Ahad, 27 Julai 2014

KADANG2 KITA RASA OK...TAK SEDAR KITA TELAH/SEDANG MENGAMALKAN AMALAN2 SYAITA/IBLIS

6:39PM - 27 Jul 2014

Isu MB: Anwar percaya muafakat Pakatan kekal


Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya muafakat dalam Pakatan Rakyat akan tetap kekal dalam menghadapi isu sekitar pertukaran menteri besar Selangor.

“Saya percaya semangat muafakat dalam Pakatan akan terus dikekalkan dan seterusnya mendukung perubahan dengan menjana pertumbuhan ekonomi mampan yang lebih prihatin akan permasalahan rakyat,” katanya.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan hari ini, beliau menegaskan bahawa peralihan itu dibuat sebagai kesinambungan agenda Langkah Kajang yang diputuskan secara muktamad oleh pimpinan PKR sejak 15 Januari lalu.

Katanya, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri dimaklumkan perkara itu semenjak Mac 2014 dan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah telah pun dikemukakan secara rasmi kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat minggu lalu.

DAP hari ini menyatakan kebimbangan terhadap kemungkinan berlaku perpecahan Pakatan ekoran kegagalan “sebuah komponennya” menghormati janji dan keputusan bersama.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula tampil menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

Sependapat dengan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Nik Aziz membangkitkan soal prestasi cemerlang Khalid memimpin Pakatan negeri dalam pilihan raya umum lalu.

6:00PM - 27 Jul 2014

Exco: Samseng bersenjata cuba sabotaj air S'gor


Usaha kerajaan Selangor memastikan bekalan air mentah cukup sepanjang perayaan Aidilfitri didakwa cuba disabotaj oleh sekumpulan samseng bersenjata menyebabkan operasi pengepaman air ke sungai terganggu lima jam.

Exco belia dan sukan, infrastruktur dan kemudahan awam Ahmad Yunus Hairi (gambar sebelah, kanan sekali) berkata, keadaan itu menyebabkan pengeluaran air sebanyak 70 juta liter padu tergendala.

Katanya, sekitar jam 3 pagi semalam, pasukan pengendali pam di Bestari Jaya diugut dan terpaksa meninggalkannya atas faktor keselamatan.

“Ketika ini pasukan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang bekerja keras melakukan operasi pengepaman agar bekalan air mentah tidak terjejas,” kata Yunus.

Katanya, laporan polis juga dibuat di balai polis Bestari Jaya dan kerajaan negeri berharap polis akan meningkatkan keselamatan dan menyiasat secepat mungkin agar ia tidak berulang.

“Dalam situasi kerajaan negeri yang sedang berusaha keras bagi memastikan bekalan air terus lancar, kami juga berharap agar seluruh pengguna air dapat menggunakan air dengan cermat dan berhemat,” katanya.

Berbangga Kutipan Banyak Namun Ramai Asnaf Masih Terpinggir.

9 Nama Anak Syaitan Beserta Tugasnya

By | 4:46 PM 
Kali ni kami nak berkongsi 9 Nama Anak Syaitan beserta tugasnya manalah tahu ada jugak yang belum tahu macam aku kan? Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan anak dan semestinya akan memilih nama yang sesuai tetapi minta dijauhkan dari 9 nama ni ye;


1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu (membazir)
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan
Menghasut sultan/ raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan sehingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol dan suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti di kelab mlm dan tempat-tempat maksiat.


5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan dan dekat manusia yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan darjat.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, umpatan, kutukan dan apa sahaja perkataan yang tidak baik.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga seperti suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadah yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.
Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak :
1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zaquan/Zakuan
5. Batrisya
6. Erisya
Ustaz Sharhan Shafie
Peringatan dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu untuk menukarkan nama tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan. Sebagai contoh, kalau nama NUR NAJWA…kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok ditukarkan kepada Nur saja.Sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT.
Bukan dari nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya jua. Cuma apa yang ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah dia selalu jumpa kes-kes pesakit yang datang untuk buat rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas.
[SUMBER] Sebab itulah dia menasihatkan kalau boleh elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu dipakai jin, walaupun tidaklah salah apatah lagi berdosa memakai nama tersebut.
P/s: Semoga bermanfaat kepada semua.
Terus doa untuk rakyat Palestin
  • Ahmad Yakob Ahmad Yakob
1 / 1
KOTA BHARU - Dalam keghairahan menyambut Aidilfitri esok, umat Islam di negeri ini diingatkan agar tidak melupakan penderitaan rakyat Palestin yang sedang bertarung nyawa menentang rejim Zionis.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, tragedi berdarah yang mengorbankan begitu banyak nyawa wajib dikongsi sama ada dengan menghulurkan bantuan kewangan atau doa berterusan.

“Hari ini kita dapat melihat bagaimana pakatan Ahzab moden sedang mengepung Ghazzah di Palestin. Tragedi yang amat melukakan hati dan perasaan umat Islam ini wajib untuk sama-sama dikongsi,” katanya dipetik di laman sosial Facebooknya semalam.

Dalam pada itu, Ahmad turut mengingatkan anak-anak Kelantan di perantauan agar berhati-hati ketika berada di jalan raya menuju ke kampung masing-masing.

“Jangan pula kepulangan pada hari raya disambut dengan tangisan dan kesedihan kerana perkara yang tidak diingini,” katanya yang turut mendedikasikan ucapan hari kepada pasukan keselamatan di perbatasan.

Sunday, July 27, 2014


Penduduk israel hilang mengejut , bandar-bandar sunyi sepi

Pencerobohan Israel ke Gaza bukan saja menyebabkan ketakutan bagi warga Palestin, malah Yahudi juga hidup dalam ketakutan. Hal ini dapat dilihat menerusi raut wajah-wajah penduduk Israel. Mereka sangat bimbang dengan roket-roket Palestin yang bila-bila masa saja boleh menghentam mereka.

Sejumlah bandar di Israel tiba-tiba berubah menjadi bandar hantu, akibat penduduknya lari ke luar negera. Lapangan terbang penuh sesak dengan penumpang. Mereka terpaksa lari ke luar negera akibat keadaan keselamatan di Israel tidak terjamin.

Laporan dari beberapa Media Israel menyebut, wajah-wajah tegang mewarnai setiap penduduk Israel. Tiap hari mereka ketakutan, menyusul kemampuan tentangan pihak pejuang Gaza yang mampu menjadikan seluruh wilayah Israel dalam jangkauan roketnya.

Amerika sendiri sebagai pelindung yahudi semangnya merasakan hal yang sama. Mereka terpaksa mengeluarkan larangan perjalanan ke Israel menyusul keselamatan yang tidak menentu.

Laporan PIC pada Rabu (23/7/2014) melaorkan, perang kali ini berbeza dengan sebelumnya. Perang sebelumnya, tentera Zionis kelihatan biasa di sempadan Gaza. Roket-roket pejuang Islam biasanya hanya sampai setakat bandar Sederot.

Dulu hanya penduduk di bandar Sederot saja yang dipindahkan ke kawasan selamat oleh kerajaan yahudi. Namun sekarang, semua bandar Israel seperti Tel Aviv, Haifa dan beberapa bandar penting yang lain boleh dicapai sasaran oleh roket pejuang dan akibatnya beberapa bandar dan wilayah Israel menjadi kota mati.

Roket pejuang Islam Palestin kini telah menjangkau jarak lebih dari 160 kilometer dari Gaza.- detik islam

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com | sm / islampos / pic

HANYA ADA DI GAZA.. Briged Al-Qassam: Kami baru menggunakan 5% daripada kekuatan kami.

Written By canang on Ahad, 27 Julai 2014 | 7/27/2014 09:50:00 PG

Kerajaan Israel semakin terdesak. Sumber daripada TV Israel: Kabinet Netanyahu memanggil 75,000 tentera simpanan Israel bagi meningkatkan serangan terhadap Gaza. Sedangkan maklumat rasmi daripada Briged Al-Qassam: Kami baru menggunakan 5% daripada kekuatan kami.

HANYA ADA DI GAZA.
Banyak yang menuduh para pemimpin Hamas hanya foya-foya dan bersenang-senang sementara prajuritnya berperang.
Suatu ketika seluruh pasukan Brigade Izzudin Al-Qossam sayap militer Hamas dikumpulkan didalam terowongan. Mereka diminta membuka penutup wajah masing-masing (mereka memang selalu memakai penutup wajah ketika keluar. Ini sesuai instruksi Syaikh Ahmad Yasin agar mereka terhindar dari penyakit riya').
Ketika diminta membuka penutup wajah itu, ada satu orang yg terus menolak melakukannya. Sehingga semua pasukan memaksanya untuk membuka penutup wajahnya, akhirnya dia terpaksa membukanya.
Setelah penutup wajah terbuka dan terlihat jelas wajahnya, menangislah seluruh pasukan. Ternyata, orang itu adalah Perdana Menteri mereka sendiri, Ismail Haniya. Ya, perdana menteri Palestina sekaligus petinggi HAMAS itu meninggalkan jabatannya untuk bertempur bersama pasukan dan rakyatnya, tanpa ada yang mengetahuinya.
Subhanallah. Allahu Akbar !

Yahudi ketakutan, bandar-bandar mati di Israel

http://detikislam.blogspot.com | .
Pencerobohan Israel ke Gaza bukan saja menyebabkan ketakutan bagi warga Palestin, malah Yahudi juga hidup dalam ketakutan. Hal ini dapat dilihat menerusi raut wajah-wajah penduduk Israel. Mereka sangat bimbang dengan roket-roket Palestin yang bila-bila masa saja boleh menghentam mereka.
Sejumlah bandar di Israel tiba-tiba berubah menjadi bandar hantu, akibat penduduknya lari ke luar negera. Lapangan terbang penuh sesak dengan penumpang. Mereka terpaksa lari ke luar negera akibat keadaan keselamatan di Israel tidak terjamin.
Laporan dari beberapa Media Israel menyebut, wajah-wajah tegang mewarnai setiap penduduk Israel. Tiap hari mereka ketakutan, menyusul kemampuan tentangan pihak pejuang Gaza yang mampu menjadikan seluruh wilayah Israel dalam jangkauan roketnya.
Amerika sendiri sebagai pelindung yahudi semangnya merasakan hal yang sama. Mereka terpaksa mengeluarkan larangan perjalanan ke Israel menyusul keselamatan yang tidak menentu.
Laporan PIC pada Rabu (23/7/2014) melaorkan, perang kali ini berbeza dengan sebelumnya. Perang sebelumnya, tentera Zionis kelihatan biasa di sempadan Gaza. Roket-roket pejuang Islam biasanya hanya sampai setakat bandar Sederot.
Dulu hanya penduduk di bandar Sederot saja yang dipindahkan ke kawasan selamat oleh kerajaan yahudi. Namun sekarang, semua bandar Israel seperti Tel Aviv, Haifa dan beberapa bandar penting yang lain boleh dicapai sasaran oleh roket pejuang dan akibatnya beberapa bandar dan wilayah Israel menjadi kota mati.
Roket pejuang Islam Palestin kini telah menjangkau jarak lebih dari 160 kilometer dari Gaza.
* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com | sm / islampos / pic7:00PM - 26 Jul 2014

Astro akui beri kontrak pada Amdocs


Rangkaian penyiaran Astro mengakui bahawa syarikat itu melantik syarikat yang ditubuhkan di Israel, Amdocs untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan pengurusan perhubungan pelanggan dan pengebilannya.

Astro menjelaskan demikian dalam kenyataannya, susulan serangan penggodam yang mensasarkan halaman utama laman webnya, astro.com.my semalam.

Dalam kenyataan itu, Astro menjelaskan bahawa Amdocs kini berpengkalan di Amerika Syarikat dan diapungkan di pasaran saham negara itu.

"Ibu pejabat Amdocs utama terletak di Amerika Syarikat. Southwestern Bell yang berpangkalan di Amerika Syarikat memperoleh 50% daripada kepentingan Amdocs pada tahun 1985.

"Hari ini, Amdocs dimiliki 100% secara institusi melalui penyenaraiannya di Bursa Saham NASDAQ," kata Astro menerusi laman Facebook rasminya petang tadi.

Astro menambah Amdocs mempunyai lebih 20,000 pekerja di 70 negara.

"Anak syarikat Amdocs yang dilantik oleh Astro telah diperbadankan di Ireland dan Malaysia," kenyataan itu dipetik.

Serangan penggodam ke atas laman web Astro itu berlaku susulan pendedahan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Dr Asyraf Wajdi berhubung kontrak lumayan tersebut.

Asyraf yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno itu menyelar tindakan tersebut, yang tidak sensitif pada perkembangan konflik di Gaza, yang membunuh lebih 800 nyawa umat Islam.

Penggodam memuatkan imej warna bendera Malaysia dan Palestin dengan slogan “#OpSaveGaza”.

Sunday, 27 July 2014


EDISI BERHATI-HATI DI JALAN RAYA ... PENGALAMAN SERAM MEMATANGKAN KITA ... TIADA KERETA BERANI BERADA DIBELAKANG CDM 25.



Punyalah power kereta CDM 25 kepunyaan Kak Long Kiki Kamaruddin ... sampai tiada kereta beranai berada dibelakangnya ketika bersesak-sesak dan berebut-rebut nak isi minyak disalah sebuah stesen minyak Petronas.

Sebab apa???? ... Silap hari bulan nasib tak baik tergesel sikit, habis kena maki hamun dan kereta diketuk sampai bocor.

Lebih baik berjaga-jaga sebelum terkena. .. PREVENTION IS BETTER THAN CURE.
 

Saturday, 26 July 2014


HADIAH AIDIL FITRI UNTUK RAKYAT JOHOR YANG MENYOKONG UMNO SELAMA INI ...TOL BARU KOMPLEKS KASTAM, IMIGRESEN DAN KUARANTIN (CIQ) NAIK HAMPIR 500% MULAI 1HB OGOS 2014.



Bertuah amat sangat rakyat Johor apabila sentiasa setia memberikan sokongan padu kepada UMNO/BN setiap PRU.

Berita ini sudah pasti akan disambut dengan penuh kegembiraan dan rasa bersyukur serta berterima kasih terutamanya para macai UMNO.

Tanpa UMNO Melayu hilang .. UMNO lemah Melayu lagi lemah longlai .. UMNO PEMBELA RAKYAT.... JANGAN LUPA BERIKAN SOKONGAN PADU LAGI JITU KEPADA UMNO.

Apalah sangat dengan membayar 500% meningkat harga tol .. BRIM RM650 setahun sudah lebih dari mencukupi.

HIDUP UMNO!!!! .. HIDUP NAJIB!!!! .. TAK AKAN UMNO HILANG KUASA DI MALAYSIA!!!

Kerajaan mengumumkan kadar baru tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar berkuat kuasa 1 Ogos nanti.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh dalam satu kenyataan berkata, kenaikan itu melibatkan kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 5 dari kedua-dua arah keluar dan masuk kompleks itu.

Kadar tol baru arah masuk Malaysia, kenderaan kelas-kelas tersebut ialah masing-masing RM9.70, RM14.70, RM19.70, RM4.80 dan RM7.80 manakala kadar tol arah keluar pula adalah RM6.80, RM10.20, RM13.60, RM3.40 dan RM5.50.

Kadar lama sejak Januari 2011 masing-masing adalah RM2.90, RM4.50, RM6.10, RM1.40 dan RM2.30


"Kadar tol baru di CIQ, BSI ini adalah bersesuaian dengan kemudahan dan perkhidmatan yang dinikmati oleh pengguna semasa melalui kompleks tersebut dari laluan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL)," katanya.

Menurut beliau, kutipan tol tersebut akan dibuat secara elektronik sepenuhnya bagi memastikan aliran trafik lancar.

Pengguna-pengguna yang tidak melalui CIQ itu tidak akan terkesan daripada kenaikan tol tersebut.

Sementara itu, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan kadar baru itu hanya bersifat untuk mengawal jumlah kemasukan kenderaan sahaja.

"Apabila kita masuk ke Singapura pun, selain VEP kita juga kena bayar tol, masuk ke bandar pun kena lagi.

"Jadi penggunaan tol ini merupakan kaedah bagi mana-mana negara untuk mengawal penggunaan kenderaan yang semakin bertambah," katanya ketika diminta mengulas perkara itu selepas majlis penyerahan sumbangan sempena Aidilfitri di Pasir Gudang hari ini.
Tukang sapu tidak tahu gambar anak tersebar
  • Tukang sapu tidak tahu gambar anak tersebar
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Seorang tukang sapu tidak tahu gambar kanak-kanak perempuan yang sedang tidur keletihan atas troli sampah yang tersebar dalam Facebook, adalah anaknya sendiri.

Fazilah Mohamad, 30, berkata, dia terpaksa membawa anak tunggalnya itu bersama-sama ketika itu memandangkan tiada siapa dapat menjaganya.

“Saya tidak tahu siapa yang ambil gambar itu, tapi masa itu memang dia letih kerana ikut saya menyapu. Saya pun ke tempat kerja hanya berjalan kaki kerana tiada kenderaan.

“Saya ingat tahun depan nak hantar anak (Farah Nadiya Abdullah, 5) ke tadika supaya dia tidak lagi ikut saya ke tempat kerja,” katanya kepada Sinar Harian.

Fazilah, yang tinggal di Panji Alam, baru sebulan bekerja sebagai tukang sapu.

Dia yang tinggal bersama kakak dan seorang abang orang kurang upaya (OKU) berkata, dia bekerja kerana desakan hidup untuk menyara keluarga.

Katanya, kakaknya turut bekerja sebagai tukang sapu di syarikat sama, manakala abangnya ambil upah membuang sampah.

“Untuk persiapan hari raya, saya sudah beli kelengkapan baju raya untuk saya dan anak,” katanya.

Gambar yang dirakam mendapat simpati banyak pihak, termasuk seorang kakitangan kerajaan, Mohd Aziruddin Majid, 29, yang mengambil inisiatif mengumpul sumbangan daripada rakan untuk disumbangkan kepada Fazilah sekeluarga.

Amaran Al-Qassam kepada Israel
Anggota komando elit
Anggota komando elit lengkap bersenjata giat mengawal kawasan sempadan Palestin.
BANDAR GAZA - Komando Al- Qassam akan melakukan serangan dan menangkap seberapa ramai askar  jika Israel enggan membebaskan lebih 1,000 rakyat Palestin yang kini ditahan di penjara negara berkenaan.

Dalam satu temubual eksklusif bersama Sinar Harian yang diatur Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) semalam, Komander Al-Qassam, Abu Hamzah Ismail memberitahu, serangan itu akan dilakukan pada bila-bila masa bermula sekarang.

Menurutnya, serangan yang bakal  dilakukan adalah sebagai tindakan dan langkah susulan selepas Israel dikatakan berdegil dan masih enggan membebaskan rakyat Palestin yang dipenjarakan.

Tentera berani mati yang lebih dikenali sebagai Briged Ezzedeen Al-Qassam  itu juga berjanji akan menangkap seorang tentera Israel sehari, di dalam usaha mereka untuk membebaskan tahanan Palestin yang ditahan tanpa sebab.

“Demi ALLAH, kami janji akan tangkap lebih ramai tentera Israel malah akan berusaha dengan lebih keras tahun ini  untuk membebaskan Palestin dari cengkaman dan kekejaman Israel,” katanya.

Difahamkan, mujahid sayap Hamas itu yang  turut dianggotai golongan profesional  juga  bertekad mahu memiliki semula  Masjid Al-Aqsa yang dirampas oleh Israel.

“Cukup dengan seksaan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin selama  ini dan kami  juga sanggup berkorban hingga mati dan objektif kami adalah mahu mengembalikan kegemilangan Palestin,” katanya

Sinar Harian yang diberi peluang bertemu dengan anggota dan komander  Al- Qassam itu di satu tempat rahsia juga diberitahu, bahawa  kumpulan berkenaan memerlukan bantuan baju kalis peluru serta senjata..

“Setiap mujahid memerlukan kos kira-kira AS$ 1700 untuk memperolehi  peralatan seperti senapang dan kami amat bertuah jika sekiranya ada pihak yang membantu kami memperolehi dana untuk itu.
“Buat masa ini kami masih menggunakan  roket  M75 ,Fajar 5  untuk melakukan serangan selain   menggunakan roket pemusnah  jet dan kereta kebal,” katanya.
Katanya, pemilihan untuk menjadi anggota Komando Qassam perlu melalui beberapa syarat termasuk  mereka perlu solat Subuh berjemaah selama enam bulan setiap hari dan boleh menghafaz al-Quran.

Jelas Abu Hamzah, setiap pejuang Qassam dirahsiakan identiti mereka atas faktor keselamatan.

“Setiap mereka yang perlu mempunyai asas agama yang kuat lazimnya akan bekerja pada waktu siang sebelum keluar menjaga keselamatan Gaza pada waktu malam.

Tambahnya, beliau juga memohon agar rakyat Malaysia sama-sama mendoakan kemenangan Palestin di dalam perjuangan menuntut kembali hak tanah air mereka dari Israel dan kuasa besar asing yang lain.
Bagi mereka ingin menyumbang untuk tabung Stand Up For Gaza boleh berbuat demikian menerusi akaun Dana Kompleks Al-Itisam menerusi akaun Bank Islam 12038010108647 atau Tabung Gaza Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) melalui Bank Islam  08013010075820.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan