Isnin, 29 September 2014

BILA SALAH SENDIRI TERLEPAS PANDANG...ATAU TAK MENGAKUI KESILAPAN...SEBAB TIADA TANDA UNSUR2 PAKSAAN

Dulu dibuli Umno, kini dibuli PKR dan DAP, kata anak Nik Aziz



Anak Mursyidul Am PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata PAS sentiasa menjadi mangsa buli rakan parti, daripada Umno hingga kini, PKR dan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 September, 2014. Anak Mursyidul Am PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata PAS sentiasa menjadi mangsa buli rakan parti, daripada Umno hingga kini, PKR dan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 September, 2014. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui PAS mangsa buli rakan sendiri DAP dan PKR rentetan krisis di Selangor dan pemecatan ahli majlis di Pulau Pinang baru-baru ini.
Anak Mursyidul Am PAS itu berkata jika dahulu PAS mangsa buli Umno, sekarang mereka dibuli rakan sendiri dalam Pakatan Rakyat (PR).
"Hari ini, selain umno, PKR dan DAP mula hendak buli PAS.
"Sehinggakan PAS kelihatan seperti terpinga-pinga tidak tahu hendak sentuh yang mana satu. Semua macam tidak menjadi," kata beliau dalam tulisan akaun Facebook miliknya.
Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata sudah menjadi lumrah PAS dibuli, ketika susah diminta tolong tetapi bila senang ditinggalkan.
"PAS daripada awal penubuhannya lagi adalah parti yang sering dibuli musuhnya. Dahulu teruk dibuli. Kini pun teruk PAS dibuli musuhnya tidak habis-habis lagi.
"Pembulinya kadang-kadang rakan mereka juga. Waktu susah PAS diminta tolong. Waktu senang, PAS ditinggalkan, disalahkan dan dibuli," kata beliau.
Malah Nik Abduh berkata walaupun PAS dibuli, mereka masih lagi mengambil sikap pandang sebelah mata meskipun masih ada pihak dalam PR yang membakar agar membenci parti Islam tersebut.
"Masih dalam PR pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong PR agar membenci PAS. PAS ini tidak berapa 'ganas' mana agaknya. Dibuli pun buat muka selamba je. Melawan pun macam tidak melawan mana.
"Itulah PAS, seperti orang miskin hidupnya, sentiasa menjadi mangsa buli," kata ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Nik Abduh membangkitkan krisis menteri besar di Selangor apabila DAP mengatakan PAS akan dihukum, di samping kontroversi di Sarawak apabila DAP mengisytihar tidak mahu berkawan dengan PAS lagi.
"Ada pemimpin DAP yang kata PAS akan dihukum rakyat akibat isu Selangor yang kelihatannya sedang menuju titik koma, bukan noktah lagi. PAS akan tamat riwayatnya di Selangor dan Malaysia.
"Di Sarawak, bukan main lagi DAP isytihar tidak mahu berkawan lagi dengan PAS," katanya.
Beliau kemudian menyamakan DAP dengan Umno yang hilang kawalan apabila mendapat kuasa.
"Macam Umno juga DAP ini.
Gembira dan megah sangat bila sudah ada kuasa. Maklumlah, lama jadi pembangkang bersama PAS, baru penggal lepas DAP mula dapat kuasa memerintah, sedangkan PAS yang hidupnya sering dibuli sudah lama berkuasa di Kelantan dan Terengganu," katanya.
Selain DAP yang dituduh membuli PAS, Nik Abduh juga berkata PKR turut mengambil kesempatan apabila membuli PAS.
"PKR pun hendak buli PAS macam DAP juga. Sambil mencuri sambil membuli.
"Nasib baik dalaman PKR tidak berapa kuat macam DAP. Ada masam muka sesama mereka. Maka buli mereka, walaupun pedih, tetapi paling tidak menjadi. Tidak macam DAP, apatah Umno. Syukurlah," katanya.
Krisis di Selangor menyaksikan parti Islam tersebut berada dalam keadaan tidak selesa selepas pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar, malah PAS juga kehilangan satu kerusi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Selangor.
Sebelum itu DAP juga menggelar tiga exco PAS pengkhianat kerana kekal bersama pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Belum reda kemelut di Selangor, baru-baru ini PAS menerima berita tidak baik apabila bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan tempatan di negeri itu berikutan ucapan kritikal beliau pada Muktamar PAS minggu lepas.
Nik Abduh kemudian mengingatkan kedua-dua rakan mereka dalam Pakatan, PAS tidak mati kerana teras perjuangannya berteraskan Islam yang diperjuangkan selama ini.
"DAP perlu tahu PAS takkan mati. Nyawanya masih panjang. Kalau Umno pun tidak mati lagi, macam mana PAS hendak mati? Kalau PAS mati, siapa akan perjuangkan Islam? Umno? PKR? DAP?
"PAS takkan mati sebab nyawanya Islam. Islam bukan bermula 1951. Ia bermula lebih 1400 tahun lepas. Masa tu ideologi yang diperjuangkan DAP masih berada di lapis bumi yang ke-5, kalau pun tidak yang ke-7. Tiada orang lagi masa itu yang mahu gali dan berjuang untuk ideologi itu," katanya. – 28 September, 2014.

 

Friday, September 26, 2014

Rahsia kenapa nak kekalkan Khalid Ibrahim.... pendedahan exclusif! (VIDEO & Transkrip)

Ikuti pendedahan eksklusif Izham Hashim, ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, bahawa ada pemimpin tertentu parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana berkepentingan peribadi.

 Tanpa menamakan pemimpin kanan PAS itu, katanya, individu berkenaan ada ikatan emosi dengan Khalid.

Ikuti trankrip berikut yang di muat naik melalui v-deo di bawah nanti :

 0:01 ~ Sepatutnya kita rakan dalam Pakatan Rakyat, kita bantu dia untuk menyelesaikan masalah, itulah kawan!Semangat setia kawan.

 Adakah Islam ajar kita, untuk jadi parti Islam atau pejuang Islam ni, istilah wala' sahaja...wala' sahaja, feqah...apa lagi ustaz? ...Taat, yang tu saja Islam? Setiakawan bukan Islam ker? 

 0:23 ~ Tak bohong bukan Islam ker? Cakap bahasa elok-elok bukan Islam ker? Islam kalau nak perjuangkan Islam, semua benda kena ikut yang Islam ler...baru boleh klem kita berjuang Islam.

 0:36 ~ Rakan kita sedang ada masalah, ini masa dia ada masalah, kita kena tolong dia...nanti kita suatu hari ada masalah, dia tolong kita pula!Itulah semangat setiakawan! Jadi bila isu timbul dah masalah, patut yang pertamanya ialah, kita jumpa mesyuarat Pakatan Rakyat, ini mesyuarat tak pergi....mesyuarat tak nak pergi....tak nak pergi....tak taulah... Mesyuarat Pakatan Rakyat tak mau pergi lepas tu buat keputusan sendiri.

1:02 ~ Dia; pergilah mesyuarat, itulah gunanya mesyuarat - syura bainahum, syuralah kamu. Nanti kita bincang-bincang,,tapi tak pergi, bincang macam mana? Bincanglah dalam mesyuarat elok-elok ... bincang apa masalah nak tukar Khalid...OK, kalau kita setuju, siapa calunnya...tak berlaku benda tu!Kalau berlaku benda tu, bulan tiga dah selesai dah!Tak akan timbul isu kemelut nih! Mungkin ada hikmahnya ustaz, benda ni berlaku; nak tunjukkan kita ni ada masalah... PAS ni sebenarnya yang masalah nih!

1:36 ~ Dia kata "Oh, PKR ni buat taik, kita yang masala!" Kalau PKR buat taik kau, engkau tau taik, kau pergi main buat apa? Sekarang terpalit semua orang!9 Betul tak? Tak payahlah main kalau tau tu taik! 

1:49 ~ Tapi saya rasa PKR bukan main taik, dia memang ada masalah betul.Kita tolong selesaikan isu Menteri Besar. kalau dah selesai tak timbul!  Ni pergi sekejap, kita pun Selangor dah bagi pandangan, bagi pandangan dah dua kali jumpa lagi bagi tau kita tak nak.

2:06 ~  Tapi ada dikalangan PAS dalam Selangor ni, yang cara diam-diam pi jumpa pimpinan pi lobbi, kita nak Khalid Ibrahim; saya tahu siapa dia... pergi lobi, kita buang mai, orang pejabat agong mai bagi tau, lobi kita nak juga!melanggari keputusan kita.Dia nak kekal juga Khalid Ibrahim. Kalau saya tak jadi Khalid Ibrahim, Kalau Khalid Ibrahim dah tak jadi lagi Menteri Besar, saya ganti, saya jaga adat-adat Melayu saja nanti...Tak dapat exco lain.Nampak kepentingan diri! 

2:37 ~ Saya cakap terus terang. Ini, saya cakap fakta.Cuma saya tak nak sebut nama ...fakta benda ini berlaku.

2:44 ~ Kau pergi, nak kekalkan Khalid Ibrahim juga pasal apa nak kekalkan Khalid Ibrahim, saya tanya...

 Sebab utama dia ialah kerana PAS mempunyai Kenapa nak kekalkan Khalid Ibrahim? Sebab utama ialah kerana PAS mempunyai kawalan yang kuat kepada GLC Selangor melalui Raja Idris.

3:09 ~ Dikalangan pegawai-pegawai kerajaan dikatakan, Raja Idris ini disebut sebagai Timbalan Menteri Besar sebenarnya di Selangor.Ini cara tidak resmi disebut kerana apa? Dia menjadi orang yang sangat dipercayai oleh Khalid Ibrahim dan Raja Idris ini adalah orang kepercayaan, rapat dengan Tuan Guru Presiden PAS!

3:30 ~ Jadi dia berkeyakinan, melalui Raja Idris ini, banyak agenda-agenda yang ... mungkin agenda yang baik, saya tidak nafikan itu, tapi atas ikatan emosi. Ikatan begini menyebabkan Khalid Ibrahim perlu dikekalkan kerana kalau naik orang lain, Raja idris tidak akan mendapat tempat yang sewajarnya kepada Menteri Besar yang baru, itu saja saya sebutkan.

3:55 ~ Dia bukan sahaja CEO Perangsang, dia juga adalah board of director kepada KDEB dan juga executif konsaltan kepada MBI.
Pas khianat: Salehen hanya beri alasan
  • Anthony Loke Anthony Loke
1 / 1
PUTRAJAYA - Kenyataan bekas Exco Selangor, Sallehen Mukhyi yang menyifatkan Setiausaha Agung DAP sebagai tidak memahami Undang-undang Tubuh Negeri didakwa hanya satu alasan yang diluahkan oleh pemimpin Pas itu.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke menegaskan, sebagai seorang ketua menteri, sudah tentu Lim Guan Eng sangat memahami Perlembagaan Negeri dan Persekutuan itu lebih-lebih lagi soal Undang-Undang Tubuh Negeri.

"Guan Eng ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, tentunya dia faham Undang-undang Tubuh Negeri dan Perlembagaan Negeri serta Persekutuan.

"Saya rasa ia hanya satu alasan yang digunakan Salehin," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), di sini, hari ini.

Semalam, bekas Exco Selangor itu membidas Guan Eng kerana tuduhan itu sedangkan empat wakil Pas itu bekerja untuk mempertahankan PR di Selangor.

Isu itu timbul selepas empat Exco dari Pas itu tidak menyokong rakan exco DAP dan PKR lain yang dipecat bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

As-Syahid Ust Lotfi Ariffin....

LikeLike · ·


Hadi: Kami tak pelahap jawatan MB


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak ingin merebut jawatan menteri besar Selangor tetapi tidak senang dengan layanan PKR kepada parti tersebut.
 
 
Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agong Mustafa Ali, Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik Abd Hadi Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, Raja Petra Kamaruddin, di Manchester, UK.

















LikeLike · ·
Ishhh..ishhh..sampai tara ni puak Anwarinas aka PasMa dok tibai geng ulama Pas..Ustaz Harun Din ni..bkn takat org Pas ja yg hormat..org UMNO pun sgt hormat kat dia..sebab ketokohan dia..lagipun dia bknnya pengamal politik binatang yg totok..
Tapi lihatlah sendiri arini..Ustaz Harun Din bkn setakat tdk lagi dihormati..malah difitnah sbg seorg ulamak yg mmpunyai kepentingan peribadi duniawi..
Tuduhan yg dibuat oleh Zulhazmi (calon yg kalah jawatan KP Pas yg hnya dpt 17 undi saj...

See More














Carta Organisasi Kumpulan Peransang Selangor Berhad. Abang kepada Raja Petra Kamaruddin, Tuan Haji Raja Idris Raja Kamarudin adalah Pengerusi lembaga Pengarah Kump. Perangsang Selngor Berhad. Zaharuddin Mohammad (menantu Hj Abdul Hadi adalah Ketua Jabatan Agama syarikat berkenaan.

'Buah boleh kami junjung, kalau biawak atau ular tak dapatlah' - Dewan Ulama

pada 19-09-2014 06:09 Ditulis Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar, Shuhaniza Said & Zeanaaima Mohd Yusof
Post Pic




 

7 Jenis Sombong Yang Dilaknat ALLAH


  • Wednesday, March 20, 2013
  • Rahman Hatim
  • 7 Jenis Sombong Yang Dilaknat ALLAH

    1. Sombong kerana kelebihan seseorang dengan pengetahuan ilmunya, 
     
    baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada, dia menganggap orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.

    Orang yang sombong seumpama ini hendak dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.

    FIRMAN ALLAH SWT :

    Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.( Surah AlIsraa'. Ayat 037 )

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    “Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim)

    2. Sombong kerana kelebihan beribadat seseorang
     
    Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.

    Sedangkan mereka sebenarnya terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW telah mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:

    "Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.."

    FIRMAN ALLAH SWT :

    Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.( Surah Luqman. Ayat 018 )

    3. Sombong kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan,  
     
    suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.

    Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.

    FIRMAN ALLAH SWT:

    Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah AlJatsiyah. Ayat 008 )

    4. Sombong kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina,
     
     
    seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.

    5. Sombong yang berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah 
     
    membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta BMW mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.

    FIRMAN ALLAH SWT :

    Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman.

    Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (Surah AlBaqarah. Ayat 212 )

    6. Sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri
     
    Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca, kunyah besi, boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi, boleh dihempap badan dengan batu dan besi, atau sebagainya.

    FIRMAN ALLAH SWT :

    Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. (Surah AlAnfaal. Ayat 047 )

    7. Sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri
     
     
    sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak parang dan dijilat api.

    Oleh itu, hendaklah kita memeriksa diri kita betul-betul, lihat sama ada 7 perkara yang membawa kepada penyakit sombong ini ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong ini hanya akan memakan diri. Tidak sekarang, mungkin di masa akan datang. Ubatilah sifat sombong itu dan jangan sesekali menghina orang lain kerana ianya sifat yang dilaknat oleh Allah. Fikirkanlah..

    FIRMAN ALLAH SWT :

    Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa.

    (Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).

    Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

    “Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)
    43 mins ·















    Kerajaang Perpaduwang UG added 2 new photos.


    Din Ayam ni menantu Hadi Awang.
    antara dalang di belakang fitnah pil kuda, dan pertindanan kerusi PAS dan PKR semasa PRU13 yang lalu.
    dia juga ada kepentingan dalam GLC Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.
    ada jawatan sebagai CRO.
    pendapatan +RM15,000 sebulan.
    hidup mewah bergaya, pakai BM7 Series.



    lebih malang lagi, dia juga salah seorang Ahli Majlis Syura Ulama PAS.
    antara yang Ahli Majlis Syura lain yang hidup mewah bergaya ialah Tantawi dengan VELLFIRE dan Harun Din dengan Land Rover nya..[plate no. PAS 3]
    dulu kita marah kepada pimpinan UMNO hidup kaya dan mewah tatkala rakyat melarat. kini, pimpinan PAS pun ada yang kaya raya tatkala raya hidup melarat.
    kesemua jawatan itu bukan diperolehi dari usaha sendiri, tapi dari pengaruh politik masing-masing.
    sebelum ni dok sembang pasal Umar Abd Aziz yang melarang ahli keluarganya mengumpul harta dari pengaruh politik, tapi lepas ni sanggup sembang lagi ka?

    17 hrs ·
    PAS JUGA BERASAL DARI UMNO - Pengarah Pilihanraya PAS

    LikeLike · ·
    baca,faham n share !!

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan