Selasa, 22 Julai 2014

YANG BEREBUT SATU JAWATAN DUA ORANG...JIKA BEGINI DUA2 MENCOPONG/TAK DAPAT...NAK BISING2 APA LAGI...KAN ELOK BERSATU...NAK MENANG MUDAH DARI MENJAGA KEMENANGAN

1:24AM - 22 Jul 2014

Kotak hitam akan diserah pada M'sia pada jam 3


Dua kotak hitam daripada pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine akan diserahkan kepada Malaysia pada jam 9 malam waktu tempatan (3 pagi) ini melalui pasukan Malaysia di Donetsk.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman khas di kediaman rasminya di Seri Perdana sebentar tadi.

Najib berkata, perkara itu antara yang dipersetujui dengan pasukan pemisah hasil perbincangannya dengan pemimpin mereka Alexander Borodai pada Selasa.

Dua persetujuan lain yang dicapai:

(1) Seramai 282 mayat yang berada di Torez akan dibawa dengan kereta api ke Kharkiv untuk diserahkan kepada wakil Belanda.

Kereta api itu akan bergerak hari ini (waktu Ukraine) dengan diiringi enam anggota pasukan mencari Malaysia.

Mereka akan diterbangkan ke Amsterdam dengan pesawat Belanda Dutch C130 Hercules, bersama pasukan Malaysia untuk tujuan forensik.

Baki rakyat Malaysia akan diterbangkan pulang ke negara ini.

(2) Penyiasat bebas antarabangsa akan dijamin keselmatan di tapak nahas untuk memukakan siasatan menyeluruh terhadap insiden itu.

“Saya harus tegaskan walaupun persetujuan telah dicapai, beberapa lagi langkah perlu diambil sebelum ia selesai.

“Masih ada kerja untuk dilakukan yang bergantung kepada komunikasi dengan niat baik. Barodai dan penyokongnya setakat ini memberikan kerjasama,” katanya.

Terbongkar! Inilah Sebab Sebenar Kenapa MH17 Melalui Ruang Udara Ukraine

Tragedi Malaysia Airlines MH17 telah menarik perhatian dan simpati pelbagai pihak dari serata dunia, menyebabkan ramai tertanya mengapa kemalangan yang begitu dahsyat boleh berlaku.

Saat jari menuding dan pemimpin dunia mencari pihak untuk disalahkan, ramai jua yang tertanya-tanya mengapa penerbangan dari Amsterdam ke Malaysia melalui ruang udara Ukraine.



Untuk memulakan penerangan ini, mungkin anda perlu memahami konsep geografikal, iaitu di mana tiga titik penting berada. Terdapat tiga titik dalam peta ini iaitu lokasi Amsterdam, tapak kapal terbang terhempas iaitu Ukraine, dan destinasi akhir pesawat iaitu di Kuala Lumpur.

Seperti yang boleh anda lihat, tiga titik ini membentuk garisan yang hampir sempurna lurus.



Seperti yang diberitahu oleh stesen televisyen Jepun, NHK, ini bukannya satu kebetulan. Jika anda menghabiskan banyak masa berjalan atas tanah, anda mungkin tidak akan fikir tentang jalan terus secara langsung untuk ke destinasi anda, kerana anda dihalang oleh pagar, bangunan dan sebagainya. Bagaimanapun, apabila merancang laluan pesawat, syarikat penerbangan biasanya memilih laluan dengan jarak paling singkat, kerana jet tidak ada masalah untuk terbang menembusi awan kumulus nimbus.





Kobayashi turut menambah bahawa, melalui gambaran video kawasan pesawat itu terhempas yang telah ditonton olehnya, penerangan yang paling sesuai tentang serpihan yang melayang dan jatuh bertebaran dalam jarak yang luas ialah disebabkan letupan di udara.

Dia bersetuju bahawa pesawat itu telah ditembak dan kejadian itu akan membawa impak yang besar kepada banyak syarikat penerbangan yang menggunakan laluan di kawasan tersebut.

------------

Pihak kami sengaja menggunakan headline sebegini bagi menarik pembaca membaca penjelasan ilmiah ini. Sesungguhnya para peminat teori konspirasi dan keyboard warior yang gemar menyalahkan kerajaan dan MH17 meminati headline sebegini.

Jika anda sayang akan Malaysia dan MAS, mohon tolong kami sebarkan artikel ini. Jadikan artikel ini viral. Tragedi MH17 bukan salah kerajaan, bukan salah MAS. Ini ialah salah penjenayah yang tidak berhati perut! SEBARKAN.


Skandal Bank Rakyat: Jawapan kepada Hasan Malek


Saya telah membaca sepenuhnya penjelasan YB Dato Sri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bertarikh 16/7/2014 berkaitan isu penyelesaian pinjaman Bank Rakyat kepada peniaga karpet Deepak Jaikishan (meskipun YB Menteri tidak langsung menyebut nama Deepak di dalam penjelasan tersebut). Saya percaya penjelasan YB Menteri tersebut adalah merujuk kepada kenyataan-kenyataan terkini yang dibuat oleh saya dan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli berkaitan dengan isu tersebut.

Setelah meneliti penjelasan YB Menteri tersebut, saya amat kecewa kerana penjelasan yang diberikan adalah suatu penjelasan bersifat umum yang hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Bahkan di dalam penjelasan tersebut seolah-oleh menunjukkan YB Menteri ingin meletakkan beban di pihak pengurusan Bank di mana kononnya terma-terma penyelesaian dengan Deepak adalah dibuat berdasarkan cadangan pengurusan Bank Rakyat dan bukannya atas arahan YB Menteri.

YB Menteri sesungguhnya tidak boleh berdalih dan menafikan fakta bahawa YB Menteri sendiri yang mengeluarkan surat 'arahan' kepada Bank Rakyat bertarikh 30 Januari 2014 supaya tindakan undang-undang ke atas syarikat milik Deepak Carpet Tile Sdn. Bhd. ditangguhkan dan baki tertunggak sebanyak RM32 juta diselesaikan melalui bayaran bulanan selama 10 tahun melalui 120 keping cek yang setiap satunya bernilai RM270,000.00.

Bahkan saya ingin mendedahkan di sini, bahawa sebaik menerima surat dari YB Menteri bertarikh 30 Januari 2014 tersebut, pihak Lembaga Pengarah Bank Rakyat (yang ketika itu dipengerusikan Tan Sri Sabbaruddin Chik) di dalam satu mesyuarat pada 27 Februari 2014 telah MENOLAK 'arahan' YB Menteri di dalam surat bertarikh 30 Januari tersebut. Lembaga Pengarah Bank Rakyat sebaliknya telah meletakkan syarat supaya Carpet Tile Sdn. Bhd. menjelaskan terlebih dahulu bayaran sebanyak RM5 juta sebagai menunjukkan komitmen di pihak Carpet Tile untuk mematuhi perjanjian dengan Bank Rakyat. Lembaga Pengarah Bank Rakyat di dalam mesyuarat yang sama juga memutuskan bahawa hanya selepas Carpet Tile membayar RM 5 juta tersebut, barulah Bank Rakyat akan mempertimbangkan sebarang cadangan dari Carpet Tile berkaitan penstrukturan pembayaran balik baki tertunggak bagi pinjaman tersebut. Hasil dari keputusan ini, Bank Rakyat telah menghantar surat makluman kepada Carpet Tile pada 28 Februari 2014 di mana Carpet Tile diberi masa seminggu untuk menjelaskan RM5 juta ringgit tersebut dan mengemukakan cadangan pembayaran yang berikutnya.

Namun apa yang mengejutkan, YB Menteri, yang dipercayai telah mengetahui kandungan surat Bank Rakyat kepada Carpet Tile bertarikh 28 Februari 2014, telah sekali lagi menghantar surat kepada Bank Rakyat pada 5 Mac 2014 yang mana YB Menteri telah mengarahkan supaya Bank Rakyat menangguhkan perlaksanaan syarat-syarat yang dikenakan Bank Rakyat kepada Carpet Tile sebagaimana surat Bank Rakyat bertarikh 28 Februari 2014. Lanjutan dari surat kedua YB Menteri inilah yang membuatkan Lembaga Pengarah Bank Rakyat di dalam mesyuarat pada 1 April 2014 akhirnya terpaksa bersetuju supaya Carpet Tile dibenarkan menjelaskan baki pinjaman sebanyak RM 32 juta selama 10 tahun tanpa dikenakan sebarang denda lewat (ta'widh).

Apa yang ingin saya tegaskan di sini, berdasarkan fakta-fakta yang saya nyatakan di atas, penjelasan bertulis yang diberikan YB Menteri sebenarnya telah gagal menyembunyikan hakikat bahawa YB Menteri telah memainkan peranan yang begitu aktif di dalam 'menyelamatkan' Carpet Tile dan Deepak Jaikishan dari diambil tindakan undang-undang oleh Bank Rakyat. Bahkan penjelasan tersebut sebenarnya membangkitkan lebih banyak persoalan. YB Menteri tidak boleh lagi berdusta dengan memberi alasan layanan istimewa yang diberikan kepada Deepak dan Carpet Tile ini adalah atas keputusan yang dibuat oleh pengurusan dan Lembaga Pengarah Bank Rakyat. Sekiranya YB Menteri merasa berada di pihak yang benar, saya mencabar YB Menteri supaya menafikan fakta-fakta yang saya nyatakan di Perenggan 4 dan 5 di atas.

Bagi melindungi segala perbuatannya, YB Menteri seterusnya mendakwa bahawa selaku menteri yang menjaga hal ehwal Bank Rakyat, beliau berkuasa untuk membuat sebarang keputusan berkaitan perjalanan Bank Rakyat sebagaimana kuasa yang diberikan oleh Seksyen 16 Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Peruntukan Khas) 1978. Saya akui kewujudan peruntukan Seksyen 16 tersebut. Namun YB Menteri hendaklah membaca sehingga habis Seksyen 16 tersebut. Seksyen 16 sebenarnya tidak memberi kuasa mutlak kepada YB Menteri untuk membuat sebarang keputusan atau arahan yang sewenang-wenangnya di dalam hal ehwal Bank Rakyat. Jelas dinyatakan di dalam Seksyen 16 tersebut bahawa sebarang arahan menteri hendaklah ianya suatu arahan bagi melindungi kepentingan ahli atau pendeposit Bank Rakyat. Soalan saya, dengan memberi keistimewaan kepada Deepak dan Carpet Tile untuk membayar baki pinjaman selama 10 tahun tanpa dikenakan sebarang bayaran denda lewat, bagaimana ianya dikatakan boleh melindungi kepentingan ahli dan pendeposit Bank Rakyat yang lain? YB Menteri sesungguhnya bertangungjawab untuk menjelaskan perkara ini dengan jujur dan telus.

Saya juga menyeru supaya Bank Negara, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia supaya tidak tunduk kepada tekanan dan menyiasat perkara ini dengan penuh ketelusan.

*Penulis adalah Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Ketua Whip Ahli Parlimen PAS dan Ketua Penerangan PAS Pusat.


(Gambar) Inikah Wajah Perempuan Islam Berusia 700 Tahun?



Ingin tahu bagaimana wajah perempuan Cina yang berumur 700 tahun? Cuba tengok gambar ini. Penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terjumpa ketika pekerja sedang membina jalan di China bahagian Timur . Yang luar biasa adalah keadaan tubuh si mumia yang masih sangat baik dan utuh. Dikatakan ia milik perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu.
Arkeologi Cina terkejut bagaimana eloknya keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah si perempuan. Seakan-akan perempuan ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat.

Mumia ditemukan di dalam keranda kayu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah. Apa yang ia pakai dan bagaimana kondisi dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu Cina. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, boleh disebutkan mumia ini sangat lengkap dan baik.
Adakah ia seorang Islam? Kerana Dinasti Ming dikatakan sebuah kerajaan Islam? Adalah dipercayai bahawa Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming itu ialah seorang Islam. Baginda menggunakan gelaran Maharaja Hung Wu, seorang Islam dari keturunan Semu (semitik) yang telah datang ke China dalam zaman Yuan.






Permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di An Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah masjid jami’. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh yang bermaksud ‘Pencerahan Murni’. Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah sajak untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu.
Ibrahim Tien Ying Ma, bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai Republik China sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949, telah menyatakan bahawa Dinasti Ming itu memang sebuah kerajaan Islam. Beliau menjelaskan bahawa ‘Ming’ bermaksud ‘gilang-gemilang atau terang-benderang’.
Perkara ini mengingatkan kita kepada tindakan Rasulullah Saw ketika mula-mula sampai ke Yathrib pada tahun 622M. Baginda telah menukarkan nama kota itu kepada Madinah al-Munawarah atau ‘Kota yang gilang-gemilang dan bercahaya’.
Dinasti inilah masyhur dengan Laksamana muslim bernama Cheng Ho dan mengadakan perhubungan dengan kerajaan Melaka. Jadi adakah Mumia itu seorang perempuan muslim? Begitukah rupa dan pakaian mereka 700 tahun lampau. Sama usia ketika kedatangan Islam ke Terengganu yang tercatat di Batu Bersurat yang dikatakan datang dari Yunnan, China. SUMBER

Bolehkah mengagih sendiri zakat?



Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
Soalan: Adakah harus pemilik harta zakat mengagih sendiri zakatnya?

Jawapan;

Menentukan ke pihak mana hendak disalurkan zakat adalah menjadi hak pemilik harta yang wajib atasnya zakat menurut pendapat jumhur ulama’. Ulama-ulama’ mazhab Hanbali mengharuskan kesemua jenis zakat untuk diagihkan sendiri oleh pemilik harta. Berkata Imam Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni; “Digalakkan bagi seorang itu menangani sendiri pembahagian zakat hartanya supaya ia sendiri dapat memastikan dengan yakin bahawa zakatnya sampai kepada orang-orang yang berhak, sama ada zakatnya itu dari harta zahir (yakni pertanian, ternakan..) atau harta batin (yakni mata-wang, perniagaan dan zakat fitrah)”. (al-Mughni, Ibnu Qudamah, jil. 4, hlm. 69)

Ulama’-ulama’ mazhab Syafi’ie dan Hanafi juga berpandangan demikian, cuma mereka mengkhususkannya bagi zakat mata-wang, perniagaan, rikaz dan zakat fitrah sahaja iaitu harta-harta yang diistilahkan sebagai al-Amwal al-Bathinah. Adapun zakat bagi pertanian, galian dan penternakan yang diistilahkan sebagai al-Amwal az-Dzahirah, maka mesti diserahkan kepada pemerintah Islam untuk mengagihkannya. Dari Imam Syafi’ie terdapat dua pandangan dalam masalah ini. Menurut pendapat lamanya (qaul qadim), zakat al-Amwal az-Dzahirah wajib diberikan kepada pemerintah jika ia adil. Namun dalam pendapat barunya (qaul jadid), Imam Syafi’ie mengharuskan untuk diagihkan sendiri oleh pemilik harta. (al-Muhazzab, Imam asy-Syirazi, jil. 2, hlm. 552-554, al-Majmu’, Imam an-Nawawi, jil. 6, hlm. 107, al-Bada’I, Imam al-Kasani, jil. 2, hlm. 35).

Ulama’-ulama’ mazhab Maliki mewajibkan keseluruhan zakat diserahkan kepada pemerintah. Hak untuk memungut dan mengagihkan harta zakat adalah bagi pemerintah. Ini jika sekiranya pemerintah itu adil dan diyakini akan mengagihkannya kepada yang berhak, yakni tidak menyelewengkan harta zakat. Berkata Imam al-Qurthubi; “Jika sekiranya Imam atau pemerintah berlaku adil (yakni tidak menyeleweng) dalam pungutan dan pengag
ihan zakat, maka tidak harus bagi pemilik harta untuk menangani sendiri pengagihan zakatnya sama ada bagi zakat mata-wang atau zakat harta-harta yang lainnya”. (Fiqhu az-Zakah, jil. 2, hlm. 807)

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh Zakatnya dengan terang menegaskan bahawa kerajaan yang berhak memungut zakat atau umat Islam wajib memberikan zakat mereka kepadanya ialah Kerajaan Islam iaitu kerajaan yang beriltizam dengan Islam sebagai asas pemerintahannya, sebagai perlembagaan Negara dan sebagai manhaj bagi segenap urusan negara merangkumi pendidikan dan kebudayaan, social, ekonomi dan politiknya…. Beliau menegaskan lagi; adapun kerajaan yang menolak Islam sebagai asas Negara dan sebagai perlembagaan bagi pemerintahannya dan berhukum dengan hokum-hakam yang lain dari yang diturunkan Allah yang dibawa masuk dari ideology-ideologi (asing sama ada dari) timur atau barat, maka kerajaan sebegini tidak harus baginya mengambil zakat….(Fiqhu az- Zakah, jil. 2, hlm. 824)

Wallahu A’lam.

Rujukan;

1. Fiqhu az-Zakah (فقه الزكاة), Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, cet. Maktabah Wahbah/Kaherah, Mesir (1994).
2. Al-Muhazzab (المهذب), Imam asy-Syirazi, cet. Dar al-Qalam/Damsyik, Syria (1992).
4. Al-Mughni (المغني), Imam Ibnu Qudamah, cet. Dar al-Hadith/Kaherah, Mesir (1995).
5. Al-Majmu’ (المجموع), Imam an-Nawawi, cet. Matba’ah al-Madani/Kaherah, Mesir (1973).
6. Bada’I as-Shana’I (بدائع الصنائع), Imam al-Kasani, cet. Maktabah al-‘Ilmiyyah/Beirut, Lubnan (tanpa tahun).







Monday, July 21, 2014


Gara-gara sibuk berpolitik, sokongan terhadap Pakatan di Selangor jatuh ke 35%...


Sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) di Selangor merudum 35% dari setahun lalu ketika ia menewaskan Barisan Nasional untuk memegang tampuk kuasa di negeri paling kaya dalam negara, menurut satu kajian terkini.

Namun tidak semua pengundi yang tidak senang dengan pertelingkahan dalaman PR itu kembali kepada BN kerana parti pemerintah kerajaan persekutuan itu hanya mendapat kenaikan 10% saja, apabila sokongan kepadanya naik daripada 15% ke 25% manakala 5% lagi menyertai kumpulan yang tidak pasti.

Kajian yang dijalankan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) itu juga menunjukkan peratusan mereka yang tidak pasti dengan kedua-dua gabungan dan enggan menjawab soalan dalam kaji selidik itu kini membentuk 40%.

UMcedel membuat perbandingan sokongan itu dengan pada 2012 apabila sokongan kepada Pakatan ialah 50% manakala BN 15%.

Pembentangan khas mengenai hasil kajian itu dikendalikan bekas Pengarah UMcedel Profesor Datuk Dr Redzuan Othman.

Kajian yang dilakukan pada 10 hingga 19 Mei baru-baru ini dijalankan untuk sekumpulan pengkaji politik termasuk The Malaysian Insider.

"Kami dapati mereka yang tidak lagi menyokong PR ini banyak beralih kepada golongan 'tidak pasti' yang kini membentuk 40% (termasuk 15% yang tidak mahu menjawab), selain pergi kepada BN," kata Redzuan. 

Kali terakhir UMcedel menjalankan kajian yang sama di Selangor ialah pada September 2012.

Bagaimanapun, Redzuan tidak mendedahkan kenapa sokongan kepada pakatan pembangkang itu berkurangan.

Pergolakan kini berlaku di negeri itu susulan usaha sesetengah pihak dalam PR yang mahu menukar menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ini merupakan kajian terkini UMcedel yang juga sedang menempuh zaman bergolak selepas Redzuan ditamatkan perkhidmatannya 31 Mac lalu sedangkan tempoh lantikan beliau sepatutnya tamat 31 Disember ini.

Pengarah UMcedel yang baru Dr Amir Saifudee Ghazali turut hadir dalam pembentangan yang diadakan di pejabat UMcedel tersebut.

Kajian setahun selepas PRU13 itu dibuat UMcedel untuk pelbagai perkara namun hanya kajian untuk Selangor dikeluarkan terlebih dulu untuk siaran kerana ia dianggap paling relevan dengan apa yang berlaku di negeri itu sekarang.

UMcedel berkata, sokongan untuk PR di Selangor naik secara jelas sejak kajian pertama yang dibuatnya bermula Oktober 2011 lalu.

Ketika itu, sokongan kepada PR hanya 21% manakala BN 33%. Namun sokongan kepada PR meningkat sejak itu kepada 38% berdasarkan kajian yang dibuat pada Mac 2012.

Sokongan kepada PR memuncak pada September 2012, iaitu kepada kadar 50% berbanding BN hanya 15% pada ketika itu.

Ia menghasilkan kemenangan besar PR di Selangor dan Khalid dilantik menjadi menteri besar untuk penggal kedua selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Dalam pilihan raya itu, PAS berjaya mendapat 15 kerusi Dewan Undangan Negeri, DAP 15 dan PKR 14, manakala BN hanya 12 lapor The Malaysian Insider 

awalnya anwar dicadangkan jadi mb selangor
dengan cepat kes di alih tarikh
dengan cepat anwar dijatuhkan hukum
sekarang wan azizah dicadang jadi mb selangor
semua musuh gelabah
sampai turun darah bulan dah monopaus pun masuk kira

ini bermakna memilih wan azizah
adalah tepat betul dan lengkap ..
selangor akn lebih maju lagi dibawah wan azizah/dato sri anwar ibrahim mb selangor..
peguam umno yang dapat proiek lebuh raya kidex tu harapan musnah nak konsessi 45 tahun tol..sah wan azizah dan anwar tidak setuju..kerana kroni besar umno monopoli projek mega...bijak pakatan rakyat mb selangor dato sri anwar /azizah...

Tuesday, 22 July 2014


TAKUT SEMANGAT RAKYATNYA JATUH MERUDUM, ISRAEL LARANG WARTAWANYA MELAPURKAN JUMLAH KORBAN DAN KECEDERAAN TENTERANYA DALAM PEPERANGAN GAZA.



"Yoel Markus", wartawan zionis yang bekerja dengan harian "Israel" Haaretz menyatakan, "tentera zionis melaksanakan pengawasan ketat terhadap kami, untuk tidak menyiarkan jumlah korban tewas di kalangan tentera Israel di Gaza," Sabtu (19/7/2014).
Markus menyatakan dalam Harian Haaretz bahawa, jumlah korban tewas dari kalangan tentera zionis di Gaza, akan mencetuskan revolusi besar di entiti zionis.

"Jika kami dibenarkan melapor korban tewas, akan berlaku revolusi di 'Israel'," tambahnya.

Beberapa hari lalu tentera Israel telah mengumumkan mula melakukan serangan darat terbatas, untuk mencari pelbagai terowong dari Gaza ke sempadan, pasca 11 hari pencerobohan.

Menurut pengakuan zionis, 8 soldadu zionis tewas dan puluhan lain cedera dalam pertembungan dengan perwira Palestin.

Saat ini tentera zionis hanya baru boleh bergerak beberapa puluh meter -Jauh dari target operasi idealnya- dan hanya boleh menghancurkan wilayah jangkauan dekat saja, seperti Syajiah.

Brigade Izzudiin Al-Qassam telah mengumumkan pihaknya berjaya membunuh puluhan tentera zionis dalam rangkaian operasi balasan di Gaza, termasuk menyusup ke garis batas musuh dan menyerang pasukan khusus dalam perangkap yang disiapkan perlawanan. Hal tersebut memukul mental banyak tentera "Israel". Insya Allah.

Malam 24 Ramadhan. Alhamdulillah. Tazkirah lepas terawih di masjid kampung aku tadi menyebut 4 perkara yang menyebabkan kita sempit dada atau berkeluh-kesah.
1. Bila kita tak suka dengan qada' dan qadar Allah.
2. Bila kita terus-terusan buat maksiat tanpa bertaubat
3. Bila kita menyimpan perasaan hasad dengki dengan orang lain dan
4. Bila kita berpaling jauh dari Allah

LikeLike · ·






Terkini |
Dolev Kidar adalah tentera berpangkat Kolonel yang berjaya dibunuh oleh Briged Al-Qassam hari ini, iaitu tentera berpangkat yang tertinggi yang berjaya dibunuh Al-Qassam semenjak tahun 2011.
Sumber :
PalestinNow

Tiada ulasan:

Catat Ulasan