Rabu, 17 September 2014

ELOK TSKI MASUK PAS...JANGAN TAK SUKA SUAMI ATAU TAK SUKA KELUARGA ISTERI TAPI SUKA ISTERINYA ATAU SUKA SALAH SATU KERABATNYA....SUAMI LAH DAN KERABATNYA LEBIH TAHU BENAR2 KELAKUAN ISTERINYA/KERABATNYA....KITA TAHU BAIK DARI WAR2 TV-TV DAN RADIO-RADIO SERTA SURATKHABAR2 MEREKA YANG KITA PULAU...BAIK SURUH SUAMI TU CERAI...ABIS EDDAH AMBIK JADI ISTERI....JANGAN KITA NAK BERKAWAN TAPI TAK RETI CARA BERKAWAN...TAK KAN KITA JAHIL ILMU MANTIK...TUJUAN MEREKA NAK LAGA2KAN....TAK KAN KITA TERMAKAN JERAT DAN TERJEBAK

12:00PM - 17 Sep 2014

Dewan Ulama tetap mahu Khalid kekal MB


Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yaakob berkata sayap tersebut memutuskan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim perlu kekal sebagai menteri besar Selangor.

Beliau yang juga menteri besar Kelantan menegaskan perkara itu dalam teks ucapannya di Muktamar Dewan Ulama hari ini.

Teks ucapan tersebut diedarkan kepada petugas media yang membuat liputan di dewan IOI Palm Villa Golf and Country Club, Kulaijaya, Johor.

Ahmad bagaimanapun tidak membacakan perkara itu dalam ucapannya.

KOTA TINGGI, 17 Sept - Perwakilan Pulau Pinang, Ust Mohd Aiman Shamsudin mengingatkan sidang muktamar agar lebih berakhlak dalam menegur Tuan Guru Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang mahupun Majlis Syura Ulama PAS.
Beliau mengingatkan ahli PAS supaya tidak menjadikan media sosial sebagai medan menghentam sebaliknya menggunakan muktamar tahunan sebagai medium terbaik untuk menegur secara berakhlak.
"Pemuda PAS seharusnya tidak menjadikan facebook atau surat terbuka melalui media sosial untuk menegur pimpinan, sebaliknya jadikan muktamar untuk menyatakan perkara yang tidak puas hati kepada pimpinan."
Beliau turut mengingatkan bahawa pemuda PAS bukan hanya pemuda politik atau tarbiah mahupun dakwah semata-mata, sebaliknya pemuda-pemuda PAS perlu memiliki ketiga-tiga elemen tersebut bagi mendepani setiap isu yang berlaku.
"Pemuda PAS Malaysia bukanlah pemuda politik semata-mata. Pemuda PAS bukanlah pemuda dakwah semata-mata. Pemuda PAS bukanlah Pemuda tarbiyyah semata-mata, tetapi pemuda PAS









