Sabtu, 19 Julai 2014

JANGANLAH HIDANGKAN ARAK DALAM KAPAL TERBANG

Saturday, 19 July 2014


9 FOTO SUSPEK UTAMA MENEMBAK JATUH MH17 ... STESEN RADIO ERA DAN HITZ FM TIDAK BERHAJAT KE NAK JEMPUT PENJENAYAH INI KE KONTI SEPERTIMANA KIKI?????



Menteri pertahanan Republik Rakyat Donetsk (DPR) – yang mengisytiharkan kerajaan sendiri – Igor Girkin kini dianggap suspek utama di sebalik tragedi MH17.

Menurut Sydney Morning Herald, bekas pegawai risikan itu turut dikenali sebagai Strelkov atau Shooter (penembak) malah pernah menembak tenteranya sendiri kerana ingkar perintah.

Girkin menjadi perharian selepas dilapor memuat naik pesanan di sosial media Rusia, yang berbunyi: “Kami sudah beri amaran pada kamu – jangan terbang di udara kami.”

AS berusaha kesan penembak jet MH17

MH17 Imej satelit menunjukkan kepulan asap yang ditinggalkan peluru berpandu yang menembak pesawat MH17 Malaysia Airlines. Pengesan inframerah turut merakam saat-saat pesawat itu meletup.

Penganalisis AS menghadapi soalan sukar sewaktu meneliti maklumat risikan dan cuba untuk menentukan pihak mana yang menembak peluru berpandu itu dan alasan berbuat demikian, serta dari mana asalnya ia datang.

Penilaian AS, yang dibentangkan duta Samantha Power kepada Majlis Keselamatan PBB, Jumaat semalam, mendapati "kemungkinan pesawat itu dijatuhkan oleh peluru berpandu darat-ke-udara SA-11 yang dioperasikan oleh puak pemisah Ukraine di lokasi di timur Ukraine".

Pegawai US berkata pihak berkuasa sedang menentukan siapa yang bertanggungjawab menembak peluru berpandu buatan Rusia itu, sama ada petugas Rusia membantu serangan itu dan bagaimana senjata itu jatuh ke kawasan dikuasai pemberontak Ukraine yang didukung Moscow.

Hasl kajian itu akan menjadi asas kepada sebarang tindakan pihak antarabangsa dalam kes serangan ke atas pesawat itu yang membunuh semua 298 orang penumpang dan pada masa sama meningkatkan ketegangan dalam konflik di Ukraine.

Penganalisis Amerika setakat ini mengunjurkan kesimpulan mereka berdasarkan data teknikal daripada satelit pengintip maju yang kegunaan utamanya adalah untuk memberikan amaran awal tentang pelancaran peluru berpandu balistik di antara rantau.

Sabtu, 19 Julai 2014


Sistem Pelancar Peluru Berpandu Tembak MH17 Berjaya Dirakam

SEBUAH sistem pelancar peluru berpandu BUK M2 yang didakwa telah menembak jatuh pesawat MH17 berjaya dirakam di kawasan pangsapuri era Soviet di Torez, Ukraine selepas beberapa jam nahas itu berlaku.
Sistem penggempur yang mempunyai empat peluru berpandu itu kelihatan diselimut ketika gambar dirakam kira-kira lebih 10 kilometer dari lokasi kejadian.
Peralatan menembak pesawat milik puak pemisah pro-Rusia itu didakwa sedang dilarikan ke Rusia pada Jumaat.
A view of what is believed to be a BUK surface-to-air missile battery being driven along a path on July 17 in Torez, Ukraine
Penggempur udara, BUK M2 yang didakwa sedang dilarikan ke Rusia selepas menembak jatuh MH17 di Torez yang terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi nahas.
Menurut laporan dailymail.co.uk, ketika gambar dirakam, dua daripada empat peluru berpandunya telah digunakan dan ia dipercayai menembak jatuh pesawat MH17.
Dalam nahas udara pada Khamis, seramai 298 penumpang dan anak kapal maut apabila pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Timur Ukraine.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu didakwa dilakukan oleh puak pemisah pro-Rusia yang menawan Donetsk.
Sementara itu, Pakar Pentagon mendakwa, mustahil bagi pihak puak pemisah untuk melancarkan peluru berpandu berkenaan jika tidak dibantu oleh tentera Rusia.
Dia juga menyifatkan tindakan itu sesuatu yang kejam kerana mengorbankan orang awam yang tidak mempunyai kaitan dengan perbalahan tersebut.
Russian air defense missile system Buk M2 seen at a military show at the international forum "Technologies in machine building 2010" in Zhukovsky outside Moscow, Wednesday, June 30, 2010. (AP Photo/Mikhail Metzel) 

Sabtu, 19 Julai 2014

Mayat bayi digunakan dalam tuduh 

menuduh Rusia dan Ukraine ekoran 

tragedi MH17

 

Akhbar Britain The Daily Mail memaparkan gambar mayat bayi kecil untuk mengutuk Presiden Rusia Vladimir Putin atas tragedi MH17 yang ditembak jatuh pada Khamis. – Gambar Reuters, 19 Julai, 2014.Aksi tuduh menuduh antara pemimpin Ukraine dan Rusia ekoran tragedi MH17 bertukar menjadi teruk apabila Ukraine memaparkan gambar mayat bayi terlantar di padang sambil menuduh Presiden Rusia Vladimir Putin membunuh penumpang kecil itu.
"Kematian bayi ini terletak di tangan anda," kata seorang penasihat senior kerajaan Ukraine, Anton Gerashschenko, seperti yang dipetik akhbar Britain, The Daily Mail.
"Semoga anda laknat berkurun lamanya!" tambahnya.
Penerbangan Malaysia (MAS),  MH17 nahas di kawasan zon konflik di timur Ukraine pada Khamis, membunuh kesemua 298 penumpang yang ada di atasnya termasuklah tiga bayi.
The Mail melaporkan bahawa gambar mayat bayi tersebut 'sangat menyayat hati' dan mengambil keputusan tidak memaparkannya.
Ia juga mengatakan usaha Rusia serta retorik Ukraine mungkin akan menggangu siasatan serangan peluru berpandu tersebut.

Sebelum ini Putin membantah cadangan oleh Amerika Syarikat dan kerajaan Eropah lain yang menentang sokongannya kepada puak pemisah Ukraine dengan mengatakan Kiev sepatutnya dipersalahkan kerana gagal mencapai kata persetujuan.
Semalam Washington menjadikan keadaan lebih parah lagi apabila berkata pasukan militan Rusia yang berkemungkinan melancarkan serangan peluru berpandu Buk SA-11 ke atas pesawat MAS tersebut.
"Disebabkan SA-11 yang kompleks secara teknikal, ia tidak mungkin puak pemisah tersebut tidak dapat mengoperasikan sistem tersebut tanpa bantuan staf yang berpengetahuan. Kita tidak boleh mengetepikan kemungkinan bantuan teknikal daripada Rusia dalam mengendalikan sistem tersebut," kata Samantha Power, duta US kepada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Rusia boleh menghentikan perang ini. Rusia harus hentikan perang ini." katanya di mesyuarat kecemasan Majlis Keselamatan PBB semalam.

Pengharaman Arak Dalam Islam


ISLAM mengharamkan arak sejak 14 abad yang lalu. Orang Arab jahiliah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak yang tegar. Mereka menganggap arak sebagai minuman terbaik untuk menikmati keseronokan hidup sebenar. Terdapat juga di kalangan segelintir umat Arab jahiliah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang. Rasulullah segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda:
“Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit” (riwayat Muslim).
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. ” (Surah Al-Maaidah: Ayat 90)

Allah SWT Melaknat Sepuluh Golongan Yang Terlibat Dengan Arak
” Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:
1. orang yang memerah arak
2. orang yang diminta arak diperah untuknya
3. orang yang meminumnya
4. orang yang membawanya
5. orang yang meminta dibawa arak kepadanya
6. orang yang memberi minum arak kepada orang lain
7. orang yang menjual arak
8. orang yang mendapat hasil daripada arak
9. orang yang membeli arak
10. orang yang meminta dibelikan arak untuknya “
(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
Huraian Hadith
i) Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.
ii) Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan. Ini terbukti di mana hasil kajian mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan fizikal dan mental manusia di mana dari segi ilmu perubatan arak itu boleh memberi kemudharatan pada tubuh badan manusia seperti menyebabkan penyakit lemah jantung, barah mulut, tengkuk, kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.
iii) Manakala dari aspek mental pula al-Quran sendiri ada menyebut bahawa arak itu akan mendedahkan gejala yang tidak baik kepada individu, masyarakat dan negara di mana seseorang yang meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang pertimbangan dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara buruk yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah puncanya berlaku permusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial seperti gejala seks bebas, pembunuhan dan kemalangan jalanraya.
iv) Sesungguhnya tujuan utama Islam mengharamkan pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia daripada perkara-perkara yang merosakkan selain daripada kesan arak itu sendiri yang boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha mengatakan bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalahan mencuri dan berzina di mana hukuman yang bersabit dengan arak ini adalah sebat antara 40 hingga 80 kali.
v) Larangan arak selain daripada yang disebutkan di dalam hadis di atas juga berlaku pada larangan menghadiri majlis di mana arak disediakan untuk para tetamu. Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan mereka dan bersama membenteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular di dalam masyarakat
Arak Merosakkan Akal Manusia
Rasulullah s.a.w bersabda lagi,yang bermaksud: ”Arak ialah setiap yang merosakkan akal fikiran.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith
1. Ijmak ulama’ telah menetapkan bahawa meminum arak adalah haram sama ada dengan kuantiti yang sedikit atau pun banyak.
2. Islam juga mengharamkan daripada menjual, membeli, ataupun memperniagakan arak meskipun dengan orang yang bukan Islam. Hal ini tidak terkecuali dengan mengangkut atau membawa serta membuat arak. Hukumnya juga haram.
3. Demikian juga Islam mengharamkan seseorang Muslim menjual anggur kepada orang yang mahu memprosesnya menjadi arak.
4. Majlis-majlis yang berunsur arak juga hendaklah diboikot dan kita dilarang mendampingi peminum arak.
5. Menggunakan arak semata-mata sebagai ubat juga adalah haram dan berdosa. Lain halnya dengan campuran ubat dengan kadar tertentu dari alkohol- contohnya kerana darurat-seperti untuk memelihara sesuatu supaya tidak rosak. Tetapi ia hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
i) Terdapat bahaya yang sebenar ke atas kesihatan manusia jika tidak meminum ubat tersebut.
ii) Tiada ubat lain yang halal untuk menggantikannya.
iii) Ia hendaklah dengan nasihat seorang doktor Muslim yang dipercayai dalam profesionnya dan juga dari segi agamanya. Hal ini kerana prinsip Islam itu berdiri di atas dasar kemudahan, menghindarkan bahaya dan melaksnakan maslahah berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:
” Sesiapa yang terpaksa (memakannya) tanpa mengingininya dan tanpa mengulanginya maka tiada dosa atasnya.” (al-Baqarah: 173)

Azab Bagi Golongan Yang Terlibat Dengan Arak
Diantara hadith-hadith mengenai azab peminum arak:
Didalam Hadith Nabi S.A.W mengambarkan tentang ancaman bagi peminum arak, sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir r.a dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah Subhanahu wata’ala memiliki janji untuk orang-orang yang meminum minuman keras (yang memabukkan), akan memberinya minum dari Thinatul khabal” mereka bertanya : “ wahai Rasulullah, apakah Thinatil khabal itu ? beliau menjawab : keringat ahli neraka atau cairan kotor (yang keluar dari tubuh) penghuni neraka”.
(HR Muslim)
Ibnu Abbas meriwayatkan,Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa meninggal (Mati) sebagai peminum arak, maka ia akan bertemu dengan Allah dalam keadaan seperti penyembah berhala” (HR Ath Thabrani, 12/45, Shahihul Jami’ : 6525)
Rasulullah SAW bersabda;
“Barang siapa mati dalam keadaan tidak berhenti minum arak, niscaya Allah Ta’ala akan memberinya minum air sungai Ghuthah.Yaitu sungai di neraka yang bersumber dari kemaluan para pelacur.”
(HR.Imam Ahmad)

Alkohol Menurut Pandangan Islam


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
     
  2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
     
  3. Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
     
  4. Tapai halal dimakan.
     
  5. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
     
  6. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.



Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: 
Bil Tajuk Bil. JKF Tarikh Keputusan
1 Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan Muzakarah Kali Ke-22 24 Nov, 1988
2 Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan Muzakarah Khas 15 Jul, 2011
1 hr ·
Kariah Masjid Bukit Indah, Ampang kehilangan seorang anggota mereka yang...
RAKYAT MARHAEN

MAS hilang penentang sajian arak dalam 

penerbangan dengan hancurnya MH17






Ketua pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar juga terbunuh dalam tragedi MH17 yang yang merampas nyay 298 lagi orang yang tersayang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 Julai, 2014. Ketua pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar juga terbunuh dalam tragedi MH17 yang yang merampas nyay 298 lagi orang yang tersayang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 Julai, 2014. Kariah Masjid Bukit Indah, Ampang kehilangan seorang anggota mereka yang disifatkan sebagai pejuang yang menentang penyajian arak di dalam kapal terbang apabila perginya Ketua Pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar bersama pesawat MH17 kelmarin.
Menurut rakan-rakan kariah mereka, Allahyarham Ghaffar adalah seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya.
"Beliau seorang yang suka solat malam, mengaji dalam penerbangan dan menjadi mutawif (pemandu ibadat haji dan umrah) kawan-kawannya semasa umrah," tulis rakannya, Halim Hassan dalam komuniti Whatsapp Masjid Bukit Indah yang kini disebarkan melalui sosial media.
Ghafar adalah ketua pramugara pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak menggunakan peluru berpandu darat ke udara di timur Ukraine dalam perjalanannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Beliau meninggal bersama 298 yang berada di atas pesawat Boeing 777 tersebut.
Turut meninggal adalah kesemua 14 krew MH17 yang bersama Ghafar mengendalikan penerbangan itu.
Menurut rakan-rakan masjid Bukit Indah itu, selain membuat bantahan kepada MAS tentang penghidangan arak di dalam kapal terbang, Ghafar pernah menulis kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak dari sajian dalam pesawat MAS.
Ghafar juga, kata Halim, pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas.
"Sekarang salah seorang pejuang dalam jihad kita menentang alkohol dijemput pergi dahulu... tetapi kita akan teruskan perjuangan ini," kata beliau dalam Whatsapp.
Walaupun Malaysia diisytiharkan sebagai negara Islam oleh pemimpinnya, MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan milik negara masih menghidangkan arak dalam penerbangan.
Ia dibuat berdasarkan permintaan dan juga amalan biasa dalam mana-mana syarikat penerbangan utama dunia. – 19 Julai, 2014.

Wanita misteri hina Kapten pesawat MH17 

sebagai bodoh kerana puasa



Wanita misteri hina Kapten pesawat MH17 sebagai bodoh kerana puasa - Seorang wanita misteri yang tidak dipastikan identitinya telah memuatnaik satu status pedas di laman sosial facebook yang jelas menghina dan memperbodohkan Wan Amran bin Wan Hussin, kapten pesawat MH17 hanya kerana dia berpuasa di bulan ramadhan ini.

Niat sebenar wanita terbabit berbuat demikian pula tidak diketahui namun dia seakan tidak berpuas hati sehingga berani meluahkan perasaan marah terhadap umat islam di Malaysia menerusi laman sosial.

Pada penulis, cara luahan demikian amat tidak wajar dan tidak beretika. Ketika ini, ramai ahli keluarga mangsa pesawat MH17 yang terhempas di Sempadan Rusia dipercayai ditembak kumpulan pemisah sedang bersedih dan masih tidak dapat menerima kenyataan kehilangan orang tersayang.

Sabtu, 19 Julai 2014


Pesawat MH17 diarah terbang rendah di Ukraine








SEPANG: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 diarah terbang pada ketinggian 33,000 kaki ketika memasuki ruang udara Ukraine sebelum ditembak jatuh pada Khamis.

Pengurus Perhubungan Media dan Komunikasi MAS, Khairunnisak Dzun Nurin berkata, arahan terbang pada ketinggalan tersebut ditentukan oleh pusat kawalan udara negara berkenaan.


"MH17 memfailkan rancangan penerbangan bagi meminta kebenaran untuk terbang di ruang udara pada ketinggian 35,000 kaki.  Ia berhampiran dengan ketinggian 'optimum'.

"Walau bagaimanapun apabila MH17 memasuki ruang udara Ukraine, pesawat itu diarahkan oleh pusat kawalan trafik udara untuk terbang pada 33,000ft," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Berhubung dakwaan pesawat MH17 yang dikatakan terbang memasuki zon konflik, MAS sekali lagi menafikan perkara tersebut.

"Pada April lalu, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa  (ICAO) mengenal pasti Semenanjung Crimean sebagai zon berisiko.

"Namun tidak ada pada mana-mana ketika MH17 memasuki kawasan itu. MH17 pada setiap masa menggunakan laluan yang diluluskan oleh ICAO," katanya.

Tambah Khairunnisak, selepas insiden MH17 ditembak jatuh, MAS kini mengubah laluan tanpa melalui ruang udara Ukraine namun terbang lebih jauh ke selatan Turki.

Sabtu, 19 Julai 2014


MH17: Apa sudah jadi dengan Malaysia, lapor Wall Street Journal

Akhbar Britain The Daily Mail memaparkan gambar mayat bayi kecil untuk mengutuk Presiden Rusia Vladimir Putin atas tragedi MH17 yang ditembak jatuh pada Khamis. – Gambar Reuters, 19 Julai, 2014.Akhbar Britain The Daily Mail memaparkan gambar mayat bayi kecil untuk mengutuk Presiden Rusia Vladimir Putin atas tragedi MH17 yang ditembak jatuh pada Khamis. – Gambar Reuters, 19 Julai, 2014.Aksi tuduh menuduh antara pemimpin Ukraine dan Rusia ekoran tragedi MH17 bertukar menjadi teruk apabila Ukraine memaparkan gambar mayat bayi terlantar di padang sambil menuduh Presiden Rusia Vladimir Putin membunuh penumpang kecil itu.
"Kematian bayi ini terletak di tangan anda," kata seorang penasihat senior kerajaan Ukraine, Anton Gerashschenko, seperti yang dipetik akhbar Britain, The Daily Mail.
"Semoga anda laknat berkurun lamanya!" tambahnya.

Penerbangan Malaysia (MAS),  MH17 nahas di kawasan zon konflik di timur Ukraine pada Khamis, membunuh kesemua 298 penumpang yang ada di atasnya termasuklah tiga bayi.
The Mail melaporkan bahawa gambar mayat bayi tersebut 'sangat menyayat hati' dan mengambil keputusan tidak memaparkannya.
Ia juga mengatakan usaha Rusia serta retorik Ukraine mungkin akan menggangu siasatan serangan peluru berpandu tersebut.
Sebelum ini Putin membantah cadangan oleh Amerika Syarikat dan kerajaan Eropah lain yang menentang sokongannya kepada puak pemisah Ukraine dengan mengatakan Kiev sepatutnya dipersalahkan kerana gagal mencapai kata persetujuan.
Semalam Washington menjadikan keadaan lebih parah lagi apabila berkata pasukan militan Rusia yang berkemungkinan melancarkan serangan peluru berpandu Buk SA-11 ke atas pesawat MAS tersebut.
"Disebabkan SA-11 yang kompleks secara teknikal, ia tidak mungkin puak pemisah tersebut tidak dapat mengoperasikan sistem tersebut tanpa bantuan staf yang berpengetahuan. Kita tidak boleh mengetepikan kemungkinan bantuan teknikal daripada Rusia dalam mengendalikan sistem tersebut," kata Samantha Power, duta US kepada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Rusia boleh menghentikan perang ini. Rusia harus hentikan perang ini." katanya di mesyuarat kecemasan Majlis Keselamatan PBB semalam.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mayat-bayi-digunakan-dalam-menuduh-pemimpin-rusia-atas-nahas-mh17#sthash.YzKdToyV.dpufDengan rekod dua bencana penerbangan dalam tempoh lima bulan, Malaysia seperti menerima bencana dan tragedi dalam kadar yang luar biasa, serta menerima kritikan dari pelbagai pihak. – Gambar The Malaysian Insider, 19 Julai, 2014. Dengan rekod dua bencana penerbangan dalam tempoh lima bulan, Malaysia seperti menerima bencana dan tragedi dalam kadar yang luar biasa, serta menerima kritikan dari pelbagai pihak. – Gambar The Malaysian Insider, 19 Julai, 2014. 
Sudah bertahun Malaysia cuba membina imejnya sebagai "Truly Asia" atau Asia yang sebenar dan juga sebagai Harimau Asia.

Sekarang negara ini menghadapi tragedi dan masalah baru dan meletakkan dirinya terkenal di seluruh dunia yang sukar untuk ditolak – negara bencana penerbangan atau the 'nation of airline disasters', lapor media antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ).

Awal pagi Jumaat semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercakap kepada rakyat melalui media dan disaksikan oleh dunia, sambil berkata: "Ini adalah hari tragik, yang sudah menjadi tahun tragedi untuk Malaysia."

Kehilangan sambung menyambung untuk Penerbangan Malaysia (MAS) - MH370 yang hilang pada 8 Mac dan belum ditemui sehingga kini dan sekarang MH17 yang ditembak di Ukraine menyebabkan jumlah kehilangan atau kematian 537 orang – mengejutkan dan menyedihkan Malaysia.

Tidak ada sesiapa yang berkata kehilangan kedua-duanya mempunyai kaitan antara satu sama lain tetapi masing-masing menggelengkan kepala dengan apa yang berlaku ini, lapor WSJ.

"Sangat susah untuk bertanya, apa yang berlaku kepada kita?" tulis bekas editor sebuah akhbar Datuk A Kadir Jasin dalam blognya semalam.

"Mengapa kita mengalami terlalu banyak perkara buruk dan tragedi dalam suasana yang sangat cepat pula," tulis Kadir.

Tambah beliau,"Saya bimbang ramai antara kita yang jadi kebas dan tidak boleh lagi menunjukkan emosi. Namun hati kita masih berdoa untuk keluarga penumpang dan anak kapal MH17."

Kekecewaan menyebabkan ramai rakyat Malaysia bertanya apakah nasib mereka sudah berubah, lapor WSJ.

"Saya fikir ramai yang masih terkejut," kata pengkaji Ibrahim Suffian.


"Mereka masih mencari jawapan, bagaimana ia boleh berlaku. Mereka masih belum berpengalaman dan merasai kemusnahan atau tragedi sebegini," kata Pengarah Merdeka Center itu sebagaimana dilaporkan WSJ.

Kehilangan dua pesawat dalam masa kurang dari lima bulan tidak pernah berlaku kepada mana-mana syarikat penerbangan.

Suasana dalam setiap kes menyebabkan kehilangan ini lebih trauma lagi, lebih-lebih lagi MAS yang menjadi simbol negara.

Pesawat MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang 8 Mac lalu dengan 239 orang diatasnya.

Penyiasat percaya ia terhempas ke dalam Lautan Hindi, tetapi tidak ada sebarang tanda pasawat ini ditemui dan ia menjadi misteri terbesar dalam sejarah penerbangan di zaman moden.

Kekeliruan dan salah urus pada peringkat awal pencariannya mencemarkan nama baik Malaysia kerana ia menjadi perhatian seluruh dunia.

Pada Khamis, pesawat MH17 bersama 298 penumpang dan anak kapal ditembak jatuh di timur Ukraine oleh peluru berpandu darat ke udara di kawasan konflik antara kerajaan Ukraine dengan pemberontak yang disokong oleh Rusia.

Oh Ei Sun,  seorang rakyat Malaysia dan kini adalah fellow kanan di S Rajaratnam School of International Studies di Singapura berkata, Malaysia sudah lama cuba untuk mengambil jalan tengah untuk mengelakkan diri dari memihak kepada mana-mana kuasa besar yang bertelingkah seperti antara Amerika Syarikat dan Rusia.

Katanya, sudah sampai masanya Malaysia mempertimbangkan polisi tidak memihak dalam konflik dunia ini.

"Kita cuba untuk berkawan dengan semua orang tetapi dengan kejadian semacam ini, kita tidak boleh membantu tetapi harus berfikir kadang-kadang kita perlu menilai siapa kawan kita dan siapa yang dapat bersama kita," katanya sebagaimana dilaporkan WSJ.

Guna Akaun Palsu bernama Sim Kwang Yum 

Hina Kapten MH17, Gelar Arwah Kambing

Dalam kita bersedih diatas nahas yang baru menimpa MH17, ada juga yang 'biadap' dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap juruterbang pesawat berkenaan.

Hari ini, SK menerima aduan dari seorang pengunjung page SiakapKeli yang memuat naik satu gambar 'screenshot' satu komen daripada pengguna laman social Facebook.

Di dalam gambar berkenaan, kelihat pengomen tersebut, seorang wanita berkata “Juruterbang Islam Melayu Bodoh. Kalau dia dah makan, mesti dia lebih fokus untuk tidak terbang dalam zon larangan! Apa yang kambing rumput tu fikir?”

Setelah siasatan lanjut dijalankan oleh SK, wanita berkenaan didapati berasal dari Tawau Sabah. 
Lagi kajian terperinci dibuat, profil tersebut adalah profil palsu. Jelas sekali apabila pemilik sebenar nama dan gambar berkenaan marah kerana pemilik akaun palsu kerana menggunakan gambar beliau.

Ayat menghina berkenaan sememangnya membuatkan umat islam berderau darah apa lagi di bulan puasa dimana adalah kewajipan umat islam berpuasa. Pemilik akaun palsu berkenaan sememangnya tiada hati perut dengan menggelar kapten MH17 sebagai kambing. 
Sebaiknya selepas kejadian MH17 ini, kita banyakkan menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa bukan kata hinaan dan cacian. Kalau ingin salahkan seseorang, salahkan penembak pesawat terbabit. 
Kepada pengguna laman sosial, berhati-hati dengan informasi yang diperoleh kerana banyak informasi yang tidak benar berlegar-legar secara bebas di laman sosial. Pastikan sumber berita anda sentiasa tepat supaya fitnah tidak berlaku - SiakapKeli.com 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan