Rabu, 6 Ogos 2014

NAMA PUN PERTUBUHAN POLITIK....TENTU KEGIATAN UTAMANYA POLITIK....MACAM GELI BACA KENYATAAN NI...BOSAN TAPI TAK MAHU LEPAS JAWATAN....MACAM BERCANGGAH AJE

Isnin, 4 Ogos 2014


Isu air: Khalid sudah bosan dengan PKR yang suka berpolitik

 Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic

SHAH ALAM: Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bekerjasama dengan kerajaan pusat berhubung penstrukturan semula industri air Selangor yang  didakwa membelakangkan parti, adalah disebabkan beliau 'bosan' dengan sikap PKR yang gemar berpolitik  sedangkan dirinya lebih mementingkan kepentingan rakyat. 
Penganalisis politk, Dr Ismail Sualman berkata, pendekatan yang dilakukan oleh Khalid sememangnya akan memberi kebaikan untuk jangka masa yang panjang kerana beliau lebih arif dalam hal ehwal pentadbiran negeri berbanding pemimpin lain di dalam parti. 
"Tindakan Khalid ini telah menyerlahkan belang sebenarnya sebagai seorang yang lantang dan mementingkan rakyat.
"Ia adalah sangat wajar. Sikapnya itu bertentangan dengan PKR yang suka berpolitik. Beliau melakukannya tanpa perlu merujuk kepada 'bos' partinya kerana sebagai pentadbir, beliau tahu apa yang berlaku (dalam negeri)," katanya kepada Antarapos.
Terdahulu Khalid menandatangani Perjanjian Dasar Induk berhubung penstrukturan semula industri air yang dengan kerajaan pusat. 
Perjanjian Dasar Induk adalah lanjutan kepada perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani kerajaan negeri dengan kerajaan pusat pada 26 Februari lepas berkaitan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan Sistem Agihan. 
Perjanjian itu juga bermakna kerajaan negeri terikat kepada syarat-syarat yang termaktub di dalamnya sekali pun Khalid ditukar sebagai Menteri Besar Selangor - sebagaimana yang dituntut oleh PKR.
Tindakan Khalid itu dilihat sebagai satu lagi langkah berani beliau walaupun kedudukannya sebagai Menteri Besar ibarat berada di hujung tanduk memandangkan gerakan untuk menggulingkannya dilakukan secara terang-terangan.
Sebelum ini, tindakannya menandatangai memorandum persefahaman (MoU) berhubung penstrukturan air Selangor turut mendapat kecaman daripada PKR dan Pakatan Rakyat, dan mendakwa ianya sebagai membelakangkan parti.  
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebelum ini mempersoalkan isi kandungan MoU yang dimeterai Februari lalu sebagai tidak telus dan merugikan rakyat .Malah dakwa Rafizi, perjanjian yang ditandatangani oleh Khalid Ibrahim berkemungkin besar menyaksikan tarif air meningkat.
Bagaimanapun, Khalid memberi jaminan bahawa kadar tarif air di Lembah Klang tidak akan dinaikkan untuk sehingga empat tahun akan datang.
"Siapa pun yang akan menjadi Menteri Besar selepas ini perlu akur dengan perjanjian itu. 
"Mungkin ini adalah strategi Khalid yang menggambarkan beliau telah melunaskan tanggungjawab sosialnya kepada rakyat, sekalipun setelah tidak ada dalam pentadbiran kelak," kata Ismail.

MB Selangor nafi dipecat
SITI AZIELAH WAHI
5 Ogos 2014
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau telah dipecat daripada PKR.
Abdul Khalid menafikan beliau menerima surat pemecatan daripada PKR sebaliknya menyatakan sehingga kini beliau masih sah menjadi ahli PKR.
"Sehingga kini saya masih belum menerima apa-apa surat berkaitan perkara itu (pemecatan).
"Jadi saya tidak perlu mengulas lanjut mengenai perkara itu," katanya ketika ditemui selepas memberi keterangan mengenai kes saman rampasan tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Khalid berkata, beliau bersedia disemak dan dihakimi pihak tertentu sekiranya menjalankan pentadbiran secara tidak betul.
"Saya bersedia dihakimi atau disemak, kita percaya pada ketelusan dan kebertanftanggungjawaban," katanya.
Kelmarin beberapa sumber mengatakan Abdul Khalid dipecat PKR serta merta kerana masih enggan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.
Tindakan itu dibuat PKR bagi membolehkan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjawat jawatan itu.
http://www.sinarharian.com.my/politik/mb-selangor-nafi-dipecat-1.305015
LikeLike · ·

NEGARA


Khalid enggan lepaskan jawatan MB diberi surat tunjuk sebab



SHAH ALAM - Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) atas dakwaan mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti berhubung pertukaran Menteri Besar Selangor.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr. Tan Kee Kwong berkata, Menteri Besar Selangor itu diberi hingga Jumaat ini untuk menjawab surat tunjuk sebab bertarikh semalam.
Katanya, mesyuarat khas MPP pada 15 Januari lepas telah bersetuju dengan keputusan pertukaran Menteri Besar Selangor.

Arab Saudi larang Umat Islam Barat Afrika tunai haji, umrah

ebola (1)
RIYADH - Sebagai sebahagian langkah pencegahan untuk melindungi jemaah haji daripada dijangkiti wabak Ebola, kerajaan Arab Saudi mengumumkan perintah melarang kemasukan umat Islam dari negara Barat Afrika.
“Kami sudah sampaikan arahan itu kepada pegawai di semua pintu masuk. Malahan, semua pegawai sudah dilatih untuk mengenal pasti dan mengendalikan kes Ebola serta langkah untuk mengawal penyebaran virus itu, jika ia berlaku,” katanya jurucakap Kementerian Kesihatan negara itu, Dr Khalid Marghalani kepada Arabian Business.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangkitan virus Ebola dipercayai meragut 800 nyawa membabitkan penduduk di dua negara Muslim iaitu Guinea dan Sierra Leone, selain Liberia sejak wabak itu bermula Februari lalu.
Berikutan itu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi melarang pengeluaran visa haji dan umrah untuk penduduk tiga negara terbabit kerana bimbang ia boleh menyebabkan penyebaran wabak itu pada musim haji ini.



Kementerian itu juga bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Hal Ehwal Luar untuk melaksanakan beberapa langkah pencegahan di sempadan dan juga lapangan terbang.
Setiausaha Hal Ehwal Haji, Dr. Hussein Shareef, Ministry pula berkata, kementeriannya akan mengambil pelbagai langkah pencegahan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan orang ramai.
Sementara itu, Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Sivil, Khalid Al-Khaibari berkata, tiada penerbangan terus antara Arab Saudi dengan ketiga-tiga negara berkenaan kecuali pada musim haji.
Ketika ini, republik Guinea paling teruk dijangkiti wabak Ebola yang dikesan sejak 1976.
Wabak yang sehingga kini gagal menemui penawarnya bermula dengan tanda-tanda seperti sakit kepala, sakit otot sebelum muntah, cirit-birit serta pendarahan dalaman dan luaran.
Kadar kematian wabak ketika ini mencecah 60 peratus, walaupun Ebola sebenarnya boleh meragut hingga 90 peratus nyawa yang menghidapinya, lapor mStar.
AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT.
*Selepas Baca Mohon SHARE*
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.
Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."
p/s : Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli keluarga kita bersama. boleh share antara kita...
SEMUA GILA KUASA DAN PANGKAT....MASING2 ADA PENYOKONG DIBELAKANG...YANG PENTING DAH NAIK TAK MAU TURUN....DAH ADA KUASA...DISAMBUT KEMANA2 LEPAS TAK DE PANGKAT TENTU TAK DE SAMBUTAN LAGI....BAIK KASI TAHAN....JIKA KITA BAGUS TAK MEMENTINGKAN DIRI....BAGUSLAH BANTU JIKA PENGANTI TAK BAGUS....MENANG BERKUMPULAN BUKAN SORANG PI USAHA BAGI MENANG...TAK DENGAR ARAHAN KETUA....BAIK JOIN PART LAIN...PAS KE...DAP KE ATAU TUBUH PARTI LAIN...ORANG BERMARUAH TINGGI AKHLAKNYA

Khalid Buat Laporan SPRM Terhadap Saifuddin Nasution
Posted on Tuesday, August 05 @ 22:05:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





PUTRAJAYA 5 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan yang dilakukan Setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam pemilihan parti di sini jam 2:30 petang tadi.

Perkara itu disahkan menerusi laporan terbaharu Keadilan Daily sebentar tadi.

Khalid yang merupakan calon pemilihan parti 2014 bagi jawatan Timbalan Presiden PKR turut mencabar pesaingnya, Saifuddin agar membuat laporan kepada pihak berkuasa jika terdapat sebarang bukti salah laku dan integritinya sebagai menteri besar.

"Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution. Saya menafikan dakwaan ini kerana perkara tersebut tidak benar sama sekali.

"Saya mengingatkan rakan-rakan supaya berhati-hati membuat tuduhan kerana saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap saya," tegasnya.

Sebelum ini, Saifuddin mendesak agar Khalid melepaskan jawatannya berikutan mempunyai masalah integriti melibatkan ketirisan yang dilakukannya ketika menjawat jawatannya kini.

Beliau turut menyelar tindakan Khalid yang tidak berlaku adil dalam urusan perniagaan di antara kerajaan negeri dan sebuah syarikat pemaju bernilai RM591 juta yang masih belum diselesaikan sehingga kini.

.......
Sumber Link

Tiada kenaikan tol 2014: Kerajaan Umno BN mungkir janji lagi

http://greenboc.blogspot.com | .

Muhyiddin umum tiada kenaikan tol tahun ini

Putrajaya memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tol tahun ini sebagai sebahagian daripada strategi menangani kos sara hidup yang meningkat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Baca di sini
10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN BUSUK DI DALAM KUBUR
Disebutkan oleh hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Kiamat :
1). Para Nabi-Nabi
2). Para Ahli Jihad Fisabilillah
3). Para Alim Ulama menegakkan kalimah ALLAH.
4). Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5). Para Penghafal Al-Qur'an dan beramal dengan Al-Qur'an.
6). Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7). Tukang Adzan yang tidak meminta habuan.
8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa taat pada perintah Allah.
9). Orang mati dibunuh atau dianiaya karena mempertahan Maruah dan Agama.
10). Orang yang mati di siang hari atau di malam Jum'at jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia. (HR. Bukhari Muslim)
SubhanAllah..
Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang seperti itu. Aamiin
Sekarang anda mempunyai Dua pilihan
1. Biarkan Tulisan ini berada di page ini supaya orang lain tidak membaca.
2. menyebarkan ke Teman yang lain dengan klik 'Bagikan' supaya orang lain ikut terinpirasi dan Inysaallah mendapat pahala.
Saya senyum bila org tuduh ada pemimpin Pas ini akan masuk Umno. Hdk buat UG dgn Umno lah. Mcm2 lagi lah pd pemimpin Pas yg dia tdk suka. Semuanya buruk belaka di sisinya. Seolah2 dia seorg aja yg suci dlm debu.
Fasal apa saya senyum.
1. Org yg tuduh itu pun asal drp Umno. Ertinya pernah jadi Umno lah. Sdgkan org yg dia tuduh Umno tdk pernah makan jasa Umno pun dan tdk pernah kenal borang Umno pun..malahan Pas sejak turun temurun. Walau bagaimana pun baguslah fasal dia sudah keluar Umno. Cuma jgn bawa tabiat lamalah ye.
2. Dia marah dekat Umno, sedangkan kaum keluarga dia pun masih Umno. Tapi kalau dia ajak mereka keluar Umno, mereka tak ikut juga hdk buat mcm mana. Tapi kalau dia asyik dok tuduh org itu Umno, pemimpin ini baik dgn Umno. Sdgkan kaum keluarga dia pun tak pernah ajak keluar Umno. Tapi garang bukan main dlm media sosial belasah dan tuduh pemimpin Pas itu Umno dan berbaik dgn Umno.
3. Saya senyum lagi yg belasah pemimpin Pas krn baik dgn Umno. Tapi dia pula siang malam berniaga dgn org Umno. Baguslah itu. Tak salah hdk niaga. Tapi jangan pula org yg kita tidak suka minum teh sekali dgn org Umno pun terus tuduh Umno.Kononnya hdk ajak Pas join dgn Umno. Ini yg tak patut.
4.Saya senyum krn saya kenal peribadi mereka ini. Pesanan drp pihak penaja. Kalau hdk buat tuduhan cerminkan diri dulu. Mungkin tdk semaksum Nabi SAW. Tapi cuba lihat diri agar org tidak boleh lipat balik dan pulang buah keras. Selalunya org ini nafas tdk panjang dlm perjuangan. Walau pun dia menang di media sosial. Bila mati baru tau Siapa yg sebenar menang .
Sewaktu dia hidup, tulislah apa yg dia rasa boleh tulis sehingga tangan dia kaku tdk mampu lagi untuk membuat tuduhan.
Semua tulisannya menjadi saksi di akhirat nanti. Tulislah bukan siapa boleh larang dan sekat.
Hanya kematian sahaja yg boleh menyekat dia menulis.
Sekian TK harap maklum.
170 pertubuhan badan bukan kerajaan di Perancis lancarkan kempen boikot barang Israel.
Sudahkah kita mula memboikot barangan Israel dan sekutunya?

APA YANG PERLU ANDA TAHU ? SETIAP DAGANGAN DENGAN ISRAEL, ISRAEL AKAN MEMBELI ASET KETENTETERAAN UNTUK MEMUSNAHKAN KEDIAMAN UNAT ISLAM DI PALESTIN !!! ‪#‎fakta‬!
Malaysia: Rakan Niaga Terbesar Israel ? HEBAT PEMIMPIN UMNO !
Adakah Malaysia merupakan antara rakan besar perniagaan Israel ?
Dari maklumat carta yang di keluarkan oleh trade.ec.europa.eu , telah menunjukkan bahawa di tahun 2010, Malaysia adalah merupakan rakan niaga ke 15 terbesar Israel, rakan import ke 24 terbesar Israel dan rakan ekspot ke 11 terbesar Israel.
Dibawah ini adalah carta yang di petik daripada trade.ec.europa.eu , yang mana ia menunjukkan hubungan dagangan terbesar dua hala antara Israel dan rakan-rakan niaganya. Disitu tersenarai nama negara Malaysia sebagai salah satu rakan dagang terbesar Israel.

Profesor Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat bertarikh 12 April 2002 seperti disiarkan di dalam fatwa, hakam dan...‘muhadaroh’ telah menyeru umat Islam dan negara Islam untuk memboikot semua produk dan membatalkan hubungan dagangan dengan Israel.
Beliau menegaskan bahawa perbuatan mengadakan hubungan dagangan dengan Israel adalah tergolong dalam dosa-dosa besar dan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar tersebut.
‪#‎savePALESTIN‬ ‪#‎pray4gaza‬
Hidup umno! Hidup israel!
‪#‎LikeJeneralYakuzaOgawaFBpages‬
-AP-
Jom Fikir sejenak, Kita boleh nilai intan permata.... kita boleh nilai keikhlasan org.... Jom Pakat pakat muhaasabah !




Alhamdulillah, 100.000 simpati Muslim dunia desak Obama bebaskan Dr. Aafia Siddiqui


Alhamdulillah, 100.000 simpati Muslim dunia desak Obama bebaskan Dr. Aafia Siddiqui
banner ucapan terima kasih dari keluarga Dr. Aafia Siddiqui
ISLAMABAD (Arrahmah.com) – Setelah lebih dari 4141 hari, alhamdulillah, akhirnya pada tanggal 1 Agustus 2014, dengan karunia Allah SWT, yang Mahapengasih Mahapenyayang , tepatnya pada pukul 07:34 waktu Texas (08:34 waktu Washington DC), petisi Gedung Putih yang meminta pemulangan Aafia Siddiqui mencapai 100.012 tanda tangan. “Setelah sebelas tahun brutal ini merupakan kesempatan untuk mengakhiri mimpi buruknya,” demikian pernyataan dan ungkapan syukur yang dirilis dalam situs resmi freeaafia.org.
Menurut keluarga Aafia, dengan begitu, bulan ini mari kita panjatkan kepada Allah subhanahu wata’ala agar dijadikan sumber harapan dan motivasi bagi kita. Sayangnya, kita tidak punya cara untuk menghubungi Aafia untuk membiarkan ia tahu bahwa ribuan Muslim di seluruh dunia menyayanginya dan mencoba untuk memulangkannya ke rumah, menjumpai keluarganya.
Saat ini ia sedang ditawan tanpa komunikasi sebagai hukuman balasan atas banding yang diajukan di pengadilan dan permohonan ke Gedung Putih.
Petisi ini akan disampaikan kepada Presiden Obama. Dia dapat memilih untuk bertindak atas petisi ini dengan segera. Dia mungkin akan memutuskan untuk melihat lebih dekat ke dalam kasus ini. Atau dia mungkin juga bisa tidak memilih untuk bertindak sama sekali.
Kita hanya dapat berharap dan berdoa agar Ilahi Robbi memberi rasa kasih sayang dan keadilan kepada Obama yang akan membimbingnya dan memungkinkan Aafia pulang.
Apakah Presiden Obama memilih untuk bertindak di atasnya atau tidak adalah subjek untuk hari lain.
Hari ini, kata keluarga Aafia, “kami perlu mengucapkan terima kasih dan cinta untuk semua orang yang membantu membuat momen ini menjadi mungkin.”
“Kami berterima kasih kepada Mauri Saalakhan dan Suster Zeina untuk memulai petisi ini, dan untuk semua orang yang berpartisipasi. Kami merendahkan pada jumlah hits yang melebihi satu juta dalam dua minggu dan jutaan pesan melalui SMS, WhatsAap, dan tak terhitung jumlahnya yang mengirim surat dengan nama dan tanda tangan mereka. Kami berterima kasih kepada surat kabar yang memasang tanda untuk membantu kampanye.
Di seluruh dunia orang-orang hati nurani bersatu untuk membantu seorang wanita, padahal tidak satupun dari mereka pernah bertemu. Ia korban politik internasional, ditawan, disiksa, dan difitnah. Mereka telah menunjukkan bahwa ada orang-orang di seluruh dunia yang marah dengan ketidakadilan dan memiliki keberanian untuk mengangkat suara mereka. Kami tidak tahu semua nama Anda, tetapi Tuhan tahu siapa Anda. Kata-kata terima kasih kami tidak dapat menggambarkan rasa terima kasih kami atas dukungan Anda selain Allah dan karunia-Nya dan belas kasihan yang tak terhitung jumlahnya akan mengikuti semua di mana pun Anda berada.”
Demikian ucapan terima kasih disampaikan Keluarga Dr. Aafia Siddiqui yang kini menanti Allah Al-Latiif membalikkan hati penguasa Amerika. Insyaa Allah.
(adibahasan/arrahmah.com)
Aminnnnnn.............
LikeLike · ·


Kenyataan Rasmi Anwar Ibrahim Isu Tukar MB Selangor Khalid Ibrahim
Posted on Wednesday, August 06 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Banyak telah diperkatakan semenjak beberapa minggu lalu akan kemungkinan pecahnya Pakatan Rakyat akibat pergeseran di antara KEADILAN dan PAS berkenaan dengan pilihan calon Menteri Besar Selangor.
Ingin saya menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan berpecah semata-mata kerana pilihan calon Menteri Besar. Sebaliknya, PR boleh dan akan hanya berpecah sekiranya ada parti komponennya yang sanggup berkompromi dalam prinsip-prinsip dasar seperti kewibawaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban di dalam pengurusan kerajaan.


Atas prinsip-prinsip inilah Pakatan Rakyat dizahirkan sebagai sebuah kerajaan alternatif untuk rakyat. Prinsip-prinsip ini juga telah dicabuli oleh kerajaan BN ketika ianya berkuasa pada lima dekad yang lalu.
Keputusan PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 telah menunjukkan dengan jelas bahawa perjuangan PR yang berpaksikan di atas prinsip-prinsip ini telah diterima baik oleh rakyat yang rata-ratanya mengharapkan sebuah kerajaan yang bersih, berprinsip dan bersungguh-sungguh dalam membela kepentingan rakyat.

Dalam usaha murni ini, gabungan Pakatan bersama dengan semua yang menyokong usaha ini telah bersama-sama menggembleng tenaga pada PRU ke-13 dalam menghadapi cabaran amat hebat untuk terus memberikan harapan kepada rakyat
Malaysia. Usaha kita tidak sia-sia, kerana kita telah memenangi jiwa dan minda majoriti pengundi Malaysia walaupun kita dihalang daripada membentuk sebuah kerajaan.
Perkara penting yang perlu difahami adalah sebuah pakatan pembangkang yang kuat telah berjaya menekan kerajaan untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan mengekang sebahagian daripada keborosan mereka. Bagaimanapun, perjuangan untuk sebuah kerajaan yang benar-benar bersih dan telus masih perlu diteruskan.

Kekuatan ini tidak boleh dibina atas dasar keinginan dan impian semata, lebih bahaya lagi sekiraya kekuatan ini dilandaskan dengan perasaan curiga, dendam dan irihati. Ianya perlu dibina atas iltizam dan kenyakinan, dan inilah kekuatan yang telah mendorong rakan kongsi PR untuk berjuang bersama-sama pada PRU 13 yang lalu.
Justeru, kita perlu menyatukan kekuatan ini untuk terus kekal bersama dan terus menolak sebarang percubaan untuk memecahbelahkan kita. Setiap parti di dalam gabungan ini wajib menghormati sebarang keputusan yang dicapai selepas rundingan bersama. Kegagalan untuk menghormati dan menunaikan kewajipan ini bakal memaksa kita membuat beberapa keputusan yang sukar.

Persefahaman akan hak lantikan MB Selangor telahpun wujud di kalangan pimpinan PR, sepertimana KEADILAN juga telah bersetuju akan hak parti-parti lain dalam membuat keputusan yang sama di negeri-negeri lain. Persefahaman ini wajib dipatuhi.
Kita yakin bahawa isu MB Selangor ini akan diselesaikan dengan baik sesuai dengan semangat Pakatan Rakyat, samada diselesaikan melalui proses peralihan yang lancar, undi tidak percaya mahupun pilihanraya.

Namun begitu, tidak ada sebarang keperluan untuk mengadakan pilihanraya kerana Barisan hanya ada 12 kerusi di kalangan 56 kerusi DUN dan PRU-13 hanya diadakan kira-kira 15 bulan yang lalu.

Walaubagaimanapun, sekiranya pilihanraya terpaksa dilakukan, Pakatan telah bersedia untuk menghadapi para pengundi dan berkeyakinan penuh bahawa rakyat Selangor akan sekali lagi menyokong kita.

Kita juga bimbang akan nada perkauman dan perpecahan yang disuarakan oleh segelintir pimpinan kecil Pakatan yang jelasnya mencabuli nilai-nilai asas PR. Kami berpendapat bahawa tindakan disiplin yang sewajarnya perlu diambil ke atas golongan ini.

Rakyat perlu diyakinkan bahawa sekiranya beberapa keputusan sukar perlu dibuat, ianya akan dibuat hanya setelah mengambilkira kepentingan rakyat dan dibuat untuk maslahah atau kepentingan rakyat. Samada kita hilang sokongan akibat pendirian yang kita ambil, kita akan terus beristiqamah dan komited dengan matlamat untuk membentuk Malaysia yang lebih adil, bebas korupsi dan benar-benar demokratik.

Jaminan kita adalah bahawa kita tidak akan sesekali menyimpang daripada nilai-nilai asas dan kita akan terus memastikan kepentingan rakyat tetap didahulukan.

Kita yakin dan percaya bahawa peristiwa ini akan terus mematangkan dan memperkasakan kita. Rakyat telah menaruh kepercayaan kepada kita dan kita wajib memastikan kita wajar dipercayai dan kepercayaan rakyat jangan kita khianati.

Walau apapun yang bakal berlaku, Pakatan, bersandarkan tekad rakyat, akan terus bertahan! Insya Allah!

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan