Rabu, 30 Julai 2014

ISLAM MELARANG MEMBANTU ORANG KAFIR ATAU ORANG ZALIM BAGI MEMUSNAHKAN ORANG ISLAM...WANITA2 SERTA KANAK2

Saturday, July 26, 2014


Israel Bersedia untuk Perang Darat yang Lebih Besar


Moshe Yaalon
Menteri Pertahanan Israel Moshe Yaalon menyatakan bahawa pasukannya sedang bersiap sedia untuk operasi darat yang lebih besar di Jalur Gaza, ketika usaha gencatan senjata sementara Hamas-Israel.

Seperti yang dipetik Voice of Israel dari kunjungan Moshe Yaalon ke salah satu sistem Iron Dome hari Sabtu (26/07) mengatakan “Hamas akan membayar harga yang sangat tinggi.”

Sebelumnya seorang sumber pegawai militer Israel mengatakan bahawa pasukan mereka akan terus menghancurkan sejumlah terowong yang telah ditemui selama proses gencatan senjata yang akan berlangsung selama 12 jam sejak Sabtu jam 7 pagi waktu tempatan.

Israel sendiri baru menghancurkan 15 dari 31 terowong pejuang Palestin yang telah ditemui. (Dostor/Ram)
6:23PM - 30 Jul 2014

PAS S'gor ikrar setia bersama Pakatan


PAS Selangor hari ini memberi jaminan kepada rakannya dalam Pakatan Rakyat ia akan terus kekal dalam pakatan itu "walau dalam apa jua keadaan sekalipun".

Setiausahanya Mohd Khairuddin Othman berkata PAS Selangor tidak tahu menahu perihal anggota Jawatankuasa Pusat PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki berbincang melalui rangkaian kumpulan WhatsApp anggota jawatankuasa itu tentang kemungkinan PAS bekerjasama dengan Umno di Selangor serta mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR sebagai Menteri Besar.
  
"Tidak ada langsung perbincangan tentang perkara itu dan PAS Selangor komited serta setia kepada Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Dr Mohd Zuhdi dilaporkan menyuarakan tentang kemungkinan PAS bekerjasama dengan Umno di Selangor dan mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Perbualan itu didakwa terkandung dalam mesej kumpulan WhatsApp antara anggota Jawatankuasa Pusat PAS.

'Tiada yang lompat'

Mohd Khairuddin berkata PAS Selangor mengekalkan rekodnya yang tidak mempunyai sebarang wakil rakyatnya di Selangor menyertai Umno atau Barisan Nasional (BN).
  
"Dalam rekod kami, tidak ada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kami yang menyeberang kepada Umno atau BN. Dan kami akan mengekalkan rekod ini," katanya.

Beliau berkata perkara tersebut adalah pandangan peribadi Dr Mohd Zuhdi dan tidak memberi kesan kepada PAS Selangor. 

Para pemimpin PKR, PAS dan DAP menyuarakan pelbagai pandangan berikutan keputusan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, anggota jawatankuasa DAP Selangor Charles Santiago, yang juga Anggota Parlimen Klang, berkata para pemimpin PAS perlu memisahkan diri mereka daripada mesej WhatsApp itu.

Beliau menggesa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pendirian beliau tentang "isu WhatsApp" itu dengan menegaskan bahawa kepimpinan PAS Selangor setia dan komited kepada Pakatan Rakyat.
  
"Bagi DAP Selangor, kami sentiasa setia dan komited kepada Pakatan (Rakyat)," katanya kepada Bernama.

Abdul Hadi dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyuarakan sokongan mereka kepada Abdul Khalid, dengan berkata beliau perlu terus menyandang jawatan Menteri Besar Selangor hingga berakhirnya penggal sekarang.

Wednesday, July 30, 2014

Australia sembunyi kes rasuah jutaan dollar libatkan pemimpin Malaysia..


Australia memberi arahan senyap ke atas kes rasuah berjuta-juta dolar yang melibatkan Reserve Bank of Australia (RBA), Malaysia, Indonesia dan Vietnam melalui perintah mahkamah, lapor WikiLeaks hari ini.

Kes tersebut menamakan pemimpin dahulu dan kini dari Malaysia, Indonesia dan Vietnam serta saudara mara dan pegawai kanan mereka.

Skandal ini juga melibatkan anak-anak syarikat RBA – Securency dan Note Printing Australia. Pekerja dari kedua-dua syarikat didakwa merasuah pegawai di Malaysia, Indonesia dan Vietnam sejak 1999 hingga 2004 untuk mendapatkan kontrak pencetakan wang kertas.

"Ini merupakan penutupan yang tidak disangka oleh pihak berkuasa Australia mengenai kes yang berprofil tinggi dan bernilai berjuta-juta dolar," kata penerbit laman sesawang anti-rahsia itu, Julian Assange.

Alasan keselamatan negara diberikan pihak berkuasa Australia bagi mengelakkan laporan ke atas kes ini, untuk melindungi hubungan antarabangsa Australia.

Akhbar The Age dalam laporannya pagi ini berkata tiada lagi organisasi Australia yang dibenarkan memaparkan dokumen tersebut ataupun kandungannya.

Ia melaporkan kata-kata Julian Assange tanpa apa-apa butir terperinci. Assange berkata perintah mahkamah tersebut dikeluarkan berikutan pendakwaan rahsia tujuh eksekutif kanan daripada dua anak syarikat tersebut.

WikiLeaks mendedahkan 17 individu dalam senarai sekatan itu termasuk perdana menteri dahulu dan sekarang di Malaysia.

Antaranya adalah Presiden Vietnam Truong Tan San, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono and bekas Presiden Indonesia Megawati Sukarnoputri.

Perintah tertinggi itu khususnya melarang menyiarkan tentang perintah itu sendiri, menutup dengan berkesan kes rasuah terbesar di Australia dan kawasan sekitarnya," kata Assange.

Beliau berkata perintah menutup yang diluluskan terakhir berlaku pada 1995.

Kes pada masa itu melibatkan operasi perisik Amerika-Australia terhadap kedutaan China di Canberra.

Assange berkata perintah tertinggi ke atas skandal wang kertas tersebut merupakan yang terburuk dalam sejarah.

"Dengan perintah ini, kerajaan Australia bukan sahaja menutup mulut media Australia, ia sedang menutup mata rakyat Australia," beliau dipetik sebagai berkata.

"Ini bukan sahaja soal tentang kerajaan Australia gagal memberi keadilan ke atas kes rasuah dengan berterus-terang dengan rakyat.

"Menteri Luar Julie Bishop perlu menjelaskan mengapa beliau mengugut rakyat Australia dengan penjara dalam usaha menutup skandal rasuah memalukan yang melibatkan kerajaan Australia."

Dakwaan rasuah mula timbul pada 2009, yang kemudiannya membuatkan Australian Federal Police dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan siasatan masing-masing.

Ketiga-tiga, termasuk seorang peniaga, didakwa menerima RM11.3 juta untuk mendapatkan kontrak daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan untuk memastikan kerajaan menggunakan wang kertas polimer tersebut.

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2011 menafikan dakwaan bahawa dua syarikat Australia cuba untuk merasuah beliau bagi mendapatkan kontrak wang RM100 juta semasa khidmatnya.

Cubaan tersebut dipercayai berkaitan dengan perjanjian untuk membekalkan wang kertas polimer RM5 yang mula digunakan pada 2004 lapor The Malaysian Insider
Hamas gesa Israel henti sekatan ke atas Gaza

  • Hamas gesa Israel henti sekatan ke atas Gaza
1 / 1
GAZA - PALESTIN. Komander Tertinggi Sayap Tentera Hamas, Mohammed Deif menggesa Israel untuk menarik sekatan ke atas penduduk di bumi Gaza sebaik sahaja persetujuan gencatan senjata dimeterai kedua belah pihak.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai proses gencatan senjata lalu yang gagal sekali lagi akibat perselisihan antara kedua belah pihak.

Menurut pemimpin sayap tentera Hamas itu, kekejaman ke atas Gaza tidak akan terhenti selagi Israel tidak berundur dan berhenti mengepung penduduk dengan serangan udara.

Beliau juga melalui sebuah kenyataan semalam turut mendesak supaya sempadan negara dibuka bagi membolehkan penduduk Gaza untuk mendapatkan perlindungan di negara jiran.

Palestin terus bermandi darah apabila satu lagi serangan dilancarkan oleh Zionis ke atas bumi Gaza.

Menurut pihak berkuasa di Gaza, lebih 100 nyawa penduduk terkorban dalam serangan, semalam menjadikan angka korban kini mencecah lebih dari 1000 orang.

Serangan dimulakan oleh rejim Israel di tanah Gaza telah bermula lebih tiga minggu yang lalu dan dilancarkan melalui serangan udara sebelum penduduk Gaza ditindas dan dibunuh oleh tentera darat Israel.

Serangan tersebut memusnahkan terowng yang digali pejuang Gaza dan turut membantutkan usaha Hamas bagu melancarkan roket ke Israel bagi serangan balas. 
Israel dapat bantuan Saudi perangi Hamas?
Posted on Wednesday, July 30 @ 12:39:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"
Putera Bandar bin Sultan merupakan pengatur utama paksi perisikan Mesir, Israel dan Saudi


Serangan Israel keatas Gaza mendapat mandat dari Raja Saudi menurut satu lapuran dari Timur Tengah. Mandat ini bukanlah satu rahsia lagi di Israel apabila dua bekas pegawai pertahanan dari kedua belah pihak telah membincangkan tentang kerjasama tersebut. Mantan menteri pertahanan Israel Shaul Mofaz mengejutkan penyampai stesen Channel 10 dengan memberitahu Israel telah menetapkan peranan untuk Saudi Arabia dan UAE tentang pelucutan senjata Hamas. Bila ditanya apakah yang beliau maksudkan, dia menambah bahawa dana Saudi dan UAE akan digunakan untuk pembangunan semula Gaza selepas Hamas dihapuskan.


 Amos Gilad seorang pegawai utama pertahanan Israel dalam perhubungan dengan rejim Mubarak Mesir dan sekarang pengarah polisi kementerian pertahanan dan perhubungan ketenteraan memberitahu kerjasama diadakan secara rahsia dan tertutup. Kerjasama dengan Mesir beliau sifatkan adalah istimewa. Akui beliau masa ini merupakan tempoh terbaik dalam hubungan 'keselamatan' dan diplomatik dengan negara Arab.
Kejayaan adalah untuk kepentingan bersama. Raja Abdullah adalah diketahui telah menelefon presiden Abdul Fattah Al Sisi untuk meluluskan inisiatif genjata senjata Mesir tanpa mengira pandangan Hamas. Hinggakan penganalisa di Jerusalem Post sendiri mempertikaikan kewibawaan gencatan senjata itu samada ia benar-benar untuk menamatkan pertempuran tersebut.
Badan perisikan Mossad dan Saudi sentiasa mengadakan perjumpaan tetap. Kedua belah pihak saling bertukar maklumat dan perancangan ketika bekas presiden Mesir Mohamed Morsi hendak digulingkan, mereka juga saling berganding bahu membuat persediaan untuk Israel menggunakan ruang udara Saudi bagi serangan keatas Iran. Terdapat sumber yang kuat mendedahkan pihak Saudi membiayai kebanyakan rancangan kempen yang mahal terhadap Iran.
Dalam serangan Gaza, satu unit perintah tertinggi bersama oleh negara Arab dibentuk untuk menasihati perdana menteri Israel Benjamin Netanyahu bagi kaedah paling berkesan dalam operasi serangan darat di Gaza, seperti dilapurkan oleh Debka.
Lapuran tersebut juga menyatakan Raja Abdullah dari Saudi dan presiden Mesir al Sisi sentiasa berhubung setiap hari bagi menjayakan rancangan tersebut. Sumber itu lagi menyatakan, Israel telah menyediakan sebuah kapalterbang khas yang berada di lapangan terbang tentera di Kaherah, bersedia untuk menghantar sebarang maklumat rahsia penting antara pesiden Mesir dan Perdana Menteri Israel yang perlu disampaikan secara serahan tangan. Penerbangan itu hanya ambil masa kurang 90 minit. Saudi melalui Putera Bandar yang dilantik sebagai penasihat khas raja, sentiasa mengadakan hubungan langsung dengan ketua Mossad Tamir Pardo. Orang kuat dan penaja utama Al Sisi, ketua badan perisikan Mesir Ahmad Fareed al-Tohami sentiasa mengalu-alukan bantuan dari Amos Gilad, penasihat penting perdana Menteri Israel Netanyahu.

Matlamat utama tiga serangkai (Saudi - Mesir - Israel) seperti dinyatakan Debka ia melumpuhkan sayap tentera Hamas, menjatuhkan pengaruh poliriknya dan membentuk satu kerajaan baru di Gaza sebaik saja Hamas di hancurkan. Sumber tersebut menyatakan lagi bagi mendapakatkan sokongan Saudi dan Mesir, Netanyahu terpaksa mengorbankan perinsip utamanya - iaitu menjadikan Gaza dan Tebing Barat sebagai terpisah. Tetapi hasilnya Netanyahu mendapat ganjaran besar dari segi politik dalam mengurangkan tekanan antarabangsa yang boleh mengagalkan rancangan besar mereka. Operasi Gaza merupakan batu loncatan terhadap pakatan Israel-Saudi-Mesir, yang merangka kerjasama bagi menentang musuh bersama.

Maka terjawablah kenapa negara-negara Arab khususnya Saudi berdiam diri terhadap Israel dalam pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Palestin. Tangan-tangan merekalah yang bersubahat mengkhianati umat Islam kerana ingin terus berada di tampuk kuasa. Pakatan syaitan Najd dengan dajal ini dibuat dengan bermandikan darah umat Islam Palestin.

Sesungguhnya inilah jaminan kehinaan yang dijanjikan oleh Allah terhadap golongan pengkhianat ini;

(Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.)
[Al-Maidah:33]
 http://petunjukzaman.blogspot.com/2014/07/israel-dapat-bantuan-saudi-perangi-hamas.html
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
ismanusa
Posted on Wednesday, July 30 @ 12:39:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
lai 2014

Gempar : Farish Aziz di hentam Selfie dikubur, perbuatan tersebut haram dakwa Mufti

Sekarang ni dah tak susah nak ambil gambar selfie sejak wujudnya monopod, Bagi yang gila berselfie, mungkin monopod merupakan satu ciptaan terindah buat mereka.
Memang tak salah nak berselfie, tapi kita haruslah lihat ketika dan di mana kita sedang berada semasa mengambil gambar selfie tersebut.
Sebagai contoh, pelakon dan pengacara kelahiran Sabah, Farish Aziz yang dikecam segelintir pengikutnya di laman Instagram kerana mengambil gambar selfie di tanah perkuburan, baru-baru ini.
Kalau ambil gambar kat kubur je, rasanya tak ramai yang marah, tapi kalau dah sampai pijak kubur orang demi nak dapatkan ‘angle’ gambar yang cantik memang tak patutlah.
Tapi, kita kena dengar juga penjelasan Farish berkenaan hal ini yang sudah pun dijawab olehnya.
Jadinya, tak salah nak berselfie tapi haruslah berfikir banyak kali sebelum nak ‘share’ dengan peminat, kot-kot gambar itu boleh menimbulkan sensitiviti bagi sesetengah pihak.
Ini pula Penjelasan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri.
Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.
 
“Tindakan sebegini sangat tidak wajar dilakukan, apatah lagi di tanah perkuburan. Sewajaranya ketika menziarahi kubur, ianya dijadikan iktibar dan bukannya untuk berseronok-seronok.
 

“Budak-budak sekarang ni tak faham dengan amalan ziarah kubur ini, malah amalan ini juga boleh jadi haram sekiranya terlalu ramai lelaki dan wanita bukan mahram bercampur gaul di tanah perkuburan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah individu yang ber'selfie' di tanah perkuburan sempena Aidilfitri tanpa mengetahui tujuan sebenarnya ziarah ke tanah perkuburan.

Harussani berkata, masyarakat perlu memahami sedalam-dalamnya mengenai amalan atau tradisi menziarahi kubur pada setiap kali musim sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.
 
Beliau berkata, tidak ada sebarang nas yang mewajibkan amalan serta tradisi berkenaan sempena sambutan hari raya kerana ianya  boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
 
Malah menurutnya, amalan serta tradisi ziarah-menziarahi saudara mara serta rakan-rakan yang masih hidup adalah jauh lebih afdal  dilaksanakan sempena sambutan hari raya.
 
“Hari raya adalah kemuncak ibadah dan sangat-sangat dianjurkan oleh Islam untuk kita saling ziarah-menziarahi satu sama lain dengan tujuan bermaaf-maafan dan menghubungkan silaturrahim sesama kita.
 
“Sebab itu kita juga digalakkan untuk berjalan kaki ke masjid menggunakan jalan lain dan balik pula menggunakan jalan lain; dengan tujuan agar kita boleh bertemu dengan lebih ramai orang sambil saling mengucap tahniah dan sebagainya,” katanya.
 
Bagaimanapun tambah Harussani, amalan berkenaan tidaklah menjadi satu kesalahan yang boleh menjadikan ianya haram dilakukan jika mengikut adab yang ditetapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan