Rabu, 13 Ogos 2014

LAGI HARU....ADAKAH NI MENYEBABKAN SUSAH JIKA TAK MENYOKONG TSKI...KITA TENGOK WAYANG SETERUSNYA....HATI2 DENGAN JERAT...UMPAN KENA BANYAK BARU BURUNG ITU SENANG DIPIKAT

Senarai Terbaharu Ahli Exco Selangor 2014 ??
Posted on Wednesday, August 13 @ 00:38:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Dalam keadaan masih kelam kabut, mengikut sumber Tan Sri Khalid Ibrahim telah mendapat satu kesepakatan untuk kabinet barunya menganti kabinet sedia ada bagi menerajui Selangor semasa keadaan sekarang.

Edaran kabinet ini telah terseber di media sosial dan whatsapp. Pihak kami tidak mendapat pengesahan daripada sumber dalaman kami. Walaupun kami rasa ini adalah edaran palsu tapi kami turunkan untuk pembaca.

Adakah senarai ini betul dengan penghijrah exco daripada PKR dan DAP.

SPEAKER: Mohd Shafie Bin Ngah (PAS)
TIMBALAN SPEAKER: Noor Hanim Binti Ismail (PAS)

MENTERI BESAR : TS Abd Khalid Bin Ibrahim (BEBAS)                

PENGERUSI HAL-EHWAL ISLAM, PEMODENAN PERTANAN & PEMBANGUNAN DESA : Sallehen Bin Mukhyi (PAS)

PENGERUSI JK TETAP KERAJAAN TEMPATAN, KAJIAN & PENYELIDIKAN: Abd Rani Bin Osman (PAS)

PENGERUSI JK PENDIDIKAN TINGGI & TANGGUNGJAWAB MODAL INSAN : Dr. Halimah Ali (PAS)

PENGERUSI JK TETAP PELABURAN, PERINDUSTRIAN, PEMBANGUNAN KG BARU & PEMUTIHAN KILANG HARAM: Saari Bin Sungib (PAS)

PENGERUSI JK TETAP KEBAJIKAN & HAL EHWAL WANITA: Dr. Rodziah Ismail (PKR)

PENGERUSI JK TETAP PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN & PENEROKA BANDAR: Iskandar Bin Abdul Samad (PAS)

PENGERUSI JK TETAP KESIHATAN, PEKERJA LADANG, KEMISKINAN & KERAJAAN PRIHATN: Ganapathi Rao a/l Veraman (DAP)

PENGERUSI JK TETAP PELANCONGAN, HAL EHWAL PENGGUNA & ALAM SEKITAR: Mohd Khairuddin Bin Othman (PAS)

PENGERUSI JK TETAP KESIHATAN, PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI : Haniza Binti Mohamed Talha (PAS)

PENGERUSI JK TETAP BELIA & SUKAN, INSFRASTUKTUR & KEMUDAHAN AWAM : Ahmad Yunus Bin Hairi (PAS)

*Senarai Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baharu Ogos, 2014 

12 Ogos 2014,
Shah Alam, Selangor. 


Saya mengikuti perkembangan isu MB Selangor dari jauh di Kota London ini. Tiada teman orang politik yang ramai saya kenali baik dari semua pihak yang boleh saya hubungi kerana jarak yang jauh dan kos yang tinggi.
Jika dilihat dari segi berita dan komentar pelbagai pihak memanglah kelam kabut.
Cumanya, ada banyak persoalan asas yang perlu dijawab oleh setiap penilai dalam melihat isu ini. Antaranya;
-dari sudut tujuan politik yang hakiki iaitu mengurus tadbir rakyat dengan sebaik mungkin dan memelihara kepentingan awam, siapakah yang anda yakin sedang bertindak untuk tujuan tersebut? Khalid? PKR? DAP? PAS? UMNO?
-ataupun jika dijelmakan soalan dalam bentuk yang lain, siapakah yang bertindak untuk kepentingan diri, ataupun keluarga, ataupun sekadar parti semata dengan membelakangkan rakyat?
-adakah apa yang berlaku ini demi menjaga kemaslahatan rakyat ataupun untuk individu tertentu ataupun demi kelompok tertentu?
-lebih jeas, orang politik sedang bertindak untuk kepentingan rakyat Selangor secara umum ataupun memuaskan kehendak politik mereka?
LikeLike · · · 1,607159100

Adun PAS gesa mesyuarat disegerakan, sokong Pakatan tolak Khalid




Adun PAS Saari Sungib menggesa agar PAS Pusat menyegerakan mesyuarat 17 Ogos depan serta menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Ogos, 2014. Adun PAS Saari Sungib menggesa agar PAS Pusat menyegerakan mesyuarat 17 Ogos depan serta menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Ogos, 2014. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang dari PAS Saari Sungib menggesa agar kepimpinan PAS Pusat menyegerakan mesyuarat yang dijadualkan berlangsung 17 Ogos depan serta menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
Saari ketika dihubungi berkata, langkah itu perlu bagi "menamatkan" percaturan Khalid sebelum beliau melakukan tindakan lanjut ekoran pemecatan 6 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Selangor dari PKR dan DAP hari ini.
"PAS perlu segerakan mesyuarat kerana seolah-olah akan ada keputusan besar, sedangkan kita perlu mengukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR)," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Sebelum Barisan Nasional (BN) melakukan sebarang tindakan, lebih baik PAS segera memutuskan untuk bersama DAP dan PKR untuk mengukuhkan PR," katanya, dan menambah, Khalid kini bukan lagi menteri besar PR kerana keahliannya sudah dipecat, sekaligus keputusan PAS untuk tidak menyokongnya tidak memberikan kesan.
Beliau berkata, tindakan PAS menangguhkan mesyuarat berkenaan seolah-oleh pendirian parti itu untuk terus bersama PR masih lagi samar-samar sehingga membuatkan penyokong dan rakyat terpaksa menanti keputusan mereka.
"Sekiranya mesyuarat hanya memutuskan perkara dasar, iaitu untuk terus bersama PR, kita sudah ketahui perkara itu sekian lama.
"Sekiranya untuk memutuskan keluar dari PR, ia memerlukan muktamar khas bagi mendapatkan persetujuan," katanya.
"PR Selangor termasuk PAS seharusnya mengukuhkan kedudukan majoriti mereka dalam Dewan Undangan negeri (DUN) dengan bilangan kerusi dan PAS harus menyertai mereka bagi memastikan kerajaan PR Selangor kekal memerintah.
"Kita nampak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan secara terbuka mereka menyokong Khalid, itu petunjuk jelas mereka (BN) mempunyai pasukan memantau perkara itu," katanya.
PKR dan DAP menyifatkan pemecatan 6 exco berkenenaan sebagai tidak adil, serta merayu 4 exco PAS supaya tidak menghadiri mesyuarat esok.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, partinya membantah tindakan menteri besar Selangor penggal kedua yang mereka gugurkan keahliannya pada Sabtu.
"Kami PKR membantah tindakan tidak beretika ini," kata Anwar pada sidang media bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bekas-bekas exco Selangor yang baru dipecat di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.
Saari berkata, pendapatnya itu juga sudah disampaikan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad yang juga exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar.
"Perkara ini 'straight forward', tetapi kenapa kita seperti menanti keputusan yang begitu besar?" soalnya.
PAS memutuskan untuk mengadakan mesyuarat pada Ahad depan bagi memutuskan keputusan mereka sama ada kekal memilih Khalid sebagai menteri besar Selangor atau bersetuju dengan rakan PR mereka melantk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bagi menggantikan Khalid.
Saari berkata, beliau juga maklum terdapatnya keceenderungan daripada ahli PAS untuk keluar gabungan pembangkang berkenaan, namun berkata perkara itu masih lagi belum "disampaikan secara zahirnya."
"Tetapi pendapat sedemikian masih lagi belum menjadi dominan, namun isu perkauman paling mudah menangkap emosi rakyat Malaysia.
"PAS perlu menyelesaikan perkara ini dengan segera," katanya.
Ketika ditanya berkenaan pemimpin PKR seperti Pengarah Strateginya Rafizi Ramli yang secara terbuka mengkritik PAS, beliau berkata:"Mereka mengikut emosi."
"Kita harapkan mereka yang sudah matang menjadi semakin matang," katanya.
Beliau turut menyuarakan rasa khuatir sekiranya PAS mengambil pendirian meninggalkan PR, PAS akan kehilangan pengundi bandar yang selama ini sukar untuk menyokong mereka.
"Jika kita keluar PR kita yang akan rugi.
"Untuk menarik pengundi bandar, kita memerlukan tempoh masa yang lama," katanya. – 12 Ogos, 2014.


Mengulas Pandangan Datuk Husam Musa
Posted on Wednesday, August 13 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Saya menghormati pandangan Datuk Husam Musa sebagai satu pandangan dan pemimpin saya. Saya menghormatinya atas hujah yang rasional dan beliau tidak mudah menerjah masuk dalam mengocak isu MB Selangor sekarang. Beliau berpandangan bahawa sekiranya PAS keluar daripada PR, maka PAS akan mengambil masa tiga dekad lagi untuk mencapai tahap pencapaian sekarang. Beliau telah berkata atas ilmu dan pengalaman beliau.

Saya memahami maksud beliau bahawa PAS mesti kekal dalam PR. Saya, secara peribadi pun asalnya meletakkan harapan yang tinggi kepada PR. Bagi saya, melalui PR-lah PAS mampu merealisasikan cita-cita Negara berkebajikannya yang merangkumi pelaksanaan syariah termasuk hudud. Itulah harapan saya dan hampir keseluruhan ahli dan penyokong PAS sejak sedekad yang lalu.

Kita boleh percaya dengan pandangan yang mengatakan PAS sukar menguasai negeri dan Negara jika berjuang  bersendirian di luar PR. Cuma persoalan yang sering bermain di minda saya ialah apa erti PAS menguasai negeri dan Negara sekiranya cita-cita dan dasar PAS disekat dan tersekat?

Benar banyak perkara yang PAS dapat lakukan dengan kuasa PR di Putrajaya. Dakwah, ekonomi dan pendidikan Islam serta kebajikan PAS dapat gerakkan dengan lebih hebat dan berkesan selaras dengan tuntutan al-Quran. Tetapi bukankah cita-cita tertinggi Pas ialah untuk menegakkan hukum Allah, khususnya hudud.

Hududlah yang melekat pada pendengaran saya sejak saya remaja belasan tahun dulu. Saya mendengar ‘Hudud’ sejak tahun 1980-an lagi. Penulis sudah hadam apa kaitan hudud dengan kuasa pemerintahan.

Justeru, wajarkah kita menggilai kuasa dan kemenangan dalam pilihanraya tanpa hak melaksanakan hudud? Apakah kita harus berbangga kerana menguasai dua tiga buah negeri dan berkongsi kuasa dengan bantuan parti dan penyokong PR sedangkan sebaik sahaja kita bersuara kembali untuk melaksanakan hudud maka kita dicerca, diugut dan dipersalahkan oleh rakan PR?

Kecualilah kita syok dengan kemenangan tanpa hudud, maka wajarlah kita akur dengan nasihat Datuk Husam Musa. Saya maklumkan bahawa saya bukan dalam kategori ini."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
BayangDiAir
Posted on Wednesday, August 13 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Zulhazmi tarik balik kenyataan, mohon maaf dan letak jawatan
Posted on Wednesday, August 13 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Berikutan penulisan dalam media sosial yang keterlaluan. Sdr Zulhazmi secara sukarela telah menarik balik kenyataannya, memohon maaf dan melepaskan jawatannya sebagai ahli mesyuarat Pemuda PAS Malaysia merangkap Tim Pengerusi Badan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia.

Facebook Suhaizan Kayat

Aduan dari Pemuda Gombak



Israel dan Iran Tegaskan Khilafah ‘Daulah Islamiyyah’ Sebagai Musuh Bersama

Shoutussalam - Kepala Intelijen Israel, Mossad baru-baru ini secara mengejutkan tak lagi menyebut nama Republik Syiah Iran sebagai ancaman terbesar bagi eksistensi negara Zionis Yahudi tersebut. Sebaliknya, ia menyebutkan nama Khilafah ‘Daulah Islamiyyah’ yang baru-baru ini tengah hangat menjadi perbincangan publik Indonesia.
Melalui wawancara dengan ssalah satu situs Israel, Hareetz, Tamir Padro Kepala Mossad tak menjawab apakah Iran adalah ancaman terbesar bagi Israel. Ia justru menyebut keberadaan Daulah Islamiyyah yang tengah berjuang di Iraq dan Suriah sebagai masalah teratas dan paling urgen yang harus segera diselesaikan.
“Kelompok Daulah Islamiyyah adalah masalah serius yang sangat mengkhawatirkan bagi Israel… Organisasi itu bergerak meninggali sebuah wilayah, dan ia berinteraksi, bersosialisasi merangkul masyarakat, dengan menyebarkan kesejahteraan dan mengembangkan sistem pendidikan,” kata Tamir Padro.
Ketakutan mereka cukup beralasan. Meski keberadaan Daulah Islamiyyah masih jauh dari kawasan Israel di Iraq dan Suriah, negara penjajah Zionis tersebut terkejut saat Daulah Islamiyyah berhasil menguasai wilayah perbatasan Utara Yordania  sepanjang 180 kilometer.
Yordania merupakan gerbang pintu masuk untuk menyerang Israel. Itulah kenapa Salibis Amerika dan Zionis selama ini banyak menginvestasikan uangnya untuk memajukan Militer dna Intelijen negara Kerajaan tersebut.
“Jika Amman (ibukota Yordania) jatuh ke tangan Militan Islamis, maka tamat sudah riwayat Israel,” kata sumber-sumber keamanan dan Intelijen Israel dalam sebuah laporan.

Republik Syiah Iran, Kerahkan Kekuatan Media Massa dan Militer Untuk Menjatuhkan Daulah Islamiyyah
Di sisi lain, Iran sebagai salah satu sekutu utama rezim pemerintah Syiah Shofawiy Iraq dan Nushairiyyah Bashar Assad di Suriah kian gencar menggulirkan propaganda ‘black campaign’ untuk menjatuhkan Khilafah ‘Daulah Islamiyyah’.
Berbagai fitnah pun disebarluaskan, diantaranya seperti kabar bahwasanya Daulah Islamiyyah memerintahkan pemotongan alat kelamin wanita, dan yang lebih konyol adalah Amir Daulah Islamiyyah, Syaikh Abu Bakar al Baghdadiy adalah agen binaan Intelijen Israel Mossad.
Tatkala redaksi Shoutussalam menelusuri kabar-kabar tersebut, sumber asal muasalnya sama, berasal dari media massa Iran yang getol menyuarakan permusuhan, pembunuhan, dan pembantaian terhadap kaum muslimin Ahlus Sunnah di Iraq dan Suriah. Salah satunya Far News Agency.
Tak cukup sampai disitu, Iran juga mengerahkan kekuatan militernya. Ribuan pasukan Garda Revolusi Iran dan penasihat militer hari ini telah berada di Iraq guna membantu rezim pemerintah Syiah Shofawiy menghadapi gempuran Daulah Islamiyyah yang kini telah mengepung Baghdad, dan bersumpah akan meratakan kota Suci Syiah Karbala.
Sejumlah konsentrasi pasukan besar Syiah Iran juga ditempatkan di kota Samarra, guna melindungi Kuil Syiah Imam al Askari. Kota besar di Provinsi Sholahuddin, Utara Baghdad tersebut kini dalam kondisi terkepung oleh bala tentara Khilafah dan menjadi saksi terbunuhnya ratusan prajurit Iran.
Pengiriman pasukan Iran di Iraq berjalan bersamaan dengan kedatangan ratusan personil militer Amerika. Baik Iran maupun AS sama-sama peduli untuk melindungi negara sekutunya tersebut, yang sudah bertahun-tahun mereka besarkan dengan gelontoran dana nasional dan bantuan militer.
Salibis Amerika bahkan rela mengorbankan ratusan ribu nyawa tentaranya untuk menginvasi Iraq, melengserkan rezim Saddam Hussein yang anti dengan Syiah, dan menggantinya dengan pemerintahan Syiah yang loyal dengan Iran, sang Perdana Menteri Nuri al Maliki, yang dalam video pidato kampanyenya 2013 lalu berjanji mengganti Ka’bah dengan Karbala sebagai kiblat sholat kaum Muslimin.
Walhasil, medan Jihad Iraq penuh barokah yang dipelopori oleh kabilah-kabilah suku Ahlus Sunnah dan dipimpin oleh Daulah Islamiyyah hari ini telah menyingkap tabir hubungan gelap antara Amerika-Israel dengan Syiah Iran. [arkan/dbs]
 



Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Kota Konstantinopel

http://mselim3.blogspot.com | .

Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Kota Konstantinopel
Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Kota Konstantinopel

Hadis Nabi Saw direalisasikan hampir 600 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, Khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "Sebaik-baik raja" dan "Sebaik-baik tentera dalam hadis ini? 


Sabdanya Rasullulah saw ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq:

".... Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera...." 
(HRiwayat Imam Ahmad)

Umat islam telah berlumba-lumba berusaha membebaskan Konstantinopel seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah swt dalam hadis ini. Namun begitu semuanya menemui kegagalan, peperangan yang menemui kegagalan ialah lima peperangan di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu di zaman Kerajaan Abbasiyyah, dan dua di zaman Kerajaan di zaman Uthmaniyyah.

Biodata Ringkas 

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 M di Adrianapolis (sempadan Turki-Bulgaria). Sejarah hidup baginda telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut "Sebaik-baik raja" di dalam hadis. Baginda dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel. 


Baginda menaiki tahta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451-1481). Baginda merupakan seorang pemimpin dan panglima yang ulung yang memimpin sendiri 25 siri ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout tetapi ada juga yang berpendapat baginda mangkat kerana diracun.

Pendidikan 
Sultan Muhammad Al-Fateh menerima pendidikan dalam bidang agama melalui gurunya, Syeikh Shamsuddin Al-Wali keturunan Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Dalam ilmu peperangan, baginda diajar teknik peperangan seperti strategik, memanah, dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera baginda.

Dalam bidang akademik pula, Sultan Muhammad Al-Fateh adalah seorang yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Latin, Bahasa Greek, Bahasa Serbia, Bahasa Turki, dan Bahasa Hebrew.

Dalam bidang ilmu pemerinahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, mendidik Sultan Muhammad Al-Fateh bersuluk ke Pulau Magnesia dan telah melantik Sultan Muhammad Al-Fateh yang berusia 12 menjadi Khalifah dan pada usia semuda itu juga, baginda telah mahir tipu daya musuh.

Keperibadian
Sultan Muhammad Al-Fateh sentiasa bersifat tawaduk (merendah diri). Semasa membina Benteng Rumeli Hissari baginda membuka baju dan serban hanya semata-mata untuk mengangkat batu dan pasir tindakan Sultan Muhammad Al-Fateh ini menjadi ikutan ulama dan menteri untuk turut sama bekerja. Baginda seorang yang tenang, pendiam, berani, sabar, dan tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka perihal permasalahan negara.

Pada kali pertama solat jumaat hendak didirikan timbul masalah siapakah yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan semua tenteranya termasuk dirinya untuk berdiri lantas bertanya,"Siapakah diantara mereka sejak baligh sehingga kini pernah meninggalkan solat fardu walaupun sekali, sila duduk! Tiada seorang pun yang duduk kerana tiada seorang pun diantara mereka pernah meninggalkan solat fardu.

Baginda bertanya lagi,"Siapakah diantara mereka sejak baligh pernah meninggalkan solat rawatib, sila duduk! Sebahagian tenteranya duduk.

Kemudian, Sultan Muhammad Al-Fateh bertanya lagi,"Siapakah diantara kita diantara mereka sejak baligh pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam. Kali ini semuanya duduk kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardu, solat sunat rawatib dan solat tahajud sejak baligh. Baginda adalah sebaik-baik raja yang telah disyariatkan oleh Rasullulah saw dalam hadisnya.

Persiapan Awal membebaskan Konstantinopel 
Selama 2 tahun selepas menaiki tahta Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengkaji pelan Kota Konstantinopel bagi mengenalpasti titik kelemahan dan kekuatannya. Beliau mengkaji sebab-sebab kegagalan peperangan-peperangan yang terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima tentang strategi yang sesuai digunakan. Strategi yang dilancarkan terhadap tentera Rom ini mengandungi strategi daripada peperangan oleh Rasullulah saw dan Salahuddin Al-Ayyubi kerana dua ikon hebat ini menjadi tempat rujukan yang paling disanjungi oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.


meriahmuhammadalfateh
Meriah Muhammad Al-Fateh


Sultan Muhammad Al-Fateh mengarahkan dibina peralatan meriah besar yang termoden yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina ditebing sebelah Eropah lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinopel di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildrim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memecilkan Konstantinopel apabila diserang nanti.

Sultan Muhammad Al-Fateh membawa para ulama dan pakar motivasi ke medan perang yang bertujuan memberikan motivasi semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera islam bersolat dan melaungkan azan yang memecahkan kesunyian alam. 

tembokkotakonstantinopel
Tembok Kota Konstantinopel
Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan kepada Raja Byzantine supaya menyerah diri. Keengganan Raja Byzantine menyerah mengakibatkan kota tersebut dikepung pada 19 April 1453 serangan dimulakan. Kota Konstantinopel dihujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya telah rosak tetapi tengahnya masih teguh. Tembok Kota Konstantinopel ini mempunyai tiga lapisan, setinggi 25 kaki dan sejauh 160 kaki

Menara Bergerak 
Seterusnya, Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantine telah memusnahkan menara bergerak ini setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Pope di Rom menghantar bantuan 5 armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthamiyyah (tentera islam). Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantine. Kegembiraan mereka tidak lama.

Melancarkan Kapal Perang dari Puncak Gunung 
Keesokkannya mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmiyyah di Teluk Perairan Golden Horn. Ini adalah kebijaksanaan Sultan Muhammad Al-Fateh mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui antara peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan barat sendiri. Kapal-kapal ini membedil dinding pertahanan belakang kota. Kapal-kapal perang tentera Byzantine habis terbakar terkenal bedilan meriam Uthmaniyyah.

Pertahanan Byzantine semakin lemah. Sultan Muhammad Al-Fateh mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan tentang hadis Rasullulah saw dan berdoa kepada Allah SWT.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota 
Keesokkan paginya tentera islam telah memanjat tembok dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit oleh tentera Byzantine menyebabkan ramai tentera islam yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur tetapi bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh. Pada saat, yang genting itu baginda berucap untuk menaikkan semangat tenteranya "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku".

Mendengar itu, Hasan Ulubate salah seorang tentera baginda yang mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh sambil mencacak bendera islam disitu. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani dengan anak panah musuh. Kemudian, tentera islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah "Allahu Akbar".

Penawanan Kota Konstantinopel 
Pada 29 Mei 1453 Kota Konstantinopel jatuh ke tangan islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (islam keseluruhannya) dan kemudian akhirnya di tukar nama Istanbul. Gereja Besar St.Sophie ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Sultan Muhammad Al-Fateh dengan tawaduk melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah baginda diberikan gelaran "Al-Fateh" yang bermaksud pembuka atau penakluk lantaran kejayaannya membebaskan Kota Konstantinopel.

Hari ini kita ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengembalikan tamadun dan kegemilangan islam kembali. Marilah kita mulakan langkah menakluk diri seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah berjaya menakluk kota hebat seperti Kota Konstantinopel ini.

Sekian.... 



Kritikan untuk Kiosk Ramly Burger

on Tuesday, August 12, 2014
Malam semalam den bersamo 2 rakan yg lain pergi makan Ramly Burger di kiosknya. Niat nak makan Ramly Burger di outletnya sendiri dah lamo. Sejak korang sebarkan bhw Ramly Burger juga mempunyai outlet mcm mekdi. Buek plan seminggu baru boleh poie sesamo. Peh sibuk mcm Perdano Montori masing-masing. Ha Ha Ha. Walaupun makanan ruji kami ialah nasi tapi sesekali nak jugak makan burger beb. Lepas solat Isyak teruslah kami ke kiosk Ramly Burger yg dituju. Sampai je trus den snap amik gmbr pakai kamera handset. Boleh lihat gmbr kek atas. Sapo dapek teka dimanokah letaknya kiosk ini, den akan belanjo korang jenjalan sekitar KL dgn menaiki keto Ferari 4 pintu den. Amacam? Ngeee..



1] Perut dah lapar, apo lagi tggu, orderlah. Alamak kaunter dio bukak satu je. Kono beratur panjang. Jadi den ditugaskan amik order. Cis. Kalau tgk dlm gmbr kek atas mmg itu je kaunternya. Aduhai. Dalam reramai beratur tu ado 2 org cino beratur sekali. Den ingat ni musti cino yg boikot mekdi. Bagus la. Walaupun beratur panjang tapi copek. Den masuk line queue beratur kemudian sampai ke kaunter kurang drpd 5 minit. Wow, respek.

2] Den pun amik order.

"Bang, mintak 3 set Oblong Kambing"

"Yang set punya air tin Pepsi, nak tukar ke encik"

"Tukarlah, malas la minum air gas. Kalau tukar harga sama ke?"

"Tambah 50sen cik. Ini airnya" Sambil tunjuk ke kiri den.

Alamak air cap Nestle. Ini barang wajib diboikot. "Bagi je lah air mangga tu"

"Ok encik amik ni" Sambil beri kad kecil tulis nombor 3.

"Ape ni?"

"Angka giliran. Nanti kami panggil encik bila dah siap nanti"

"Erk..."

3] Patut la copek beratur. Pakai sistem angka giliran rupo ey. Member ajak duk luar sbb nak isap rokok. Den cakap kalau duk luar mcm mano nak dgr budak kaunter panggil nombor kito. Okay stay dlm. Aircond mmg sejuk bai. Mmg caya. Hargo satu set Oblong Kambing rm9.50. Tukar air jadi rm10. Murah jugaklah. Dlm set tu ado air, kentang goreng dan oblong kambing.

4] Hati member dah start paneh. Member merungut. Dah 10 minit tggu, tapi order tak sampai-sampai. Den bg sabar. Sabarlah, order tgh byk tuh.

5] Kali ni hati den pulak yg paneh. Dah 20 minit, budak kek kaunter tak jugak panggil nombir giliran yg den tgh pegang nih. Budak tuh asik sebut nombor giliran org lain je. Fuhhh, sabar-sabar.

6] Minit ke-25 barulah nombor giliran kami dipanggil. Aduh fail siot. Ini bukan fastfood beb. Kalau order oblong unta maun 4 hari 4 malam baru siap kot. Yolah kono tggu daging unta drpd Saudi beb. Den pun amik set yg di order.

"Bang, mana sos?"

"Tepi ni je bang" Sambil tunjuk bahagian kanan den.

Kalau kek mekdi, kito main picit je tombol tu baru keluar sos. Tapi kiosk ni main botol bosa. Muncung tu ado 2 lubang. Bilo picit botol dio kluar sekali byk. Ok laa.

7] Besar ni je oblong Ramly. Member den komplen. Mmg kurus dan slim oblongnya. Dlm kepalo otak den, oblong ni mesti samo saiz mcm Prosperity Burger mekdi. Meleset sekali andaian den. Tgk gmbr kek atas. Den letakkan oblong kambing kek sebolah henfon den jenis Samsung model Champs. Kocik kan? Air manggo cap Nestle pulak, cawannya kecik je. Tak samo saiz dgn cawan saiz regular mekdi. Lepas tu raso kentang goreng lak. Adus tak sodap langsung raso ey. Pedulik lah. Perut dah lapar. Den terus makan oblong kambing. Hak ala ado sehelai sayur je. Raso oblong kambing tu boleh tahan la. Member den yg sorang trus hilang selera makan. Menyesal den dtg. Rungutnya. Oblong kambing yg dio punyo, dio bg den. Mcm tu lah member. Ngeee...

8] Prestasi kiosk Ramly Burger ni kira serderhana shj. Kiosknya sempit sbb dio jual sekali makanan frozen food keluaran Ramly. Takdo wifi. Takdo tv. Mmg kiosk ni bukan tmpt lepak yg sesuai utk anak mudo. Time operasinya bermulo 10 pagi sampai 10 malam. Org cari mekdi jugak kalau lapar tongah malam. Tapi tandas kiosk ni mmg tip-top. Bersih siap shining sekali.

9] Hargo mmg murah tapi kalau makan tak puas hati pun tak guno jugak. Sudah la order yg dipesan lambat siap. Sbg bekas pokojo restoran fastfood, polisi tmpt den kojo dulu bilo customer masuk beratur, customer tu sampai ke kaunter haruslah bwh 7 minit. Lps tu amik order kurang 1minit. Akhir sekali, setelkan order customer tu kurang 2 minit. Kalau ordernya byk dan amik maso nak siapkan ordernya, mako customer itu akan dibawa ke topi. Layan customer yg kek belakang pulak. Mano ado restoran fastfood pakai sistem nombor giliran bai. Ingat ini klinik kjaan ke?

10] Sesuatu perlu dilakukan kalau Kiosk Ramly Burger mahu bersaing dgn restoran fastfood antarabangso. Setakat yg den hadap, mmg tak ke mano Kiosk Ramly Burger nih. Setakat gitu-gitulah.

11] Antara cadangan-cadangan den utk memperkasakan Kiosk Ramly Burger ialah :

- Asingkan premis jualan frozen food dgn Kiosk Ramly Burger.

- Kiosk haruslah dilokasi yg strategik. Tmpt tumpuan org ramai. Kalau boleh buek premis Kiosk Ramly burger kek sebolah premis mekdi. Mcm KK Mart lawan 7E. Premis diorg sebolah menyobolah je bro. Barulah Kiosk Ramly Burger benar-benar jadi alternatif kpd mekdi.

- Kentang goreng kasi sodap la bro.

- Kiosk Ramly Burger wajiblah berjiwa fastfod. Order yg dipesan mestilah disetel dgn copek. Jgn bagi nombor giliran kpd customer. Sistem nombor giliran amat dibonci oleh customer.

- Meja dan kerusi kasi design yg berlainan dgn restoran-restoran fastfood lain. Biarlah unik drpd restoran fastfood yg lain. Cipta identiti sendiri.

- Sediokan wifi dan tv kpd customer.

- Jgn jual air jenamo Nestle. Nestle masih dlm senarai boikot rkyt Msia. Pakailah jenamo air sendiri. Barulah class brader!

- Yang lain-lain kenkawan boleh tambah sendiri. Ngeee...

12] Kalaulah Malaysia sign perjanjian TPPA (sesuatu yg amat dibenci oleh den dan rkyt Msia yg lain), Ramly Burger bolehlah amik kesempatan drpd perjanjian itu utk meluaskan sayap kiosknya ke negara-negara anggota TPPA yg lain.

Den harap apo yg den tulis ini tidak disalahanggap sbg satu tulisan kondem terhadap Kiosk Ramly Burger. Mungkin den tak tahu kiosk ini baru bermulo mako mmg byklah kesilapan yg mrk sdg dilakukan. Ruang penambahbaikkan itu ado. Mako tutuplah ruang itu supayo customer sentiaso berulang ke kiosk anda. Ramly Burger haruslah copek tutup kelemahan ini krn ratusan ribu customer mekdi sdg mengalih perhatian kpd kiosk anda krn isu boikot Israel. Kalau Kiosk Ramly Burger menyajikan servis yg tidak berkualiti, mako para customer mekdi akan kembali makan mekdi. Jgn lepaskan peluang keemasan ini bro!

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

{ 1 comments... read them below or add one }


Anonymous said...
Boto tu bro. Ramly burger perlu di upgrade laie dan perlu di frachaise kan. Pasti beghobut oghang nak bukak. Perkagho ini perlu diketongah kan.

Islam Bangkit's photo.

Islam Bangkit added a new photo.
Islam Bangkit's photo.

Islam Bangkit added a new photo.
Islam Bangkit's photo.

Islam Bangkit added a new photo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan