Jumaat, 1 Ogos 2014

JANGAN TERLALU JAHAT...AKAN HANCUR...BUKAN MANUSIA HANCURKAN TETAPI HAKIKATNYA ALLAH SWT YANG MENGHANCURKANNYA

Gaza: Apakah pemimpin Islam dijangkiti penyakit bacul?

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sama sekali tidak dapat menerima keadaan yang terus dideritai warga Gaza setelah keganasan Israel berlarutan sejak 8 Julai lalu.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bukan sahaja umat dan pemimpin Islam seluruh dunia kelihatan kaku untuk bertindak ketika keganasan itu bermula pada awal Ramadhan, malah ia berlarutan sehingga ketika umat menyambut Idulfitri, rakyat Gaza dihujani bom dan mortar setiap jam.

"Apakah pemimpin Islam di seluruh dunia menjadi dayus sehingga membiarkan keadaan ini berterusan tanpa sebarang usaha untuk menghentikan pembunuhan massa terang-terangan atau melakukan suatu tindakan drastik menghantar tentera dari semua negara-negara Islam untuk mempertahankan bumi Gaza dan melindungan nyawa orang awam Gaza?" tanya beliau dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sama sekali tidak dapat menerima keadaan yang terus dideritai warga Gaza setelah keganasan Israel berlarutan sejak 8 Julai lalu.

Setakat semalam 1,053 orang kebanyakannya warga awam dan lebih 300 orang kanak-kanak terbunuh, lebih 6,000 orang cedera.

Bukan sahaja umat dan pemimpin Islam seluruh dunia kelihatan kaku untuk bertindak ketika keganasan itu bermula pada awal Ramadhan, malah ia berlarutan sehingga ketika umat menyambut IdulfFitri, rakyat Gaza dihujani bom dan mortar setiap jam.

Apakah pemimpin Islam di seluruh dunia menjadi dayus sehingga membiarkan keadaan ini berterusan tanpa sebarang usaha untuk menghentikan pembunuhan massa terang-terangan atau melakukan suatu tindakan drastik menghantar tentera dari semua negara-negara Islam untuk mempertahankan bumi Gaza dan melindungan nyawa orang awam Gaza?

Selama mana lagi umat Islam harus menunggu? Adakah masyarakat antarabangsa hanya mahu menjadi penonton dan terus menghitung bilangan nyawa yang terbunuh setiap hari berita disiarkan dalam media?

Kami berpendapat ini bukan masanya untuk hanya bermesyuarat dan mengeluarkan kenyataan mengutuk atau kekesalan akan tetapi sudah sampai masanya untuk segera memberi respons ketenteraan ke atas rejim Israel yang tidak menerima bahasa diplomatik lagi melainkan bahasa tentera.

Sudah terlalu jelas, akibat sokongan penuh negara imperialis dunia seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan Kanada terhadap zionis Israel, negara haram itu tidak mempedulikan apa sahaja kecaman yang diisytiharkan oleh masyarakat dunia. Malah apa sahaja resolusi PBB yang dikaitkan dengan jenayah perang yang dilakukan oleh Israel semuanya tidak diendahkan oleh negara pengganas itu.

Malangnya ramai pemimpin Islam yang dayus, malah yang menjadi pengkhianat kepada nasib warga Palestin di Gaza  nampaknya semakin terdedah bila ada yang bersikap sunyi dan membisu ke atas apa yang berlaku di Gaza. Ada pemimpin kerajaan di negara OIC berkomplot bersama dengan Israel  dari awal serangan Israel bermula.

Tidak dapat dinafikan lagi Mesir kini menjadi rakan Israel paling rapat untuk menjayakan serangan ke atas Gaza. Di bawah rejim Fatah Al Sisi yang disokong oleh Saudi Arab dan Amerika Syarikat,  pihak pertahanan Mesir telah berkomplot dengan Mosaad Israel untuk merencanakan serangan ke atas Gaza sementera Mesir berperanan untuk mengetatkan kawalan menutup pintu Rafah yang menjadi satu-satunya pintu keluar dan masuk ke Gaza melalui darat.

Mapim tidak melihat penyelesaian yang lain melainkan angkatan tentera dari negara-negara Islam seperti Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia mesti segera dihantar ke Gaza. Jika Israel boleh bertindak secara unilateral mengenakan kepungan militari ke atas Gaza yang melanggar undang-undang antarabangsa, kenapa negara-negara Islam tidak boleh bertindak secara mutilateral ke atas Israel supaya tentera Israel menghentikan keganasan.

Kini sudah terdapat beberapa negara bukan Islam yang jauh lebih tegas terhadap Israel seperti Afrika Selatan, Brazil dan Venezuela. Namun negara-negara Islam sehingga kini hanya mampu mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan Israel tetapi tidak mampu bertindak secara konkrit memaksa Israel menghentikan keganasan yang dianggap lebih barbarik dari Hitler.

Negera -negara Islam menjadi bacul dan dayus untuk bertindak kerana terlalu ghairah mempertahankan kedudukan dan kuasa politik masing-masing atas nyawa ribuan warga muslim yang terancam oleh keganasan rejim Israel.

Mapim mendesak supaya negara-negara Islam menghantar tentera pelindung rakyat awam di Gaza segera dan tidak terus membiarkan pembunuhan massa oleh rejimIsrael, negara teroris dunia. - HARAKAHDAILY 30/7/2014
Kiki minta maaf tapi kena charge (and rightly so). Yang ini pun kena charge. Kasi ajar sikit. Once and for all. Bertindak tegas dan cepat pada siapa sahaja tak kira kaum.

Rabu, 30 Julai 2014


PAS S'gor ikrar setia bersama Pakatan

PAS Selangor hari ini memberi jaminan kepada rakannya dalam Pakatan Rakyat ia akan terus kekal dalam pakatan itu "walau dalam apa jua keadaan sekalipun".

Setiausahanya Mohd Khairuddin Othman berkata PAS Selangor tidak tahu menahu perihal anggota Jawatankuasa Pusat PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki berbincang melalui rangkaian kumpulan WhatsApp anggota jawatankuasa itu tentang kemungkinan PAS bekerjasama dengan Umno di Selangor serta mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR sebagai Menteri Besar.
  
"Tidak ada langsung perbincangan tentang perkara itu dan PAS Selangor komited serta setia kepada Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Dr Mohd Zuhdi dilaporkan menyuarakan tentang kemungkinan PAS bekerjasama dengan Umno di Selangor dan mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Perbualan itu didakwa terkandung dalam mesej kumpulan WhatsApp antara anggota Jawatankuasa Pusat PAS.

'Tiada yang lompat'

Mohd Khairuddin berkata PAS Selangor mengekalkan rekodnya yang tidak mempunyai sebarang wakil rakyatnya di Selangor menyertai Umno atau Barisan Nasional (BN).
  
"Dalam rekod kami, tidak ada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kami yang menyeberang kepada Umno atau BN. Dan kami akan mengekalkan rekod ini," katanya.


Beliau berkata perkara tersebut adalah pandangan peribadi Dr Mohd Zuhdi dan tidak memberi kesan kepada PAS Selangor. 

Para pemimpin PKR, PAS dan DAP menyuarakan pelbagai pandangan berikutan keputusan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, anggota jawatankuasa DAP Selangor Charles Santiago, yang juga Anggota Parlimen Klang, berkata para pemimpin PAS perlu memisahkan diri mereka daripada mesej WhatsApp itu.

Beliau menggesa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pendirian beliau tentang "isu WhatsApp" itu dengan menegaskan bahawa kepimpinan PAS Selangor setia dan komited kepada Pakatan Rakyat.
  
"Bagi DAP Selangor, kami sentiasa setia dan komited kepada Pakatan (Rakyat)," katanya kepada Bernama.

Abdul Hadi dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyuarakan sokongan mereka kepada Abdul Khalid, dengan berkata beliau perlu terus menyandang jawatan Menteri Besar Selangor hingga berakhirnya penggal sekarang.




3:39PM - 31 Jul 2014

Mujahid: Kes penceramah 'serbuk kari' selesai


Anggota jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mujahid Yusof menganggap kes kenyataan oleh penceramah Shahul Hamid yang didakwa menghina agama Hindu kini sudahpun selesai.

Menurut Mujahid, Shahul sendiri sudah membuat permohonan maaf di atas ucapannya itu.

"Memandangkan Shahul sudah meminta maaf, saya anggap kes ini ditutup tapi pada orang lain mungkin mungkin belum (ditutup)," kata pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu.

Beliau turut mempersoalkan tujuan pihak tertentu yang membangkitkan semula isu berkenaan, memandangkan ucapan itu dibuat empat tahun lalu.

"Kami tidak tahu apa motif menyebarkan ucapan Shahul itu," kata Mujahid.

"Saya melihat kes ini serius, terutamanya terhadap mereka yang cuba mengambil kesempatan daripada isu ini memandangkan isu agama adalah sensitif dan boleh mencetuskan ketegangan agama dan kaum," kata Mujahid.

Beliau juga mengingatkan mana-mana pendakwah agar lebih berhati-hati dalam ceramah mereka.

Tegasnya, menghina agama atau masyarakat lain adalah bertentangan dengan Islam.

Doktor Memberi Tunduk Hormat Ke Atas Pemergian Budak Ini.. Tindakannya Sebelum Meninggal Dunia Memberi Kesan Besar dan Tidak Akan Dilupakan..

// // 

Doktor di Shenzhen,China memberi tunduk hormat ke atas pemergian seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia akibat tumor otak awal bulan ini. Sebelum meninggal dunia, budak lelaki yang berani ini ingin memastikan pemergiannya akan dapat memberi kesan dan bantuan untuk pesakit lain supaya menjadi sihat tidak sepertinya. Hanya selepas lapan jam pemergian beliau, beliau menyelamatkan beberapa nyawa melalui pendermaan organ buah pinggang dan hati beliau, dan juga penyelidikan perubatan lain. 
Keluarganya menjelaskan bahawa dia mahu menyelamatkan orang lain daripada mempunyai rasa sakit yang dia alami dari penyakitnya dan "dapat hidup dengan cara yang lain." Keluarganya juga bercakap tentang sekiranya ia masih hidup, kanak-kanak itu mahu menjadi doktor. Dia hanya mahu membantu orang lain. Mengetahui bahawa ianya tidak akan berlaku, dia melihat ini sebagai pilihan yang terbaik seterusnya dalam membantu pesakit lain hidup dan sihat. Mereka yang menerima sumbangan beliau pasti akan bersetuju.
 

Gambar TENTERA ISRAEL DITAWAN & 18 Anggota Tentera Zionis Israel telah terbunuh...

Isnin, 21 Julai 2014
Pautan kekal imej terbenam
Pautan kekal imej terbenam
Inilah tentera Israel yang berjaya ditawan..Namanya Sha'ul Aron,bernombor 6092065..Ditawan oleh Al-Qassam
Pautan kekal imej terbenam
Kedahkini.

Al-Qassam telah berjaya meletupkan sebuah kereta kebal jenis Merkava 4 


Video rakaman, menunjukkan serangan tentera Zionist keatas penempatan awam Palestin. Klik >>>http://www.youtube.com/watch?v=HJSEBfdcDH0#t=31<<<

Al-Qassam telah berjaya meletupkan sebuah kereta kebal jenis Merkava 4 dengan RPG 29 di timur Hayy Tuffah. Kereta kebal tersebut dilaporkan terbakar. Tentera Zinonist Israel yang tidak berperikemanusiaan meluaskan dan meningkatkan lagi kawasan serangan melalui darat sekali gus menyaksikan jumlah kematian meningkat kepada lebih 400 orang yang memasuki lewat hari ke-13 semalam

Sementara itu, pemimpin Briged Izzudin Al Qassam dalam satu kenyataan memberitahu mereka telah berjaya menawan seorang tentera Israel di Hayyu Tuffah Syujaiiyyah. Jurucakap AlQassam, Abu Ubaidah berkata, tentera Israel akan menerima tentangan hebat jika mereka meneruskan lagi serangan darat.[Sumber: QNN [IH], Vice News]
Pautan kekal imej terbenam
2 Buah kereta kebal tentera Israel yang musnah

Pautan kekal imej terbenam
18 Anggota Tentera Zionis Israel Telah Terbunuh

KEMASKINI;      Dua warga Amerika yang bertugas dengan tentera Israel terbunuh dalam pertempuran di Gaza, lapor media Amerika - AFP

ERUSALEM: Tiga belas orang tentera Israel terbunuh dalam pertempuran bersama puak Hamas di Gaza.

Pihak tentera berkata mereka terbunuh dalam satu serangan darat besar-besaran pada Ahad.

Jumlah tentera Israel yang terbunuh kini meningkat kepada 18 orang.

Dua orang awam terbunuh dalam serangan roket dan mortar yang dilancarkan ke atas Israel. Berpuluh-puluh anggota tentera dilaporkan cedera dalam serangan berkenaan.

Sekurang-kuranya 425 rakyat Palestin terbunuh dalam konflik yang berlarutan hampir dua minggu dan masih belum menunjukkan tanda akan reda.
Kedahkini.

Dakwaan mengarut

Oleh Nurul Huda Kosnon, Amir Abd Hamid dan Yusmizal Dollah Aling
Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) menafikan dakwaan sebuah portal berita Israel yang mendakwa Malaysia adalah tempat latihan pejuang Hamas untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berenjin.
Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Rahim Bakri berkata, Malaysia tidak pernah menganjurkan sebarang latihan mahu pun menyediakan tempat kepada mana-mana pejuang Hamas Palestin.
"MINDEF tidak pernah melatih mana-mana pejuang Hamas dan kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas, Bahagian Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebelum sebarang kesimpulan dibuat kredibiliti laporan berkenaan perlu diteliti.
FotoLAPORAN The Jerusalem Post.

"Kita kena buat semakan kredibiliti laporan itu dan ia memerlukan siasatan terperinci.

"Setakat dakwaan liar begitu sukar disiasat," katanya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga berkata, negara ini tidak pernah menyediakan ruang dan latihan kepada mana-mana kumpulan mahu pun individu dari negara berdepan krisis.


Jerusalem Post menyiarkan pendedahan seorang pejuang Hamas ditahan Israel mendakwa menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berenjin yang juga sebahagian persiapan Hamas berdepan Zionis di Gaza, Palestin.

Laporan itu menjadi viral di laman sosial dalam kalangan rakyat Malaysia yang menyifatkan tindakan Israel mengaitkan nama Malaysia sebagai cubaan untuk mengalihkan perhatian dunia daripada kekejaman pengeboman terhadap rakyat Palestin.

Cubaan memburuk-burukkan nama Malaysia itu juga dipercayai ada kaitan dengan bantuan kemanusiaan dan hubungan baik Malaysia-Palestin sejak sekian lama.

Malah, pemimpin Hamas termasuk Khaled Meshaal turut memuji dan menyanjung rakyat dan kerajaan Malaysia.

Ramai pengguna Internet juga mempersendakan laporan berkenaan dengan mengaitkan tiada ruang untuk dibina landasan di Gaza selain pejuang Hamas yang tidak memiliki sebarang pesawat.

"Dari mana anggota briged Al-Qassam mahu mendapatkan kapal terbang untuk terjun di Israel? Di mana landasannya" kata pengguna Facebook dikenali sebagai Azwa.

'Pejuang Hamas dilatih di Malaysia'

'Pejuang Hamas dilatih di Malaysia'
Gambar fail pejuang Hamas
KUALA LUMPUR: Seorang pejuang Hamas yang ditahan Israel mendedahkan dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa, menurut satu laporan Jerusalem Post.

Shin Bet (Agensi Sekuriti Israel) berkata suspek tersebut merupakan seorang komander sebuah unit Hamas yang berjaya ditahan di Khan Younis.

Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza.

Pejuang itu dikatakan menyertai Hamas pada tahun 2007 dan menjadi ahli sayap ketenteraannya yang bernama Izzadin Kassam.

Dia dilaporkan ke Malaysia pada 2012, di mana dia dan sembilan anggota Hamas lain menjalani latihan menerbangkan payung terjun berkuasa.

Shin Bet berkata pejuang Hamas itu menyertai unit rizab Hamas pada tahun yang sama dan telah ditugaskan untuk operasi-operasi khas.

Pada tahun 2013, pejuang Hamas itu menyertai unit elit dan menerima senapang Kalashnikov untuk dibawa bersamanya pada setiap masa.

Dia kemudian dilatih menggunakan senapang M-16, bom tangan roket dan bom lain.

Pejuang-pejuang tersebut juga telah diajar bagaimana untuk menculik askar dan cara peperangan dalam terowong.

Shin Bet berkata pejuang Hamas itu dijadualkan untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

Sementara itu, ketika dihubungi Astro AWANI, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Malaysia tidak pernah menyediakan tempat mahupun menawarkan sebarang latihan kepada mana-mana pejuang Hamas atau kumpulan gerakan yang berjuang di negara bergolak.

Pergerakan Hamas juga menafikan tuduhan Shin Bet bahawa Malaysia melatih anggotanya untuk melancarkan serangan rentas sempadan.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pejuang-hamas-dilatih-di-malaysia-40976?cp

Israel penipu besar, tuduh Malaysia

Israel penipu besar, tuduh Malaysia
KHALED: Israel tuduh Malaysia kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza.
KUALA LUMPUR: Pergerakan Hamas menafikan tuduhan Agensi Keselamatan Israel, Shin Bet bahawa Malaysia melatih anggotanya untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Pemimpin Kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi menegaskan rejim Zionis Israel mengolah propaganda untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza.

"Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin," kata Khaled ketika dihubungi Astro AWANI.

Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa Kuala Lumpur dan masyarakat sivilnya dalam memperjuangkan Palestin di pentas global.

"Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara," tegas Dr Khaled.

Justeru, Hamas menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel.

Dr Khaled mengulas laporan Jerusalem Post yang mendakwa anggota Briged Al-Qassam menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Shin Bet menuduh unit komando Hamas itu menerima latihan seperti payung terjun dan 'paragliding' untuk memasuki kawasan selatan wilayah Israel.

Agensi Keselamatan Israel itu juga mendakwa ada anggota Hamas dijadual untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

Dalam pada itu, Dr Khaled turut memaklumkan Hamas akan terus bertahan dalam mendepani serangan berterusan dan menyeluruh rejim Tel Aviv di Gaza.

"Kami tiada jalan lain selain mempertahankan diri. Hamas akan terus berjuang mempertahankan Gaza dan menyerang sasaran strategik ketenteraan Israel," ujar beliau.

Selain perjuangan melalui gerakan gerila, Hamas meneruskan usaha melalui jalan politik dan diplomasi antarabangsa dalam mendepani kekejaman rejim Israel.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/israel-penipu-besar-tuduh-malaysia-40998?cp

Pengakuan Tentara Zionis Soal Kehancuran Bangsa Yahudi


Zionis-pengakuan tentara israel soal kehancuran bangsa yahudi-1-jpeg.imageSALAM-ONLINE: Seorang ulama Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman dakwahnya di Yordania.
Ketika di Yordania, ia pergi ke daerah perbatasan Yordan-‘Israel’. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongan Syaikh Maulana selesai menunaikan shalat Subuh di salah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara ‘Israel’ dari luar melongok ke arah dalam Masjid.
Setelah melihat sebentar, tentara Zionis itu langsung pergi.
Syaikh Maulana menghampiri tentara penjajah itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.
“Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir shalat Subuh di Masjid,” kata tentara Zionis itu.
Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil keheranan bertanya, “Kenapa?”
Si tentara ‘Israel’ itu menjawab, “Di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis, ‘Jika di seluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk shalat Subuh berjamaah di masjid sama banyak dengan jumlah jamaah shalat Jum’at, maka saat itu Yahudi akan hancur.’ Tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk shalat Subuh berjamaah masih sedikit, maka hati saya tenang, karena umat Islam pasti tidak akan bisa mengalahkan kami.”
Mendengar penjelasan itu Syaikh Maulana sangat keheranan.
Seperti sudah diketahui bahwa shalat Subuh adalah shalat yang paling sulit ditunaikan. Karena subuh adalah saat masih gelap, dingin, dan kebanyakan orang masih tidur. Jika shalat Subuh dapat ditunaikan, maka shalat lainnya pastilah akan mudah dilaksanakan.
Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam bisa meninggalkan shalat lima waktunya. Karena orang Yahudi paham jika umat Islam meninggalkan kewajibannya ini, maka Allah subhanahu wa ta’ala pasti tidak akan menolong kaum Muslimin. Begitulah, semua usaha umat Islam untuk membela Palestina selalu mengalami kegagalan. Wallahu a’lam bish shawab. (Islampos)
Sumber: fahriconqueror
salam-online


Slogan Bridged Al - Qassam yang mengerunkan zionis

 



10 Gambar Neelofa Beraya Bersama Tuan Guru Nik Aziz


 
Neelofa Dan Tuan Guru Nik Aziz

10 Gambar Neelofa Beraya Bersama Tuan Guru Nik Aziz | Pengacara dan pelakon terkenal, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor telah menziarahi dan sekaligus beraya bersama mantan Menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tidak dapat dinafikan, aktres jelita itu semakin manis sejak mengenakan tudung dan rezeki juga bertambah murah berkat dengan penghijrahannya itu.
Apa pun, jom terjah 10 gambar Neelofa beraya bersama Tuan Guru Nik Aziz yang Katak Comel paparkan di bawah ini buat tatapan korang semua.
ong gedek gedek dan selamat hari raya nik aziz dan neelofa neelofa Neelofa bersama Tuan Guru Nik Aziz neelofa beraya bersama nik aziz gambar Neelofa Dan Tuan Guru Nik Aziz Image_2 Image_3 Image_6 Image_4

Friday, August 1, 2014


Kantoi lagi - Mcdunald Malaysia Bukan Milik Melayu

Terlebih dahulu upakan terima kasih kepada blogger firdaus ariff  yang empunya artikel ini.

Bagaimana McDonald's Malaysia Memperbodohkan Rakyat Malaysia
Masuk 3 Syawal, tiba-tiba McDonald's Malaysia bersuara melalui Berita Harian. Ahli Lembaga Pengarah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, Wan Mohd Zam Wan Embong tampil memberikan kenyataan. Mungkin mereka sudah 'panas punggung' atas boikot yang berlarutan.

Membaca sepintas lalu artikel tersebut, beliau dilihat cuba menggambarkan McDonald's Malaysia sebagai syarikat tempatan, mempunyai banyak kepentingan Melayu dan orang Islam yang hanya membayar 5 peratus royalti kepada McDonald's Corporation.

Tapi adakah benar gambaran yang dibawa oleh beliau? Mari kita semak fakta melalui dokumen maklumat syarikat Golden Arches Restaurant Sdn Bhd yang dibeli dari SSM. Kita juga lihat maklumat dari laman web rasmi mereka di www.mcdonalds.com.my terutamanya notis di halaman ini.
Banyak restoran McDonald’s milik penuh rakyat Malaysia
Kita tidak perlu pergi jauh pun - ada baiknya kita semak kebenaran fakta dalam headline atau tajuk artikel ini. Mengikut laman web rasmi mereka terdapat 242 outlet McDonald's Malaysia. Berapa banyak yang dikatakan banyak? 30 peratus? 40 peratus? Sekiranya 30 peratus harus ada 72 outlet, sekiranya 40 peratus harus ada 96 outlet.

Petikan dari notis di laman web mereka
Sebanyak 67 restoran kami dimiliki dan diusahakan oleh 27 francaisi tempatan, yang 40 peratus sehingga 50 peratus daripada mereka adalah berbangsa Melayu yang beragama Islam.
Jumlah outlet berdasarkan maklumat di laman web rasmi mereka: 242

Hanya 67 outlet, jadi bila dikira peratusan outlet francais yang dimiliki rakyat Malaysia: 67 / 242 x 100% = 27.68%

Adakah 27.68% outlet dikira banyak? Apa yang pasti bukan majoriti. McDonald's Malaysia memiliki bakinya dan memiliki majoriti outlet.

Berapa banyak pula kepentingan Melayu?

Peratusan outlet francais yang dimiliki Melayu: (50% x 67) / 242 x 100% = 13.84%

Dengan hanya 13.84% outlet dimiliki oleh orang Melayu memang jauh panggang dari api hendak mengatakan McDonalds Malaysia adalah syarikat Melayu. Bukannya 50% outlet dimiliki orang Melayu!

Ahli lembaga pengarah yang seramai 10 orang pula hanya ada 2 orang pengarah Melayu!

Wan Mohd Zam berkata, hubungan antara McDonald’s Malaysia dan McDonald’s Corporation adalah atas dasar hubungan komersial yang mana pihaknya membayar royalti sebanyak lima peratus di atas hasil jualan.
Adakah hubungan McDonald's Malaysia dan McDonald's Corporation setakat membayar royalti sahaja?

Semakan di SSM menunjukkan Golden Arches Restaturant Sdn. Bhd. mempunyai 20 juta saham biasa. Siapa pula pemiliknya?



McDonald's Corporation bukan setakat menerima royalti malah mempunyai saham majoriti dalam Golden Arches Restaurant's Sdn Bhd (McDonald's Malaysia).

Tiada entiti Malaysia yang mempunyai pegangan saham secara langsung dalam McDonald's Malaysia.

Tiada entiti Melayu yang mempunyai pegangan saham secara langsung dalam McDonald's Malaysia.

Melayu sekadar majoriti pekerja dan minoriti pemilik outlet McDonald's Malaysia.

Tajuk artikel pun sudah memberi gambaran salah. Sejauh mana lagi McDonald's Malaysia mahu memperbodohkan rakyat Malaysia?

Ini puncanya... mampos hendaknya mcdunald
Komen saya .. Pertama justifikasi kambing itu sendiri sudah dipukul rata sedangkan kambing, dan biri berbeza walaupun tinjanya sama bulat.
Kemungkinan kambing panggang atau yang dipanggang itu sememangnya kambing memang boleh memberi tindak balas membawa maut jika :
1. kambing itu terkontamonasi dan ada bakteri yang tidak mati dipanggang. Dengan bakaran medium ray, pemakan kambing panggang Malaysia tidak reti cara makan kambing panggang. kandungan kombinasi condimen panggang sangat penting untuk menekan malah membunuh e-coli yang terdapat dalam daging. Jika di barat mereka kunyah perlahan bersama wine. Kes karkas terkontaminasi biasanya ialah karkas import.
2. kambing atau karkas yang dibuat kambing panggang itu masih dalam retention period selepas administrasi vaksin. Biasanya selepas vaksinansi ada tempuh selama 21 hari untuk selamat dikonsumsi. Jika mahu juga maka perlu di tawar atau nutrilisasi dengan memberi minumman air kelapa kepada kambing itu beberapa hari sebelum potong. Jika ini tidak dilakukan mungkin tindakbalas kimia menyebabkan kematian.
Bukan kambing sahaja, ternakan lainpun sama.
3. Kambing mempunya daya tembusan halus yang mampu memecah kolesterol yang tidak mampu di lakukan oleh tindak balas biasa. Ia akan menyebabkan reaksi biologi seperti panas badan. Sebaiknya jika tidak biasa makan kambing makanlah sedikit dahulu dan setelah sesuai kali 3 makan maka tiada masalah lagi, Ia mampu memecah kolesterol dalam badan.
4. Kambing bakar tepi pantai.. hummmm, selain kambing makanan dan minuman apa lagi yang terhidang. Udang bakar? Makanan laut? Bertelagah lah mereka dalam perut jika badan tidak ada kekuatan daya tahan dalaman.
Makan durian tekan Coke pun boleh maut.
Biarpun ajal maut adalah hukum waktu, bila makan berpada pada. Kambing tidak bersalah. Selamat berhariraya,
Alor Gajah: Keriangan sekumpulan bekas pelajar sekolah mengadakan perjumpaan Hari Raya sambil menikmati kambing bakar di tepi pantai, malam tadi bertukar kejutan menyedihkan apabila seorang daripada mereka sakit perut dan maut...
hmetro.com.my




Slogan Bridged Al - Qassam yang mengerunkan zionis

 




 
12:00PM - 31 Jul 2014

'PAS tak bertindak atas aduan pihak luar'


Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu hanya akan bertindak ke atas pengarah operasi Pusat Penyelidikan PAS Mohd Zuhdi Marzuki berdasarkan aduan dari sumber parti itu dan bukannya dari pihak luar.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, Mustafa mendakwa masih belum mengetahui mengenai dakwaan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli ke atas Zuhdi yang memaksa PAS bertindak ke atas anggotanya itu.

“Saya tak baca apa benda dia punya alasan. Kita tak ambil tindakan daripada orang-orang luar cakap.

“Tindakan disiplin dibuat berdasarkan laporan dalam kalangan ahli PAS sendiri,” katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar milik Umno itu.

Tegasnya, isu PAS meninggalkan Pakatan Rakyat tidak berbangkit kerana presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mursyidul amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertegas bahawa Umno merupakan pihak lawan kepada parti itu.

Sementara itu, laporan The Star menyebut, PAS setakat ini masih belum menghubungi Umno Selangor untuk membincangkan kemungkinan untuk kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri.

Setiausaha Umno negeri Johan Abdul Aziz berkata masih belum ada pemimpin PAS yang menemuinya.

ADUN Semenyih itu juga percaya bahawa gambar menunjukkan perbincangan di kalangan pemimpin PAS itu hanyalah perbualan biasa.

Beliau merujuk kepada kenyataan Zuhdi dalam perbincangan itu, yang didakwa menggambarkan kemungkinan PAS untuk bekerjasama dengan Umno.

Johan berkata ia mungkin hanya pandangan peribadi Zuhdi.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan