Rabu, 24 September 2014

NIKMAT SEBENAR IALAH IMAN IAITU ISLAM....NIKMAT KEDUA TAKWA....NIKMAT KETIGA IKHLAS....NIKMAT KEEMPAT RAHMAT ALLAH SETERUSNYA SYURGA....BUKAN KEKAYAAN/HARTA....PANGKAT/KUASA...WANITA/SEX...WALLAHU'ALAM




3:44PM - 24 Sep 2014

Cikgu Mala pertikai cuti isteri calon BN


Bekas calon PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Tenang Normala Sudirman mempertikaikan tindakan isteri calon BN di Pengkalan Kubor Khairos Husin yang mengambil cuti sebagai guru sekolah bagi membantu kempen suami.

Normala, presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK), berkata tindakan isteri Mat Razi Mat Ali itu harus disiasat Kementerian Pendidikan.

Ini kerana, dakwa Normala lagi, tindakan itu tidak mematuhi etika perkhidmatan, bahkan didakwa pilih bulu.

“NGO PENDIDIK menerima banyak aduan terhadap kes ini kerana ternyata jika ia benar, maka berlaku double standard dalam melayan warga pendidik yang seharusnya mematuhi etika perkhidmatan profesionalisme perguruan dalam Buku Perintah Am,” kata Normala.

Khairos, guru di Sekolah Kebangsaan Simpangan, sebelum ini dilapor menyambung cuti seminggu untuk bantu suami berkempen dengan pendekatan rumah ke rumah.

Dalam kenyataan hari ini, Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala, membandingkan keadaan itu dengan apa yang menimpa suaminya dalam pilihan raya kecil Tenang tiga tahun lalu.

Pada 28 Januari 2011, Kementerian Pendidikan dilapor menyiasat dakwaan bahawa suami Normala, Ma'arof Abd Talib menyalahgunakan sijil sakit untuk 'berkempen'.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran berkata, ia perlu disiasat memandangkan beliau mendapat cuti sakit yang lama, iaitu 21 hari, tetapi didakwa turun membantu isterinya.

PAS menjelaskan bahawa Ma'arof, guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Station, menghidap "simple depressive disorder" dan bukan sakit kritikal seperti dilaporkan media arus perdana.

Normala sendiri menegaskan suaminya jarang mengambil cuti sakit, memberi komitmen pada kerjaya dan percaya "penganiayaan akan berbalik kepada orang yang membuat fitnah".

Beliau tewas di tangan calon BN Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi.

Mengimbau keadaan ketika itu, Normala mendakwa masalah suaminya itu berpunca daripada asakan hebat Umno yang “mencampur aduk politik kepartian dengan pendidikan anak bangsa”.

Katanya, selain sijil sakit didedahkan di Internet, suaminya juga menerima tekanan psikologi surat tunjuk sebab 'Buang Kerja atau Turun Pangkat'.

“Antara PRK DUN Tenang dan PRK Pengkalan Kubor, pasangan warga pendidik dilayan secara tidak adil dan double standard,” dakwanya. 
 

Atuk ‘terajang’ perogol berbogel

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Gombak: “Saya tergamam melihat lelaki itu dalam keadaan berbogel menindih tubuh isteri menyebabkan saya terus menyepaknya sekuat hati,” kata seorang lelaki yang sempat menyelamatkan isterinya dari diperkosa pagi semalam.
Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 50-an berkata, kejadian berlaku jam 7 pagi apabila dua lelaki berusia 20-an dan 40-an menceroboh masuk kediamannya di Kampung Laksamana, di sini. Menurutnya, insiden berlaku ketika isterinya yang berusia 50-an berada di dalam rumah bersendirian sebelum diserang kedua-dua suspek.

“Isteri saya yang ketika itu berada di ruang tamu kediamannya terus menjerit memanggil nama saya. Saya kemudian berlari masuk ke dalam rumah sebelum terkejut melihat keadaan isteri.
FotoRUMAH milik Ahmad yang diceroboh, semalam. Gambar kecil, kain batik milik mangsa.

“Kedua-dua suspek sedang berbogel manakala seorang dari mereka sedang menindih isteri saya,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam.

Azmin akan siasat punca Khalid singkir Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor


  Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya akan meneliti alasan yang diberikan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar Ramy Afifin/Selangorkini, 23 September, 2014. Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya akan meneliti alasan yang diberikan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar Ramy Afifin/Selangorkini, 23 September, 2014. Punca penyingkiran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Selangor oleh bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam akan disiasat, kata Mohamed Azmin Ali.
Menteri besar baharu yang mengangkat sumpah lantikan pagi tadi berkata, pihaknya akan meneliti alasan yang diberikan pentadbiran Khalid sebelum bertindak mengembalikan semula jawatan asal dalam negeri itu kepada Anwar.
"Saya baru dimaklumkan semalam ada keputusan yang dibuat, jadi saya lihat dulu apakah keputusan itu," katanya kepada pemberita di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.
Khalid pada detik akhir pentadbirannya memutuskan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di Plaza Perangsang ditutup berkuat kuasa serta merta semalam bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat terakhir Khalid bersama empat exco PAS semalam.
"Kita berpendapat adalah wajar Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Selangor," kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Faekah Husin dalam satu kenyataan.
Mengulas isu air, Azmin berkata pihaknya memerlukan masa untuk meneliti perjanjian penstrukturan industri air yang dimuktamadkan 11 September lalu memandangkan Khalid sebelum ini tidak pernah berbincang mengenainya dengan Pakatan Rakyat (PR).
"Saya akan mengadakan mesyuarat dengan pihak berkaitan dan ketua jabatan untuk meneliti semula perjanjian air. Beri saya masa," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu turut menepis dakwaan dirinya disamakan seperti Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang akan dikawal oleh parti politik seperti boneka jika menjadi menteri besar.
Azmin berkata, beliau tidak akan menurut arahan mana-mana pihak, sebaliknya hanya akan menjalankan tugas berpandukan Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Selangor.
"Saya akan menuruti Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan juga polisi yang sudah diluluskan PR untuk diguna pakai," katanya.
Ditanya mengenai suara tidak puas hati sesetengah ahli parti yang mahu melihat Dr Wan Azizah menjadi menteri besar, Azmin berkata semua pihak perlu terus maju ke depan dan terima keputusan Sultan.
"Lebih baik kita 'move on' dan berpegang kepada keputusan yang diambil," katanya. – 23 September, 2014.

8 Tahun Sudah Jana Pendapatan RM 4.2 Juta Melalui YouTube



Kisah kanak-kanak yang berusia 8 tahun yang pandai menggunakan Youtube untuk mendapat duit sangat menarik untuk dibaca. Persoalannya bagaimana?

Evan, 8, berasal dari Amerika Syarikat memperoleh pendapatan sebanyak RM 4.2 juta setahun. Ini bermakna, pendapatan bulanan Evan adalah RM 350K sebulan. Wow...

Secara ringkasnya, Evan hanya perlu mengulas tentang permainan kanak-kanak dan juga permainan video kegemarannya. Kemudian ulasan itu akan diedit oleh bapanya dan dimuat naik ke laman Youtube. Tapi video ulasan Evan bukan calang-calang kerana ia mendapat 750 juta view dalam masa beberapa tahun.

Dengan populariti yang diperoleh oleh video Evan, dia kini setanding dengan artis antarabangsa seperti Katy Perry, Madonna dan juga saluran ESPN.

Evan menjana duit di Youtube dengan menggunakan khidmat pengiklanan yang dibuat disediakan oleh Youtube dan juga hasil dari pengiklanan produk yang ingin tampil dalam videonya.

Evan juga mempunyai agensi periklanan sendiri yang bertindak mempromosikan dan sebut harga bagi meletakkan iklan di dalam videonya.

Pada mulanya, projek ini hanyalah dibuat oleh Evan secara suka-suka sekadar ingin menghabiskan masa bersama keluarga. Tetapi, semuanya berubah setelah video mereka telah mencapai tontonan sehingga satu juta.


Jared, bapa kepada Evan berkata, kesemua duit yang terkumpul tidak digunakan untuk perbelanjaan keluarga tapi disimpan bagi kegunaan Evan pada masa hadapan.

Evan kini sudah mempunyai tiga saluran YouTube iaitu EvanTubeHD, EvanTubeRAW dan EvanTubeGaming.

Secara kasarnya, pendapatan hasil dari iklan yang disediakan oleh Youtube boleh menjana US$2.50 ke US$5 bagi setiap 1000 tontonan. Jika video anda benar-benar popular, kiralah berapa hasil yang bakal anda dapat.. - SiakapKeli.com
 
 
 
4:18PM - 24 Sep 2014

Pakar: Baginda Queen pun tak boleh pilih PM

Pihak istana, walaupun Queen Elizabeth II, tidak mempunyai kuasa untuk memilih perdana menteri bawah sistem parlimen Westminster, kata peguam kanan Tommy Thomas.

Beliau mengambil contoh kemelut politik British pada 1990 dan 1991 apabila Parti Konservatif mahu menyingkirkan Margaret Thatcher dan melantik John Major bagi menggantikannya.

Dalam kes itu, katanya, istana tidak campur tangan dan melantik Major sebagai perdana menteri seterusnya.

“Adakah Queen Elizabeth, sebagai raja berperlembagaan, mempunyai pilihan dan berkata 'Saya tak suka Major (kiri) dan tidak mahu beliau jadi PM' dan 'Saya lebih suka (Michael) Hasseltine pimpin Parti Konservatif'?

“Baginda raja berperlembagaan, baginda tidak mempunyai suara dalam pemilihan pemimpin Parti Konservatif,” katanya dalam sebuah persidangan hari ini.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan