Khamis, 7 Ogos 2014

MALAYSIA BOLEH....MALAYSIA MEMANG BOLEH

Khamis, 7 Ogos 2014


Aktiviti 'bogelisme' turut diadakan di Kedah, Johor, Pahang dan Perak...!!

Aktiviti berbogel atau nudism yang mengambil tempat di Telum Kampi, Taman Negara Pulau Pinang telah mencetuskan kontroversi besar di negara ini.
Namun aktiviti 'bogelisme' tersebut sebenarnya tidak terhad di Teluk Kampi, malahan ia juga pernah mengambil tempat di negeri-negeri lain.
ktiviti 'bogelisme' tersebut sebenarnya tidak terhad di Teluk Kampi, malahan ia juga pernah mengambil tempat di negeri-negeri lain.'Bogelisme' merujuk kepada aktiviti sekumpulan manusia tanpa mengira umurnya beraktiviti tanpa berpakaian.
Sinchew Daily melaporkan, rancangan realiti Amerika Syarikat iaitu Naked and Afraid pernah membuat penggambaran bertema Pain Forest di Taman Negeri Royal Belum, Perak.
Dalam rancangan itu, seorang lelaki yang merupakan anggota bomba telah hidup selama 21 hari dalam hutan dengan seorang ibu tunggal, kedua-duanya dalam keadaan bogel.
Sebelum itu pula, rancangan realiti bogel dari Denmark iaitu Robison Ekspeditionen pula pernah membuat penggambaran di pulau-pulau sekitar Mersing, Johor.
Selain itu, satu lagi rancangan realiti berkonsepkan bogel turut dirakamkan di Kuala Tahan, Pahang iaitu dalam kawasan Taman Negara.
Sementara itu, tinjauan Sinchew Daily mengenai 'bogelisme' di blog mendapati terdapat artikel yang mencadangkan tempat sesuai untuk aktiviti berbogel di Malaysia.
Daripadanya, Pulau Pinang dan Pulau Langkawi di Kedah disenarai sebagai tempat menarik untuk aktiviti 'bogelisme'
Kawasan pantai yang panjang dan kesepian Teluk Kampi pula menjadikan kawasan dalam Taman Negara Pulau Pinang itu menjadi pilihan utama penggemar aktiviti 'bogelisme'



Nasrudin undang Lim ke majlis hari rayanya


Selepas penafian Lim Guan Eng, anggota Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan kini dilihat 'menarik brek' sebentar dan mengundang ketua menteri Pulau Pinang itu ke jamuan Aidilfitri di rumahnya di Kuantan pada Sabtu.

Nasrudin juga berkata hanya akan menjawab penafian Lim berhubung dakwaan amalan tender terus terhadap projek terowong dasar laut negeri itu esok kerana sibuk mengurus persiapan jamuan.

“Kepada rakan-rakan dan wartawan yang menghubungi saya, tunggu esok deh ,” tulisnya dalam Facebook hari ini.

“Saya ambil kesempatan di sini sekali lagi dengan segala kerendahan diri mengundang semua rakan-rakan termasuk YAB Lim Guan Eng ke majlis kesyukuran dan jamuan Aidilfitri di kediaman kami, Taman Pelindung Perdana Beserah, Kuantan pada 9 Ogos 2014 (Sabtu) ini.”

Lim hari ini mendakwa Nasrudin berbohong dan memberi tempoh 24 jam untuk beliau menarik balik dakwaan itu atau berdepan tindakan undang-undang.

"Jika Nasruddin mendakwa dirinya sebagai seorang Muslim yang baik dan tidak munafik, maka beliau patut menarik balik pembohongan itu dan memohon maaf kepada saya dalam masa 24 jam," kata Lim.

Nasruddin membangkitkan kenapa Lim tidak dikritik ekoran tender terus projek terowong itu seperti yang dihadapi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex). 
 3:10PM - 7 Aug 2014

Kit Siang: Pakatan lebih penting dari Khalid


Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, kelangsungan Pakatan Rakyat perlu lebih diutamakan berbanding masa depan politik Tan Sri Khalid Ibrahim.

MP Gelang Patah itu menegaskan demikian melalui satu kenyataannya yang menyebut, tarikh 10 Ogos bukan tarikh penentu untuk masa depan Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi ia lebih penting bagi masa depan Pakatan Rakyat.

Katanya, keputusan mesyuarat penting oleh DAP dan PAS pada hari itu akan menentukan sekiranya Pakatan dapat meneruskan agendanya di Malaysia.

“Hari Ahad, 10 Ogos bukanlah hari penentu yang apa sangat bagi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai meneri besar Selangor, tetapi lebih penting bagi Pakatan Rakyat yang berusia 10 tahun...,” katanya.

Beliau juga melihat bahawa keyakinan masyarakat ke atas Pakatan Rakyat banyak terjejas selepas Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 23 Julai lalu memutuskan agar menteri besar Selangor ditukar.

Perkembangan ini juga disifatkannya sebagai krisis paling buruk sejak gabungan parti itu ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008.

Kenyataannya itu muncul susulan pergeseran yang berlaku di kalangan pemimpin PKR, dan juga penentangan terbuka dari PAS ke atas rancangan menyingkirkan Khalid dari jawatan menteri besar.

Lim berkata, Pakatan boleh terselamat dari krisis ini sekiranya semua pemimpinnya berpegang teguh pada dasar yang disepakati bersama.

Selain Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Jawatankuasa PAS Pusat juga akan bermesyuarat pada hari Ahad ini berhubung pendirian parti itu.

Bagaimanapun, Majlis Syura Ulamak yang dipimpin mursyidul am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sudahpun membuat ketetapan hari ini agar Khalid dikekalkan sebagai menteri besar.

Lazimnya, Jawatankuasa PAS Pusat tidak akan membuat keputusan yang bertentangan dengan ketetapan oleh badan tertinggi dalam parti Islam itu.

Lagi Pesta Sukan Bogel Bakal Diadakan Di Pulau Pinang


Tak habis lagi isu video Sukan Bogel Pulau Pinang baru-baru ini disiasat, satu lagi pesta yang sama dihebohkan akan diadakan di pulau yang sama pada hujung tahun ini.

Poster hebahan tentang program tersebut menunjukkan program itu akan diadakan 15 Disember tahun ini bersama-sama dengan tema Tahun Melawat Pulau Pinang di Teluk Kampi.

Ternyata Teluk Kampi kini menjadi sasaran mereka yang tidak ada nilai kesopanan dalam diri.

Perkara ini difahamkan telah dikhabarkan oleh beberapa pemimpin PAS negeri Pulau Pinang. Sebelum ini, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi turut mendedahkan tentang satu lagi pesta bogel bakal diadakan hujung tahun ini.



Apa nak jadi dengan Malaysia sekarang ni.. - SiakapKeli.com

PARAH!!! Krisis Politik Selangor Makin Membara... Majlis Syura Ulama PAS Tolak DS Wan Azizah Diangkat MB Selangor.. Jom Terjah!!!

Dokumen keputusan Majlis Syura Ulama PAS mengenai krisis Menteri Besar Selangor ditandatangani kedua-dua pemimpin tertinggi badan itu.

PETALING JAYA: Krisis politik Selangor dilihat semakin parah apabila Majlis Syura Ulama PAS menyatakan pendirian menolak cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.


Pendirian itu dinyatakan empat hari sebelum Jawatankuasa PAS Pusat mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai rancangan sekutu mereka itu untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menerusi kenyataan yang ditandatangani Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din, badan itu membuat keputusan untuk mengekalkan Abdul Khalid selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.

"Keputusan ini dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.

"Maka selagi (Abdul Khalid) tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor," demikian menurut kenyataan itu pada Khamis.

Keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS di Kota Bharu pada Selasa.

Bagaimanapun, badan itu menegaskan bahawa mereka sedia menilai kembali kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya wujud pertuduhan dan disabitkan bersalah oleh pihak berkuasa.

Singa Padang Pasir.
Kerna dia diguling dan dipenjarakan, Israel bermaharajalela dibumi Palestine.jika ia masih kekal sebagai Presiden Mesir,Percayalah!!...Israel tidak akan berani menjentik rakyat palestine....
Singa Padang Pasir.
Kerna dia diguling dan dipenjarakan, Israel bermaharajalela dibumi Palestine.jika ia masih kekal sebagai Presiden Mesir,Percayalah!!...Israel tidak akan berani menjentik rakyat palestine....
LikeLike · ·

Thursday, August 7, 2014


Dari Guan Eng kepada Tantawi Vellfire.. Kalau bukan munafik tarik balik fitnah atau disaman..


Jelas pembohongan yang dibuat oleh Nasrudin adalah sama seperti yang dibuat oleh media sosial pro-BN dan pro-UMNO. Jika Nasrudin mendakwa menjadi Muslim yang baik yang bukan munafik, maka dia harus menarik balik fitnah dan memohon maaf kepada saya dalam tempoh 24 jam.

Sekiranya dia gagal berbuat
demikian, dia berkelakuan tidak amanah dan tidak berbeza dengan UMNO.

WOW!! mana nak letak muka ni??.. munafik terus Guan Eng bantai dia...Siapalah yang bagi info salah kat Tantawi ni..

Tapi takkanlah Tantawi ni buta IT kot?..  dah banyak kali isu pasal terowong ni didedahkan dalam berbagai Blog dan Portal.. takkanlah dia tak baca kot?

Berikut adalah kenyataan media dari Guan Eng..


___________________________________________

Saya terkejut dengan serangan tanpa provokasi yang dilancarkan oleh Ahli Parlimen PAS Temerloh Nasrudin bin Hassan @ Tantawi terhadap saya dengan tuduhan tidak berasas kepada kepimpinan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri dan penganugerahan projek terowong pertama di bawah-dasar laut di Asia Tenggara dari Persiaran Gurney di Pulau Pinang ke Bagan Ajam di Seberang Perai.

Nasrudin mempunyai 24 jam untuk dengan jelas dan tanpa syarat meminta maaf kepada saya.

Nasrudin mempersoalkan mengapa saya tidak dikritik oleh Pakatan Rakyat seperti Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) apabila saya juga telah menggunakan rundingan terus untuk menganugerahkan projek terowong dasar laut kepada Construction Zenith BUCG Bhd bernilai RM4.63 billion.

Nasruddin juga mendakwa bahawa penduduk Pulau Pinang menentang projek ini kerana kedudukan kewangan kerajaan Pulau Pinang di bawah kepimpinan saya telah menyebabkan 6 tahun belanjawan defisit.

Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah membuat apa-apa ulasan terbuka mengenai projek Kidex atau penganugerahan rundingan langsung.

Nasrudin juga tidak pernah berhubung dengan saya berkenaan urusan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk turut terjebak sama dengan permainan politik Nasrudin untuk menyokong Kidex, tetapi membuat bantahan ini kerana pembohongan oleh rakan Ahli Parlimen PR yang telah mencemarkan maruah saya dan kedudukan kerajaan negeri.

Nasrudin berbohong kerana projek terowong bawah dasar laut telah dianugerahkan melalui tender terbuka, bukan rundingan terus dengan kos RM3.6 bilion, dan bukannya RM4.63 bilion seperti yang didakwa.

Nasrudin juga berbohong kerana kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah PR tidak pernah mengalami satu tahun belanjawan defisit pun tetapi sebaliknya mencatatkan lebihan belanjawan.

Lebihan bajet telah disahkan bukan oleh saya tetapi oleh Laporan Ketua Audit Negara, seperti jadual berikut: -



Pada akhir 2013, kerajaan negeri Pulau Pinang dijangka mencatatkan sedikit lebihan.

Sebelum perjanjian awal bagi projek terowong dasar laut ditandatangani pada tahun 2013, satu maklum balas dan perundingan awam telah dijalankan sebelum PRU.

Amalan ini tidak pernah dibuat sebelum ini. Tiga mesyuarat 'town hall' dengan orang awam telah diadakan, dua di pulau dan satu di tanah besar.

Jelas, rakyat Pulau Pinang telah diberi peluang yang jarang diberikan sebelum ini sama ada untuk menyokong atau menolak projek ini dengan mengundi untuk mengekal atau menggantikan kerajaan negeri PR dalam Pilihan Raya Umum 2013.

Kerajaan Negeri PR telah kembali berkuasa dalam pilihan raya umum 2013 dengan mandat pilihan raya yang tertinggi dalam sejarah dengan 68% undi popular.

Jelas pembohongan yang dibuat oleh Nasrudin adalah sama seperti yang dibuat oleh media sosial pro-BN dan pro-UMNO.

Jika Nasrudin mendakwa menjadi Muslim yang baik yang bukan munafik, maka dia harus menarik balik fitnah dan memohon maaf kepada saya dalam tempoh 24 jam.


Sekiranya dia gagal berbuat demikian, dia berkelakuan tidak amanah dan tidak berbeza dengan UMNO.

Jika tidak, saya tiada pilihan lain melainkan melayan beliau seperti BN, dengan mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menyebarkan fitnah secara terang-terangan dan terhadap saya dan kerajaan negeri Pulau Pinang.


LIM GUAN ENG

*Kenyataan Sidang Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town Pada On 7.8.2014*



Ustaz Asrie Sobri – Hukum Mengejek, Memperolok, Mempersenda Agama Islam & Menjadikannya Bahan Jenaka


USTAZ MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI
Kitab Nawaqidul Islam (Pembatal-pembatal Keislaman) tulisan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab – Sesi 3
TARIKH : Ahad (22 Ramadan 1435H / 20 Julai 2014)
MASA : 8.45 – 10.30 Pagi
TEMPAT : Kuala Lumpur (Anjuran Yayasan Ta’lim)
Video Penuh : http://www.ilmusalaf.com/2014/08/daurah-nawaqidul-islam-sesi-3/
TEKS KITAB
Boleh dibeli dengan harga RM5 di sini : https://play.google.com/store/books/details?id=TdwsBAAAQBAJ
SEGMEN PILIHAN
- Orang Munafik Membenci Apa yang Dibawa oleh Nabi, Walaupun Masih Mengamalkannya : http://www.youtube.com/watch?v=VjzHEr6mki8
- Hukum Mengejek, Memperolok, Mempersenda Agama Islam & Menjadikannya Bahan Jenaka : http://www.youtube.com/watch?v=nxg6YXq-6UA
- Hukum Berdusta dalam Melawak & Budaya “Prank” : http://www.youtube.com/watch?v=hJruBpkPelU
- Hukum Belajar dan Beramal dengan Sihir & Hukum “Silap Mata” : http://www.youtube.com/watch?v=K_C2CcvFiVs
- Wajib Membenci Orang Musyrikin & Tidak Menjadikan Mereka Sebagai Teman Rapat : http://www.youtube.com/watch?v=UNMBAuKzUXA
- Kewajipan Berhijrah Keluar dari Negara Kafir : http://www.youtube.com/watch?v=jT1dFAEqS6A
- Haram Bermusafir ke Negara Kafir : http://www.youtube.com/watch?v=LcYaC8pG9g0
- Sufi & Kisah Khidir : http://www.youtube.com/watch?v=5C9kWXWZGyE
- Orang yang Tidak Peduli, Tidak Gemar & Tidak Beriltizam dengan Ajaran Agama : http://www.youtube.com/watch?v=q6qW_vgke6g
- Syirik : Tiada Keuzuran buat Orang yang Jahil : http://www.youtube.com/watch?v=RRolh4OTWRo
Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom
- Klik “Syndication” di sebelah kiri
- Klik “Grant Permissions
- Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add
* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…
www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom

Burhanuldin Mohammad added 3 new photos.
Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur petang semalam saya singgah lagi di Merapoh, Pahang, rumah Che Mat ini untuk menghantar ayam goreng yang saya belikan untuk anak-anak dia, bukan main suka budak2 tu...
Dalam duk bersembang tu baru saya tahu rupanya rumah kediaman mereka ini tidak ada kemudahan tandas...bilik mandi pun di luar rumah dgn tandas semulajadi dalam semak-samun berhampiran...huhuhu....kesian....

Kalau saya yang sejak dewasa ni dah jarang-jarang menjejakkan kaki ke dalam belukar, pasti akan terbayang macam-macam benda yg ada kat dalam semak samun tu, yang berbisa, yang merangkak, menjalar, bersengat, menggigit dan macam-macam lah duk ada, bagaimana agaknya keadaan mereka, lebih2 lagi kalau perut meragam di tengah malam...
Dengan pendapatan harian antara RM10-RM15 hasil menoreh, untuk membina bilik air dgn kemudahan tandas yg sempurna pastinya diluar kemampuan mereka, mahu cecah ribu jugak tu dgn kos bahan binaan yg semakin meningkat. Terpikir juga saya, takkan takde peruntukan dari jabatan kesihatan ke atau agensi mana-mana yang boleh dipohon, entahlah....malas saya nak tanya sebab saya dah boleh agak jawapannya...susah nak dapat, borang, memohon, bukti pendapatan, jumpa orang tu orang ni, surat sokongan huh...nak pikir pun malas apa lagi nak hadapi semua tu...
Macam ni lah Che Mat (saya tak bagitau dia pun haha....), saya masukkan nama Che Mat dalam senarai peribadi saya untuk projek kemudahan asas, sekarang ni Che Mat berada pada kedudukan kedua sebab kedudukan pertama ialah makcik rel keretapi di Kuala Krai, juga untuk projek bilik air dan tandas....tak tahu lagi bila boleh mula projek....sebab saya tengah kumpul peruntukan dari duit gaji saya (setiap bulan sejumlah amount), bila dah cukup nanti saya akan mulakan projek utk makcik rel keretapi kemudian start kumpul semula utk Che Mat, mahu tahun depan jugaklah kot...hihi...nasiblah....nak buat macamana, saya ni bukan ada dana bepuluh beribu atau peruntukan beratus ribu yang boleh ditabur sesuka hati...
Che Mat tunggu jer lah yea....insyaAllah nanti saya singgah lagi....bawak telur masin, isteri Che Mat cakap sedap betul telur masin yang saya bagi hari tu, dah lama rupanya tak jumpa telur masin....
5 hrs ·
Untung la... Rakyat ditekan disuruh berjimat, subsidi rakyat pula DIPOTONG & DIMANSUHKAN
Tetapi... kerajaan dgn selamba bole berbelanja mewah. Adakah satu keperluan membeli kenderaan tersebut di kala HUTANG KERAJAAN BN SEMAKIN BERTAMBAH SABAN TAHUN, ekonomi negara tidak menentu & kos sara hidup rakyat semakin meningkat ???
Yang peliknya kenapa kenderaan polis tidak semewah sebegini... Di M'sia kes mana yg lebih membimbangkan dan bermasalah samada yg berkaitan dgn polis atau JPJ ??? Cuba fikir2kan
SEJARAH TIDAK MENIPU, ANDA sendiri tahu SETIAP TAHUN KETIRISAN, PENYELEWENGAN & KEBOROSAN OLEH KERAjaan berbelanja di sesebuah jabatan PASTI AKAN BERLAKU !!!

( 8 GAMBAR ) BERTUDUNG TAPI KETAT
DONT WORRY YOU ARE IN FREE ZONE NOW
funstimes.blogspot.com|By AUTHOR FUNS TIMES BLOG
LikeLike · · · 11
 6:19PM - 7 Aug 2014

'Berani bogel kerana negeri bawah DAP?'


Umno Pulau Pinang mempersoalkan sekiranya penganjur sukaneka bogel di Teluk Kampi, Pulau Pinang berani menjalankan kegiatan tersebut memandangkan negeri berkenaan diterajui DAP.

Ia dibangkitkan oleh pengerusi badan perhubungannya, Datuk Zainal Abidin Osman yang turut mendakwa Ketua Menteri Lim Guan Eng bertindak dengan tidak bertanggungjawab dalam kes tersebut.

Beliau mendakwa Lim “lepas tangan” dalam kes berkenaan dan kerana menyerahkannya untuk disiasat oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

"Apakah penganjuran acara yang memalukan dan tidak bermaruah sebegini boleh berlaku di Pulau Pinang kerana individu yang menyertainya berasa bebas dan tidak takut melakukannya di negeri ini kerana Pulau Pinang kini berada di bawah pemerintahan kerajaan yang diterajui DAP?

"Kenyataan pendirian Kerajaan Pulau Pinang terhadap penganjuran sukan bogel berkenaan adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, kerajaan negeri hanya berbangga ketika jumlah pelancong ke Pulau Pinang meningkat tetapi dengan cepat melepaskan tanggungjawab kepada pihak lain apabila terdapat pelancong yang melakukan perbuatan memalukan.

Lim dalam kenyataannya semalam menyebut maklumat bahawa seorang renjer Taman Negara berada di lokasi kejadian ketika kegiatan bogel itu berlaku.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa Taman Negara bertindak ke atas perkara berkenaan memandangkan kawasan tersebut tertakluk kawasan itu tertakluk bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Dalam kenyataannya, Zainal berkata “sukan bogel” merupakan perbuatan “jijik dan memalukan” yang mencemar nama baik Pulau Pinang dan negara ini.

Beliau seterusnya menggesa Kementerian Pelancongan dan agensi pelancongan memastikan para pelancong memahami dan menghormati budaya dan agama warga tempatan.

“Penularan budaya songsang, tidak sihat dari luar negara yang bertentangan dengan adat, budaya, amalan dan agama rakyat Malaysia perlu disekat kemasukannya agar tidak mencemarkan nilai murni yang menjadi pegangan dan cara hidup rakyat Malaysia sejak sekian lama,” katanya.

Beliau turut mendesak polis menyegerakan siasatan dan mendakwa individu terlibat dengan secepat mungkin.

Salah seorang daripadanya dikenalpasti sebagai bekas ketua Wanita Kedah.

GERAKAN menjelaskan, wanita berusia 40-an itu bagaimanapun tidak lagi menganggotai parti tersebut, dan GERAKAN juga tidak terlibat dengan kegiatan bogel itu.


July 25, 2014

9 GAMBAR TERKINI ABBY ABADI BUAT HELIZA HELMI DAN ANDA TERKEJUT

Sebut sahaja namanya , pasti ramai yang tahu akan apa yang berlaku kepadanya sepanjang tahun ini .Ibarat goreng pisang panas , namanya sentiasa mengejutkan ramai peminatnya .

Selepas bercerai dengan suami keduanya Farhan, Abby membuat perubahan yang sangat drastik ke atas dirinya . Tapi yang pastinya bukan semua wanita yang pernah bergelar artis popular terbuka untuk berubah sepertimana Abby Abadi

Seloroh abby dengan tawa kecil, dia memohon agar peminatnya sentiasa mendoakan agar dia ditemukan jodoh lelaki yang sesuai dan boleh membimbing dirinya serta anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT.


Alhamdulillah, penghijrahan demi penghijrahan artis-artis Malaysia ke arah lebih baik. Semoga semuanya istiqamah :)

Thursday, 7 August 2014


ADUN UMNO/BN DARI KELANTAN MENJALANI RAWATAN DILUAR NEGARA AKIBAT PENYAKIT KRONIK



Seorang wakil rakyat Umno dikatakan menjalani rawatan di luar negara akibat menghidapi penyakit kronik, kata sumber Umno.

Katanya, penyakit yang dihadapi Adun Pengkalan Kubur YB Datuk Noor Zahidi Hj Omar itu agak serius dan sudah beberapa berulang alik ke luar negara bagi mendapat rawatan.

Difahamkan juga pada Ramadan lalu seorang Naib Presiden Umno datang menziarahi Adun terbabit, yang juga merupakan pemimpin kanan Umno di Kelantan.

Malah Adun terbabit juga difahamkan lebih banyak berehat di rumahnya di Kuala Lumpur.

Laman sosial facebook miliknya juga tidak lagi aktif dan tiada aktiviti baru dipaparkan.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri 24 dan 25 Jun lalu, Adun berkenaan tidak hadir. Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya’kob mengumumkan pada pembukaan persidangan itu Adun terbabit memohon cuti. -

Mohon doakan agar penyakit yang dihidapinya jika kisah ini benar, cepat sembuh agar beliau dapat menyumbang bakti kepada rakyat Pengakalan Kubur, Tumpat, Kelantan.


9 29-APR-2009

Black 1
21-SEP-2009

Black 1


 Black 2


Ustaz Asrie Sobri – Hukum Belajar dan Beramal dengan Sihir & Hukum “Silap Mata”


USTAZ MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI
Kitab Nawaqidul Islam (Pembatal-pembatal Keislaman) tulisan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab – Sesi 3
TARIKH : Ahad (22 Ramadan 1435H / 20 Julai 2014)
MASA : 8.45 – 10.30 Pagi
TEMPAT : Kuala Lumpur (Anjuran Yayasan Ta’lim)
Video Penuh : http://www.ilmusalaf.com/2014/08/daurah-nawaqidul-islam-sesi-3/
TEKS KITAB
Boleh dibeli dengan harga RM5 di sini : https://play.google.com/store/books/details?id=TdwsBAAAQBAJ
SEGMEN PILIHAN
- Orang Munafik Membenci Apa yang Dibawa oleh Nabi, Walaupun Masih Mengamalkannya : http://www.youtube.com/watch?v=VjzHEr6mki8
- Hukum Mengejek, Memperolok, Mempersenda Agama Islam & Menjadikannya Bahan Jenaka : http://www.youtube.com/watch?v=nxg6YXq-6UA
- Hukum Berdusta dalam Melawak & Budaya “Prank” : http://www.youtube.com/watch?v=hJruBpkPelU
- Hukum Belajar dan Beramal dengan Sihir & Hukum “Silap Mata” : http://www.youtube.com/watch?v=K_C2CcvFiVs
- Wajib Membenci Orang Musyrikin & Tidak Menjadikan Mereka Sebagai Teman Rapat : http://www.youtube.com/watch?v=UNMBAuKzUXA
- Kewajipan Berhijrah Keluar dari Negara Kafir : http://www.youtube.com/watch?v=jT1dFAEqS6A
- Haram Bermusafir ke Negara Kafir : http://www.youtube.com/watch?v=LcYaC8pG9g0
- Sufi & Kisah Khidir : http://www.youtube.com/watch?v=5C9kWXWZGyE
- Orang yang Tidak Peduli, Tidak Gemar & Tidak Beriltizam dengan Ajaran Agama : http://www.youtube.com/watch?v=q6qW_vgke6g
- Syirik : Tiada Keuzuran buat Orang yang Jahil : http://www.youtube.com/watch?v=RRolh4OTWRo
Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom
- Klik “Syndication” di sebelah kiri
- Klik “Grant Permissions
- Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add
* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…
www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom




Tiada ulasan:

Catat Ulasan