Dunia Perempuan

Ukhti, Ini Dia Hukum Memakai Sepatu Hak Tinggi

Senin 20 Zulkaedah 1435 / 15 September 2014 18:00


high heels 212 Ukhti, Ini Dia Hukum Memakai Sepatu Hak Tinggi
BERBICARA sepatu hak tinggi, berbicara tentang wanita. Marak dan sudah menjadi hal biasa bagi wanita menggunakan sepatu hak tinggi sejenis high heels atau wedges.
Lalu, sebenarnya, bagaimana hukumnya dalam Islam memakai sepatu berhak tinggi ini? 
Maka dalam masalah ini, para ulama’ seperti Syaikh Abdul Aziz bin Baaz dan Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahumullah berpendapat bahwa menggunakan sepatu berhak tinggi tidak boleh. Hal ini karena wanita yang menggunakannya memang beresiko untuk terjatuh dan membahayakan diri saat berjalan dengannya. Sedangkan agama kita memerintahkan untuk menjauhi bahaya.
وَلاَ تُلْقُوْا بِأَيْدِيْكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.” (Al-Baqarah: 195)
Serta firman Allah Ta’ala,
وَلاَ تَقْتُلُوْا أَنْفُسَكُمْ
Dan janganlah kamu membunuh dirimu.” (An-Nisa`: 29)
Menggunakan sepatu berhak tinggi pun memiliki resiko terhadap kesehatan. Seperti terjadinya pembengkakan pembuluh darah di kaki, degenerasi persendian kaki, rusaknya tendon achilles, perubahan postur tulang belakang, dsb.  Maka sesuatu yang sifatnya mencelakakan diri atau membahayakan diri sendiri itu hukumnya haram.
Dan selain itu, menggunakan sepatu berhak tinggi itu umumnya membuat cara berjalan wanita menjadi berbeda, yaitu lebih berlenggak-lenggok atau menjadikan betis yang indah jadi terlihat dan menjadikan wanita nampak lebih tinggi. Maka ini termasuk dalam kategori tabarruj, sekaligus memiliki unsur penipuan. Padahal, para wanita muslimah dilarang menampakkan perhiasannya kecuali pada mahram atau orang-orang yang berhak untuk melihat keindahan dirinya.
وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ
“Dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam.” (An-Nur: 31)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu :
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” [HR. Muslim]
Kebiasaan menggunakan sepatu berhak tinggi ini adalah salah satu kebiasaan wanita Yahudi dan Nasrani. Wanita-wanita mereka menggunakan sepatu berhak tinggi ini untuk berhias dan menampakkan kecantikan mereka untuk memikat pandangan laki-laki. Maka sudah selayaknya seorang wanita muslimah menjaga dirinya dari hal-hal yang meniru (tasyabbuh) orang-orang kafir dan jahiliyah.
وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ
“…dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu…” (Al-Ahzab : 33)
Maka kesimpulannya adalah, menggunakan sepatu berhak tinggi baik itu model high heels maupun wedges itu tidak diperbolehkan oleh syariat. Karena bahkan meski sepatu wedges itu resiko terjatuh atau terpelesetnya lebih kecil daripada sepatu high heels, dan bagi sebagian orang menilai dari sisi kesehatannya lebih baik dibandingkan sepatu high heels, namun tetap termasuk dalam kategori tabarruj dalam memakainya. [ds/islampos/fikih wanita]
adalah pemuda politik, pemuda dakwah dan pemuda tarbiyyah (sekaligus). Inilah pemuda PAS yang sebenar."
Dalam sesi yang sama, perwakilan daripada Pulai Pinang turut menyeru seluruh perwakilan pemuda agar menambah ilmu supaya tidak mudah terpengaruh oleh pemikiran sekular dan pluralisma sebaliknya pemikiran pemuda adalah pemikiran Islam yang dipandu oleh Al-Quran dan Sunnah.
Tegur Majlis Syura supaya tidak ulangi zaman kejatuhan Turki [TONTON VIDEO]
pada 16-09-2014 08:09 Ditulis Oleh Shuhaniza Said, Zeanaaima Mohd Yusof dan Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
 
 
KOTA TINGGI: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, tegurannya terhadap prestasi  Majlis Ulama adalah demi memastikan PAS terus relevan dan mengelakkan parti itu 'mengulangi' sejarah keruntuhan pemerintahan Turki.
Beliau berkata, kebimbangan itu perlu disuarakan, apatah lagi katanya penyokong parti itu terdiri daripada pelbagai golongan, dan dikhuatiri pendekatan ulama yang agak konservatif dan terlalu islamik akan mencambahkan perasaan 'menyampah' terhadap PAS. 
"(Prestasi Ulama) Kena tingkatkan lagi, baru nampak relevan.. kebimbangan tu besar. Sebab bila orang dah fed-up (menyampah) pada golongan agama, akan muncul orang macam Kamal Attaturk. 
"Di Malaysia, tak sampai tahap itu lagi, tapi biar kita letakkan kebimbangan itu. Macam Turki, di penghujung pemerintahan khalifah (kerajaan Uthmaniyyah) itu, orang dah fed up, akhirnya Kamal Attaturk disokong.
"Sebab sekarang trend orang pilih pemimpin seperti Jokowi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-55, di sini, sebentar tadi.
Mat Sabu ketika berucap pada perasmian Muktamar Pemuda PAS sebelum itu menafikan beliau dan golongan profesional mempunyai masalah dengan kelompok ulama dalam parti itu. 
Malah katanya, apa jua teguran kepada kepada Majlis Ulama adalah sebahagian daripada proses semak dan imbang bagi memastikan  badan itu kekal relevan untuk menerajui PAS.
Teguran Mat Sabu itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan Majlis Syura bermesyuarat dan sepakat menolak calon Menteri Besar Selangor yang dipersetujui Jawatankuasa PAS Pusat sebelum ini.
Terdahulu jawatankuasa itu menyatakan sokongan kepada PKR yang menetapkan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Monday, September 15, 2014


Rumah teres berharga RM1 Juta menjelang 2020?


RAMAI berpendapat, rumah dibina terlalu mahal harganya sehingga mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak berkemampuan memiliki kediaman sendiri.

Tidak keterlaluan jika dikatakan sebenarnya banyak faktor penyebab kepada kenaikan harga rumah. Justeru Sinar Harian, mengupas punca harga rumah menjadi mahal dan mengapa ia berlaku?

Adakah penyelesaian bagi mengatasi kenaikan harga rumah terutama menjelang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tahun depan, memandangkan terdapat khabar mengatakan pemaju bakal menaikkan lagi harga rumah tahun depan.

Permintaan tinggi di bandar, pemaju lebih minat bina rumah RM1 juta

Berdasarkan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), permintaan tinggi terutama di kawasan bandar adalah pendorong utama kenaikan harga rumah.

Kira-kira 70 peratus penduduk tertumpu di bandar-bandar utama yang merupakan pusat tumpuan aktiviti ekonomi. Bilangan penduduk pula bertambah disebabkan migrasi untuk mendapatkan pekerjaan.

"Pembangunan kawasan bandar utama menjadi padat. Permintaan terhadap tempat kediaman pula melebihi penawaran. Berikutan penawaran yang terhad dan persaingan mendapatkan kediaman yang diingini, menjadi faktor yang mendorong harga meningkat secara tidak langsung.

"Oleh kerana harga tanah sudah meningkat, trend harga rumah juga turut meningkat. Disebabkan berlakunya kekurangan dalam penawaran tanah untuk dibangunkan sebagai kawasan kediaman," kata jabatan tersebut.

Menurut laporan JPPH, Kuala Lumpur menunjukkan peningkatan lebih dua kali ganda pada suku pertama 2014 dalam unit baharu dilancarkan pada harga dalam lingkungan RM500,000 sehingga RM1 Juta.

Berdasarkan rekod terdapat pertambahan daripada 264 unit pada suku keempat 2013 kepada 684 unit pada suku pertama 2014.

“Ini menunjukkan pemaju lebih cenderung membina rumah-rumah berharga tinggi, iaitu RM500,000 ke atas. Manakala di Selangor menunjukkan penurunan sebanyak 28.3 peratus pada suku pertama 2014 berbanding suku keempat 2013.

“Bagaimanapun, Johor menunjukkan peningkatan drastik di mana pada suku keempat 2013 terdapat hanya 16 unit baharu dilancarkan meningkat kepada 396 unit pada suku pertama 2014.

“Di Kuala Lumpur dengan keadaan populasi yang padat masih terdapat permintaan dari kalangan pembeli tempatan yang mampu untuk memiliki harta harga yang sedemikian,” kata jabatan itu.

Menurut JPPH, Johor Bahru menunjukkan peningkatan drastik dalam permintaan melebihi RM1 juta kerana dipengaruhi pembeli warga asing di Iskandar Malaysia.

Sementara itu, Pengurus PropertyGuru Malaysia, Gerard Kho berpendapat, pemaju lebih gemar membina rumah berharga lebih RM1 juta seperti kondominium, adalah kerana keluasan tanah yang tidak sesuai untuk pembinaan rumah teres. Jadi kondominium adalah pilihan tepat.

"Tambahan pula, masyarakat di kawasan bandar mungkin lebih suka memilih kediaman seperti kondominium disebabkan pilihan gaya hidup dan perkhidmatan yang ditawarkan kawasan kediaman seperti faktor keselamatan yang lebih terjamin.

"Kedudukan kediaman dengan tempat kerja yang mungkin mengambil masa perjalanan kurang 15 minit juga menjadi faktor utama pembeli gemar memiliki kondominium," katanya.

Dalam pada itu, laporan sama turut menyaksikan pengurangan bilangan rumah baharu dilancarkan ke dalam pasaran sebanyak 38.8 peratus daripada 10,831 unit yang direkodkan pada suku sebelumnya kepada 6,631 unit.

Mengikut jenis harta tanah, pangsapuri khidmat terus menguasai pasaran perumahan baharu dengan 2,441 unit dilancarkan daripada keseluruhan jumlah dalam negara, diikuti teres 2,399 unit. Teres setingkat pula membentuk 1,053 unit, manakala teres 2-3 tingkat membentuk 1,346 unit. Unit berkelompok dan rumah berkembar 2-3 tingkat, masing-masing membentuk 626 unit dan 439 unit.

Mengikut negeri, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor memiliki bilangan unit rumah baharu dilancar tertinggi pada tempoh kajian yang menyumbang 63.2 peratus (4,191 unit) syer pasaran negara.

Kuala Lumpur menawarkan 1,844 unit rumah baru manakala Selangor dan Johor, masing-masing menawarkan 1,207 unit dan 1,140 unit.

Harga tanah pengaruhi harga rumah

Tidak dinafikan nilai harga tanah merupakan faktor utama yang mendorong penentuan sesebuah harga kediaman.

Ia melibatkan kos tanah, binaan, prasarana seperti sistem perparitan, jalan masuk dan penyediaan tapak. Selain itu, fi ikhtisas melibatkan khidmat profesional seperti arkitek, juruukur dan jurutera dalam sesuatu pembinaan dan sumbangan kepada pihak berkuasa tempatan, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom dan Syarikat Air turut mempengaruhi harga kediaman.

Gerard berkata, harga rumah ditentukan mengikut harga pasaran semasa, walaupun pemaju membeli tanah dua atau tiga tahun lebih awal sebelum kawasan tersebut dibangunkan.

"Tanah tersebut kemudian digunakan untuk pembangunan kawasan kediaman.

Tanah dan bangunan yang sudah dibina merupakan kos yang akan dicaj oleh pemaju. Ia termasuk caj yang perlu dibayar pemaju ke atas kos bahan binaan.

"Setiap tahun kos bahan binaan dan tenaga buruh terus meningkat. Ia juga penyumbang kepada kenaikan harga rumah.

"Sudah pasti pemaju juga mahu mengaut keuntungan dan meletakkan margin pada jumlah tertentu. Semua faktor ini merujuk kepada penentuan harga rumah," katanya.

Mengambil contoh kawasan perumahan di Lembah Klang. Gerard berkata, nilai hartanah sememangnya tinggi. Apatah lagi pembeli selalunya akan mencari kediaman sekitar lingkungan 20 hingga 30 kilometer dari tempat kerja.

"Ini juga menyumbang kepada faktor penentuan harga rumah yang mahal di Lembah Klang, Walaupun terdapat pemaju membina perumahan luar dari lingkungan ini, mereka (pemaju) tetap akan kembali melaksanakan projek-projek perumahan di kawasan Lembah Klang kerana permintaan yang tinggi, kerana itu harga rumah di Lembah Klang terus meningkat," katanya.

Menurut Gerard, spekulator juga turut memainkan peranan dalam penentuan harga rumah.

"Sebagai contoh, pemilik yang membeli kediaman di projek perumahan fasa pertama (RM300,000) sudah tentu akan melihat harga yang berbeza dengan rumah yang dibina di fasa kedua. Pastinya harga rumah di fasa kedua lebih tinggi berbanding fasa pertama.

Boleh jadi ia akan mencecah sehingga RM500,000 sebagai contoh. "Ketika ini, pemilik kediaman di fasa pertama mengambil kesempatan dengan menjual rumah mengikut harga rumah yang dibina di fasa kedua. Bahkan mereka boleh menjual lebih dari harga pasaran. Walaupun pemilik dan bakal pembeli masih boleh berunding tentang harga, tetapi pemilik asal akan dapat mengaut keuntungan hasil daripada jualan rumah. Golongan seperti ini juga penyumbang kepada kenaikan harga rumah," katanya.

Bagi Gerard, harga rumah hanya boleh dikawal mengikut keperluan dan permintaan. Jika permintaan tinggi maka harga rumah turut meningkat.

Harga bahan mentah naik 10 peratus, kenaikan paling tinggi

Berkuat kuasa 1 Mei tahun ini, semua harga bagi bahan binaan utama meningkat sehingga 10 peratus.

Kos pembikinan, pengangkutan, kenaikan bahan api dan bermacammacam kenaikan kos berkaitan semuanya menyumbang kepada kenaikan harga bahan binaan ini. Kenaikan pula berlaku saban tahun. Adakala dua kali dalam tempoh 12 bulan, dan ia berlaku tanpa notis.

Pembekal pula tiada pilihan selain menaikkan harga bahan binaan kerana mereka juga perlu menanggung kos terbabit.

Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas 'F' Malaysia (Perkobf Malaysia), Tukiman Radion berkata, kenaikan itu difahamkan adalah yang tertinggi sejak 2007.

"Bahan binaan utama termasuk besi, simen, pasir dan batu konkrit. Kenaikan melibatkan semua projek-projek di seluruh negara, namun bagi projek perumahan di kawasan pedalaman atau luar bandar, kosnya lebih tinggi berbanding di kawasan bandar kerana kos pengangkutan dan penghantaran yang perlu ditanggung pembekal.

"Pada 2008, harga simen ketika itu RM8.50 satu beg. Kemudian naik sehingga 100 peratus dan mencecah RM16. Harga simen pula saban tahun meningkat. Harga besi kini RM2,000 tapi pernah mencecah sehingga RM4,000 pada 2008," katanya.

Katanya kenaikan yang mendadak ini turut menjejaskan pendapatan syarikat-syarikat kontraktor dan pemaju yang terpaksa menghentikan kerja-kerja pembinaan dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan projek kerana melebihi bajet diluluskan.

Rumah teres RM1 juta menjelang 2020?

Dari jangkaan dalam prospek jangka panjang, harta tanah kediaman akan terus meningkat pada masa akan datang.

Menurut JPPH, adalah tidak menghairankan menjelang 2020 rumah teres akan mencecah RM1 juta. Bahkan di lokasi panas, rumah sedemikian telah pun mencapai harga RM1 juta.

"Seiring dengan perkembangan masa dan senario serantau, rumah–rumah kediaman akan meningkat dari segi harga disebabkan harga bahan binaan yang meningkat dan kekurangan penawaran tanah di bandar utama seperti Lembah Klang khususnya Kuala Lumpur dan sekitarnya.

"Kenaikan harga rumah tidak dapat dielakkan dan prospek harta tanah berkenaan akan terus meningkat seiring dengan langkah kerajaan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya.

Katanya, isu kenaikan harga rumah dilihat sebagai senario yang lumrah dan berlaku di mana-mana negara sedang membangun. Di Malaysia, seperti dalam rekod-rekod yang lalu, kadar kenaikan harga rumah akan berbeza mengikut lokasi dan kawasan ‘panas’ yang menjadi pilihan pembeli dan pelabur.

Sektor harta tanah merupakan sektor penting dalam pertumbuhan ekonomi negara. Kenaikan harga pada kadar yang biasa adalah sihat kerana ia membantu pertumbuhan industri harta tanah. Apa yang perlu dibendung adalah kenaikan harga yang mendadak.

GST tidak jejas harga rumah

Pengenalan GST akan menyebabkan kesan ‘one-off’ sekali sahaja ke atas kenaikan harga rumah di pasaran.

Menurut JPPH, walaupun sektor kediaman tidak dikenakan GST, namun sektor-sektor lain yang menyumbang kepada kediaman dikenakan GST seperti bahan binaan, Fi profesional dan lain-lain.

"Ini akan memberi sedikit impak kepada harga rumah di masa hadapan. Pelaksanaan GST dijangkakan akan mempengaruhi harga rumah disebabkan GST akan dikenakan ke atas bahan binaan dan industri pembinaan walaupun pembelian rumah kediaman dikecualikan dari GST.

Sementara itu, rata-rata pemaju melahirkan rasa kebimbangan terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) April depan yang dikatakan bakal meningkatkan lagi harga rumah.

Bagi Tukiman yang sudah menghadiri beberapa sesi taklimat mengenai GST bersama Kastam. GST tidak menaikkan harga rumah.

"Ketika ini, setiap barangan dikenakan cukai berbeza. Tetapi sebaik GST dilaksanakan kesemua cukai tersebut menjadi satu. Bahkan setiap pembekal, pengedar dan peruncit boleh mendapat rebat. Ini bermakna, tiada sebab mengapa cukai tersebut perlu dipindahkan kepada pembeli.

"Bagaimanapun cukai tersebut tidak tertakluk kepada projek perumahan individu atau persendirian. Di mana pemilik rumah harus membayar GST kepada pemaju," katanya yang menyokong penuh pelaksanaan GST lapor Sinar Harian
BAGAIMANA AHLI2 DEWAN NEGERI WANITA...AHLI2 PARLIMEN WANITA... SEDANGKAN DI KAWASAN2 YANG DIWAKILI BANYAK LAGI LELAKI YANG BERKEMAMPUAN..WARAK SERTA BERILMU AGAMA YANG TINGGI DAN KELAYAK AKEDAMIK PUN TINGGI

Haron Din: Cara pilih MB kena sama dengan imam
  • Muktamar
1 / 1
KULAIJAYA - Kaedah pemilihan ketua kerajaan mestilah mengikut syarat sepertimana pemilihan seorang imam dalam solat yang digariskan oleh Islam, tegas Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Kaedah sama juga ujar Haron terpakai dan perlu digunakan dalam melantik Menteri Besar Selangor.

"Kalau dalam amalan solat ada kaedahnya tentang siapa yang patut dan wajib menjadi imam, dan itu berlaku terus menerus dalam hidup kita dan dalam politik.

"Maka dalam perjuangan, kena kenali, kena hayati siapa yang patut menjadi ketua, dan dipertahankan ketua itu... siapa yang patut menjadi ketua kerajaan, siapa patut menjadi MB, sepatutnya semua maklum," katanya dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas kali ke-53 di IOI Palm Villa Country Resort, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada pergolakan politik di Selangor dalam mencari calon yang sesuai untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Sebelum ini juga, Majlis Syura Ulama Pas menolak pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar atas dasar pemimpin itu dikatakan tiada kelayakan dan pengalaman cukup bagi memikul amanah berkenaan.

Mengulas lanjut, Haron menambah, Dewan Ulama Pas menjadi tonggak parti dalam mengukuh dan menguatkan perjuangan parti Islam itu.

Jelasnya, meskipun ahli Pas khususnya barisan pimpinan sentiasa mengikuti tarbiyah parti, namun masih wujud segelintir daripadanya tidak memahami serta menghayati perjuangan Pas.

"Ada yang kecundang di tengah jalan...ada pula luruh binasa...ada juga meninggalkan perjuangan dan lebih teruk ada yang mengkhianati perjuangan Pas," ujarnya.

RASULLULLAH SAW PUN DITUDUH MEMECAH BELAH...GILA...JUGA AHLI SIHIR....KITA PULA SAPE 


Saya sendiri pun dikecam - TG Haron Din

NAZRI ABDULLAH | .

KULAIJAYA: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Dr Haron Din melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan fitnah yang berlaku dalam PAS ketika ini.

Berucap ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat ke-53 di IOI Palm Villa Golf and Country Resort hari ini, beliau berkata masalah PAS kini sudah diketahui umum akibat pertikaian terbuka khususnya di media maya.

Menurutnya, apa yang lebih mengecewakan apabila Majlis Syura, Presiden PAS turut dihina dan diperlekeh.

"Penjual kacang putih pun tahu masalah PAS, penjual cendol pun tahu.

"Syura ulamak dipertikai dan dihina, keputusan syura walaupun sebulat suara masih mereka kecam sampai hari ini diperlekeh secara terang-terangan.

"Saya sendiri dikecam kenapa terima kedatangan PM melawat saya di IJN. itu pun tak boleh," katanya.

Bagaimanapun katanya, dalam menangani masalah yang berlau, pimpinan dan ulamak mengambilnya dengan berlapang dada, bermuhasabah dan tidak membuat serangan balas.

"Mungkin dalam banyak teguran itu tak keluar dari prinsip "Agama itu nasihat", kata beliau lagi.

Berikut antara petikan ucapan yang disampaikan Tuan Guru Datuk Dr Haron Din sempena perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat hari ini.
---------

1- Ada golongan penyokong yang tak faham, atau sengaja nak cari jalan menyusahkan perjuangan. Ini menyebabkan pertolongan Allah akan jadi lambat.
Maka kena garapkan program tarbiah. Mungkin ada terlepas pandang. Kurang mengenali latar belakang sebenar pimpinan, keihklasan perjuangan mereka.

2- Wala (ketaatan) kepada ketua, perkara paling simple sangat.

(Membacakan hadis Nabi-maksud lebih kurang) ...dengarlah ketua itu walaupun diambil dari hamba Habashi, kepala macam zabit, rambut kerinting. Itu pun wajib taat.
Kena taat kepada ketua dalam perkara suka atau tidak suka. Dan ini masalah utama yang kita hadapi sekarang ini.

3- Ada kadang-kadang pimpinan boleh buat keputusan seorang diri, tak ada maksiat padanya. Apabila kamu berazam maka berserah kepada Allah.

4- Allah benarkan kita bertahaluf (kerjasama politik) dengan golongan kuffar, pada ketika kita nampak keberuntungan kepada Islam itu jelas. Maka harus dan boleh tahaluf.
Kalau tahaluf dengan kuffar pun boleh, apakah tidak boleh bertahaluf dengan orang islam?
Kalau tahaluf tidak boleh, apakah tidak boleh taaruf (berkenalan)?
Kalau taaruf tidak boleh, apakah tidak boleh taawun (tolong-menolong)?
Begitu banyak lubang-lubang dan ruang untuk kita mencari jalan selesaikan masalah umat lebih-lebih lagi dalam suasana masyarakat negara kita pada hari ini semakin hari semakin lalai.

5-Tahaluf berlaku dengan dipimpin ulamak. Diadakan dengan rukun dan syarat yang mesti dipenuhi.
Selagi syarat dan rukun ini dipenuhi, maka ulamaklah yang menjadi benteng untuk pertahankan tahaluf demi kebaikan Islam dan jamaah bukan demi kebaikan individu.
Kalau syaratnya dilanggar, rukun dirobohkan, ulamak mesti memikirkan balik, memeriksa balik, kalau keadaan perlu diteruskan, teruskan.
Ulamak mesti baiki keadaan. Perbaiki, perbaiki, perbaiki. Kalau tidak boleh juga, seperti contoh perkahwinan, walaupun tidak dibolehkan sangat talak namun ruang ada. Ini semua tidak terlepas dari pandangan ulamak.

6- Saya nak sebutkan, jangan kamu bersengketa, berpecah belah. (Jika tidak) kamu akan gagal mencapai matlamat perjuangan kamu, Kamu akan hilang 'rih' (kekuatan) kamu.

7- Bersatu teguh dibawah kepimpinan ulamak. Berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah yang timbul dengan berpandukan petunjuk Allah. Mengajak ahli yang bermasalah berlapang dada menerima yang hak. Perlu berkorban kepentingan diri dan duniawi demi kekuatan jamaah Islam. - HARAKAHDAILY 17/9/2014


Syaima' Al-Hadidi, mahasiswi Universitas Manufiah, hari ini ditangkap polisi karena terlibat demonstrasi menentang kudeta. Syaima' masih tetap mengangkat simbol empat jari ‪#‎R4BIA‬ meskipun sudah berada di komplek kantor polisi. Di foto lainnya, Syaima menyempatkan diri membaca Al-Qur'an.
Sumber:
R.N.N | شبكة رصد
Ultras Morsian
Syaima ' Al-Hadidi, a student at the University of Manufiah, today police arrested because involved demonstration against the coup. Syaima ' still held up four fingers symbol #R4BIA even though it was already in the police complex. In another photo, self took Syaima reading Qur'aan.

Source:

R.N.N | شبكة رصد
Ultras Morsian (Translated by Bing)
12 hrs ·
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Palestine Reconstruction Team added 3 new photos.
gambar ust lotfi bersama sekolah pondok yang beliau dirikan,
Alhamdulillah.. ada juga yang mahu membantu menderma untuk balu ustaz lotfi
sms dari anak kedua ustaz lotfi sebentar tadi (kepada ahli PRT):
"Salam, Dr, duit ade masuk, ya ALLAH, berikanlah keberkatan kpd keluarga ini. doa mak"

untuk maklumat, ternyata wang simpanan maybank isteri ust lotfi semalam hanya RM200 sahaja.. betul betul pejuang.
pagi dan malam tadi ni ade la bertambah (pada pandangan saya hanya bertambah sedikit)
Untuk kawan kawan yang hendak menderma kepada isteri dan anak2 as syahid (Insha ALLAH) ust lotfi... boleh bank in direct ke nombor account isteri ust lotfi ye
=========================================
MAYBANK, 152-04040-9945, Naimah binti Abdullah
=========================================
Wang simpanan isteri ustaz lotfi RM200 semalam sebelum kempen, mungkin gambar satunya lagi ni, orang pertama yang menderma menjadikannya Rm300
Siapa saja dari kalian yang mengurus keluarga dan harta seorang mujahid akan menerima pahala setengah dari pahala berjihad (HR Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan