Jumaat, 18 Julai 2014

SEKARANG TERHEMPAS YANG DULU HILANG....DAN BELUM JUMPA

Thursday, 17 July 2014

SEBUAH PESAWAT MALAYSIA DENGAN MEMBAWA 295 PENUMPANG DAN ANAK KAPAL TERHEMPAS DI UKRAINE

MOSCOW 17 Julai - Sebuah pesawat penumpang MH17 kepunyaan MAS membawa 295 penumpang dan anak kapal terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor Interfax memetik sumber industri penerbangan sebagai berkata.

Menurut laporan itu, pesawat Boeing itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila nahas itu berlaku.

Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu setakat ini. - Reuters

Friday, 18 July 2014

BEBERAPA KEPING GAMBAR PESAWAT MH17 YANG TERHEMPAS DIUKRAINE DIPERCAYAI DITEMBAK JATUH.

1:22AM - 18 Jul 2014

Laporan dakwa pesawat M'sia ditembak jatuh

Pesawat Malaysia yang dipercayai terhempas di Ukraine jatuh di kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit antara kerajaan Ukraine dan pemisah pro-Rusia.
A Beautiful Raya From Toyota With Amazing Rewards!

Laporan awal agensi luar negara mendakwa pesawat dengan nombor penerbangan MH17 membawa 295 penumpang dan anak kapal, ditembak jatuh dengan peluru berpandu.

Interfax melaporkan pesawat itu jatuh hanya 50 km selepas memasuki ruang udara Rusia.

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dakwaan bahawa pesawat itu ditembak jatuh masih belum disahkan.

"Tiada pengesahan bawah ia ditembak jatuh. Tentera kita sudah diarahkan untuk menanganinya," katanya di Twitter.
 
MH17 terhempas: Mayat ditemui di lokasi, serpihan bersepah sejauh beberapa kilometer

Bangkai pesawat MH17 yang ditemui. - AFP PHOTO/DOMINIQUE FAGET
KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP.

AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.

Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di KLIA.

MH17 MAS
Peta menunjukkan lokasi terakhir pesawat MH17 sebelum ia terputus hubungan dengan pusat kawalan. -AstroAWANI

Wisma Putra kini sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, lapor Bernama.

Laporan itu menyebut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan perkara berkenaan.

"Kami sedang bekerjasama rapat dengan kedua-dua kerajaan untuk mendapat maklumat.

"Buat masa ini, kami mempunyai beberapa maklumat, cuma tunggu nak mengesahkan sahaja", kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik MAS penerbangan MH17.

Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.

Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi akaun twitternya menjelaskan, masih belum ada pengesahan bahawa pesawat itu ditembak jatuh.

"Pihak tentera telah diarahkan untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (berhubung insiden tersebut)," katanya.

MAS melalui Twitternya mengesahkan pihaknya gagal menghubungi pesawat MH17 yang dijadualkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh17-terhempas-mayat-ditemui-di-lokasi-serpihan-bersepah-sejauh-beberapa-kilometer-40072?cp

Gambar-Gambar Kejadian Dan Mangsa MH17

Berikut adalah gambar-gambar MH17 yang terhempas dipercayai ditembak. Gambar-gambar ini menunjukkan MH17 musnah teruk sekaligus boleh memberi gambaran terhadap nasib dan apa yang berlaku kepada mangsa-mangsa. ─ SiakapKeli.com

Bagaiamanapun tidak semua gambar-gambar ini dapat disahkan sumbernya.

Pesawat penumpang Malaysia terhempas dekat sempadan Russia

Foto
MOSCOW: Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini.

Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam.
Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine. - Agensi

Artikel Berkenaan

Presiden Ukraine kata ‘tindakan pengganas’ jatuhkan pesawat MH17

KIEV: Presiden Ukraine, Petro Poroshenko percaya ‘tindakan pengganas’ menjadi punca pesawat Malaysia terhempas malam ini, kata setiausaha akhbarnya.

Bursa AS menjunam susulan nahas pesawat MAS

NEW YORK: Bursa saham Amerika Syarikat (AS) menjunam hari ini susulan berita sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) terhempas di Ukraine serta laporan yang mengaitkannya ditembak jatuh mencetuskan kebimbangan baharu merebaknya konflik Russia.

Wisma Putra bekerjasama dengan Russia dan Ukraine - Hamzah

KUALA LUMPUR: Wisma Putra sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.

23 warga Amerika Syarikat antara penumpang MH17

KIEV: Jumlah kematian dalam kejadian pesawat MH17 dipercayai terhempas melebihi 300 orang termasuk 23 warga Amerika Syarikat, kata Penasihat Kementerian Dalam Negeri, dipetik oleh Ifax.

Pekerja kecemasan dakwa jumpai kira-kira 100 mayat di tempat kejadian

GRABOVO, (Ukraine): Berpuluh-puluh mayat bergelimpangan di sekeliling serpihan sebuah pesawat penumpang yang dipercayai terhempas di sebuah ladang di timur Ukraine malam ini, lapor wartawan Reuters.

Boeing bersedia salur bantuan bagi MH17

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar pesawat, Boeing berkata ia bersedia memberi apa jua bantuan yang diminta oleh pihak berkuasa berhubung dengan MH17.

Liow tidak dapat sahkan namun akan pulang secepat mungkin

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata buat masa ini beliau tidak dapat mengesahkan laporan berita berhubung sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.

Belum ada pengesahan MH17 ditembak jatuh - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata belum ada pengesahan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh.

Ukraine tuduh pesawat Malaysia ditembak jatuh oleh ‘pengganas’

GRABOVO, (Ukraine): Pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh oleh militan pro-Russia di timur Ukraine, dakwa pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine.

Presiden Russia akan bincang nahas pesawat Malaysia dengan Obama

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin dalam perbualan telefon dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, pesawat Malaysia dipercayai terhempas di wilayah Ukraine.

MH17: 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi nahas - Saksi

KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.

Tentera Ukraine tidak terbabit tembak jatuh pesawat Malaysia - Presiden Ukraine

KIEV: Angkatan Tentera Ukraine tidak terbabit dalam insiden pesawat Malaysia yang dipercayai terhempas di timur Ukraine, kata bahagian media Presiden Ukraine.

Insiden MH17: Kenyataan media MAS

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines confirms it received notification from Ukrainian ATC that it had lost contact with flight MH17 at 1415 (GMT) at 30km from Tamak waypoint, approximately 50km from the Russia-Ukraine border.

Kerajaan sedang siasat insiden pesawat terhempas di Ukraine - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak lahirkan perasaan terkejut terhadap perkhabaran mengenai nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini.

Pesawat Malaysia ditembak jatuh - Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine

KIEV: Seramai 280 penumpang, 15 kru maut selepas pesawat dipercayai ditembak jatuh di Ukraine, kata Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine yang dipetik Interfax, agensi berita negara itu.

Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.
Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh.

"Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.

"Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya.

Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing itu terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini.
Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam.

Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine.- Sky News

Artikel Berkenaan

Presiden Ukraine kata ‘tindakan pengganas’ jatuhkan pesawat MH17

KIEV: Presiden Ukraine, Petro Poroshenko percaya ‘tindakan pengganas’ menjadi punca pesawat Malaysia terhempas malam ini, kata setiausaha akhbarnya.

Bursa AS menjunam susulan nahas pesawat MAS

NEW YORK: Bursa saham Amerika Syarikat (AS) menjunam hari ini susulan berita sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) terhempas di Ukraine serta laporan yang mengaitkannya ditembak jatuh mencetuskan kebimbangan baharu merebaknya konflik Russia.

Wisma Putra bekerjasama dengan Russia dan Ukraine - Hamzah

KUALA LUMPUR: Wisma Putra sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.

23 warga Amerika Syarikat antara penumpang MH17

KIEV: Jumlah kematian dalam kejadian pesawat MH17 dipercayai terhempas melebihi 300 orang termasuk 23 warga Amerika Syarikat, kata Penasihat Kementerian Dalam Negeri, dipetik oleh Ifax.

Pekerja kecemasan dakwa jumpai kira-kira 100 mayat di tempat kejadian

GRABOVO, (Ukraine): Berpuluh-puluh mayat bergelimpangan di sekeliling serpihan sebuah pesawat penumpang yang dipercayai terhempas di sebuah ladang di timur Ukraine malam ini, lapor wartawan Reuters.

Boeing bersedia salur bantuan bagi MH17

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar pesawat, Boeing berkata ia bersedia memberi apa jua bantuan yang diminta oleh pihak berkuasa berhubung dengan MH17.

Liow tidak dapat sahkan namun akan pulang secepat mungkin

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata buat masa ini beliau tidak dapat mengesahkan laporan berita berhubung sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.

Belum ada pengesahan MH17 ditembak jatuh - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata belum ada pengesahan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh.

Ukraine tuduh pesawat Malaysia ditembak jatuh oleh ‘pengganas’

GRABOVO, (Ukraine): Pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh oleh militan pro-Russia di timur Ukraine, dakwa pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine.

Presiden Russia akan bincang nahas pesawat Malaysia dengan Obama

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin dalam perbualan telefon dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, pesawat Malaysia dipercayai terhempas di wilayah Ukraine.

Pesawat penumpang Malaysia terhempas dekat sempadan Russia

MOSCOW: Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini. - Reuters

Tentera Ukraine tidak terbabit tembak jatuh pesawat Malaysia - Presiden Ukraine

KIEV: Angkatan Tentera Ukraine tidak terbabit dalam insiden pesawat Malaysia yang dipercayai terhempas di timur Ukraine, kata bahagian media Presiden Ukraine.

Insiden MH17: Kenyataan media MAS

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines confirms it received notification from Ukrainian ATC that it had lost contact with flight MH17 at 1415 (GMT) at 30km from Tamak waypoint, approximately 50km from the Russia-Ukraine border.

Kerajaan sedang siasat insiden pesawat terhempas di Ukraine - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak lahirkan perasaan terkejut terhadap perkhabaran mengenai nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini.

Pesawat Malaysia ditembak jatuh - Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine

KIEV: Seramai 280 penumpang, 15 kru maut selepas pesawat dipercayai ditembak jatuh di Ukraine, kata Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine yang dipetik Interfax, agensi berita negara itu.

GAMBAR-GAMBAR TERKINI NAHAS MH17

GAMBAR-GAMBAR TERKINI  NAHAS MH17 | Pesawat Boeing 777 itu membawa 295 penumpang termasuk 15 anak kapal dan 17 kanak-kanak.

-
-
GAMBAR-GAMBAR TERKINI  NAHAS MH17

Berikut beberapa keping gambar nahas MH17. Cuba anda bayangkan apakah nasib penumpang di dalam pesawat ini.

Pesawat Malaysia ditembak jatuh - Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine

Pesawat Malaysia ditembak jatuh - Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine Agensi berita Reuters melaporkan pesawat MAS MH17 membawa 295 penumpang.
KIEV: Seramai 280 penumpang, 15 kru maut selepas pesawat dipercayai ditembak jatuh di Ukraine, kata Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine yang dipetik Interfax, agensi berita negara itu.

Menurut sumber lain, pesawat itu ialah jenis Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko.
Pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu dari darat ke udara.

Setakat ini, tiada pengesahan lanjut mengenai laporan berkenaan walaupun pegawai Russia berkata, penduduk tempatan menjumpai bangkai pesawat.

Gerashchenko dipetik sebagai berkata: "Sebuah pesawat awam yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh oleh sistem anti-pesawat Buk....280 penumpang dan 15 kru terbunuh." - Reuters

Artikel Berkenaan

Presiden Ukraine kata ‘tindakan pengganas’ jatuhkan pesawat MH17

KIEV: Presiden Ukraine, Petro Poroshenko percaya ‘tindakan pengganas’ menjadi punca pesawat Malaysia terhempas malam ini, kata setiausaha akhbarnya.

Bursa AS menjunam susulan nahas pesawat MAS

NEW YORK: Bursa saham Amerika Syarikat (AS) menjunam hari ini susulan berita sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) terhempas di Ukraine serta laporan yang mengaitkannya ditembak jatuh mencetuskan kebimbangan baharu merebaknya konflik Russia.

Wisma Putra bekerjasama dengan Russia dan Ukraine - Hamzah

KUALA LUMPUR: Wisma Putra sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.

23 warga Amerika Syarikat antara penumpang MH17

KIEV: Jumlah kematian dalam kejadian pesawat MH17 dipercayai terhempas melebihi 300 orang termasuk 23 warga Amerika Syarikat, kata Penasihat Kementerian Dalam Negeri, dipetik oleh Ifax.

Pekerja kecemasan dakwa jumpai kira-kira 100 mayat di tempat kejadian

GRABOVO, (Ukraine): Berpuluh-puluh mayat bergelimpangan di sekeliling serpihan sebuah pesawat penumpang yang dipercayai terhempas di sebuah ladang di timur Ukraine malam ini, lapor wartawan Reuters.

Boeing bersedia salur bantuan bagi MH17

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar pesawat, Boeing berkata ia bersedia memberi apa jua bantuan yang diminta oleh pihak berkuasa berhubung dengan MH17.

Thursday, 17 July 2014

RAKAMAN GAMBAR MH17 PESAWAT MAS YANG TERHEMPAS DI UKRAINE.

Senarai Krew Penerbangan MH17 Yang Terbabit Nahas (Bertaip)

Setelah dikejutkan dengan peristiwa MH17, kini salah seorang pekerja dari MAS telah mengambil gambar screen krew-krew yang terlibat dalam penerbangan tersebut.
Diharap agar semua keluarga mangsa bersabar dan ucapan takziah dari SK. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang beragama Islam - SiakapKeli.com
Berikut adalah senarai-senarai kru MH17 berdasarkan gambar screen tersebut:

1. WAN AMRAN BIN WAN HUSSIN - LELAKI / MALAYSIA

2. CHOO JIN LEONG EUGENE - LELAKI / MALAYSIA

3. AHMAD HAKIMI BIN HANAPI - LELAKI / MALAYSIA

4. MUHAMAD FIRDAUS BIN ABDUL RAHIM - LELAKI / MALAYSIA

5. MOHD GHAFAR BIN ABU BAKAR - LELAKI / MALAYSIA

6. DORA SHAHILA BINTI KASSIM - PEREMPUAN / MALAYSIA

7. AZRINA BINTI YAKOB - PEREMPUAN / MALAYSIA

8. LEE HUI PIN - PEREMPUAN / MALAYSIA

9. MASTURA BINTI MUSTAFA - PEREMPUAN / MALAYSIA

10. CHONG YEE PEHNG - PEREMPUAN / MALAYSIA

11. SHAIKH MOHD NOOR BIN MAHMOOD - LELAKI / MALAYSIA

12. SANJID SINGH SANDHU - LELAKI / MALAYSIA

13. NAMFAZLIN SHAM BINTI MOHAMED ARIFIN - PEREMPUAN / MALAYSIA

14. NUR SHAZANA BINTI MOHAMED SALLEH - PEREMPUAN / MALAYSIA

15. ANGELINE PREMILA RAJANDARAN PEREMPUAN / MALAYSIA

Gambar Screen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan