Selasa, 8 Julai 2014

MAIN UGUT2 PERANGAI MACAM BUDAK2

50 tahun dirantai, gajah menangis saat dibebaskan

http://realitiabadi.blogspot.com | .
 
Raju menuju pusat konservasi gajah di Mathura, India. Selama 50 tahun gajah ini mengalami penderitaan dirantai dan diseksa pemiliknya. Foto: Press People/Mirror

NEW DELHI - Ternyata bukan hanya manusia yang boleh menangis saat mendapatkan kebahagiaan, seekor gajah juga boleh menangis kala berbahagia. Seekor gajah bernama Raju dirantai selama 50 tahun, serta disiksa termasuk dipukul. Kakinya terluka akibat terlalu lama dirantai. Ia menangis saat dibebaskan oleh satu pasukan penyelamat.

Raju bertahan hidup dari makanan yang diberikan para pelancong yang melewati di tempat ia dirantai di Uttar Pradesh, India. Namun, makanan itu tak cukup bagi Raju sehingga dia perlu mengalas perutnya dengan memakan plastik dan kertas.

Namun, minggu lalu, sebuah pertubuhan hak asasi haiwan Britain, Wildlife SOS-UK, melakukan operasi menyelamat pada tengah malam. Para pembantu Raju berkata, mereka melihat haiwan besar itu menitiskan air mata saat rantai yang mengekangnya selama setengah abad dilepaskan.

"Raju dirantai 24 jam setiap hari, sungguh perbuatan kejam. Pasukan kami sangat terkejut melihat air mata mengalir di wajah Raju saat penyelamatan dilakukan," kata Pooja Binepal dari Wildlife SOS-UK.

"Keadaan itu sangat emosional. Di dalam hati, kami tahu, gajah itu sedar dia sedang dibebaskan," tambah Pooja.

Lanjut Pooja, gajah adalah haiwan luar biasa dengan kecerdasan yang cukup tinggi. Tak ada yang tahu penderitaan seperti apa yang dirasakan Raju selama setengah abad terakhir.

"Hingga kami bebaskan, Raju tidak mengetahui seperti apa rasanya berjalan bebas. Namun, hari ini dia akan mengetahuinya dan akan mempelajari kenikmatan sebuah kebebasan," ujar Pooja.

Seramai 10 doktor haiwan dan pakar kehidupan liar bergabung dalam operasi yang diadakan tengah malam itu. Selain itu, pasukan penyelamat juga dibantu 20 anggota Suruhanjaya Perhutanan dan dua polis.

Penyelamatan Raju dilakukan tengah malam untuk menghindarkan haiwan itu dari sengatan panas di kawasan Uttar Pradesh. Operasi ini dilakukan setahun selepas Wildlife SOS-UK mendapatkan maklumat dari Jabatan Perhutanan Uttar Pradesh.

Sebelum operasi pembebasan ini, mahkamah sudah memutuskan bahawa negara mengambil alih pemilikan Raju.

"Tak banyak yang boleh diketahui berkaitan masa-masa awal kehidupan Raju. Kami yakin dia diambil dari ibunya saat masih bayi," kata Pooja.

Para pemburu, lanjut Pooja, kemungkinan membunuh ibu Raju atau menggiring kawanan gajah itu ke dalam perangkap yang khusus untuk menangkap bayi gajah.

"Anak gajah yang ditangkap biasanya dipukul hingga dia menuruti perintah pemilik barunya. Semangat mereka dipatahkan," papar Pooja.

Khusus Raju, kata Pooja, kisahnya jauh lebih tragis. Gajah ini sudah dijual hingga 27 kali. Saat Wildlife SOS-UK menemui Raju, haiwan itu dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

"Dia tak mempunyai tempat berlindung pada malam hari dan digunakan sebagai alat mengemis dari pagi hingga petang. Dia tak diberi makan cukup dan dalam keadaan kelaparan serta keletihan," ujar Pooja.

Selepas mahkamah memutuskan untuk "merampas" Raju, sebuah pasukan yang dipimpin pengasas Wildlife SOS, Kartick Satyanarayan, melakukan pengintipan selama dua hari kerana bimbang pemilik Raju akan melarikan diri.

"Kami perlu bertindak cepat kerana keadaan yang menimpa Raju sangat buruk dan penyiksaannya sangat ekstrem," kata Kartick.

"Pemiliknya mencabuti bulu ekornya untuk dijual sebagai tangkal. Ekspolitasi ini harus dihentikan," tambah Kartick.

Saat operasi menyelamat dilakukan, pemilik Raju masih berusaha untuk menghalang kerja pasukan. "Dia mula meneriakkan perintah untuk menakutkan Raju dan cuba untuk memprovokasi dia. Keadaan itu mengundang bahaya kerana seekor gajah boleh membunuh manusia dengan begitu mudah apabila merasa terancam," papar Kartick.

"Dia (pemilik Raju) kemudian memasang rantai di kaki Raju untuk mencegah kami memindahkannya. Rantainya sangat kuat sehingga membuat kaki Raju terluka," tambah Kartick.

Namun, pasukan penyelamat bertegas tidak akan berundur. Saat itulah ahli pasukan penyelamat melihat air mata mengalir di wajah Raju.

"Tak perlu diragukan lagi penderitaan yang dialami Raju. Namun pada masa yang sama, dia merasakan perubahan akan datang. Ini kali pertama dia merasakan sebuah harapan," kata Kartick.

Pasukan akhirnya berjaya melepas Raju dan mengangkutnya ke dalam sebuah trak. Ia kemudian dibawa ke lokasi pemuliharaan dan pusat pemulihan gajah milik Wildlife SOS di Mathura, kira-kira 560 kilometer dari "rumah" lama Raju.

"Ini kali pertama Raju melangkah dengan bebas pada lepas tengah malam, 4 Julai lalu. Dua gajah lain di pusat konservasi bangun dan melihat kami datang bersama Raju. Sebuah momen yang luar biasa," ujar Kartick.

Raju kemudian diberi makan pisang, daun pisang, mangga, roti, dan biskut, serta air yang melimpah. Para doktor kemudian masih memerlukan masa 45 minit untuk melepaskan sisa rantai di kaki Raju.

"Empat pawang memujuk Raju dengan lembut untuk duduk dan akhirnya kami boleh melepaskan semua rantai dari kaki gajah itu," kata Kartick lagi.

Raju menjalani masa pengasingan selama seminggu sebelum bergabung dengan dua gajah lain, Rajesh dan Bhola, yang juga pernah bernasib sama.

Wildlife SOS yang bergantung derma untuk aktiviti kini tengah mengumpul dana sebanyak 10,000 pound untuk membantu Raju memulakan kehidupan baru.

Sumber: kompas.com

'Siapa Raisyyah untuk menolak jodoh tersebut'

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Raisyyah Rania Yeap berkata, kalau jodoh datang pada masa ini sememangnya beliau menerimanya.
Ini, kata bekas model yang memeluk Islam pada 5 Ramadhan lalu itu kerana seharusnya beliau sudah berumahtangga.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada desas desus yang menyatakan beliau memeluk Islam semata-mata hendak mengahwini orang kaya atau anak orang kaya.
"Bagi Raisyyah, kalau ya pun betul-betul kahwin dengan orang kaya atau anak orang kaya pun di masa depan, kalau itulah jodoh Raisyyah yang Allah tentukan, Allah rancangkan untuk Raisyyah, siapa Raisyyah untuk mempertikaikan dan menolak jodoh tersebut," ujarnya menerusi rakaman yang dimuatnaik dalam facebooknya. - HARAKAHDAILY 8/7/2014
Lihat di sini

Tuesday, 8 July 2014

PROGRAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR YANG PASTI BUAT PENENTANG TSKI BENGANG ... PERUNTUKKAN RM2.8 JUTA UNTUK PROGRAM JOM SHOPPING RAYA BAGI WARGA DAN DAN GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN.


TSKI ni memang melampaulah????? Lagi kuat penentang beliau menyalak lagi kuat dia menyediakan dana untuk bantu rakyat Selangor terutamanya warga susah. .. Kalau macam ini lagi kuat mereka melalak lagi kuat sokongan rakyat Selangor khasnya dan negara amnya memberikan sokongan padu kepada beliau untuk terus menjadi Dato' Menteri Besar Selangor sehingga tamat tempoh PRU 13.

Tradisi mengembalikan hasil negeri kepada rakyat diteruskan lagi apabila Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.8 juta dalam Program Jom Shopping Raya kali ini.

Exco Kebajikan , Rodziah Ismail berkata, sama seperti tahun lepas, program itu disasarkan bagi meringankan warga emas dan golongan kurang berkemampuan membuat persediaan menyambut hari raya tahun ini.

“Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sendiri putuskan bila nak mulakan dan dijangka banyak nak mula minggu depan dengan melibatkan minima 300 penyertaan setiap DUN.

“Bagi DUN yang mempunyai kepadatan penduduk Islam tinggi akan diberi lebih contohnya di mana kawasan yang mencapai 70 peratus penduduk Islam dapat 600 kupon bermakna 600 penyertaan,” kata Rodziah ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Dalam usaha menambah mekanisma menyalurkan kekayaan negeri kepada rakyat, Kerajaan Negeri melalui konsep Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) mewujudkan program Jom Shopping bagi perserta Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Program itu kemudiannya diperluaskan lagi kepada Jom Shopping di musim perayaan bagi membantu golongan kurang berkemampuan dalam membuat persiapan menyambut perayaan masing-masing.

Selain Jom Shopping Raya, program seumpamanya turut dijalankan, Jom Shoping Tahun Baru Cina dan Jom Shopping Deepavali.11:25AM - 8 Jul 20148:16PM - 5 Jul 2014

Muhyiddin: Peristiwa 13 Mei mungkin tercetus lagi


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa peristiwa rusuhan kaum mungkin akan timbul semula sekiranya perpecahan antara kaum terus berlarutan dan tidak dibendung.

Laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut, peristiwa 13 Mei itu juga mungkin timbul sekali lagi jika berlaku sekali lagi jika Perlembagaan terus dipersoal.

Muhyiddin memberi amaran tersebut memandangkan “perbalahan kaum ketika ini sudah menjadi kebiasaan apabila satu kaum mengkritik kaum lain”.

"Sebab itu timbul pelbagai andaian apabila hubungan kaum sudah sampai ke tahap cetus ketegangan dan hubungan tidak baik. Ini boleh menyebabkan peristiwa tersebut dan saya tidak mahu sebut tarikh itu (13 Mei 1969).

"Sebab itu kita harus lihat kembali apa yang dilakukan pejuang kemerdekaan. Kita sudah hampir 57 tahun merdeka dan berupaya membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

“(Sebelum ini) memang ada perbezaan dan salah faham tetapi tidak sehingga kita berbalah atau berlaku perpecahan," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Masalah hubungan antara kaum itu diburukkan lagi dengan spekulasi dan tokok tambah dalam laman sosialTambahnya, katanya yang menggesa rakyat tidak mudah mempercayai khabar angin.

Kenyataan itu disambut dengan nada sinis oleh penasihat DAP Lim Kit Siang yang mempersoalkan sekiranya Muhyiddin mengakui kegagalan BN dalam merangka dasar perpaduan negara.

“Beliau mengakui kegagalan BN apabila membayangkan bahawa satu lagi peristiwa 13 Mei tidak mustahil akan berlaku,” kata Lim.

MP Gelang Patah itu berkata ia juga membuktikan bajhawa dasar 1 Malaysia yang dianjurkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menemui kegagalan.

“Berdasarkan kenyataan Muhyiddin itu, Kabinet dan Majlis Tertinggi BN sepatutnya mengadakan sidang tergempar kerana negara menghadapi situasi paling kritikal dalam tempoh 45 tahun,” katanya.

Pensyarah selar ucapan 13 Mei Muhyiddin


Kerajaan sepatutnya memberi harapan kepada rakyat dan bukannya amaran dan ugutan yang bertujuan untuk menakutkan mereka, kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik.

Mengulas mengenai amaran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa peristiwa rusuhan kaum mungkin akan timbul semula, Maszlee (bawah) berkata, jika kerajaan kerap memomokkan perkara tersebut, ia akan menjadikan mereka berada dalam ketakutan.

"Bagi pemimpin yang menjadi rujukan kepada rakyat sepatutnya memberikan harapan masa depan yang cerah. Kita perlu titipkan kepada jiwa rakyat untuk lihat satu sudut yang lebih positif.

"Kalau kerap memomokkan mereka dengan memainkan elemen negatif, maka mereka akan takut pada perkara yang tak pasti.

"Rakyat perlu diberikan harapan dan bukan ugutan atau ketakutan. Cukup-cukuplah kita memomokkan rakyat. Kalau hantu tak wujud pun, kita akan kata hantu itu wujud," katanya kepada KiniTV.

Laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu menyebut, Muhyiddin memberi amaran peristiwa 13 Mei mungkin timbul sekali lagi jika perlembagaan terus dipersoal.

Muhyiddin memberi amaran tersebut memandangkan “perbalahan kaum ketika ini sudah menjadi kebiasaan apabila satu kaum mengkritik kaum lain”.

Kenyataan Muhyiddin itu disambut dengan nada sinis oleh penasihat DAP Lim Kit Siang yang mempersoalkan sekiranya Muhyiddin mengakui kegagalan BN dalam merangka dasar perpaduan negara.

Bagaimanapun, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kenyataan Muhyiddin itu hanya ''peringatan'' supaya Malaysia tidak mengambil mudah tentang perpaduan di dalam negara ini.

Solat dua imam kerana tarekat Tarjani

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Kejadian solat dua imam serentak di Masjid Pondok Banggol Stol, Meranti di Kelantan dipercayai berpunca daripada sebuah buku yang dipegang oleh pengikut ajaran Tarekat Tarjani di situ, yang kandungannya didakwa bercanggah dengan ajaran Islam.
  
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad (gambar) berkata, hasil perbincangan antara Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) bersama kumpulan ajaran tarekat tersebut mendapati para penduduk enggan mengikuti solat berjemaah oleh kumpulan itu sehingga mereka membentuk jemaah solat baharu.
  
"Pihak Maik mendapati kumpulan tersebut menggunakan sebuah buku yang kandungannya bercanggah dengan ajaran Islam dan jemaah ulama telah pun melarang penggunaan buku tersebut," katanya semasa dihubungi Bernama semalam.
  
Sebuah akhbar harian tempatan semalam melaporkan terdapat dua saf ketika solat fardhu dan tarawih di Masjid Pondok Banggol Stol, sejak 3 Julai lepas.
  
Akhbar tersebut dipetik melaporkan, perbezaan fahaman agama Islam ini membawa percanggahan pendapat seterusnya berlaku kejadian perebutan saf hadapan di dalam masjid ketika menunaikan solat.

Perebutan saf hadapan ini menyebabkan sekumpulan jemaah yang lain solat di belakang jemaah pertama.
  
Walau bagaimanapun katanya, perkara ini diserahkan kepada Maik dan pihak yang berkaitan untuk siasatan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
  
Mohamad Shukri berkata, kejadian solat dua imam serentak dalam satu masjid tidak sepatutnya berlaku apatah lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.
  
Katanya, bulan Ramadan sepatutnya menjadi platform untuk umat Islam bersatu dan bukannya menimbulkan perpecahan sehingga membawa kepada kejadian ini.
  
Tindakan para penduduk di situ juga dilihat terlalu mengikut emosi sehingga sanggup melanggar hukum agama. - Bernama11:45AM - 8 Jul 2014

Waspada, al-Quran diseleweng dalam aplikasi iPhone

http://www.queachmad.com | .
[BERWASPADA] Al Quran Diseleweng Dalam Aplikasi iPhone | AWAS, HATI-HATI | Teknologi hari ini dapat membantu kita menjadi muslim yang lebih baik. Misalnya, kita masih boleh membaca dan mendengar al-Quran dengan hanya membuka aplikasi dalam telefon genggam.
al-Quran-seleweng
Begitu pun, berhati-hatilah kerana sudah terdapat beberapa kes di mana al-Quran cuba dipesongkan oleh pihak tidak bertanggung jawab.

Laman myinfonewspaperss.blogspot.com mendedahkan, aplikasi yang dinamakan ‘The Holy Quran, Arabic Text and English Translation’ didapati telah menyeleweng apabila Surah Al Imran ayat 6 mengulang ’bil haq’ sebanyak tiga kali sedangkan, tiada perkataan berkenaan dalam Masyaf Uthmani.
Menurut keterangan pada aplikasi yang ditawarkan oleh iPhone App Store itu, ia diterjemahkan oleh ‘Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community’.
Justeru, marilah kita sama-sama berpesan agar pemilik android atau iPhone tidak tersilap langkah dengan memuat naik aplikasi yang dibawakan oleh komuniti Ahmadiyyah / Qadiani ini.
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Qur’an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (Qur’an Surat Al-Hijr ayat 9)
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

JAKIM serbu restoran jual arak, tawar bufet Ramadan

Sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng diserbu kerana dikesan menawarkan bufet Ramadan tanpa memiliki pengiktirafan sijil halal, bahkan restoran itu didapati turut menjual pelbagai jenis minuman keras.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Muhammad Khalid Osman, ketika serbuan dilakukan restoran itu gagal mempamerkan sijil halal dan tidak memperolehi kebenaran daripada JAKIM untuk mengadakan promosi bufet Ramadan, lapor Sinar Harian.

“Kita telah rampas kain rentang yang memaparkan iklan bufet Ramadan dan sekotak minuman keras sebagai bukti. Buat masa ini, operasi restoran berjalan seperti biasa tetapi tidak dibenarkan mengadakan bufet Ramadan sehingga siasatan lengkap dijalankan,” katanya dipetik laporan akhbar harian itu.

Dalam laporan itu juga, Muhammad Khalid dilaporkan menjelaskan restoran tersebut disiasat di bawah akta Perihal Dagangan 2011.

Bahkan, katanya, restoran itu akan terus dipantau jika didapati masih menawarkan bufet Ramadan.

Beliau juga menasihati orang ramai supaya memilih restoran mahupun hotel yang memiliki sijil halal yang diperakui JAKIM sahaja.

Serbuan semalam dilakukan JAKIM bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan