Ahad, 20 Julai 2014

TENGOK VIDEO ....NGERI TAK 'Buk-M2 SAM In Action '

ARKIB : 19/07/2014

MH17: Mayat mangsa semakin mereput

KIEV 19 Julai - Jurucakap Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE), Michael Bociurkiw berkata, mayat mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di lokasi kemalangan mulai mereput.
"Situasi ini mengerikan dan mengganggu minda selepas kemalangan yang berlaku memasuki hari kedua sekarang.
"Ini dilihat sebagai lokasi jenayah paling besar di dunia sekarang," kata Bociurkiw yang dipetik laman web, news.com.au hari ini.
Tambah beliau, kumpulan pemisah pro-Rusia yang ditemui turut bersikap agresif dan mungkin di bawah pengaruh alkohol atau dadah. - UTUSAN ONLINE

 

MH17: Puak pemisah ambil 196 mayat yang ditemui - Ukraine

Cetak
HRABOVE, Ukraine: Seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan Ukraine berkata puak pemisah mengambil semua 196 mayat yang ditemui petugas di tapak pesawat MH17 Malaysia Airlines terhempas.

Wartawan Associated Press (AP) melihat puak pemisah mengangkat mayat yang diletakkan dalam beg itu ke atas trak dan membawa pergi.
Hari ini, wartawan AP tidak lagi dapat melihat sebarang mayat di lokasi pesawat terhempas.

Jurucakap Ukraine, Nataliya Bystro, berkata pertugas kecemasan bekerja dalam keadaan tertekan dan terpaksa memberikan mayat berkenaan kepada puak pemisah yang bersenjata.

Katanya, kerajaan tidak tahu ke mana mayat berkenaan dibawa. - AP

Senjata paling kejam milik Israel dan Amerika

http://detikislam.blogspot.com | .
 The White Phosphorussenjata
 Fosforus putih bukanlah senjata baru, malah ia sudah digunakan sejak Perang Dunia lagi.
Bagaimana ia berfungsi?
Ia akan bereaksi (chemical reaction) dengan oksigen, dan akan terbakar apabila dengan sendirinya di udara

senjata
 


senjata
 

Maka apabila terkena manusia, mangsa seolah-olah dipanggang terus hingga ke tulang. Gas yang dilepaskannya juga beracun. Apabila bom tersebut dilepaskan, ia akan menghasilkan debu-debu putih yang berterbangan (jangan keliru antara asap dengan debu). Apabila kulit anda terkena debu putih tersebut, kulit anda akan melecur secara tiba-tiba. Fosforus putih mampu membakar kulit dan daging anda terus sehingga menampakkan tulang.
Depleted Uranium
Ini juga bukanlah senjata baru. Ia telah digunakan oleh Amerika puluhan tahun dahulu.Sebenarnya Depleted Uranium bukanlah sebuah bom atau peluru, sebaliknya ia adalah logam yang di”attach” sekali dengan mana-mana peluru dan bom yang sedia ada. Kesannya, peluru tersebut mampu menembusi besi-besi yang keras dan tembok-tembok yang kebal.

senjata
senjata Depleted Uranium diletakkan dimuncung sebuah mortar

Namun, Uranium yang digunakan itu tidak berhenti di situ sahaja. Ia mampu meninggalkan sisa berradioaktif yang mampu merosakkan tubuh manusia, sama ada mati atau cacat. Malah kesannya lebih teruk kepada janin yang masih berada di dalam perut ibunya (proses perkembangan janin terganggu akibat sinaran radioaktif menyebabkan bayi akan lahir dalam keadaan yang sangat teruk).Kesannya terhadap manusia boleh dilihat apabila kebanyakan bayi yang lahir di Iraq selepas pencerobohan Amerika lahir dengan kecacatan yang begitu teruk sekali. Kadar kecacatan adalah begitu tinggi.
Gambar-gambar di bawah adalah kesan apabila sel badan manusia berubah apabila terkena pancaran radioaktif daripada Uranium.

Inilah yang dilakukan oleh para pengganas dunia yang sebenar. Mereka menguji senjata-senjata mereka ke atas kaum muslimin yang mereka jajah. Bayangkan bagaimana senjata itu terkena ayah anda? atau ibu anda? atau anda sendiri?Bagaimana jika fosforus putih terkena kulit anda dan membakar daging anda terus ke tulang hidup-hidup?
Atau bagaimana jika adik atau anak anda lahir dalam keadaan cacat yang terlampau teruk?
sabda Nabi SAW yang bermaksudbarangsiapa yang tidak mengambil berat permasalahan orang Islam yang lain, maka dia bukan dari kalangan mereka. 
* Sumber dari akuislam.com

3:14PM - 20 Jul 2014

Polis siasat 'makcik' berbaju al-Quran


Polis sedang menyiasat kes wanita yang dikatakan memakai baju memaparkan ayat suci al-Quran yang tersebar di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya menyatakan wanita tersebut didapati warganegara Korea yang baru tiba di Malaysia dan dipercayai membeli baju tersebut ketika melancong di negara India.

Media sosial seperti Facebook dan Twitter heboh menyebarkan gambar seorang wanita memakai baju kaftan berwarna biru dengan tulisan hitam di sebuah pasar raya di Ampang.

Seorang lelaki berjubah turut dilihat menegur dan memarahi perempuan itu.

Beberapa pengguna turut menyifatkan wanita berkenaan berbangsa Cina dan tindakan beliau itu seolah mempersendakan umat Islam.

"@PDRMsia (polis) dah mula siasat kes ‘makcik’ tu. Dia Korean, baru sampai sini, beli baju tu di India. Biar kita siasat lanjut. Semua bersabarlah,” kata beliau di Twitternya.

Khalid berkata Polis sentiasa memandang serius mengenai semua perkara dan akan menjalankan siasatan tanpa mengira bulu.

Beliau turut meminta orang ramai bersabar dan memberi laluan siasatan dilakukan serta tidak mengambil undang-undang di tangan sendiri.

“Ada yang @PDRMsia dapat ambil tindakan segera, ada memerlukan masa untuk kita bertindak secara rasional. Kami akan laksanakan tanggungjawab kami.

“@PDRMsia tidak akan bias. Semua kesalahan akan disiasat tanpa mengira bangsa dan keturunan.

"Kita semua perlu hormat kepada sistem undang-undang kita,” kata beliau dalam siri tweet beliau menjelaskan perkara ini awal pagi tadi.
11:32AM - 20 Jul 2014

Amaran angin kencang taufan Matmo di Sandakan


Amaran angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan hari ini berikutan Taufan Matmo yang dikesan kira-kira 1,487 kilometer ke timur Laut Sandakan, Sabah pada pukul 5 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan satu kenyataan yang berkata taufan itu dikesan pada Latitud 12.1 U dan Longitud 130.0 T dan bergerak ke arah Barat Laut dengan perlahan.

Ekoran daripada itu, angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang kini berlaku di kawasan perairan Palawan, Reef North, Condore, Kudat dan Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Khamis.

Sementara itu, kawasan perairan Perlis dan Kedah juga dijangka mengalami keadaan yang sama manakala di kawasan perairan Phuket, angin kencang dijangka berterusan sehingga esok.

Menurut kenyataan itu, ribut petir yang berlaku di perairan Sandakan, Sabah juga dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.

- Bernama

Suara bekas 'anak kapal'
  • Suara bekas 'anak kapal'
1 / 1
SEKALI lagi, Malaysia dikejutkan dengan tragedi malang yang melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17, setelah ditembak dan terhempas di sempadan Rusia-Ukraine.

Belum pun misteri MH370 terungkai, peristiwa ini benar-benar memberi kesan kepada rakyat Malaysia.

Begitu juga dengan mereka yang pernah berkhidmat sebagai kru kabin. Bagi empat selebriti popular, Ziana Zain, Faezah Elai, Danny X-Factor, tragedi itu nyata beri kejutan mendalam buat mereka yang pernah bekerja di awan biru.

'Suami saya mengigil' - Ziana Zain

Pernah berkhidmat selama dua tahun sebagai pramugari, penyanyi terkenal Ziana Zain, meluahkan rasa terkejut di atas insiden MH17. Jelasnya, dia mendapat tahu mengenai perkara itu setelah mendapat mesej daripada rakan suaminya, Armin Zahari yang merupakan seorang pramugara MAS.

“Masa Armin beritahu mengenai tragedi itu, saya lihat tangan dia menggigil.

“Kemudian dia suruh saya buka siaran CNN dan saya sendiri terkejut melihat apa yang dilaporkan di televisyen,” katanya kepada media ketika ditanya mengenai insiden MH17 selepas program bersama Safi Rania Diamond di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, petang semalam.

Akui duta Safi Rania Diamond ini, suaminya tidak menyangka perkara itu berlaku kepada rakan-rakanya sendiri.

“Mereka baru sahaja berjumpa dan sehingga kini pun saya sendiri masih berhubung dengan rakan-rakan lama.

“Kami memang rajin telefon dan berhubung antara satu sama lain,” kata Ziana yang juga merupakan bekas pramugari di Mas.

Tambah pelantun lagu Madah Berhelah ini, melihat tragedi ini, dia semangnya berasa hiba dan sedih kerana insiden MH 370 masih belum terjawab.

“Memang yang berlaku sudah tertulis, jadi saya minta masyarakat jangan salahkan sesiapa.

“Tak perlu curahkan lagi minyak ke dalam api, lebih baik kita sama-sama doakan mangsa kejadian ini selamat dan tenang di sana,” katanya.

Hentikan spekulasi

Menurut Ziana, ajal dan maut tiada siapa yang tahu dan kita sendiri tidak tahu bila dipanggil ALLAH S.W.T.

“Tak perlu tambah tokok cerita mengenai kejadian ini, bukan masanya kita hendak salahkan sesiapa.

“Apa yang berlaku adalah takdir, yang penting sekarang kita bersatu,” ujarnya.

Tambahnya, bahaya ada di mana-mana bukan ketika menaiki kapal terbang sahaja.

“Bila masuk kawasan perang ni, macam-macam boleh berlaku, hentikan sahaja spekulasi.

“Saya tak nak lihat kerana kejadian ini kita sama-sama manusia bergaduh,” katanya lagi.

Danny risau keselamatan isteri

Insiden MH17 turut dirasai pelakon dan penyanyi, Danny X-Factor, 34, yang juga pernah bertugas sebagai pramugara MAS. Lebih memberi kesan apabila isterinya, Zaidatul Norfazlin Zakaria, 28, masih berkhidmat sebagai pramugari di Air Asia X.

Nyata tragedi demi tragedi yang melibatkan pesawat di negara ini, menimbulkan kerisauannya terhadap keselamatan isteri tersayang.

Danny atau nama sebenarnya, Mohd. Khardanie Anwa, memberitahu, sebaik sahaja insiden terbaru ini berlaku, dia terus menghubungi Zaidatul yang ketika itu berada di Melbourne, Australia.

"Selepas mendengar berita kapal MAS terhempas, hati saya tidak keruan dan bimbang dengan nasib isteri.

"Alhamdulillah, isteri selamat dan tiada apa-apa perkara buruk menimpanya," katanya.

Dek berita tergempar itu juga, Danny tidak dapat melelapkan matanya mengenangkan nasib yang menimpa keluarga dan mangsa yang terlibat dengan kejadian tersebut.

Tambahnya, peristiwa lepas (MH370) membuatkannya lebih peka dengan kejadian seperti itu dan berita terbaharu ini, dia sedar bahawa ajal tidak mengenal sesiapa.

"Semuanya ketentuan Ilahi. Apa yang berlaku kita jadikan iktibar dan muhasabah diri agar sentiasa ingat mati itu bila-bila masa sahaja," katanya.

Sambung Danny, masa yang sama dia juga khuatir dengan teman rapatnya yang merupakan kru kabin MAS berada dalam penerbangan sama.

"Saya cuba hubungi dia selepas pengumuman MH17 terhempas namun tidak berjawab walaupun banyak kali dan setiap kali panggilan dilakukan masuk ke dalam 'voice mail'.

"Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya dia menghantar mesej ringkas di aplikasi Whatsapp dan menyatakan dia tidak bertugas dalam penerbangan MH17," katanya lega rakan baiknya itu tidak terlibat sama dalam nahas udara tersebut.

Pernah berdepan situasi cemas

Bercerita mengenai pengalamannya yang pernah berkhidmat selama tiga tahun dengan MAS, Danny berkata, banyak pengalaman manis yang dikutip dalam tempoh tersebut.

Danny memberitahu, pendapatannya ketika itu boleh mencecah sehingga RM8,000 dan berpeluang menunaikan umrah di Makkah.

Malah dia berpeluang melancong ke serantau dunia dengan beberapa pesawat jenis Boeing 737, Airbus 200, Airbus 300, Boeing 777 dan Boeing 747.

Bagaimanapun, tugas di awan biru bukanlah semudah yang disangka atau sekadar meraih keseronokan semata-mata. Ujar Danny dia pernah melalui saat getir apabila pesawat yang dinaiki berdepan cuaca buruk dan hujan lebat. Situasi itu menyebabkan perjalanan pesawat tidak lancar dan menimbulkan rasa panik di kalangan penumpang.

"Sebagai anak kapal, saya dilatih untuk menghadapi situasi seperti ini.

"Apa saja kecemasan yang berlaku, saya perlu mengawal situasi agar tidak berlaku huru-hara dalam kapal," katanya.

Danny berkata, dia juga pernah berdepan situasi di mana pesawat tidak dapat mendarat tetapi berlegar-legar di udara buat seketika sehingga pendaratan dibenarkan. Jauh di sudut hati, dia juga  khuatir dan cemas dengan apa yang bakal dihadapi. Namun tanggungjawab sebagai kabin kru membuatkan dia cekalkan hati.

"Ketika ini, penumpang tertanya-tanya dengan apa yang berlaku di luar sana. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami akan melayan persoalan mereka dengan tenang dan menyuruh penumpang untuk memakai tali pinggang keselamatan," ujarnya.

Keputusan 'berhenti' memang tepat - Faezah Elai

Bersimpati dengan mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam nahas MH17, pelakon Faezah Elai, menyifatkan insiden ini sebagai satu trauma yang besar buat seluruh masyarakat Malaysia. Bagaimanapun dia tetap bersyukur rakan-rakan seangkatannya ketika bertugas dengan MAS tidak terlibat dalam kejadian itu.

Menurut Faezah, kebanyakan kru yang bertugas dalam penerbangan itu merupakan 'juniornya'. walaupun tidak mengenali secara rapat, namun dia tetap bersimpati dengan apa yang berlaku.

Malah dia benar-benar terkejut sebaik sahaja berita nahas itu diumumkan di media massa dan elektronik.

"Dalam hati saya ketika itu, saya yakin keputusan untuk berhenti kerja dengan MAS adalah tindakan tepat.

"Mendengar berita ini sahaja, badan saya menggigil dan perasaan takut tiba-tiba datang.

"Saya sedar ajal itu di tangan ALLAH SWT dan saya bersimpati dengan apa yang berlaku," katanya.

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Faezah berkata pihak pengurusan MAS sangat tegas dan prihatin dalam hal berkaitan keselamatan. Tegasnya, sikap segelintir individu yang cuba menyalahkan MAS dalam hal ini adalah sesuatu perkara yang tidak wajar sama sekali.

"Mati itu pasti. Kalau sudah ditakdirkan kita tidak mungkin dapat lari daripada maut.

"Paling penting, jangan salahkan MAS dalam perkara ini sebagaimana yang berlaku ketika kejadian MH370," katanya.

Atasi situasi panik

Sementara itu, Faezah turut berkongsi pengalamannya ketika berhadapan dengan situasi mencemaskan ketika bertugas.

Katanya, dek cuaca buruk, lampu pesawat tiba-tiba terpadam dan tempat simpanan barang terbuka menyebabkan beg-beg penumpang jatuh.

"Saya tidak panik atau fikir perkara buruk menimpa kami sebaliknya dengan tenang membantu menyimpan semula barangan.

"Mungkin sudah terbiasa dengan cuaca sebegitu, saya rasakan tiada apa yang perlu ditakutkan," katanya yang bertugas selama tiga tahun dengan MAS

Dalam masa yang sama, dia juga berkesempatan 'terbang' jauh hingga ke New York. Antara pesawat yang dinaikinya dalam tempoh itu adalah Boeing 737, 777 dan 747.

Kata pelakon filem Tanda Putera itu, dia menjalani sesi 'briefing' sebelum terbang dan jika gagal menjawab soalan yang diajukan Ketua Pramugara atau juruterbang, tidak dibenarkan sertai penerbangan itu.

"Ketika bertugas, saya seolah-olah otak 'dicuci' dan sentiasa positif jika berhadapan dengan perkara sebegini.

"Perasaan takut atau gementar tidak pernah terlintas di fikiran sebaliknya mahu melakukan tugas dengan sebaik mungkin," ujarnya.

Nazim tak serik ke luar negara

Biarpun ketika ini ramai yang takut untuk ke luar negara, berbeza dengan pelakon, Nazim Othman yang tidak serik untuk ke luar negara.

Walaupun terkejut dengan apa yang berlaku, Nazim menegaskan perkara tersebut tidak menjejaskan percutiannya nanti.

Bahkan, dia sempat berseloroh bahawa mahu menempah tiket penerbangan untuk bercuti selepas raya ini.

"Bagi saya, peristiwa ini tidak mengganggu aktiviti pelancongan saya. Bahkan selepas Syawal nanti, saya ingin terbang ke luar negara untuk bercuti.

"Selepas kejadian MH370, saya tidak menyangka Malaysia akan dilanda satu lagi kejadian menyayat perasaan.

"Saya juga mohon kepada mereka yang di luar sana agar tidak mengulangi kejadian lepas. Jangan sebarkan sebarang spekulasi sebaliknya tunggu pengumuman daripada pihak berkuasa," katanya.

Dia juga berharap perkara ini tidak dijadikan sebagai bahan politik atau gurauan semata-mata.

"Hormati perasaan keluarga mangsa yang terlibat dengan kemalangan ini," katanya.

Masyarakat perlu positif

Menurut Nazim, sepanjang dia berkhidmat dengan MAS selama lima tahun sebagai pramugara, tiada peristiwa yang begitu menakutkan terjadi kepadanya.

"Pengalaman seperti cuaca buruk adalah perkara biasa yang berlaku. Setiap kru kabin pasti akan mengalaminya.

"Gegaran kuat atau 'air pocket' merupakan situasi yang sering dihadapi ketika bertugas tidak kira ke mana destinasi," katanya.

Tambahnya, sepanjang bertugas sebagai kabin kru tidak ada pula kejadian nahas udara melibatkan pesawat Malaysia.

"Jika sebelum ini kita diuji dengan kehilangan MH370, kali ini pula dengan berita MH17 terhempas di sempadan Rusia-Ukraine.

"Walaupun tidak mengalami pengalaman buruk atau detik cemas, saya berharap selepas ini tiada lagi perkara sebegini berlaku," katanya.

Dia percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.

"Mungkin ALLAH SWT mahu menguji kita. Sebaik-baiknya kita teruskan berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar," katanya.

 

Sunday, July 20, 2014


Peringatan buat Sultan dan TMJ Johor: Jangan sampai rakyat membenci kalian !!


Peringatan buat Sultan dan TMJ Johor:

Jangan sampai rakyat membenci kalian !!



Kerajaan Rakyat
Bukan durhaka bicara kata
Bicara saya menjaga tahta
Jangan Tuanku cuba berdusta
Sabar rakyat ada batasnya.
- Mohd Sofi Yassin.
- Kerajaan Rakyat.

Secara peribadi, jujur saya katakan; saya masih tidak dapat memahami apakah faedah Institusi kesultanan Melayu kepada umat Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya?

Benar, dalam perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri (negeri bersultan) rakyat perlu menghormati raja. Malah, Islam sendiri menuntut umatnya menghormati pemimpin yang berwatak dan bertindak menurut lunas-lunas kepimpinan yang dianjurkan dalam Islam, bukan sepertimana yang diamal dan dilakukan oleh kebanyakan pemimpin negara dan sultan / raja-raja di negara ini.

Kecuali sultan Kelantan, kebanyakkan sultan dan anak beranak mereka gagal menjadi contoh kepada rakyat dalam penghayatan budaya Islam sekalipun mereka diwartakan sebagai ketua agama Islam.


Sultan Johor Darul Takzim
Lebih dari itu Sultan Johor, Paduka Sri Sultan Ibrahim Ismail ibni al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar al-Haj dan anaknya, Tunku Ismail atas kedudukannya sebagai Tunku Mahkota Johor yang sepatutnya menurut undang-undang tubuh negeri bertindak sebagai payung kesejahteraan rakyat turut gagal merealisasikan maksud tersurat "Payung Kesejahteraan Rakyat"!

Kenapa harus sultan dan bakal sultan yang sarat dengan segala kemewahan hidup yang dibiayai atas keringat dan keperitan hidup rakyat masih lagi menggunakan kedudukannya untuk mengumpul harta dan kekayaan peribadi?

Saya, Mohd Sofi Yassin dengan rasa rendah diri mohon menitipkan pandangan peribadi agar Sultan Johor, Paduka Sri Sultan Ibrahim Ismail ibni al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar al-Haj dan anakandanya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail berpada-padalah dalam menambah dan mengumpul harta dunia kerna sikap itu pada pengamatan saya punya kemungkinan yang amat nyata akan menjurus kepada kebencian rakyat terhadap institusi Kesultanan Melayu seluruhnya, khasnya di negeri kelahiran saya, Johor Darul Takzim.

Empayar Tunku Ismail bukan hanya terhad di Johor.


Dalam satu pengumuman pada September tahun lalu oleh firma Singapura, Rowsley Ltd kepada bursa saham repulik itu SGX, ia mendedahkan bahawa Tunku Ismail menjadi pemegang saham utama penting dalam Rowsley Ltd.

Ia timbul selepas beliau menerima 12.78 peratus pegangan dalam Rowsley Ltd, bernilai S$81.5 juta (RM209 million) selepas menjual 9.23 hektar tanah di Johor Bahru, yang dimiliki Vantage Bay Sdn Bhd (VBSB), yang mana raja muda itu memiliki pegangan 30 peratus.



Jualan tanah itu sahaja menjadikan kekayaan Tunku Ismail, 30, melonjak melampaui tahap individu ke-50 paling kaya di Malaysia dalam senarai Forbes 2014.

Individu dalam senarai ke-50 dalam senarai itu ialah Robert Tan, seorang pemaju hartanah yang mencipta nama melalui projek Mid Valley City dan Garden Malls dengan nilai harta sebanyak RM220 juta.

Menurut pengumuman kepada SGX, 70 peratus saham selebihnya dalam VBSB dipegang oleh jutawan Singapura, Peter Lim, yang menguasai sebahagian kepentingan dalam Rowsley Ltd.

Rowsley Ltd dalam pengumumannya berkata tanah seluas 9.23 hektar itu terletak dalam kawasan utama Iskandar Malaysia.

"Ia terletak di kawasan mengadap laut, hanya beberapa ratus meter dari kemudahan Kastam, Imigresen dan Kuarantin baru Johor, yang memberi kemudahan kepada warga Singapura untuk mengunjunginya kerana dekat dengan Singapura,” kenyataan itu dipetik.

Ia bukanlah kali pertama jutawan Singapura itu dikaitkan dengan keluarga diraja Johor.


Pada Mac, adik kepada Tunku Ismail, Tunku Abdul Rahman, 21 menandatangani memorandum persefahaman dengan Soverus Group, yang turut dimiliki Lim, untuk menyedia perkhidmatan keselamatan premium untuk Iskandar Malaysia.

Ia mendapat tumpuan Putrajaya, yang menetapkan dasar untuk tidak membenarkan firma asing mengawal keselamatan di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana firma keselamatan tempatan yang didapati dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh firma asing akan dibatalkan lesennya.

Di Johor, Tunku Ismail memiliki kepentingan dalam dua projek tambakan, satu di barat daya Johor, di perairan Tanjung Piai, dan satu lagi di tenggara, di perairan Pengerang.






Ahad, 20 Julai 2014


Bahasa interaksi dengan zionis ketika ini perang senjata


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada Hamas kerana menolak genjatan senjata dengan rejim zionis Israel.

Menurutnya, tindakan Hamas itu dilihat begitu berani dalam menjaga kedaulatan Islam dan bumi Palestin sendiri.

Tuan Guru seterusnya berkata, saki baki keturunan Bani Israel yang jahat sejak dahulu,  membunuh para nabi seperti Nabi Zakaria dan Yahya kini melakukan kerosakan sama dengan menjajah tanah air Palestin serta membunuh rakyat dengan kejam.

"Kekejaman pihak mereka dibalas balik oleh tentera yang berani serta menghalau mereka dari mendiami tanah suci Palestin.

"Hari ini Briged al-Qassam dan mujahidin lain daripada Hamas adalah tentera tentera berani yang amat digeruni zionis telah melancarkan serangan balas yang dinamakan al-ashf al-ma'kul atau daun kering yang dimakan ulat dengan menggunakan persenjataan yang semakin canggih," ujarnya.

Dalam kenyatannya kepada Harakahdaily, Tuan Guru berkata, Israel semakin gentar lalu bersetuju menerima genjatan senjata yang dicadangkan pihak Mesir.

Namun tambah beliau, ia tidak dipedulikan oleh Hamas.

Tegas beliau lagi, bahasa berinteraksi dengan zionis Israel ketika ini ialah bahasa perang senjata.

Beliau mendapat maklumat, Israel memperluaskan lagi serangan mereka dan ingin menguasai beberapa tempat di bandar Gaza, Baet Hanoun, Khan Yonis akan tetapi dipatahkan serangan mereka oleh Briged al-Qassam.

"Saya ucap tahniah atas keberanian pejuang Hamas ini yang tidak pernah menyerah kalah dan tidak menerima genjatan senjata yang ditawarkan. Ini sikap pejuang yang kita banggakan.

"Kami akan memberi sokongan padu dengan sumbangan sumbangan dan mengajak masyarakat supaya berdoa kesejahteraan dan kemenangan bagi pihak pejuang islam di Gaza," ujarnya.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan