Rabu, 27 Ogos 2014

ADAKAH PERLETAKAN JAWATAN MB NI SEBENARNYA DAH TERLAMBAT ATAU MEMANG MASA YANG PALING SESUAI



4:00PM - 26 Aug 2014

Kemelut terus jadi kanser & membusuk


Isu menteri besar yang hangat diperkatakan semakin hari semakin menjadi kanser yang membusuk dan kini terpaksa dihidu seluruh rakyat Selangor.

Kami “Demi Mahasiswa Unisel” – sebuah gerakan progresif mahasiswa yang bernaung bawah Universiti Selangor, universiti milik penuh kerajaan negeri, ingin menegaskan sekali lagi bahawa kami menyokong penuh kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Datuk Seri Wan Azizah yang disebut-sebut bakal menggantikan Khalid telah pun mendapat sokongan majoriti ADUN Selangor.

Namun, ia perlu diterjemah dalam bentuk undi tidak percaya dalam sidang DUN untuk membolehkannya diangkat menjadi menteri besar yang baharu.

Pakatan Rakyat membuat keputusan menjadikan Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Justeru, kami mewakili seluruh mahasiswa Universiti Selangor berpendapat, perlu sesuatu untuk membuktikan Wan Azizah paling layak menjadi menteri besar.

Wan Azizah yang kita sedia maklum tiada rekod dalam pentadbiran negeri. Khalid pula telah memberi khidmat terbaik dalam memartabatkan pendidikan tinggi di Universiti Selangor.

Rakyat Selangor majoritinya masih menyokong dan mempercayai kepimpinan Khalid selepas pentadbiran cemerlang dalam penggal pertamanya.

Khalid juga masih mendapat sokongan majoriti rakyat Selangor terutamanya mahasiswa Selangor.

Kajian terbaru terhadap mahasiswa Universiti Selangor memperlihatkan 73 peratus mahasiswa Universiti Selangor menyokong kepimpinan Khalid.

Rakyat Selangor khususnya mahasiswa sudah mula muak dengan langkah politik yang ditarikan oleh pihak tertentu dan ia jelas mengkhianati pandangan rakyat secara menyeluruh.

Terbaru, PAS telah mengeluarkan keputusan untuk menukar Khalid dengan memberi cadangan dua nama, Wan Azizah dan Azmin Ali (ADUN Bukit Antarabangsa).

PAS yang mempunyai majoriti kerusi DUN layak bersuara mencadangkan nama-nama untuk menggantikan Khalid.



ABDUL KAHAR ABDUL MANAF setiausaha media Demi Mahasiswa Unisel. 12:42PM - 26 Aug 2014

DAP S'gor: Apa perlunya Pakatan terus kekal?


DAP Selangor kecewa dengan dolak-dalik PAS dalam krisis politik di negeri itu, dan kini menimbang semula keperluan sama ada Pakatan Rakyat perlu terus kekal.

Soal pokok itu dibincangkan secara ringkas dalam mesyuarat tergempar DAP Selangor pada malam tadi.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

"Apabila PAS enggan memenuhi janji, dan berdegil untuk tidak menyokong presiden anggota gabungan kita sebagai MB baru, mungkin tiba masanya untuk merenung dan berfikir mengenai tujuan berterusan dan kewujudan pakatan ini.”

Bagaimanapun, tiada apa-apa keputusan konklusif dibuat dalam isu tersebut, katanya.

Beliau merujuk kepada mesyuarat PAS semalam, yang memutuskan bahawa parti itu membenarkan sultan memilih calon untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
3:00PM - 26 Aug 2014

Khalid letak jawatan, tiada p'raya negeri


Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memohon meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor.

Menurut kenyataan istana, sultan bagaimanapun menangguh menerima peletakan jawatan itu sehingga penggantinya ditentukan.

Munir berkata, sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon  layak menggantikan Khalid.

Ia, menurut Munir lagi, bagi memudahkan sultan menentukan dan memberi perkenannya.

"Ini sejajar dengan konvensi yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini,” katanya.

Khalid (atas) turut mengumumkan perkara itu di Facebook beliau.

"Saya telah kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Datuk Menteri Besar Selangor dan baginda telah memutuskan untuk menangguh penerimaan peletakan jawatan saya sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai," tulisnya.

Mohon maaf pada istana

Dalam kenyataannya, Khalid juga berkata, beliau menyatakan hasrat meletakkan jawatan memandangkan “dinamik politik di negeri Selangor kian meningkat dan telah menimbulkan keresahan rakyat jelata”

“Saya juga telah memohon maaf kepada DYMM Tuanku atas suasana politik masa kini yang telah menyebabkan pihak istana terheret sama dalam kemelut pentadbiran di negeri ini,” katanya.

Beliau justeru menyerahkan kepada kebijaksanaan sultan untuk mencari penyelesaian terbaik sekaligus mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemerintah, institusi beraja dan pentadbiran awam.

Khalid juga berharap semua pihak terutama ahli politik, media dan pengguna media sosial mengelak membuat kritikan yang menjurus untuk memperkecilkan peranan mana-mana pihak terlibat terutama institusi beraja dan raja-raja Melayu.

“Biarpun kita menghormati prinsip demokrasi yang memberi kebebasan bersuara namun adab, tatatertib dan hak-hak DYMM sultan Selangor bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor perlu dihormati demi kesejahteraan negeri,” katanya.

Khalid sebelum itu tiba di istana Bukit Kayangan di Shah Alam untuk menghadap Sultan Selangor.

Khalid memasuki kawasan istana pada jam 2.20 petang, lima minit selepas kenderaan Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba di istana.

Menteri besar kelihatan tersenyum melalui tingkap keretanya.

Khalid perjelas kenapa akhirnya letak jawatan
SHAH ALAM: Berikut transkrip petikan soal jawab Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama wartawan selepas membaca kenyataan media Istana dan kenyataan medianya hari ini.
Wartawan: Adakan Tuanku menolak calok Pakatan Rakyat, Wan Azizah?
Khalid: Tak tolak, tapi Tuanku minta setiap parti di dalam Pakatan Rakyat, PAS PKR dan DAP kemukakan dua nama untukk calon MB.
Wartawan: Masa yang diberikan untuk kemukakan nama tersebut?
Khalid: Dia (Istana) akan menulis surat selepas kenyataan akhbar ini, Pejabat Sultan akan tulis surat kepada PAS, PKR dan DAP untuk menyatakan permintaan Tuanku Sultan untuk cadangan nama-nama, besar kemungkinan ada tarikh ditetapkan.
Wartawan: Tan Sri tahu apa pandangan untuk menentukan siapa yang lebih layak?
Khalid: Biasanya pada saya istana mempunyai beberapa pandangan mereka yang layak untuk jadi MB.
Wartawan: Ada dibincangkan untuk pembubaran Dun?
Khalid: Tidak perlu buat masa ini, Tuanku memberi ruang kepada parti kemukakan nama calon.
Wartawan: Kemukakan nama calon, adakah ia menunjukkan Tuanku Sultan tidak sokong Azizah?
Khalid: Tidak timbul, hanya kemukakan nama calon tidak lebih dari empat nama.
Wartawan: DAP tidak mempunyai calon Melayu, siapa yang mereka ingin kemukakan?
Khalid: Menamakan Ahli Dewan Negeri, sudah tentu DAP boleh calonkan siapa sahaja dalam Pakatan, dulu saya pun disokong DAP.
Wartawan: Mengenai kedudukan Adun Pelabuhan Klang, adakah selepas peletakan jawatan MB, untuk Adun turut dilepaskan?
Khalid: Saya tidak akan buat keputusan apa-apa sehingga ia dibuat oleh Tuanku, buat masa ini saya teruskan tugas sebagai Adun.
Wartawan: (Tuan Guru Abdul) Hadi mencalonkan Azmin, Tan Sri setuju tak?
Khalid: PAS mempunyai kuasa untuk mencadangkan nama sesiapa saja.
Wartawan: Calon yang layak dikalangan Adun, adakah ia mesti anak Selangor?
Khalid: Terpulang kepada Istana, saya tidak akan mencampuri dan ambil peranan dalam perkara pelantikan Menteri Besar.
Wartawan: Adakah Sultan menasihati untuk ada pembubaran Dun?
Khalid: Tidak, baginda Tuanku hanya meminta nama-nama dari setiap parti, sekurang-kurangnya dua nama.
Wartawan : Tan Sri, mengenai kerajaan negeri diteruskan seperti biasa dengan empat exco.
Khalid: Saya akan meneruskan pentadbiran negeri dengan empat exco sehingga pelantikan Menteri Besar, dan pelantikan exco baru dilakukan.
Wartawan: Apa sebab Tan Sri letak jawatan?
Khalid: Mereka tak mahu saya (sambil ketawa).
Wartawan: Disentuh tak mengenai kriteria MB wanita?
Khalid: Hanya perbincangan, saya beri surat dan Tuanku nasihat sedemikian.
Wartawan: Jika dilantik semula MB, Tan Sri terima tak?
Khalid: Saya tak terima, saya gembira dengan apa yang ada sekarang.
Wartawan: Tan Sri rasa siapa yang lebih sesuai?
Khalid: Saya pun tak pasti siapa, terpulang kepada kebijaksanaan Tuanku untuk menentukannya.
LikeLike · ·

Dalam Umno, duit lebih berkuasa daripada Dr Mahathir


Pemikiran dalam Umno adalah setiap hari berlalu akan mendekatkan mereka kepada kehilangan kuasa, oleh itu, bagi kebanyakan pemimpin parti, apa yang lebih penting adalah jaminan keselamatan ekonomi untuk diri mereka, adik beradik, anak-anak dan lain-lain. – Gambar fail, 25 Ogos, 2014. Pemikiran dalam Umno adalah setiap hari berlalu akan mendekatkan mereka kepada kehilangan kuasa, oleh itu, bagi kebanyakan pemimpin parti, apa yang lebih penting adalah jaminan keselamatan ekonomi untuk diri mereka, adik beradik, anak-anak dan lain-lain. – Gambar fail, 25 Ogos, 2014. Satu hari nanti, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menyingkirkan beberapa timbalan perdana menteri dan perdana menteri akan diingati kerana akhirnya dikalahkan bukan oleh individu, tetapi wang ringgit.
Dr Mahathir tersilap perhitungan apabila menarik kembali sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila percaya ahli Umno masih mempunyai idealisme. Ataupun yang mereka masih bimbang tentang kejatuhan Malaysia.
Sebenarnya mereka sudah tidak peduli. Sudah berdekad lamanya.
Mereka hanya berkiblatkan wang dan kekayaan. Sebab itu pada hari ini, segala masalah atau ketidakpuashatian boleh diselesaikan sama ada dengan kontrak, projek, konsesi atau pemberian tunai.
Atau publisiti baik dan sokongan di kalangan penulis blog boleh diperolehi dengan gaji bulanan lumayan daripada ahli perniagaan yang rapat dengan Putrajaya.
Untuk berlaku adil, Dr Mahathir tidak boleh mengatakan beliau tidak tahu dengan barah yang sudah merosakkan roh Umno ini.
Beliau mengakui serangan penyakit ini bermula ketika masih menjadi perdana menteri dan dasar penswastaan beliau melahirkan budaya cepat kaya.
Namun Dr Mahathir yang menarik kembali sokongan kepada Najib minggu lalu tidak memahami kuasa wang lebih kuat hari ini berbanding pada pertengahan 2006 apabila beliau memulakan serangan terhadap seorang perdana menteri.
Hari ini terdapat pemikiran dalam Umno setiap hari berlalu mendekatkan mereka kepada kehilangan kuasa. Disebabkan itu, bagi kebanyakan pemimpin parti, apa yang lebih penting adalah jaminan keselamatan ekonomi untuk diri mereka, adik beradik, anak-anak dan lain-lain.
Beberapa hari lalu, pegawai kerajaan diarahkan untuk melakukan rundingan terus dengan sebuah syarikat yang mana salah seorang pengarahnya merupakan anak kepada broker kuasa Umno.
Mengapa perlu pemimpin Umno ini menyertai kem Dr Mahathir dan mengkritik Najib? Apa kelebihan yang mereka dapat jika mengkritik status quo?
Dapat diperhatikan hari ini, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Melayu juga tidak bersama Dr Mahathir yang mendakwa polisi Najib menyebabkan ekonomi negara menjadi lebih buruk dan merosakkan perpaduan sosial.
NGO-NGO ini merupakan penerima dana sama ada daripada kerajaan atau ahli perniagaan mesra kerajaan yang tidak berlaku sebelum ini.
Mereka tidak lagi peduli dengan kebimbangan tentang hubungan antara kaum, tabung negara semakin kosong atau Putrajaya tunduk kepada negara asing.
Dr Mahathir juga tidak disokong kali ini kerana dipercayai beliau menarik kembali sokongan kepada Najib kerana permintaan beliau ditolak perdana menteri dalam tiga perkara, meneruskan pembinaan jambatan bengkok ke Singapura, pemberian geran RM1.7 bilion kepada Proton dan menghentikan pemberian wang tunai Bantuan Rakyat1Malaysia (BR1M).
Kali ini Dr Mahathir juga tidak mempunyai orang-orang kuat di sekelilingnya. Dikatakan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin juga tidak begitu sihat.
Disebabkan budaya cepat kaya di kalangan ahli-ahli politik Umno, tidak mengejutkan Putrajaya tidak terganggu dengan penarikan sokongan Dr Mahathir terhadap Najib.
Kem Najib percaya, mereka lebih memahami Umno hari ini berbanding Dr Mahathir. – 25 Ogos, 2014. 
12:16PM - 26 Aug 2014

DAP bincang senario terakhir – pilihan raya

DAP Selangor memutuskan bahawa satu pilihan raya negeri mungkin perlu dijalankan sebagai langkah terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik yang berlarutan di negeri itu.

Sumber parti menyebut, mesyuarat itu dijalankan selepas PAS menyatakan pendirian berbeza mengenai isu tersebut semalam.

Menurut sumber berkenaan, berbagai senario dibincangkan, termasuk kemungkinan berlaku peralihan kuasa yang lancar.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ketika dihubungi pagi ini mengesahkan bahawa kemungkinan menghadapi pilihan raya mengejut itu turut dibincangkan.

“Kami memaklumkan kepada kesemua wakil DAP negeri mengenai perkembangan terbaru ini dan meminta mereka bersedia menghadapi semua kemungkinan pada jam 4 petang ini,” katanya.

Beliau merujuk kepada sidang media Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang dijadualkan pada jam 4 petang ini.

Khalid terdahulu akan bertemu dengan sultan dan dijangka akan mengesyorkan kepada baginda untuk membubarkan DUN.

Tuesday, 26 August 2014

EDISI MACAI UMNO DAH TERLAMPAU TERDESAK SEHINGGA JAJA NAMA TSKI SEBAGAI CALON MB UMNO/BN JIKA MAU TAWAN SELANGOR SEANDAINYA DUN DI BUBARKAN.


Ini sudah jadi suatu penghinaan yang amat sangat kepada UMNO/BN Selangor terutamanya kepada Noh Omar selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Macai UMNO sudah iktiraf bahawa Noh Omar dan keseluruhan para pemimpin UMNO/BN disemua peringkat di Selangor tiada seorang pun yang layak menjawat jawatan MB Selangor sekiranya DUN dibubarkan bagi mengamit sokongan rakyat.

Jadi maka benar lagi tepat apa yang diperkatakan oleh para penganalisa politik tanah air bahawa kemelut politik negeri Selangor, UMNO tidak mampu ambil kesempatan untuk rampas kuasa secara demokrasi melalui pilihanraya sebab tiada mempunyai tokoh yang boleh memberi aura "X" untuk dipersembahkan kepada rakyat.

Pandangan dan ramalan Ketua Wanita KeADILan merangkap Ahli Parlimen Pandan, Zuraida Kamaruddin yang UMNO akan tumbang kecundang tergolek tergelantang terhumban dalam longkang 56-0 jika berlakunya Pilihanraya Negeri Selangor.

Mengikut info yang Omak terima .. TSKI tidak akan bertanding pun jika berlaku PRN .. dari kata-katanya semalam semasa perjumpaan mingguan dengan kakitangan awam Selangor sudah pun memberi gambaran jelas.

Diperturunkan tulisan artikel oleh macai UMNO yang cukup terdesak dan menghina seluruh kepimpinan UMNO/BN Selangor pimpinan Noh Omar.



Tan Sri Khalid Ibrahim bakal menjadi calon Menteri Besar Barisan Nasional jika Dewan Negeri Selangor dibubarkan oleh Tuanku Sultan Selangor.

Sumber dalaman Barisan Nasional memberitahu bahawa pucuk pimpinan parti sedang mempertimbangkan secara serius Khalid sebagai calon Menteri Besar berikutan kajian yang menunjukkan kaum Cina lebih selesa dengan pentadbiran Khalid Ibrahim yang tidak begitu bersifat Melayu dan Islamik.

Khalid setakat ini dilihat positif terhadap cadangan tersebut namun ingin melihat terlebih dahulu sama ada DUN akan dibuabarkan atau tidak.

Di sebalik tindakan-tindakan membakar jambatan dengan PKR, Khalid dilihat masih bermain tarik tali dalam isu ini. Ini menjadikan senario politik Selangor beberapa minggu ini akan berada dalam keadaan sangat tegang dan kontroversi.

Bagaimanapun, sumber dalaman juga menyatakan perbincangan sulit ini membabitkan kepimpinan tertinggi BN Pusat tanpa kehadiran atau pengetahuan BN Selangor.

Pencalonan Khalid sungguh
pun mungkin menjejaskan maruah BN Selangor terutamanya UMNO Selangor, namun ia merupakan jalan terbaik pada masa ini untuk merampas semula Selangor.
12:42PM - 26 Aug 2014

DAP Selangor: Apa perlunya Pakatan terus kekal?


DAP Selangor kecewa dengan dolak-dalik PAS dalam krisis politik di negeri itu, dan kini menimbang semula keperluan sama ada Pakatan Rakyat perlu terus kekal.

Soal pokok itu dibincangkan secara ringkas dalam mesyuarat tergempar DAP Selangor pada malam tadi.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

"Apabila PAS enggan memenuhi janji, dan berdegil untuk tidak menyokong presiden anggota gabungan kita sebagai MB baru, mungkin tiba masanya untuk merenung dan berfikir mengenai tujuan berterusan dan kewujudan pakatan ini.”

Bagaimanapun, tiada apa-apa keputusan konklusif dibuat dalam isu tersebut, katanya.

Beliau merujuk kepada mesyuarat PAS semalam, yang memutuskan bahawa parti itu membenarkan sultan memilih calon untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tuesday, 26 August 2014

EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI ... INILAH WAJAH ADUN NEGERI SEMBILAN YANG DIPERINTAHKAN OLEH MAHKAMAH AGAR BANGLONYA DI SITA SEBAB ENGGAN KELUAR DARI BANGLO TERSEBUT SETELAH DIBELI OLEH SEORANG PESARA.


Individu berkenaan difahamkan ialah ADUN Lenggeng merangkap bekas Ketua UMNO Bahagian Seremban Dato' Ishak Ismail.

Sebelum ini pada 30hb April 2013 Omak pernah dedahkan dalam blog ini bahawa :-

Satu iklan diterbitkan di akhbar arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN pada tahun bulan Disember 2008 yang lalu mengenai PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA, MELAKA KES SAMAN SIVIL NO:- 36-1-2008 PERLAKSANAAN NO:- 38-317-2008 ANTARA DATO' MISRAN BIN SUKADI PLANTIF/PEMUTANG PENGHAKIMAN DAN DATO' ISHAK ISMAIL DEFENDAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN sebuah rumah banglo di Bukit Baru Seksyen 8, Melaka Tengah, Melaka..

Rizab harga lelongan ialah RM600,000.


MELAKA 25 Ogos - Mahkamah Majistret hari ini mengeluarkan perintah bagi menyita barangan bernilai RM24,000 di sebuah banglo dua tingkat yang terletak di Jalan Datuk Palembang di sini milik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), berpangkat Datuk dari Negeri Sembilan.

Perintah tersebut dikeluarkan berikutan ADUN itu didakwa enggan keluar dari banglo tersebut setelah dibeli oleh pesara, Abdul Karim Darif, 62, dengan harga bidaan RM700,000 pada Jun 2010.

Peguam, Zorah Jan Mohd. Newaz yang mewakili Abdul Karim berkata, notis pemberitahuan telah diberikan pada 21 Mei lalu di dua alamat iaitu di banglo itu dan satu lagi di sebuah rumah di Kampung Pantai, Negeri Sembilan.

"Bagaimanapun, dalam tempoh itu tiada maklum balas diberikan oleh pihak defendan (ADUN terbabit) dan disebabkan hal itu plaintif (Abdul Karim) telah membuat permohonan pada 8 Julai lalu untuk mengambil tindakan mahkamah.

"Hasil daripada permohonan tersebut, Mahkamah Majistret kemudian membenarkan untuk pihak kami menyita barang-barang di banglo milik defendan," kata beliau.

Menurut Zorah Jan, barangan yang disita sehingga kini masih belum dibawa keluar dari banglo itu untuk memberi peluang kepada ADUN terbabit dengan syarat defendan sendiri perlu membuat tuntutan kepada pihak mahkamah dalam tempoh 10 hari iaitu sehingga 5 September ini.

Zorah Jan berkata, banglo yang sebelum ini merupakan milik ADUN tersebut telah dilelong oleh pihak bank pada 2010 dan telah dibeli pesara kerajaan itu.

Dalam pada itu, Abdul Karim berkata, sejak membeli banglo itu dia telah membayar ansuran bulanan sebanyak RM3,200 kepada pihak bank bermula 2010 hingga kini.

"Bagaimanapun, dalam tempoh tersebut, iaitu sudah empat tahun ADUN itu tidak mahu keluar dari banglo tersebut," katanya.

26 August 2014

Azmin calon yang bertepatan

Dari awal lagi Azmin patut jadi MB.
Tuanku Sultan Selangor telah bertindak menolak dua permohonan dari dua pemimpin hari ini. Pertamanya, Baginda telah menolak perletakan jawatan Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan menitahkan Abdul Khalid terus memegang jawatan Menteri Besar itu sehingga nama yang sesuai untuk menggantikan beliau ditemui dan dipersembahkan untuk perkenan Baginda. Baginda telah meminta lebih dari dua nama dari Pakatan Rakyat setelah menolak Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru.
Tuanku juga telah menolak Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar gantian dan itu telah ditelah oleh banyak pihak kerana ketidak sesuaian Presiden PKR itu menjadi Menteri Besar Selangor yang baru. PKR sememangnya dalam keadaan yang amat rumit kerana ‘Kajang Move’ tidak menghasilkan apa-apa selain daripada perpecahan PKR dan Pakatan Rakyat.
'Kajang move' dahulu telah dilakukan oleh PKR tanpa merujuk kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat dan tindakan sendirian PKR itu menghasilkan apa yang terhasil yang kita saksikan hari ini.
Apa pun PAS tetap bersetuju bahawa kerusi Menteri Besar itu wajar disandang oleh PKR, tetapi mengemukakan Wan Azizah sebagai calon gantian kepada Khalid untuk memuktamadkan ‘Kajang Move’ itu tidak kesampaian. Saya telah dihubungi oleh ramai rakan dan kesemuanya tidak merasakan kehilangan tanpa Wan Azizah, malahan ramai antara mereka sedang mendoakan agar ADUN Bukit Antarabangsa itu menjawat jawatan penting tersebut.
Azmin sememangnya pemimpin PKR yang menghidupkan parti itu dari awal dan tidak ada sebab nama beliau tidak dicalonkan untuk jawatan itu. Justeru tindakan PAS mencalonkan Azmin dari awal itu merupakan tindakan yang agak secocok dengan cita rasa ramai rakyat Selangor. Sebagai Pengerusi PKR Selangor adalah tidak adil jika beliau tidak mengetuai kerajaan Selangor jika benar-benar Khalid tidak lagi menjawat jawatan itu.
Sikap Anwar mengambil segala-galanya ‘for granted’ terbukti satu ‘misadventure’ politik yang paling besar sekali dan sikap ‘domineering’ beliau itu secara beransur-ansur akan membuatkan sokongan ramai terhadap Anwar akan merudum bukan sahaja dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat, malahan dari ahli-ahli partinya sedang berpecah itu.
Orang yang sepatutnya belajar untuk berlapang dada ialah Anwar Ibrahim dan beliau wajar mengakui hakikat yang tidak semua kehendak kita akan terkabul. Dalam isu ini PAS walaupun menjadi sasaran parti-parti yang menganggotai Pakatan Rakyat itu beberapa ketika, telah melakukan tindakan yang betul dan ini tentulah tidak digemari oleh PKR.
Sekarang Tuanku Sultan telah meminta nama-nama lain selain daripada Wan Azizah maka adalah tanggungjawab parti itu untuk mengemukakan nama-nama tersebut secepat mungkin jika parti itu mahukan penyelesaian yang cepat.
Kadangkala kemahuan peribadi tidak akan termakbul jika tujuan dan niatnya tersasar dari kepentingan dan kehendak ramai.
Hanya setakat itu ulasan ringkas dari blog ini buat sementara. Sebelum itu, wajar kita ingat ‘yang menjolok buah itu selalunya tidak akan dapat menyambut buah yang jatuh itu’. Oleh itu PKR Selangor wajar membuat keputusan dan sebagai menghormati pimpinan pusat parti itu elok diberitahu kepada pucuk pimpinan parti itu keputusan untuk mencalonkan nama yang saya sebutkan tadi.
PAS sememangnya sudah tersedia untuk menyokong Azmin dan DAP pula harus ingat bahawa Sultan mempunyai peranan besar dalam keadaan krisis yang mendalam di Selangor sekarang ini.
Lagi cepat memenuhi titah Tuanku itu, lebih cepat masalah selesai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan