Ahad, 10 Ogos 2014

SAPE YANG MEMENTINGKAN DIRI...UNTUK BELIAU JAGA KEDUDUKAN KE...BIAR SEMUA TAK DAPAT....BIAR PARTI LAIN AMBIK ALIH...ATAU NAK BAGI SEMUA ORANG SUSAH...AGAK2 KERANA APA....WALLAHU'ALAM.....PATUT TURUNLAH SECARA TERHORMAT

10:53AM - 10 Aug 2014

Khalid sanggup bubar DUN?


Peguam Syahredzan Johan berpendapat, pemecatan Khalid tidak menjejaskan kedudukan sebagai menteri besar selagi  mendapat sokongan majoriti di DUN.

Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat dijangka akan menggerakkan usaha untuk meraih sokongan dari kesemua 43 orang wakil rakyatnya, termasuk golongan yang setia dengan Khalid.

Pakatan seterusnya boleh mengemukakan usul tidak percaya ke atas Khalid di DUN apabila ia mendapat jumlah sokongan secukupnya, kata Syahredzan.

Khalid mesti cepat

Khalid bagaimanapun boleh mengatasi keadaan ini dengan memohon kepada sultan Selangor untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan, katanya.

"Beliau boleh memohon membubarkan Dewan tanpa mendapat undi tidak percaya atau apa-apa sokongan dari majoriti,” katanya lagi kepada Malaysiakini.

Jika itu pilihannya, Khalid perlu menjalankan usaha tersebut secepat mungkin kerana Malaysiakini difahamkan, baginda akan berangkat untuk kunjungan dua minggu di luar negara selepas majlis dengan menteri besar itu esok.

Walaupun raja muda boleh membubarkan DUN ketika pemergian baginda, Syahredzan berpendapat keadaaan itu mungkin tidak berlaku.

"Saya bayangkan apabila menangani perkara seperti ini, sultan mahu ia dijalankan oleh dirinya sendiri,” kata Syahredzan lagi.

Abdul Khalid dalam kenyataannya lewat petang ini menyebut, beliau akan bertemu dengan sultan untuk mendapatkan pandangan, namun tidak menyebut mengenai pembubaran DUN.

Bukan kerajaan Pakatan

Pakar perlembagaan pula, Abdul Aziz Bari berpendapat, sultan juga mempunyai peranan dan tidak hanya mengikut permintaan menteri besar.

"Apabila menteri besar dipecat dari parti, kemungkinan besar beliau kehilangan sokongan.”

Maka sultan boleh meminta Khalid mendapatkan sokongan majoriti di Dewan dan bukannya memohon untuk membubarkan DUN, katanya.

Tambahnya, Khalid kemudiannya boleh meletak jawatan atau dipecat oleh sultan sekiranya Dewan tidak memberi sokongan majoriti.

Dan sekiranya Khalid tetap dapat mengekalkan sokongan majoriti ke atasnya?

"Kalau begitu, Khalid boleh kekal sebagai menteri besar, namun kena ingat, dia bukan lagi dalam kerajaan Pakatan.

"Semua anggota exconya juga perlu meletak jawatan kerana kerajaan dibentuk melalui Pakatan Rakyat dan Khalid perlu mengemukakan senarai anggota exco baru kepada sultan,” katanya lagi.

kalau di ajak rayat untuk memberi pandangan mengenai bajet 2015 kerajaan sudah tentu rakyat mempersoalkan mengenai GST yang bakal tiba,akan tetapi jawapan sudah pun di ketengahkan..!!! Nak buat macam mana??? wash your brain !!!
LikeLike · ·
mengapa korang riak???menpapa korang gelak??? mengapa korang nak mengapi-apikan parti lain???korang kena ingat parti korang pun pernah melakukannya!!! wash youq brain!!! ingat jangan tak ingat kisah lampau moohhh!!!
LikeLike · ·
Akar umbi anggap tindakan pecat Khalid tepat
Khalid Ibrahim secara jelas telah melanggar disiplin parti.
sokongSHAH ALAM: Tindakan Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong yang telah memecat Tan Sri Abdul Khalid dari menjadi ahli seumur hidup PKR merupakan satu tindakan yang tepat dan adil kata Naib Ketua Cabang Kuala Selangor, Nor Azhar Jamil.
Menurutnya, sebagai seorang pemimpin, beliau seharusnya mengutamakan kepentingan ahli-ahlinya sendiri selain tidak melupakan arahan-arahan yang diberikan oleh pihak parti.
“Bagi ahli parti di akar umbi, berita mengenai pemecatan Khalid kami anggap sebagai satu tindakan yang tepat kerana beliau secara jelas telah melanggar disiplin parti.
“Walaupun diberi masa untuk tampil memberi penjelasan, beliau masih enggan dan berdegil untuk melakukan yang demikian.
“Di peringkat cabang pula, Khalid tidak pernah menghiraukan kawasannya serta sering mengabaikan tanggungjawab,” ujarnya sewaktu ditemubual oleh FMT.
Azhar turut menjelaskan bahawa pihaknya menyokong sekiranya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana ahli yang melanggar disiplin tanpa mengira jawatan.
Dalam masa yang sama, beliau turut menjelaskan di peringkat Cabang Kuala Selangor, pihaknya telah menetapkan resolusi untuk sebulat suara menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjadi Menteri Besar yang baharu.
Selain itu, bagi Azril Idris yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kuala Selangor, selama enam tahun ini Khalid tidak pernah ambil kisah tentang AMK dicabangnya.
“Selama enam tahun, Pemuda tidak mempunyai apa-apa aktiviti kerana Khalid tidak pernah menghiraukan tentang pemuda,” ujarnya.
LikeLike · ·


Assalamualaikum wbrt.
Minta penjelasan pada semua yg selalu menyeru mengatakan BERTUDUNG MENUTUP AURAT ADALAH CONTOH MUSLIMAH.
SILA JELASKAN APAKAH INI DIMAKSUDKAN BERTUDUNG SATU KEWAJIBAN SEDANGKAN SELEBIHNYA TERBUKA, DIKATAKAN SEHELAI RAMBUT ADALAH HARAM DIPERLIHATKAN PADA UMUM, SEDANGKAN SELEBIHNYA ADALAH HALAL!
maka perhatikan lah setiap kata kata kamu, sebelum kamu memalukan institusi ISLAM. Muasabah diri adalah amalan seorg muslim. Kepada para wanita hormati lah diri anda, hargailah fitrah kecantikan diri mu HANYA UTK SUAMI MU SAHAJA. Elakkan lah diri mu dijadikan bahan api neraka kemudian kelak.
Nik Aziz: PAS tak campur PKR pecat Khalid
Pemecatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada kaitan dengan PAS, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Itu dia (PKR) punya pasal, saya tidak boleh ganggu," katanya ketika diminta mengulas pemecatan Abdul Khalid daripada parti itu hari ini.
"PKR boleh buang orangnya, kita tidak campur," katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kota Bharu malam ini.
Nik Abdul Aziz juga berkata Majlis Syura Ulama PAS tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
"Tidak terima (keputusan Majlis Syura Ulama PAS) itu dia punya pasal," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keputusan Majlis Syura Ulama PAS untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar (MB) Selangor tidak mempengaruhi PKR dalam isu itu.
-Bernama
LikeLike · ·

HASAN ALI DIPECAT BUKAN SEBAB ANWAR


15 Safar 1433 H | 10 January 2012

PAS menegaskan pemecatan keanggotaan Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahli parti itu bukan berpunca daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kerana kesalahan sendiri.

Ketua Penerangan PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
 berkata, Anwar tiada kaitan dengan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat kelmarin.

“Banyak sebab lain dan untuk memecat keanggotaan ahli ia melibatkan barisan kepimpinan parti dan langkah ini diambil disebabkan tindakan-tindakan yang dianggap merugikan parti.


“Keahlian boleh dipecat jika melakukan tindakan merugikan parti... Anwar tiada kena mengena dalam membuat keputusan dan ia tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana keputusan ini dibincangkan dan dicapai secara bersama,” katanya kepada
 The Malaysian Insider.

Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan exco kerajaan negeri Selangor sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan yang 'menongkah arus'.


Terbaru beliau menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda. 
Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan. Ekoran pemecatan itu Hasan berkata keputusan itu berpunca daripada Anwar.

Tuan Ibrahim menambah sekiranya Hasan tidak berpuas hati dengan keputusan itu beliau boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 30 hari.


“Keputusan ini sebulat suara... tiada pandangan berbeza.

 

“Kalau tidak berpuas hati beliau perlu hantar rayuan kepada Majlis Syura Ulama,” katanya. - themalaysianinsider

Abdullah tidak letak jawatan, tetapi diundurkan

PENGUNDURAN Tun Abdullah Ahmad Badawi dari jawatan Perdana Menteri 3 April lepas, menggambarkan seolah-olahnya beliau seorang pemimpin yang amat berjiwa besar kerana sanggup berundur dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Abdullah kononnya dipuji kerana sanggup mengorbankan kepentingan peribadi dan mengutamakan kepentingan parti dan negara, dengan memberi laluan kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai PM-ke 6

Jika ditanya hati kecil Abdullah, sudah tentu beliau mahu meneruskan tugas sebagai PM kerana masih ada banyak lagi tugas beliau yang belum selesai.

Di zamannya, banyak program Rancangan Malaysia ke 9, koridor-koridor ekonomi yang beribu bilion ringgit serta beberapa suruhanjaya yang masih belum sempurna tugasnya.

Namun, Abdullah terpaksa berundur dengan cara terhormat, jika tidak mungkin beliau akan diturunkan daripada Umno dan kerajaan dengan cara yang mengaibkan.

Turunnya Abdullah daripada jawatan PM dan Presiden Umno, dibuat genap setahun selepas akhbar Utusan Malaysia menyiarkan gesaan Naib Presiden Umno (ketika itu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Abdullah meletakkan jawatan.

Desakan terhadap Abdullah dibuat, sehari selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008, mencatatkan rekod paling buruk BN dalam sejarah politik Malaysia.

PRU 8 Mac turut mencatat titik hitam pada karier politik Abdullah, kerana tidak sampai sepenggal BN menang bergaya sehingga menyapu bersih hampir 90 peratus dari kerusi Parlimen pada PRU 2004, BN telah kehilangan majoriti dua pertiga.

Pada satu ketika Abdullah dilihat terlalu berkuasa, sebagai PM dan Presiden Umno yang mencatat rekod politik paling baik bagi BN, di satu ketika yang lain selepas 8 Mac 2008 kepimpinannya tidak diperlukan lagi oleh Umno.

Memang Melayu Umno terlalu mudah lupa. Tetapi rakyat tidak pernah lupa, bagaimana Abdullah dan menantunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dihina dan diherdik ahli-ahli Umno akibat kegagalan BN dalam PRU 2008.

Di antara Oktober 2003 sehingga Mac 2008, Abdullah dan Khairy adalah antara orang yang paling ditakuti dalam Umno, namun akibat prestasi paling buruk Umno-BN tahun lalu, kedua-duanya menjadi orang yang paling dibenci dalam Umno.

Sebaik Tun Dr Mahathir Mohamad mencanangkan gesaan supaya Abdullah berundur dari jawatan Presiden Umno dan PM, Muhyiddin menyambutnya.

Bukan sekadar Muhyiddin, pemimpin-pemimpin Umno di peringkat cawangan, bahagian dan negeri, tanpa segan silu, secara terbuka menggesa Abdullah berundur segera.

Dalam pertemuan sebagai post-mortem yang diketuai Najib dan Muhyiddin, Perhubungan Umno Negeri dari Perlis hingga Sabah, menggesa pengunduran Abdullah secara terbuka.

Cuma Perhubungan Umno Selangor sahaja yang 'kurang menekan' Abdullah kerana sebelum pertemuan itu, pengerusinya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dikatakan sudah memberikan taklimat, melarang isu pengunduran disentuh.

Akibat gesaan yang maha hebat itu, grup yang menyokong Khairy mula bertindak. Mereka menghimpunkan beratus-ratus orang di Putrajaya, menjerit dan melaungkan 'Hidup Pak Lah' berpuluh-puluh kali.

Abdullah semakin bersemangat dengan sokongan sia-sia juak-juaknya. Maka Abdullah menegaskan berulangkali bahawa beliau tetap enggan berundur.

Namun desakan demi desakan berterusan, Abdullah tiada pilihan lain, selain membuat 'deal' dengan Najib. Orang-orang Najib mula berunding dengan Khairy dan mengemukakan pelbagai tuntutan berjadual bagi mempercepatkan proses pengunduran Abdullah.

Majlis Tertinggi Umno turut membuat 'retreat' di Shah Alam, dan hasil 'retreat' menunjukkan Abdullah terpaksa akur dengan kehendak majoriti anggota MT yang mahukan beliau berundur. Tersebar luas di kalangan orang media bahawa Abdullah sudah mahu berundur.

Bagaimanapun, selepas kembalinya Abdullah ke Putrajaya selepas 'retreat', Abdullah seolah-olah disuntik seseorang dengan nafas baru. Beliau terus membuat pengumuman beliau tidak akan berundur sebagai PM dan akan terus bertanding untuk mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Umno bagi penggal kedua.

Menjelang mesyuarat MT selepas itu, orang-orang Abdullah sekali lagi dikumpulkan di PWTC, membawa sepanduk dan melaungkan slogan 'Hidup Pak Lah', 'Pak Lah jangan undur' dan sebagainya.

Tidak kurang juga ada yang mencemuh beberapa orang pemimpin yang dikatakan terlalu celupar dan kurang ajar kepada Abdullah.

Bagaimana kuat pun sokongan terhadap Abdullah, tidak mampu menghalang arus dalam Umno yang tidak mahukan Abdullah dan Khairy. Abdullah terpaksa menetapkan tarikh pengundurannya.

Abdullah takut dimalukan jika tiada siapa yang mahu mencalonkannya sebagai Presiden. Maka Perhimpunan Agung Umno 2008 dianjakkan kepada Mac 2009.

Semua hakikat dan fakta ini tidak boleh ditipu. Umno tidak boleh 'menutup pekung' bahawa mereka memang menolak Abdullah, Khairy dan kroni-kroni.

Abdullah terpaksa berundur dengan cara yang terhormat, selepas menerima penghinaan yang begitu teruk dari kalangan ahli-ahli Umno. Inilah cara mereka menghormati pemimpin.

(Harakahdaily, 6 April 2009)

Mukhriz hantar surat minta PM Abdullah letak jawatan

Petang Rabu 12 Mac 2008, empat hari setelah Negara dikejutkan dengan keputusan Pilihanraya Umum ke XII, Ahli Parlimen Jerlun YB Dato’ Mukhriz Mahathir telah menghantar sepucuk surat peribadi meminta PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan semua jawatan termasuk Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia.
Surat ini telah disalin kepada Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Wira Mohd. Ali Rustam, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO dan Dato’ Seri Radzi Sheikh Ahmad, Setiausaha Agung UMNO.
suratmukhriz01.jpg
suratmukhriz02.jpg

Muhammad Haji Muhd Taib

Mukhriz yang berterima kasih kerana diberi kepercayaan bertanding di P005 Jerlun atas tiket Barisan Nasional menjangkakan akan menerima kesan negatif kerana surat ini, termasuk risiko dipecat sebagai ahli UMNO.
Tan Sri Muhammad bin Haji Muhammad Taib (dikenali dengan gelaran Mat Taib) ialah bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga bekas Menteri Besar Selangor. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2009, beliau dipilih menjadi calon Timbalan Presiden UMNO tetapi tewas di tangan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Di peringkat akar umbi, beliau masih lagi ketua UMNO bahagian Kelana Jaya.

Latarbelakang

Peribadi

Beliau lahir di Kampung Sungai Manggis, Kuala Kalumpang, Hulu Selangor, Selangor pada 29 Julai 1945.Beliau pernah mengajar di SMK Kuala Kubu Baru, Selangor. Beliau melanjutkan pelajaran beliau di Universiti Malaya. Beliau telah berkahwin dengan Puan Sri Asbi Rohani Asnan. Beliau juga berkahwin tetapi kemudiannya bercerai dengan Tengku Puteri Zahariah binti Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (Kuyah) yang juga merupakan puteri almarhum Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Politik

Beliau pernah menjadi Menteri Besar Selangor dari 1986 hingga 1997. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Selangor bagi penggal 1982, 1986, 1990 dan 1995.
Beliau pernah dilantik sebagai Senator di Dewan Negara dari 2006 hingga 2009.

Jawatan

  • Menteri Besar Selangor (1986 – 1997)
  • Naib Presiden UMNO (2000-2003)
  • Ketua Penerangan UMNO (Mac 2008 - April 2009)
  • Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (Mac 2008 - 9 April 2009)

Kontroversi

Perkahwinan dengan Tengku Zahariah

Tengku Puteri Zahariah binti Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (Kuyah) merupakan puteri Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah. Dikatakan beliau telah membayar denda mutaah sebanyak RM16 juta apabila mereka bercerai. Perkahwinan mereka dilakukan di hadapan jurunikah di Kampong Tak Bai, Narathiwat, Thailand pada 17 Julai 1987 [perlu rujukan]. Lokasi tersebut di antara Rantau Panjang dan terpaksa menyeberangani Sungai Golok, sebelah Thailand. Sebenarnya Sultan Selangor tidak setuju dengan perkahwinan ini walaupun Kuyah pernah berkahwin sebelum itu dengan Syed Amir Zainal-Abidin ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 23 September 1971 dan mempunyai anak seperti Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail.

Membawa wang keluar negara

Pada 11 April 1998, beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbae memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke Australia. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Brisbane, Australia pada 16 Disember 1996 kerana tidak mengisytiharkan wang milik adiknya untuk membeli tanah di Queensland . Wang tunai tersebut dalam bentuk ringgit Singapura, Malaysia dan New Zealand. Beliau didakwa di dibawah Financial Transaction Reports Act 1988, Australia. [1]
Perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brisbane pada 19 Ogos 1997 kerana gagal memaklumkan membawa wang lebih A$5,000 . Beliau dan isterinya menginap beberapa minggu di Brisbane dan berhasrat membina rumah mewah di Gold Coast , barat Queensland di atas tanah seluas 4,500 hektar. Selepas itu beliau terbang ke New Zealand. Tanah di Sovereign Island itu didaftarkan atas nama isterinya Asbi Rohani Binti Asnan yang dibeli setahun sebelum itu dengan harga $3 juta. [2][3]
Dokumen menunjukkan tanah seluas 573 meter persegi di Pakurunga 18 Jun 1996; Tanah 1713 meter persegi di Otahuhu dibeli pada 27 November 1996 pada harga $550,000; dan 4 keping tanah di Mataitai seluas 144 hektardibeli pada 29 November 29 1996 dan 11 Mac 1997. Tanah di Pakurunga dibayar oleh Hasan Bin Muhamad Taib, adik kepada Tan Sri Muhammad dengan harga $520,000 pada 1990 di Singapura.[4]
Kontroversi timbul kerana biasanya jual beli tanah tidak melibatkan wang tunai , sebaliknya cek atau kad kredit sahaja sahaja. Apakah benar wang itu milik adiknya sungguhpun adiknya benar-benar kaya. Anehnya dia selaku Menteri Besar Selangor telah ditugaskan sebagai pegawai keselamatan kewangan. Kes ini terlepas begitu sahaja kerana tidak ada rekod bank atau individu untuk dirujuk kebenarannya. Jadi membawa wang tunai ini telah dirancang dengan teliti olehnya.
Sewaktu memberi keterangan dalam mahkamah, beliau dilaporkan memberikan alasan tidak memahami bahasa Inggeris dan kemudiannya didapati tidak bersalah.

30 November 2007


DATUK SERI HARUN IDRIS DALAM KENANGAN

ALLAHYARHAM DATUK SERI HARUN BIN IDRIS LAHIR PADA 22HB DISEMBER 1925. KALAU BELIAU MASIH HIDUP UMURNYA HARI INI IALAH 82 TAHUN

MENYEBUT TENTANG NAMA DATUK SERI HARUN RAMAILAH RAKYAT SELURUH MALAYSIA AMNYA DAN ORANG MELAYU KHASNYA YANG MASIH INGAT JASA BELIAU YANG BANYAK KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

BELIAULAH YANG MENGAMBIL DAYA INISIATIF MENYEDIAKAN TAPAK UNTUK UNVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) DI BANGI SELUAS 1,100 HEKTAR ATAU LEBIH KURANG 2,600 EKAR SEBAGAI TAPAK INDUK UNIVERSITI TERSEBUT. PIHAK UKM HARUS PEKA HAL INI DAN MEMBERIKAN PENGHURMATAN YANG SESUAI KEPADA SEORANG PEMIMPIN MELAYU YANG BANYAK BERJASA DALAM MEREALITIKAN KONSEP UNIVERSITI TERSEBUT.

ORANG MELAYU DAN RAKYAT SELANGOR TENTUNYA MENGENANG JASA BELIAU SEMASA BELIAU MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR YANG PALING LAMA DALAM SEJARAH SELANGOR IAITU SELAMA DUA BELAS TAHUN. BELIAU MENJADI MB DARI 1964 SEHINGGA 1976. MB SELANGOR YANG KEDUA LAMANYA BERKHIDMAT IALAH TAN SRI MUHAMMAD BIN HAJI MUHAMMAD TAIB IATU DARI 1986 SEHINGGA 1997 SELAMA SEBELAS TAHUN.

SAYA SENDIRI TELAH DIBANTU OLEH ALLAHYARHAM BILA SAYA INGIN, SELEPAS BERKHIDMAT DI KEMENTERIAN PERTAHANAN (KEMENTAH) SELAMA TIGA TAHUN, MELANJUTKAN PELAJARAN SAYA KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA UNTUK MENGIKUTI IJAZAH SAINS SOSIAL DALAM BIDANG SAINS POLITIK.

SAYA MASIH INGAT LAGI BELIAU TELAH MELULUSKAN BIASISWA KEPADA SAYA BILA SAYA DAN AYAH SAYA PERGI BERJUMPA DENGAN NYA DI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI(SUK) DI BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD DI KUALA LUMPUR. MASA ITU BANGUNAN SULTAN SULTAN SALLEHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH(SSAS) DI SHAH ALAM MASIH BELUM DIBINA LAGI.

DATUK SERI HARUN MERUPAKAN SEORANG NASIONALIS YANG TULEN TAPI SEBAGAI SEORANG LULUSAN UNDANG-UNDANG, IA SENANTIASA BERGERAK DALAM LENGKUNGAN UNDANG-UNDANG .

WALAUPUN PADA MULANYA BELIAU DI TUDUH MEMULAKAN INSIDEN 13 MEI 1969 TAPI FAKTA-FAKTA SEJARAH KEMUDIANNYA MEMBERSIHKAN NAMA BELIAU.

MENGIKUT TUN HANIF OMAR, PENGARAH CAWANGAN KHAS POLIS MALAYSIA PADA MASA ITU, DAN KEMUDIANNYA DILANTIK SEBAGAI KETUA POLIS NEGARA, BELIAU TELAH DI TUGASKAN OLEH TUN ABDUL RAZAK DAN TUN DR ISMAIL BERSAMA TUN TAN TAN SIEW SIN DAN TUN SAMBANTHAN UNTUK MENYISAT MENGENAI BERITA ANGIN YANG MENGATAKAN BAHWA DATUK SERI HARUN LAH YANG BERTANGGUNGJAWAB BERLAKUNYA PERISTIWA 13 MEI 1969.

TUN DR ISMAIL SECARA PERIBADI TELAH MENUDUH DATUK SERI HARUN YANG MERANCANG PEMBUNUHAN RAMAI ORANG CINA DAN INDIA DAN SEDANG MASA ITU BERFIKIR UNTUK MENANGKAPNYA.

PAGI TERSEBUT, MENGIKUT TUN HANIF LAGI, DATUK SERI HARUN TELAH MENERIMA SATU PANGGILAN TALIPON DARI PEMIMPIN GERAKAN SELANGOR, DR TAN CHEE KOON YANG MEMBERI TAHUNYA BAHAWA GERAKAN AKAN MENYOKONG PENUBUHAN KERAJAAN BARU NEGERI SELANGOR DIBAWAH KEPIMPINAN DATO SERI HARUN SEBAGAI MENTERI BESAR .

JADI DENGAN SOKONGAN YANG DIBERI OLEH PARTI GERAKAN, PERSOALANNYA APAKAH DATUK SERI HARUN AKAN MEMBUAT SEBARANG KACAU BILAU. SEBAGAI MENTERI BESAR, PRIORIT BELIAU IALAH MENUBUHKAN KERAJAAN BARU UNTUK NEGERI SELANGOR SELEPAS PILIHANRAYA UMUM 1969.

JADI FAKTA SEJARAH ADALAH JELAS BAHWA TERCETUSNYA PERISTIWA 13 MEI BUKANLAH DIDALANGI OLEH SESIAPA. IA ADALAH REAKSI ORANG MELAYU KEPADA PROVOKASI PADA 12 MEI 1969 OLEH PENYOKONG-PENYOKONG PARTI PEMBANGKANG SEPERTI DAP, GERAKAN DAN BARISAN SOSIALIS BILA MEREKA MENANG SAMA BANYAK DENGAN PERIKATAN DI SELANGOR PADA PILIHANRAYA UMUM YANG DIADAKAN PADA 11 MEI 1969.

PERLAKUAN PENYOKONG-PENYOKONG PEMBANGKANG ITU BEGITU JIJIK DAN MENJELIKKAN ORANG MELAYU. IA MENIMBULKAN KEMARAHAN YANG AMAT SANGAT DI SUBCONCIOUSE SETIAP ORANG MELAYU KHAS DAN MASYARAKAT MELAYU AMNYA. SEPATUTNYA SEBAGAI SEORANG MELAYU TUN DR ISMAIL MESTILAH PEKA HAL INI WALAUPUN KITA TAHU IBU BELIAU ADALAH SEORANG CINA MUAALAF.

PERASAAN YANG MEMBARA INI MEMERLUKAN SEDIKIT SAJA ASBAB UNTUK MENJADIKANNYA MELETUP BESAR DAN LUAS. BAK KATA ORANG INGGERIS "THE LAST STRAW THAT BREAKS THE CAMEL'S BACK". DALAM HAL INI ASJABNYA IALAH TERSIBAR DENGAN MELUASNYA BERITA YANG PERARAKAN PENYOKONG PERIKATAN/UMNO TELAH DISERANG OLEH KAUM CINA DI SETAPAK.

PENYOKONG PERIKATAN DAN UMNO YANG MULANYA BERKUMPUL DI HADAPAN RUMAH RESMI MB HANYALAH SEBAGAI SIMBOL REAKSI TIDAK PUAS HATI UNTUK MENUNJUKKAN KEMARAHAN ORANG MELAYU KEATAS PERLAKUAN PARTI PEMBANGKANG PADA HARI SEBELUMNYA (12 MEI) .

SETELAH TERSIBARNYA DENGAN MELUAS BERITA ORANG MELAYU DISERANG DI SETAPAK, KUMPULAN MAKNUSIA MELAYU ITU MULA BERGERAK DENGAN SENDIRINYA DAN TANPA APA-APA PIMPINAN DISEBABKAN PERAAN KEMARAHAN YANG AMAT SANGAT DI KALANGAN ORANG MELAYU. APA YANG BERLAKU KEMUDIAN ADALAH SEJARAH YANG PENTING DALAM NEGARA KITA YANG MEMBAWA KEPADA BANYAK IMPLIKASI DAN PERTUKARAN APPROACH.

DATO SERI HARUN TELAH BANYAK MENABURKAN JASA KEPADA NEGERI DAN RAKYAT SELANGOR DAN POLITIK NASIONAL DALAM PERANANNYA SEBAGAI KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA.

NAMUM BEGITU NEGERI SELANGOR DAN NEGARA MALAYSIA BELUM ATAU MASIAH TIDAK MENUNJUKKAN DAN MEMBERIKAN APA-APA PERINGATAN YANG SETIMPAL DENGAN JASA-JASANYA. SEDANGKAN PEMIMPIN YANG BOLEH DIPERTIKAIKAN JASA MEREKA DIBERIKAN PENGHORMATAN YANG TINGGI.

ALLAHYARHAM SEPATUTNYA DISEMADIKAN DI TANAH PERKUBURAN PAHLAWAN DI MESJID NEGARA BERSAMA-SAMA RAKAN SEPERJUANGANNYA SEPERTI ALLAHYARHAM TAN SRI SYED JAAFAR ALBAR, DAN LAIN-LAIN PEMIMPIN.

KEDUANYA KERAJAAN NEGERI SELANGOR HARUSLAH MENDIRIKAN SEBUAH MEMORIAL MEPERINGATI JASA-JASA BELIAU KEPADA SELANGOR DAN KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

ALFATIHAH!

21 April 2014


PUNCA MB TERENGGANU AKAN DITUKAR TERSEBAR......


Kenapa Ahmad Said Yang Perlu Digugurkan? Adakah Najib Berani Lakukan......



Ura-ura pertukaran jawatan tiga orang Menteri Besar sudah mula diperkatakan walaupun sebelum ini, sekurang-kurangnya dua nama telah dinaikkan iaitu Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said dan Menteri Besar Pahang bagi pertukaran.

Antara faktor-faktor penyebab kepada pertukaran tersebut adalah pertelingkahan dalaman yang menyaksikan cantasan dan tikam belakang berlaku di kalangan sesama sendiri sehingga mengakibatkan prestasi UMNO dan Barisan Nasional di negeri masing-masing berada pada tahap paling rendah.

Namun apa yang berlaku sebenarnya adalah sikap iri hati, dengki dan tamak haloba, merupakan perkara paling penting dalam proses pertukaran ini
.

Kita ambil contoh Terengganu.

Memang benar pada tahun 2004, Terengganu di bawah Idris Jusoh berada di puncak dengan kemenangan besar yang telah menyapu PAS keluar dari pentadbiran negeri. Namun apa yang berlaku selepas itu amat menyedihkan. Walaupun banyak pembangunan dan rancangan ekonomi telah dibuat oleh Idris Jusoh, namun pada masa yang sama, segala perancangan tersebut turut datang bersama-sama liabiliti yang boleh meruntuhkan negeri itu sendiri.

Perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Idris Jusoh pada mulanya mendapat tentangan daripada ADUN-ADUN BN Terengganu yang sudah biasa makan dan dimanjakan di tangan Idris Jusoh. Bagaimanapun, tentangan dilihat sedikit reda kerana masing-masing begitu takut tidak terpilih sebagai calon pada PRU-13.

Senarai nama-nama calon PRU-13 Terengganu akhirnya menunjukkan bahawa percaturan di Terengganu sebenarnya lebih merugikan berbanding keinginan untuk menguasai negeri tersebut. Perubahan pada saat-saat akhir dan ketiadaan kuasa pada Menteri Besar Terengganu yang merupakan Pengerusi Perhubungan Negeri, menunjukkan bahawa ada pihak yang masih bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar negeri itu.

Pertelingkahan itu masih berpanjangan sehingga sekarang. Individu berkenaan menggunakan kesempatannya rapat dengan Perdana Menteri untuk ‘memberi nasihat’ tentang penyingkiran Mat Said yang dikatakan tidak mampu menyatukan UMNO Terengganu.

Baca sepenuh di Selangor Chronicle SINI

Dikhabarkan ketika Ahmad Said bertemu Perdana Menteri Dato Najib untuk bincang senarai calun, dia membawa calun yang mana telah dijalankan survey dan risikan latarbelakang.

Sebaik saja dia masuk, Ahmad Said diberitahu senarai Terengganu tak perlu nak bincang dan sudah siap. Maka Ahmad Said tidak dapat buat apa-apa dan pertemuan itu memakan masa 15 minit saja.

Jika Ahmad Said mahu dikambing hitamkan, ianya satu ketidak adilan kerana bukan dia yang patut dipersalahkan hingga majoriti Terengganu hanya tinggal dua kerusi.

Pasti cadangan calun datang dari seseorang yang telah menasihati PM dan bukan dari PM sendiri. Namun begitu, harus diingat bahawa PM yang membuat keputusan tentang senarai calun dan bukan Ahmad Said atau Penasihat.

Tindakan menyingkir Ahmad Said kerana keputusan piihanraya umum pun tidak bijak kerana pihak yang mengetahui tahu bahawa salahnya adalah PM dan akan tmbul desas desus kata PM pun patut diguguran kerana tidak dapat 2/3 Parlimen dan kekalahan Selangor lebih teruk.

Harap difaham bahawa ketika pentadbiran di bawah Dato Idris Jusoh, diakui bahawa Terengganu telah banyak mencapai kemajuan dan pembangunan fizikal. Tetapi adakalanya Idris Jusoh terlalu laju dan jauh ke depan untuk difahami dan diterima rakyat.

Pembangunan ketika itu pun terlalu deras hingga banyak kesilapan pun turut berlaku. Ada baiknya Terengganu consolidate dahulu sebelum melonjak lebih laju. Buat masa ini, sentuhan rakyat Ahmad Said sedang diterima ramai dan belum tahu letak pengganti lain akan dapat mengekang kemaraan PAS.

Tuesday, December 11


APA SEBAB SEBENAR ANWAR DIPECAT


Menilai Kembali Barisan Nasional
Manifesto Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum ke-9 pada tahun 1995 bertemakan, "Berwawasan,
Adil dan Efisien,". BN berjaya memenangi 162 kerusi Parlimen dan 338 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Dalam pilihanraya umum tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam kerajaan. Beliaulah Menteri
Kewangan, Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.
Anwar Ibrahim memberi sumbangan yang besar dalam kemenangan besar BN itu. Pilihanraya 1995 itu
merupakan pilihanraya umum yang pertama sejak Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Harapan rakyat kepadanya untuk membawa perubahan adalah tinggi. Dia dilihat sebagai bakal Perdana
Menteri.
Rasuah Di Kalangan Pemimpin Kerajaan BN
Tetapi Anwar gagal untuk membawa perubahan dalam Umno dan BN yang memerintah itu. Pada 2
September 1998, lima tahun selepas dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar disingkirkan dari
jawatan dan kini merengkok dalam penjara. Tuduhan salahguna kuasa polis dan salahlaku seks direka-reka
semata-mata.
Isu sebenar ialah rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan yang dilakukan oleh pucuk
pimpinan tertinggi dalam kerajaan BN itu sendiri. Perdana Menteri dan menteri-menteri kanan yang
rapat dengan Perdana Menteri itu adalah pelaku-pelaku utama rasuah dan penyelewengan itu.
Anwar Lancarkan Perang Lawan Rasuah
Anwar cuba melancarkan perang untuk membasmi rasuah dan penyelewengan itu. Ketika beliau memangku
jawatan Pemangku Perdana Menteri beberapa minggu ketika Dr Mahathir Mohamad bercuti di luar negara,
Anwar Ibrahim telah membentangkan Akta Pencegahan Rasuah Tahun 1997. Inilah kesalahan
besar Anwar yang tidak dapat dimaafkan oleh Perdana Menteri dan mereka yang bersubahat dengan
Perdana Menteri. Mereka berasa tidak selamat dan terancam dengan Pindaan Akta Pencegahan Rasuah
1997 itu.
Kenapa? Kerana Akta itu boleh mengheret seseorang Menteri yang telah berhenti dari jawatannya
ke mahkamah jika ada dakwaan kukuh dia berlaku rasuah semasa memegang jawatan Menteri
itu dulu. Akta itu memberi tempoh 10 tahun selepas berhenti untuk mendakwa Menteri yang berlaku rasuah
itu.
Menteri-Menteri Rasuah Cemas
Akta sebelumnya tidak memberi peruntukan sedemikian. Jika seseorang Menteri itu sudah kenyang
membuat rasuah, dia boleh memilih meletak jawatan. Selepas itu, dia selamat dari dakwaan kerana tidak
ada peruntukan bagi Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk mendakwa Menteri berkenaan. Jika hendak
didakwa seseorang Menteri yang rasuah, mestilah didakwa sebelum ia sempat meninggalkan jawatannya.
Pindaan inilah yang menjadi Menteri-Menteri yang melakukan rasuah berasa cemas. Mereka bimbang
jika tiada Mahathir dan Anwar menjadi Perdana Menteri, Anwar akan menggunakan Akta
Pencegahan Rasuah 1997 itu untuk mendakwa mereka. Inilah kesalahan utama Anwar bagi mereka.
Konspirasi Peringkat Tertinggi Bermula
Lalu selepas itu, rintitan sejarah pun terjadi seperti diketahui umum. Surat-surat layang bermula. Buku 50
Dalil dikarang dengan tergesa-gesa, tuduhan liwat dan salahlaku seks dicambah, ditetaskan dan dibiakkan.
Daim Zainuddin, Megat Junid, Rahim Thamby Chik, Aziz Shamsuddin, Zela Jalil, Ummi Hafilda, Azizan
Abu Bakar, Khalid Jeffri masing-masing bertemu, berbincang, merancang, menulis surat, janji-janji wang
dan kontrak bertukar tangan.
Kes Buku 50 Dalil Masih Tidak
Dibicarakan
Yang menulis buku 50 Dalil Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri masih
tidak dibicarakan di mahkamah atas tuduhan jenayah fitnah walaupun buku itu telah diputuskan
oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai memfitnah Anwar.
Anwar telah membuat tuntutan sivil ke atas buku tersebut. Dia berjaya. Injunksi telah diberikan oleh
mahkamah. Buku itu bersifat fitnah dan dilarang disebarkan. Pejabat Peguam Negara kemudian membuat
pertuduhan jenayah ke atas Khalid Jeffri yang menulis buku itu. Tetapi perbicaraan ke atas Khalid Jeffri
masih tidak diadakan. Hakim mahkamah yang memberi injunksi kepada Anwar Ibrahim
dipindahkan ke Johor Bahru. Mengapa ini semua berlaku? Tidak ada konspirasi?
Orang Yang Difitnah Yang Dipenjarakan
Sebaliknya Anwar Ibrahim, orang yang difitnah di dalam buku 50 Dalil itu yang dulu masuk penjara. Kenapa
tidak perbicaraan buku 50 Dalil itu dibicarakan dulu? Tidakkah Anwar lebih dahulu membawa saman malu
ke atas buku itu? Waktu itu beliau masih Timbalan Perdana Menteri?
Sudah dikeluarkan perintah injunksi buku 50 Dalil itu tidak boleh diedarkan pada umum, kenapa
Ibu Pejabat UMNO mengedarkan buku tersebut ke dalam beg-beg perwakilan Umno dalam
Perhimpunan Agung Umno Tahun 1998. Secara kebetulan? Tiada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar
dalam Umno?
Persubahatan Terjahat Bermula
Inilah bentuk keadilan sistem mahkamah yang tidak lagi bebas. Fitnah disebarkan dari Ibu Pejabat
UMNO sendiri. Konspirasi pun bermula. Ada orang bernama Ummi Hafilda yang tersepit kewangan kerana
banyak berhutang sanggup menulis surat kepada PM dan terlibat dengan konspirasi menjatuhkan Anwar.
Dia menafikan mempunyai masalah kewangan dalam perbicaraan Anwar. Tetapi Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur pada 6 Oktober lalu mengisytiharkan ummi Hafilda muflis kerana tidak
membayar bil RM300,000 untuk iklan demi memenuhi kontrak Megat Junid. Muflis ertinya
bangkerap. Balasan berlaku di depan mata.
Pemandu Tiba-Tiba Menjadi Pengarah
Syarikat
Ada pemandu kereta, yang pendidikan formalnya tidak seberapa, merebut tawaran menjadi
pengarah syarikat.  Dengan tiba-tiba, dia hidup mewah, punya syarikat dan pakai kereta mahal.
Mengapa? Kerana manusia bernama Azizan Abu Bakar ini sedia untuk bersubahat membuat kerja jahat
memfitnah Anwar kononnya meliwat. Sekarang, Azizan Abu Bakar sendiri terpenjara tiga bulan kerana
berkhalwat dan percubaan untuk melakukan persetubuhan haram. Tilamnya pula yang diusung
ke Mahkamah Syariah Alor Gajah, Melaka. Satu lagi pembalasan berlaku di hadapan mata.
Anwar Salahguna Kuasa?
Kesalahan Anwar bukan kerana kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekarang.
Juga bukan kesalahan salah guna kuasa ke atas Polis dalam perbicaraannya yang terdahulu sehingga
beliau dipenjara 6 tahun. Bagaimana Anwar hendak menyalahgunakan kuasa Polis sedang Polis tidak
terletak di bawah bidang kuasanya. Polis terletak di bawah Menteri Dalam Negeri. Waktu itu, Menteri Dalam
Negeri ialah Dr Mahathir Mohamad. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana
Menteri. Dia tidak ada kuasa ke atas Polis. Demikian hujah utama para peguam Anwar Ibrahim. Tetapi
Hakim Datuk Augustine Paul tetap menjatuhkan hukum mengikut skrip yang telah disiapkan. Benar salah,
tidak dihiraukan kerana hukumannya telah ada, iaitu Anwar mesti dipenjarakan. Anwar mesti
disimpan dalam penjara. Demikian kehendak orang nombor satu. Apabila Mahathir dipanggil ke
Mahkamah sebagai saksi, Hakim Augustine Paul tidak membenarkan. Kenapa?
Memerangi Rasuah Menerima Padah
Isu utama sehingga Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjara adalah kerana dia memerangi
perbuatan rasuah dan penyelewengan di dalam kerajaan BN. Bagaimana dia tahu rasuah dan
penyelewengan itu berlaku?
Pertama, Anwar sudah 16 tahun duduk dalam Kabinet. Bermula dengan jawatan rendah Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri selepas beliau memenangi Pilihanraya Umum tahun 1982. Kemudian, beliau
memegang pelbagai jawatan menteri. Dari Menteri Belia, Sukan dan Kebudayaan, Anwar kemudian
memegang jawatan Menteri Pertanian, Menteri Pendidikan dan akhirnya Menteri Kewangan. Beliau
kemudian menjadi Timbalan Perdana Menteri dan pernah memangku jawatan Perdana Menteri buat
beberapa ketika. Ertinya Anwar pernah berada di koridor kuasa begitu lama dan pernah duduk di tampuk
kekuasaan itu untuk beberapa ketika.
Mana Bukti Anwar Rasuah Wang?
Kalau Anwar sendiri berlaku rasuah, sudah tentu senang sahaja Mahathir heret dia ke mahkamah dan
dakwa Anwar. 16 tahun dalam kerajaan, bukannya tempoh yang pendek. Rasuah itu macam bangkai.
Bangkai berbau. Rasuah juga berbau.
Beranikah Anwar memerangi rasuah jika dia sendiri rasuah? Orang yang duduk di rumah kaca tidak
berani membaling batu ke rumah jirannya. Orang Melayu berkata, menepuk air di dulang terpercik ke muka
sendiri. Tetapi Anwar begitu tekad melawan rasuah. Kerana dia tidak duduk di rumah kaca dan dulangnya
kering bersih tak ada air. Kalau dia menepuk dulang tak ada air yang terpercik ke mukanya.
Salahkah Mempertahankan Marwah Diri?
Tuduhan rasuah yang dikenakan ke atas Anwar sehingga 6 tahun terpenjara adalah kerana dakwaan
kononnya beliau menyalahgunakan kuasa polis untuk menukar pengakuan Azizan Abu Bakar dan Ummi
Hafilda. Peguambela Anwar,  Raja Aziz Addruse berkata di mahkamah, apa salahnya seseorang yang tidak
berbuat salah melakukan usaha untuk menjaga nama baiknya dan membersihkan dirinya yang tidak
bersalah itu dari difitnah dan dicemar? Semua orang yang benar akan mempertahankan marwah dirinya
apabila nama dan maruahnya diperhina dan dimalukan. Demikian kata peguam terkenal itu. Malah,
Mahkamah Tinggi itu diberitahu bahawa Anwar tidak pernah mengarah-arah pihak Polis bagaimana untuk
melakukan kerjanya. Anwar sekadar membuat laporan polis akan tohmahan dan fitnah ke atas dirinya.
Kenapa Mahathir Dan Konco-Konconya Marah
Mana wang yang Anwar telah kebas dan selewengkan jika beliau melakukan rasuah selama menjadi
menteri dan orang nombor dua dalam kerajaan? Tidak ada. Tetapi Anwar mempunyai rekod yang banyak
tentang kes rasuah dan penyelewengan menteri-menteri dalam kerajaan. Ini yang menjadikan orang-orang
UMNO dan BN, terutama Mahathir dan konco-konconya, begitu marah kepada Anwar. Anwar dituduh cuba
membuka pekung di dada mereka.
Cara Anwar Mendapat Maklumat Tentang Penyelewengan
Bagaimana Anwar boleh mendapat akses akan segala dokumen dan laporan salahlaku rasuah dan
penyelwengan itu. Ada dua saluran sebenarnya. Anwar telah dilantik menjadi Pengerusi  Jawatankuasa
Kabinet tentang Penyelewengan di dalam kerajaan.
Kedua Anwar juga menjadi pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO (Baru). Apakah fungsi Pengerusi
Jawatankuasa Kabinet menentang penyelewengan di dalam kerajaan? Salah satu ialah Anwar menerima
segala macam aduan, komplen, laporan tentang kesalahan rasuah dan penyelewengan pegawai-pegawai
kerajaan dari yang kecil hingga setinggi-tingginya, termasuklah menteri-menteri dan Perdana Menteri
sendiri.
Tembelang Rasuah Menteri-Menteri BN Terdedah
Sebab itulah Anwar tahu sangat akan rasuah yang dilakukan oleh Daim Zainuddin, Rafidah Aziz, Rahim
Thamby Chik, Eric Chia, dan Mahathir sendiri. Anwar juga tahu rasuah yang didakwa berlaku ke atas Ketua
Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, Ketua EPU waktu itu, Tan Sri Ali Abul Hassan,
yang kini jadi Gabenor Bank Negara. Anwar juga dapat aduan akan tuduhan rasuah Peguam Negara
sekarang, Tan Sri Mohtar Abdullah. Anwar juga mendapat maklumat rasuah Samy Vellu dan Ling Liong
Sik.  Malah, rasuah Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan penyelewengan PM berhubung perniagaan
anak-anaknya semua berada dalam pengetahuan Anwar Ibrahim. Termasuk aduan rasmi kepada BPR akan
tiga orang anak PM yang memiliki lebih 200 buah syarikat.
Rasuah Di Kalangan Pemimpin Umno
Tidak itu sahaja. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno, Anwar Ibrahim juga menerima
bermacam-macam laporan dan aduan tentang perlakuan rasuah pemimpin-pemimpin Umno dari ahli-ahli
Umno sendiri. Seperti diketahui umum, perebutan kuasa dan jawatan dalam Umno sangat sengit.
Masing-masing semuanya ada kes rasuah dan penyelewengan, yang selama ini orang di luar Umno
hanya dapat mengagak secara rambang sahaja. Tetapi dalam proses perebutan jawatan Umno yang sengit
di peringkat Cawangan, Bahagian apatah lagi Majlis Tertinggi, maka bertaburlah bukan sahaja surat-surat
layang, tetapi laporan-laporan sah dan benar akan kes-kes rasuah yang dilakukan oleh orang-orang Umno,
terutama yang memegang jawatan kerajaan.
Wabak Rasuah Yang Menjolok Mata
Dengan sumber-sumber maklumat dari pelbagai aduan serta laporan, maka begitu jelas rasuah sudah
keterlaluan dalam kerajaan BN.  Perbuatan rasuah itu telah melibatkan wang negara dan rakyat bernilai
beribu-ribu juta ringgit. Anwar akhirnya merasakan gejala itu tidak boleh dibiarkan berterusan. Maka Anwar
pun bertindak. Apabila Mahathir tidak ada dalam negeri kerana bercuti, Anwar mengambil
kesempatan membentangkan Akta Pindaan Pencegahan Rasuah 1997. Adakah tindakan Anwar itu
salah? Adakah Anwar merugikan negara? Adakah Anwar menjadi agen asing kerana membentangkan
pindaan Akta Pencegahan Rasuah itu? Adakah Anwar mengkhianati bangsa, agama dan negara kerana
berbuat demikian?
Sanggup Terima Risiko
Adakah Anwar tidak sedar bahawa Mahathir akan marah kerana dia membawa pindaan itu ke Parlimen
ketika Mahathir tidak ada dalam negeri? Anwar sedar. Kalau Anwar jenis penakut menurut perintah macam
Abdullah Ahmad Badawi,  maka Anwar tentu tidak akan berani buat demikian. Tetapi Anwar berani
mengambil risiko. Yang utama baginya ialah perbuatan jahat mesti dihapuskan. Negara dan rakyat mesti
diutamakan.
Pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997
Bolehkah menghapuskan rasuah sekadar menghantar memorandum dan membuat usul-susul dalam
seminar sahaja?  Bolehkah membanteras rasuah sekadar menjerit-jerit sahaja? Hantar memorandum dan
menjerit itu pun penting. Tetapi membuat perubahan radikal dalam undang-undang adalah saluran yang
tepat. Inilah yang Anwar telah lakukan.
Rasuah tidak boleh ditentang sekadar dengan pujuk rayu dan ugut-ugut sahaja? Tidak boleh. Oleh kerana
negara berjalan atas dasar hukum dan undang-undang, jadi undang-undang rasuah itu mesti diperkuatkan,
diperluaskan bidang kuasanya dan dijadikan senjata yang berkesan untuk memerangi gejala yang
merosakkan itu. Inilah yang Anwar telah lakukan. Untuk itu, beliau dipecat, diseksa, dituduh dan kini
dipenjarakan.
Bijak Mengambil Kesempatan
Selepas pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu dibentangkan oleh Anwar di Parlimen dan diluluskan,
rakyat semakin yakin akan komitmen Anwar. Ini satu kejayaan politik Anwar. Memang Anwar pandai
mengambil kesempatan ketika Mahathir tiada dalam negeri. Dia orang politik yang bertanggungjawab.
Pandai mencari kesempatan terbaik untuk bertindak. Dia bukan pengikut membuta tuli. Tetapi kesempatan
yang dia ambil itu untuk keburukan atau kebaikan negara?
Kes Skandal Perwaja Ke Parlimen
Tetapi tidak itu sahaja. Selepas pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu diluluskan, kemudian sekali lagi
ketika Mahathir tiada dalam negeri, Anwar bertindak lagi. Kali ini, dia membentangkan laporang perbuatan
rasuah dan penyelewengan dalam syarikat besi waja Perwaja milik kerajaan. Tan Sri Eric Chia, yang
menjadi kawan rapat Mahathir, yang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Perwaja, telah melakukan
rasuah dan penyelewengan sehingga syarikat itu rugi hampir RM3,000 juta. Tidak itu sahaja, syarikat
Perwaja, milik kerajaan, itu juga dibebankan dengan hutang hampir RM7,000 juta. Kesemuanya hampir
RM10 bilion dibebankan ke atas kerajaan angkara rasuah dan penyelewengan dalam syarikat
Perwaja itu.
Mahathir Terlibat Dalam Skandal
Perwaja
Anwar dedahkan ini semua dalam Dewan Rakyat di Parlimen, bukan di kedai kopi atau kelab-kelab. Apabila
dia terpenjara, dari dalam penjara, Anwar membuat laporan polis secara rasmi, dengan dikepil dua pucuk
surat  Perdana Menteri kepada Eric Chia berhubung perjalanan syarikat Perwaja tersebut. Surat-surat itu
menunjukkan secara jelas betapa Mahathir sendiri terlibat melakukan salah jenayah dalam pengurusan
Perwaja kerana menyalahi perjalanan dan prosedur urusan kewangan kerajaan.
Ertinya penyalahgunaan kuasa telah berlaku. Mahathir terlibat sama melakukannya. Negara rugi
beribu juta. Eric Chia masih bebas. Mahathir masih bebas. Tetapi Anwar dibelenggu di penjara Sungai
Buloh! Anwar dedahkan ini di Parlimen ketika dia bebas, dan dari dalam penjara ketika kebebasannya
dirampas, Anwar masih melawan terus.
Perwaja Mercu Tanda Rasuah Dan
Penyelwengan Mahathir
Anwar cukup tahu apabila beliau membawa ke Parlimen akan penyelewengan Perwaja dengan
laporan lengkap dari syarikat akaun Price Waterhouse, Mahathir tentu marah. Kalau Anwar penakut
dan sayangkan jawatan menteri dan TPM, buat apa dia cari penyakit? Lebih baik diam. Bila Mahathir dah
turun nanti, bolehlah buat sesuatu kemudian. Tetapi Anwar tidak boleh tunggu lama lagi. Perbuatan rasuah
dan penyelewengan itu mesti ditentang. Itu komitmennya.
Idealisme Melawan Rasuah Sejak Muda
Sekarang Anwar telah dipenjara 6 tahun. Perbicaraan kedua ini kalau Hakim masih tunduk kepada Perdana
Menteri, maka akan ditambah lagi hukuman penjara ke atas Anwar. Anwar telah mendedahkan dirinya
kepada bahaya di penjara lebih lama apabila beliau membuat laporan polis dari penjara.
Dokumen-dokumen yang dikepilkan oleh Anwar tentang kesalahan rasuah dan penyelewengan
Mahathir, Daim Zainuddin, Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik itu semuanya dikelaskan
sebagai rahsia rasmi. Anwar boleh didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA). Hukumanya  penjara
mandotori.
Ertinya risiko terpenjara lebih lama sentiasa berada di atas kepala Anwar. Tetapi bekas Timbalan Perdana
Menteri itu, bekas Presiden ABIM, bekas pemimpin pelajar, Anwar lakukan ini semua kerana perjuangan
hidupnya sejak muda untuk membanteras rasuah dan penyelewengan.
Manifesto BN Satu Retorik Politik Saja
Jadi ternyata Manifesto BN dalam pilihanraya 1995 yang berbunyi Berwawasan, Adil dan Efisien itu adalah
satu retorik politik sahaja. Tiada wawasan sekiranya pemerintahan sesebuah negara itu penuh dengan
rasuah dan penyelwengan. Tiada keadilan sekiranya yang rasuah dan menyeleweng tidak dihukum,
sebaliknya yang memerangi perbuatan rasuah dan penyelewengan dipenjarakan. Tiada sebuah kerajaan
yang efisen sekiranya rasuah dan penyelewengan berakar umbi dalam birokrasi pentadbiran dan meluas di
kalangan Jemaah Menterinya.
Bukan kali pertama MB Selangor dipecat
Pada tahun 1976 Umno juga telah memecat Harun Idris kerana enggan melepaskan jawatan walau selepas mendapat desakan daripada partinya sendiri
Pengerusi Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata ini bukan kali pertama dalam sejarah, Menteri Besar Selangor dipecat keahlian partinya, juga bukan kali pertama di Malaysia.
“Pada tahun 1976 Umno juga telah memecat Harun Idris kerana enggan melepaskan jawatan walau selepas mendapat desakan daripada partinya sendiri,” katanya di pejabat PKR.
Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak lagi mendapat sokongan daripada partinya.
“Saya berharap Khalid berundur secara baik dan setuju bagi memudahkan proses pertukaran MB Selangor,” katanya.
Hari ini,Tan Kee Kwong telah mengambil pendirian bahawa Khalid telah dipecat dari PKR, berkuatkuasa serta merta.
Menurutnya, Lembaga Disiplin telah meneliti serta mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib Khalid, dan ini telah dibincang dalam Majlis Pimpinan Pusat Keadilan.
“Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai lalu di mana parti telah sebulat suara memilih Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.
“Khalid telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut,” ujarnya sewaktu sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.
LikeLike · ·
Naga Merah shared his photo.
Adakah kita sudah lupa??? Sejarah MB negeri Ganu. Mat kenyet takde buat salah pon kena tukar. Berbeza dengan TSKI.
Macai yahudi umno dah lupa ye????


[BERGAMBAR] YB PAS Ini Dihormati & Disayangi Kaum India Di Selangor



Bagi kaum India di DUN Meru bukanlah perkara yang luar biasa lagi bila bertemu Yb Dr Rani berada dikuil-kuil mereka, menziarahi mayat2 keluarga mereka dan merawat pesakit2 dikalangan mereka di rumah2 mereka.

Bagi Yb, inilah peluang keemasan sebagai wakil rakyat untuk menyampaikan mesej the true beautiful picture of Islam.

Beliau juga tidak lupa membaca ayat Al Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w. dalam pesta2 golongan India ini bagi memberi pencerahan tentang perutusan Nabi Muhammad sebagai rahmatan lil 'alamiin tanpa mengira sempadan bangsa, agama dan geography kenegaraan.

Semoga diterima Allah usaha kecil dakwah ini. -fb







Tiada ulasan:

Catat Ulasan