Isnin, 11 Ogos 2014

SEMUA MENYOKONG TSKI....UMNO ... PAS...KERAJAAN PERSEKUTUAN...BEKAS HAKIM...SPRM MEMBISU...MUNGKIN YANG KELIRU PKR DAN DAP....RENUNG2KAN KENAPA BEGINI



Saya telah manghadap DYMM Sultan Selangor hari ini pada 11 Ogos 2014, 9 pagi di Istana Alam Shah Klang untuk memaklumkan kedudukan saya sebagai Menteri Besar Selangor selepas pemecatan saya sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam pertemuan tersebut, saya telah sembah maklum kepada DYMM Tuanku bahawa saya telah dipecat daripada PKR pada 9 Ogos 2014 oleh Lembaga Disiplin PKR.

Lanjutan daripada pemakluman saya, DYMM Tuanku telah bertanyakan sama ada saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya sebagai ahli PKR, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

Justeru, DYMM Tuanku berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya DYMM Tuanku telah perkenan untuk saya terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
11 OGOS 2014

5:15PM - 11 Aug 2014

TPM: Umno S'gor sokong Khalid tanpa syarat


BN menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai menteri besar Selangor, tanpa syarat dan ikhlas, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  
Muhyiddin, yang juga timbalan pengerusi BN, berkata beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN bagi mendapatkan hala tuju berhubung kemelut kepimpinan di Selangor.

"Jadi atas beberapa dasar, sebab dan prinsip, BN menyokong MB Selangor (Abdul Khalid).
  
"Kita juga tidak mengambil kira fahaman politik dan sebagainya, kita juga lihat tiada kewajaran perubahan pimpinan sebagaimana yang hendak dilakukan oleh Pakatan Rakyat di negeri itu ," katanya ketika diminta mengulas situasi terkini di Selangor selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan kali ke-11 di Putrajaya hari ini.
  
Muhyiddin berkata sokongan itu juga adalah tidak bersyarat dan ikhlas kerana apa yang ingin dilihat ialah keadaan yang stabil di negeri itu.
  
"Kalau anda tanya apa yang kita akan dapat dengan menyokong beliau (Abdul Khalid) kita pun tak tahu apa yang kita akan dapat," katanya.

Muhyiddin berkata yang penting ialah soal kesinambungan kepimpinan dan nasib rakyat di negeri itu.
  
Beliau berkata semua ADUN BN Selangor juga akan menyatakan sokongan sekiranya usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Abdul Khalid.
  
"Selangor sebuah negeri yang penting dan atas sebab itu kita berpendapat kalau tiada perubahan kepimpinan, walau pun Khalid bukan daripada parti BN tetapi itu lebih baik untuk keadaan yang ada sekarang," katanya.

Khalid beri sokongan
  
Beliau berkata dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, Abdul Khalid juga memberikan sokongan dan kerjasama berhubung masalah air dan penstrukturan semula air di Selangor serta projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).
  
"Jadi projek itu pada peringkat ini masih boleh diteruskan, itu perkara utama untuk mengelakkan krisis air bagi kami kerajaan persekutuan dan semangat kerjasama yang sudah sedia terjalin itu perlu diteruskan," katanya.

Muhyiddin berkata, apa yang dibimbangkan ialah jika berlaku perubahan kepimpinan sudah tentu persefahaman dan perjanjian yang ditandatangani berhubung masalah air mungkin akan terjejas.
  
"Bagi kami dalam keadaan itu siapa yang elok kita sokong...bagi Kerajaan Pusat ialah menentukan nasib rakyat baik di Selangor dan persekutuan tidak terjejas dan terus dibela dengan perjanjian yang telah disepakati.
  
"Ikut bacaan saya kalau ada perubahan maka ada yang akan pinda itu...ini...dan ia akan bawa kesan besar kepada masalah air serta soal-soal berkaitan kebajikan rakyat di Selangor dan Wilayah Persekutuan," katanya.
  
Ditanya sama ada boleh berlaku perubahan dalam perjanjian yang telah ditangani sebelum ini jika berlaku perubahan pentadbiran, Muhyiddin berharap perjanjian yang ditandatangani itu dihormati.
  
"Tetapi jika ada perubahan kerajaan saya juga tidak boleh jangkakan apa akan berlaku dan itu turut menjadi kebimbangan kita juga," katanya.
  
Mengenai sama ada akan berlaku pembubaran DUN di Selangor, Muhyiddin berkata perkara itu sukar diramal dan tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

Sokongan majoriti

Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Rakyat pula berkata dengan penolakan terbuka PKR dan DAP, ini bermakna Abdul Khalid hanya boleh mempunyai sokongan majoriti dengan mendapat sokongan daripada 12 ADUN Umno.

Oleh itu, dalam satu kenyataan bersama hari, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua Saifuddin dan Pua berkata dengan penolakan terbuka PKR dan DAP, ini bermakna Abdul Khalid hanya boleh mempunyai sokongan majoriti dengan mendapat sokongan daripada 12 Adun Umno.

Sehubungan itu, mereka turut mendesak Umno menyatakan secara terbuka bahawa 12 ADUN parti itu menyokong Abdul Khalid seperti mana yang didakwa oleh beliau.
  
"Jika 12 ADUN Umno tidak menyokong Abdul Khalid, maka jelaslah beliau telah mempersembahkan maklumat palsu kepada Sultan Selangor," kata mereka.

Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini berkata Sultan Selangor memberi perkenan supaya beliau kekal sebagai menteri besar walaupun dipecat daripada PKR.

Sebelum itu, Khalid berkata beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus memegang jawatan menteri besar Selangor sehingga ada perkembangan terbaru.
  
Abdul Khalid berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan oleh beliau berhubung kedudukannya sebagai menteri besar.
  
Katanya, beliau telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatannya sebagai ahli PKR, beliau masih memperoleh kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.
  
Justeru, katanya, baginda Sultan berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya perkenan beliau kekal memegang jawatanmenteri besar Selangor.

- Bernama
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati mana-mana anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak menyokongnya supaya meletakkan jawatan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu, beliau akan bertemu dengan 10 anggota exco Selangor esok untuk mengetahui pendirian mereka, sama ada mahu meneruskan tugas atau letak jawatan.
Khalid berkata, beliau yakin masih mampu meneruskan pentadbiran seperti biasa selepas mendapat sokongan daripada empat exco PAS iaitu Sallehen Mukhyi, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Iskandar Abdul Samad.
Menurut undang-undang negeri, Khalid hanya memerlukan sekurang-kurangnya empat exco untuk menjalankan urusan negeri.
"Bagaimanapun saya akan mengambil peluang untuk bertemu dengan wakil exco yang ada sekarang daripada PKR dan DAP untuk bertanyakan tentang kesediaan mereka untuk bersama-sama saya untuk mengendalikan mesyuarat exco dan pentadbiran Selangor," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, hari ini. – 11 Ogos, 2014.

Monday, 11 August 2014


ISU MB SELANGOR MASIH MENDAPAT SOKONGAN MAJORITI ADUN ... DSAI TERGAMAM DAN TERKEDU.



Datuk Seri Anwar Ibrahim terkedu sejurus selepas Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu bahawa sultan Selangor berpuas hati dengan penjelasannya bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Dalam reaksi segeranya di Twitter, Anwar menjawab tweet sebuah portal berita yang melaporkan perkembangan itu, hanya dengan menulis dua tanda soal “??”.

Menjawab soalan sultan, Khalid hari ini menjelaskan, di sebalik pemecatannya daripada PKR, beliau masih memperoleh kepercayaan majoriti anggota dewan negeri.

Justeru, kata Khalid, sultan berpuas hati dengan penjelasan yang dipersembahkan dan selanjutnya memperkenannya terus memegang jawatan menteri besar.

Monday, 11 August 2014


BEKAS HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN BERPENDAPAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR MASIH UTUH KERANA TSKI DAN BARISAN EXCONYA BELUM LAGI DIBUBARKAN OLEH SULTAN SELANGOR.



The Selangor government is still intact as Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim and his executive council have not been dismissed by the Sultan of Selangor, a retired Federal Court judge said today.

Datuk Seri Gopal Sri Ram (pic) said Khalid Ibrahim was still in office until it was proven that he had lost the confidence of the assemblymen in the Selangor legislative assembly.

He said Khalid, who is Port Klang assemblyman, was appointed under the state constitution by the ruler.

"He could not cease to be MB just because he has lost his party membership in PKR," he said in response to confusion over whether there existed a state government following the expulsion of Khalid from his party.

He said Khalid could go to the state assembly to test whether he commands the confidence of the majority in the house.

Alternatively, PR could send a letter to the palace to show that the majority of the assemblymen in Selangor supported another candidate to be appointed as MB.

"PR must also convey to the ruler that they no longer support Khalid," he said, adding that the coalition must act on the proposition of law established by the judgment of Chief Justice Tun
Arifin Zakaria Az in the 2010 Perak case.

Sri Ram said once the Sultan is satisfied that the MB has lost the support of the majority, he may dismiss him and the executive council pursuant to the Federal Court ruling.

Sri Ram said the 2010 court ruling had stated that a loss of support could be determined in many ways, one of which is making a representation to the ruler.

The judge, who has handled numerous constitutional cases, said there was a difference between loss of support and loss of confidence.

"Loss of confidence in Khalid may only be tested on the floor of the house," he said.

However, loss of support may be determined outside the house.

“That is the effect of the Federal Court ruling," he told the Malaysian Insider.

Khalid was sacked on Saturday as he did not want resign to pave the way for party president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail to replace him as MB.

Khalid has also been facing mounting pressure from the PKR leadership to resign over his handling of Selangor affairs.

These include the state’s management of its water resources, the Kidex highway and seizure of Malay and Iban-language Bibles by the Selangor Islamic Religious Department (Jais).

Takdir Allah Itu Manis Untuk Diimani..
Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Nor diangkat oleh Allah tatkala berada di puncak persembahannya..
Dihantar pula TGHH untuk memimpin dan menyambut kemenangan 2008/13 selain bangkit daripada 2004.
Kemenangan itu, hujungnya adalah menagih sabar sebagaimana ia juga seawalnya adalah memanjat syukur.
Jikalah Ustaz Fadhil Mohd Nor memimpin hari ini, pada fitnah hari ini, pasti sinar bintangnya akan kelam dan turun dari kemuncaknya. Itu bukan baik untuknya dan jamaah.
Jikalah TGHH tiada hari ini, pasti fitnah akan lebih melata dalam PAS ketika sedang berbahtera bersama PR..
TGHH satu ketika dianggap lemah kerana tiada berani berkeputusan dan pada ketika yang lain dianggap pula keras sampai istilah 'veto' digunakan.
Begitulah tarik tali ulama yang memimpin di hadapan fitnah yang sedia memakan dan memanah..
Benarlah, takdir itu manis untuk diimani..
Dihantar ulama untuk memimpin zamannya.. bukan untuk ditunggu kehadirannya sebelum masanya atau dibangkitkan kembali dari kuburnya selepas berlalu masanya..
Sesiapa yang mengimpikan kehadiran ulama yang telah pergi pada kemuncaknya, sungguhlah, dia tidak menikmati kemanisan takdirNya.
Dia akan dijentik takdir..
Maka bersyukurlah dengan ulama yang sedang memimpin perjuangan ini..
Agama dan perjuangan ini dipimpin oleh hati yang sejahtera dengan taqwa, bukan oleh lidah yang manis dengan degar kata-kata..
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
AJK PAS PUSAT
LikeLike · ·

Monday, August 11, 2014


EXCLUSIVE:: Khalid Menipu Dakwa Masih Dapat Sokongan ADUN?

Agak mengejutkan dalam sidang media Khalid Ibrahim sebentar tadi berhubung keputusan Dewan Diraja Selangor yang bersidang sebelumnya untuk menentukan kedudukkannya sebagai Menteri Besar, apabila Khalid memaklumkan dia masih menerima sokongan majoriti ADUN!!
Tak pasti Khalid merujuk kepada majoriti mana sebab kalau ikut majoriti yang Pakatan Rakyat ada sekarang, jelas sekali Khalid Ibrahim menipu pihak Istana.
Menurut sumber, setakat petang ini, Pakatan Rakyat telah memperolehi sokongan 35 ADUN Selangor yang menyokong perlantikan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar yang baru - termasuk ADUN PAS yang mendapat arahan Majlis Syura Ulama agar menyokong Khalid kekal.

Baki 8 ADUN lagi tidak dapat diperolehi kerana dipercayai Khalid telah membayar mereka untuk terus menyokongnya selain 12 ADUN BN.
Tapi jumlah itu sahaja tidak cukup kerana baru 21 ADUN (termasuk Khalid), DUN Selangor ada 56 kerusi.  Bagaimana Khalid kata masih dapat sokongan majoriti ADUN?
Sama ada Khalid menipu ataupun dalam diam-diam dia sudah memperolehi 8 ADUN lagi untuk menyokong dia kekal sebagai Menteri Besar.
Mana-mana satu sekalipun, Pakatan Rakyat wajar menyiasat kerana ini isu besar, bukan isu kecil yang boleh dipandang ringan.  Jika Khalid menipu, tindakan perlu diambil, jika ada 8 ADUN yang berpaling tadah menyokong Khalid, maka perlu dikenalpasti siapa yang terlibat dan tindakan diambil.

Apa Sebab TSKI Liat Sangat Untuk Berundur?

Jikalau Tidak Berada-ada Takkan Tempua Bersarang Rendah”

Tidak mudah kepimpinan PKR membuat keputusan untuk menyingkirkan TS Khalid Ibrahim dari PKR. Tentulah sudah begitu lama isu kepimpinan TS Khalid di Selangor ini menjadi bahan perbincangan kepimpinan tertinggi PKR dan tentunya sudah lama juga dihazam agar segala keputusan dibuat tidak dilihat sebagai zalim dan tidak menepati prinsip-prinsip keadilan sebagai mana yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.

Tentulah terdapat sebab-sebab yang konkrit yang melayakkan kepimpinan PKR untuk membuat keputusan yang begitu berat ini. Jikalau keseluruhan kepimpinan ‘berani’ membuat keputusan demikian, tentulah ada asas yang cukup kuat untuk mereka bertindak demikian. Sekiranya ada pihak yang mempersoalkan keputusan berkenaan, maka tentulah golongan yang berfikiran rasional pula ingin juga mengemukakan soalan.

Apakah keseluruhan pimpinan PKR itu tidak dapat menilai antara yang betul dengan yang salah. Ataupun apakah keseluruhan pimpinan PKR itu hanya menjadi pak turut semata-mata. Tentulah tidak sedemikian caranya. Apatah lagi memikirkan prinsip perjuangan parti adalah ‘keadilan’ kepada semua. Tentulah tidak timbul isu ‘kezaliman’ apabila hukuman dikenakan ke atas TS Khalid.

Jikalau kita berfikir secara rasional, maka inilah saja jalan yang ada kepada kepimpinan PKR untuk membuktikan kepada rakyat umum bahawa PKR adalah sebenarnya parti yang mempunyai integriti, ‘accountability’ dan tegas dalam mendukung aspirasi rakyat terbanyak. Tindakan PKR ini mungkin ‘merunsingkan’ juga setengah pihak yang merasakan bahawa tindakan sedemikian sebagai tidak adil, namun tindakan perlu dilaksanakan. Ini yang telah ditegaskan pada awal-awal tadi bahawa keputusan yang diambil oleh kepimpinan PKR bukan sesuatu keputusan yang mudah.

Dan sepatutnya TS Khalid juga harus faham dengan ‘bebanan’ yang dipikul oleh kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan kemelut di Selangor ini. TS Khalid harus faham bahawa sekiranya beliau sudah tidak mendapat kepercayaan lagi daripada kepimpinan PKR, yang juga bertanggngjawab melantik beliau ke jawatan MB Selangor itu, maka seharusnya beliau dengan rela hati mengundurkan diri, supaya keadaan tidak menjadi sekusut ini. Yang tentu menyedihkan lagi ialah ‘maruah’ dan ‘harga diri’ TS Khalid sedikit sebanyak akan tercalar juga apabila beliau seolah-olah ‘berdegil’ dan terus ‘berpaut’ kepada ‘dahan yang rapuh’ itu. Sepatutnya TS Khalid memikirkan juga tentang ‘sisa-sisa’ hidup yang perlu dilaluinya sebagai warga emas.

Tentu ramai juga yang menyoal tentang mengapa TS Khalid begitu bersungguh benar mempertahankan jawatan MBnya sedangkan jawatan MB itu bukan merupakan jawatan ‘turun temurun’ seperti yang di suarakan oleh TS Muhammad bin Muhammad Taib yang juga pernah menjadi Menteri Besar Selangor dan yang pernah ‘disuruh’ berhenti dari jawatan berkenaan. Dato’ Abu Hassan Omar yang pernah juga ‘diarah’ meletakkan jawatan MB Selangor pada suatu ketika dahulu tidak ingkar apabila diarahkan berbuat demikian oleh UMNO. Dan kesemua mereka ini patuh kepada rahan parti masing-masing.
,br> Persoalannya mengapa TS Khalid Ibrahim menampakkan kesungguhan mempertahankan jawatan berkenaan. Apakah ‘ada udang disebalik batu?’ dan peribahasa Melayu ada mengatakan, ‘jiakalu tidak berada ada tidak akan tempua bersarang rendah’. Apakah begitu keadaannya yang menyelubungi isu perletakan jawatan TS Khalid ini?

TS Khalid masih tidak mahu mengalah…

Tentulah kesan ekoran daripada peristiwa ini akan menimbulkan keadaan yang amat tidak menyenangkan.

* Keadaan politik di Selangor akan terus dalam keadaan terumbang-ambilng, tidak menentu yang boleh menyebabkan rakyat Selangor juga dalam keadaan yang ‘resah dan gelisah’

* Mahu tidak mahu, keadaan sebegini akan pasti membabitkan DYMM Sultan Selangor juga. Sepatutnya Baginda Sultan tidak dilibatkan langsung dalam kemelut Selangor ini.

* Para pemimpin Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) pastinya dalam keadaan serba salah, untuk menentukan kedudukan masing sekiranya diperlukan untuk berbuat demikian. Ini merupakan persoalan ‘di luah mati emak dan ditelan mati bapak’

* Ada kemungkinannya PAS akan ‘berpisah’ dengan Pakatan Rakyat, memandangkan bahawa sudah ramai ahli PAS yang seolah-olah memihak kepada TS Khalid yang sekali gus memberikan gambaran bahawa apa yang dilakukan oleh PKR itu tidak sewajarnya dilakukan. Dan dalam parti PAS sendiri akan wujud kelompok-kelompok tertentu antara yang pro dan yang kontra. Maknanya seolah-olah dalam PAS sudah terbahagi kepada dua kumpulan. Keadaan sebegini tidak harus di lepas pandang oleh TS Khalid.


TS Khalid harus dan patut memikirkan perkara ini. Kesannya kepada rakyat dan negara amat mendalam. Ini bukan lagi isu negeri Selangor tetapi isu yang membabitkan politik negara dan rakyat Malaysia. TS Khalid tidak sepatutnya memikirkan dirinya lagi tetapi memikirkan tentang harapan rakyat keseluruhannya, sekiranya beliau benar-benar sayangkan rakyat dan negara. -abuhassanadam

Khalid perlu turun, jawatan MB bukan harta pusaka, kata Mat Taib


Walaupun menerima sokongan PAS, bekas Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib berpendirian Tan Sri Khalid Ibrahim perlu melepaskan jawatannya secara berhormat.

Muhammad yang pernah memegang jawatan penting tersebut semasa bersama Umno sebelum menyertai PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas berkata, secara konvensionalnya, mana-mana pemimpin yang ditolak parti perlu melepaskan jawatan.

"Saya fikir apabila PKR membuat keputusan untuk tukarnya, beliau (Khalid) perlu patuh.

"Secara konvensyen dan persefahaman dalam satu gagasan, itulah persefahaman,"
kata Muhammad yang juga dikenali sebagai Mat Taib kepada The Malaysian Insider.

Kenyataan Muhammad tersebut berbeza dengan pendirian PAS yang masih bertegas menyokong Khalid sebagai MB.

Beliau kemudian mempersoalkan mereka yang mempertahankan Khalid, khususnya daripada PAS sendiri seolah-olah jawatan MB yang dipegang adalah hak individu.

"Saya hendak tanya sekarang ini, apa yang istimewa tentang Khalid ini?

"Bila parti sudah buat isyarat yang jelas, apa pun alasannya, apabila parti buat keputusan, beliau perlu ‘gentleman,’ kerana ini bukan harta pusakanya, ini adalah kolektif," kata beliau.


Muhammad menyifatkan peletakan jawatan seorang MB bukan fenomena luar biasa, kerana ia menjadi amalan demokrasi mana-mana institusi.

"Jadi pada saya, meletakkan jawatan dan berhenti bukan fenomena luar biasa, ini adalah normal dalam mana-mana institusi demokrasi dalam dunia ini," kata Muhammad.

Malahan beliau sendiri dan pemimpin utama negara sebelum ini juga meletak jawatan selepas tidak menerima sokongan lagi.

Muhammad merupakan MB Selangor dari 1986 hingga 1997. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Selangor bagi penggal 1982, 1986, 1990 dan 1995.

Menurut Muhammad, ketika Tun Hussein Onn digantikan dengan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, konsep sama digunakan dan kemudian Tun Abdullah Ahmad Badawi juga meletak jawatan selepas menghidu tiada lagi sokongan daripada parti.

"Apabila Tun Hussein Onn meletak jawatan dan diganti Dr Mahathir, tidak kisah apa pun alasannya, beliau letakkan jawatan.

"Jadi selepas itu, apabila parti menganggap Pak Lah sudah perlu diganti, maka beliau rela menyerahkan jawatan,"
kata Muhammad.

Muhammad juga berkata konsep sama digunapakai dalam krisis di Terengganu baru-baru ini, Datuk Seri Ahmad Said terpaksa melepaskan jawatannya selepas tidak lagi mendapat sokongan parti.

Khalid, MB dua penggal ketika ini hilang sokongan daripada partinya sendiri dan berdepan kemungkinan disingkirkan.

Pelbagai langkah mula dijalankan bagi mendesak Khalid lepaskan jawatan, pendedahan juga dibuat oleh PKR membabitkan salahguna kuasa Khalid, terutamanya dalam penyelesaian Bank Islam.

Namun, Khalid mempertahankan diri dengan mengatakan tidak bersalah walaupun PKR mendedahkan bukti penglibatan tokoh korporat Umno dalam menyelesaikan pinjaman tersebut.

Awal tahun ini, PKR mengambil Langkah Kajang untuk menukar Khalid dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima pelbagai aduan tentang MB itu yang didakwa mentadbir negeri sesuka hatinya tanpa berunding dengan partinya, PKR atau pimpinan Pakatan.

Dia juga dikritik dalam caranya menangani beberapa isu lain seperti catuan air, rampasan Bible bahasa Malaysia dan Iban oleh Jais dan Lebuhraya Kinrara-Damansara.

Anwar sepatutnya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Kajang, tetapi rancangan itu tergendala selepas Mahkamah Rayuan mendapatinya bersalah dalam kes Liwat II yang melibatkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding untuk menggantikan Anwar, menang kerusi Dewan Undangan Negeri itu dan dipersetujui PKR sebagai paling layak menduduki kerusi MB Selangor.

Bagaimanapun, Khalid bertegas dia tidak akan mengundur diri sehingga penggalnya tamat.

Isu MB Selangor juga dikatakan menjadi salah satu punca populariti PR jatuh merudum di Selangor setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) setahun selepas PRU13 mendapati sokongan kepada PR jatuh kepada 35% berbanding 50% enam bulan sebelum pilihan raya.


ULASAN GB

Sbelum ini GB kata GB sudah lama menjangkakan Tan Sri Khalid akan tumbang. Ia bermula dari isu kenaikan gaji MB, Speaker, Exco dan ADUN Selangor yang mana semasa itu kita melihat betapa degil, sombong dan angkuhnya dia tidak mahu mendengar nasihat orang lain. Baca SINI.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. TSKI wajar dan akan tetap perlu berundur. Partinya sendiri telah menolaknya. Yang menyokongnya hanya sekerat dua pemimpin PAS Selangor yang umum telah tahu mereka sebenarnya adalah kumpulan yang mesra ataupun pro-UMNO, maaf cakap, saki-baki Hassan Ali.

Merekalah yang memberikan maklumat tidak tepat kepada Presiden PAS sehingga Presiden PAS mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang premature. Banyak hal yang GB boleh bongkar tentang PAS Selangor ini, tetapi biarlah hukum kebenaran dan keadilan itu berjalan sendiri. Ia lebih indah dan lebih baik tanpa sentuhan kita.

"Perwarnaan (celupan) Allah... siapakah yang lebih indah/lebih baik perwarnaannya selain Allah?" -Al-Baqarah 138

Tiada ulasan:

Catat Ulasan