Sabtu, 26 Julai 2014

BIJAKNYA IBLIS/SYAITAN MENIPU MANUSIA....DALAM TAK KISAH/REDA/TAK BERKECIL HATI TAPI RASA NAK KEKALKAN JAWATAN YANG ADA...TAWAKAL JE LAH

BERHALA TERTINGGI DI DUNIA - DUBAI

Written By canang on Sabtu, 26 Julai 2014 | 7/26/2014 09:40:00 PG

Aiii...malam ni aku xnak cerita pasal adobe atau pun tentang cinta tetapi malam ni aku nak tunjukkan sesuatu kat korang.Mybe korang boleh lihat dengan jelas sekarang tentang kedatangan hari kiamat.Takut bila kita menghitung semua tanda2x hari kiamat yang makin hampir, salah satunya manusia berlumba2x membina bangunan y tinggi2x serta mengejar kemodenan dengan pantas.Kemodenan adalah satu kemajuan yang memamg lumrah dalam dunia kita sekarang ni.bermacam2x kita lihat bangunan y tinggi2x, sesuatu negara yang pesat membangun sekarang ni adalah Dubai, pada asalnya aku sangat kagum dengan perubahan Dubai y amat ketara, dengan bangunanya y tertinggi di dunia, dengan pulau buatan yang mengubah peta dunia, dengan tempat membeli belah y terbesar di dunia, semuanya Dubai kuasai sekarang ni.Selepas ini ada pembangunan lagi di Dubai, bangunan yang lebih tinggi dari Burj Khalifa.Dalam kemodenan di Dubai ni ada satu part yang aku tak suka pasai pembangunan diorang.Kalau korang nak tahu apa yang membuatkan aku tibe2x beralih hati terhadap Dubai ini adalah tentang berhala yang tertinggi di Dubai.Aku sekarang tak nak cerita panjang.Apa yg aku nampak & aku bace korang boleh saksikan sekali dengan paparan gambar di bawah ni.Sekian








NOTE : 

Hafal 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi atau 10 ayat terakhir – Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal..

Dalilnya adalah hadis dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Rasulullah SAW Bersabda:

“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”(HR Imam Ahmad)

-Baca doa selepas Tahiyyat Akhir seperti berikut:- kewajipan untuk berlindung dari fitnah Dajjal merupakan perkara yang amat penting buat kita. Kerana dalam sebegitu banyak hadis2 kita telah di diberi beberapa ‘amaran’ oleh Rasulullah s.a.w tentang bahayanya Dajjal.sumber

Saturday, July 26, 2014

MENGAPA HADI SOKONG KHALID ?



Hadi diikat oleh Khalid melalui menantunya, Zaharudin Muhammad, yang dilantik sebagai pengurus kepada unit hal ehwal Islam dalam Perangsang Selangor, anak syarikat pelaburan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).


Khalid juga melantik Raja Idris Kamarudin, salah seorang yang rapat dengan Hadi, sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) KDEB. Sesiapa yang mengawal KDEB dan Kumpulan Perangsang, akan mengawal sumber kewangan di Selangor.

Raja Idris juga adalah sepupu kepada Sultan, jadi dengan beliau bersamanya, Khalid mempunyai kedua-dua istana dan PAS.




Khalid menggunakan Raja Idris untuk mendedahkan maklumat – termasuk gerakan untuk menjadikan Anwar sebagai menteri besar Selangor – kepada abang Raja Idris, iaitu blogger popular Raja Petra Kamarudin.

Raja Idris mempunyai hubungan yang rapat dengan Hadi sejak Hadi menjadi menteri besar Terengganu lagi apabila Raja Idris dilantik sebagai orang penting dalam Amanah Saham Gemilang (ASG) dan CEO kepada TDM Berhad, anak syaraikat kerajaan negeri Terengganu yang paling besar.

GEMPAR!!! Remaja wanita kantoi webcam B*G*L dengan ibunya

KOREA - seorang remaja wanita telah kantoi oleh orang tuanya ketika beliau sedang buat panggilan video dan melakukan perkara yg tidak senonoh dengan teman laman sosialnya di komputer. Perkara tersebut terjadi apabila remaja tersebut lupa untuk mengunci pintunya. Gambar ini sempat ditangkap oleh seseorang yg sedang buat panggilan video dengannya. jom kita saksikan perangai buruk beliau ini..




p/s ape lah nak jadi ngan orang zaman sekarang ni ye?? ish3 ... memalukan betul laaa

Sabtu, 26 Julai 2014

Wan Azizah tarik pengundi wanita jika jadi MB, kata Datuk A Kadir Jasin



Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka mampu menarik lebih ramai pengundi wanita jika dilantik sebagai menteri besar, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail The Malaysian Insider.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan saja boleh mencipta sejarah sebagai menteri besar wanita pertama di negara ini, pelantikan beliau juga akan meletakkan PKR mendahului parti politik lain dalam memberi pengiktirafan kepada wanita dalam politik Malaysia, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

"Ini akan mempunyai kesan kepada pengundi wanita muda kepada parti dan gabungan PR," tulis Kadir dalam blognya hari ini.
Bagaimanapun, bekas ketua pengarang New Straits Times itu berkata:”Kekangan yang timbul ialah Dr Wan Azizah tidak mempunyai pengalaman pentadbiran selain memegang jawatan dalam PKR ketika suaminya berada di dalam penjara.


"Tetapi kekurangan Azizah di dalam bidang pentadbiran dan pengurusan boleh menjadi kecacatan berbanding dengan pengalaman yang luas Khalid dalam kedua-dua bidang," katanya.
  Bagaimanapun, Kadir berkata pelantikan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar belum selesai lagi.
Beliau berkata, ‘tiada kemungkinan besar’ ahli Dewan Undangan Negeri akan menyahut cabaran Khalid buat undi tidak percaya terhadapnya.


"Oleh itu, pelantikan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor perlu menunggu sedikit masa lagi," katanya.

Khalid menghadapi tekanan yang semakin meningkat daripada kepimpinan Pakatan Rakyat untuk meletak jawatan berikutan caranya mengendalikan hal ehwal Selangor.

Ini termasuk pengurusan air, Lebuhraya Kidex, rampasan Bible Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Pakatan menerima secara rasmi cadangan PKR untuk menyokong Dr Wan Azizah bagi menggantikan Khalid, melengkapkan "Langkah Kajang" dan mereka akan membincangkan cadangan itu dengan parti masing-masing.


Pakatan mensasarkan Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang dan isteri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggantikan Khalid selepas sambutan Aidilfitri, tetapi Kadir berkata ia tidak mungkin berlaku secepat itu.

Merujuk kepada niat Khalid untuk kekal sehingga dia selesai penggal kedua sebagai menteri besar, Kadir berkata, bekas pemimpin korporat boleh terus berjuang dalam parti atau di luar.

Satu lagi pilihan untuk Khalid akan menyertai PAS, kata Kadir.

"Dia tidak begitu berjaya dalam Umno. Tetapi jika dia menyertai PAS, beliau akan membuat parti yang lebih kukuh dalam DUN dan dengan itu mengukuhkan kedudukan sendiri.

"Sekiranya dia memilih laluan itu, dia akan membantu PAS untuk menjadi parti PR yang terbesar di DUN itu - meningkatkan jumlahnya daripada 15 ke 16 dan mengurangkan PKR ke 13 kerusi dan DAP mempunyai 15 manakala Barisan Nasional mempunyai 12 kerusi.



"Tetapi persoalan yang besar ialah, adakah PAS berani mengambil kesempatan daripada kegawatan dalam PKR?" soal beliau.


Beliau berkata, Khalid juga boleh memilih untuk kekal dalam PKR dan menjadi ‘duri dalam daging’ untuk Dr Wan Azizah dan penyokongnya.


Katanya, Umno terlalu lemah dan tanpa pemimpin untuk mengambil kesempatan daripada kegawatan semasa dalam PKR untuk memperoleh apa-apa kepentingan politik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan