Khamis, 10 Julai 2014

HUKUM ISLAM TIDAK BEGINI....REJAM DAN SEBAT 100 KALI SEBATAN....SEKARANG SAPE NAK TANGGUNG DAN JAWAB DIPADANG MAHSYAR....JANGAN TUNDING-MENUNDING.....SERTA QUNUT NAZILAH

Akhir Zaman… Bapa Bersekedudukan Dengan Anak Gadis Sejak 2004

Akhir Zaman… Bapa Bersekedudukan Dengan Anak Gadis Sejak 2004

on Tuesday




KOTA BHARU: Seorang ayah dihukum penjara setahun enam bulan dan denda RM2,500, manakala anak perempuannya didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam selepas mengaku salah bersekedudukan sehingga mempunyai tiga anak.

Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha). “Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya turut mengeluarkan perintah supaya anak beranak itu tidak tinggal bersama dalam sebuah rumah untuk selamanya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Lelaki berusia 45 tahun dari Tumpat yang bekerja sendiri itu turut berdepan tambahan penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Anaknya berusia 25 tahun pula berdepan tindakan penjara enam bulan jika gagal membayar denda RM2,000 itu.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu pada jam 1.30 pagi semalam bertempat di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan anak perempuannya sehingga melahirkan tiga anak. Wanita itu pula pada tarikh, lokasi dan masa sama didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan bapanya sehingga melahirkan tiga anak.

Berikutan itu, kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan (tidur sebilik antara bapa dan anak perempuan), jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda RM3,000.

Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat awam, penguat kuasa agama Tumpat membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Wakaf Bharu, sebaik sampai di kediaman itu didapati pintu rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam. Kemudian pintu rumah dibuka seorang lelaki dan pemeriksaan di sebuah bilik mendapati seorang lelaki serta seorang perempuan sedang tidur. Selain itu, terdapat dua kanak-kanak di samping mereka, hasil soal siasat didapati mereka mempunyai hubungan sebagai bapa dan anak (mahram).

Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.

Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam. Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.

Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.

“Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar. Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka. Zaini berkata tertuduh perlu dijatuhi hukuman setimpal memandangkan perbuatan mereka yang keji.

sumber

Judi: K'jaan BN hanya lihat haram dari sudut lesen

MUSLIHAH MOHD AMIR | .
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat menyambut baik hasrat kerajaan untuk memerangi aktiviti 'judi haram' seperti yang sedang digerakkan oleh semua agensi penguat kuasa ketika ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusuf bagaimanapun berkata, pihak kerajaan seharusnya juga menilai semula 'judi halal' yang diluluskan lesen oleh Kementerian Kewangan.

Beliau menegaskan, Islam sama sekali mengharamkan perjudian sama ada berlesen atau pun tidak dan tindakan kerajaan yang meluluskan lesen judi perlu diteliti semula.

“Kerajaan harus menilai semula lesen judi yang berleluasa secara sah di Malaysia apakah perkara itu tidak haram dari sudut Islam?

"Kenapa kita hanya melihat haram dari sudut lesen tetapi tidak peduli dan memandang enteng hukum haram dari sudut syariat," katanya kepada Harakahdaily.

Malahan katanya, lebih malang jika hasil judi atau apa sahaja sumber daripada hasil pendapatan negara yang halal dicampuradukkan dalam akaun yang sama.

“Ini jawapan yang di terima di parlimen, hasil judi diletakkan dalam akaun yang sama. Perdana Menteri selalu menyeru supaya rakyat Malaysia menghayati Al-quran.

"Jadi sejauh mana dasar pentadbiran Negara bersesuaian dengan al-quran," soalnya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Justeru, beliau menggesa pihak kerajaan agar mengasingkan hasil sumber judi di akaun yang berbeza agar tidak bercampur dengan hasil halal yang lain.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan yang di keluarkan oleh Menteri dalam negeri Datuk Zahid Hamidi dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa kerajaan akan menggempur premis perjudian haram di seluruh negeri. - HARAKAHDAILY 9/7/2014

*Penulis adalah pelajar KUIZM yang sedang menjalani latihan amali di Harakahdaily.



Celaka lah kamu zionis Israel..
LikeLike · ·
BOYCOTT FOR DUMMIES | KHAS UNTUK ANDA
Apabila dilontar berkenaan isu boikot ramai orang dan 'pakar' mengeluarkan komen dan pandangan. Sebelum kita berbicara lebih panjang lebar berkenaan isu boikot ini sudahkah kita khatam atau mengkaji tentang isu ini dari akar umbinya?
Ramai individu yang memboikot barangan yang membantu Israel tetapi bermusim ada juga yang boikot tetapi tidak faham mengapa sebenarnya kita perlu melakukan boikot ini?
Oleh itu berikut merupakan senarai artikel dan bahan bacaan yang perlu anda KHATAM (habiskan membaca) untuk memahami isu ini kerana tindakan tanpa kefahaman yang jelas akan menyebabkan kita menjadi seperti 'lalang'.
Anda malas membaca? mengkaji?
Moshe Dayan (Mantan Panglima Tentera Israel) pernah berkata, Ada 3 kelemahan utama umat Islam iaitu:
1) Umat Islam tidak pernah belajar dari sejarah lampau!
2) Umat Islam tidak merancang dengan teliti!
3) Umat Islam terdiri daripada orang-orang yang malas membaca!
Ayuh luangkan masa anda untuk membaca artikel berikut:
1) Episod 1 | Apartheid dan Bantustan
link: http://on.fb.me/1j9AMZU
2) Episod 2 | Keakraban Apartheid Afrika dan Israel
link: http://on.fb.me/NZMg6f
3) Episod 3 | Model Apartheid Israel
link: http://on.fb.me/1pcxaZ1
4) Episod 4 | Boycott, Divestment & Sanction
link: http://on.fb.me/1pcxqXI
5) Episod 5 | Boikot Jika Anda Serius!
link: http://on.fb.me/1j9BUN0
6) Episod 6 | Boikot kerja bodoh?
link: http://on.fb.me/1l7DAH3
7) Y U NO BOYCOTT
link: http://on.fb.me/1hAjTmT
8) Berkesankah boikot McD?
link: http://on.fb.me/1jAZNQq
9) Pertemuan McD bersama Aqsa Syarif
link: http://on.fb.me/P8Ga4B
Selamat 'IQRA'
sumber: http://on.fb.me/1gSjoJP
-AKA-




LikeLike · · · 2,174781,426
SEBAB INI LAH KANAK-KANAK DIBUNUH.......
:: Keranamu Al-Quds ::
Daulah Palestin, terletaknya masjid yang menjadi qiblat pertama bagi ummat Islam,terdapat juga pusara para anbiya' dan para solihin. Keutamaan Al Qus kepada kita dalam dilihat didalam sebuha hadis riwayat Bukhari Muslim:
"Janganlah kalian bersusah payah membuat persiapan kecuali jika hendak ke masjidku ini (masjid nabawi), Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa."

Justeru,sejak zaman Rasulullah saw,para sahabt berjuang bermati-matian sehingga melahirkan berjuta syuhada' semata-mata untuk membuka kota Baitul Maqdis. Bermula dengan perang Khaibar [7H], Perang Mu'tah [8h], dan pengutusan Usamah Zaid [11h] membuktikan kesungguhan ummat Islam membuka Baitul Maqdis.
Selepas kewafatan Rasulullah, perjuangan masih diteruskan . Perang Ajnadain 27 Jamadil Awwal 13 H menyaksikan kekalahan besar Empayar Rom.Sekali lagi 15H berlaku Perang Yarmuk antara ummat Islam dan Empayar Rom. Kemenangan ummat Islam ini membolehkan perjalanan ke Baitul Maqdis.
Sehingga kini, usaha untuk menguasai Palestin masih tidak putus-putus. Marilah kita membantu walau sekecil-kecil bantuan. Jom sumbang ke tabung Palestin. Semoga usaha yang kecil ini membantu kemenangan ummat Islam. Aku telah sampaikan ya Allah,maka kau saksikanlah!
Muslim Care Malaysia Society Maybank 5644 9021 1159
Jabatan Amal Malaysia ( Original ) Maybank 5560 1100 9756
TENTERA ISRAEL LAKNATULLAH MENIARAP KETIKA SIREN AMARAN BERBUNYI APABILA ROKET MUHAJIDIN BRIGADE AL QASSAM MENYERANG ISRAEL!!!!
KETAKUTAN YANG AMAT NYATA TENTERA ISRAEL LAKNATULLAH PADA BRIGADE AL QASSAM
‪#‎TAKBIR‬!!!
‪#‎ALLAHUAKBAR‬!!!
LikeLike · · · 13414





Allahhu akbar!!
SERANGAN GAZA DARI KACA MATA PENYOKONG SISI
Serangan tentera Zionis Israel ke atas Gaza disambut baik oleh para penyokong Abdul Fatah As-Sisi. Ini kerana mereka berpandangan sebaliknya kerana termakan propaganda media-media jahat yang mendakwa HAMAS merupakan antara kumpulan pengganas dunia dan kewujudan HAMAS di Gaza yang merupakan jiran Mesir telah mengancam keselamatan negara Mesir.
1) HAMAS didakwa menggunakan terowong-terowong yang menghubungkan antara Gaza-Rafah untuk menyeludup senjata-senjata api untuk dibekalkan kepada Ikhwan Muslimin di Mesir. Maka sebab itu penyokong As-Sisi sedikitpun tidak dukacita apabila tentera Mesir melakukan operasi memusnahkan terowong-terowong tersebut.
2) HAMAS didakwa mencampuri urusan politik dalaman negara Mesir tatkala Presiden Morsi cuba digulingkan. Kudeta mendakwa anasir-anasir HAMAS dan Hizbullah wujud bersama-sama penyokong Morsi berkampung di dataran Rabaah sebelum ini.
3) HAMAS didakwa membantu Ikhwan Muslimin terutama membekalkan senjata untuk mempertahankan Presiden Morsi.
4) Antara keputusan pertama kudeta sebaik sahaja rampasan kuasa 3 Julai ialah melarang pemimpin HAMAS melawat Mesir dan menutup pintu sempadan Rafah-Gaza.
5) Tulisan Penolong Ketua Editor akhbar "Al-Ahram" minggu lalu yang ditujukan kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu meminta "Hapuskan HAMAS daripada kami".
LikeLike · ·







Perlukah pemerintah malaysia menggunakan penasihat dari yahudi sedangkan mereka memakan darah umat islam? sedarkah kita yang yahudi mengatakan kita umat islam dimalaysia ini sebagai bangsa yang bodoh lagi hina? ‪#‎boikotMD‬
LikeLike · ·
Video ini sedang viral di laman-laman berbahasa Hebrew. Ia merakamkan saat-saat roket Hamas jatuh ke sebuah kem tentera Zionis.
More : Sukan Star TV
By : Ramadhan84






Kassim: Jabatan Peguam Negara kemuka bantahan

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan bekas aktivis politik dan sosial Dr Kassim Ahmad untuk mencabar keputusan pihak pendakwaan yang mendakwanya menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.
  
Bantahan itu dikemukakan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan ketika kes itu disebut di dalam kamar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Zaleha Yusof dengan dihadiri peguam Rosli Dahlan, yang mewakili Kassim.
  
Suzana ketika ditemui pemberita berkata pihaknya memfailkan bantahan awal itu dengan alasan mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan Kassim berikutan terdapat kes jenayah syariah membabitkannya yang sedang dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.
  
"Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menunjukkan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa apabila perkara itu adalah dalam bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah," katanya.
  
Suzana berkata mahkamah menetapkan 14 Julai ini untuk keputusan berhubung bantahan awal itu.

Dalam kes ini, Suzana mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Ibrahim Deris, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan kerajaan Malaysia.
  
Sementara itu, Rosli berkata mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk mengkaji semula dakwaan salah laku oleh pihak berkuasa.  
  
"Semua pihak berkuasa adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan mahkamah sivil tidak boleh mengelak mendengar permohonan kebenaran semakan kehakiman hanya kerana ia adalah berkaitan Islam," katanya.
  
Kassim, 81, memfailkan permohonan terhadap kesemua responden pada 26 Jun lepas antara lain memohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Ketua Pendakwa Syarie pada 27 Mac yang mendakwanya terhadap dua pertuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.

Beliau memohon supaya prosiding kesnya di Mahkamah Tinggi Syariah digantung sehingga permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman itu diputuskan.
  
Kassim juga memohon suatu perintah membatalkan tindakan dan keputusan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menyerbu, menggeledah dan menyita bahan terbitannya, memeriksa, menahan, menangkap dan mengeluarkannya dari Kedah dan membawanya ke Wilayah Persekutuan.
  
Beliau juga mahu suatu perintah membatalkan apa jua waran tangkap, geledah, sita dan bon yang dikenakan kepadanya.
  
Kassim juga memohon suatu deklarasi bahawa tindakan pencerobohan pegawai Jawi dan pendakwaan terhadapnya adalah ultra vires dan bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Akta-Akta Syariah Wilayah Persekutuan dan Enakmen-Enakmen Syariah Kedah.
  
Beliau memohon suatu deklarasi bahawa kesalahan melanggar fatwa Wilayah Persekutuan hanya terpakai kepada pemastautin di Wilayah Persekutuan sahaja. - Bernama

اللهم امين ...
Unless the Secretary of ... (Translated by Bing)





 QUNUT NAZILAH











DOA QUNUT NAZILAH DAN TERJEMAHAN"Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka! Kacau-bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Kamu! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awanan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkanlah mereka, menangkanlah kami ke atas mereka…"
Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolonganMU, kami meminta ampun kepadaMU, kami memohon petunjuk dariMU, kami beriman kepadaMU, kami berserah kepadaMU dan kami memujiMU dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuriMU. Ya Allah, hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, bantulah saudara-saudara seIslam kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan. Ya Allah, selamatkanlah saudara seIslam kami di Gaza yang dizalimi oleh kekejaman rejim zionis dari segala keburukan dan hindarkanlah mereka segala bala, kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah. Allahumma Aameen.
DOA QUNUT NAZILAH DAN TERJEMAHAN

"Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka! Kacau-bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Kamu! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awanan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkanlah mereka, menangkanlah kami ke atas mereka…"
Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolonganMU, kami meminta ampun kepadaMU, kami memohon petunjuk dariMU, kami beriman kepadaMU, kami berserah kepadaMU dan kami memujiMU dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuriMU. Ya Allah, hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, bantulah saudara-saudara seIslam kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan. Ya Allah, selamatkanlah saudara seIslam kami di Gaza yang dizalimi oleh kekejaman rejim zionis dari segala keburukan dan hindarkanlah mereka segala bala, kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah. Allahumma Aameen.

Doa Qunut Nazilah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

 .
Doa Qunut Nazilah dibaca bertujuan membantu dan mendoakan saudara-saudara Muslim yang terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin terutama di negara-negara Arab dan Myanmar, Thailand dan Filipina.
Nu’man bin Bashir r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda, “Kamu akan melihat orang beriman saling berkasih sayang satu sama lain, mencintai satu sama lain, bersahabat satu sama lain bagaikan satu tubuh, Ketika satu bahagian tangan (dari tubuh) merasakan sakit maka menyebabkan keseluruhan tubuh akan menjadi lemah dan merasa sakit “ (Misykat: 422)
Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda, “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, maka jangan menyusahkannya dan jangan menyerahkannya (kepada musuh-musuh ketika ia di dalam kesusahan).”  (ibid)
.
Dikisahkan Amir bin Malik, ketua Bani Sulaym meminta bantuan kepada Rasulullah SAW untuk menghadapi musuh kaumnya. Rasulullah SAW menerima permohonannya dan mengirim 70 orang sahabat yang mereka terdiri dari para Quraa (ahli dalam bacaan Al-Qur’an). Kaum Bani Sulaym kemudian menawan para sahabat di sebuah tempat yang bernama Bir Ma’una dan kemudian membunuh mereka.
Jibril AS memberitahu peristiwa ini kepada Rasulullah SAW dan menyampaikan mesej terkini dari para Quraaa tersebut, “Khabarkan kepada orang-orang bahawa kami telah berjumpa Tuhan kami. Dia (Allah) redha kepada kami dan kami redha kepada-Nya”. Kejadian ini telah menyebabkan Rasulullah SAW mengalami kesedihan yang mendalam. Abdullah bin Mas’ud ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah membaca Qunut Nazilah selama satu bulan “mengutuk” Bani Sulaym. (Bukhari 2:586)
.
Berdasarkan riwaayat-riwayat di atas, para Fuqaha telah menggariskan bahawa apabila ummt ini dalam krisis mereka harus mengikuti Sunnah untuk mengamalkan Qunut Nazila dan berdoa untuk Ummat.
Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda, “Seorang beriman dengan orang yang beriman yang lain seperti sebuah bangunan yang saling menguatkan satu sama lain (dengan tiap batanya).” (ibid)
Berikut adalah Doa Qunut Nazilah yang dibaca pada setiap kali solat fardhu. (Hadist diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab) :
.
Doa Qunut Nazilah SQ 1
.
AL-Loo-hum-magh-fir la-na wa-li-mu’-mi-niy-na wal mu’-mi-naat, Wal mus-li-miy-na wal mus-li-maat, Wa al-lif bai-na qu-luu-bi-him, Wa ash-lih dzaa-ta bay-na-hum, Wan-shur-hum ‘A-laa ‘A-duw-wi-ka wa-‘a-duw-wi-him. AL-Loo-hum-mal ‘a-nil ka-fa-ro-ta ah-lal ki-taa-bil la-dziy-na, Ya-sud-duu-na ‘an sa-biy-li-ka wa-yu-kadz-zi-buu-na ru-su-la-ka wa-yu-qoo-ti-luu-na au-li-yaa-a-ka. AL-Loo-hum-ma khoo-llif bai-na ka-li-ma-ti-him, Wa-zal-zil Aq-daa-ma-hum, Wa an-zil-bi-him ba’-sa-kal la-dziy la-ta-rud-du-hu ‘a-nil qau-mil muj-ri-miin. Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiym, AL-Loo-hum-ma in-naa-nas-ta’iinu-ka.
.
“Ya Allah! Ampunilah dosa kami, kaum muslimin dan muslimat (orang-orang Mukmin lelaki dan perempuan), mukminin dan mukminat (orang-orang Islam lelaki dan perempuan). Satu-padukan hati mereka dengan kasih sayang. Perbaikilah segala urusan mereka dan bantulah mereka melawan musuh-musuh-Mu dan musuh-musuh mereka. Ya Allah! Laknatilah orang-orang kafir yang menghalang orang lain menuju ke jalan-Mu dan mereka yang mendustakan para Rasul-Mu dan mereka yang memerangi para kekasih-Mu.Ya Allah! Pecah-belahkan kesatuan mereka, hancur-leburkan kekuatan mereka dan turunkanlah bencana-Mu yang tidak dapat dielak oleh orang-orang yang penuh dengan dosa. Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang, Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon perlindungan dan keampunan-Mu.”
.
Doa Qunut Nazilah ini juga boleh dibaca pada rakaat terakhir Solat Witir bermula 15 Ramadhan.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
Artikel Berkaitan:
Doa Qunut  (Klik Di Sini)

DOA QUNUT NAZILAH

Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.
Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.
Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi
dengan cubaan-cubaan seperti ini.
Bacaan Qunut Nazilah di zaman Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam
Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut:

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabatsahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.
                                                                                                                                          -Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-

Tatacara Bacaan Qunut Nazilah
1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala

Maksudnya: Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata : "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".


Maksudnya: Abu Hurairah radhiyallahu `anhu meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang.
Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.

2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.

Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku
berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya selepas rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum mushrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W (mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan