Selasa, 9 September 2014

DUA MATI CARA YANG BERBEZA...DUA KUASA YANG BERBEZA JAUH...JANGAN SAMPAI TAKUT MANUSIA LEBIH.....DARIPADA TAKUTNYA KITA KEPADA ALLAH SWT

Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Dimansuhkan? Bank CIMB Urus Pinjaman Pinjaman Rumah Anda?


pinjaman perumahan
Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Dimansuhkan? Bank CIMB Urus Pinjaman Pinjaman Rumah Anda? Sekarang ini penjawat awam di Malaysia sudah ada berapa ramai? Secara faktanya terdapat sejumlah 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia, satu jumlah yang begitu besar nilainya untuk bank-bank komersial “teroka”. Apa maksudnya Berita Semasa?
Terdapat makluman yang Berita Semasa terima yang mana berita kurang baik seperti ini terhadap penjawat awam sebenarnya telah kedengaran sejak tahun 2012 lagi, tetapi kali ini lebih kencang di mana kemudan dan kelebihan pinjaman perumahan kakitangan awam akan distrukturkan semula apabila Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam dimansuhkan kelak. Apa? Ya….bakal dimansuhkan. Nantikan.
Secara faktanya Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia adalah satu jabatan di bawah Kemnterian Kewangan
Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia (BPP) bakal dimansuhkan digantikan dengan satu syarikat berkaitan GLC atau intitusi kewangan bagi menguruskan bahagian pinjaman perumahan untuk penjawat awam.

Kelebihan & Faedah Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Ditarikbalik?

Yang merisaukan Cuepacs sebagai badan yang menjadi penjuang dan pembela nasib kalangan 1.5 kakitangan awam adalah :
  1. mereka cukup risau andaikata (kadar faedah 4.0% peratus) yang dinikmati kakitangan awam sebelum ini melibatkan pinjaman rumah akan ditarik balik
  2. dan terpaksa mengikut corak berasaskan keuntungan institusi kewangan lain seperti bank
  3. Cuepacs merasakan cukup kesal kerana setakat ini keistimewaan bergelar penjawat awam hanyalah mendapat pencen dan gratuiti serta pakej pinjaman perumahan yang menarik. Jadi Cuepacs merasakan kemudahan dan faedah seperti ini tidak patut ditarik balik!

Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam (BPP) Diserahkan kepada CIMB

Dan, maklumat yang Berita Semasa terima langsung dari Putrajaya telah memberikan pengesahan yang mana Bahagian Pinjaman perumahan Kakitangan Awam semamangnya akan dimansuhkan dana siapa yang bakal dapat menguruskan Pinjaman perumahan kakitangan Awam selepas ini?
Bank mana lagi, tidak lain dan tidak bukan Bank adik Perdana Menteri Malaysia, CIMB. Ya…CIMB.
CIMB Bank akan ambi alih menjadi satu badan yang akan menguruskan Bahagian Pinjaman perumahan kakitangan awam. Setakat maklumat yang Berita Semasa terima syarat baru kepada kakitangan awam untuk pinjaman perumahan (rumah) selepas ini telah pun ada yang mana nilai downpayment untuk setiap harga rumah naik dan begitu juga kadar faedah pinjaman rumah kakitangan 4% (reducing balance) akan diubah kepada yang lain.
Berita Semasa difahamkan yang mana inilah salah satu cara untuk menghadkan pinjaman kakitangan awam. Yang mana CIMB akan uruskan pinjaman kakitangan kerajaan yang mana pastinya selepas ini akan masuk dalam laporan CCRiS sekaligus andaikata komitmen anda terlalu tinggi, pinjaman rumah sukar untuk diluluskan. Semuanya atas nama mengawal hutang isi rumah yang terus melonjak tinggi.
BACA SINI : Hutang Isi rumah di malaysia tertinggi di ASIA
Selain daripada itu, Berita Semasa diberitahu, bank CIMB contohnya ada instrumen untuk “monitor” pembayaran pinjaman rumah anda contohnya. Sebarang tuggakan akan dikejar oleh “kaki-kaki bank” yang “cukup terlatih” mengejar peminjam.
Setuju kakitangan awam sekalian? Apa kata Anda?
P/S : Selepas Lepas Felda menjadi FGV, BPP pula akan menjadi.. ……..??(isi tempat kosong)

Angkat sumpah: Saya sendiri tak tahu, kata Iskandar


KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar A Samad berkata beliau sendiri tidak tahu kononnya beliau akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor Jumaat ini seperti dilapor media.

Beliau juga menafikan kononya beliau dipanggil menghadap Sultan Selangor semalam.

"Saya tak tahu pun yang saya kononnya akan angkat sumpah Jumaat ini.

"Saya tak menghadap Tuanku Sultan hari ini seperti yang dilaporkan media. Esok pun tak ada dalam jadual. Lusa pun tidak," katanya di Facebook semalam.

Sebelum ini beberapa portal melaporkan kononnya tiga exco Selangor dari PAS dipanggil menghadap Sultan berhubung isu perlantikan Menteri Besar yang baharu.

Dua lagi yang didakwa akan dipanggil menghadap adalah Exco Agama, Sallehen Mukhyi serta Exco Belia Dr Ahmad Yunus Hairi.

Mengulas lanjut, Iskandar berkata untuk masa dua hari ini beliau mahu memberikan tumpuan kepada anak beliau yang sedang menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Tumpuan saya hari ini dan esok adalah anak saya yang akan menduduki UPSR esok.

"Isu-isu lain diketepikan dulu," katanya.

SUAMI KE KAMBING NIH !!!

Seorang suami durjana sanggup menyewakan isterinya kepada sesiapa yang berminat dengan kadar RM600 sehari menerusi akaun Facebook miliknya.
Isterinya itu tidak diketahui pula mahu disewakana atas tujuan apa sama ada dijadikan sebagai pembantu rumah yang mengemas, memasak tapi amat malang kalau dipaksa melayan n4-fsu si lelaki hidung belang yang menyewa.

Kami tidak dapat pastikan sejauh mana kebenaran ataupun besar kemuungkinan akaun Facebook sang suami digodam oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab.
6:15PM - 9 Sep 2014

Anwar: Mohon ampun jika sultan terguris


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon ampun seandainya tindakan mereka mematuhi undang-undang tubuh dan konvensyen Selangor mengguris perasaan sultan Selangor.

"Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh setiausaha sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan ('convention') sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan," kata beliau.

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahannya supaya mengemukakan lebih dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada masa sama, baginda tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng semalam memohon ampun kepada sultan Selangor atas tindakan parti itu yang hanya mengemukakan nama presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya calon untuk jawatan menteri besar Selangor yang baru.

Sementara itu Anwar menegaskan PKR dan Pakatan Rakyat tetap berdiri tegak atas prinsip keluhuran perlembagaan serta menjunjung sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Ini berbeza dengan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu yang mengatakan PKR gagal memahami Undang-undang Tubuh Negeri Selangor apabila mempertikaikan kuasa Sultan dalam soal pelantikan menteri besar.

"Datuk Seri Najib telah bersama dengan pimpinan UMNO sejak 1983 dan 1993 tatkala menyokong pindaan perlembagaan bagi menjelaskan bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong selaras dengan prinsip raja berperlembagaan.

"Kenyataan Datuk Seri Najib semalam adalah keterlaluan kerana menafikan pendirian PKR yang tuntas menjunjung kedaulatan undang-undang dan sistem raja berperlembagaan," katanya.

Hanya Allah ada kuasa mutlak, bukan Sultan, kata pakar Perlembagaan



Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (kiri) dan Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari sebagai ahli panel dalam forum bertajuk PAS Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju anjuran PasMa malam tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 9 September, 2014.Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (kiri) dan Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari sebagai ahli panel dalam forum bertajuk PAS Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju anjuran PasMa malam tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 9 September, 2014.Tindakan PKR dan DAP menghantar 1 nama iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun dimurkai Sultan Selangor, kata Dr Abdul Aziz Bari.
Pakar Perlembagaan itu berkata undang-undang di Malaysia tidak menyifatkan derhaka kepada Sultan sebagai satu kesalahan jenayah dan ia tidak seperti yang ditetapkan di negara jiran Thailand.
“Setahu saya tidak ada undang-undang di Malaysia ini yang menjenayahkan apa yang dikatakan derhaka. Derhaka bukan satu kesalahan sebenarnya.
“Tidak seperti di Thailand ianya satu kesalahan. Sesiapa yang dianggap biadap kepada raja boleh dihukum dan sebagainya. Itu undang-undang mereka tetapi di sini tidak ada.
“Itu hak ‘pihak’ berkenaan menderhakakan sesiapa jadi katak atau apa,” katanya ketika berucap di forum PAS Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur malam tadi.
Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahan baginda supaya mengemukakan lebih 2 nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pada masa sama, Sultan Selangor juga tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.
"Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor," titah Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan setiausaha sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani.
Aziz berkata, pihak istana perlu sedar urusan pentadbiran kerajaan negeri digerakkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat dan segala urusan pentadbiran berada di bawah tanggungjawab mereka.
Katanya, konsep demokrasi berparlimen jelas melindungi istana daripada terlibat dengan kancah politik berbeza seperti negara yang mengamalkan lantikan pemimpinnya secara terus.
“Adakah istana sanggup dilibatkan jika kerajaan ini gagal? Jika sistem ekonomi dan prestasinya gagal? Mahu? Jadi macam Brunei atau Saudi. Kerajaan itu lantikan peribadi raja. Apa-apa hal raja tanggung. Jangan komen, jangan kata, jangan kritik.
“Demokrasi berparlimen untuk lindungi istana supaya jangan terlibat dengan politik. Itu tujuannya,” katanya kepada 400 hadirin yang menghadiri forum berkenaan.
Beliau turut membidas kenyataan Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman semalam yang menggesa rakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya akur kepada titah Sultan Selangor dalam kemelut melibatkan nama calon menteri besar yang masih berlarutan.
Katanya, bukan pemimpin PR yang menderhaka kepada institusi diraja sebaliknya perkara berkenaan terdahulu dilakukan oleh Umno dalam krisis pentadbiran sebelumnya.
“Saya dapati setiausaha PAS Selangor agak pelik kerana dia seolah-olah melihat ini satu usaha melawan dengan istana. Tiada siapa yang mahu berlawan dengan istana. Yang menuduh kita melawan istana adalah Umno.
“Dalam demokrasi tiada apa yang dikatakan kuasa mutlak. Dalam Islam pun tidak ada. Kuasa mutlak hanya kepada Allah, raja segala raja,” katanya.
Khairuddin dalam satu kenyataan semalam berkata kedegilan PKR dan DAP dalam kemelut menteri besar Selangor adalah perkara sia-sia kerana ia menyusahkan rakyat Selangor.
"PAS Selangor mohon rakan kita agar akur kepada titah Tuanku Sultan kerana kita tidak akan ke mana-mana apabila menentang institusi raja ini.
"Kita yakin kemelut ini boleh diselesaikan dan kita harap ia diselesaikan segera. Lagi lama kemelut ini berlaku, maka lagi susah rakyat kita.
"Cukuplah. Mari kita fikir pula masalah kebajikan rakyat yang sudah lama tergendala," katanya. –
Pencinta Syahid added 6 new photos.
Abu muhajir salah seorng mujahidin Malaysia telah diterima jual beli beliau aleh Allah. Allahuakbar. Insyallah syahid

Penjenayah paling dikehendaki ditembak mati
Posted on Tuesday, September 09 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Oleh ADILA SHARINNI WAHID



KOTA BHARU - Seorang penjenayah paling dikehendaki polis berhubung beberapa kes bunuh di negeri ini akhirnya ditembak mati di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Banggol Telipot, Pasir Puteh, awal pagi tadi.

Mat Atim atau nama sebenarnya Hatim Mohd Zain, 25, mati di tempat kejadian selepas terkena beberapa das tembakan dilepaskan pihak polis.

Turut mati di tempat kejadian, rakan Mat Atim, Mohamad Hafiz Saupi juga berusia 25 tahun dan dipercayai seorang pengedar dadah.

Pada sidang media petang tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Salleh berkata, serbuan Ops Cantas Api itu dilakukan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, pada jam 4.10 pagi.

Katanya, insiden turut menyebabkan tiga anggota polis termasuk seorang pegawainya cedera terkena tujuh das tembakan dilepaskan penjenayah.



Menurutnya, Mat Atim diburu selepas dipercayai terbabit dengan beberapa kejadian termasuk bunuh, cubaan bunuh melibatkan senjata api, culik dan samun yang berlaku pada dua, tiga tahun kebelakangan ini.

 “Mat Atim berasal dari Kampung Padang Lati Hilir, Bekelam, Bachok, dan mempunyai rekod berkait kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Bachok pada tahun 2013, manakala rakannya, Mohamad Hafiz pula dipercayai pengedar dadah,” katanya. - SInar Harian



9 September, 2014.2:43PM - 8 Sep 2014

PAS S'gor: Tentang raja takkan ke mana-mana

PAS Selangor menzahirkan rasa sedih atas kemurkaan sultan terhadap DAP dan PKR kerana hanya menghantar satu nama untuk dipertimbang sebagai menteri besar baru.

PAS negeri juga mengingatkan kedua-dua parti yang bergabung dengannya dalam Pakatan Rakyat itu supaya akur pada titah sultan Selangor bagi menyelesaikan kemelut pentadbiran yang melanda.

"PAS Selangor mohon rakan-rakan kita agar akur kepada titah Tuanku Sultan kerana kita tidak akan ke mana-mana apabila menentang institusi raja ini,” kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman (kanan).

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani hari ini berkata, sultan dukacita atas tindakan DAP dan PKR yang “engkar” terhadap titah yang mahu lebih dua nama calon menteri besar dikemukakan.

Kenyataan itu juga menyebut, tindakan itu menggambarkan kebiadaban kepada institusi raja dan derhaka kepada titah sultan.

Dalam kenyataannya hari ini, Khairuddin berharap kemelut itu dapat diselesaikan segera kerana lebih lama melanda, lebih menyusahkan rakyat.

"Cukuplah, mari kita fikir pula masalah kebajikan rakyat yang sudah lama tergendala,” katanya.

Khairuddin juga menegaskan PAS akan patut kepada sebarang titah sultan demi kebaikan rakyat di negeri itu.
12:58PM - 9 Sep 2014

Sultan boleh pilih nama lain dari senarai


Peguam Datuk Sallehuddin Saidin berkata peruntukan undang-undang membolehkan sultan Selangor melantik menteri besar Selangor yang baru tanpa mengikut senarai yang dikemukakan oleh parti dalam Pakatan Rakyat.

Seorang peguam kanan dan bekas pelapor khas bagi kebebasan hakim dan peguam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Datuk Param Cumaraswamy turut bersetuju dengan pandangan itu.

Param berkata, jika seseorang individu yang dipilih oleh sultan tidak mendapat sokongan majoriti ahli Dewan, sultan boleh membubarkan DUN, kata Param.

Sallehuddin, yang merupakan bekas ketua Jabatan Pendakwaan di Selangor berkata, sultan tidak dihadkan untuk memilih menteri besar dari senarai yang dikemukakan semata-mata.

“Tidak ada di mana-mana bahagian dalam perlembagaan negeri yang kata sultan dihadkan kepada senarai yang dikemukakan kepadanya untuk memilih individu yang mungkin mendapat sokongan majoriti di DUN.

“Ia memberi panduan, tetapi tidak mengehadkan budi bicara baginda. Sultan boleh menggunakan apa jua cara untuk memilih siapa yang patut mendapat sokongan majoriti,” kata Sallehuddin kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Peguam itu berkata, apa yang dilakukan oleh sultan itu bukan mengikut amalan biasa tetapi undang-undang membenarkan sultan berbuat demikian.

Sallehuddin berkata syaratnya adalah individu tersebut perlu mendapat sokongan majoriti dari anggota DUN.

Param, yang juga bekas presiden Majlis Peguam berkata, sultan Selangor boleh melantik individu yang bukan dalam senarai tersebut, tetapi yang difikirkan baginda sebagai individu yang mendapat sokongan majoriti ADUN.

Sallehuddin dan Param berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan dikeluarkan oleh setiausaha sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

Dalam kenyataan itu, baginda menitahkan bahawa sokongan majoriti bukanlah satu-satunya syarat untuk melantik menteri besar baru dan baginda boleh memilih nama yang tidak tersenarai.

Sultan Selangor murka DAP, PKR derhaka, mungkin pilih Adun Pakatan lain jadi MB

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) murka DAP dan PKR ingkar arahan hantar lebih 2 nama sebagai calon pengganti Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kiri). Gambar fail The Malaysian Insider.Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) murka DAP dan PKR ingkar arahan hantar lebih 2 nama sebagai calon pengganti Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kiri). Gambar fail The Malaysian Insider.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahannya supaya mengemukakan lebih 2 nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pada masa sama, baginda tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.
"Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti DAP dan PKR yang ingkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos 2014.
"Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor," kata Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini.
Munir berkata, Sultan Selangor akan meneliti senarai calon yang dikemukakan PAS, PKR, dan DAP dan mengambil kira segala aspek sebelum keputusan dibuat.
"Dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik menteri besar Selangor terletak pada budi bicara Sultan Selangor, maka baginda juga akan meneliti nama-nama Adun yang lain daripada Pakatan Rakyat yang berkelayakan dan pada fikiran Sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri," katanya.
Katanya, hanya PAS yang akur dengan titah Sultan Selangor dengan menyenaraikan 3 nama calon menteri besar Selangor.
Manakala DAP dan PKR masing-masing mengemukakan hanya 1 nama saja, iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Katanya, titah baginda supaya mengemukakan senarai lebih 2 calon adalah amalan bagi membolehkan baginda membuat pilihan dengan melihat bukan saja sokongan majoriti Adun malah daripada segi kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seseorang Adun tersebut.
"Ciri ini amat penting bagi menjamin perjalanan pentadbiran negeri agar berjalan dengan baik dan lancar demi keharmonian rakyat negeri Selangor.
"Sultan Selangor berkeyakinan terdapat ramai calon dalam parti Pakatan Rakyat yang mempunyai ciri kepimpinan yang  tinggi seperti disebutkan tadi bagi menerajui kerajaan negeri Selangor," katanya.
Sultan Selangor pada 27 Ogos lalu menitahkan ketiga-tiga parti dalam PR mencadangkan lebih 2 nama sebagai calon menteri besar sebelum 3 September bagi memudahkannya membuat pilihan, namun DAP dan PKR bertegas mahu menghantar nama Dr Wan Azizah saja.
PKR pada 3 September kemudiannya menerima surat amaran daripada istana yang mengingatkan mereka supaya menghantar lebih 2 nama selain Dr Wan Azizah.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam penjelasan terbuka di Marang, Terengganu pada Jumaat minggu lalu berkata, keengganannya mengikut kata DAP dan PKR dan menghantar 3 nama adalah kerana tidak mahu ingkar titah Sultan sambil menegaskan parti itu menghormati prinsip Raja Berperlembagaan. – 8 September, 2014.

ARTIS BERTUDUNG TANGGAL HIJAB, SEKSI SELEPAS BERCERAI

Gambar hiasan
Pelakon terkenal era 1990-an ini makin seksi selepas suaminya dikatakan berkahwin lagi. Itulah berita mengejutkan yang Sha terima.

Kalau tak salah, penampilan terakhirnya manis berselendang. Walaupun tidak bertutup penuh, ramai memuji perubahan positif itu, sesuai dengan statusnya bersuamikan VIP.

Bagaimanapun, dia kini tampil berani menggayakan baju menampakkan bahagian tidak sepatutnya dan diletakkan sebagai gambar profil laman sosial miliknya.

Begitu juga gayanya jika keluar bertemu rakan di luar. Lari jauh dari imej yang dipaparkan selepas berumah tangga.

Mungkin itu caranya meluahkan rasa hati. Yelah, bila sedih, macam-macam boleh jadi. Ada yang reda dengan ketentuan takdir, tetapi ramai juga yang sukar menerima ujian yang hadir lalu hanyut dalam perasaan sendiri.

Kata sumber rapat pelakon ini, barangkali sampai masanya pelakon ini muhasabah diri. Apabila mengambil hak orang lain, dia sewajarnya bersedia berdepan miliknya diambil orang.

Walaupun pedih, dia kena terima seadanya sepertimana madunya sebelum ini.
Apapun alasan perubahan pelakon ini, harap dia tenang dan tabah.

Benar, wanita mana yang sanggup berkongsi, tetapi jangan terlalu diikutkan amarah hingga melakukan perkara yang mengundang fitnah mata yang memandang.

PKR beri PAS tanding di Pengkalan Kubor


KUALA LUMPUR: PKR hari ini memutuskan memberi laluan kepada PAS bertanding di kerusi Pengkalan Kubor pada pilihan raya kecil (PRK) Dun itu kali ini.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat demi kesepakatan menentang Umno BN.

Menurutnya untuk berhadapan dengan Umno BN secara berkesan, keutuhan dan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat perlu dipertahankan.

"PKR telah memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PAS bertanding di Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubur mengambil kira perlunya sesama kita ini bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar," katanya dalam satu kenyataan.

Kerusi Pengkalan Kubor sebelum ini ditandingi PKR.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu calon PKR Saharun Ibrahim tewas kepada calon BN Datuk Noor Zahidi Omar dengan majoriti 1,736 undi.

Noor Zahidi bagaimanapun meninggal dunia 20 Ogos lalu akibat kanser hati.

Berikutan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 13 September manakala pengundian pada 25 September.
- HARAKAHDAILY 9/9/2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan