Khamis, 7 Ogos 2014

AKHLAK ISLAM NI LUAS...MENGHISAP ROKOK...TAK SOLAT....PEMBOHONG....BERCAMPUR GAUL LELAKI-WANITA...TAK PI ATAU TAK SUKA MENUNTUT ILMU ISLAM....MUNGKIR JANJI....TERLIBAT RIBA....DAYUS...TALAM DUA MUKA...KAKI BODEK....RIAK....UJUB....DLL NI SEMUA TIADA AKHLAK ISLAM

10 Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Semoga dapat dihayati. Selamat beramal sahabat pejuang! ‪#‎quote‬ ‪#‎saujana‬ ‪#‎akucintaALLAH‬ ‪#‎wasiat‬ ‪#‎muslim‬ ‪#‎share‬

PAS tidak perlukan pemimpin yang tiada akhlak Islam
Posted on Wednesday, August 06 @ 18:12:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur






Seingat usia saya tidak pernah berada di dalam PAS dimana pemimpin kanan, dalam hal ini AJK PAS Pusat secara terbuka dalam majlis terbuka menghentam, memperlekeh dan menghina Presiden PAS. Rupanya hidup juga saya menyaksikan pengkhianatan dan kebiadaban ini.
Menurut laporan Berita Harian:
Seorang wakil rakyat PAS malam tadi mengkritik Datuk Seri Hadi Awang, Presiden partinya sendiri kerana menyokong Tan Sri bdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor……….
“Kenyataan Hadi adalah peribadi kerana dalam PAS Presiden bukan maksum dan keputusannya dibuat tanpa mesyuarat. Keputusan kami hanya akan diumum10 Ogos ini. Saya berpendapat jika isu ini tidak dapat selesai, jawatan Menteri Besar bolehlah dipertimbangkan kepada DAP sebagai penyelesaiannya.”


Laporan itu memetik pemimpin berkenaan sebagai AJK PAS Pusat dan ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin.
Belajarlah adab apalagi apabila berada dalam jemaah. Jangan ingat kepala kita sudah besar dan penuh ilmu maka kita pandang rendah yang lain dan kita menyangka kita punya lesen untuk memaki hamun dan mengatakan apa sahaja yang terlintas di lidah dan bibir kita itu.


Kita punya hak menegur pimpinan namun dalam forum yang bersesuaian, dalam mesyuarat dalam mukatamar, tetapi apabila kita pilih gelanggang terbuka, depan khalayak ramai sebenarnya YB menyelak kain sendiri, depan umum, tak malukah muka YB, siapakah agaknya Naqib dan guru YB, kesian.
Benar sebagaimana YB ucapkan yang YB diangkat oleh Muktamar sebagai AJK PAS Pusat, tapi di sana ada ramai lagi AJK yang bertaraf sama, PAS cuma ada satu Presiden, yang turut diangkat oleh Muktamar.


Jawatan Presiden, meminjam kata-kata Mursyidul Am adalah Nakhoda atas bahtera (PAS) yang besar ini. Barangkali YB menyangka YB sudah setaraf Nakhoda, apalagi pasanglah cita-cita melawan Nakhoda secara terbuka, walau kita lihat kail YB panjang tak sampai sejangkal pun.
Atau barangkali bahtera ini sudah terlalu busuk dan lekeh buat YB, saya secara peribadi sarankan , silalah YB terjun keluar dan naiklah bahtera lain yang pemimpinnya memang YB agung-agungkan itu.


Semoga ahli PAS semua buka mata, telinga dan minda, dan mengadili pemimpin yang seumpama ini. Bahtera PAS telah belayar puluhan tahun atas samudera politik Malaysia yang penuh mencabar dengan penuh istiqomah mengibarkan panji-panji Islam. Kita mendidik dan melahirkan anak-anak kapal yang baik dan mulia akhlaknya, rupanya ada juga segelintir yang tergelincir dan terasa diri lebih hebat dan pandai dari yang lain.
Rihatkanlah mereka atau tunjuk saja jalan keluar.

ROSALAN SMS
http://n32.blogspot.com


1:00PM - 6 Aug 2014

'Pakatan tak bantai LGE isu terowong RM4.63b'


MP PAS, Nasruddin Hassan berkata beliau hairan kerana Tan Sri Khalid Ibrahim “dibantai teruk” berhubung projek lebuh raya Kidex, tidak seperti reaksi ke atas projek terowong bawah laut di Pulau Pinang.

Sedangkan, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion di negeri dipimpin DAP itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.

"Di manakah suara pimpinan Pakatan dalam menegur sikap Lim ini? Bukankah kita menentang rundingan terus satu ketika dahulu

“Saya pelik kenapa Khalid dibantai teruk kerana projek yang bukan bawah bidang kuasanya.

"Namun dalam masa yang sama, tidak berlaku kepada Kerajaan Pulau Pinang bawah pimpinan Lim,” katanya.

Projek terowong 6.5km itu berbeza dengan Kidex, yang merupakan projek kerajaan Persekutuan, katanya.

Malah Selangor juga tidak berhak untuk menolak permohonan pengambilan tanah demi kepentingan awam, kata MP Temerloh itu.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak terikat dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak terikat dengan mana-mana pihak. Namun kenapa (dibuat melalui) rundingan terus?,” katanya.

Beliau turut menggariskan bahawa projek terowong itu menerima bantahan memandangkan jambatan kedua Pulau Pinang itu sudahpun memadai untuk menampung beban lalu lintas.

Projek itu juga dijangka akan menyebabkan kesesakan lebih teruk dengan kemasukan lebih banyak kenderaan ke pulau tersebut, katanya.

Sedangkan, kesesakan teruk di Pulau Pinang akan dapat diatasi jika satu sistem keretapi transit dibina dengan kos hanya RM 120 juta sekilometer, katanya.

“Namun tindakan Lim ini tidak langsung di kecam oleh pimpinan Pakatan sepertimana Khalid dikecam dan didesak meletakkan jawatan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Beliau seterusnya membangkitkan kemampuan Pulau Pinang membiaya projek berkenaan memandangkan kerajaan negeri itu – yang mencatat bajet defisit untuk tahun keenam.

“Apakah agaknya yang difikirkan Lim sehingga berani berbelanja besar dengan kewangan yang kritikal itu pada perkara yang tidak perlu?

"Dimanakah suara pimpinan PR dalam menegur sikap Lim ini?,” katanya.
 
Lagi banyak cakap lagi pening kepala kita!
Posted on Wednesday, August 06 @ 11:00:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Isu MB Selangor ini makin serius, makin banyak cakap mangkin kita pening mana satu yang betul.

Semoga Allah Selamatkan Selangor daripada dugaan yang menjadi-jadi  
Ketua setiausaha sulit buat aduan siasat dakwaan rasuah MB kepada SPRM
Posted on Wednesday, August 06 @ 20:01:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur







Ketua setiausaha sulit kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini terhadap dakwaan perlakuan rasuah yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PKR.


Mohamad Yasid Bidin tiba di pejabat SPRM Shah Alam sekitar jam 3 petang tadi sambil dilihat membawa dokumen yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Turut kelihatan ialah kedua-dua setiausaha politik Khalid, Mustapha Mohd Talib dan Azman Abidin, calon ketua pemuda PKR Khairul Anwar Zainuddin serta beberapa lagi ahli PKR.

"Hari ini saya membuat laporan kepada SPRM berkenaan surat aduan dakwaan salah laku yang dilakukan menteri besar. "Sebagai kakitangan di pejabat menteri besar, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk serahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan," kata Yasid kepada pemberita di Shah Alam.

Katanya, Khalid yakin beliau tidak melakukan sebarang kesalahan seperti didakwa Saifuddin. Justeru, perkara itu perlu dibawa kepada SPRM bagi membolehkan kertas siasatan dibuka.
Beliau berkata, pihak yang mengemukakan dakwaan sehingga hari ini gagal menyerahkan sebarang laporan kepada SPRM. Oleh itu, atas inisiatif sendiri, pihak pejabat Khalid mengemukakan laporan berkenaan.
 
BANYAK LAGI TAK FIQH ISLAM
Macam Mana boleh lantik AJK PAS Pusat tak faham fiqh Islam bab kepimpinan?
Posted on Wednesday, August 06 @ 10:45:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Presiden pun dicanggahi.... Walhal keputusan PAS sudah ada.. isu berkait dgn PRK Kajang tiada kaitan dgn penukaran MB selangor..itu adalah penegasan Presiden.... kalu berasa tak selesa dengan PAS, keluar je lah! - Nordin Othman

Makin hari makin keliru PAS dengan AJK PAS yang lebih ber'tuhan' (tak boleh guna walaq nanti ada yang marah..) kepada yang lain. 






Jangan ‘pilih kasih’, haramkan juga NGO dan individu yang terima dana Yahudi


BANGI, 6 Ogos – Berikutan cadangan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah meminta agar pihak kerajaan menyenaraikan syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan dagang dengan Israel, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini turut menuntut agar pihak kerajaan mendedahkan senarai NGO dan individu yang menerima dana dari Yahudi.
Berkata kepada ISMAweb, ujar Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Hazizi Abd Rahman, ISMA menyambut baik cadangan Nurul Izzah itu, namun dalam masa yang sama kerajaan juga perlu mengharamkan NGO-NGO yang menerima dana dari pihak Yahudi atau Amerika.
“Jika mahu membersihkan Malaysia dari mempunyai hubungan dengan Israel, kerajaan juga perlu membersihkan semua pihak-pihak yang menerima dana asing. Jangan ada sikap pilih bulu. Ini kerana kredibiliti pihak yang menerima dana dari Yahudi ini  wajar diragui lebih-lebih lagi ia boleh mengancam keselamatan dunia.
“Maka kerajaan perlu menyiasat, meneliti dan memastikan agar tidak ada tajaan atau penglibatan Amerika dan Israel dalam mana-mana individu, NGO dan parti politik dalam negara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Nurul Izzah semalam yang menggesa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, untuk mendedahkan secara terperinci senarai syarikat di negara ini yang menjalin hubungan dagang dengan Israel.
Ini berikutan bagi mengenakan sekatan terhadap aktiviti perniagaan tersebut sehingga Israel berhenti melakukan pencerobohan terhadap Palestin.
Datuk Seri Mustapha dalam satu kenyataan sebelum ini menyatakan bahawa pihaknya akan memperhalusi hubungan dagangan dengan syarikat multinasional yang mempunyai hubungan dagang dengan Israel dengan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dan kenyataan dikeluarkan.

Wednesday, 6 August 2014


ULAMA PAS DENGAN KERJASAMA DEWAN PEMUDA PAS SELANGOR AKAN ANJURKAN SOLAT HAJAT PERDANA MUNAJAT SELAMATKAN GAZA DAN SELANGOR BUMI BERTUAH



Solat hajat perdana "Munajat Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah" anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Geng Ustaz dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Selangor akan diadakan esok pada 7 Ogos bersamaan hari Khamis malam Jumaat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7, Shah Alam.

"Kita akan berdoa supaya tidak berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan memohon supaya keputusan PAS (Pusat) berpihak kepada (ketetapan) tuan guru Presiden," kata Presiden Geng Ustaz.

Norazli berkata, antara pemimpin yang akan hadir adalah Khalid, Pengarah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad, dan beberapa pemimpin lain.

"Kita sekarang tengah menunggu pengesahan daripada (Timbalan Mursyidul Am PAS) Ustaz (Datuk Dr) Haron Din untuk mengimamkan solat hajat," katanya.

Katanya, program bermula pada pukul 6.30 petang berbuka puasa dan solat maghrib, kemudiannya bacaan surah Yasin, solat Isyak, solat hajat dan diakhiri dengan ucapan pemimpin.

"Program ini terbuka dan orang ramai boleh datang seramai mungkin memenuhi ruang dewan untuk sembahyang bersama," katanya.

Selain itu, katanya program solat hajat juga dibuat bagi mendoakan keselamatan rakyat Palestin di Gaza yang diserang tentera Israel sejak bulan lalu dan mengorbankan lebih 1,000 nyawa.

Rumah generasi kedua Felda hanya janji p'raya?

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .

TEMERLOH: Desakan daripada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) sendiri supaya projek Perumahan Generasi Kedua Felda (PGKF) dihentikan kerana masalah harga dan spesifikasi, membuktikan projek yang dicanang untuk pilihan raya itu gagal.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Pahang, Yohanis Ahmad berkata, dakwaan MBFM yang dianggap NG





Masjid tua zaman pembantaian Srebrenica kembali dibuka

Senin, 9 Syawwal 1435 H / 4 Agustus 2014 22:08

Masjid tua zaman pembantaian Srebrenica kembali dibuka
Ilustrasi - Masjid tua zaman pembantaian Srebrenica kembali dibuka
SEBRENICA (Arrahmah.com) – Rakyat Muslim Bosnia bergembira dengan dibukanya kembali masjid tua yang telah berumur berabad-abad yang telah dihancurkan oleh pasukan Serbia 19 tahun yang lalu dalam pembantaian ribuan Muslim Srebrenica, menurut laporan Anadolu Agency.
Masjid Dalye Hosta dibuka kembali setelah dua dekade pembantaian Srebrenica berlalu.
Bosnia mengalami perang pada 1992 karena pasukan Serbia melancarkan pembersihan etnis terhadap Muslim Bosnia. Perang itu meninggalkan sekitar 200.000 orang meninggal dunia dan jutaan orang mengungsi.
Selama perang yang berlangsung 43 bulan itu, hampir dua juta orang melarikan diri dari rumah mereka dan sekitar 8.000 Muslim termasuk anak-anak meninggal dunia.
Pemimpin pasukan Serbia kala itu adalah Radovn Karadzic dan panglima mililternya Ratko Mladic, kedua orang tersebut dianggap paling bertanggung jawab atas pembantaian umat Islam Srebrenica, keduanya telah menghadapi pengadilan atas tuduhan pembantaian di hadapan pengadilan kejahatan perang PBB. Sementara tokoh utama pembantaian lainnya telah mati atau dihukum karena kejahatan perang. (siraaj/arrahmah.com)
O mewakili generasi kedua yang diiktiraf Felda itu, membenarkan dakwaan Anak sebelum ini bahawa projek tersebut hanya untuk memancing undi pilihan raya.

Sekali gus, ia gagal menyelesaikan masalah generasi kedua dan ketiga Felda yang masih tinggal dalam tanah rancangan yang sesetengah pada masa ini terus duduk sebumbung atau menumpang di tanah peneroka asal.

Sepatutnya perumahan kerajaan mestilah bersifat mampu milik dan ada unsur kebajikan bukannya harga berdasarkan pasaran terbuka. Jika syarat pinjaman yang sangat ketat iaitu melalui bank dan perlukan slip gaji, mungkin tidak ada masalah kepada anak-anak peneroka yang Berjaya dan tinggal di bandar-bandar besar.

“Tetapi syarat itu dikenakan kepada anak-anak peneroka yang masih tinggal di tanah rancangan, ia tentulah tidak munasabah langsung,” katanya.

Yohanis berkata demikian mengulas kenyataan disiarkan akhbar semalam oleh Pengerusi MBFM Wilayah Jengka Nasharuddin Mat Nasir yang menggesa Felda menghentikan segera projek PGBF kerana terdapat rungutan generasi kedua Felda berhubung harga, spesifikasi, pinjaman dan konsep pelaksanaannya.

Kenyataan itu menyebut, di Wilayah Jengka, harga minimum satu unit rumah yang dibina Felda itu sudah mencecah RM120,000 pada masa ini dan tidak seperti dijanjikan.

Selain daripada harganya yang tinggi, syarat pinjaman pula ketat sehingga menyukarkan mereka yang tinggal di tanah rancangan untuk memiliki rumah tersebut. Sebaliknya memberi peluang kepada generasi yang tinggal di luar membelinya.

Yohanis berkata, sebelum pilihan raya umum (PRU) lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah mengumumkan sasaran Felda untuk membina 20,000 unit rumah dalam masa lima tahun dan harga dijanjikan sekitar RM60,000.

“Kenapa sekarang harga menjangkau RM120,000 hanya dalam tempoh dua tahun? Ini tidak sepatutnya berlaku kerana perumahan dibina bukan atas tanah komersil atau individu tetapi tanah milik Felda.  Contohnya di Padang Piol padang bola yang dikorbankan.

“Lagipun itu rumah ‘rumah pasang siap’ bagaimana harga boleh melambung begitu tinggi? Pada saya harga RM60,000 itu dah munasabah kerana setiap peneroka pun ada peruntukan RM40,000 daripada Felda untuk pembesaran rumah,” katanya.

Menurut Yohanis, sepatutnya kerajaan sudah ada penilaian sendiri untuk pembinaan rumah tersebut. Jika tidak, itu bermakna Felda membuat projek yang tidak jelas hanya untuk PRU saja.

“Jadi bilakah masalah anak-anak peneroka yang tinggal dan bekerja di ladang-ladang Felda nak selesai?” soalnya. - HARAKAHDAILY 6/8/2014

395 Orang Mujahid Daulah Islam Iraq dan Syam Dikabarkan Berada di Gaza

Shoutussalam – Situs Right Side News pada hari Jum’at (15/2/2014) melaporkan, diperkirakan sebanyak 395 anggota Daulah Islam Iraq dan Syam kini telah berada di Gaza, Palestina.
Right Side News mengutip laporan tersebut dari Institut Gate Stone, sebuah lembaga pengawas Hak Asasi Manusia dan Demokrasi, juga dunia Militer serta Terrorisme. Sayangnya tulisan yang menyebutkan angka “395” itu telah dihapus saat tulisan Shoutussalam ini diangkat.
ISIS Gaza
Perkiraan angka tersebut muncul setelah beredarnya video “Nusrah al Maqdisiyyah li Daulah Islam” atau “Pembelaan Penduduk al Aqsha/ Baitul Maqdis pada Daulah Islam Iraq dan Syam”, yang menampilkan 10 Mujahid dari Jama’ah Anshar Baitul Maqdis.
Mereka menyatakan sumpah setia untuk membantu dan menolong Daulah Islam Iraq dan Syam, mengatakan bahwa “Kini Daulah Islam tak hanya memiliki pasukan di Syam dan Iraq saja, tapi juga Mujahidin di Baitul Maqdis”.
“Meski kalian telah memiliki pasukan di Syam dan Iraq, namun Mujahidin Anshar Baitul Maqdis juga siap menyokong kalian dengan mengirimkan banyak ‘singa predator’ yang sigap membantu jika kalian memang memohon bantuan. Mereka siap untuk membantu, jika kalian memang membutuhkan,” kata juru bicara Mujahidin Anshar Baitul Maqdis dalam video tersebut.
“Jika kelak Mereka dipanggil, pedang mereka tidak akan pernah pandang bulu. Mereka akan menapaki pesan yang diarahkan kepada mereka, bersiap-siap menyandang perlengkapan mereka, dan mereka akan bersumpah kepada Allah sebagaimana sumpah yang diutarakan pemimpin mereka; Sang Singa Usamah bin Ladin yang menegaskan, “Demi Allah, kami niscaya akan menolong kalian meski harus merangkak, atau kami harus merasakan apa yang dirasakan Hamzah bin Abdul Muthalib,” imbuhnya. Allahu Akbar!
Selain berada di Gaza, serta di sekitar Masjidil Aqsha, Jama’ah Anshar Baitul Maqdis juga aktif bergerak di Semenanjung Sinai, Mesir.
Menanggapi kabar demikian, Otoritas Sekuler Palestina di Tepi Barat, Mahmud Abbas panik. Ia menyerukan agar rakyat Palestina di jalur Gaza dan Tepi Barat bersatu menolak kehadiran mereka, sesuai dengan arahan Sekretaris Negara dan Menteri Luar Negeri Amerika, John Kerry. [fadhil/rsn]

Pesta bogel: Chalet diwarta hanya untuk pegawai awam

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoal mengapa Chalet yang diwartakan hanya untuk pegawai awam oleh Kerajaan Pesekutuan itu dibenarkan digunakan oleh pihak luar untuk mengadakan pesta sukan bogel.

"Inilah kwsn diwartakan kerjn Persekutuan yg chalet utk pegawai awam shj.Macam mana boleh bagi sama org luar guna...?", tulisnya di Twitter.

Tulisan itu turut disertakan dengan sekeping gambar papan tanda 'Teluk Kampi Trail, Taman Negara Pulau Pinang'.

Di Twitter tersebut, beliau turut diminta oleh pengikut beliau agar mengambil tindakan terhadap isu tersebut.

Dalam reaksinya, Lim berkata kerajaan negeri telah memaklumkan kes itu kepada pihak polis.

"Pls give the Forestry Dept n Fed govt Ministry time 2 investigate n rpt.

"Takkan kerjn negeri akan benarkan aktiviti ini, bila kasino pun tak dluluskan?," katanya lagi.

Beberapa blog Umno sejak kelmarin menjadikan satu video berhubung kegiatan berbogel bertajuk ‘Penang Nudist Sports Games 2014 in Teluk Bahang’ sebagai modal untuk menuduh kerajaan Pulau Pinang terlibat dengan aktiviti keji.

Video kontroversi yang tersebar di Internet itu pula menunjukkan aktiviti berbogel termasuk mengecat badan, dan pertandingan menari dan sukaneka. - HARAKAHDAILY 6/8/2014
INGAT PESANAN AL MARHOM UTZ FADHIL NOOR......" MUSUH...KALAU ADA YANG DAH MULA MENYOKONG KITA.......ADA YANG TAK KENA....."
Aku mengaji setakat Kolej Komunit saja...makna kata ngaji tak tinggi la tu...politik pun tak tegha mana pun....jawtan pun ahli PAS cawangan taman mas sajaa.....tu pun aku buleh nampak perangai huduh amno....AllahuAkbar....amno...amno......





8 sebab kenapa Hamas layak diisytihar pemenang Perang Gaza 2014


Peperangan di Gaza yang menjangkau tempoh sebulan akhirnya berhenti buat sementara tepat jam 8.00 pagi waktu Gaza semalam (5 Ogos) setelah gencatan senjata 72 jam dipersetujui oleh Hamas dan Israel. Namun mengenali sifat khianat dan mungkir janji pihak Yahudi Zionis, tiada siapa berani memberi jaminan gencatan senjata ini mampu bertahan selama tempoh tersebut.
Menilai dari pelbagai sudut, hanya satu pihak yang layak diisytiharkan sebagai pemenang peperangan yang dinamakan Hamas sebagai Perang Al-Asful Ma’kul (dedaun hancur berkecai yang dimakan ulat), dan pemenang tersebut tentunya bukan rejim Zionis Israel. Gencatan senjata yang dimeterai tidak lain sekadar jalan keluar terakhir Israel untuk berundur dari medan bertempuran dan menyelamatkan maruahnya yang semakin tercalar.
Berikut dinyatakan sekurang-kurangnya lapan sebab kenapa Palestin secara umumnya dan Hamas secara khususnya layak untuk dinobatkan sebagai pemenang Perang Al-Asful Ma’kul ini:
Pertama, Israel terpaksa menerima sekurang-kurangnya tiga syarat yang dituntut oleh Hamas sebelum Hamas sedia menerima gencatan senjata. Penerimaan Israel terhadap tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh Hamas ini jelas membuktikan bahawa mereka berada di pihak yang kalah.
Ismail Ridwan, salah seorang pegawai tertinggi Hamas seperti dilaporkan oleh media Gaza mengatakan bahawa Hamas telah mengajukan tiga syarat untuk mereka menerima gencatan senjata 72 jam. Syarat-syarat tersebut ialah tentera Israel perlu berundur secara total dari wilayah-wilayah yang diduduki mereka di sempadan Gaza, operasi jet-jet pejuang Israel di ruang udara Gaza dihentikan dan pintu sempadan Gaza dibuka untuk menyalurkan bantuan makanan dan ubat-ubatan.
Kedua, Israel sama sekali gagal untuk mencapai misi mereka dalam peperangan kali ini untuk menggugat Hamas khususnya sayap ketenteraannya Briged Al-Qassam. Sumber Al-Qassam melaporkan jumlah anggota Al-Qassam yang terkorban syahid tidak sampai pun 100 orang. Daripada hampir 2 ribu penduduk Gaza yang terkorban pula, majoriti adalah di kalangan kanak-kanak, wanita dan orang awam. Tentera Israel juga gagal untuk mengesan lokasi pelancaran roket-roket Hamas apatah lagi memusnahkannya.
Ketiga, jumlah kematian di kalangan tentera dan polis Israel jauh melebihi bilangan anggota Al-Qassam yang terkorban. Menurut laporan terbaru, bilangan tentera Israel yang terbunuh adalah seramai 497 orang, manakala polis Israel yang terbunuh pula seramai 113 orang. Seramai 879 orang tentera Israel dilaporkan cedera dan polis Israel yang cedera pula seramai 362 orang.
Dengan teknologi ketenteraan yang lebih canggih dimiliki Israel, jumlah kematian yang jauh lebih tinggi ini adalah satu tamparan hebat buat mereka.
Keempat, keupayaan teknologi ketenteraan dan kebijaksanan strategi peperangan Hamas kali ini jauh di luar jangkaan tentera Israel sehingga menimbulkan kegerunan dahsyat kepada mereka. Serangan roket Al-Qassam dilaporkan telah sampai ke wilayah Israel yang sebelum ini tidak pernah berjaya dijangkau. Laporan Al-Qassam menyatakan mereka telah berjaya melancarkan roket jenis R160 ke wilayah Haifa yang jaraknya kira-kira 140 kilometer dari Gaza.
Antara strategi peperangan Al-Qassam yang menonjol kali ini ialah taktik penyamaran sebagai tentera Israel, penggunaan rangkaian terowong rahsia, perangkap samar, keupayaan untuk meletupkan kenderaan tentera musuh dengan alat kawalan jauh dan penggunaan pasukan komando marin. Al-Qassam juga telah berjaya mencipta sendiri senjata penembak tepat yang dinamakan “Ghoul” yang mampu mencapai jarak sejauh 2 kilometer.
Kelima, peperangan kali ini menyerlahkan kegagalan Iron Dome milik Israel yang selama ini didakwa sebagai sistem pertahanan ketenteraan tercanggih di dunia. Pihak tentera Israel sendiri mengakui dalam tempoh 24 jam tertentu sewaktu perang, Iron Dome mereka hanya mampu mematahkan 8 daripada hampir 120 roket yang dilancarkan oleh Al-Qassam. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama beberapa hari lepas terpaksa meluluskan bantuan kecemasan berjumlah $225 juta untuk meningkatkan lagi keupayaan Iron Dome.
Keenam, pihak Israel terpaksa menanggung kerugian yang amat teruk dari segi ekonomi. Serangan roket dari Gaza ke atas Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv menyebabkan sebahagian besar operasinya tergendala. Ekonomi Israel hampir lumpuh apabila pelbagai industrinya terjejas teruk termasuk industri pengilangan, penternakan, penerbangan, perhotelan dan pelancongan. Itu belum dikira kos besar untuk membiayai operasi ketenteraan mereka yang tidak memberikan pulangan sama sekali.
Ketujuh, pihak Israel juga terpaksa menelan kekalahan dari segi moral dan psikologi akibat peperangan terbaru ini. Bukan rahsia lagi bahawa ramai tentera Israel selama ini mengalami tekanan emosi, gangguan psikologi dan trauma akibat peperangan yang banyak membawa kepada kes bunuh diri. Kegagalan untuk mengalahkan Hamas kali ini pasti meningkatkan lagi tekanan terhadap mereka. Satu undian am di media Israel menunjukkan sebanyak 87% rakyat Israel bersetuju bahawa misi ketenteraan Israel ke atas Gaza ini adalah satu kegagalan.
Kelapan, keganasan terbaru Zionis Israel ke atas penduduk Gaza ini telah berhasil meningkatkan sokongan masyarakat global kepada Palestin. Demonstrasi demi demonstrasi, begitu juga kempen memboikot syarikat-syarikat yang menyokong Israel berlangsung di seluruh dunia untuk membantah tindakan tidak berperikemanusiaan Israel. Ada juga di kalangan negara-negara yang mengambil tindakan seperti mengecam Israel sebagai pengganas, menghalau duta Israel keluar, memutuskan hubungan diplomatik dan membekukan aktiviti perdagangan dengan Israel.
Pelbagai sebab lagi boleh diutarakan untuk dijadikan hujah kenapa Hamas tanpa sebarang keraguan lagi layak untuk dinobatkan sebagai pemenang Perang Al-Asful Ma’kul ini. Semoga kekalahan memalukan buat Israel ini dapat melenyapkan keangkuhan mereka dan sekutu-sekutunya walaupun mungkin cuma untuk seketika ini.
Kita menyedari bahawa krisis di Gaza ini tidak akan selesai sehinggalah Israel dilenyapkan terus daripada peta dunia dan tanah Palestin diserahkan semula kepada pemiliknya yang berhak. Umat Islam di seluruh dunia dituntut untuk terus memberikan bantuan dan sokongan kepada Palestin terutama dalam usaha untuk memulihkan dan membangunkan semula Gaza ketika ini.
Mohd Firdaus bin Sabturani
Setiausaha Biro Media ISMA

Apa beza Unity Goverment (UG) TGHH-Pak Lah dengan KN (Konsesus Nasional) Najib-Anwar? Apa kaitannya dengan isu pertukaran TSKI, MB Selangor. Jom kita baca senario di bawah ini
Latarbelakang UG wujud: (2008 senario)
+BN tinggal 9 negeri, PR dapat 5 negeri
+Banyak kerusi UMNO-BN hilang, MCA-dan MIC-Bn hilang
+BN dalam keadaan lemah, UMNO pun lemah
+Tun M tekan Pak Lah dan mahukan Pak Lah letak jawatan dan beri pada Najib
+Tun M marah Pak lah sebab lepaskan Anwar dari penjara lebih awal
+Tun M marah sebab anaknya tidak dapat jadi Menteri Pusat dan tidak mahu menantu Pak Lah (KJ) naik lebih tinggi
Perbincangan UG (senario depan)
+Pak Lah ajak TGHH bincang
+PAS setuju dengan syarat DAP dan PKR datang bersama sebagai satu pasukan
Persetujuan awal:
+PKR datang sebagai satu pasukan mengendalikan pentadbiran negara dibawah 5 negeri yang PR pegang 2008 dan BN pegang 9 negeri tanpa ada isu pemerintah dan pembangkang, dan BN akan serah beberapa potfolio kepada PR....
+Implikasi: Najib tidak jadi PM dalam masa yang dekat, Anwar tidak berpeluang naik jadi PM kerana terpaksa menunggu Najib selesai tempoh sebagai PM; Anwar tidak akan cabar Pak Lah yang terlah berjasa padanya.
Latarbelakang KN wujud: (2013 senario)
+BN dapat 11 negeri, PR dapat 3 negeri
+BN dalam keadaan kuat, UMNO puan kuat
+Najib sebabkan Malaysia pikul hutang negara lebih 600 bilion, Najib jadi liablity bila kes Altantuya, kapal selam Scorpene, Jet pejuang tiada enjin menhantui rakyat dan negara, Najib jadi liability pada BN dan kehancuran BN
+Tun M kecewa dengan Najib dan pentabdiran Najib dan mahukan Muhyiddin ganti Najib
+Tun M kecewa anaknya Mukriz gagal jadi Naib Presiden UMNO kerana halangan dari team Najib
+Tun M kecewa Najib gagal pertahan projek Jembata Bengkok yang Tun M ada interest di dalamnya
+Tun M tekan Najib supaya lepaskan jawatan
Perbicangan KN
+Bila Najib dlam keadaan fragile dan vulnerable, Najib offer pada Anwar KN Konsensus Nasional tu ialah National Reconciliation
+BN buka Putrajaya kepada Anwar serta satu pos Menteri dan beberapa potfolio kerajaan diberikan kpd PKR, dengan syarat PAS dibawa bersama dan duduk dibawah perundingan PKR, Penang di bawah PR-DAP, Kelantan dibawah PR-PAS, tapi Selangor dibawah PR-BN.....
+Anwar kena a,mbilalih Selangor dari TSKI atau siapa sahaja dari PKR tapi bukan TSKI
+Selangor jadi fixed deposit atau collateral damage sekiranya KN dilaksanakan.
+PR tidak boleh kritik BN lagi. BN tak ka serang PR lagi
+Anwar hantar wakil (Saifudin) jumpa SUA PAS untuk pujuk Presiden supaya terima KN
+SUA PAS tolak, dan suruh Saifudin jumpa Presiden PAS sendiri
+Anwar hantar wakil panggil Dr Zul dan bincang dan mita Dr Dzul pujuk Presiden PAS terima KN
+Presiden pergi Yaman singgah di Dubai, Dr Dzul kejar Presiden dan cuba pujuk Presiden PAS di Dubai untuk KN, tapi Presiden PAS tolak
+Anwar hantar wakil PKR (Saifudin) bertemu dengan Zahid Hamidi UMNO-BN untuk bincang tentang KN dan cuba heret PAS ketika itu kerana Presiden PAS ada di London untuk program lain.
+Presiden PAS tidak tahu menahu tentang adanya pertemuan sulit dalam kelambu itu di London.
+Saifudin hubungi seorang pimpinan PAS supaya atur pertemuan dengan Presiden PAS yang ada London untuk datang bertemu dengan Zahid Hamidin; tidak ada perancangan awal yang diberitahu kpd PAS sebelum ini mengenai pertemuaan itu; "pimpinan PAS" itu yang membuat urusan mengejut dan tiba-tiba secara rahsia bersama Saifudin. Adakah orang PAS ini Ustaz Nasa? Bukan....Tapi "pimpinan PAS" ini minta SETPOL Presiden PAS supaya pujuk Presiden hadir dalam pertemuaan sulit itu. Presiden menolak
+SETPOL Presiden sahaja yang pergi hadir bersama "pimpinan PAS" itu bertemu dengan Saifudin dan Zahid Hamidi. ....Saifudin dan Zahid terkejut kerana Presiden PAS tidak datang ke hotel di mana Zahid dan Saifudin menginap, lalu berhentikan perbincangan lebih awal.
Implikasi: Najib kekal kuasa; Muhyiddin tidak berpeluang naik jadi PM. Anwar berpeluang ke Putrajaya dan ada harapan jadi PM
Rumusan:
+PKR main kayu tiga belakang PAS dan DAP.
+DAP tidak ada tempat dalam KN
+Selangor jadi collateral damage untuk KN berjaya dan Anwar dan PKR ke Putrajaya
+ PAS jadi bahan gunaan dan perangkap samar.
+Itulah beza UG dan KN

 





 2:00PM - 7 Aug 2014

Tarik balik pembohongan atau disaman

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi masa 24 jam kepada ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hasan Tantawi untuk menarik balik apa yang didakwa "pembohongan" terhadap pentadbirannya atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Lim menjawab komen Nasruddin semalam bahawa dia tidak dikritik mengenai projek terowong dasar laut Pulau Pinang sepertimana yang dihadapi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Nasruddin mendakwa projek terowong bawah laut itu akan mencecah
harga RM4.63 bilion dan mendakwa ia diberikan secara rundingan terus kepada Construction Zenith BUCG Bhd.

Nasruddin turut mendakwa bahawa pentadbiran Lim mencatatkan bajet defisit selama enam tahun.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata semua tuduhan itu sama seperti yang dibuat tentera siber pro-BN dan pro-Umno selama ini.

"Jika Nasruddin mendakwa dirinya sebagai seorang Muslim yang baik dan tidak munafik, maka beliau patut menarik balik pembohongan itu dan memohon maaf kepada saya dalam masa 24 jam," kata Lim.

"Jika gagal berbuat demikian, maka tindak tanduknya tidak bermaruah dan tiada bezanya dengan Umno.

"Saya tiada pilihan dan akan melayannya sepertimana saya melayan lawan dari BN dan akan mengarahkan peguam mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana menyebarkan fitnah dan kata-kata nista terhadap saya," tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan