Khamis, 21 Ogos 2014

AKHIR ZAMAN ARTIS DIMULIAKAN....JADIKAN IDOLA...MANE RASIONALNYA





Thursday, August 21, 2014

Wanita yang SANGGUP Buat Lelaki Naik HANGAT NAFSU .. DENGAN BADAN SEMPOI Tapi tapi TUDUNG PULAK !!!! [7 Gambar]

Wanita berjilbab kongsi beberapa foto panas dengan pakaian ketat sehingga bahagian boobs (payudara) wanita-wanita itu terekspos. Semua gambar itu ada dalam album bernama `Compilation`. Tampak mengenakan jilbab, hampir seluruh wanita di foto-foto itu memakai baju berlengan panjang. Dari kata `Jilbab` dan `Boobs` dibuatlah akronim `Jilboobs`.
Liputan6.com, Jakarta Fesyen punya banyak fungsi. Dengan pakaian, Anda bisa menunjukkan siapa diri Anda sesungguhnya atau berpura-pura menjadi orang lain. Bagaimana Anda berpakaian bisa menjadi cermin tahap kehidupan yang sedang Anda lalui, entah sedang bertransformasi dari pribadi lama menuju pribadi baru atau berada dalam perangkap citra diri baru dengan identitas pribadi lama yang sesungguhnya belum berubah.

Berpakaian ternyata bukan hal sesederhana mengancingkan baju atau memakai topi. Mereka yang tak berefleksi mengenai fesyen rentan untuk dimakan tren tanpa sadar akan kekosongan makna berpakaian, larut dalam buaian sensasi gaya sesamanya. Apa alasan dibalik fenomena yang satu ini juga bisa beragam dan kompleks.

Sebuah akun Facebook bernama Jilboobs Community hadir pada 25 Januari 2014. “Indahnya saling berbagi :) nb: di olah dari berbagai sumber,” demikian deskripsi tentang halaman Facebook tersebut. Hingga dibuka pada Rabu (6/8/2014), Jilboobs Community mendapat 708 likes. Untuk pertama dan terakhir kalinya hingga kini, admin halaman tersebut mengunggah sebanyak 26 foto pada 29 Januari 2014.



Hanya beberapa yang mengenakan baju lengan 3/4 atau bahkan lengan pendek. Yang sama dari gaya busana semua wanita berjilbab di foto-foto itu adalah ukuran pakaian yang ketat sehingga bagian boobs (payudara) wanita-wanita itu terekspos. Dari kata `Jilbab` dan `Boobs` dibuatlah akronim `Jilboobs`.
Foto: Facebook Jilboobs Community

Fesyen Tudung Bersanggul

Posted on September 1, 2010 under Islam by
Oleh: Nik Noor Azman Ghazali
Sanggul yang saya maksudkan adalah seperti dalam gambar disebelah. Memakai tudung yang menampakkn bonggolan dikepala. Jadi, sebab tadi saya dah terbaca berkaitan pemakaian tudung sebegini, jadi semestinya saya share dengan anda semua . Renungkanlah hadith-hadith dibawah:
“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).
Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.




Rasulullah S.A.W bersabda:
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.
Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” – Hadith Riwayat Muslim. Hadith no 212.
Jawapan dari Ustaz Nor Amin
Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.
Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.
Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.
Jika dilihat dari tren orang sekarang ini berfesyen seperti sanggul tinggi dan fesyen tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesyen tersebut. Pendapat saya, jika fesyen tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :
“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).
Sumber: Ustaz Nor Amin Sayani bin Zainal

Jangan buruk sangka jika doa tidak 

makbul

Posted on February 14, 2014 under Islam by

doa muslim
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan sekali-kali ada sesiapa dalam kalangan saudara berdoa begini: Ya Allah, ampunkan saya sekiranya Engkau mahu. Ya Allah, kasihanilah saya sekiranya Engkau mahu. Mintalah bersungguh-sungguh, sebab tiada siapa dapat memaksa Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Makruh berdoa dengan kata-kata seakan-akan memberi pilihan kepada Allah SWT kerana semua yang berlaku atas kehendak Allah SWT dan tiada kuasa lain yang menentukannya. Justeru, sebaiknya, mintalah dengan bersungguh-sungguh.



Allah SWT suka kepada hamba yang sentiasa meminta kepada-Nya dan sebab itu umat Islam digalakkan memperbanyakkan berdoa. Malah, umat Islam diingatkan supaya tidak bersikap sombong kepada Allah SWT kerana hanya kepada-Nya tempat kita bergantung.
Makruh berdoa dengan kata-kata seakan-akan memberi pilihan kepada Allah SWT kerana semua yang berlaku atas kehendak Allah SWT dan tiada kuasa lain yang menentukannya. Justeru, sebaiknya, mintalah dengan bersungguh-sungguh”
Tanpa doa, bagaimana kita dapat berbicara atau meluahkan apa terbuku dalam hati kepada Allah SWT sedangkan hanya Dia yang berkuasa menganugerahkan segala keperluan manusia baik hidayah, rahmat serta rezeki.
Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang dalam kalangan saudara berdoa, mintalah bersungguh-sungguh dan jangan sekali-kali berkata: Ya Allah, Sekiranya Engkau mahu, berikanlah kepadaku. Tiada siapa dapat memaksa Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yakin kepada janji Allah
Namun tidak dinafikan ada kala kita sudah puas meminta, tetapi masih belum dapat apa yang diharapkan itu. Pada situasi begini keyakinan kepada janji Allah SWT perlu kuat kerana jika bukan di dunia, doa itu mungkin menanti di akhirat nanti.
Memang sukar menghadapi saat di mana kita mengharap tetapi harapan tidak tercapai, tetapi jangan sekali-kali itu menyebabkan kita berputus asa. Mungkin apa yang kita sangka baik untuk kita bukan yang terbaik di sisi Allah SWT.
Bagaimanapun, dalam apa yang dilakukan hendaklah bersungguh-sungguh kerana kesungguhan itu membuktikan istiqamah kita dalam melakukan sesuatu. Dalam banyak perkara, kesungguhan berjaya melembutkan hati orang di sekeliling kita, tetapi biarlah kesungguhan dalam perkara baik.

Thursday, 21 August 2014

HEBOH DI ALAM SIBER BETAPA ARTIS RITA RUDAINI ADUANYA NYA MENDAPAT LAYANAN SEPANTAS KILAT DARI TM UNIFI KERANA DIA SEORANG ARTIS YANG AGAK TERKENAL.


Ada kelebihan rupanya jadi artis ni, walaupun bukanya artis power dan terkenal ... keluhan,rungutan, aduan dan masalah cepat mendapat perhatian. Contoh terbaik seperti kes Rita Rudaini yang mana dikatakan memuat naik status menyuarakan yang dia tidak puas hati dengan perkhidmatan TM Unifi.

Rita menyatakan dia tidak berpuas hati apabila wifinya hanya boleh digunakan di tingkat bawah saja. Dia juga menyatakan kekesalan terhadap khidmat yang diberikan oleh TM Unifi.

Tetapi, tak lama lepas tu, Rita memuatnaik status baru, mengatakan isu wifi dirumahnya sudah selesai dan memuji tindakan cepat pihak TM Unifi. Dalam status tu, Rita berkata lepas 10 minit TM terus menelefon Rita berkenaan isu tersebut.

Respon yang cepat itu sememangnya mengejutkan sehingga ada yang memberikan komen mengatakan, walaupun abangnya seorang pangkat pengurusan peringkat tinggi di TM, keluarganya tidak mendapat layanan sebegitu hebat dan cepat.

Apakah TM mengamalkan dua piawaian dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggannya?

Mohon respon segera sebab kini suatu persepsi sudah terbina diminda minda rakyat bahawa sememangnya begitu.

Agaknya kalau Dato' Siti Nurhalizah buat aduan .. entah macam mana pula pantasnya tindakan TM Unifi !!!!

35. LIMA BELAS MAKSIAT YANG

AKAN MENURUNKAN BALA

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
Zakat dijadikan hutang.
Suami memperturutkan kehendak isteri.
Anak derhaka terhadap ibunya,
Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
Para artis-artis disanjung-sanjung.
Muzik banyak dimainkan.
Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain”.
H.R Termizi
Keterangan
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Wanita Yang Menolak Perkahwinan

by admin on April 8, 2013
Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.
Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.
Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.
Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.
Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat. Walaupun demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.


Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.
Ini berdasarkan sabda Rasulullah:
“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”
Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.
Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.
Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.
Sabda Rasulullah saw:
“Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan”. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab baginda, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).”
Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.

Sumber: http://www.darulnuman.com/

Nak Makan Pun Susah: Gadis Menyesal Lari Tinggalkan Keluarga Ikut Teman Lelaki Ke Indonesia



Nak Makan Pun Susah: Gadis Menyesal Lari 

Tinggalkan Keluarga Ikut Teman Lelaki Ke 

Indonesia


Akibat terpesona dengan cinta dari negara seberang, seorang gadis sanggup melarikan diri meninggalkan keluarga untuk ke Indonesia demi menjalani kehidupan bersama dengan seorang lelaki yang dicintainya.


Nak Makan Pun Susah: Gadis Menyesal Lari Tinggalkan Keluarga Ikut Teman Lelaki Ke Indonesia
Nak Makan Pun Susah: Gadis Menyesal Lari Tinggalkan Keluarga Ikut Teman Lelaki Ke Indonesia


Namun, perasaan itu tidak bertahan lama kerana selepas dua bulan melalui kehidupan penuh kesempitan di sana, akhirnya timbul rasa menyesal sehingga memaksa keluarga mencari jalan agar dia segera dapat pulang ke pangkuan keluarga.

Perkara tersebut diceritakan ibu gadis terbabit, Azizah Ahmad, 50, yang terlalu bimbangkan soal nasib serta kehidupan anaknya di sana.

Lebih menyedihkan, dipercayai kerana terlalu memikirkan masalah tersebut, dia kini terpaksa menjalani rawatan di Hospital Melaka akibat serangan jantung.

Menurut Azizah, anaknya, Suliza Kassim, 18, keluar dari rumah sewanya di Solok Pantai Peringgit pada 11 Jun lalu dengan alasan mahu ke Port Dickson bersama kawan-kawan untuk menyertai aktiviti perkelahan.

Menurutnya, pada awalnya dia tidak berasa bimbang kerana anaknya itu sering meminta izinnya keluar bersama kawan-kawan, tetapi selepas menerima panggilan yang menyatakan gadis berada di Jambi, Sumatera bersama teman lelakinya dikenali Laili Iskandar, hatinya mula bimbang.

“Dia ada memberitahu saya mengenai hasratnya mahu berkahwin tidak lama lagi dan mahu meminta restu keluarga. Bagaimanapun saya memintanya untuk pulang ke rumah. Dia berjanji akan balik dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi,” katanya.

Disebabkan bimbangkan keselamatan anaknya itu, Azizah kemudian membuat laporan di Balai Polis Batu Berendam pada keesokan harinya.

Azizah berkata, selepas kejadian itu, dia ada menghubungi Suliza beberapa kali, namun panggilan terakhirnya kelmarin benar-benar membuatkan hatinya terlalu risau.

Ini kerana, katanya, anaknya itu mengadu kehidupannya begitu susah di sana dan meminta keluarganya mengambilnya pulang.

“Menurut anak saya, dia begitu susah untuk mendapatkan makanan di sana. Dia terpaksa makan makanan sama setiap hari, itupun kena bekerja di sawah padi terlebih dahulu sebelum dapat makan.

“Katanya lagi, dia ada menyatakan hasrat untuk pulang ke Melaka pada teman lelakinya namun, memerlukan perbelanjaan sendiri untuk kos tambang sedangkan  anak saya tidak mampu untuk menyediakan semua itu,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Melaka, di sini
semalam.

Azizah berkata, Suliza juga sepatutnya menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada 18 Ogos lalu, namun sehingga kini masih belum mendaftarkan diri.

 “Saya bimbangkan masa depannya sekiranya menolak pergi ke PLKN. Baru-baru ini, saya ada memohon pihak berkenaan supaya menunda tarikh pendaftaran atau menangguhkannya ke sesi lain.

“Saya berharap Suliza dapat segera dibawa pulang ke negara ini, supaya dia dapat menyertai PLKN,” katanya.

Menyorot kembali lelaki bernama Laili Iskandar itu, Azizah berkata, dia mengenali lelaki itu ketika tinggal di Felda Bukit Jalor, Gemencheh kira-kira tiga tahun lalu.

“Ketika itu, Suliza baru tingkatan tiga. Lelaki itu ada datang ke rumah saya dan berkawan dengan anak saya. Saya ingatkan dia sekadar kawan dan tidak sangka pula dia masih berhubung sehingga kini,” katanya yang memberitahu Suliza adalah anak bongsu daripada lima beradik.

Sementara itu, Pengarah Pusat Perkhidmatan BN (Pembela BN) Melaka,  Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya akan segera membantu membawa pulang gadis berkenaan kembali ke pangkuan keluarga dengan meminta kerjasama pemimpin di Jambi.

“Kita juga akan cuba dapatkan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) bagi melancarkan lagi usaha ini demi memastikan gadis ini dapat disatukan dengan keluarganya semula,” katanya.
Sumber : Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan