Selasa, 19 Ogos 2014

JANGAN KITA MENENTANG ISLAM....JANGAN KITA ATUR SUPAYA ISLAM MENGIKUT SELERA KITA....NI BERMAKNA KITA MENENTANG ALLAH....NI BERMAKNA KITA SURUH ALLAH IKUT SELERA ATAU KEHENDAK KITA .....AGAK2 SAPE YANG BERKUASA DISINI....SAPE PULAK ALLAH JIKA DAH BEGINI...FIKIR2KAN...KAEDAH TAUHID YANG MUDAH...MEMANG MENEMPAH MAUT....MENCARI NAHAS....MENEMPAH NERAKA ALLAH SWT....NI BERMAKNA KITA YANG PILIH

19 Ogos 2014


RAHSIA TENTERA ISRAEL BOCOR : “Kami Melawan Pejuang Gaza yang Tidak Terlihat”






Pengakuan Tentera Israel: "Kami Melawan Pejuang Gaza yang Tidak Kelihatan" 



Israel soldiers Pengakuan Tentera Israel: "Kami Melawan Pejuang Gaza yang Tidak Kelihatan" CERITA ini datang dari Serdadu Zionis dari brigade Golani saat melakukan pertempuran di Syujaeyah, sebelah timur bandar Gaza. 



Dalam laporan yang disiarkan oleh media Israel Ma'arev, tentera itu mula menghuraikan apa yang mereka alami selama di Syujaeya. 



"Mereka melihat semua yang kami lihat di Syujaeyah adalah neraka jahanam," ujarnya. 



Dalam peperangan itu, para pejuang Gaza telah menunggu di Syujaeyah. 



"Mereka menembak kami. pertempuran pun terjadi dalam waktu yang cukup lama. Dalam pertempuran itu, kami kehilangan 16 anggotanya termasuk seorang komander tempurnya, "tambahnya. 



Pada malam pertama operasi, mereka menyerbu sebelah timur Syujaeyah, khususnya wilayah yang sudah ditentukan sebelumnya. 



"Namun mereka mendapat perlawanan dari para pejuang Gaza yang menembak kami dengan senjata ringan tapi masiv juga ada senjata automatik dan roket RGB," terangnya. 



Sejumlah perwira Zionis berkata, mereka memerangi pasukan perlawanan yang tidak kelihatan. Para askar Gaza datang dan pergi dari tempat dan ke tempat yang mereka tidak tahu. Mereka masuk satu terowong dan keluar dari terowong yang lain.



Tentera  yang lain mengatakan, "kami beserta teman teman yang lain, suatu ketika akan menyebu ke salah satu rumah yang kami anggap telah kosong. Namun ternyata di dalamya dipenuhi kumpulan bersenjata hingga terjadilah baku tembak dengan mereka. 
Akhirnya kami melarikan, sementara yang lainnya mati terbunuh. Pendek cerita kami selamat dari neraka jahanam di Syujaeyah, "ungkapnya seperti dilansir Pusat Maklumat Palestin. 
[Pz / Islampos]

KISAH TENTERA BERJUBAH PUTIH..

Written By canang on Selasa, 19 Ogos 2014 | 8/19/2014 10:35:00 PG

KIBARAN kali pertama bendera Palestin di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat 30 November lalu menjadi detik bersejarah buat lebih 4.3 juta rakyatnya.
Kibaran yang menjadi simbolik penyertaan Palestin sebagai sebuah negara pemerhati bukan anggota badan dunia itu disambut dengan air mata kegembiraan. Laungan kalimah suci 'Allahuakbar' bukan sahaja bergema di New York, tetapi lebih gamat di seluruh Palestin.
"Saya anggap pengiktirafan ini adalah bantuan Allah yang sangat besar nilainya kepada kami. Sebelum ini pun, Allah sentiasa membantu kami dalam perjuangan menentang Israel," kata seorang rakyat Palestin, Abu Yazid, 29.
Walaupun bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon pernah bersumpah untuk membakar setiap bayi di Palestin, ia sedikit pun tidak melemahkan semangat rakyat Bumi Anbiya ini daripada berjuang menentang kekejaman rejim Zionis.
"Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan," ucap Sharon ketika melafazkan sumpahnya itu pada tahun 1956.
Sumpah Sharon
Titik tolak daripada lafaz sumpah itu, Israel sehingga hari ini sengaja menyasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Sharon dengan menghapuskan pewaris di bumi Palestin.
Malah, bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Apa tidaknya, pada usia muda sudah ramai kanak-kanak Palestin yang menghafal al-Quran.
Selain kekentalan semangat rakyat Palestin, sebenarnya ada 'kekuatan lain' yang menjadikan para mujahidin mampu menentang rejim Zionis walaupun hanya menggunakan senjata tinggalan perang.
Kisah kemunculan 'pasukan lain' yang turut bertempur, jasad para syuhada yang seharum kasturi dan beberapa peristiwa aneh sepanjang perjuangan menentang Yahudi bukan sekadar menjadi buah mulut para pejuang dan wartawan malah turut disebarkan oleh para khatib dalam khutbah Jumaat mereka.
Laman blog Filisthin Al-Aan pernah menulis pada Januari 2009 bagaimana waris seorang mujahidin Briged Ezzedine al-Qassam dibelasah dengan teruk oleh tentera Israel selepas didakwa berbohong.
"Tentera Israel bertanya kepada anak lelaki kepada seorang pejuang palestin yang ditahan, apakah warna pakaian tentera al-Qassam. Anak itu menjawab, seragam berwarna hitam.
"Selepas tiga hari anak itu memberi jawapan yang sama, tentera itu berang kerana menyangka kanak-kanak itu berbohong, lalu dia dipukul hingga pengsan.
"Jangan berbohong, al-Qassam berseragam putih, bukannya hitam," sergah tentera berkenaan.
Dalam satu kejadian lain, sekumpulan tentera Israel telah menahan sebuah ambulans. Apabila pemandunya ditanya adakah dia daripada kelompok Hamas atau Fatah, pemandu tersebut menjawab, 'saya bukan Hamas atau Fatah. Saya hanya pemandu ambulans'
Tentera tersebut bertanya lagi, 'pasukan yang berpakaian putih di belakang kamu tadi dari kelompok mana?'
Pemandu itu kelihatan bingung sebelum menjawab, 'saya tidak tahu. Tiada siapa di belakang saya sepanjang perjalanan ke mari'.
Cerita tentang tentera berseragam putih seakan-akan menghantui tentera Israel. Mereka tidak tahu dari mana kumpulan ini datang, malah jejaknya juga sukar dikesan.
Malah, seorang bekas tentera Zionis yang pernah ditemu ramah stesen televisyen tempatan Israel kini buta kedua-dua matanya selepas berhadapan dengan tentera berbaju putih.
"Saya merupakan seorang daripada tentera penggempur yang ditugaskan ke Gaza beberapa tahun lalu.
"Semasa bertugas di sana, pada suatu hari saya didatangi oleh seorang tentera berpakaian putih yang menaburkan pasir ke dalam mata saya. Akibat kejadian itu, sehingga saat ini saya menjadi buta," katanya.
Sebelum itu, kumpulannya juga pernah terserempak dengan sekumpulan tentera berseragam putih dan berjanggut panjang. Namun apabila ditembak, tentera berbaju putih itu tidak mati sebaliknya tidak diketahui ke mana menghilangnya.
Dalam situasi lain pula, seorang khatib di Masjid al-Qassam yang terletak di wilayah Nashirat Gaza bercerita dalam khutbahnya tentang 'bantuan Allah' kepada pejuang Palestin.
"Pejuang tersebut telah menanam satu jerangkap samar untuk menyambut kedatangan tentera Zionis di satu kawasan lapang.
"Tidak lama kemudian, dia melihat sebuah helikopter menurunkan tentera Zionis disertai beberapa kereta kebal. Mereka melalui kawasan tempat dia memasang jerangkap samar tersebut.
"Pejuang tersebut memutuskan untuk kembali ke markas kerana mengandaikan jerangkap yang dipasangnya tidak boleh menghapuskan tentera yang ramai itu.
"Akan tetapi sebelum dia berganjak, terdengar bisikan di telinganya yang bermaksud, 'tetaplah di tempatmu maka Allah akan menguatkanmu'.
Al-Quran penyelamat
"Dia mencari dari mana datangnya suara itu namun tidak ternampak kelibat manusia lain. Akhirnya, dia menunggu di situ.
"Tidak lama kemudian, tanpa disangka-sangka ketika sebuah kereta kebal melalui kawasan jerangkap samar, kejaiban berlaku.
"Jerangkap samar itu meledak dengan dahsyat sehingga menghancurkan kereta kebal tersebut dan membunuh ramai tentera Israel.
"Malah, sebahagian tentera yang terselamat terpaksa diangkut semula ke helikopter sedangkan pejuang itu masih berdiri dalam keadaan selamat," cerita khatib tersebut.
Sementara itu, pakar perubatan yang menjalankan misi kemanusiaan di Hospital As-Syifa, Gaza, Dr. Hisam Az-Zaghah memberitahu, pernah berlaku kejadian aneh ketika dia sedang merawat seorang mangsa perang.
"Mangsa mengalami luka di kaki dan badan akibat terkena serpihan bom dan sisa runtuhan. Namun apa yang menakjubkan ketika mencuci luka tersebut, saya terjumpa sebutir peluru di poket lelaki berkenaan.
"Ajaibnya, kelongsong peluru yang masih panas itu tidak menembusi jantung mangsa kerana terhalang oleh sebuah buku doa dan mushaf al-Quran yang ada di dalam poket mangsa.
"Hanya buku doa itu yang berlubang dan muka depan mushaf itu rosak. Isi al-Quran langsung tidak terjejas sedangkan peluru itu sendiri bentuknya sudah hampir hancur," cerita Hisam.
Selain itu, Pengarah Jabatan Hubungan Sosial, Kementerian Kesihatan Gaza, Hamam Nisman memberitahu, angka kelahiran bayi di Gaza turut meningkat walaupun kematian yang dicatatkan di wilayah itu lebih tinggi berbanding wilayah lain di Palestin.
"Namun di sebalik kematian lebih 1,000 rakyatnya, seramai 5,000 bayi dilahirkan. Ini merupakan peningkatan luar biasa kerana secara puratanya dalam sebulan Gaza hanya mencatatkan kelahiran antara 3,000 hingga 4,000 bayi.
"Pendek kata, dalam tempoh kemuncak konflik Israel-Palestin, kami hilang seribu rakyat tetapi Allah telah gantikan mereka dengan 4,000 pejuang baharu," ujar Nisman.sumber

Kisah kanak-kanak Gaza dibutakan oleh tentera zionis

http://detikislam.blogspot.com | .

Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun bernama Muhamad Badran sedang menanti masa untuk memeluk ibu bapanya dan bermain bersama enam saudara lelakinya selama tiga hari cuti Ramadhan lalu. Walaupun serangan penjajah zionis 'Israel' telah menghancurkan harapan yang ada di Gaza, Muhamad tidak memadamkan harapannya untuk berbahagia di hari mulia bulan syawal.

Tetapi sehari selepas itu, dia bersama ibu dan bapa saudara yang berdiri di sebelahnya di Hospital Al-Shifa, Muhamad berkata, "semua mimpiku hancur selepas tembakan dua kereta kebal zionis 'Israel' menggelapkan hidupku dan mencederakan semua saudaraku".

Selepas solat Subuh di Hari Raya Aidilfitri, Muhamad dan keluarganya sedang tidur di rumah mereka. Muhamad menyiapkan baju baru dan mainan yang ibunya belikan untuk dipakai di hari raya tersebut. Dia pergi ke tempat tidur, menantikan ibunya untuk membangunkannya esok hari. Dia tidak tahu pada masa itu dia akan menutup mata untuk selamanya.

Tanpa belas kasihan, dua kereta kebal penjajah melanggar rumahnya, memusnahkan bilik tidurnya lalu mencederakan bersama enam saudaranya yang lain.

"Mereka sedang tidur bagaikan malaikat," ucap bapa saudara Muhamad kepada MEMO.
"Ayah mereka sedang bersiap-siap untuk membawa mereka keluar melawat bapa saudara dan ibu saudara mereka. Akan tetapi, mereka pula dibawa ke hospital."

Seluruh baju Muhamad telah terbakar dan mainan yang baru beli untuk hari raya telah hancur berkecai. Dia tidak dapat melihat kejadian itu. Bahkan, dia tidak akan dapat melihat lagi mimpi-mimpinya, wajah ibu bapanya atau menikmati warna-warni mainan atau baju raya.

Muhamad dan salah satu saudaranya menderita luka parah. Walaupun ia tidak kehilangan penglihatannya, ia kehilangan kedua matanya. Doktor mengatakan ada sedikit kesempatan ia mampu melihat cahaya lagi, melalui mata yang didermakan dari orang lain atau mata buatan.

Selepas lima saudaranya meninggalkan hospital, ibunya merasa hatinya terbelah bahagi untuk tinggal bersama Muhamad atau bersama saudara-saudaranya di tempat yang berbeza di hospital.

Di hari ke-34 perang Gaza, tentera zionis telah membunuh kira-kira 1,900 rakyat Palestin dan dianggarkan 9,000 yang tercedera. Sebahagian besar dari mereka berdasarkan statistik dari PBB adalah orang awam. Sekurang-kurangnya di antara yang meninggal ada 400 orang adalah kanak-kanak.

Cerita Muhamad menjadi terkenal di kalangan rakyat Palestin dan di luar negara.

Ramai doktor dan penyumbang menawarkan rawatan dan bantuan kepadanya, berharap suatu hari nanti Muhamad dapat melihat semula kedua ibu bapanya. Tetapi ketika harapan itu hendak direalisasikan, tentera zionis telah membunuh ayah Muhamad ketika dia sedang menunaikan solat Subuh di Masjid Al-Qassam iaitu di khemah pelarian Al-Nusairat. Sebuah roket F16 milik zionis yahudi menghentam ketika ayahnya sedang solat.

Kejadian itu menyebabkan lima orang terbunuh dan sepuluh orang lain tercedera. Nidal Badran iaitu ayah kepada Muhamad adalah di antara orang yang meninggal dunia. Kini, Muhamad telah kehilangan harapan untuk melihat wajah ayahnya.

* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Siapa calon Mahathir ganti Najib?

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat deklarasi yang beliau menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk terus memimpin negara ini.

"Sesungguhnya Dr Mahathir sudah terlewat untuk bercakap kerana nasi sudah menjadi bubur. Sekarang kita rakyat biasa makan bubur sahaja kerana bubur tidak boleh dijadikan nasi," tulis Aspan Alias di dalam blognya, semalam.

Tambahnya, Mahathir mengakui yang Najib lebih buruk performancesnya daripada Tun Abdullah Badawi yang beliau pilih untuk menggantikan beliau yang akhirnya beliau kritik dan tumbangkan itu.

Mahathir berkata Najib terlalu tunduk kepada tuntutan musuh-musuh yang hendak mengorbankan Umno dan BN. Najib, katanya sungguh lemah dan tidak dapat mencari formula untuk menjadi PM yang baik.

Bagi Aspan, untuk memilih gantian dengan cadangan Mahathir pun bahaya juga, kerana semua pilihannya tidak pernah betul seperti Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim.
Sesudah itu, katanya Abdullah Badawi menjadi ‘pelapik’ Mahathir dan akhirnya pelapik ini juga menjadi sasaran beliau dan akhirnya pelapiknya itu berhenti dan bersara.

"Selepas Abdullah, beliau gunakan Muhyiddin untuk menaikkan Najib sehinggakan Muhyiddin berani untuk bersikap kurang ajar kepada Abdullah. Maka Najib jadilah Perdana Menteri," tambahnya.

Sekarang, katanya baru Mahathir sedar Najib lagi tidak berguna kepadanya dan juga kepada negara.

"Beliau telah menarik balik sokongan terhadap Najib, tetapi jika kali ini kita mendengar cadangan siapa yang akan beliau mahukan untuk mengganti Najib, rakyat mesti berfikir ratusan kali kerana mengikut apa yang kita alami dengan pilihan Dr Mahathir, siapa yang menjadi pilihan beliau akan menjadi pemimpin yang tidak berguna lagi," ujarnya lagi.

Pendeknya, tambah beliau siapa yang ditunjuk oleh Mahathir sudah pasti pilihan yang salah.

"Itulah formula penting dalam pemilihan siapa yang hendak menggantikan Najib," tulis Aspan selanjutnya. - HARAKAHDAILY 19/8/2014

RM150 diperolehi dalam 30 minit, Kisah penyamaran wartawan kutip derma untuk Gaza

Kisah wartawan Malaysian Digest yang menyamar sebagai pengutip derma untuk Gaza dan sikap rakyat Malaysia yang begitu prihatin tanpa banyak soal. Wartawan tersebut berjaya memperolehi RM150 setelah setengah jam menjalankan operasi. Kini ramai yang mencari wang mudah atas nama Gaza tanpa pantauan pihak berkuasa yang menyebabkan kegiatan tersebut berleluasa. Ikuti laporan pihak Malaysian Digest;


Kutipan Sebanyak RM150 Dalam Setengah Jam Buat Gaza: Saya Merungkai Segala Penipuan 
Penyamaran di Jalan Tunku Abdul Rahman/Pic: mDPenyamaran di Jalan Tunku Abdul Rahman/Pic: mD

KEPRIHATINAN rakyat Malaysia terhadap sesuatu isu kemanusian yang berlaku di mana sahaja tidak dapat dinafikan lagi.
Ia jelas ditunjukkan apabila mereka tidak kisah untuk menderma atau menyumbang khidmat bakti mereka kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.
Memetik laporan dari Bernama, ekoran dari peperangan rejim zionis Israel terhadap penduduk Palestin baru baru ini; membuka mata semua pihak untuk membantu rakyat di Palestin yang ditindas sejak 8 Julai lalu.
Bantuan demi bantuan dihulur antaranya pungutan derma bagi “Tabung Kemanusian Gaza” yang mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.
Persoalannya, adakah begitu mudah rakyat Malaysia mempercayai agen-agen atau apa jua bentuk pertubuhan yang mewakili kutipan tabung Gaza tersebut?
Justeru, saya mewakili penerbitan berita Malaysian Digest turun padang bagi menyiasat akan fenomena sebenar dalam kutipan tabung Gaza.Gambaran sepanjang pemerhatian saya/Pic: mDGambaran sepanjang pemerhatian saya/Pic: mD

Pengalaman Wartawan Sendiri
Bagi menyiasat akan isu ini, saya telah menyamar menjadi peminta derma bagi memperolehi simpati daripada orang ramai terhadap kesengsaraan masyarakat di Gaza.
Tujuan penyiasatan ini bukanlah untuk meminta derma tetapi bagi melihat maklum balas orang ramai tehadap kutipan yang saya jalankan.
Dengan berbekalkan sebuah tabung yang disaluti poster kanak-kanak palestin, menjadi pendorong orang ramai bersimpati akan nasib mereka di Semenanjung Gaza itu.
Baru-baru ini, saya memilih lokasi tumpuan umum iaitu di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) di sekitar Masjid Jamek kerana saya percaya lokasi ini merupakan lubuk syurga buat pengemis dan peminta sedekah.
Antara gambaran reaksi orang ramai./Pic:mDAntara gambaran reaksi orang ramai./Pic:mD
Pada awal pagi kira-kira jam 10, saya cuba berdiri dengan memakai t-shirt dengan berhashtag #IsuppportGaza dan dipadani dengan songkok putih membuatkan orang ramai mempercayai saya mewakili pertubuhan tabung kemanusian Gaza yang sebenarnya.
Namun setelah beberapa minit berlalu, saya mendapati pihak berkuasa tidak kelihatan bagi memantau akan aktiviti saya. Saya tidak melihat pihak Polis mahupun pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang cuba mendekati saya mahupun memerhati penyamaran saya.
Dan ini memudahkan kerja saya dalam mengutip derma daripada orang ramai. Tahukan anda hanya dalam masa kurang dari 15 minit sahaja, saya mampu mendapat kutipan sebanyak RM80.00.
Saya dapat simpulkan bahawa para penderma yang memberi sumbangan ketika penyiasatan saya terdiri daripada mereka yang berbilang bangsa dan agama.
Jelas isu di Gaza bukanlah isu keagamaan tetapi isu kemanusian yang menjadi tumpuan seluruh dunia.
Setelah 20 minit berlalu, saya didekati oleh seorang warga asing yang berwarganaegara British. Saya tertarik apabila dia menyoal saya mengenai bantuan ini.
Soalannya adalah berbunyi,  adakah dana yang dikumpul ini benar-benar sampai ke masyarakat Palestin?
Lantas, saya menyakinkan beliau dengan mengatakan dana ini akan disalurkan kepada pihak yang sebenarnya iaitu ‘Tabung Aman Palestin’.Hanya membalut poster kanak-kanak Palestin mampu meraih simpati orang ramaiHanya membalut poster kanak-kanak Palestin mampu meraih simpati orang ramai
Tanpa memikir jauh, beliau menderma sebanyak RM10.00. Lihat, begitu mudah sesiapa sahaja boleh meminta derma dan mengambil kesempatan terhadap nasib-nasib mereka yang menderita di semenanjung Gaza.
Setelah hampir setengah jam saya berdiri dengan memegang tabung Palestin, saya dihalau oleh seorang warga emas lelaki yang menjual minyak wangi tiruan.
Ini berikutan kerana, kehadiran saya tidak disegani beliau apabila orang ramai lebih memilih untuk menderma dari membeli minyak wangi tiruannya yang bagaikan pewangi dicampur dengan air kosong.
Tepat 30 minit masa berlalu, saya tidak dapat apa-apa rintangan mahupun halangan dalam siasatan ini. Akhirnya saya berjaya mengumpul RM150.00 dalam sekelip mata sahaja.
Anda boleh bayangkan jika saya terus berdiri sehingga 8 jam lamanya. Mari kita buat sedikit pengiraan akan pendapatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini.
Dalam setengah jam, rata-rata mereka boleh mengumpul dana sebanyak RM150.00. Kita darabkan dengan 8 jam dan ini membawa kepada RM2400.00 dan sekaligus mereka boleh meraih pendapatan bersih RM72 ribu hanya dalam masa sebulan.
Ini menyebabkan begitu banyak pihak yang kejam bagaikan ‘cendawan tubuh selepas hujan’ yang menjana pendapatan haram ini di mana-mana sahaja.
Setelah itu, saya pulang selepas setengah jam penyiasatan saya kerana tujuan asal adalah bagi merungkai dan membuka mata pengikut setia Malaysian Digest agar berwaspada akan mereka yang bertopengkan syaitan ini.
Kutipan yang saya perolehi telah saya salurkan (bank-in) ke Tabung Aman Palestin yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Ini adalah bukti saya menyalurkan kutipan ke pihak yang benarIni adalah bukti saya menyalurkan kutipan ke pihak yang benar
Bukti resit dari CIMBBukti resit dari CIMB
Sindiket Penipuan Berleluasa, Di Mana Sahaja
Malaysian Digest sangat prihatin akan isu di Gaza dan pada masa yang sama kami di unit berita turut kesali bagi sesetengah pihak yang mengambil kesempatan diatas kesengsaraan mereka di Gaza.
Baru-baru ini satu pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Amal Palestin menerima aduan bahawa ada  pihak yang menyalahgunakan nama mereka bagi tujuan yang tidak bermoral ini.
Tabung tersebut biasanya diletakkan di perkarangan masjid-masjid dan beberapa orang ditugaskan untuk menjaga tabung itu samada dari dekat mahupun pemerhatian dari jarak jauh.
Jangan mudah percaya. Ini adalah bukti satu sindiket penipuan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.Jangan mudah percaya. Ini adalah bukti satu sindiket penipuan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Laporan demi laporan yang menjadi berita utama di dada-dada akhbar mengenai penipuan kutipan derma yang bukan sahaja terhadap Gaza, malah penipuan dari sudut lain.
Antara laporan di dada-dada akhbarAntara laporan di dada-dada akhbar
Antaranya, menurut laporan Harian Metro pada Februari lalu, polis menahan dua orang wanita yang berumur dalam lingkungan 36 tahun yang disyaki meminta derma dengan membuat dokumen palsu untuk membina bangunan surau dan hostel bagi anak-anak yatim di Simpang Pulai.
Polis menganggarkan jumlah kutipan lebih dari RM500 ribu selama 2 tahun mereka beroperasi.
Ini diikuti pula dengan tren hari ini apabila, segelintir mereka yang menggunakan kanak-kanak sebagai modus operandi mereka dalam mencari keuntungan jalan singkat.
Itu apa yang dilaporkan di laman facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Malaysia baru-baru ini.
Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun/Pic:HmetroDatuk Seri Mohamad Fuzi Harun/Pic:Hmetro
Dalam laporan yang sama, menurut aduan yang seringkali diterima oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun ada kes yang diterima, pihak tersebut mampu meraih kutipan sehingga RM 10 ribu sehari.
‘’Kempen kutipan derma perlu memohon permit polis seperti yang termaktub dalam Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 1947’’, katanya.

PDRM Pantau Sindiket Kutipan Gaza
Menurut laporan Bernama pada 25 Julai lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sentiasa memantau aktiviti kutipan Gaza.
Polis sentiasa berusaha dalam membanteras aktiviti haram ini. Ini bukanlah tugas yang mudah kerana begitu banyak pihak yang menjalankan aktiviti tersebut.
Malah menerusi laporan tersebut, penganalisis jenayah Kamal Affendi berkata orang ramai dinasihatkan  tidak mudah percaya dalam memberi derma kepada peminta derma haram ini yang dipercayai bergerak aktif di sekitar Kuala Lumpur.
“Orang ramai boleh meminta untuk melihat permit mereka terlebih dahulu sebelum memberi derma’’, katanya.
Namun, apabila difikirkan kembali, apakah mungkin setiap penderma meminta untuk melihat permit mereka sebelum memberi derma?
Bagi saya, itu sesuatu yang agak rumit dan mustahil kerana melalui penyiasatan saya, tidak ada seorang pun yang meminta untuk melihat permit ketika saya menjalankan tugasan saya.
Rata-rata mereka haya memberi derma sahaja tanpa cakap banyak atas dasar simpati dan nilai kemanusian.
Niat yang baik harus diiringi dengan langkah yang berwaspada agar bantuan yang diberi sampai ke pihak yang sebenarnya, malah pihak yang tidak bertanggungjawab tidak sewenang-wenangnya memanfaatkan keadaan diatas keperitan hidup mereka di Gaza.
Terdahulu, semenanjung Gaza diserang rejim zionis Israel yang setakat ini mengorbankan lebih 2000 jiwa antaranya kanak-kanak dan golongan wanita sejak sebulan lebih yang lalu.
Antara Organisasi Kutipan Gaza Yang Berdaftar
Organisasi
Nama Bank
Nama Akaun
Nombor Akaun
AMAN PALESTIN
Bank Islam

12029010047880

Maybank

562263010787

CIMB

8600460353

Bank Muamalat

12070005133717

RHB Bank

21245760004907

Bank Rakyat

220806195922
AQSA SYARIF
Maybank Islamic

551575004299

Bank Islam

12092010034904
MERCY Malaysia
Maybank
MERCY Humanitarian Fund
562179504126

CIMB
MERCY Malaysia
14240006561053

RHB Bank
Malaysian Medical Relief Society
21227300009257
MEDIA PRIMA
Maybank
Tabung Kemanusiaan Palestin
564276510331
Viva Palestina Malaysia
Maybank
Pertubuhan Viva Palestina Malaysia
564324601324
Gaza, Doa Kami Bersama Kamu
Laporan Eksklusif Ini Hanya Di Malaysian Digest. -mD

http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/514086-adakah-derma-gaza-anda-ke-pihak-yang-benar-ikuti-siasatan-saya-merungkai-segala-penipuan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan