Sabtu, 13 September 2014

BIAR PAPA ASALKAN BERGAYA







Friday, September 12, 2014


Gambar Tentera US Mendarat di Kuala Terengganu


Sejak malam  tadi kegusaran berlaku kepada rakyat negeri terengganu dengan ketibaan sebuah pesawat boeing 777 yang mendarat di Lapang Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.






 Pesawat yang membawa seramai 300 orang askar Amerika itu tiba dari Diego Garcia yang akan berpengkalan selama beberapa hari di Gua Musang untuk latihan tentera.

Penduduk Risau, Tentera Amerika Mendarat Di Airport Terengganu Untuk Tujuan Apa?



Sejak malam tadi kegusaran berlaku kepada rakyat negeri terengganu dengan ketibaan sebuah pesawat boeing 777 yang mendarat di Lapang Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.
 
Penduduk Risau, Tentera Amerika Mendarat Di Airport Terengganu Untuk Tujuan Apa?
Penduduk Risau, Tentera Amerika Mendarat Di Airport Terengganu Untuk Tujuan Apa?
Pesawat yang membawa seramai 300 orang askar Amerika itu tiba dari Diego Garcia yang akan berpengkalan selama beberapa hari di Gua Musang untuk latihan tentera.
Ketibaan askar-askar tersebut belum dipastikan secara detail tujuan dan niat mereka ke Malaysia ini dan pelbagai spekulasi telah timbul dan bermain difikiran rakyat terengganu kursusnya.
Apa pun pihak berwajib perlu membuat perjelasan kepada rakyat tentang ketibaan pesawat boeing 777 yang lengkap dengan alatan perang dari Amerika itu.
Sumber : Facebook


 
Oleh : Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Bin Razali at-Takiri

Kehadiran ratusan tentera Amerika Syarikat (USARPAC) di Kelantan dan Terengganu semalam mencetuskan kebimbangan masyarakat awam. Kita sudah maklum bahawa kehadiran mereka adalah untuk menjalani latihan ketenteraan bersama dengan Tentera Darat Malaysia yang dinamakan Eksesais Keris Strike Siri 18/14.

Walaupun pihak TDM telah menegaskan bahawa latihan ini berorientasikan pengurusan bencana bantuan kemanusiaan, namun dasar bilateral ketenteraan ini harus dinilai berdasarkan perkembangan senario politik dan sentimen masyarakat antarabangsa khususnya umat Islam. 

Kerjasama ketenteraan telah berjalan sekian lama. Malah, Malaysia dilihat bersifat pragmatis dalam mengendalikan politik antarabangsa dengan negara-negara besar di dunia. Meskipun ia boleh dinilai dengan pelbagai objektif yang tersendiri, namun beberapa siri yang melibatkan kepentingan negara dan umat Islam antarabangsa pada tahun ini jelas membimbangkan. 

Contohnya, sokongan padu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke atas Israel untuk terus membantai umat Islam di Palestin sekitar bulan Julai yang lalu. Beberapa badan antarabangsa berpendapat pentadbiran Obama kini meneruskan siri ‘War on Terror’ yang dipopularkan oleh Bush ke arah ‘Global Battlefiled’. Kempen antarabangsa telah mempromosikan menjenayahkan peperangan dan sasaran utamanya adalah terhadap Washington. 

Malaysia seharusnya lebih tegas menyuarakan hasrat umat Islam seluruh dunia kepada Amerika Syarikat dalam hal ini. Dasar pragmatik mesti dinilai semula. Dalam keadaaan krisis antarabangsa yang berlanjutan, ini peluang yang terbaik untuk negara memposisikan peranan bersama organisasi Islam dan aktor kemanusiaan di seluruh dunia dalam menjulang hak keadilan dan kebenaran. Sudah tentu, Malaysia harus bermula dari dalam negara terlebih dahulu.

Friday, 12 September 2014


EDISI BODEK TIDAK BERBALOI .... SOKONG PADU KEPIMPINAN NAJIB AKHIRNYA KENA PECAT JUGA.


Punyalah bodek melangit Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB (R.U.M) ... amat jarang kesatuan pekerja-pekerja dinegara ini menzahirkan bodek ampu melangit kepada pemimpin negara tetapi R.U.M mengambil pendirian songsang.

Bodek kalau dapat naik pangkat atau paling kurang dikekalkan jawatan kira berbaloi dan pulang modal keringat.

Ini tidak .. bodek gila habis tetapi akhirnya hampir habis semua pemimpin Kesatuan kena buang kerja.

KENYATAAN AKHBAR KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB (R.U.M) DI PAPARKAN UNTUK PENGETAHUAN UMUM.

KENYATAAN MEDIA/AKHBAR
PEMBUANGAN KERJA TANPA NOTIS PEMIMPIN KESATUAN


Sidang akhbar hari ini ingin mengumumkan bahawa seramai sebelas (11) pemimpin Kesatuan Pekerja – Pekerja KTMB terdiri dari Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Penolong Bendahari Agung empat (4) pemimpin cawangan serta seorang (1) ahli kesatuan, telah “dibuang kerja tanpa notis”, manakala seramai tiga belas (13) pemimpin kesatuan telah “digantung kerja” manakala baki seramai lapan puluh enam (86) iaitu pegawai cawangan serta ahli kesatuan yang menerima “notis tunjuk sebab” sedang dalam proses menunggu giliran gantung kerja seterusnya “dibuang kerja tanpa notis”, pihak KTMB juga sedang mengenalpasti semua ahli-ahli RUM yang berpiket seramai tujuh ratus (700) orang melalui gambar atau video yang dirakam untuk mengambil tindakan tatatertib, tindakan tatatertib yang diambil adalah sekadar ingin menunjukan bahawa prosedur tindakan tatatertib berdasarkan “natural justice” kononnya dipatuhi.

Pembuangan kerja ini adalah disebabkan berikutan tindakan “PIKET” yang dianjurkan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB pada 9 Mei 2014 iaitu menuntut Datuk Elias Kadir, Presiden KTMB ditamatkan perkhidmatan, tindakan Piket ini dilakukan demi “SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA”, bersama ini disertakan “pamplet edaran kesatuan” untuk senang rujukan, sebagai sebab mengapa Datuk Presiden KTMB perlu ditamatkan, mengikut rekod dalam sejarah KTMB, inilah Presiden KTMB yang terburuk prestasinya yang mana pihak kesatuan telah menganugerahkan gelaran “NON PERFORMING PRESIDENT”.

Berdasarkan surat pertuduhan yang diterima tindakan KTMB menggunakan perkataan salah laku sebagai “pekerja” adalah “dengan niat jahat” disebabkan kehadiran pemimpin dan ahli-ahli kesatuan ketika berpiket adalah atas “platform Kesatuan”.

Pertuduhan selanjutnya ialah berkaitan kenyataan-kenyataan kesatuan melalui Facebook “Suara RUM” dan “Bena Piket Kesatuan”, kenyataan sedemikian adalah kenyataan rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB, ianya adalah selaras dengan peruntukan yang terdapat dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) iaitu kesatuan berhak menjalankan aktiviti-aktiviti Kesatuan Sekerja.

KTMB yang diketuai oleh Datuk Elias Kadir selaku Presiden KTMB telah bertindak “ZALIM” dengan mengambil tindakan “pembuangan kerja tanpa notis” atas sebab yang tidak dilakukan di bawah peruntukan “PERJANJIAN BERSAMA”, pembuangan kerja ini diibaratkan satu tindakan “BALAS DENDAM” dan bersifat “PERSONAL”, lebih menjurus satu tindakan menggunakan “undang-undang rimba” yang membelakangkan peruntukan undang-undang, pihak kesatuan dengan tegas menyatakan bahawa Datuk Elias Kadir Presiden KTMB telah “menyalahgunakan kuasa” untuk mengambil tindakan yang tidak bertamadun dan satu penganiayaan kepada pekerja yang menjalankan tanggungjawab sebagai ahli kesatuan selaras dengan Perlembagaan Kesatuan.

Berdasarkan “track record” KTMB dan “government own company (GOC)” maka inilah pertama kali dalam sejarah pembuangan kerja berlaku, pada tahun 1962, Mogok keretapi terbesar dalam negara melibatkan satu tempoh yang panjang selama dua puluh tiga (23) hari tiada seorang pekerja dibuang kerja, malah tindakan itu telah merumuskan satu kejayaan pada ketika itu untuk menikmati gaji bulan berbanding sebelum itu gaji hari, malah melalui tindakan tersebut semua kakitangan awam turut menikmati faedah atas mogok tersebut.

Tindakan pembuangan kerja ini, akan menimbulkan implikasi dan menjejaskan nama baik YAB Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malayisa merangkap Menteri Kewangan berdasarkan Keretapi Tanah Melayu Berhad adalah milik Kementerian Kewangan yang diperbadankan, makanya tindakan Presiden KTMB secara langsung telah terpalit kepada Kementerian Kewangan yang mewakili Kerajaan Malaysia iaitu seolah-olah

Presiden KTMB dengan sengaja cuba memburukkan Kerajaan Malaysia yang saya yakini tidak akan merestui tindakan sebegini apatah lagi ianya bertentangan dengan hak kebebasan bersuara seperti terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagi pihak Majlis Eksekutif kami memohon, YAB Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia segera campurtangan dengan menyelesaikan kemelut ini dengan segera, demi memastikan tiada pekerja dan keluarga mereka teraniaya dengan tindakan “ZALIM” yang dilakukan oleh Datuk Elias Kadir, Presiden KTMB.

Sekian, terima kasih

Yang menjalankan tugas,
(ABDUL RAZAK MD HASSAN)
Presiden

TUMPAT, 13 Sept - Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan bahawa 3 calon sah yang akan bertanding bagi kerusi PRKN.01 Pengkalan Kubor iaitu dari calon PAS, BN dan calon Bebas

Demikian diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya itu, Mohd Sobri Ramli kira-kira jam 10.20 pagi. PAS meletakkan Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagai calon manakala BN pula meletakkan Mat Razi Mat Ail sebagai calon mereka.
Manakala calon Bebas ialah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48, yang pernah bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum lalu. SPR telah menetapkan tarikh pengundian PRK Dun Pengkalan Kubor pada 25 September sementara pengundian awal adalah pada 21 September.


Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu kerana kanser hati.

Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (bebas) dengan majoriti 1,736 undi.

Bagaimanapun, kali ini, PKR menyerahkan kerusi itu kepada PAS yang mempunyai jentera pilihan raya yang lebih kuat di sana, dengan harapan untuk merampas kerusi itu daripada BN.

Abang Angkat Temankan Tidur, Mama Pula Sporting.



Haii..dah besar-besar pun nak orang temankan tidur jugak ke? Lelaki pulak tu...

Entah la apa yang adik ni fikirkan. Kalau dilihat pada statusnya, dia mengaku yang lelaki tu abang angkat dia. Dah nama abang angkat, mana boleh tidur sekali dik.

Lepas tu, dia juga tulis "mama yang sporting". Kalau betul la mama adik tak kisah tentang perkara ini, elok la dua-dua ni pergi masjid, belajar agama balik ataupun kahwin terus.

Kalau ada saudara mara yang kenal adik ni, tolong la yer nasihat sikit. Nak suruh ibu bapa nasihatkan, 2x5 je.

Bagaimanapun inilah dia trend remaja kita sekarang. Entah dari mana asalnya timbul trend-trend yang tidak sihat seperti ini. trend adik angkat, abang angkat, dan kakak angkat sebenarnya sudah lama wujud dalam masyarat kita yang mana kalau dilihat sangatlah tidak relevan.

Ramai diantara remaja-remaja kita seakan-akan menggunakan perkataan tersebut untuk merasakan lebih mesra tanpa menghiraukan batas-batas pergaulan.

Jika kita perhatikan ia ibarat satu taktik untuk seorang individu tersebut untuk lebih mesra dengan lebih seorang selain dari kekasih mereka. Walhal pergaulan antara individu dengan pasangannya selagi belum sah kahwin adalah juga terbatas. ─ SiakapKeli.com

Jangan Beli Sekarang Sebelum Menyesal - Luahan Pengguna Vios



Seorang pengguna laman Facebook, Chong Bee Yock telah menulis berkenaan status yang mana merupakan luahan hatinya terhadap sebuah Toyota Vios baru yang dimilikinya.

Ayat awalnya memberi amaran kepada siapa yang mahu membeli Toyota Vios supaya berhati-hati. Berikut adalah alih bahasa dari status yang dimuat naik oleh Chong Bee Yock :


Amaran kepada pengguna yang berniat mahu membeli Toyota Vios(baru)...jangan beli sekarang sebelum anda menyesal. vios ini ada banyak masalah dan Toyota Malaysia tidak akan selesaikannya tapi terus menafikan masalah tersebut.

Wakil dari Bahagian Perhubungan Pelanggan, Mr. Wong Chee Hong; Peruding Teknikal, Mr. Ng Hua Yooi dan En. Mohd Nazri Mohd Said berada dalam kerata saya ketika memeriksa kereta saya. Ketika kami pergi ke Toyota Seremban Servis Centre. Bonggol dengan ketinggian HANYA 2 INCHI sudah ada bunyi seretan terlebih muata. Saya segera memberhentikan kereta sebelum melepasi bonggol(0KM/HR).

En. Ng Hua Yooi berkata yang kereta ini ada masalah dan akan tolong saya selesaikan masalah itu. Setelah seminggu, Mr. Won``g Chee Hong ini menelefon saya dan kata kereta ini tiada masalah! Masalah yang ada ialah saya tak boleh memuatkan 5 orang ketika menghadapi bonggol. Dia juga berkata yang Toyota tak boleh ambil orang jika tak mahu ada masalah ini. Dia cuma mengarut. Entah apa-apa.

Toyota Vios juga kuat makan minyak. Bila saya beli kereta ni, mereka kata yang kereta ni hanya guna RM0.17/KM tapi saya guna RM78 untuk memandu 308KM! Ini bermakna saya guna RM0.25/KM(78÷308). Kereta Honda City 1.3 Auto 1997 milik saya hanya guna RM70 untuk 371KM. Honda City lama ni hanya guna RM0.18/KM. Toyota hanya tahu menipu pelanggan untuk beli kereta yang kualitinya lebih teruk dari Proton Malaysia. En. Mohd Nazri Mohd Said mengaku yang kereta ni ada masalah pada mulanya, tapi bila mereka tak boleh buat apa-apa, mereka kata kereta ni tak ada masalah.

Toyota Vios juga ada masalah bunyi bumbung bila hujan. Sama seperti pengguna Toyota Malaysia guna tin Milo sebagai bumbung Vios. Bila hujan, penggera akan 'trigger' dengan automatik. Adakah kereta Proton lagi teruk dari ni? Tidak! Mereka telah memeriksa kereta saya selama 9 bulan mereka cuma menyelesaikan masalah penggera dan bumbung. Masalah makan minyak dan bunyi geseran lebih muatan masih tak boleh diselesaikan dan disimpulkan yang Toyota Vios tak ada masalah!

Mr. Ng Hua Yooi kata yang cara pemanduan yang bermasalah. Saya dah memandu lebih dari 30 tahun. Bila saya pandu Toyota Vios = Ada Masalah. Bila saya pandu Honda City = Tak Ada Masalah. Sekarang ni TOYOTA VIOS YANG BERMASALAH KE SAYA YANG BERMASALAH!?



Post by Chong Bee Yock.

Jika benar dakwaan ini, rasaya pihak Toyota perlu buat penyiasatan. Bagi sesiapa yang dalam perancangan untuk membeli Vios, mungkin anda perlu berfikir dua kali? - SiakapKeli.com

4:46PM - 13 Sep 20141:00PM - 13 Sep 2014

Warga asing maut dipercayai ditikam
Seorang pekerja warga asing maut dipercayai ditikam di dada di sebuah rumah kongsi di perumahan Bukit Setongkol Baru di Kuantan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, lelaki warga Myanmar itu dikenali sebagai Kobirahamed Nozirahamed, 17.

Katanya kejadian itu dimaklumkan seorang lelaki warga Indonesia dipercayai rakan mangsa kepada pihak polis pada jam 3.20 pagi tadi.

"Pihak polis yang ke tempat kejadian menemui mangsa dalam keadaan terlentang dan terdapat kesan tikaman objek tajam di bahagian dada sebelah kanan mangsa," katanya kepada Bernama di Kuantan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati tiada kesan pergelutan di lokasi kejadian dan setakat ini juga polis tidak menemui sebarang senjata atau objek yang disyaki digunakan dalam kejadian tersebut.

Abdul Aziz berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

"Polis kini sedang giat menjejaki suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

- Bernama

Bom tangan meletup bawah kereta


Seorang wanita hampir maut apabila sebutir bom tangan meletup ketika kereta yang dipandunya melalui jalan berhampiran rumahnya di Kampung Baru Subang di Petaling Jaya, hari ini.

Chong May Lun, 40, yang ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya pada 6.45 pagi, tidak menyangka bunyi kuat itu adalah letupan sebutir bom tangan.

"Saya bernasib baik kerana bom itu tidak meletup di tangki minyak dan di bahagian pemandu," katanya ketika ditemui Bernama di Petaling Jaya, hari ini.

Letupan itu menyebabkan bahagian bampar belakang kereta Toyota Vios beliau tertanggal dan serpihan bom itu menembusi but dan tempat duduk penumpang bahagian belakang.

Chong berkata bom itu diletakkan di bawah sebuah bongkah batu di jalan berkenaan.

Menurutnya jalan berkenaan terletak hanya kira-kira 10 meter dari rumahnya, dan mendakwa bom itu disengajakan diletakkan di situ.

"Saya tolong kakak usahakan perniagaan kedai makan...mungkin ada unsur dengki dalam perniagaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 3 Akta Bahan Letupan dan Kakisan.

"Kita sedang mengenal pasti model bom yang digunakan dan punca kejadian," katanya.

- Bernama

Saturday, 13 September 2014


KOLEKSI GAMBAR PENAMAAN CALON PRK N01 PENGKALAN KUBUR ... TAK RAMAI MANA PUN YANG IRINGI CALON PAS/PR??????



Tak moh nak ulas apa .. sendiri tengok, perhati, teliti, fikir dan nilai.

Khasiat Biji Selasih

Written By canang on Sabtu, 13 September 2014 | 9/13/2014 02:20:00 PTG

Khasiat Biji Selasih

Dapat mengurangkan panas badan.

Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati.

Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur).

Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.

Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.

Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.

sumber

Aksi Liar Artis Perempuan Melayu Hisap Ganja Dan Berparti Seks
By editor-2 September 13, 2014 : 3:18 pm
artis ganja2
Artis Melayu ini cuba menonjolkan imej buruk dengan memaparkan aksi menghisap ganja dan parti liar ala “tiger show” yang dihadiri beliau.
Kini kita tertanya-tanya akan identiti sebenar artis perempuan Melayu ini memandangkan gambar ini telah di “sensor”. Walaubagaimana pun bangkai gajah tidak mungkin dapat ditutup dengan begitu lama. Sama-sama lah kita tunggu pembongkaran identiti beliau. 
artis ganja

Saturday, 13 September 2014


BETUL KE PERAK SUDAH TIDAK ADA LAGI WARGA YANG MISKIN SEBAB SUDAH TERIMA ANUGERAH BERJAYA BASMI KEMISKINAN?????



IPOH 10 Sept. - Usaha kerajaan negeri membasmi kemiskinan mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Forum Kewangan Islam Global 2014.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, Perak menerima anugerah itu berdasarkan pembentangan yang pernah beliau lakukan beberapa tahun dahulu berhubung model Yayasan Bina Upaya (YBU) yang dirangka bertujuan membangunkan ekonomi sosial rakyat.

Katanya, anugerah tersebut akan disampaikan kepada kerajaan negeri pada forum berkenaan yang dijangka berlangsung pada 27 Oktober depan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

"Saya menerima e-mel pagi tadi memaklumkan kerajaan negeri Perak telah menerima anugerah khas ini.

"Anugerah ini menandakan pengiktirafan pihak antarabangsa terhadap usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan pembangunan sosial ekonomi serta membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyerahan Cek Bayaran Bagi Pendapatan Terkumpul oleh Felcra Berhad (Felcra) kepada kerajaan negeri Perak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Felcra, Datuk Bung Moktar Radin.

YANG INI LAIN PULA NADA CERITANYA.................
Negeri Perak mencatatkan kadar kemiskinan dan miskin tegar tertinggi di Semenanjung Malaysia selepas Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, V Sivakumar berkata, kedudukan itu amat mendukacitakan memandangkan Perak bukan sebuah negeri miskin.

“Mengikut rekod yang diberi Parlimen Malaysia, terdapat seramai 908 bilangan isi rumah miskin tegar di Perak pada 2012.

“Pada tahun yang sama jumlah isi rumah miskin di Perak ialah 8,600. Jumlah ini adalah sangat tinggi dan membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Siva, perbandingan jumlah isi rumah miskin tegar di Malaysia Barat menunjukkan Perak merangkumi satu nilai yang memeranjatkan iaitu 16.36 peratus.

“Begitu juga dengan jumlah isi rumah miskin di negeri Perak dengan mencatat 16.22 peratus daripada jumlah yang direkodkan untuk keseluruhan Semenanjung Malaysia.

“Jumlah ini amat tinggi berbanding negeri lain di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Negeri yang mempunyai bilangan isi rumah miskin tegar dan miskin yang paling ramai di Semenanjung Malaysia ialah Kelantan yang mencatat 1,048 dan 8,800 masing-masing.

Bagi kategori miskin tegar, Perak menduduki tempat kedua iaitu 908 isi rumah diikuti Pahang (720) dan Kedah (644) isi rumah.

vsivakumar“Negeri Perak juga menjadi naib johan bagi kategori miskin dengan mencatatkan 8,600 isi rumah diikuti Kedah dengan 7,400 isi rumah dan Johor 7,000 isi rumah.

“Statistik yang dibekal Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri membuktikan Negeri Perak tidak mempunyai pencapaian atau prestasi yang baik dalam menangani masalah kemiskinan,” ujar beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak.

Justeru itu, Siva berkata, kerajaan Perak seharusnya malu kerana gagal mengembalikan zaman kegemilangan ekonomi yang pernah dicapai suatu ketika dulu.

“Perak pernah menjadi negeri terkaya dan termasyhur dan kini menjadi naib johan jumlah isi rumah miskin dan miskin tegar,” katanya.

Namun, dalam keadaan uzur seperti ini, Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir masih lagi boros melaksanakan projek yang tidak berfaedah kepada rakyat.

“Kerajaan Perak harus mengambil langkah sewajarnya untuk mencapai ‘miskin sifar’ dalam tempoh lima tahun akan datang,” kata beliau lagi.

YANG MANA SATU BETUL NI??? .. YANG MANA FAKTA YANG MANA AUTA?????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan