Khamis, 17 Julai 2014

POLITIK BERKAIT RAPAT DENGAN AKIDAH...BUKAN SUKA2...TAPI KENA LIHAT DASAR PERJUANGAN SERTA PANDUANNYA SAMA ADA QURAN HADIS ATAU HANYA MENGUNAKAN AKAL DAN ILMU DUNIA SEMATA2 SAJA....TAK SABITKAN PENCIPTA IAITU ALLAH SWT

Pendedahan mengejut ibu bayi dianiaya Taska Temanku, Menara PJD (6 Foto)

Pendedahan mengejut ibu bayi dianiaya Taska Temanku, Menara PJD - Seorang ibu kepada bayi yang dianiaya di Taska Temanku, Menara PJD telah membuat satu pendedahan mengejut di laman sosial. Artikel tersebut telah dikongsikan oleh blog mymediahubonline.

Mari baca pendedahan panjang lebar wanita terbabit di bawah. Untuk pengetahuan, semua maklumat ini adalah milik blog mymediahubonline dan penulis hanya mengambil screenshots blog tersebut dari awal artikel hingga akhir.















Kredit kepada : Blog mymediahubonline



Banyok sek nih hok tok tahu, mari baca bia bulih tahu

-----------------------
SUAMI ISTERI , RAMADHAN & ...
-----------------------
✔ Masuk waktu subuh dalam keadaan junub
Ini adalah khusus bagi suami isteri yang berjima’ pada malam hari atau bagi sesiapa yang bermimpi dan dia masuk waktu pagi dalam keadaan belum mandi wajib. Berkata Aisyah dan Ummu Salamah RA,
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ أَهْلِهِ ، ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ
Ertinya: “Rasulullah SAW pernah memasuki waktu fajar (subuh) dalam keadaan junub kerana bersetubuh dengan istrinya, kemudian baginda mandi dan berpuasa.” (riwayat Imam Al Bukhari no. 1926)
✔ Bermesra dan mengucup isteri
Perkara ini berlaku pada zaman sahabat Nabi RA, di mana isteri seorang sahabat bertemu dengan Aisyah RA mengadukan bahawasanya suaminya tidak mahu duduk dekat dengannya pada bulan puasa. Apabila ditanya mengapa, jawabnya kerana ini bulan puasa dan dibimbangi berlaku perkara yang membatalkan puasa. Jadi si isteri kecewa dan merasa seolah-olah bulan Ramadhan menjadikan rumahtangga mereka menjadi dingin. Kata Aisyah RA,
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقبل وهو صائم ويباشر وهو صائم ولكنه أملككم لإربه
Ertinya: “Rasulullah SAW pernah mencium dan bercumbu ketika baginda sedang berpuasa. Namun baginda adalah orang yang paling kuat menahan nafsunya di antara kalian.” (riwayat Al-Bukhari no. 1927 dan Muslim no. 1106)
Seorang sahabat berkata, “Bukankah Allah telah mengampuni dosa Rasulullah yang terdahulu dan yang akan datang?” Baginda SAW bersabda: “Ketahuilah demi Allah, sesungguhnya aku lebih bertaqwa kepada Allah dari kalian dan lebih takut kepada Allah dari kalian.” (riwayat Muslim)
Ini menunjukkan satu keharusan bergurau senda di antara suami dan isteri di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak.
✔ Melakukan Hubungan Seksual dengan Sengaja, Hubungan seksual baik dilakukan pasangan suami isteri atau bukan dapat menyebabkan batalnya puasa dengan ketentuan melakukannya dalam keadaan sadar dan sengaja. Suatu perbuatan dapat dikatakan hubungan seksual dengan batas minimal masuknya khasafah ke dalam farji (vagina), dan apabila kurang dari itu maka tidak dikatagorikan hubungan seksual dan tidak membatalkan puasa.
Barang siapa melakukan hubunngan seksual dengan sengaja pada saat menjalankan ibadah puasa Ramadhan, sedangkan malam harinya ia berniat menjalankan puasa, maka orang tersebut berdosa dengan alasan telah merusak ibadah puasa, oleh karena itu ia diwajibkan untuk mengqadla dan membayar kifarat (memerdekakan budak perempuan mu’min) sebagai hukumnya.
Jika tidak menemukan seorang budak untuk dimerdekakan atau tidak mampu untuk memerdekakannya dari segi pembiayaan, maka menggantinya dengan berpuasa dua bulan secara berurut-urut di bulan selain bulan Ramadhan, dan apabila ia tidak mampu juga maka diwajibkan membayar fidyah untuk 60 orang fakir atau miskin. Dan bagi tiap-tiap orang miskin mendapatkan satu mud dari makanan yang mencukupi untuk zakat fitrah.
Apabila ia tidak mampu semuanya, maka kafarat tersebut tidak gugur dan tetap menjadi tanggungannya. Dan pada saat ia ada kemampuan untuk membayar dengan cara mencicil, maka lakukan saja dengan segera.
جَاءَ رَجُلٌ اِلَى النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: هَلَكْتُ يَارَسُوْلَ اللهِ قَالَ: وَمَا اَهْلَكَكَ قَالَ: وَقَعْتُ عَلَى امْرَاَتِى فِى رَمَضَانَ قَالَ: هَلْ تَجِدُ مَاتُعْتِقُ رَقَبَةً قَالَ:لَا،قَالَ: هَلْ تَسْتَطِيْعُ اَنْ تَصُوْمَ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ قَالَ: لَا،قَالَ:هَلْ تَجِدُ مَا تُطْعِمُ سِتِّيْنَ مِسْكِيْنًا قَالَ:لَا،ثُمَّ جَلَسَ فَاُءتِيَ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَرَقٍ فِيْهِ تَمْرٌ قَالَ: تَصَدَّقْ بِهَذَاقَالَ: فَهَلْ اَعْلَى اَفْقَرَ مِنَّا؟ فَوَاللهِ مَا بَيْنَ لَا بَتَيْهَا اَهْلُ بَيْتٍ اَحْوَجُ اِلَيْهِ مِنَّا فَضَحِكَ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى بَدَتْ اَنْيَابُهُ وَقَالَ:اذْهَبْ فَاطْعِمْهُ اَهْلَكَ
Dari Abu Hurairah r.a, menceritakan, seorang pria dating kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, ia berkata: “celaka aku wahai Rasulullah”, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, bertanya: “apa yang mencelakakanmu?”, pria itu menjawab: “aku telah bercampur dengan isteriku pada bulan Ramadhan”, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, menjawab: “mampukah kamu memerdekakan seorang budak?”, ia menjawab: “tidak”. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, betanya padanya: “mampukah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut?”, pria itu menjawab: “tidak mampu”. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bertanya lagi: apakah kamu memiliki makanan untuk member makan enam puluh orang miskin?”, ia menjawab; “tidak”, kemudian pria itu duduk. Lalu Nabi diberi satu keranjang besar berisi kurma, dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, berkata kepadanya : “bersedekahlah dengan kurma ini”. Pria itu bertanya: “Apakah ada orang yang lebih membutuhkan dari kami?, tidak ada keluarga yang lebih membutuhkan kurma ini selain dari keluarga kami”. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. tertawa, sehingga terliuat gigi taringnya, dan Beliau bersabda: “kembalilah ke rumahmu dan berikan kurma itu pada keluargamu”. (Hadits Shahih, riwayat al-Bukhari: 1800 dan Muslim: 1870).
.......
iklan:: JUALAN SPER-MAX PROMOSI RAYA, hanya sms "SR99" ke 0133152687

17 Julai 2014


TERHOT! SKANDAL PJ SENTRAL PUNCA UTAMA PUAK PKR HENDAK SINGKIR MB? LIHAT APA RESPON SPRM



PASMEB lapor SPRM skandal PJ Sentral


Oleh: LIZAWATI MADFA

PUTRAJAYA, 17 JULAI: Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal PJ Sentral Development (PJ Sentral), di sini.

Pengerusi PASMEB, Mazli Saring, berkata pihaknya turut membuat laporan berhubung dakwaan pecah amanah dana Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di beberapa pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen.

Katanya, laporan dibuat berdasarkan pendedahan audit MES yang dilaksanakan Kerajaan Negeri. baru-baru ini.



“Kita dapati ada skim yang diberi berjumlah lebih RM30,000 tetapi tiada butiran penerima, tidak tahu ke mana dibelanjakan.

“Bagi kes PJ Sentral, kita merasakan terdapat isu tidak jelas dalam penganugerahan kontrak membabitkan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Jadi, di sini kita ada sediakan dokumen beserta bukti lebih 30 muka surat untuk penelitian dan tindakan SPRM,” katanya kepada pemberita di hadapan pejabat SPRM.

Pada pertengahan Jun lalu, Kerajaan Negeri mengarahkan tiga anggota exconya memantau perbelanjaan dana PKNS serta mendapatkan laporan pihak terbabit dalam transaksi projek PJ Sentral.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata langkah itu diambil bagi mendapatkan penjelasan dan laporan daripada salah seorang ahli lembaga pengarah PKNS yang juga berstatus ADUN.


Sementara itu, pada awal bulan ini, Kerajaan Negeri mengarahkan Jabatan Audit Negeri Selangor supaya menjalankan audit terhadap Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri, Pejabat Penyelaras DUN dan Pejabat Ahli Parlimen Selangor bagi memantau penggunaan peruntukan kewangan bagi program kebajikan di bawah MES.

Hasil laporan audit ini akan dihantar kepada Majlis Tindakan Integriti Negeri Selangor untuk dibuat rumusan dan membaiki sebarang kelemahan bagi meningkatkan lagi keberkesanan program kebajikan terbabit.

-NFN-SELANGORKINI


Azmin dan penyokongnya cadang Khalid dipecat daripada jawatan MB Selangor

OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

Published: 17 January 2014



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hampir hilang pekerjaannya dua malam lalu apabila timbalan presiden parti Azmin Ali dan penyokong mencadangkan beliau disingkirkan daripada kerusi itu.

Ia berlaku rentetan kemarahan penyingkiran Azmin berkenaan penyingkirannya daripada lembaga pengarah PKNS, namun ia diselamatkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak cadangan itu.

The Malaysian Insider difahamkan cadangan itu hangat dibahaskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada malam Rabu lepas yang dipengerusikan oleh Anwar di ibu pejabat parti.

"Saya tidak menghadiri mesyuarat malam tadi kerana perkara-perkara lain tetapi saya diberitahu perkara itu," kata Exco Selangor Elizabeth Wong yang juga ahli MPP kepada The Malaysian Insider.

Sorang lagi ahli MPP mengesahkan bahawa Azmin membuat cadangan agar Khalid diminta berhenti daripada menjadi menteri besar tetapi Anwar menolaknya.

"Cadangan itu hangat dibincangkan dalam mesyuarat tetapi Anwar akhirnya menolak idea memecat Abdul Khalid,"
satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

Setiausaha akhbar Khalid, Arfa'eza Aziz memberitahu The Malaysian Insider, mereka juga ada mendengar cadangan yang dibuat pada mesyuarat itu.

Khalid sedang berkhidmat untuk penggal kedua sebagai Menteri Besar walaupun PKR hanya mempunyai 14 kerusi manakala DAP rakan kongsinya dan PAS masing-masing memegang 15 kerusi dalam Dewan Negeri yang mempunyai 56 kerusi itu selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Walaupun popular, Khalid tidak memegang sebarang jawatan utama parti sedangkan Azmin juga adalah Pengerusi PKR Selangor. Kedua-duanya dilihat sebagai penyokong Anwar tetapi menjadi pesaing dalam parti yang akan mengadakan pemilihannya pertengahan tahun ini.

Azmin menjadi sorotan baru-baru ini apabila beliau dikatakan telah dipecat daripada lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Sumber berkata, rasa tidak puas hati kerana dipecat itu menjadi sebab utama mengapa beliau mencadangkan agar Abdul Khalid dipecat sebagai MB Selangor.

Anwar dalam sidang medianya semalam menolak cadangan kerajaan negeri untuk memecat Azmin kerana sepatutnya beliau berkhidmat sehingga 2015.

Bagaimanapun, Khalid telah menjelaskan bahawa beliau ataupun Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN atau Exco) tidak pernah membuat keputusan untuk membuang Azmin.

"Ia dibuat oleh Pengurus Besar (GM) PKNS," kata Khalid dalam sidang medianya selepas mesyuarat Exco Selangor semalam.

Anwar dalam sidang medianya hari ini berkata pemecatan Azmin tidak sah kerana hanya MB dan Exco sahaja berkuasa membuat tindakan itu.

Pengurus Besar PKNS Othman Omar bertindak menghantar surat kepada Azmin bagi memaklumkan beliau (Azmin) telah dipecat daripada lembaga pengarah PKNS.

Surat ini berdasarkan kertas Exco yang dihantar balik kepada PKNS yang tidak memasukkan nama Azmin dalam senarai lembaga pengarah dengan hanya dibiarkan kosong.

Exco hanya memutuskan dua nama iaitu Iskandar Samad daripada PAS dan Datuk Teng Chan Khim daripada DAP manakala satu lagi nama tidak diisi.

Berdasarkan kertas ini PKNS mentafsirkan Azmin telah dipecat. Namun pejabat MB mempertikaikan apa hak PKNS membuat tafsiran sendiri dan bertindak tanpa merujuk kepada pengerusi lembaganya yang juga MB Selangor.

Pejabat MB berkata, besar kemungkinan Khalid mahu membuat perbincangan dengan partinya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perlantikan.

Khalid berkata, nasib Azmin akan dibincangkan oleh Exco namun tidak menetapkan tarikhnya. – 17 Januari, 2014.-

SUMBER
 

Bonus raya sebulan gaji PP dibayar hari ini

Kerajaan Pulau Pinang akan mengeluarkan bonus raya sebulan gaji atau minimum RM600 yang dijanjikan kepada penjawat awamnya pada hari ini.

“Kejayaan Pulau Pinang seharusnya dikongsi bersama semua penjawat awam di negeri ini yang menunjukkan kegigihan dan kesungguhan mereka,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng.

“Oleh itu, Kerajaan negeri amat berbesar hati memberikan bonus hari raya kepada semua penjawat awam Negeri Pulau Pinang dengan bayaran setengah bulan gaji dengan minima sebanyak RM600 yang akan dibayar pada hari ini.”

Lim berkata demikian dalam ucapannya sempena majlis perhimpunan anggota perkhidmatan awam negeri  di Hotel Traders, Pulau Pinang hari ini. 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan