Rabu, 23 Julai 2014

BILA MALANG TAK BERBAU

Gambar suspek rogol beramai-ramai didedah
  • Gambar suspek rogol beramai-ramai didedah
  • Gambar suspek rogol beramai-ramai didedah
1 / 2
KOTA BHARU - Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut.

“Mereka yang dicari ialah, pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.

“Sementara yang ketiga: Mohamad Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini 15 tangkapan sudah dibuat dan lima daripada mereka telah mendapat persetujuan Ketua Unit Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.

“Kami masih belum memberhentikan usaha mengesan lebihan suspek-suspek yang belum ditahan dan usaha menjejaki mereka masih giat dijalankan,” katanya.

Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama.

Pada 9 Julai 14, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol mangsa sama yang berusia 17 tahun.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya.
Artikel Berkaitan
7:27PM - 22 Jul 2014

Khalid tak kecil hati diganti parti sendiri

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak berkecil hati apabila "digantikan" oleh partinya sendiri.

Menteri besar itu berkata beliau hanya bekerja untuk rakyat selagi diperlukan oleh rakyat Selangor.

"Saya tidak (terasa hati). Ini adalah politik dan saya masuk PKR kerana reformasi.

"Saya juga sangat seronok perkara ini (diganti). Boleh jadi tahun akan datang saya dapat berehat dengan cucu-cucu saya," kata beliau kepada wartawan di majlis berbuka puasa di sebuah masjid di Kuang hari ini.

Semalam Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara rasmi dipilih untuk menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Alasannya ialah untuk memberi kestabilan dan mendapat kembali sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Khalid menegaskan beliau sedia diganti tetapi hanya jika diluluskan Dewan Undangan Negeri.

"Saya menyertai PKR bagi meneruskan reformasi dan membantu rakyat.

"Saya akan teruskan tugas sebagai menteri besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah," kata beliau.

Sementara itu, ketika ditemui di majlis yang sama,  Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata PKR perlu menghormati PAS Selangor sebagai  komponen dalam Pakatan Rakyat dan bertanya pendapat mereka terlebih dahulu sebelum menamakan calon pengganti.

Beliau berkata PAS Selangor dan Pusat tidak mencapai apa-apa keputusan mengenai pertukaran Abdul Khalid kepada Wan Azizah.

"Itu keputusan PKR, bukan keputusan Pakatan Rakyat. Bermakna sebarang keputusan kepimpinan negeri adalah dipulangkan kepada Pakatan," katanya. 
 
 
Obama sokong Israel serang Gaza
  • Penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan protes di hadapan pejabat Konsulat Israel di Istanbul. Foto: AFP Penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan protes di hadapan pejabat Konsulat Israel di Istanbul. Foto: AFP
1 / 1
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, kelmarin menyatakan sokongan kuat terhadap sekutu kuatnya kerana melancarkan serangan ke atas Genting Gaza yang disifatkan kononnya sebagai tindakan mempertahankan diri.

"Saya difahamkan operasi terbaharu itu bertujuan untuk memusnahkan terowong bawah tanah milik Hamas. Bagaimanapun, saya menggesa Israel supaya cuba meminimumkan kematian orang awam," katanya.

Menurut FoxNews, kenyataan tersebut dipercayai bakal mencetuskan kemarahan banyak pihak kerana AS sebelum ini pernah menjadi orang tengah untuk menjayakan pelan damai antara Palestin dan Israel.

Tetapi, pendirian mereka berubah selepas ketegangan semakin memuncak di Gaza selain turut menuding jari ke arah Hamas yang didakwa sebagai penyebab utama konflik itu.
Artikel Berkaitan
 
 Panas! Selena Gomez Sokong Gaza, Mana Artis Islam?
Posted on Tuesday, July 22 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo




Selena Gomez muat naik sebuah gambar di Instagram mengekspresikan sokongan untuk Gaza. alarabiya.net

Bintang pop Amerika Syarikat Selena Gomez telah mencetuskan perdebatan hangat pada minggu ini, selepas dia memuat naik sebuah gambar di Instagram mengekspresikan solidaritasnya dengan warga Palestin.

Gambar sokongan itu, dengan sebuah mesej berbunyi "Ini Tentang Kemanusiaan: Doa Untuk Gaza", seolah-olah telah membuat peminat dari pelakon dan penyanyi berusia 21 tahun itu terbahagi, seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya, Ahad (20/7).

Lebih daripada 500,000 peminat setakat ini 'menyukai' mesej Selena dengan beberapa di antaranya mengulangi tanda pagar #prayforgaza. Salah satu pengguna Instagram Allisyasuraya menulis, "OMG! Saya mencintaimu Selena. Terima kasih banyak atas sokongan anda. Saya suka anda saya suka anda".

Namun peminat lain bersumpah untuk 'berhenti' mengikuti akaun Instagramnya sebagai bentuk protes.  Pengguna dengan nama Nicolenourian berkata, "Apakah anda serius Selena? ... Memuat naik mesej ini bertentangan dengan semua peminat Yahudi anda ?. Saya sangat terhina dan jijik sekarang".

Sementara pengguna lain dengan nama Lily.Kh membuat kicauan singkat bertuliskan "unfollowed".

Gambar itu disertai dengan judul, "Tolong berdoa bagi keluarga dan bayi di sana hari ini. Tolong selalu ingat apa yang terpenting dalam hidup. Kami di sini untuk membantu, memberi inspirasi dan cinta".

Untuk melembutkan kedudukannya kembali menyusul perdebatan yang telah dia picu, Selena Gomez, memuat naik sebuah foto dirinya bersila dan bermeditasi di pantai, dengan judul: "Dan tentu saja ini harus jelas, saya tidak memilih mana-mana pihak. Saya berdoa bagi keamanan dan kemanusiaan untuk semua! ".

Artis-artis lain yang mengaku beragama Islam, bagaimana?-ibnuhasyim.com
 
 


Selasa, 22 Julai 2014

Seluruh Beit Honoun telah hancur binasa. Namun Al-Qassam mencipta sejarah hitam bagi Israel, 90 tentera Yahudi dapat dibunuh

1.Kini Seluruh Beit Honoun telah hancur binasa, tidak ada sesuatu melainkan
jasad-jasad para syuhada’ yang di tutupi dengan kain yang berlumuran darah. semua penduduknya telah keluar meninggalkan kampung halaman mereka.

2.Objektif serangan Rejim Israel ini ialah untuk menghancurkan gerakan Hamas,memusnahkan lubang-lubang terowong Hamas dan menyerahkan kuasa pemerintahan Gaza ke tangan Mahmoud Abbas.

3.Maka Al Qassam mempertahankan Gaza daripada serangan ini lalu membunuh tentera Yahudi,menghantar peluru J80 ke kem kem tentera Israel dan menculik tentera mereka.

4.Netayahu dan rakan rakan sekutunya daripada pemimpin negara arab(saya rahsiakan dulu maklumat ini) membuat keputusan baru iaitu serangan tentera Rejim dihalakan kepada rumah-rumah penduduk dan orang awam kerana gagal di dalam operasi memusnahkan Al Qassam.

5.Maka terkini jadilah Gaza padang jarak padang terkukur. 3000 rumah hancur sempurna manakala 7000 rumah lagi hancur sebahagian.

6.Jumlah syuhada' Gaza kini 595 orang manakala jumlah yang cedera 3400 orang.Semuanya terdiri daripada kanak-kanak,orang-orang tua dan perempuan.

7.Walaubagaimanapun, perang ini sejarah hitam bagi Rejim Israel apabila Al Qassam berjaya membunuh 15 tentera Yahudi setiap hari sementera pihak Israel cuba menutup pintu dan ruang maklumat agar tidak diketahui dunia jumlah kematian dan kecederaan mereka.

8.Setakat ini Al Qassam dapat mendedahkan seramai 90 telah terbunuh dan 350 yang cedera daripada tentera-tentera Yahudi pengganas perompak 'Laknatullah'.
9.Kini, Rejim Israel cuma menggunakan proksi-proksinya agar memujuk Hamas supaya menerima tawaran genjatan senjata sebagaimana saya laporkan kelmarin bahawa Khalid Mashal menolak pelawaan AsSisi ke Mesir bagi membincang pelan damai ini.

10.Setakat ini Hamas tidak akan tunduk kepada tekanan Zionis dan kuncu-kuncunya melainkan dengan beberapa syarat iaitu ;- menghentikan kepongan ke atas Gaza,menghentikan pencerobohan ke atas Masjidil Aqsa dan penindasan ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat dan membuka pintu Rafah tanpa sekatan.

Akhukum
W Mohd Sharafi
Presiden Cakna Palestin
24 Ramadhan 1435 H / 22 Julai 2014 jam 4.45 petang
 10502243_677163952376175_6442490509254964007_n

Lori tanah terbakar rempuh Plaza Tol USJ !


 
Kuala Lumpur: Sebuah lori yang membawa muatan tanah terbakar selepas merempuh tembok penghadang Plaza Tol USJ, Lebuhraya Kesas kira- kira jam 4 petang tadi.
Dalam kejadian itu, dua kenderaan yang berada di laluan sama turut terbakar selepas berlanggar dengan lori berkenaan.
Pemandu Lori dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian terbabit dan kemalangan berkenaan menyebabkan kesesakan lalu-lintas sepanjang hampir satu kilometer.
10527531_677163989042838_6980090312081414461_n 10514701_677164009042836_1002984945177311149_n 1937446_677164049042832_5817328910977322752_n 10513295_677164069042830_8292899301186733805_n 10403378_677164089042828_4403761255869888195_n 10556345_677164115709492_2624170084120429871_n 10552577_677163965709507_6119761107114573139_n 10502243_677163952376175_6442490509254964007_n

Tiada ulasan:

Catat Ulasan