Sabtu, 12 Julai 2014

SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK

Saturday, 12 July 2014


SUBHANALLAH!!! .. (4 FOTO) PADERI YAHUDI (RABBI), MENGETUAI DEMO BANTAH DAN KUTUK SERANGAN ISRAEL KEATAS TEBING GAZA DI DIDEPAN KEDUTAAN ISRAEL, LONDON.


Seorang paderi Yahudi (Rabbi) berdiri di atas sebuah bas dua tingkat di barat London hari ini sebagai sebahagian daripada ribuan demosntran bantahan pro-Palestin menentang "pencerobohan Israel" di Gaza.

Penunjuk perasaan telah membuat laluan trafik terhenti di luar Kedutaan Israel berhampiran Kensington High Street semasa bantahan terhadap apa yang mereka lihat sebagai tindakan semakin ganas Israel terhadap rakyat Palestin.

Rabbi itu memegang banner yang berbunyi "Judaism rejects the Zionist state and condemns its criminal siege and occupation"

Ini baru betul hebat dan berani .. berdemo depan Kedutaan Israel .. bukannya macam pemuda-pemuda UMNO sekarang berani menjerit terlalak terlolong sampai putus urat kentut tapi didepan bangunan PWTC.

Jangan kita jadi agen fitnah. kesian Messi!


Jangan kita jadi agen fitnah. kesian messi Benarkah MESSI & BARCELONA menyokong ISRAEL? *Mohon JANGAN baca & sebarkan. Sebab ini cerita yang betul. Cerita salah baru la share. (Typical Malaysian)
Gempar viral di facebook dengan gambar-gambar Messi & rakan-rakan Barcelona mengadakan lawatan ke Israel dengan Messi memegang baju bertulis ‘stand with Israel’ (berdiri bersama Israel). Viral ini tersebar meluas di laman web serta di facebook sejurus selepas bedilan bom di gaza. Demi menunjukkan betapa diri itu prihatin, maka ramailah yang turut serta untuk menge-share di wall masing-masing. 

Yang lebih menakjubkan ramai ustaz-ustaz dengan imej mulia turut serta menyebarkan berita ini. Maka lahirlah komen-komen seperti di bawah. - “Boikot messi. Dia Yahudi n penyokong kuat Israel rupanya “ - “sy peminat dia.tetapi dh tau dia ni puak2 yg menyokong israel yahudi terus sy membencinya.xguna punya messi..” - “Baru tau. Say NO to Messi.!!” - “Boikotlah Messi...Boikotlah Argentina...Boikotlah Barcelona...” - “Kalau ini idola sesetengah umat islam..baik hentikan!!!” Pelbagai tohmahan dihambur…. Kesian Messi….. Tapi, tahukah kita sejauh mana kebenarannya??
………..................................................................................................
Kebenarannya :- Ya, memang benar Messi dan Barcelona telah ke Israel pada tahun 2013. NAMUN, Hakikatnya pada masa yang sama mereka juga telah mengadakan lawatan ke Palestin! Barcelona telah mengadakan “PEACE TOUR” ke Palestin & Israel dengan harapan bola sepak dijadikan sebagai medium untuk perdamaian. Messi sendiri telah bersalaman dengan presiden Palestin yang turut serta pada sesi temuramah bersama-sama rakan-rakan Barcelona yang lain.
Kemuncak “PEACE TOUR” itu ialah perlawanan persahabatan di antara FC Barcelona VS team gabungan Palestin+Israel, namun begitu dibatalkan kerana konflik yang sukar untuk menggabungkan kedua2 pasukan kebangsaan itu. Barcelona juga mengadakan ‘klinik bola’ untuk kanak-kanak daripada kedua-dua Negara Palestin & Israel.
Rujukan 1, http://www.fcbarcelona.com/club/detail/article/peace-tour-visit-to-palestine Rujukan 2, http://www.reuters.com/article/2013/08/03/us-soccer-barcelona-palestinians-idUSBRE9720BI20130803 Rujukan 3, http://www.thenational.ae/sport/football/lionel-messi-and-barcelona-train-with-palestine-and-israeli-children

Ada juga gambar yang menunjukkan Messi & rakan-rakan melawat Jurusalem’s western wall ( tempat para yahudi berkumpul dan berdoa di depan dinding). Ya memang benar, tapi itu adalah salah satu aturcara yang ditetapkan bagi menghormati Israel sebagai tuan rumah. Yang mana saya percaya kalau Messi datang ke Malaysia, dia juga tidak akan menolak perlawaan untuk ke masjid-masjid jika di undang! Messi juga merupakan penganut agama Kristian dan bukannya Yahudi! 


Juga, Di dalam salah satu gambar yang tersebar ada terlihat Messi memegang T-shirt berwarna hitam yang bertulis “stand with Israel” (berdiri bersama israel). Sebagai seorang designer, dengan sekali imbas mudah untuk mengenal pasti bahawa gambar itu bukanlah gambar yang ASLI. Gambar tersebut telah pun diedit daripada gambar asal yang mana Messi sebenarnya mempromosikan Pan American Games 2019 di Rosario ( kampung halaman Messi ). Rujukan, http://www.miguelzamarini.com/wp-content/uploads/2011/12/IMG_0153.jpg

Jadi, Pengajarannya periksa dahulu sumber asal usul berita yang disampaikan. Messi & Barcelona bukanlah Yahudi , bukan juga agen zionis seperti yang diperkatakan. Sekurang-kurangnya mereka cuba menyatu-padukan dua Negara melalui bola sepak. Apa sumbangan kita? Pada siapa yang sebar fitnah tanpa usul periksa, SHAME ON YOU!

SERAM !! Air Terjun Bawah Laut Di Kepulauan Lautan Hindi (6 Gambar)



Mauritius adalah sebuah negara kepulauan di Lautan Hindi kira-kira 2,000 kilometer (1,200 batu) di lepas pantai tenggara benua Afrika.

Mauritius pertama kali ditemui oleh bangsa Arab pada 975 Masehi, kemudian oleh Portugis antara 1507 dan 1513. Sejak itu setelah tempoh penggantian dan penjajahan antara Perancis, Belanda dan Inggeris. Pulau ini menjadi republik pada tahun 1968.

Terletak di hujung Barat pulau, anda akan menemui sebuah ilusi yang menarik. Bila dilihat dari atas, larian pasir dan endapan lumpur mencipta ilusi 'air terjun bawah laut'. Pandangan satelit (seperti terlihat pada screenshot Google Maps) sama-sama dramatik, pusaran air kelihatan muncul di pantai syurga tropika ini.













Palestin sudah bersiap sedia
  • Askar Israel menunggu 'lampu hijau' untuk melakukan serangan darat. Askar Israel menunggu 'lampu hijau' untuk melakukan serangan darat.
1 / 1
GAZA- Palestin kini bersiap sedia menghadapi ancaman 40,000 tentera Zionis yang akan dilancarkan pada bila-bila masa melalui Operasi Perlindungan Sempadan.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengumumkan perkara itu dan meminta semua penduduk bersedia, lapor Press TV.
"Segala usaha saya untuk menamatkan keganasan gagal. Namun kami tidak akan putus asa mempertahankan tanah ini sungguh pun Israel terus mendesak supaya meninggalkan tanah ini.
"Kami tidak mempunyai senjata, tetapi kami akan tetap teguh mempertahankan negara ini. Jika Israel mempunyai peluru berpandu dan senjata, ini tidak bermakna kita akan menyerah diri,“ katanya.
Menurutnya, Palestin bersedia untuk melakukan gencatan senjata jika dipersetujui Israel tetapi hingga kini negara itu masih berdiam dan enggan berbincang sungguh pun mendapat nasihat dan teguran negara lain.
Semalam beliau meminta rakyat Palestin yang tinggal berhampiran sempadan dengan Israel supaya meninggalkan kediaman mereka dan bergerak menuju ke Genting Gaza.







Israel takut kena boikot..!!!

Dalam keghairahan membedil ratusan roket ke Gaza, Israel dilaporkan ketakutan susulan peningkatan kempen boikot produk-produk keluaran mereka.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menganggap kempen boikot itu adalah masalah terbesar jika ia benar-benar dilaksanakan.
Susulan ancaman beberapa negara termasuk Britain, beliau adakan mesyuarat Kabinet tergempar untuk cari penyelesaian.
“Jika negara di seluruh dunia setuju memboikot produk Israel maka ekonomi negara itu berada dalam bahaya,” petik laporan Jpost.
Februari lalu, ancaman boikot itu disuarakan Menteri Luar Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry ketika menjadi perantaraan rundingan damai Israel dan Palestin.
“AS mengancam untuk memboikot segala produk Israel, jika rundingan damai Israel dengan Palestin ini gagal,” katanya.
Sehari kemudian, Kesatuan Eropah (EU) menyatakan pendirian sama terhadap Israel.
Dilaporkan juga, Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid, beberapa kali mengingatkan jika kempen boikot itu menjadi realiti terutama dari EU maka mereka akan terputus hubungan dagang terbesar di negara itu.
“Israel kemungkinan akan mengalami penurunan nilai eksport ke negara EU sehingga AS$5.7 juta (RM18 juta) dan 9,800 penduduknya akan hilang pekerjaan,” menurutnya.
Bagaimanapun, Menteri Strategi Israel, Yuval Steinitz berpendapat, ancaman AS dan EU itu bersifat tidak adil dan serius.
“Israel tidak dapat berunding mengenai ancaman itu jika pistol sudah diarahkan ke kepala kami. Ini sayu ugutan,” katanya dipetik Jpost
Namun, beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan sinis apabila menyatakan kedua-dua negara itu tidak perlu menipu diri sendiri.
“Kita seharusnya tidak menipu diri sendiri. Dunia sedang memerhati AS dalam rundingan damai ini.
"Kita harus akui jika rundingan dengan Palestin gagal, dunia akan percaya bahawa kita yang bertanggung jawab dan akan ada harga yang harus dibayar,” katanya.


