut.

"Biar betul? Kan dah 3 tahun kau kenal dia? Takkan senang-senang saja dia tinggalkan kau."

"Betullah ni. Aku pun tak percaya dia tergamak buat aku macam ni."

Aku suruh dia ceritakan apa sebenarnya dah berlaku. Dari awal sampai akhir. Pada mulanya dia agak berat hati, tak nak nanti disangka memburukkan tunangnya sendiri. Tapi, akhirnya dia mengalah juga. Tak dapat pendam lagi.

"Tiga tahun dulu, aku kenal dia. Dia biasa-biasa saja. Berbadan gempal tak macam orang lain. Taklah lawa macam orang lain. Aku bukannya memilih. Aku sedar diri aku siapa, kerja apa. Dia terima aku senang hati masa tu. Aku pun terima dia seadanya dia. Dia pun orang miskin macam aku. Jiwa yang sama.

Masuk tahun kedua, dia selalu mengadu kawan-kawan tempat kerja dan orang sekeliling prejudis padanya. Selalu mengata obesiti dia. Selalu kritik tubuh badannya. Aku suruh dia bersabar. Jangan peduli kata orang. Bagi dia kata-kata semangat. Buat apa dengar cakap orang, aku kan ada selalu sayangi dirinya. Sekurang-kurangnya dia ada aku.

Lama-lama, aku rasa tercabar. Aku niat nak transform dia jadi macam wanita lain juga. Cantik macam orang lain. Dari saat tu, aku kerja rajin-rajin siang malam. Tak banyak pun aku dapat kerja pomen. Untung kadang-kadang atas barang, selebihnya atas perkhidmatan. Kalau dengan geng-geng datang repair, tak bolehlah nak caj banyak. Harga sedara-mara je lah. Akhirnya, selepas 3 bulan bertungkus lumus, dah macam orang minyak dah siang malam tangan dan muka penuh minyak hitam, cukuplah bajet aku.

Aku hantar dia pusat kecantikan. Khas untuk kuruskan badan. Beribu jugalah habis untuk set kecantikan hujung rambut sampai hujung kaki. Kos untuk gym dan lain-lain.

Aku buat semua ni sebab aku sayang. Aku taknak dia terhina dan rasa rendah diri. Kalau dia happy, aku pun happy.

Hasilnya, lepas enam bulan, aku pun tak sangka. Dia akhirnya berjaya kurus slim dan cantik menawan. Dah macam model. Cantik sangat. Siapa kata perempuan gemuk tak boleh cantik? Sekarang, yang mengutuk tiada lagi, diganti dengan pujian. Dia pun tambah sayang dekat aku. Kemudian, kitorang bertunang.

Masa bertunang, aku kerja makin rajin. Aku nak beli kereta untuk dia. Wira je pun. Senang dia nak pergi kerja. Awal tahun ni, aku pun berjaya belikan kereta. Atas nama dia. Second hand je pun. Tapi, aku dah repair semua macam baru. Modified full set.

Tapi minggu lepas, dia datang ke bengkel aku. Betul-betul buat hati aku hancur berkecai. Dia nak putus. Dia pulangkan balik cincin tunang.

Aku merayu dia semampu hati. Tapi, lagi mencalarkan hati aku. Dia bukan datang sendirian. Dia datang dengan teman lelaki baru. Segak bergaya. Nampak macam orang kerja pejabat. Aku tak mampu kawal kemarahan aku, aku terajang lelaki tu. Dasar lelaki tak boleh tengok perempuan cantik sikit! Tak fikir ke perempuan tu tunang orang. Last2, aku gak yang dimaki perempuan tu. Aku gak yang disalahkan."

Dia dah menitiskan air mata lelakinya. Aku cuba menenangkannya. Tapi, dia menyambung kata,

"Minggu ni, aku suruh dia kembalikan kereta yang aku bagi. Buat apa kereta tu lagi, dah ada kereta yang lagi mewah, kan? Dia tak nak bagi. Dia kata, kereta tu atas nama dia. Dia maki aku mengungkit jasa dan pengorbanan. Dia maki hamun aku cukup-cukup.

Dia lupa ke, selama ni aku yang berdiri di belakang dia support segala-galanya? Lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk dia?"

Aku terdiam. Tak sangka dalam dunia ni, manusia boleh berubah 360 darjah sekelip mata.

"Kau nanti berhati-hatilah. Jangan jadi macam aku, tak perlulah kau berkorban harta dan segalanya untuk orang yang belum sah jadi isteri kau. Pesanlah pada semua baik laki atau perempuan. Jangan kerana sayang, segalanya sanggup. Tak perlu berhabis untuk awek atau pakwe. Manusia masa susah, cari kita. Bila senang, tinggalkan kita.

Aku pun terfikir, kenapa aku tak berhabis untuk masjid ke, untuk agama ke. Untuk Allah, tak pula aku sanggup berkorban apa saja. Untuk Allah yang lebih patut aku cinta, aku tak buat begitu pula. Tapi, untuk orang yang aku cinta, sebaliknya. Patutlah Allah duga aku macam ni. Supaya aku ingat balik dekat Dia. Malunya aku. Alhamdulillah. Aku reda segalanya walaupun hati aku sedih."

Aku pun sebak dengar ceritanya.

Dua tahun kemudian, Allah hadirkan pengganti padanya. Benarlah, bila kita kembali pada Allah, dia akan datangkan yang lebih baik. Lebih cantik, solehah dan boleh hidup susah dan senang bersama. Dah kahwin pun akhirnya. Allah tidak pernah menemukan kita dengan orang yang salah melainkan untuk hikmah. Kita saja yang selalu salah buat pilihan.

Oleh: Muhammad Rusydi10:41AM - 19 Sep 2014

'Demi janji, integriti, tolak kerusi MB'


Perwakilan Perlis Wan Kharizal Wan Khazim menggesa muktamar kali ini membuat ketetapan supaya PAS menolak jawatan menteri besar Selangor sekiranya ia diberikan kepada PAS.

Katanya, gesaan itu sebagai menunjukkan PAS sebuah parti yang berpegang pada janji dan mempunyai nilai integriti di mana sebelum ini parti telah memutuskan kerusi itu diberikan PKR.

"Atas nilai moral integriti, saya menggesa muktamar kali ini membuat ketetapan apabila berlaku jawatan itu diberikan kepada PAS, maka kita berpegang seperti yang diputuskan pada 17 Ogos lalu.

"Maka kita perlu menolak jawatan itu untuk membuktikan kita berpegang kepada nilai integriti," katanya ketika membhaskan ucapan dasar presiden bertajuk "Terus beristiqamah".

Dilaporkan majlis mengangkat menteri besar baru Selangor akan diadakan pada jam 10 pagi Selasa depan di Istana Alam Shah, Klang berdasarkan jemputan dilapor sudah dihantar kepada pemimpin-pemimpin negeri, wakil rakyat dan orang-orang kenamaan.

Petunjuk menunjukkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali bakal dilantik menjadi menteri besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Segan ke kedai kopi

Sementara itu, dalam perbahasannya juga, Wan Kharizal bersetuju dengan perwakilan Selangor Sallehen Mukhyi (bawah) semalam bahawa berlaku kecelaruan di kalangan ahli apabila pimpinan pusat tidak membawa mesej tepat ketika menjelaskan kemelut di Selangor.

"Orang kita sudah segan untuk pergi ke kedai kopi. Sebelum ini orang kita juara di kedai kopi bercerita tentang kebobrokan Umno, tapi dalam isu Selangor, mereka segan kerana tiada jawapan.

"Apabila keputusan dibuat 17 Ogos, mereka kembali mereka senyum dan merasakan sudah ada jawapan dalam perkara yang dibangkitkan dan lepas tu tidak kembali (ke kedai kopi) kerana masih ada kekeliruan," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kepimpinan pusat tidak meneruskan tindakan seperti itu sebaliknya perlu mencapai kesepakatan dalam membuat keputusan sebelum dimaklumkan kepada semua pihak.

Sementara itu, Perwakilan Negeri Sembilan Mohd Khairul Anwar Wafa bersetuju dengan cadangan Wan Kharizal supaya muktamar membuat usul tergempar menolak jawatan menteri besar sebagai menghormati semangat setiakawan dalam Pakatan.

"Ini presiden dah cakap berulang-ulang. Tapi ada kuasa muktamar menegaskan sekali lagi, ia menunjukkan kebersamaan kepada presiden. Tetapi kalau sultan lepas ini nak kepada kita, apa kita nak buat," katanya dalam loghat Negeri Sembilan.

"Sekurangnya kita sudah menjawab kepada rakan dalam Pakatan, bahawa seluruh anggota telah bersama presiden untuk kekal bersama Pakatan.

"Tetapi apa yang berlaku adalah kehendak Sultan. Jadi terlepaslah kita," katanya yang kemudiannya diiringi gelak ketawa perwakilan. 

Video Aksi Seks Sumbang Mahram Datuk Dan Cucu
By editor-2 September 19, 2014 : 4:38 pm
imam1
Mohammed Qasim Al Nasooh adalah seorang imam di sebuah masjid di timur perkampungan Idlib, Syria. Beliau kemudiannya menjadi Komander Batalion Ahbab Al-Sahaba.
imam2
Sebuah video mulai tersebar sejak awal tahun lalu yang menyaksikan Imam yang juga Komander tentera pembebasan Syria tersebut sedang melakukan seks dengan seorang gadis. Gadis itu mengaku, bahawa Imam tersebut adalah datuknya…
Ketika disoal siasat, Imam tersebut nyaris ditembak atas kelakuan jijiknya mendakwa cucu perempuannya itu yang berkehendakkan seks tersebut. Gadis tersebut juga mengaku bahawa perbuatan mereka tanpa ada niat yang jahat.
Dan tidak pula diketahui apa nasib mereka selepas itu...

 



 

 10:25AM - 20 Sep 2014

Pelajar tingkatan 5 dicabul kumpulan lelaki


Seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima dilarikan sebelum dicabul empat lelaki bertopeng di sebuah rumah kosong di Kemayan dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 malam itu, mangsa yang berusia 17 tahun bangun dari tidur untuk ke tandas di luar rumahnya sebelum beliau dikepung empat lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bera DSP Zul Haizal Zainal Abidin berkata seorang daripada lelaki itu kemudian menutup mata dan mulut mangsa dengan kain dan melarikannya dengan motosikal.
 
"Mangsa dibawa ke sebuah rumah kosong kira-kira 500 meter dari rumahnya dan  keempat-empat lelaki itu mencabulnya di situ," katanya kepada pemberita di Bera.

Pelajar itu kemudian ditinggalkan di rumah itu sebelum beliau pergi ke rumah ibu saudaranya pada 4 pagi.

Susulan kejadian itu, ibu saudaranya membuat laporan di Balai Polis Bera pada 8.08 pagi tadi.

Zul Haizal berkata mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Bera untuk rawatan dan polis akan mengambil keterangan bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan