Jumaat, 12 September 2014

BILA MALU PEREMPUAN DITARIK...BILA PEREMPUAN HILANG MALU


8 Gambar Artis Berpakaian Terlampau


1
8 Gambar Artis Filipina Berbaju Seksi Terlampau | Sebuah majlis gilang gemilang untuk penggiat seni telah berlangsung di Filipina pada Sabtu lepas dan ia sememangnya menjadi medan para artis untuk tampil dengan fesyen pakaian paling menarik dan menggiurkan.
Kebiasaannya, dalam mana-mana acara besar yang berlangsung pasti ada selebriti yang sangka mereka telah tampil dengan pakaian yang disangka paling anggun tapi hakikatnya pilu.
Acara Star Magic Ball ke-8 pada tahun ini menyaksikan pelakon yang juga penari, Kristel Moreno dinobatkan sebagai selebriti berpakaian paling buruk.
8
7
6
5
4
2
3

Suami isteri ditemui mati dalam kebun

Sepasang suami isteri warga Indonesia ditemui mati dalam sebuah pondok di kebun buah naga di Batu 12, Mantin, dekat Nilai semalam.
  
Pasangan itu yang merupakan pekerja ladang buah naga itu yang berumur dalam lingkungan 30-an dipercayai telah dipukul dengan objek keras dan tumpul di kepala.
  
Mayat mereka telah dijumpai oleh pemilik ladang, Tan Chong Kok, 44, kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.
  
Sementara itu, pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supt Khoo  Leng Huat berkata motif kejadian masih belum diketahui dan akan disiasat dari semua sudut.
  
"Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa bekerja di situ lebih kurang setahun setengah. Punca kematian belum diketahui sehingga bedah siasat dilakukan. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk dibedah siasat. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
  
Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-7583222 atau pegawai penyiasat DSP Affendy Sulaiman (012-6788174) atau balai polis berhampiran.

- Bernama

Foto Kedai Menjual Daging Manusia Dibuka

Foto Kedai Menjual Daging Manusia Dibuka | Pelik dah Dunia sekarang ni,sehinggakan daging manusia sudah menjadi sumber makanan bagi sesetengah pengemar daging,yang hairannya dah sampai tak dak daging atau makanan dah ke dekat dunia ni??

Badan manusia serta anggota yang lain dijual secara terbuka di kedai daging.Anggota badan Manusia di jual di kedai daging London.

Kalau di thailand kepala manusia di jual dan di jadikan makanan ini lain pula ceritanya di London apabila kedai ini dibuka untuk orang ramai selama dua hari dengan tema Daging Manusia dalam Filem Resident Evil 6 di London Smithfields market.oh rupanya hanya untuk pengambaran je..hehehe..









P/S : Like Resident Evil >.<


Sumber Asal : Here
11:31AM - 12 Sep 2014

Mimbar beri amaran cubaan hina Islam

Mimbar Jumaat hari ini memberi amaran kepada umat Islam tentang cubaan merosakkan sikap bertolak ansur antara agama yang telah bertapak di kalangan rakyat Malaysia selama ini.

Tidak menamakan pihak yang dimaksudkan, teks khutbah sediaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu mendakwa pihak itu menghina Islam dan hak penganutnya di negara ini.

"Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar akhir-akhir ini terdapat segelintir mereka yang cuba mengherot-berotkan toleransi ini dengan insiden yang tidak sepatutnya berlaku.

"Mereka sengaja menggunakan pelbagai isu untuk menggugat kontrak sosial yang telah diperakukan bersama.

"Demi mengejar kuasa dan pengaruh, mereka berani mempertikaikan kedudukan Islam dalam Perlembagaan, peranan mahkamah syariah dan bidang kuasa raja sebagai ketua agama dan adat istiadat Melayu di negara ini.

"Mereka juga memperlekeh dan menghina hak peribadi umat Islam," teks khutbah itu dipetik, yang ada dalam lamab web Jakim.

Mimbar turut memetik statistik laporan polis yang dibuat berkenaan dakwaan terhadap isu sensitif dalam setengah tahun pertama tahun ini.

'Tak puas hati'

"Apa yang mendukacitakan masih terdapat segelintir masyarakat yang salah faham, tidak boleh menerima nasihat dan tidak puas hati dalam isu-isu tertentu seperti agama, etnik dan hak asasi manusia.

"Buktinya, statistik daripada PDRM yang menerima sebanyak 853 laporan daripada 33 kes melibatkan isu sensitif perkauman sepanjang tempoh Januari hingga Julai 2014 di seluruh negara," khutbah itu dipetik.

Teks khutbah itu turut menasihatkan umat Islam agar berhati-hati dalam menanggapi isu-isu sensitif di antara kaum.

"Mimbar ingin menasihatkan semua pihak agar tidak mengambil sesuatu tindakan menurut hawa nafsu semata-mata.

"Dan tidak mengikut telunjuk pihak yang mempunyai kepentingan peribadi dengan mengapi-apikan isu toleransi yang disepakati bersama.

"Kerana ianya dikhuatiri akan menyalakan api permusuhan antara kita, yang seterusnya akan menggugat keharmonian dan keamanan negara," teks itu dipetik lagi.

KISAH SEJARAH MELAKA YANG DISEMBUNYIKAN DUNIA

Written By canang on Jumaat, 12 September 2014 | 9/12/2014 09:22:00 PTG


SEJARAH MELAKA YANG DISEMBUNYIKAN | Semasa seorang pengembara Itali yang bernama Ludovico Vertema melawat Melaka antara tahun 1506 hingga 1510 pihak Portugis sering menghantar pengintip mareka ke Melaka untuk mencari maklmat tentang kemajuan perdagangan, masyarakat dan kerajaan Melaka.
Antara maklumat penting yang dibawa oleh Portugis yang datang ke Melaka pada tahun 1506 dan 1508 ialah tentang strategi pertahanan Melaka.
Lakaran menunjukkan Kota Melaka pada zaman pemerintahan penjajah Portugis. Lakaran diatas dibuat bagi merakamkan serangan Armada Acheh Darussalam ketika mengepung kota tersebut selama lebih kurang setahun. Dalam lakaran ini juga ada kelihatan sejenis senjata pelontar yang digunakan oleh tentera Acheh.
Beberapa lakaran tentang rupa bentuk dan binaan kota, istana dan kedudukan Bandar pelabuhan Melaka berjaya direkodkan. Antara lakaran tersebut ada menunjukkan bentuk tembok kota Melaka dan pintu gerbangnya yang kukuh dan dibina daripada bahan binaan tempatan seperti batu laterit. Bahan binaan ini sememangnya banyak terdapat di Melaka. Kedua dua pengembara tersebut iaitu Jorge Mello yang datang pada tahun 1507 dan Jorge De Aguilar yang datang pada tahun 1508, telah menghantar maklumat kepada sejarawan kerajaan Portugal iaitu Joan De Barros.
Dari lakaran yang dibuat, ia membuktikan tentang teknologi Melayu pada zaman tersebut. 
Pembangunan fizikal dan infrastruktur Melaka ternyata mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mantap dan setanding dengan keududkan kota di Negara Asia lain. Dalam hal ini kemungkinan juga kerajaan Melaka mendapat tenaga buruh daripada orang gujerat yang memang terkenal bukan sahaja sebagai pedagang tetapi juga sebagai tukang pembina rumah dan bangunan. Hal ini juga menggambarkan wujudnya semangat kerjasama yang erat diantara tukang-tukang Melayu dan India Islam di Melaka dari aspek pembangunan kota dan pelabuhan yang pentadbiranya berpandukan hukum Islam.
Maklumat yang diperolehi daripada lakaran yang diterbitkan di Belanda pada tahun 1508 itu jugamenunjukkan bahawa pintu gerbang ke kota Melaka yang ada sekarang sebenarnya bukanlah dari bahan binaan asal Portugis. Berdasarkan lakaran yang ditemui melalui penelitian yang telah dibuat, mendapati asal binaan Melayu Melaka yang dimusnahkan Portugis telah diganti serta diubahsuai mengikut senibina Portugis. Senibina yang sama dilihat di Goa, Macao dan Ternate. Maklumat ini cukup membanggakan orang melayu khasnya dan Nusantara amnya kerana lakaran ini menjadi bukti nyata tentang ketamadunan Melaka pada waktu tersebut. Bermakna bahawa lakaran tersebut melambangkan betapa keupayaan orang Melayu mempamerkan kemampuan yang menjadi kemegahan bangsa dan negerinya yang setanding dengan bangsa lain. Dalam hal ini maklumat yang dicatat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah mampu merakamkan pencapaian peradaban dan Tamadun Melayu pada ketika itu.
Lakaran Portugis juga turut merakamkan peristiwa peperangan yang berlaku diantara armada Portugis dengan Melaka. Dari lakaran tersebut diperlihatkan bahawa meriam-meriam daripada kapal Portugis dapat merosakkan benteng-benteng pertahanan orang Melaka dan juga kapal-kapal yang dimiliki oleh saudagar Islam. Dalam lakaran tersebut juga terlihat dikejauhan bangunan –bangunan yang terdapat di dalam kota Melaka dan di pelabuhan Melaka. Jelas daripada lakaran tersebut terdapatnya sebuah bangunan yang mempunyai kubah dan menara yang berkemungkinan adalah masjid Melaka atau mungkin juga istana. Terdapat juga beberapa buah lagi bangunan yang berderet-deret yang kelihatan diperbuat daripada batu atau konkrit dan mempunyai lebih daripada dua tingkat, bangunan ini berkemungkinan adalah istana sultan atau sebuah bangunan yang terpadat di dalam kompleks kota pelabuhan Melaka.
Lakaran diatas adalah menunjukkan serangan armada Portugis terhadap Kota Melaka. Banyaknya bilangan kapal dalam lakaran menunjukkan bukan sahaja askar Portugis yang terlibat dalam penyerangan tersebut, malahan mungkin juga askar upahan.
Jika anda semua perhatikan betul-betul lakaran penyerangan armada Portugis ini, anda akan dapat melihat dari kejauhan di pelabuhan Melaka deretan bangunan-bangunan yang besar, bertingkat-tingkat dan juga berkubah serta mempunyai beberapa menara. Mungkinkah ini bentuk Istana atau masjid Melaka yang sebenar?
Peristiwa peperangan Melaka juga ada dirakam dengan lakaran yang dibuat oleh orang Portugis. Lakaran tersebut menunjukkan strategi serangan orang Portugis terhadap Bandar Melaka dan juga bagaimana strategi orang Melaka mempertahankan bandar mereka yang memperlihatkan barisan pejuang dan hulubalang malahan gajah-gajah perang. Dalam konteks ini, suatu alat berupa carriage diikat pada gajah-gajah tersebut dan ditempatkan hulubalang-hulubalang untuk melakukan serangan terhadap askar-askar Portugis yang sedang bersedia untuk menghadapi serangan orang Melaka. Lakaran ini juga memperlihatkan bagaimana perbezaan strategi serangan yang digunakan oleh Portugis dan orang Melaka. Pihak Portugis kelihatan menggunakan taktik serangan manakala orang Melayu lebih bersifat bertahan. 
Berdasarkan lakaran tersebut juga kita dapat lihat persenjataan yang digunakan oleh kedua-dua pihak. Portugis menggunakan lebing panjang yang lazimnya digunakan di Eropah, manakala orang Melayu mengunakan lembing atau tombak yang lebih pendek. Apa yang menarik ialah kelihatan tembok kota Melaka yang telah dibina dengan bahan-bahan tempatan seperti batu bata dan laterit. Reka bentuk tembok tersebut juga menunjukkan struktur pembinaan yang dilengkapi dengan tempat-tempat peninjau pada sudut-sudut tertentu. Manakala bahagian dalam kota kelihatan senibina rumah-rumah Melayu yang dimiliki oleh para pentadbir dan saudagar.
Lakaran menunjukkan peristiwa penyerangan tentera Portugis keatas kota Melaka. Lakaran sebegini adalah julung-julung kalinya ditemui oleh sejarawan kita. Selama ini kebanyakan lakaran yang kita dapati hanyalah gambaran pelukis. Namun lakaran ini dipercayai adalah lakaran sezaman dengan peristiwa sebenar. Oleh itu kita dapat mengandaikan bahawa lakaran ini adalah gambaran seorang pelukis yang berada diwaktu tersebut.
Terdapat sebuah lagi lakaran yang berjaya diperolehi oleh mahaguru saya dari arkib dan peprustakaan di Lisbon dan Belanda. Kunjungan wakil pedagang Portugis iaitu Lopez De Sequeiraa pada 1509 ke kota Melaka disambut menurut adat kebesaran tetamu kenamaan dari negeri luar ada dilakarkan. Dalam lakaran ini beliau telah diberi penghormatan untuk menunggang gajah yang menjadi salah satu pengangkutan resmi kerajaan Melayu. Dalam perarakan menuju ke istana Melaka, De Sequera diiringi rombongan Portugis. Lakaran ini juga memperlihatkan senibina tembok kota dan pintu gerbang istana sultan Melaka yang diperbuat daripada bahan-bahan binaan yang kukuh. Berdasarkan kepada lakaran ini, bahan binaan tembok adalah daripada batu putih tempatan. 
Manakala Istana Sultan Melaka juga diperbuat daripada bahan binaan yang sama. Oleh itu istana Melaka yang terdapat di Melaka sekarang tidak menepati senibina istana asal yang diperbuat hampir keseluruhan dari batubata. Perarakan tersebut menarik perhatian sebilangan penduduk Melaka yang hairan dengan kedatangan Portugis. Dalam lakaran tersebut juga memperlihatkan pengawal-pengawal dan hulubalang yang berada di luar pagar Melaka membawa tombak dan busur panah yang amat besar. Mereka juga memakai pakaian yang melebihi separas lutu dan melilit pinggang dengan lain bercorak. Pakaian mereka tak ubah seperti pakaian zaman Rom. Istana Melaka yang dilakarkan tersebut mempunyai balkoni atau berandah yang menghadap ke arah pelabuhan dan sultan dilihat sedang duduk diatas balcony sambil menunggu kedatangan utusan Portugis bersama para menteri dan hulubalang. Istana ini juga bertingkat-tingkat seperti yang dikatakan dalam Sejarah Melayu.
Lakaran menunjukkan perarakan utusan Portugis ke Istana Melaka dengan disaksikan oleh penduduk Melaka. Apa yang menariknya keadaan penduduk melaka yang hairan melihat Benggali Putih ini turut dicatatkan dalam Sejarah Melayu. Yang lebih menarik perhatian ialah binaan Istana Sultan Melaka.
sumber2:33PM - 12 Sep 2014

AMK pro-Azmin enggan bergeser dengan istana

Pemimpin sayap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menuntut agar pemimpin tertinggi parti tersebut segera menyelesaikan krisis di Selangor dan mengelakkan pergeseran dengan istana.

Dalam dua kenyataan berasingan dengan kandungan hampir sama, dua kumpulan tersebut menyatakan kebimbangan bahawa tindakan melengah-lengahkan pelantikan menteri besar baru akan menimbulkan kemarahan rakyat.

“Kami pimpinan anak muda di peringkat akar umbi merasakan sudah tiba masanya satu keputusan muktamad dicapai bagi mengakhiri krisis politik yang telah berlanjutan untuk sekian lama ini.

“Kami khuatir sekiranya lebih lama krisis ini dibiarkan berpanjangan, ia bakal mengundang kemarahan rakyat yang semakin resah dan gusar dengan perkembangan mutakhir ini,” kenyataan mereka dipetik.

Sumber parti memberitahu Malaysiakini bahawa timbalan presidennya, Azmin Ali kini melobi agar PKR memenuhi permintaan istana Selangor agar parti itu mengemukakan lebih dari dua nama untuk jawatan menteri besar.

Ini bagi mengelakkan persepsi bahawa PKR menentang sultan, menurut sumber tersebut yang menjangkakan lebih ramai pemimpin AMK mengeluarkan kenyataan sama.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan untuk mengemukakan hanya satu nama, presiden parti yang juga isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, walau selepas teguran istana.

Senarai pemimpin AMK yang menyokong kenyataan tersebut bagaimanapun tidak menyertakan nama ketua pergerakan itu sendiri, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sebaliknya, kenyataan berasingan itu disokong oleh para naib pengerusi AMK Mohd Radzlan Jalaludin dan Sangetha Jayakumar, serta anggota exco AMK, Ammar Gazali.

Ketiga-tiganya dilihat menyokong kumpulan Azmin, manakala Nik Nazmi menyokong Wan Azizah.

Pemimpin lain yang menyokong dua kenyataan itu adalah para ketua cabang dan timbalan masing-masing dari Selangor dan Perlis.

Sekiranya PKR memenuhi permintaan sultan Selangor, Azmin berpeluang lebih besar untuk dilantik ke jawatan menteri besar sekiranya namanya termasuk dalam senarai untuk diteliti oleh baginda.

Peluang Wan Rosdi menang sangat cerah

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar menyifatkan pencalonan Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan kubor adalah pilihan yang tepat.

Beliau (gambar) berkata, pengalaman selama 20 tahun di dalam PAS dan bergelumang dengan penduduk setempat, calon PAS itu tidak mempunyai masalah untuk berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN).

"Beliau merupakan seorang pekerja parti di peringkat kawasan dan Dun, hampir 20 tahun beliau berkhidmat untuk rakyat setempat.

"Dengan sikap dan sifat yang beliau miliki selain dikenali penduduk setempat, saya yakin kita tidak tidak mempunyai masalah untuk mengambil balik kerusi Dun Pengkalan Kubor dari BN," katanya kepada Harakahdaily.

Kamarudin yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu turut berpendapat pengalaman yang dimiliki calon PAS lebih jauh mengatasi calon BN.

"Beliau telah lama berdamping dengan penduduk setempat. Memadai jika kita tanya nama beliau, orang kampung akan mengenali dia.

"Saya yakin peluang untuk PAS dan Pakatan Rakyat menang pada PRK kali ini amat besar," sambung beliau.

Tambah beliau lagi, pergolakan dalaman Umno Pengkalan Kubor yang tidak berpuas hati dengan pencalonan calon BN turut membantu PAS dalam usaha mengambil semula kerusi tersebut. - HARAKAHDAILY 12/9/2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan