Jumaat, 8 Ogos 2014

HAIRAN KE DAP MENENTANG ISLAM....UMNO HENDAK ISLAM KE....57 TAHUN MERDEKA...DULU GABUNG TAK TAHU KE...SIAP PELUK2...NAK LUCUT SEMUA TIMBUL...MASA NAIK TAK JUMPA SAPE2 KECUALI BOS PARTI....NAK LUCUT PANDAILAH BODEK PARTI LAIN...MASA DR HASAN ALI KENA LUCUT ADA PARTI LAIN CAMPUR TANGAN...ADE KOD

KiniTV BM added 3 new photos.


































 Khalid minta bawa peguam, hanya boleh hadir 15 Ogos
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulangi pendiriannya bahawa surat tunjuk sebab Lembaga Disiplin PKR terhadapnya 'cacat' dan ingin tahu sama ada beliau boleh membawa peguam atau saksi semasa menghadiri sesi pendengaran.
Katanya, beliau juga tidak dapat menghadiri sesi hari ini ataupun esok tetapi mencadangkan tarikh baru iaitu pada 15 Ogos depan.
LikeLike · · · 5916

TERLALU NAK MB....AGAK2LAH...MANA SOPAN SANTUN MELAYU

Hasil Kempen Boikot McDonald Besar-besaran Di Malaysia



SHAH ALAM - Kempen boikot McDonald's yang bertebaran beberapa hari lalu di media sosial dan aplikasi mesej nampaknya benar-benar memberi kesan apabila tinjauan mendapati premis makanan segera itu kelihatan lengang pagi tadi.

Sinar Harian Online memilih dua premis di sekitar Shah Alam yang selalunya menjadi tumpuan untuk tinjauan pihak kami pada sebelah pagi tadi.
Hasil pemerhatian hampir setengah jam mendapati tiada sebuah pun kenderaan melalui kaunter pandu lalu McDonald's di salah sebuah premis, sementara suasana di dalam premis pula sunyi tanpa kehadiran pelanggan.
Menyedari kehadiran krew kami, seorang kakitangan premis meminta kerjasama kami supaya tidak membuat sebarang rakaman.
"Bang tak boleh rekod bang," katanya sebelum kami beredar menuju ke sebuah lagi premis McDonald's sekitar Shah Alam.
Sebuah lagi premis McDonald's pilihan kami juga nampaknya menerima nasib sama kesan daripada kempen boikot berkenaan. Mekipun kelihatan beberapa orang pelanggan namun ia tidak 'semeriah' sebelum ini.
Kaunter pandu lalu juga sunyi tanpa kehadiran pelanggan yang dahulunya setia mengunjungi premis makanan segera itu.
Kelihatan seorang kakitangan McDonald's berehat di luar premis kerana kekurangan pelanggan tanpa mengendahkan kehadiran kami.
Walau bagaimanapun ketika kami menghampirinya, dia memberi isyarat enggan ditemubual.
Kempen boikot McDonald's mula menjadi viral Selasa lalu dengan pesanan “Hari Boikot McD Malaysia!!! Bermula 8 Ogos 2014 jam 7 pagi hingga 7 pagi. Boikot McD bermula Jumaat ini sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar daripada Palestin".4:38PM - 8 Aug 2014

Sokong Khalid urusan dalaman PAS, kata Rafizi


Pengisytiharan sokongan Majlis Syura Ulama PAS kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim adalah "urusan dalaman" parti itu dan PKR menunggu kata putus Jawatankuasa PAS, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Beliau yang juga anggota parlimen Pandan turut berkata PKR tidak mempunyai sebarang urusan untuk masuk campur dalam parti Islam itu.

"Saya fikir ia adalah urusan dalaman PAS. Kita akan tunggu (jawatankuasa) PAS untuk memutuskannya... PAS akan memaklumkan keputusan mereka kepada kami.

"Saya rasa eloklah kita tunggu keputusan itu," katanya sewaktu ditemui pada majlis makan malam bersama penduduk Ampang semalam bagi mengulas keputusan Majlis Syura PAS.

Majlis Syura Ulama PAS melalui Mursyidul Amnya Datuk Seri Nik Abdul Nik Mat dan timbalannya, Datuk Haron Din dalam kenyataan bersama mereka menyokong Khalid kekal sebagai menteri besar.

Kenyataan itu menyebut bahawa sokongan itu adalah demi kepentingan orang ramai yang melangkaui kepentingan parti dan individu.

Sementara itu, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat sekali lagi telah ditangguhkan ke tarikh 17 Ogos.

Penangguhan itu adalah kali yang kedua selepas mesyuarat sama yang dijadual berlangsung pada 10 Ogos ditangguh ke 13 Ogos.

PKR desak PAS berdiam diri biar mereka tentukan MB Selangor

Peletakan jawatan oleh Adun Kajang diusahakan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
SHAH ALAM – PKR meminta PAS terima pencalonan mereka Wan Azizah sebagai calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 21 Julai sudah menetapkan presiden mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid.
“Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 23 Julai lalu yang turut dihadiri pemimpin tertinggi PAS bersetuju untuk menghormati hak PKR untuk menentukan calon MB Selangor.
“Jadi tidak timbul mana-mana pemimpin PKR yang dimahukan PAS sebagai calon kompromi sebagai MB Selangor,” kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.

Akhbar berbahasa Cina baru-baru ini melaporkan pemimpin PAS sudah menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok Dr Idris Ahmad sebagai calon kompromi untuk memecah kebuntuan berhubung calon menteri besar Selangor.
Memetik sumber PKR, Sin Chew melaporkan parti itu akan menamakan doktor perubatan itu sebagai calon kompromi untuk mengakhiri krisis tersebut yang mungkin memecahkan Pakatan Rakyat (PR).
“Apabila pemimpin tertinggi PAS sudah bersetuju, PKR berhak menentukan siapa calon menteri besar Selangor, tidak timbul isu ketua cawangan PAS Selangor atau PAS Selangor setuju atau tidak.
“Sehingga hari ini, PKR hanya ada satu nama sebagai pengganti Khalid iaitu Dr Wan Azizah,” kata Saifuddin.
Menurut laporan Sin Chew, Khalid tidak mempunyai bantahan sekiranya Dr Idris dijadikan menteri besar dan Istana Selangor dijangka tidak akan membantah sekiranya Adun Ijok itu dinamakan.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok sebelum ini dipegang oleh Khalid sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Dr Idris yang mempunyai klinik di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dilihat sebagai pemimpin tanpa kontroversi dan dihormati pemimpin PKR dan menyertai politik semasa gerakan reformasi dulu.
Pemimpin PAS juga mengharapkan pemilihan Idris yang berasal dari Selangor akan melembutkan kedegilan Khalid untuk terus kekal berkuasa.
Sin Chew melaporkan, pemilihan Dr Idris akan melembutkan golongan konservatif PAS yang tidak boleh menerima wanita sebagai pemimpin negeri terkaya Malaysia itu.
Laporan tersebut mengatakan, kebimbangan utama PKR untuk menjadikan Dr Idris sebagai calon adalah tentangan daripada penyokong Timbalan Presiden PRK Mohamed Azmin Ali.
Pada Sabtu, The Malaysian Insider memetik sumber mengatakan terdapat usaha mencari calon alternatif kepada Dr Wan Azizah untuk jawatan tertinggi Selangor itu.
Seorang pemimpin PKR sudah dikenal pasti tetapi tidak boleh dinamakan sehingga konsensus dicapai di antara PKR, DAP dan PAS.
Sumber itu turut memberitahu The Malaysian Insider, nama Azmin turut dicadangkan tetapi ditolak oleh kebanyakan pemimpin PAS.
“Calon ketiga haruslah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang yang boleh diterima MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” kata sumber dan menambah, rekod pencapaian yang baik juga diambil kira.
Krisis menteri besar Selangor menimbulkan pergolakan dalam PR selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong secara terbuka agar Khalid kekal sebagai menteri besar sebelum parti itu berbincang pada 10 Ogos sama ada mahu menyokong Dr Wan Azizah atau tidak.
Krisis bertambah buruk apabila perbincangan mesej kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang mencadangkan parti Islam itu keluar PR tersebar.
Perbincangan WhatsApp itu mendedahkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki mencadangkan kemungkinan PAS bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama mengekalkan Khalid sebagai menteri besar.
PAS sendiri berpecah dalam isu menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah kerana dua sebab: beliau seorang wanita yang menyebabkan beberapa pemimpin negeri tidak selesa dan beliau tidak boleh membuat keputusan kerana Anwar adalah suaminya.  -themalaysianinsider
BERUNTUNG IBU-BAPANYA.....
Walaupun apa pun pekerjaan dia, dia tetap menjaga auratnya dengan sebaik mungkin. Penebar roti canai yang paling indah dan patut dicontohi.
LikeLike · ·
Hahahaha...
Khalid pinjam lidah Hassan Ali sekejab ker atau memang lidah Khalid sendiri..?
Nampak sangat Khalid ni agen UMNO sama macam Hassan Ali kikiiki
Hassan Ali sebagai agen UMNO dihantar masuk PAS.
Khalid Ibrahim sebagai agen UMNO dihantar masuk PKR
Hassan Ali diutuskan UMNO dgn misi memecahkan PAS dan DAP.
Khalid diutuskan UMNO dgn misi memecahkan PAS dan PKR.
Nantikan episode seterusnya setelah mereka laga-lagakan PAS dan PKR kini mereka akan lagakan kedua-duanya dgn DAP pula..
# Pelakon Utama Puak2 UG
Wayang UMNO baru nak mula ni..
TAK SEDO DAN TAK NAMPAK LAGI KER?
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB Anak Muda Bangkit Hancurkan
LikeLike · ·
Khalid bersama ahli Pas solat hajat setelah mereka merasa dizalimi oleh dajal kaki liwat dan isterinya...
LikeLike · ·
PKR.....PARTI BERMASALAH......GILA KUASA...
Dari 56 kerusi cuma 12 BN... diharap PR bkn shj dikekalkan malah dikukuhkan lagi !

 6:00PM - 8 Aug 2014

Nasrudin hanya mahu tonjol 'pilih kasih'


MP PAS Nasrudin Hassan berkata dakwaan Lim Guan Eng bahawa beliau membuat kenyataan fitnah dan bohong ke atas ketua menteri Pulau Pinang itu adalah tidak berasas.

Dalam jawapannya kepada Lim hari ini, anggota jawatankuasa pusat PAS itu menjelaskan bahawa beliau menimbulkan dakwaan berhubung projek terowong dasar laut itu untuk menunjukkan seolah-olah wujud layanan istimewa ke atas ketua menteri itu.

Sedangkan, di Selangor, menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim cuba dijatuhkan dengan menggunakan isu projek pembinaan lebuh raya Kidex, kata Nasrudin.

“Kenyataan saya tempoh hari sekadar mempersoalkan kenapa wujudnya perbezaan sikap pada segelintir pimpinan Pakatan Rakyat sewaktu menjadikan isu Kidex sebagai justifikasi untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor.

“Sedangkan di hadapan kita terdapat juga isu seperti Projek Pembinaan Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang yang tidak kurang kontroversinya.

“Seolah-olah terdapat sikap pilih kasih dan menangguk di air keruh demi mencapai matlamat tertentu yang sempit.

“Justeru itu dakwaan kononnya saya melakukan fitnah dan pembohongan adalah tidak berasas sebagaimana yang disebut oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng,” katanya.

Beliau turut mempertahankan dakwaannya bahawa kontrak projek terowong itu dianugerahkan secara rundingan terus kerana ia “tidak mengamalkan tender terbuka sepenuhnya dalam ertikata sebenar”.

MP Temerloh itu seterusnya membangkitkan mengenai urutan peristiwa melibatkan penjanjian persefahaman (MoU) dan proses tender untuk projek berkenaan.

“Bagaimana Kerajaan Pulau Pinang boleh menandatangani MoU [disaksikan YAB PM (Datuk Seri) Najib Razak] dengan Beijing Urban Construction Group Co Ltd salah satu rakan utama konsortium yang memenangi projek Penang Tunnel ini pada 28 April 2011 sedangkan proses prapenilaian tender kerajaan negeri hanya bermula lebih 6 bulan selepas MoU iaitu pada 14 November 2011?

“Apakah kerajaan Pulau Pinang sebenarnya sudah memilih pemenang kontrak mega ini sebelum proses tender bermula?

“Saya kira sesiapa sahaja yang biasa dengan resam perlaksanaan kontrak dan projek boleh merumuskan bahawa ini bukanlah satu proses tender terbuka.

“(Ini kerana) Seolah-olah BUCG telah mendapat keistimewaan lebih awal sebelum proses tender dilakukan apabila telah wujud MoU pada April 2011,” katanya lagi.

Kempen ‪#‎SaveVellfire‬ akan bermula.. Jika jumpa org berserban bawa tin sardin, silalah derma sebanyak mungkin..
Kah kah kaaaaaaahh!! Boleh mulakan pada meeting 10hb nanti.
Habih laaa title ostad dia.. Keh keh keh keh… Cakap nak jentiklah, sergah laaa.. Belum apa apa dah tersungkor… Amekkaww!!!.. Sungguh memalukan.. Terus laa pakai title osted…Oooppssss oosetat..
WOW!! mana nak letak muka ni??.. Sekali smash Guan Eng bantai dia... Siapalah yang bagi info salah kat Tantawi ni.. Tapi takkanlah Tantawi ni buta IT kot?.. Dah banyak kali isu pasal terowong ni didedahkan dalam berbagai Blog dan Portal.. Takkanlah dia tak baca kot? Mungkin dia sibuk cuci kereta baru siang malam sampai x update berita terkini hiburan dah basi..
Lepas ni pro-UG boleh lah kutip derma beramai2 pakai tin ikan sardin Cap AYAM. Selamatkan Vellfire!!!
Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri yang cakap, nampaknya semakin ramai yang sedar siapa sebenarnya DAP ini. Kepada yang tak percaya sila klik link ini http://bit.ly/1uty71b


Inilah air yang diminum oleh 23 orang pejuang yang terperangkap selama 21 hari di dalam sebuah terowong.
Mereka terpaksa menapis menggunakan baju mereka bagi mendapatkan air yang bersih. berbekalkan separuh tamar pada waktu sahur dan berbuka mereka berjaya meneruskan h..
Gambar |
Inilah air yang diminum oleh 23 orang pejuang yang terperangkap selama 21 hari di dalam sebuah terowong.
Mereka terpaksa menapis menggunakan baju mereka bagi mendapatkan air yang bersih. berbekalkan separuh tamar pada waktu sahur dan berbuka mereka berjaya meneruskan hidup sepanjang 21 hari mereka di dalam terowong.
LikeLike · ·
Pelik tp benar
Laki dia tu dah nape
Xde kudrat seorg lelaki ke
 

Isu MB Selangor: PAS tunda lagi mesyuarat 17 Ogos


KUALA LUMPUR: Mesyuarat PAS Pusat bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang dijadualkan pada 13 Ogos ini sekali lagi ditunda kepada 17 Ogos.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pindaan itu terpaksa dibuat kerana ada dalam kalangan anggota yang tidak dapat hadir mesyuarat pada 13 Ogos.

"Oleh kerana mesyuarat ini penting, maka PAS mahu memastikan semua pihak dapat hadir, maka insya Allah, 17 Ogos ini semua boleh hadir," ujarnya ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Menurutnya, mesyuarat PAS Pusat bagi membincangkan isu berkenaan yang dijadual diadakan pada 10 Ogos ditunda kepada 13 Ogos.

"Semua pihak insya Allah boleh hadir mesyuarat pada 10 Ogos tetapi tarikh itu dilihat tidak cukup matang terhadap perkembangan yang berlaku, sebab itu kita tunda kepada 13 Ogos," jelasnya. - HARAKAHDAILY 8/8/2014
BACA SAMPAI HABIS, BODOHNYA KITA SELAMA INI, BUTA BUTA KENA TIPU....
Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!...
Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.
Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"
Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!
SHARE jika anda suka dengan artikel ini

Friday, 8 August 2014


INILAH WAJAH SUSPEK-SUSPEK YANG DIBURU POLIS KERANA TERLIBAT DALAM PESTA SUKAN BOGEL 2014 TELUK BAHANG, PULAU PINANG.



Balik Pulau: Polis menahan seorang wanita berusia 34 tahun yang juga peserta Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang 2014 bagi membantu siasatan.

Wanita terbabit yang dikenali sebagai Ellen dan bekerja sebagai guru muzik ditahan kira-kira jam 10 malam tadi di kawasan Bayan Baru.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, wanita terbabit dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.

Menurutnya, polis juga sudah mengenal pasti penganjur dari Malaysia iaitu Chew Tok Hwa, 57, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.

"Hasil siasatan mendapati wanita itu adalah bekas guru yang mengajar Bahasa Inggeris di sebuah sekolah swasta di negeri ini.

"Kita sedang menjejaki wanita terbabit dan seorang lagi lelaki iaitu penganjur dari Singapura, Albert Yam," katanya pada sidang media di pejabatnya, sebentar tadi.

Baru pegang Selangor dah kacau bilau.
Kalau kau pegang Malaysia?


Photo: KEMPEN 24 JAM SEHARI TANPA MCD.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan