Isnin, 28 Julai 2014

SEMUA HENDAK JAWATAN....NI JAWATAN PARTI BUKAN JAWATAN PERKHIDMATAN AWAM...SAMA2 DEGIL...TAK MAHU CERMIN DIRI...APA BERALAH ITU MENJADI KITA MATI KE...ATAU MASING2 NAK JAGA MUKA....ATAU MASING2 ADA KEPENTINGAN

Isu MB: Khalid Beri Bayangan Bubar DUN
Posted on Monday, July 28 @ 01:33:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



MB_DUN
PETALING: Peralihan kuasa di Selangor dilihat bakal berdepan situasi sukar apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membayangkan bahawa kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor perlu ditentukan oleh rakyat menerusi proses pilihan raya.

Menyedari ditolak partinya, beliau menegaskan, perubahan jawatan Menteri Besar negeri itu seperti yang dirancang Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu dibuat dengan mengambil kira kepentingan rakyat di negeri itu.
Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak menyebut mengenai kemungkinan beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri (DUN) diadakan sebagai salah satu cara mempertahankan kedudukannya.
“Dalam bidang politik pentadbiran, pemimpin sentiasa bersilih ganti manakala kerajaan yang memerintah kerap bertukar corak dan gaya.
khalid-ibrahim-sultan-selangor
“Bagaimanapun, peralihan pemimpin dan kerajaan terbukti lebih lancar dan menguntungkan rakyat serta negara sekiranya ditentukan oleh majoriti rakyat melalui pilihan raya umum,” katanya melalui perutusan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 pada Ahad.
Sebelum ini banyak pihak meramalkan bahawa Abdul Khalid berkemungkinan mengambil langkah untuk membubarkan DUN jika beliau dipaksa melepaskan jawatan.
Baru-baru ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan isterinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi menggantikan Abdul Khalid.
Pencalonan Dr Wan Azizah dibuat dengan alasan ia bakal menyelesaikan banyak perkara khususnya di Selangor.
Mengulas lanjut Abdul Khalid mengingatkan semua pihak supaya menghormati institusi diraja sebagai pemerintah negeri.
“Sebagai peneraju kerajaan negeri yang terkaya dan termaju, saya wajar mengingatkan diri saya dan rakyat supaya kita menghormati institusi raja berperlembagaan sebagai pemerintah negeri ini dan terhadap barisan pemimpin yang menerajui kerajaan negeri sekarang,” katanya.

 Peralihan jawatan MB Selangor dari kesinambungan Langkah Kajang - Anwar
Posted on Monday, July 28 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



KUALA LUMPUR: Peralihan jawatan Menteri Besar Selangor adalah kesinambungan Langkah Kajang yang diputuskan secara muktamad oleh pimpinan KEADILAN sejak 15 Januari lepas.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul  Khalid Ibrahim sendiri telah dimaklumkan semenjak Mac 2014 dan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah dikemukakan secara rasmi kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada minggu lalu.

Jelasnya, semangat muafakat dalam PR akan terus dikekalkan dan seterusnya mendukung perubahan dengan menjana pertumbuhan ekonomi mampan yang lebih prihatin akan permasalahan rakyat.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap kenyataan Presiden partinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertegas mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau hairan kenapa Abdul Khalid mahu digugurkan sedangkan Menteri Besar Selangor itu menunjukkan prestasi yang baik sebelum ini.

Pada Jumaat, pengumuman Anwar yang menamakan Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid tidak mendapat galakan daripada komponen PR lain iaitu PAS dan DAP.

Ia disifatkan keputusan pasca mesyuarat Majlis Presiden PR yang bermesyuarat pada Khamis sekadar menghormati pengumuman PKR dan pada masa sama masing-masing mengambil keputusan membincangkan hal tersebut di peringkat parti.

.......
ASTRO AWANI

 Datuk Tuan Ibrahim Bidas PKR, Nafi Setuju dengan Penukaran MB Selangor
Posted on Sunday, July 27 @ 17:44:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya ia memberi persetujuan kepada cadangan PKR untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai yang didakwa oleh ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim Rabu lalu.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS dan DAP hanya bersetuju untuk merujuk cadangan Anwar itu kepada pucuk pimpinan parti masing-masing dan tidak lebih daripada itu.

Komponen Pakatan Rakyat sepakat dan mencapai keputusan rasmi dalam mesyuarat Majlis Pimpinan perikatan pada Rabu lalu dalam polemik pertukaran Menteri Besar Selangor seperti mana didakwa PKR.

Sebaliknya Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PKR hanya menyatakan hasrat atau cadangan rasmi mengenai pertukaran Menteri Besar Selangor dalam mesyuarat itu.

” Kita menerima laporan dan hasrat PKR sahaja. Hasrat itu disampaikan dalam mesyuarat Pakatan dan parti (PAS) akan bawa hasrat itu ke majlis pimpinan,  bukan (kita) terima  dan tukar (Khalid).

“Kita terima keputusan mesyuarat PKR, mereka maklumkan (kepada kita) sebab PKR tak pernah maklumkan secara rasmi kepada Pakatan Rakyat,” kata beliau kepada antarapos.

“Jadi itu makluman rasmi dan semua parti kena bawa dalam mesyuarat pimpinan masing-masing,” tambah Tuan Ibrahim yang menghadiri mesyuarat itu dengan lima lagi pemimpin kanan PAS termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu.

Selepas mesyuarat tiga jam itu, Anwar mengeluarkan kenyataan yang mendakwa PAS dan DAP menghormati jawatan MB Selangor adalah hak PKR.”

Kenyataan Anwar itu ditafsirkan sebagai kedua-dua parti itu bersetuju akur kepada hak PKR untuk mencalonkan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid sebagai MB Selangor. 

 Projek Cantas TSKI Berpunca Drpd Sikap TSKI Yang Amanah Dengan Duit Rakyat? (Gambar)
Posted on Sunday, July 27 @ 17:35:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




Eloklah isi borang UMNO secepat mungkin...Sebab UMNO mmg pakar perabis duit rakyat...



2 comments:
Anonymous said... program parti guna duit parti la PKR bodoh.. PAS perintah negeri pun xpernah guna duit negeri untuk program parti..bodoh ke ape PKR ni..isi borang umno la
July 27, 2014 at 12:53 AM
Anonymous said... Betul!!!!
Ya Allah, selamatkan dan bantulah permudahkan urusan TSKI...

Tahniah TSKI...
Beliau telah menambahkan celik rakyat pada kenyataan ssebenar...
July 27, 2014 at 2:07 AM  
 Dato Seri Anwar Ibrahim - Jom kita beraya esok!!!
Posted on Sunday, July 27 @ 17:24:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tinggal beberapa jam sahaja lagi Ramadhan AlMubarak akan meninggalkan kita ....
Bila berlakunya PRK secara suka-suka iaitu di Kajang, aku dari awai lagi dah setuju,,, hangpa boleh pi semak balik entry-entry aku waktu tersebut....

Aku dah malas nak korek balik asal usul bagaimana manusia bernama Anwar ni bermain politik,, menggunakan platform Pas, kemudian melompat masuk ke kancah tong taik umno...

Dia memang manusia hebat...kerana kehebatannya negeri Perak yang sebelum ini diperintah PR dapat dirampas oleh umno,,, pada tahun 2009, yang jadi mangsa DS Nizar  sehingga kena sembah derhaka...

Malas aku nak masuk campor hal ehwal krisis negeri Selangor, namun bila duk selidik balik sebelum ni, rasanya macam banyak yang tak kena...

Lihat sendiri fakta-fakta...







Malah orang yang bakal dilantik pun sebelum ini ?.....

Rupa-rupanya ada cerita lain kut....
Dan baca pulak apa pandangan blogger otai Mat Samankati mengenai TSKI... 
Namun, alhamdulillah.... cadangan mereka tidak mendapat persetujuan Pas...

Keseluruhan dari krisis ni, pimpinan Pas dah mula kalut.... Timbalan Presiden keluar kenyataan lain, Presiden pula macam lain,,
Kemudian turut diikuti oleh pimpinan Pas yang lain...


Anwar punya kepentingan peribadi,, yang kononya atas nama nak ke Putrajaya,,, pimpinan Pas habis celaru...

Cukup-cukuplah macai PKR yang kalut....


Jangan nanti semua pengundi menganggap PKR ....


Kesian,,, apa pun jom kita beraya dulu....

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...
Oleh http://manjongmari.blogspot.com
 Ketegasan Presiden Pas Menjadi Contoh Kepada Seluruh Pemimpin Dan Ahli Pas Dalam Menangani Isu Mb Selangor
Posted on Sunday, July 27 @ 17:04:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Parti Politik hakikatnya adalah kuli kepada rakyat. Kita semua perlu bekerja untuk kepentingan rakyat. Bahkan kita sendiri adalah rakyat Malaysia. Sehebat mana pun kita mendakwa diri kita, rakyat jualah yang akan menentukan jatuh bangun kita di pentas pilihanraya.

Tan Sri Khalid Ibrahim bukanlah menteri besar yang lengkap dan sempurna, namun jika dibandingkan prestasi yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat Selangor, beliau berjaya mengemudi Negeri Selangor sehingga mencatatkan keputusan yang sangat cemerlang dalam pilihanraya yang lalu. Ini sudah cukup membuktikan bahawa beliau layak untuk meneruskan khidmat cemerlang beliau sebagai Menteri Besar.

Persoalan kewajaran beliau perlu digugurkan masih belum mampu dijawab dengan baik oleh rakan dari PKR. Justeru tindakan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, mencadangkan agar Tan Sri Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar adalah memenuhi kehendak rakyat, dan itulah yang terbaik pada pandangan semua pihak.


Ada yang mengaitkan krisis kepimpinan di Selangor dengan kesudahan yang berlaku di Kedah. Bagi saya, kedua-dua situasi adalah berbeza dan kitalah sebenarnya yang bertanggungjawab untuk memastikan perkara tersebut tidak berlaku di Selangor. Kita perlu memikul tanggungjawab ini bersama, seorang Menteri Besar tidak akan mampu membawa apa-apa perubahan jika tiada sokongan daripada kita semua, apalagi jika kawan sendiri pun enggan membantu.


Walaupun PAS tidak pernah diajak berbincang ketika Langkah Kajang dimulakan, dan PAS sendiri menerima tekanan yang hebat daripada akar umbi dalam usaha membantu PKR menghadapi PRK Kajang yang disengajakan, namun Tuan Guru Presiden serta PAS seluruhnya masih memberikan sepenuh kerjasama bagi memastikan kelangsungan perjuangan menegakkan keadilan dan kebajikan di Malaysia dan di Selangor khususnya.


Inilah sikap yang sewajarnya dicontohi oleh pimpinan dalam Pakatan Rakyat, berlapang dada dalam perbezaan dan meraikan pandangan orang lain. Seterusnya meletakkan kepentingan rakyat dan misi perjuangan sebagai fokus utama dalam segala tindakan yang diambil. Inilah sikap sebenar Tuan Guru Presiden yang perlu difahami dan dicontohi.


Saya mengajak seluruh penyokong, pendokong dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk kembali mencermati sikap dan pendirian Tuan Guru Presiden, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, dan mengambil pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai pedoman dalam membuat keputusan yang terbaik untuk melepasi halangan kecil ini sebelum sampai ke destinasi yang dicitakan.



Ustaz Hj Muhammad Ismi B Mat Taib

Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak
merangkap AJK Dewan Ulamak PAS Pusat 
 Situasi Di Selangor Serupa Di Syria
Posted on Sunday, July 27 @ 17:02:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Ramai rakyat Malaysia( yang Islam) begitu tekun mengikuti pergolakan dan perkembangan di Syria . Dan ramai yang boleh mengulas apa yangberlaku disana.

Ringkas cerita kronologi pergolakan di Syria dibangkitkan oleh kebangkitan rakyat dinegara2 Arab terhadap pemerintahan yang diwarisi oleh ahli keluarga yang menyalahgunakan kedudukan untuk mengumpul kekayaan dan sangat kejam dan zalim.

Rakyat Syria bangkit menentang Bahsar Assad . Mulanya secara aman kemudian bertukar kepada peperangan. Ada dua kumpulan terbesar melawan Bashar iaitu FSA dan Al Nushra. FSA dan Nushra jelas , lawan Bahsar. Tiba2 muncul ISIS .Sepatutnya atas nama mujahiddin  kumpulan ini hendaknya bersama membantu FSA dan Al Nushra. Ini akan menguatkan lagi pasukan penentang Bahshar. Ini tidak. ISIS tak semena-mena menyukarkan  FSA dan Al- Nushra menghadapi tentera Bahshar. Sebabnya kumpulan ISIS tumpang semangkuk membedal dan melanyak pejuang FSA dan Al Nushra. Akibatnya FSA dan Al Nushra terpaksa menghadapi penentangan dari dua penjuru iaitu tentera Bahshar dan kumpulan ISIS.
Senario ini juga berlaku di Selangor.
Sepatutnya kepimpinan PAS( Presidennya) bersama dengan rakan mereka PKR dan DAP dalam menhadapi kemelut yang ditimbulkan oleh Khalid Ibrahim. PAS adalh sebahagian daripada kerajan Selangor. Kesukaran dan kerenah Khalid IBrahim bukan saja dihadapi oleh pemimpin2 di semua peringkat  baik PKR dan DAP . Malah PAS pun rimas melayan MB yang syok sendiri ini. Malah pemimpin PAS peringkat bawah telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Khalid Ibrahim.
Yang anehnya TGHH sendiri memberi peringatan kepada pemimpin2 dan ahli2 agar tidak membuat apa2 kenyataan mengenai kedudkan MB Selangor. Malangnya dia yang melanggar larangan dan dia tidak patuh pada arahannya sendiri.
Ini kalau zaman pengumpulan Hadis2 Nabi , kalau riwayat darinya sudah tentu DI TOLAK. Tak diterima. Kerana ianya bersangkutan dengan akhlak. malah kalau dilihat seseorang itu pernah naik ke masjid dengan kaki kiri ,maka riwayat dari orang itu di tolak.
Sekarang semakin kembang dan besar lubang hidung Khalid ibrahim. Kalau hujah TGHH sokong Khalid kerana amanah , itu bari satu bahagian dari keperluan menjadi ketua atau pemimpin. Bagaimana dengan yang lain-lain ? Adakah TGHH ada senarai check list si Khalid ini ?
Sikap si Khalid satu yang  diluar jangkaan DAN pendirian TGHH juga sesuatu yang tidak dijangka.
Ya, dengan situasi ini , jawabnya hampir pasti Selangor akan ber MB kan Noh Omar setelah PRU14 nanti.

"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
Iqbal
Posted on Sunday, July 27 @ 17:02:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 Isu MB: PR Salah Tafsir, Kata Iskandar
Posted on Sunday, July 27 @ 12:36:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



SHAH ALAM - Pas Selangor menzahirkan rasa lega dan bersyukur dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang yang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan sudah menjelaskan beberapa kekeliruan.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sudah tersalah tafsir dengan kenyataan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 23 Julai lalu.


“Ayat tersebut telah disalahtafsirkan sebagai PR telah meluluskan cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
“Walhal seperti yang disebut oleh kenyataan itu hanya bermaksud menerima cadangan dan akan membawa perkara itu ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kelmarin, Abdul Hadi mempertahankan Abdul Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
Beliau berkata, kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.
Katanya, alasan pihak yang mahu menukar menteri besar itu adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar.
Baru-baru ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.
“Menerima itu bukan bermaksud Pas sudah bersetuju, malah tidak membuat sebarang keputusan pun lagi,” tegas Iskandar.
Menurutnya, kenyataan presiden itu juga telah menjawab semua persoalan-persoalan tersebut dan pihaknya mengucapkan terima kasih kerana Abdul Hadi mengambil kira pandangan pimpinan dan ahli Pas Selangor.
Bagaimanapun katanya, pimpinan Pas Selangor akan sentiasa mematuhi apa saja keputusan presiden dan pimpinan tertinggi Pas bagi membabitkan isu Menteri Besar Selangor itu.
................
Sinar Harian

Syawal bulan fitrah...bulan kembali normal...
Ingat sahabat-sahabat PR terutama ahli pas semua... umno bila mula berbaik dengan kita maknanya mereka sedang mengasah jarum...kita kena berbaik dgn semua namun kena berhati-hati...
Kalulah PKR/DAP campurtangan dalam pemilihan MB Kelantan,cam mana perasan PAS...
Pakatan tidak akan ke Putrajaya selagi Hadi presiden PAS...
Tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong secara terbuka Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor membuktikan beliau tidak peduli dan tidak kisah dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang membuat keputusan bersetuju agar Khalid digantikan PKR dihadiri pemimpin kanan parti Islam itu seperti timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, ketua Pemuda Suhaizan Kaiyat, serta ahli jawatankuasa (AJK) Pusat Dr Hatta Ramli.
Dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada media pada 23 Julai lalu, Majlis Pimpinan PR menyatakan mereka sudah sebulat suara bersetuju, “menerima cadangan daripada PKR untuk membuat pertukaran menteri besar di Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.”
Isyarat yang diberikan presiden PAS itu kepada umum adalah beliau tidak peduli dengan keputusan PR dan timbalan presiden, naib presiden, setiausaha agung, ketua pemuda dan AJK parti itu tidak layak mewakili pandangan partinya.
"Saya sudah dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di Terengganu, pada Jumaat.
Kenyataan Hadi juga merupakan satu tamparan hebat kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana PR sudah bersetuju kerusi menteri besar Selangor merupakan milik PKR.
Apabila PR bersetuju kerusi menteri Selangor itu milik PKR, PAS tidak seharusnya campurtangan siapa pun calon yang bakal diletakkan di negeri terkaya itu.
Bayangkanlah jika PKR dan DAP campurtangan dalam pemilihan kerusi menteri besar di Kelantan atau di Kedah dahulu, bagaimana perasaan PAS?
Sebagai respon balas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail membandingkan isu Selangor dengan pergolakan jawatan menteri besar Kedah dipegang Tan Sri Azizan Abdul Razak sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri itu di tangan Barisan Nasional (BN) selepas sepenggal diperintah PR.
"PKR mengambil pendirian menghormati sepenuhnya prinsip pencalonan jawatan menteri besar Kedah adalah daripada PAS walaupun ada pelbagai permintaan dari parti Pakatan Rakyat yang lain supaya PKR menyatakan pendirian sama ada menteri besar ditukar atau tidak," katanya.
Sebelum PRU13 lalu, kerajaan negeri Kedah bergolak apabila timbulnya pergaduhan di antara kem Azizan dan orang nombor dua PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi.
Pergeseran yang terjadi itu menyusul beberapa bulan selepas pelan damai PAS Pusat terhadap PAS Kedah ekoran Phahrolrazi dan rakannya Dr Ismail Salleh menolak perlantikan semula sebagai exco kerajaan negeri.
Kedua-dua mereka membantah corak kepimpinan Azizan sebagai menteri besar Kedah.
Akan tetapi Hadi tidak mempedulikan bantahan akar umbi dan terus mempertahankan Azizan sebagai calon menteri besar Kedah sehingga menyebabkan Kedah jatuh ke tangan BN pada PRU13 sepertimana Terengganu pada 2004.
PAS akan bermesyuarat pada 10 Ogos ini mengenai isu pertukaran menteri besar di Selangor dan sudah pasti keputusan majoriti akan memihak kepada Hadi kerana konsep “wala” atau taat yang diamalkan parti Islam itu.
Ini bukan kali pertama Hadi “mensabotaj” PR.
Sebelum PRU13 lalu pada ketika PR bersetuju Anwar sebagai calon perdana menteri, sekumpulan pemimpin PAS yang rapat dengan Hadi bertemu dengan pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah untuk menawarkan jawatan itu kepadanya.
Ini dilakukan pada ketika Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong penuh Anwar sebagai calon perdana menteri PR.
Hadi juga secara peribadinya memberi kebenaran kepada Ridzuan Ismail untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara pada PRU13 lalu walaupun PR sudah bersetuju kerusi tersebut dipertahankan presiden PSM Dr Nasir Hashim yang bertanding di atas tiket PKR kerana partinya bukan anggota PR.
Kedua-duanya Nasir dan Ridzuan akhirnya tewas kepada BN.
Jika Hadi terus menerajui PAS, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu risau lagi.
Datuk Seri Najib Razak akan terus kekal sebagai perdana menteri dan BN akan terus berkuasa selagi Hadi menjadi presiden PAS. Cita PR untuk menawan Putrajaya hanya menjadi angan-angan.
Jika diimbau kembali sejarah, Hadi juga merupakan punca mengapa Barisan Alternatif (BA) yang ditubuhkan pada 1999 berpecah. – tmi

 Bersabarlah Azmin walau tak jadi MB- Azwan
Posted on Sunday, July 27 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





Pengacara sensasi, Azwan Ali menganggap abangnya, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali sudah lama lama terkeluar carta untuk memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurutnya, ini kerana ramai ahli di dalam PKR yang tidak menyukai Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa itu.

“Saya tahu dia hebat dan saya pernah cakap dia memang layak jadi Menteri Besar. Tapi ramai yang tidak berkenaan dengan dia. Tak dapat jadi Menteri Besar, jagalah sahaja kawasan DUN.

“Sebenarnya banyak hanky panky dalam PKR. Kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang dah naik menyampah baca cerita PKR,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Baru-baru ini, Anwar mengumumkan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi nama Azmin yang sebelum ini turut dikaitkan dengan jawatan itu.

Mengulas lanjut, Azwan menasihati ahli-ahli PKR agar sentiasa bersatu dan bukannya mengata antara satu sama lain.

“Kepada ahli PKR bersatulah. Ini tidak, asyik mengatakan satu sama lain. Kau mengata aku, aku mengata aku. Last-last habuk pun tak ada. Saya pun malas nak layan PKR ini tapi Azmin memang sudah keluar carta nak jadi Menteri Besar. Jadi bersabarlah Azmin,” kata Azwan lagi.-MalaysiaGazette


Tiada ulasan:

Catat Ulasan