Niat Murtadkan Teman Wanita


 
Niat Murtadkan Teman Wanita

Niat Murtadkan Teman Wanita | Bercinta dengan seorang wanita beragama Islam membuatkan lelaki yang pernah bergelar pendakwah agama mahu cuba memurtadkan teman wanitanya itu pada mulanya.
Azley Stanley menyatakan ketika itu usianya baru saja mencecah 23 tahun dan sudah berniat untuk mengahwini wanita tersebut.
“Saya membesar di perkampungan orang Melayu dan sangat sukakan cara hidup mereka hinggakan saya sendiri bercadang untuk memilih isteri dari kalangan orang Melayu,” katanya.
Lelaki itu aktif dalam menyebarkan agamanya sendiri membuatkan dirinya sangat membenci Islam dan salah satu puncanya apabila melihat ramai umat Islam yang tidak melaksanakan tuntutan agama mereka sendiri.
“Sampai saya terfikir, kenapa mereka tidak ke masjid dan ada antara kawan yang tidak bersembahyang dan sebagainya sehingga saya melihat diri saya sebenarnya lebih baik kerana setiap minggu akan mengunjungi rumah ibadat.
“Maksudnya saya lebih baik dan dari situ saya membenci Islam. Disebabkan itu jugalah setelah berkenalan dengan teman wanita menyebabkan saya berniat untuk memurtadkannya,” tambahnya lagi.
Dia yang kini sudah pun bergelar isteri kepada Azley mengakui mengetahui niat Azley untuk menariknya ke dalam agama lain ketika awal perkenalan.
“Disebabkan cinta kami bertahan, Azley pada awalnya sudah memberitahu kepada saya niatnya untuk mengahwini saya di rumah ibadatnya, tetapi saya kemudiannya dengan perlahan memberitahunya.
“Jika ingin berkahwin dengan cara itu, apa kata kahwin dulu dengan cara Islam, tapi sebelum berkahwin cara Islam kena belajar mengenai Islam, kalau tidak malu nanti kena tanya dengan tok kadi dan tak tahu jawab,” ujarnya lagi.
Kerana sangat mencintai Nor Azizah, Azley mengakui terpaksa juga ke Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) bertemu Ustaz Yusuf untuk mempelajari selok-belok Islam.
Dia mengakui datang bertemu dengan ustaz berkenaan dengan ego yang begitu tinggi kerana beranggapan dirinya lebih baik daripada ustaz tersebut.
Dia sendiri bersoal jawab dengan ustaz berkenaan dan menganggap soalannya antara yang terbaik bagi melawan kata-kata ustaz berkenaan. Namun sangkaannya meleset, segala jawapan yang diberikan menyentuh jiwanya perlahan-lahan.
“Antara yang diberitahu Ustaz Yusuf ialah Islam percaya dengan Nabi Isa dan itu membuatkan saya terkedu sedangkan ketika mendengar ceramah agama saya satu ketika dahulu, mereka menghina Nabi Muhammad.
“Tetapi Islam tidak pernah menghina Isa, malah menceritakan kehebatan Nabi Isa. Saya begitu kagum dan pada masa itulah saya terfikir, apa beza saya sekarang, sama sahaja.
“Pada saat itu juga saya terfikir jika saya putus dengan agama saya sekalipun dan masuk Islam, hubungan saya dengan Isa tidak akan putus, kemudiannya dengan kuasa ALLAH selepas tiga hari menghadiri kelas agama, saya mengucapkan dua kalimah syahadah di Masjid
USM,” katanya.
Ceritanya tidak berakhir di situ sahaja, Azley menambah ada kenangan yang begitu menjadikan dirinya emosional.
“Saat saya pergi mengucapkan dua kalimah syahadah di dalam masjid, pada masa itu saya masih tidak menanggalkan rantai lambang agama yang saya pakai, tetapi Ustaz Yusuf langsung tidak melarang dan hanya memerhatikan saya.
“Sehinggalah saya pulang ke rumah dan berfikir dan membuat keputusan sendiri tanpa dipaksa, akhirnya sehingga kini Islamlah pegangan saya,” katanya.
Walaupun ibu dan ayahnya menjauhi dirinya buat seketika, namun lama kelamaan mereka memahami kepercayaan baru yang dianutinya.
Azley bertuah apabila ayahnya sendiri membelikannya sejadah dan menyediakan ruang solat di rumahnya untuk memudahkan Azley bersolat.
Tetapi tiada yang lebih bertuah apabila kedua ibu-bapanya itu turut memeluk Islam pada 2011, namun Allah lebih menyayangi mereka dan kedua-duanya meninggal pada 2012 namun pada bulan yang berbeza.
Di akhir katanya, Azley mengakui dia memilih jalan yang paling benar dan bersyukur apabila melihat anaknya kini dilahirkan sebagai Islam.
“Cuma apa yang saya bimbangkan adalah adakah Islam mereka sekadar nama dan benar-benar kukuh, jadi itulah tanggungjawab saya dan isteri untuk mendidik anak memahami agama yang mereka anuti,” tambahnya lagi.





Terkini
I.S telah mengeluarkan gambar terbaru ia menunjukkan 2,500 peluru berpandu kimia ia digunakan oleh tentera bakal bekas president basyar al assad ini telah dirampas dan akan dihantarkan ke palestine 1,500 peluru berpandu ia satu dilancarkan boleh memusnahkan separuh penempatan haram yahudi tersebut dan selebihnya akan di gunakan untuk menakluki baghdad syria , jordan , arab saudi ,eropah , sepanyol ,amerika ini menjadikan I.S kumpulan penentang kuasa ketiga dalam memiliki senjata peluru berpandu kimia / nuklear terbesar di dunia
ALLAHUAKBAR !
Sebahagian penganilisis perang Israel;
"Jika askar Israel mula memasuki Gaza bagi usaha perang darat, mereka tidak akan tahu cara ingin keluar dengan selamat.."
Sumber;
GazaNow
Imagine if most of the people in your country lived in range of rocket fire. Share this map so that everybody understands our reality.

Sabtu, 12 Julai 2014


Guru baling kasut ditukar sekolah

Muthu menunjukkan kepala Sharmini yang berbalut akibat luka selepas didakwa dibaling dengan kasut oleh gurunya. 
PORT DICKSON - Seorang guru yang bertindak melampau membaling kasut ke arah seorang murid di sebuah sekolah kebangsaan di sini, sehingga mencederakan dahi kanak-kanak tersebut  diarah tukar sekolah serta-merta.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Kalsom Khalid berkata, arahan dikeluarkan berkuat kuasa mulai semalam.
Selain itu, katanya, guru berusia lingkungan 50-an itu akan dipanggil bagi membantu siasatan terhadap kes yang berlaku terhadap M Sharmini, 8.
“Pihak kaunselor dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga akan memberi kaunseling kepada guru berkenaan dan pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa. Selain itu, surat tunjuk sebab akan dikeluarkan untuk tindakan seterusnya,” katanya, semalam.


Kalsom berkata, JPNS, PPD Port Dickson dan pihak sekolah telah mengadakan pertemuan dengan ibu bapa murid terbabit untuk memohon maaf.
Sinar Harian melaporkan Sharmini luka di dahi apabila guru terbabit melempar kasut yang dipakainya ketika mengajar subjek pendidikan moral.
Guru berkenaan berbuat demikian kerana dipercayai marah apabila murid itu bersama dua lagi rakannya bermain di belakang kelas ketika dia sedang mengajar.
Sharmini  dibawa ke Klinik Kesihatan Port Dickson sebelum ke Hospital Port Dickson dan menerima tiga jahitan.

Sudah tiba masa untuk kita berubah wahai pemuda pemudi Islam....kembali pada agama, bawa perubahan dlm keluarga kamu dan ubah masyarakat Islammu...
5 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada Pemuda & Pemudi
1) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.
2) Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
3) Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
4) Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.
5) Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.
sumber: http://on.fb.me/1nMNN04
-AKA-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan