Selasa, 19 Ogos 2014

SORONG TARIK NI BIASA....TU LAH APA2 ELOK SOLAT SUNAT ISTIHIRAH

Faham akan mengenali istidraj..
Ramai yang mempertikaikan kerana tidak mengenali dan memahamiNya.
Semoga bermanfaat untuk diri sendiri & kawan-kawan sekalian.
Allah maha tahu segala yang terbaik buat hambaNya,
Untuk hari ini & masa-masa yang akan datang juga nanti....
InsyaAllah
Allah..Allah..Allah..
Lindungi HambaMu ini dari ISTIDRAJ ya Allah :')

Punca Ustaz Dr Nik Rahim Boikot Shakklee


TOGEHSEGAR

Punca Ustaz Dr Nik Rahim Boikot Shakklee



Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat...moga sahabat  semua dirahmati Allah. Ameen!

SUKAR....memang amat sukar untuk saya membuat keputusan ini. Saya dan keluarga  menaruh harapan menggunung terhadap Shaklee. Bagi kami shaklee adalah laluan cukup sempurna bagi menyelesaikan masalah kewangan yang membelenggu diri. 

Setelah MELOMPAT dari satu syarikat ke satu syarikat MLM dan GAGAL dalam kesemua penglibatan saya sebelum ini (atau belum lagi BERJAYA!) ..akhirnya saya sekali lagi bertemu jodoh dengan SHAKLEE...walaupun setelah 'berpisah' sekian lama pada awal tahun 1990an.

Kali ini saya tekad tidak mahu KECEWA lagi! cukuplah pengalaman-pengalaman lalu menjadi pengajaran berguna buat saya sekeluarga. PUNCA KEGAGALAN  saya cuma satu....saya QUIT! dan berhenti setelah bertungkus lumus membina rangkaian. Saya tidak mahu kisah pedih yang pernah saya lalui berulang kembali.

Saya dan family join SHAKLEE untuk kali kedua  pada Julai 2012. Tapi setahun kami  SUNYI SEPI! kerana kesibukan, sepanjang tahun 2012, satu sen pun kami tidak membuat sebarang jualan!

Pada tahun 2013 sekitar bulan November, tekanan dari sudut kewangan semakin parah. Anak semakin bertambah. Pendapatan sebagai pensyarah di Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang agak kecil, jauh sekali dari mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga besar kami!

MESYUARAT TERGEMPAR dilakukan bagi mencari solusi kepada permasalahan yang amat kronik  untuk ditanggung ini. Akhirnya kami membuat keputusan untuk bergerak aktif dalam Shaklee. Strategi diatur. Langkah disusun. Iklan dan promosi diperhebatkan. Syukur! pada bulan Oktober 2013, segala usaha membuahkan hasil! RM1,727 adalah bonus yang diterima pada bulan tersebut. 

Sehingga artikel ini ditulis, bonus paling tinggi dicapai adalah pada bulan Mei 2014 berjumlah RM4,138 dan sekaligus layak untuk menyertai Konvension yang diadakan di Sunway Lagoon pada 7-9 June 2014.


Secara jujur, saya dan keluarga amat MENYAYANGI shaklee! Shaklee pada pandangan kami dan juga ramai pengedar Shaklee di luar sana adalah LUBUK EMAS. Apa tidaknya, ada di antara leader dalam shaklee memperoleh sehingga RM600,000 SEBULAN! Amazing kan?

Namun....KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG, RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI!


Serangan bertubi-tubi tentera zionis israel MENGUBAH segalanya! Meskipun serangan seumpama ini bukan pertama kali dilakukan oleh tentera zionis terhadap umat Islam di Gaza, Palestin, namun entah kenapa...kali ini ianya benar-benar MENYENTUH JIWA saya dan famili. Tidak sanggup rasanya untuk melihat penderitaan saudara-saudara se Islam diperlaku sedemikian rupa oleh zionis yang bersifat kebinatangan. Anak-anak kecil yang tidak berdosa menjadi korban kebejatan israel laknatullah.

Dari sini bermula episod baru dalam hidup saya dah famili. Kami mengikuti perkembangan di Gaza setiap minit! Api kemarahan  meluap-luap membakar bila jiwa demi jiwa gugur menyembah bumi akibat bedilan si pengecut tentera zionis syaitan yang dibantu oleh amerika yang menjadi talibarut.

Rasa bersalah menyelubungi jiwa. Tak sanggup rasanya berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa untuk membantu pejuang-pejuang Al Qassam memerangi kaum bani israel yang mengganas. AKHIRNYA....setelah membuat search serta mengikuti perkembangan Gaza dari pelbagai sumber antaranya Aqsa Syarif, maka kami membuat keputusan untuk memboikot barangan Israel. Ini sahaja yang kami mampu untuk melakukannya. Moga Allah mengampuni dosa dan kelemahan kami! :o(

Langkah PERTAMA.....adalah memboikot McDonald yang dengan jelas bersekongkol dengan israel. Mc D sebenarnya sudah lebih setahun kami sekeluarga boikot.

Kali ini bukan hanya kami memboikot, tetapi trurut sama dalam kempen boikot barangan israel melalui media sosial seperti facebook dan lain-lain.

SUATU YANG TIDAK DIDUGA BERLAKU! Posting saya tentang pemboikotan  tesco yang turut bersekutu dengan kerajaan israel menjadi viral di facebook dan dikongsi oleh sekitar 16,163 pengguna FB dan turut dikongsi oleh  oh! Media, PenMerah, beritasemasa, teranukite dll.

Demi mencari kebenaran - saya menulis sendiri kepada pihak Tesco UK bagi mendapatkan penjelasan dan inilah jawapan dari mereka!


Roger Barnett, Pengerusi Shaklee. Beliau berketurunan yahudi. Juga bertindak sebagai
Ahli Lembaga Pengarah kepada Elei Wiesel Foundation, satu pertubuhan
yahudi yang begitu fanatik menyokong israel.

Saya memang tidak ada perancangan untuk memboikot Shaklee pada mulanya kerana beberapa sebab:

1) Walaupun Roger Barnett adalah se orang yahudi seperti yang dinyatakan di dalam banyak artikel di internet, namun tiada bukti kukuh bahawa shaklee menyumbang secara langsung kepada israel. Jadi tiada sebab untuk memboikot shaklee berdasarkan hukum asal dalam Islam yang membolehkan kita bermuamalah dengan orang yang bukan Islam.

2) Saya berfiki banyak kali sebelum membuat keputusan memboikot Shaklee kerana saya telah menikmati bonus yang amat saya perlukan walaupun ianya tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan ramai leaders yang income mereka mencecah ratusan ribu. Bagi mereka ini, keputusan untuk memboikot mungkin jauh lebih sukar, bahkan akan ada di sana yang akan terus menjalankan perniagaan shaklee kerana SAYANG dengan wang ratusan ribu ringgit yang diperlolehi setiap bulan.

Gambar Roger Barnett bersama Elie Wiesel, pengasas  Elie Wiesel
Foundation, penyokong tegar negara haram israeil.

NAMUN...semuanya berubah bila saya dapat maklumat  melalui  wasap bahawa Dr Zaharuddin (Uzar) mengatakan bahawa Roger Barnett, CEO Shaklee adalah Board of Director kepada Elie Wiesel Foundation yang merupakan yayasan kebajikan yang diasaskan oleh seorang yahudi yang merupakan penyokong kuat  kepada negara haram yahudi. Walaubagaimanapun, entry berkaitan maklumat di atas di blog Dr Azaharuddin dipadam tidak lama selepas itu. Tidak tahu apa punca penarikan maklumat tersebut. Tidak berapa yakin apa yang diperkatakan, saya turut membuat search di internet  dan TERNYATA maklumat oleh Uzar adalah BENAR!

Aduh! Jiwa semakin gundah gulana. Bertalu-talu soalan menerjah di fikiran. Apa nak buat sekarang?

Saya cuba memujuk hati...alah! Roger tu walaupun yahudi, dan menjadi Ahli lembaga Pengarah kepada Elie Wiesel Foundation, tak ada bukti jelas yang shaklee membuat sumbangan kepada israel. Namun jiwa terus bergelora. Ternyata, jawapan-jawapan tersebut tidak mampu membawa ketenangan kepada jiwa yang sedang berbolak balik ini.

“Dr Yusof Al Qardhawi kata wajib boikot barangan israel atau barangan keluaran amerika” kata isteri saya ketika saya sedang sibuk mencari bukti-bukti tambahan tentang Roger Barnett. Tercengang saya seketika. Tak percaya! Macamana boleh ada hukum baru yang bercanggah dengan hukum asal yang mengharuskan bermuamalah dengan orang bukan Islam.

Dalam hati saya mula berbisik, “kalau benar Dr Yusof Al Qardhawi   ada mengeluarkan fatwa demikian, saya mesti BOIKOT  Shaklee!! Saya nekad. Tak rela saya membantu yahudi membunuh jiwa-jiwa muslim yang tidak berdosa di Palestin dan saya menjadi salah se orang yang menyumbang ke arah itu. Selain itu, jika saya terus membeli dan menjual produk shaklee ini bermakna saya melakukan suatu yang  HARAM kerana membantu musuh membunuh umat Islam, maka semua hasil bonus yang saya perolehi adalah HARAM...Astaghfirullah! saya tak sanggup memberi rezki yang HARAM kepada isteri-isteri dan anak-anak yang amat saya kasihi!

Saya terus mencari sumber asal fatwa/ pandangan Dr Yusof Al Qardhawi di internet. Saya tak mahu ambil dari sumber lain yang berbentuk secondary kerana macam-macam boleh berlaku. Ramai orang suka menebar fitnah dan khabar angin di interntet.

Saya tidak mengambil masa yang lama  untuk menemui website Dr Yusof Al Qardhawi. Cari punya cari akhirnya saya temui jawapan yang sungguh mengejutkan saya. Tulisan Dr Yusof Al Qardhawi di dalam bahasa Arab, saya baca berulang kali agar saya tidak silap dalam memahami maksud tertulis.

JELAS!

Dr Yusof Al Qardhawi menjawab soalan dari salah se orang pembaca tentang hukum bermuamalah dengan musuh-musuh Islam dalam perniagaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang mana hasilnya akan kembali kepada musuh tersebut samada di waktu aman atau di waktu perang. Ini ringkasan jawapan beliau:

Umat Islam diperintahkan untuk berjihad menentang musuh agama dan negaranya dengan segala cara yang termampu olehnya samada dengan tangannya, atau dengan lidahnya, atau dengan hatinya dan juga melalui  boikot. Apa saja yang boleh melemahkan musuh WAJIB dilakukan oleh umat Islam mengikut kemampuan mereka masing-masing. TIDAK HARUS sama sekali bagi umat Islam membantu musuhnya samada yahudi atau mereka yang menyembah berhala.  Firman Allah Taala di dalam surah al Maidah ayat 51:

يا ايها الذين آمنوا لا تتخذوا اليهود والنصارى أولياء بعضهم أولياء بعض ومن يتولهم منكم فإنه منهم
(المائدة 51)

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengangkat Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin . Mereka adalah pemimpin di kalangan mereka maka barangsiapa yang melantik mereka di kalangan kamu maka orang itu termasuk golongan mereka."

Apa yang dimaksudkan dengan ‘mengangkat yahudi dan nasrani sebagai pemimpin’ ialah mengangkat mereka dengan berbagai cara samada dengan hatinya atau lidahnya atau dengan bermuamalah dengan mereka atau melalui apa-apa cara. Jika ini dilakukan maka, jadilah mereka itu seperti yahudi dan nasrani. Wal’iyazubillah...

Umat Islam jika tidak mampu untuk berjihad dengan menggunakan senjata, maka wajib atas mereka berjihad melalui cara boikot. Jangan sekali-kali membantu musuh menjana ekonomi mereka melalui kaedah perniagaan kerana setiap sen yang sampai ke tangan musuh bererti anda telah memberikan mereka wang untuk membeli peluru yang kemudiannya merobek dada-dada umat Islam.

Rujukan: http://www.qaradawi.net/new/all-fatawa/5383-2011-10-04-15-10-15

FAKTA YANG WAJIB DIKETAHUI

1)      Yahudi dan musyrik  adalah musuh no. 1 kita umat Islam. Di dalam al Quran Allah memberi amaran:


 "لتجدن أشد الناس عداوة للذين آمنوا اليهود والذين أشركوا" (المائدة:82)


Maksudnya: Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.  
2)   Golongan yahudi tidak akan meredhai umat Islam selamanya. Firman Allah Taala di dalam surah Al Baqarah ayat 120: 

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ


Yang bermaksud:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. ''

 ( Qs : AL-BAQARAH Ayat : 120 )

ISU BOIKOT ISRAEL - BILA BERMULA?

Isu Shaklee dan kaitannya dengan Israel (Yahudi) sebenarnya telah menjadi bualan sejak bertahun dahulu dan ianya menjadi 'hot' bilamana Israel menyerang Palestine. 

Hal ini dikaitkan dengan logo Shaklee yang terpapar dalam salah satu website milik badan keagamaan Israel iaitu kenesethisrael.com

APA FAEDAH BOIKOT?

Memboikot produk dan syarikat yang menyokong Israel secara aman mampu memberikan tekanan antarabangsa ke atas apartheid Israel mengikuti langkah kejayaan pemulauan terhadap apartheid di Afrika Selatan.

SUATU UNTUK DIRENUNGI...

Sebagai seorang muslim, kita pasti mempunyai semangat jitu untuk membantu saudara kita khususnya di Palestin dan mana-mana negara Islam yang ditindas atas dasar agama.

Adakah para billionare Yahudi tiada perasaan membantu bangsa dan agama mereka seperti kita? 

Mungkinkah bantuan mereka dari sumber yang lain selain daripada keuntungan perniagaan mereka?

Jelas di dalam Al-Quran mengatakan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada mereka. Jadi selama-lamanya mereka memang tidak akan menghormati Islam. Jangan kerana taksubkan sesuatu, maruah agama kita (akidah) tergadai.

Kesimpulan

Keputusan untuk memboikot dan meninggalkan pernigaan Shaklee bukanlah dibuat secara sembrono atau dipengaruhi oleh sentimen kebencian terhadap yahudi dan sekutunya. Namun ianya dibuat dengan berlandaskan tuntutan syara’ meskipun pengorbanan ini amat bertentangn dengan kehendak hati.

Kehilangan bonus antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan adalah suatu yang amat sukar untuk ditelan, namun demi menyahut tuntutan syara’ dan demi menegakkan kebenaran dan membela darah-darah dan jiwa-jiwa yang terkorban di Gaza, Palestin, yang pahit ku telan jua. Moga Allah menerima sedikit pengorbanan ini sebagai amal soleh.
Ameen.

Disclaimer: 
Artikel ini ditulis bukan bertujuan untuk menghasut atau memaksa sesiapa untuk memboikot shaklee. Ianya adalah luahan hati penulis berdasarkan fakta-fakta yang dinyatakan. Pembaca berhak untuk membuat keputusan samada untuk meneruskan perniagaan bersama atau sebaliknya.

Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis +6013 6410135 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

By Dr Nik Rahim



PAS tidak buat U-TURN sebaliknya meluru terus ke depan tangani isu MB Selangor

Standard
Kalau diteliti kronologi peristiwa yang berlaku rentetan cadangan PKR mahu menggantikan MB Selangor dan memberi cadangan DSWA sebagai calon MB, PAS tidak pernah buat U-TURN dalam memberi nama. Tuduhan U-TURN adalah tuduhan tidak berasas dan politik murahan oleh puak-puak yang kecewa apabila PAS tidak keluar dari PR dan PR tidak pecah. Tuduhan itu tidak dapat dibuktikan oleh mereka. Apa yang U-TURN? Bila U-TURN? Di mana U-TURN itu, tidak dapat dijawab oleh puak-puak yang kecewa dan hampa ini.
u turn

Teuku Zacharyah Iskandar was tagged in a post.
Aku tak mahu kaitkan PAS kerana aku tahu PAS tak terlibat. Ini nk sentuh pasal individu bernama Dr Zuhdi@Dr jentik2 kata Mat Sabu (ayam sabung) Pas sudah jadi ayam daging kepada Anwar dan Kit Siang.
Menghina Timbalan Presiden PAS? Mungkin tidak, sebab dia tak sebut nama....dia sebut "ayam sabung" je.
Jika mahu hina atau lekehkan Mat Sabu pun, tak boleh ke kalau tak kait Anwar dan Kit Siang. Aku tengok hampir setiap hari Dr Zuhdi ni meratib dan burukkan nama Anwar, walaupun sepatah ayat Anwar tak balas atau burukkan Dr Zuhdi, masih nak kaitkan juga dengan kebencian pada Mat Sabu.
Dr Zuhdi, kamu mahu hina diri kamu sendiri tak kisah, tapi perbuatan kamu tu akan memberi imej yg tak baik pd pimpinan PAS. Kamu tu AJK Pas Pusat bukan pencacai cyber trooper. Takkan itu standard yg kamu mahu tunjukkan contoh pd anak2 muda dalam PAS?
Jika rasa hebat dan pejuang sangat mengatasi Mat Sabu, aku harap ada ahli PAS yang akan calonkan beliau bertanding Timb Presiden lawan Mat Sabu. Jika menang, ada harapan jentik gereja!!
LikeLike · ·
NAJIB TAK BOLEH PAKAI KATA MAHATHIR.
Nampaknya Musyridul Am UMNO Tuan Mahaguru Mahathir Kutty telah memberi pertunjuk bahawa Najib Razak wajib ditukar..
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMKO

Tun M tarik balik sokongan kepada Najib

najib-razak-mahathir-mohamad--
Tun Mahathir Mohamad menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.
Mahathir berkata, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah dan “dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan” berbanding pendahulunya itu.
“Harapan saya Datuk Seri Najib akan mengambil ikhtiar dari prestasinya yang buruk dalam pilihan raya umum ke-13,” katanya.
“Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Datuk Seri Najib.”

Justeru, menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata, beliau tiada pilihan selain menarik balik sokongan dan menegur pemimpin itu.
“Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur,” katanya.
Mahathir antaranya mengkritik tindakan Najib “melayan tuntutan musuh” dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bersikap rendah diri kepada negara jiran serta memberikan layanan tidak saksama terhadap kaum dan parti yang menyelamatkan kerajaan.
Lebih sayangkan negara
Bekas perdana menteri juga mengkritik penggunaan wang kerajaan untuk mempengaruhi sokongan dalam pilihan raya, pengabaian industri tempatan, pertambahan cuti dan kenaikan gaji minimum.
“Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.
“Semua ini disebabkan penyokong kerajaan tidak pernah menegur pemimpin,” katanya yang sebelum itu yang antaranya menceritakan kisah dongeng terkenal “kisah maharaja bogel”. Mahathir  berkata beliau rela menerima akibatnya akibat menegur pemimpin nombor satu negara itu.
“Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.
“Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya,” katanya, lapor Malaysiakini.

Monday, August 18, 2014


Awas Taktik terkini curi dan samun kereta



 Pelbagai kaedah digunakan penjenayah untuk melakukan kegiatan curi kereta dan samun terhadap mangsa.
Teknik ini digunakan pada waktu siang terutama di kawasan perindustrian dan bandar.


Bekas Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian dan Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, suspek yang mencuri kereta selalunya akan melekatkan kertas bersaiz A4 di belakang cermin kereta mangsa.

Menurutnya, apabila sukar mengundur kenderaan, mangsa akan keluar dari kereta untuk membuang kertas dan ini memberi peluang kepada suspek untuk masuk dalam kereta sebelum melarikan kenderaan.

Katanya, taktik ini pernah digunakan untuk mencuri kereta di bandar besar yang mana suspek berjaya melarikan kereta mangsa.

“Saya menasihatkan kepada mana-mana pemilik kenderaan supaya jangan mengubah apa-apa kertas yang ditampal pada cermin belakang kereta mereka sebaliknya cuba mengundur kenderaan perlahan-lahan dan keluar dari tempat letak kereta.

"Apabila tiba di rumah, barulah buang. Ini adalah kerana ada penjenayah yang mengekori mangsanya dan menunggu masa ia berhenti untuk membuang kertas itu,” katanya.

Selain itu, Eng Khim turut menasihatkan pemandu supaya tidak mudah percaya sekiranya orang tidak dikenali mengetuk cermin dan memberitahu terdapat sejumlah wang pada bahagian tayar belakang kereta mereka.

Katanya, pemandu selalunya akan melihat cermin sisi untuk melihat duit dimaksudkan sebelum bertindak keluar dari kereta. Sebaik sahaja membuka pintu, suspek akan meluru ke arah pintu dan melakukan samun terhadap mangsa.

“Jangan mudah percaya dengan taktik yang digunakan penjenayah. Semua ini dilakukan untuk memastikan mangsa keluar dari kereta. Sehingga kini kes seumpama itu berlaku bagaimanapun ia belum dilaporkan terjadi di Kulim,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pemandu diminta mematikan enjin kenderaan mereka sebelum membayar duit untuk mengisi minyak di kaunter pembayaran.

Menurutnya, ada penjenayah yang mengekori kenderaan di pandu mangsa sehingga ke stesen minyak.

“Apabila mendapati enjin tidak dimatikan dan mangsa keluar dari kenderaan untuk membayar duit di kaunter, suspek akan masuk ke dalam kereta dan melarikannya.

"Kejadian ini berlaku yang mana ia berpunca dari kelalaian pemandu itu sendiri,” katanya
.☆Mesej yg menyentuh hati dari seorang wanita☆
Seseorang bertanya kepadanya...
Awak wanita bekerja atau suri rumah?
Jawab wanita itu:
Ya.. saya bekerja sepenuh masa sebagai suri rumah.
Saya bekerja 24 jam sehari
sayalah ibu
sayalah isteri
sayalah anak perempuan
sayalah menantu
sayalah jam loceng
sayalah tukang mask
sayalah pembantu rumah
sayalah guru
sayalah pelayan
sayalah nenek
sayalah jururawat
sayalah jurukamera
sayalah pengawal keselamatan
sayalah kaunselor
sayalah selimut
saya x ada percutian
saya x ada cuti sakit
saya x ada cuti harian
saya bekerja siang malam
saya sentiasa 'on call'
setiap jam saya terima bayaran dengan ayat...
"Apa yg awak buat sepanjang hari haa??"
♡♡♡♡♡♡♡
Dedikasi untuk semua wanita♡
Wanita adalah karakter yg paling rumit umpama garam
Adanya dia tidak diingati★
Tiadanya dia menyebabkan segalanya menjadi tawar!!.
Hantarkan mesej ini kepada semua wanita tersayang

We U
Nur Kasih
Jangan pinta hidup yang mudah, tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya.











PenMerah [dot] com's photo.
selalu terjadi~~ SETUJU? — with Nora Azian and 33 others.

Photo: selalu terjadi~~ SETUJU?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan